Monday, July 8, 2013

salam ramadhan kareem

Saya bagi pihak sidang reaksi albayan mengucapkan selamat berpuasa dan semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari ramadhan sebelumya.

Sunday, April 14, 2013

Khasiat Makanan Sunnah


  • MAKANAN KEGEMARAN
RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk
demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah
seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan
darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah
makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat.
Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak
yang baik dari segi
perwatakkan dan
wajahnya.

7. Susu – Nabi bersabda susu baik untuk membuang
panas badan. Menguatkan belakang,memperbaharui
pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan &
bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang
waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari
sumber yang halal dan berkhasiat.”
    MAKANAN KEGEMARAN
    RASULULAH S.A.W

    1. Barli – Bagus untuk
    demam jika dibuat sup.
    ...
    2. Kurma – Nabi bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah
    seperti rumah yang tidak ada makanan.

    3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

    4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan
    darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

    5. Madu – Ia adalah
    makanan segala makanan, minuman segala minuman,
    ubat segala ubat.
    Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

    6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak
    yang baik dari segi
    perwatakkan dan
    wajahnya.

    7. Susu – Nabi bersabda susu baik untuk membuang
    panas badan. Menguatkan belakang,memperbaharui
    pandangan mata, membuang kelupaan.

    8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

    9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

    10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan &
    bisikan syaitan selama 40 hari.

    11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
    Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

    “Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang
    waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari
    sumber yang halal dan berkhasiat.”

Wednesday, November 28, 2012

Muqaddimah


الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.  

i Sedar tak sedar masa tetap  berlalu meninggalkan kita. Dari tahun 2012 kini hanya sebulan lagi tahun 2013 akan datang. Manakala tahun baru hijrah sudah memasuki bulan yang kedua. Demikian juga dengan usia kita, apabila tahun demi tahun berlalu, maka usia kita juga akan bertambah. Cuma yang merisaukan kita, apakah dengan pertambahan usia kita, bagaimana dengan bertambahkah  Iman dan ‘Amal kita?

ii. Apabila usia kita telah meningkat, maka fikiran dan nafsu kita mestilah matang untuk melakukan sesuatu perkara jua dalam diri mesti ada ketahan Iman dan ‘Amal dalam menempuh segala kemungkinan yang dicetuskan oleh hawa nafsu. Sesungguhnya hawa nafsu sentiasa mengajak kea rah kemaksiatan, dan ingatlah bahawa syaitan bekerja 24 jam untuk menyesatkan kita.

iii. Awal kejadian manusia, ia akan lahir sebagai seorang bayi yang tidak mengenal apa-apa bermula dari Rahim ibu sehinggalah ia boleh berjalan dan meningkat dewasa. Dengan akal fikiran yang menyuluh dan memimpin, kita diberi pilihan untuk beriman ataupun kufur kepada ALlah. Oleh itu gunakan akal untuk memilih  yang haq bukannya yang bathil. Ingat syaitan berkata kepada ALlah ‘Wahai Tuhanku, kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, pasti aku akan memperindah kepada segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya [manusia] di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas dalam kalangan mereka”. [al-Hijr15:39-40]

Sidang keluarga al-Bayan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2013 Semoga Kehidupan Kita Ada Keberkatannya. Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair.
                  amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Fatimah az-Zahra’.
Puteri kepada Rasulullah saw dan ibunya adalah Khadijah binti Khuwailid. Suaminya dalam kalangan sahabat terbaik, Syaidina Ali r.a. Anak-anaknya ialah insan al-muhsin [terbaik] iaitu Zainab dan Ummu Kulthum [ada riwayat mengatakan puteri-puterinya bernama Zainab al-Kubra dan Zainab al-Asghar].
Merupaka wanita yang terbaik dan ketua bidadari syurga. Hidupnya menempuh berbagai dugaan dan cabaran dan sentiasa berada didalam kesusahan.
Meninggal dunia enam bulan selepas kewafatan Rasulullah saw, pada hari selasa 3 Ramadhan 11 hjrah. Dimakamkan di perkuburan al-Baqi’.

Sunnah Rasulullah saw Berwangi-wangian.
amirussin@yahoo.com

#          Tiga pemberian yang perlu diterima.
Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Ada tiga [pemberian] yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu”. [Riwayat Tirmizi, Abu Syaikh dan Baghawi]

#          Rasulullah saw  mempunyai minyak wangi.
Anas Ibn Malik r.a  meriwayatkan: “Rasulullah saw memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya Baginda mengharumkan diri”. [Riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Sa’d]
#          Perbezaan minyak wangi untuk lelaki dan wanita.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Wangian bagi lelaki adalah wangian yang kuat aromanya dan warnaya tidak tampak. Sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya tampak dan aromanya tidak kuat”. [Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I dan Ahmad]

#          Tidak menlak pemberian.
Tsumamah Ibn Abdillah meriwayatkan, Anas Ibn Malik tidak pernah menolak pemberian minyak wangi. Dia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah saw tidak pernah menolak pemberian minyak wangi”. [Tirmizi, Bukhari, Nasa’I dan Ahmad]

#          Wangian asalnya dari syurga.
Abu Uthman al-Nahdi meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apabila salah seorang daripada kalian diberi minyak wangi, janganlah menolaknya kerana segala sesuatu yang wangi itu bersal dari syurga”. [Riwayat at-Tirmizi]

Berwangi-wangian yang afdhalnya digunakan ketika bersolat.
   

Haid: Ketetapan Semulajadi.
benhussin.blogspot.com
“Sesungguhnya haid ini adalah ditetapkan Allah harus berlaku kepada setiap puteri-puteri Adam. Kerana itu adalah haidmu telah habis, mandilah dan ihramlah untuk ibadah haji”.                       [Riwayat Imam Muslim]
Haid dari segi etimologi bermaksud “mengalir”, manakala dari segi istilah pula merujuk kepada darah semula jadi [bukan dari darah penyakit iaitu istihadah atau darah selepas bersalin iaitu nifas] yang mengalir keluar dari hujung rahim wanita selepas seseorang wanita itu mencapai usia baligh dan pada waktu tertentu.
Walaupun haid dianggap darah kotor tetapi ia adalah penentu bagi seseorang wanita mempunyai kesihatan yang baik dan boleh hamil. Haid adalah selaput dalam rahim yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putarannya dan menjalani proses hancur lebur, seterusnya keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj. Haid adalah kejadian semulajadi yang telah ditetapkan oleh Allah. Ia terjadi kepada Hawa dan puteri-puteri Adam. Haid itu sunnatullah yang telah ditetapkan oleh ALlah atas setiap wanita. Malahan wanita yang tidak didatangi haid akan dianggap tidak normal dan tidak sihat.
Sebelum kedatangan Islam orang-orang Yahudi dan Majusi mengamalkan beberapa perkara terhadap wanita-wanita mereka yang sedang haid antaranya:
#          Dipulaukan, ada yang dikeluarkan dari rumah mereka.
#          Dipisahkan dari suami mereka.
#          Tidak boleh makan dan minum bersama keluarga.
Orang Nasrani pula menyetubuhi isteri-isteri mereka yang sedang haid.1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. .
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. .

Dars Bukhari
 
Daripada Anas r.a katanya, Abu Thaihah r.a ialah orang ansar yang paling banyak harta daripada kebun-kebun tamar yang luas. Harta yang paling disukainya ialah kebun tamar Bir Ha’ yang menghadap ke arah masjid [Nabawi], Rasulullah saw pernah masuk ke kebun itu dan minum airnya yang sedap. Anas berkata, apabila turun ayat yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai [hakikat] kebajikan dan kebaktian [yang sempurna] sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi”.
            Abu Thalhah yang menemui Rasulullah saw dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah berfirman yang bermaksudnya : “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai [hakikat] kebajikan dan kebaktian [yang sempurna] sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan sesungguhnya aku sangat  sayang kepada kebun tamarku Bir Ha’ itu, dan aku jadikannya sebagai sedekah pada jalan Allah agar aku mendapat kebaikan [yang dijanjikan ALlah] dan sebagai bekalan akhirat di sisi Allah swt. Oleh itu, engkau gunakanlah harta itu mengikut apa yang ALlah tunjukkan kepadamu”.

Maka jawab Rasulullah saw, “Ah, harta itu sangat menguntungkan, harta itu sangat menguntungkan, harta itu sangat menguntungkan, sesungguhnya aku dengar apa yang telah engkau katakan dan aku bependapat engkau agihkan harta itu kepada kaum kerabat engkau”.

Maka Abu Thalhah berkata, “Aku akan lakukan [seperti yang engkau suruh] wahai Rasulullah saw”. Lalu Abu Thalhah  membahagikan harta tersebut kepada kaum keluarga dan sepupunya.
                 [Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

  • Ganjaran yang sempurna ialah dengan membelanjakan harta yang paling baik dan paling disayangi.
  • Memdahului kaum keluarga, juga dikira sebagai sedekah.
  • Kelebihan para sahabat yang terus menyahut perintah Allah swt untuk mencapai darjat kesempurnaan iman.

Mutiara Kalam [siri 38].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Kalaulah cahaya yang abadi
dan kami para bunga api
hanyalah wujud buat sesaat
dan itupun saat yang kau pinjamkan.


Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Suatu hari seorang murid menghadap gurunya Syeikh Jaafar Sadiq untuk menceritakan masalahnya.. Selepas memberi salam dan meminta kebenaran murid itu lalu mengadu, “Wahai guru, seorang lelaki bertanya satu soalan yang tidak dapat saya jawab”.
            “Apakah soalan itu?” Tanya gurunya.
            “Si murid pun menjawab, “Dia bertanya, bolehkah ALlah memasukkan dunia ke dalam sebiji telur?”.
            Bagi murid itu ALlah, dia tahu bahawa ALlah boleh melakukan apa saja yang dikehendakinya. Namun untuk menjawab soalan lelaki itu dia memerlukan fakta dan bukti bagi membenarkan jawapannya.
            Gurunya tersenyum lantas menyuruh muridnya keluar berjalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaan ALlah.
            Setelah puas berjalan dan melihat sekeliling, murid itu lalu pergi semula berjumpa dengan gurunya dan mengatakan dia tidak melihat dan mendapat apa-apa yang dapat membantunya.
            Kata gurunya “Apa yang kamu temui sepanjang kamu berjalan-jalan ke sana dan kemari?”.
            Katanya, banyak…., saya temui orang ramai, saya melihat gunung ganang, binatang, pokok, bangunan, rumah dan permandangan indah. Dia bercerita dengan jujur.
            “Baiklah, sebesar manakah matamu? Adakah ia sebesar dunia ini?” Jaafar Sadiq mengajukan soalan pada muridnya.
            “Tidak, mata saya kecil sahaja”, jawabnya.
            “Adakah matamu pecah kerana melihat semua itu?”, tanya Jaafar Sadiq lagi.
            Si murid geleng sambil terdiam seketika. Soalan gurunya itu menduga akalnya. Bunyi aneh tetapi ada maksud yang tersembunyi. Kemudian perlahan-lahan murid itu tersenyum, dia sudah memahami apa yang hendak disampaikan oleh gurunya.


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzaman

Janji adalah satu ikatan antara dua pihak. Perjanjian yang dibuat dengan bersumpah melalui perkataan ini dapat difahamkan bahawa satu perjanjian bersumpah telah dibuat oleh makhluq  dengan Allah swt atas menta’ati segala perintah dan larangan yang akan diberikan oleh Allah swt ke atas manusia, maka apabila manusia ingkar akan Allah swt  maka itulah dikatakan fasiq. Dalil bagi ini adalah diketahui bahawa Allah swt telah kumpulkan semua ruh dan soalan Alastubirabbikum ditanya pada semua ruh tadi telah janji taat setia. 



• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Tarik nafas.
    Tanaffasa nafsan a’miqan.
    Breath hard.
    Kehre sans leyeje.

2. Saya rasa pening.
    Asabani dawarun.
    I feel dizly.
    Mujhe chakar araha he.

3. Tulang itu telah patah.
    Qad inkasaral ‘azmu.
    The bone is broken.
    Haddi tut gaye ae.               


Muhasabah.

4 Wasiat Nabi Nuh a.s.

Sebelum Nabi Nuh a.s wafat, baginda berwasiat kepada anak-anaknya. Wasiat baginda disampaikan dengan sabda Nabi saw.
            Suatu ketika Rasulullah saw duduk bersama-sama para sahabat. Kemudian datang seorang lelaki Badwi kepada mereka. Lelaki Badwi itu memakai jubah besar bewarna hijau yang berhias sutera iaitu sejenis pakaian yang melambangkan kemewahan dan kesombongan pada ketika itu.
            Apabila melihat lelaki itu, Rasulullah saw berkata kepada para sahabat, “Sahabat kita yang datang ini telah merendah-rendahkan pahlawan perang dan menjadikan pengembala bermegah-megah”.
            Kemudian Rasulullah memegang jubah  lelaki itu dan berkata kepadanya, “Aku melihat kamu memakai baju orang yang tidak ada akal!”.
            Kemudian Nabi bercerita kepada para sahabatmengenai wasiat Nabi Nuh a.s kepada anak-anaknya. Kata Nabi Nuh, “Aku berwasiat kepada kamu supaya memegang dua perkara dan menjauhi dua perkara. Pertama berpeganglah kepada kalimah La ilahaillah. Sesungguhnya apabila kalimah ini ditimbang bersama tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, pasti kalimah ini lebih berat timbangannya. Sesungguhnya langit dan bumi itu kejadian yang rapuh, maka ia dilakukan dengan kalimah La ilahaillallah.
            Kedua, perbanyakkan tasbih dan takbir kepada Allah SWT, dengan itulah Dia mengurniakan rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Dan jauhilah syirik dan takabbur”.
            Kata para sahabat, “Wahai Rasulullah, kami faham maksud syirik, namun apakah maksud takabbur? Adakah takabbur bererti orang itu memiliki kasut cantik dan memakainya?”.
            Jawab Rasululla, “Tidak”.
            “Atau orang itu memiliki kenderaan yang bagus lalu dia menunggangnya?”
            Jawab Rasulullah: “Tidak”.
            “Atau dia memiliki ramai kawan dan dia berkumpul bersama-sama kawan-kawannya itu?”
            “Tidak”, kata Rasulullah. “Sesungguhnya takabbur itu adalah memperlekehkan kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain”.
               

10 Orang  Solatnya  Ditolak .
benhussin.blogspot.com

  • Orang lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca sesuatu.
  • Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  • Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  • Orang lelaki yang melarikan diri.
  • Orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu meninggalkannya.
  • Orang perempuan yang suaminya marah padanya.
  • Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung di luar waktu solat.
  • Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  • Orang-orang yang suka makan riba.
  • Orang yang solatnya tidak dapat menahan dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak pula menjadi petunjuk dan jalan selamat bbaginya”.  [Dari kitab ‘Tabyinul Mahaarim]


Soal jawab

Soalan : Apakah hukumnya berzikir menggunakan tasbih?
Jawapan :  Dari Safiyyah r.h.a., beliau berkata bahawa Rasulullah saw masuk untuk menemuiku sedan dihadapanku ada 4000 biji kurma yang aku guna untuk bertasbih. Baginda bersabda maksudnya: “Wahai binti Huyay, apakah ini?”. Aku menjawab: “Aku bertasbih menggunakannya”.

Dibolehkan untuk bertasbih menggunakan selain daripada jari. Tetapi yang lebih aula eloklah menggunakan jari kerana Nabi saw bertasbih dengan menggunakan jari-jarinya. Daripada Abdullah bin Umar r.a beliau berkata: “Saya melihat Rasulullah saw bertasbih dengan [jari-jari] tangan kananya”. [Abu Daud, al-Tirmizi, dan Sahih al-Jami’ jil.4, hlm.271]


Tarbiyyatul Aulad.

Apabila anak-anak meningkat dewasa atau sudah menjangkau usia remaja, ibu bapa akan merasakan perubahan yang ketara pada sikap dan akhlaq anak-anak. Oleh itu kesabaran yang tinggi amat perlu dalam mengajar anak-anak.

Mengajar dan mendidik hendaklah berterusan memandangkan suasan alam persekitaran dewasa ini. Seribu kemungkinan boleh berlaku sekiranya kita terlepas pandang.

Apa yang perlu, kta hendaklah sentiasa berdoa’ dan berharap akan selalu diberikan ALlah untuk kelindungi anak-anak kita dari sebarang anasir atau virus yang sentiasa mencari peluang untuk merosakkan anak-anak kita. Doa’ adalah perisai ampuh yang mampu kita lakukan, disamping sentiasa mengharapkan pertolongan dari ALlah yang berkuasa melakukan apa sahaja. ALlah tidak akan menghampakan permintaan kita. Amin.


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Salman  al-Farisi berkada ‘janganlah kamu  jadi orang yang pertama memasuki pasar  dan orang yang terakhir keluar darinya, kerana pasar adalah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka.  
                Perkara ini menunjukkan kepada kita agar berjaga-jaga dengan tempat seperti ini kerana bimbang dipengaruhi syaitan, kerana kawasan seperti ini kebiasaannya dihadiri oleh hati yang lalai dengan keseronokkan dunia.
                Melihat berbagai maksiat melibatkan aurad, pembaziran masa, wang dan sebagainya. Jika terpaksa memasuki pasar untuk mendapatkan keperluan maka bacalah doa’ memasuki pasar.


Al-Malik “Yang Menguasai”.
Setiap hari paling kurang kita menyebut asma ul Llah ini sebanyak 17 kali. Firman ALlah yang bermaksud: “ Tidakkah kamu mengetahui sesungguhnya ALlah Maha Kuasa atas segala sesuatu? Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi itu kepunyaan ALlah?”. [Surah al-Baqarah 2: 106-107]

Dalam ertikata sebenar al-Malik meliputi:

  • Memiliki.
  • Tidak berkongsi milikan dengan sesuatu yang lain.
  • Mempunyai kuasa mutlak mengurus.
  • Mampu mengurus semua milikan tersebut.
  • Kita adalah milik ALlah. Bukan tuhan-tuhan rekaan manusia.
  • ALlah sahaja yang boleh menentukan segala-galanya berkaitan hidup kita.
  • ALlah adalah penguasa yang memiliki segala-galanya di alam ini.

Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Jadikan masa kita belajar adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan ALlah. Pembelajaran menjadikan kita merasai diri dekat dengan ALlah dan merasai kebesaran-Nya. Oleh itu ingatlah bahawa:

  • Syaitan cemburu orang yang fokos terhadap pelajaran dan masa belajar.
  • Jadikan kita semakin berilmu semakin tunduk.
  • Kekalkan ikhlas dalam masa belajar. Niatkan belajar kerana ALlah.
  • Sentiasa ingat kita belajar untuk mencari keredhaan ALlah.
  • Mengenal pasti bisikan syaitan untuk melarikan kita dari tumpuan belajar.
  • Kaitkan setiap ilmu yang dipelajari dengan kebesaran ALlah dan kekuasaan ilmu-Nya.
  • Sentiasa berdoa’ agar mendapat ilmu yang manfaat dan dimudahkan jalan ke syurga.
  • Sentiasa beristighfar dan kembali kepada ALlah apabila melakukan maksiat dan kesalahan sepanjang belajar.

Titik dan Baris.
benhussin.blogspot.com

Titik dan baris ialah perkara baru yang diwujudkan oleh pakar dalam ilmu rasm al-Qur’an. Seperti yang sudah kita maklumi, nashkah al-Qur’an yang dihantar oleh Sayidina Uthman bin Affan ke lima buah negeri itu tidak berbaris dan bertitik.

Mu’awiyah mengutus sepucuk surat kepada seorang gebenor di Basrah yang bernama Ziyad bin Abu Ziyad. Apabila Ziyad membaca surat itu, beliau mendapati terdapat banyak kesalahan penulisan yang melibatkan percampuran bahasa Arab dan juga baha asing.

Beliau memutuskan untuk berjumpa dengan seorang pakar bahasa pada masa tersebutiaitu Abu Aswad al-Du’aliy. Ziyad menyatakan hasratnya dan meminta Abu Aswad melakukan sesuatu yang boleh memartabatkan kembali bahasa Arab dan masyarakat dapat membaca kembali al-Qur’an dalam bahasa Arab baku dengan meletakkan titik dan juga baris.

Akan tetapi, Abu Aswad al-Du’aliy menolak bulat-bulat cadangan tersebut. Untuk meneruskan juga hasrat murni ini, Ziyad mempunyai satu idea yang bernas. Beliau mengarahkan seorang lelaki supaya berlakon berdekatan kawasan Abu Aswad lalui. Lelaki tersebut menurut. Dibacanya ayat ke 3 surat at-Taubah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri [tidak bertanggungjawab] daripada orang musyrikin”.

Lalu lelaki tersebut membaca dengan menukar baris perkataan “wa rasuluhu” kepada “wa rusulihi”. Abu Aswad terkejut kerana ia menyalahi bacaan yang mutawattir, malah maksud dan makna ayat turut berubah.

Apa tidaknya, daripada maksud di atas, kini ia bertukar kepada “Sesungguhny ALlah berlepas diri [tidak bertanggungjawab] daripada orang musyrikin  dan Rasul-Nya”.

Disebabkan peristiwa inilah, Maka Abu Aswad menerima kembali cadangan Ziyad.


Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Kami kaum yang tidak makan sekiranya tidak lapar. Sekiranya kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa kepada ALlah bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu”.

  • Makan apabila lapar.
  • Makan bukan untuk sedap.
  • Makan makanan yang halal dan baik.
  • Pilih makanan yang segar.
  • Minuman yang baik ialah air yang dicampur dengan manisan [madu, kismis dan kurma].
  • Elakkan daripada makanan yang bercampur dua unsur di dalamnya sekaligus [seperti manakan laut dengan darat, makanan laut mempunyai ion negative dan makanan darat mempunyai ion positif].
  • Elakkan memakan makanan yang melemahkan ingatkan seperti epal masam, kazbarah basah [daun ketumbar] serta elakkan apa-apa sahaja makanan yang boleh menambahkan balgham [lender dan kahak].
  • Tumbuhan yang baik untuk kesihatan seperti habbatussawda’, za’faran, biji sawi, selasih,senna dan sebagainya.
  • Menurut Imam as-Sayuti, amalan meminum madu, memakan kundur, kemeyan putih atau serani yang dicampur dengan gula membantu menguatkan daya ingatan. Memakan buah zhabib[kismis] setiap pagi sebanyak 21 kali sebelum makan sesuatu mampu memperkuatkan daya hafalan dan menyembuhkan segala penyakit.
  • Sangat baik mencampurkan dua jenis makanan. Abdullah bin Jaafar r.a. berkata beliau melihat Baginda saw makan timun bersama kurma setengah matang bagi mengimbangkan makanan dalam perut.
.
Adab-adab Sebelum musafir.

  • Tujuan yang baik.
  • Solat sunat musafir 2 rakaat.
  • Hari Khamis bukan Jumaat.
  • Musafir pada waktu malam.

Antara lain ialah:

  • Bawa beg kecil berisi barang peribadi,
  • Takbir dan tasbih.
  • Banyakkan berdoa’.
  • Sunnah al-Huda [nyanyian musafir].


English Section
amirussin@yahoo.com

What Is The Significance Of “ALlahu Akbar” ?

“ALlahu Akbar”, i.e, God is the Greatest, it a major slogan in Islam. This slogan is repeated hundreds of times in daily life. It is repeated in the call to prayer five time every day.
            This slogan means that no one is greater than ALlah. You should not fear anyone except God. You should not succumb to anyone exept God. You should obey God first.
            You shoult not obey any human if this makes you disobey God. You should not fear enemies in the battlefield because is superior to them all. The slogan charges the Muslims’ hearts with a marvelous charge of brevery on all occasions especially the time of crisis.
            It adds to their zeal, bravery and marale in a unique way never caused otherwise.
  
           
Al-Qur’an Sebagai Pembela.

Abu Umamah r.a berkata Rasulullah saw telah menganjurkan supaya kamu semua mempelajari al-Quran. Setelah itu, Rasulullah saw memberitahu tentang kelebihan al-Qur’an. Rasulullah saw bersabda: “Belajarlah kamu tentang al-Qur’an, di akhirat nanti ia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. a akan datang dalam bentuk seindah-indahnya  dan ia bertanya, “Kenalkah kamu kepadaku?”.

Maka orang yang pernah membaca al-qur’an akan menjawab: “Siapakah kamu?”.
Lalu berkata al-Qur’an: “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung. Kamu juga bangun malam untukku dan pernah membacaku di waktu siang hari”.

Kemudian berkata pula orang yang pernah membaca al-Qur’an itu: “Adakah kamu al-Qur’an?”
Lantas al-Qur’an mengakuinya. Selepas itu al-Qur’an menuntun orang yang pernah membacanya untuk mengadap Allah swt.

Lalu orang itu diberi kerajaan ditangan kanan dan kekal ditangan kirinya. Kemudian dia meletakkan mahkota di atas  kepalanya. Malah kepada kedua ibu bapanya yang Muslim, diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sekalipun, sehingga kedua ibu bapanya bertanya: “Dari manakah kami memperolehi semua ini, sedangkan ‘amal kami tidak sampai sebegini?”.

Lalu dijawab: “Kamu diberi semua ini kerana anak kamu telah mempelajari al-Qur’an.


Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan  RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Bilal Tahfiz School  &  Bilal Smart Kids.

Pendaftaran dibuka sekarang.

Bertempat di No.12A Bangunan Peniagaan Nilam Sari, 08000 Sungai Petani. Kedah.

Terbuka kepada semua pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga kepada golongan dewasa yang berminat.

Bilal Smart Kids [Pendidikan Pra-Sekolah] Terbuka Kepada Semua Anak-anak Yang Berumur 4 - 5 dan 6 Tahun.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir 013 7338966.
Boleh lewati www.bilaltahfizschool.blogspot.com