Friday, November 28, 2008

iklan

Langganan albayan.
Sidang pembaca yang budiman,sekiranya tuan/puan berminat untuk melanggan risalah albayan ini secara bulanan atau tahunan,tuan/puan bolahlah menghubungi Ust.Qamaruzzaman ditalian 013 4849471 atau terus ke Madrasah Ashraful Madaris Kulim,No.36 Taman Melawis,Kg.Keladi 09000 Kulim,Kedah.

Bayaran langganan risalah albayan ini adalah untuk disalurkan kepada Madrasah Ashraful Mudaris.[pusat tahfiz al-Qur'an].

Kelas Hafazan al-Qur'an.
An-Nadwi Pusat Hafazan al-Qur'an,bertempat di Sungai Lalang,Sungai Petani,Kedah kini dibuka untuk kemasukkan bagi sessi 2009.Kelas ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah,terbuka kepada semua pelajar lelaki dari tahun 3 hingga tahun enam.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir ditalian 013 7338966 @ 04 4480819.

Tuesday, November 25, 2008

Mutiara Kalam.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi.

Tanpa Cahaya Ilahi.

Hidup adalah penderitaan.
Akal kehilangan kepekaan.
Agama menjadi tiruan.

Dunia.

Dengan gunung ganang.
Samudera rimba raya.
Padang belantara hanya
menyajikan fakta.
Padahal aku mencari makna.


Tokoh.
Oleh:Ust.Amir an-nadwi.

Allamah Sayyed Abul Hasan 'Ali Hasani an-nadwi.

Beliau dilahirkan di India daerah Rai Braily pada bulan Muharram tahun 1332 Hijrah/1941 Masehi.Beliau adalah putera kepada seorang ulama terkenal Maulana Hakim Allamah Abdul Hayyi yang mempunyai nasab keturunan Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib.Bapanya meninggal dunia pada tahun 1341 Hijrah semasa beliau berumur 9 tahun.

Sayyed Abul Hasan dilahirkan dari keluarga yang amat kuat beribadat,menjaga tauhid dan aqidah Islam dan amat tegas memerangi bid'ah.

Sayyed Abul Hasan mempelajari al-Qur'an ,bahasa Urdu dan Parsi dari ibunya sendiri.Semasa berumur 12 tahun beliau mula mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Selepas itu Sayyed Abul Hasan mula belajar secara formal di Nadwatul Ulama,Lucknow,India.

[bersambung dibulan hadapan]



Dari meja editor.

Assalamualaikum.
Kepada semua sidang pembaca yang dirahmati oleh ALlah.Sidang editor albayan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca kerana sudi menatap edisi sulung yang mula terbiot pada bulan Disember 2008.InsyaALlah bermula pada bulan ini albayan akan menemui para pembaca dengan moto Menjana Fikrah Islami,dengan harapan dapat mengisi ruang-ruang yang masih kosong didalam minda kita dan akan memperolehi natijah yang baik.

Albayan akan menemui para pembaca pada setiap awal bulan dan akan menghidangkan kepada para pembaca dengan isi kandungan yang boleh memberi input yang baik kepada minda kita.Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bahan bacaan picisan yang isi kandungannya banyak yang tersasar jauh dari memberi impak yang baik kepada kita.

Harapan kami semoga albayan akan menjadi salah satu bahan bacaan alternatif islami yang memberi manfaat untuk semua dan diberikan kekuatan untuk meneruskannya pada keluaran-keluaran yang akan datang.

Harapan kami juga semoga para pembaca dapat memberi sokongan padu bagi kami terus menyumbang karya.

wassalam.