Monday, June 29, 2009

Muqaddimah

benhussin.blogspot.com

Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Umat Islam hari ini berada dalam keadaan terpinga-pinga dan masih tercari-cari arah mana yang hendak dituju.

Para pemimpin umat bertelagah sesama sendiri sehingga menimbulkan pelbagai fitnah antara satu sama lain dan kita sebagai rakyat akan menerima kesannya .

Para ulama tidak memainkan peranan mereka bagi melerai kemelut yang sedia ada dan kesepakatan dari mereka tidak dikeluarkan sekadar mengikut rentak perdana yang sedia ada.

Sepatutnya umara’ dan ulama’ hendaklah saling berganding bahu ingat mengingati dalam memimpin umat ke arah jalan yang lurus dan benar yang telah ditetapkan oleh Allah Azzawajalla.

Menyedari hakikat ini, tibalah masanya kita bangun dan menegur semua peringkat kepimpinan sebelum keadaan umat kian parah.

Musyawarah dan muzakarah perlu diadakan disetiap peringkat dan menyampaikan kata sepakat dan apa saja langkah – langkah yang perlu bagi mengembalikan umat ke jalan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul s.a.w.

Kita yang mengaku umat Islam dewasa ini mensia-siakan perjuangan Nabi s.a.w yang dicontohi oleh para sahabat,para tabiin dan mereka yang mengikut para tabiin dengan membiarkan umat Islam menjadi bahan ketawa dan diperkotak katikkan dengan pelbagai kekejaman dan kezaliman kerana kegagalan kita untuk menegakkan yang Haq.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan juga kepada ulil amri [0rang-orang yang berkuasa] dari kalangan kamu.Kemudian jika kamu berbantah-bantah [berselisihan] dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada [kitab] ALlah [al-Qur’an] dan [sunnah] Rasul-Nya,jika kamu benar beriman kepada ALlah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik [bagi kamu], dan lebih baik pula kesudahannya.”
[QS 4:59]

Tokoh
amirbenhussin@gmail.com

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy.

Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat, dengan disertai jama’ah yang cukup besar, paling sedikir seratus orang. Bahkan di beberapa tempat jumlah itu semakin membesar. Kunjungan pertama dilakukan selama satu bulan dan kunjungan kedua dilakukan hanya beberapa hari sahaja.

Dalam kunjungan tersebut beliau selalu membentuk jama’ah – jama’ah yang dikirim ke kampong – kampong untuk berjaulah [ berkunjung dari rumah ke rumah ] untuk menyampaikan betapa pentingnya agama.

Beliau yakin bahawa kebodohan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerusakkan. Satu – satunya jalan adalah memujuk orang-orang Mewat agar keluar dari kampung halamanya untuk memperbaiki diri dan belajar agama , serta melatih kebiasaan – kebiasaan yang baik sehingga tumbuh kesedaraanya untuk mencintai agama lebih daripada dunia dan mementingkan amal dari mal [harta].Dari Mewat beransur-ansur usaha menyampaikan risalah Islam meluas ke Delhi dan menyeluruh ke tempat –tempat lain.

Perkembangan jama’ah ini semakin hari semakin bertambah besar bilangan yang mengikutinya, Gerakan jama’ah ini tidak hanya tersebar di India sehaja tetapi tersebar ke berbagai negara.

Kerisauan akan keadaan umat semakin bertambah, Maulana Muhammad Ilyas tanpa henti terus memberi dorongan dan arahan ilmu dan pemikirannya untuk menjalankan usaha dakwah ini agar sampai ke seluruh alam.

Dalam keadaan umur yang tua, Maulana terus bersemangat hingga tubuhnya yang kurus tidak mampu lagi untuk digerakkan kerana menderita sakit.

Pada hari terakhir dalam sejarah hidupnya Maulana mengirim utusan kepada Syaikhul Hadis Maulana Zakariya, Maulana Abdul Qodir Raipuri dan Maulana Zafar Ahmad memberitahu kepada mereka bahawa beliau telah mengamanahkan kepercayaan amir jama’ah kepada sahabat – sahabatnya sebagai penggantinya dalam memimpin usaha dakwah dan tabligh.

Pada sekitar bulan julai 1944 beliau telah jatuh sakit yang cukup parah,beliau hanya tidur dengan ditemani dengan para pembantu dan muridnya. Akhirnya Maulana memnghembuskan nafas yang terakhir pada waktu sebelum azan subuh.

“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhai Nya. Maka masuklah kamu ke dalam golongan hamba – hamba ku dan masuklah ke dalam syurga Ku”.
[al-Farj:127 – 128]
[tamat]

Mutiara Kalam [siri 7]
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Dunia, Hanyalah
Rumah Berhala
Bagi Mata dan Telinga
Tiap Hari
Esoknya Lenyap
Bagai Kemarin.


Hadis
Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi

Riwayat Hidup Imam Bukhari

Imam Bukhari lahir di Bukhara, Uzbekistan dengan nama Abu Abdullah Muhammad bin Ismail Al Bukhari, pada hari Jumaat tanggal 13 Syawal 194H (21 Julai 810M).

Menjadi yatim sejak kecil, terilham/menghafal hadits ketika berumur 10 tahun dan mempunyai daya ingat luar biasa. Walaupun mendapat julukan Amirul Mukminin fil Hadits, beliau juga menguasai ilmu tafsir, fikih, dan tarikh dengan baik.

Kitab "Shahih Bukhari" berisikan 7,275 hadits shahih yang ditulis selama 16 tahun setelah menyusuri 7 negara, 80,000 perawi dan mengumpulkan 200,000 hadits yang dihafalnya.

Walaupun diterpa badai fitnah dan terusir dari tanah kelahirannya beliau tetap tidak mahu menghinakan ilmu dengan tunduk pada kehendak penguasa.

Wafat di Khartang dekat Samarkand pada tanggal 31 Ogos 870M (256H) pada malam Aidil Fitri dalam usia 62 tahun kurang 13 hari.
[mulai bulan hadapan akan dimulai dengan hadis Sahih Bukhari]

Tafsir al-Qur’an.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

ايا ك نعبذ و ايا ك نستعين

Kepada Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah yang kami meminta pertolongan.

Ayat ini adalah inti dari surah al-Fatihah bahkan juga inti seluruh kitab-kitab suci dan inti bagi ajaran seluruh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. ايا ك نعبذ membawa makna bahawa manusia telah berjanji tidak akan tunduk atau membesarkan apa-apapun selain ALlah s.w.t.

Segala perintah ALlah dan laranganNya akan dijunjung bagi setiap manusia dengan cara yang ditunjukkan sendiri oleh ALlah s.w.t melalui Nabi dan RasulNya.

ايا ك نستعين bermakna manusia hanya akan meminta dan berharap serta memohon segala-galanya hanya kepada ALlah melalui jalan yang ditunjukan oleh ALlah melalui kekasihNya iaitu para Nabi dan Rasul dan akhirnya untuk umat ini mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w.

Tauhid yang dituntut oleh Islam harus meliputi tauhid Rububuyyah dan tauhid Uluhiyyah disamping percaya bahawa ALlah s.w.t lah yang mencipta segala-galanya. Kita juga wajib mempercayai bahawa ALlah s.w.t sahajalah yang patut disembah dan tempat memohon disamping mencintai serta tunduk dah patuh kepadaNya.

[bersambung pada bulan hadapan]


Sejarah ringkas al-Qur’an.
amirbenhussin@gmail.com

Hikmah turunnya al-Qur’an beransur-ansur.

Banyak perintah yang harus dijalankan demi untuk keselamatan manusia itu sendiri, seperti mengerjakan ibadat. Hidup tolong menolong, memberi bantuan harta dan diri untuk mempertahankan agama, hak dan keadilan. Ini juga memerlukan pendidikan yang dilakukan terus menerus.

Al-Qur’an yang menghendaki perubahan-perubahan besar dalam kepercayaan dan tata cara hidup jahiliyah pada masa itu dengan perintah-perintah serta larangan yang begitu banyak. Jika diturunkan al-Qur’an itu sekaligus susah untuk dipatuhi, bahkan kalau mendengar sahaja pun akan merasa tidak mahu dan berat untuk dilaksanakan.

Ketika al-Qur’an diturunkan, umat yang menerima pada umumnya masih buta huruf. Yang tahu menulis dan membaca dapat dikira dengan jari, tetapi mereka suka menghafal. Bagaimana mereka boleh menghafal sekiranya al-Qur’an diturunkan secara sekaligus. Dengan turunnya al-Qur’an secara beransur-ansur mereka boleh menghafalnya dengan baik. Setiap turun ayat-ayat baru, mereka resapkan bersungguh-sungguh sehingga banyak orang yang dapat menghafal al-Qur’an dengan sempurna.

Dalam menghadapi persoalan dan peristiwa yang bermacam-macam, maka ayat-ayat yang turun dengan beransur-ansur dapat memberi jawapan dan memenuhi kehendak dan kepentingan yang berbeza-beza itu. Ayat yang baru diturunkan umpamanya untuk menjawab satu persoalan yang baru terjadi atau sudah hampir terjadi tentu lebih mudah difahami dan lebih mantap masuk kedalam hati.

[bersambung]

Nama-nama surah al-Qur’an.
amirussin@yahoo.com

Al Mujadalah - Memajukan perkara.
Al Hasyr - Pengusiran
Al Mumtahanah - Perempuan yang diuji.
Ash Shaf - Barisan perang
Al Jumu’ah - Solat jumaat
Al Munafiqun - Orang-orang munafiq [iman palsu].
At Taghabun - Tipu menipu
At Thalaq - Menceraikan isteri.


Soal jawab.
amirussin@yahoo.com

Soal: Saya mendapati sesetengah orang Melayu Islam suka meniru perangai orang bukan Islam. Sebagai contoh, jika orang Barat memakai subang,lelaki Islam pun berbangga memakai subang. Persoalannya, apakah hukum seseorang lelaki memakai subang dan perempuan Islam pula meniru perempuan India memakai sari dan bertanda didahi walaupun hanya untuk suka-suka. Bolehkah amalan ini dilakukan?

Jawapan: Kita dilarang meniru gaya hidup sesuatu kaum yang bertetangan dengan ajaran Islam, sama ada berkaitan aqidah hingga syariat.Islam melarang kita mengikut atau meniru gaya hidup orang-orang Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga dengan turut merayakan hari-hari kebesaran agama lain.

Begitu juga dengan meniru cara pakaian kaum lain seperti sari, kerana memakai sari sama sekali tidak mengikut cara pakaian wanita muslim kerana sebahagian dari sari itu mendedahkan aurad dengan menampakkan sebahagian perut. Juga dengan memakai tanda didahi, kerana tanda tersebuat adalah sebahagian dari syiar ajaran Hindu.

Soal: Bolehkah saya menjadikan puasa sebagai amalan sepanjang tahun?

Jawapan: Puasa sememangnya satu ibadah yang dituntut. Ia adalah ibadah ketaatan dan keikhlasan kepada ALlah s.w.t. Oleh iti amatlah digalakkan untuk mukmin meneruskan puasa sunat selepas berlalunya Ramadhan untuk mengekalkan kebaikkan yang sudah kita lakukan ketika Ramadhan seperti puasa enam hari pada bulan syawal.

Antara waktu yang digalakkan berpuasa sunat ialah:

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “ Puasa yang paling afdal ialah puasa Nabi Daud. Dia berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada yang lebih afdal daripada itu”.

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berpuasa tiga hari setiap bulan dan lebih afdal berpuasa pada bulan terang iaitu hari ke 13,14 dan 15.

Berpuasa pada hari isnin dan khamis pada setiap minggu.

Puasa pada enam hari bulan Syawal.

Puasa pada hari Arafah iaitu yang kesembilan bulan zulhijjah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji.

Puasa lapan hari dari bulan zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji dan orang yang tidak mengerjakan haji.

Puasa Tasi’ dan Asyura [hari ke 9 dan 10 ].

Puasa dalam bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab].Sebaik-baik bulan haram selepas bulan ramadhan ialah Muharam, kemudian Rejab, kemudian bulan-bulan haram yang lain akhirnya barulah Syaaban.

Puasa dalam bulan Syaaban , ada ulama tidak membenarkan berpuasa pada 15 terakhir bulan Syaaban. Ini adalah untuk membuat persediaan tubuh badan bagi berpuasa sebulan Ramadhan dan bagi meningkatkan seluruh perasaan hati agar terasa kehadiran Ramadhan dengan penuh pengharapan dan kegembiraan.

Muhasabah
amirbenhussin@yahoo.com

Dialog Imam al-Ghazali bersama anak-anak muridnya.

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya....

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab, "Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya". Imam
Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa
setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab
"Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi
yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita
tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini
dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah, "Gunung,
bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang
paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" . (Al A'Raf : 179)
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang
menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali,
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH". (Al Ahzab : 72)
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga
banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang
amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"...
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata
Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat
kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"...
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia
selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Info sihat.
amirbenhussin@gmail.com

‘Amalan untuk kesihatan badan.

Mengamal minum secawan teh ‘O’ setiap pagi boleh mengawal berat badan.
Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.

Rasulullah s.a.w mengamalkan meminum segelas air sejuk setiap pagi.

Waktu solat subuh disunatkan sujud sekurang-kurang seminit selepas membaca doa’, boleh mengelakkan sakit pening atau magrain.

Jangan makan makan darat bercampur dengan makanan laut . Nabi s.a.w menegah kita dari makan ikan bersama susu.

Makan denga tangan dan habiskan dengan menjilat jari kerana enzine banyak terkandung dalam air liur bagi mencerna makanan.

Kurangkan memakan garam.

Elakkan memakan daging yang diproses.

Elakkan makanan bergorng seperti kulit ayam,lemak daging dan makanan segera.

Jangan menghisap rokok.

Jauhi bahan pengawet, pewarna atau perasa.

Awas lemak yang tersembunyi seperti santan dalam kari, nasi lemak dan roti canai.

Jangan minum air terlalu banyak selepas makan dan sama sekali jangan tidur selepas makan.

بول حل bol chal
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Adakah kamu lapar?
Are you hungry?
هل انت جا ئع؟ Hal anta jaeaun?
كيا اب كو بهوك للي هي ؟ Kia up ko bhuk lage he?

Saya tidak lapar.
I am not hungry.
كلأ ما انا جا ئع . Kalla ma ana jaeaun.
نهي مجهي بهوك نحين لكي هي . Nahi muje bhuk nahi lage he.

Saya sangat lapar.
I am very hungry.
انا جا ئع جذا . Ana jaeaun jiddan.
مجهي سخبت بهوك لك ريحي هي . Muje sakh bhuk lagrehe.


Tip Nabawi
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Untuk keberkatan dalam makanan dan syifa’ serta penghadaman makanan, adalah sunnah Nabi s.a.w beliau akan sisip tempat makanan dan juga jari-jarinya.

Jari akan disisp mengikut turutan bermula dari jari tengah diikuti dengan jari telunjuk seterusnya ibu jari dan jari kelingking terakhirnya jari manis.

Marilah kita bersama-sama meng’amalkannya supaya mendapat keberkatannya.


5 Kaedah Bersikap Positif Menghindari Tekanan.
Oleh: Ust.Shamsuddin an-nadwi

*Banayakkan senyuman dan kurangkan ketawa.
*Beri tumpuan setiap perkara yang dilakukan.
*Elak memarahi orang lain.
*Banyakkan meminum air kosong elakkan minuman berkafein dan bergas.
*Banyakkan berzikir denga ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi s.a.w.


27 ‘Amalan Menyebabkan Kepapaan.
amirussin@yahoo.com

1. Bermudah-mudah dengan sembahyang.
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya.
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa.
4. Berjalan dihadapan guru.
5. Cepat keluar bila masuk masjid.
6. Berbohong.
7. Banyak bercakap kosong.
8. Pemalas.
9. Banyak tidur.
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan.
11. Selalu makan ketika hadas besar.
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala.
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi.
14. Bersifat bakhil.
15. Sentiasa tidur telanjang.
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab.
17. Menjahit pakaian di badan.
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri.
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan.
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah.
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah.
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah.
23. Membiarkan sarang labah-labah di dalam rumah.
24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah.
25. Menyapu sampah di waktu malam.
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api.
27. Selalu membakar kulit bawang.


Haramnya Tabarruj.
amirbenhussin@gmail.com

Firman ALlah s.w.t yang bermaksud:
“ …. Dan janganlah kamu bertabarruj [yakni berhias dan bertingkah laku] seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu…..”.
[al-Ahzab:33]

Tabarruj bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Imam Zamakhsyari berkata : hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan.

Namun tabarruj dalam ayat diatas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu ia menampakkan perhiasannya dan kecantikkannya kepada mereka. Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan berlenggang lenggok dan mendedahkan perhiasan.

Secara terperinci perkara yang tergolong di dalam pengertian tabarruj ialah:

1.Mendedahkan aurad yang sepatutnya ditutup.
2. Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau mahram sahaja.
3. Bertingkah laku dan bercakap dengan gaya yang boleh menghairahkan lelaki.
4. Bergaul bebas dengan para lelaki.
5. Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher.
6. Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki. Ini termasuklah memakai gincu bibir, memakai pipi merah, berwangi-wangian di luar rumah dan sebagainya.

Firman ALlah s.w.t yang bermaksud: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu,dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALlah adalah maha pengampun lagi Maha Penyanyang".
[Al-Ahzab:59]

Iklan

Karangan pada bulan ini bertajuk bapa ku dan lukisan pula bertajuk buah-buahan tempatan.

Dapatkan terjemahan al-Qur’an SYAAMIL [terjemahan mengikut patah perkataan beserta terjemahan lengkap dengan harga RM:160.00

Tuan\Puan yang ingin melanggan albayan bolehlah berhubung dengan Ust.Qamaruzzaman Tel.0134849471