Wednesday, July 29, 2009

Muqaddimah

Assalamualaikum, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang. Bulan Rejab berlalu bulan Syaaban menjelma Ramadhan kian terasa. Bulan Rejab dan Syaaban adalah dua bulan yang banyak pahalanya jika kita dapat mengutip kesempatan ber’amal darinya.

Tanpa disedari waktu berlalu begitu pantas. Sepantas kilat lagaknya. Islam mengajar kita agar menghargai masa. Firman ALlah s.w.t yang bermaksud: “Demi [perhatikan] waktu, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, selain dari orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, dan menwasiatkan [berpesan] antara satu sama lain dengan kebenaran serta mewaksiatkan [berpesan] satu sama lain dengan kesabaran ”. [Al-Asr]

Bagi orang-orang yang sedar dari kealpaan mereka tidak akan berdiam diri kerana setiap waktu dan detik adalah bernilai ibadah. Kita tidak perlu menunggu waktu tertentu untuk mengumpul pahala, kerana apa juga kerja yang kita lakukan asalkan biak dan diniatkan kerana ALlah s.w.t akan diberi pahala.

Tidak kira kita siapa,atau dimana tahap kita, kita tetap dikira sebagai hambaNya yang sentiasa membasahi bibirnya dengan zikrullah sekiranya kita gunakan masa-masa yang ada dengan mengingati ALlah.

Hakikatnya masa terus berlalu meninggalkan kita dan ia tidak akan kembali lagi hanya akan bersemadi kukuh menjadi lipatan sejarah.

Jadikanlah semalam sebagai pengajaran, esok sebagai harapan dan hari ini sebagai medan ber’amal.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Al-Fadhil Syeikh Niamat Yusoff.

Syeikh Niamat Yusoff dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang tanggal 22 Februari 1940.Inilah kelahiran anak kedua dari empat orang anak hasil perkongsian hidup ayahandanya Tuan Guru Syeikh Yusoff bin Said dengan bondanya Che’ Tah binti Abdul Hamid seorang tokoh yang disegani kerana pengalaman dan terlibatnya dalam masyarakat membantu menerajui pusat pendidikan pondok dibeberapa daerah dalam negeri Kedah pada ketika itu.

Tuan Guru Syeikh Yusoff amat sederhana dalam kehidupannya, ketika inilah Syeikh Niamat menimba pengalaman dari ayahandanya yang sering berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Perpindahan yang pertama ialah dari Kepala Batas ke Padang Serai Kedah.

Di Padang Serai ayahandanya telah mengasaskan sekolah agama An-Nahdhah Al-Hasanah Melele bersama seorang sahabat dari Indonesia bernama Ustaz Ali Bustamam. Kemudian beliau berpindah ke Kubur Panjang untuk menggantikan Tuan Guru Haji Hussin Misri sebagai Mudir di Madrasah At-Tarbiyah Al-Auladiyah.
Akhirnya pada tahun 1952 beliau berpindah ke Alor Setar untuk mengembangkan ilmu pengetahuannya kepada masyarakat umum menerusi masjid-masjid, surau-surau dan persatuan-persatuan.

Suasana kehidupan yang sederhana dan perpindahan yang berlaku sewaktu inilah telah banyak membantu Syeikh Niamat dalam memehami aspek-aspek kemasyarakatan dan tanggungjawab diri.

Disamping pengalaman dan pendidikan informal yang diperolehi dari ayahandanya, beliau juga mendapat pendidikan formal dari beberapa buah sekolah seperti sekolah Melayu pada tahun 1947 hingga 1948, Madrasah at-Tarbiyyah al-Auladiyah, Kubur Panjang seterusnya beliau melanjutkan pelajaran diperingkat menengah di Maktab Mahmud,Alor Setar dengan mendapat Syahadah Nihaiyah [menengah] pada 1960.
[bersambung]

Mutiara Kalam [siri 8].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi

Tanpa Hasrat Menyala
Untuk Menundukkan Dunia
Mustahil Dicapai Darjat
Yang Sangat Dekat
Kepada Ilahi.


Iqtibar.
Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi

Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.
Semakin bertambah bebanan , semakin kurang keupayaan.
Hanya Iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan.
Dengan penuh ketenangan mampu merempuh ujian.
Tuluslah dengan ALlah, teluslah sesama insan.
InsyaALlah selamat di dunia dan di akhirat.
Berkatalah Imam Hasan al-Basri
Orang mukmin itu segera solat bila sampai masanya.
Solatnya kusyu’ lillahi ta’ala.
Kata-katanya penawar.
Sabarnya taqwa dan diamnya berfikir.
Dan pandangannya iqtibar.

Dars Bukhari.
Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi

Daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang beriman dengan ALlah dan hari Akhirat, hendaklah dia berkata kebaikan ataupun dia diam, dan barangsiapa yang beriman dengan ALlah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya, dan barangsiapa yang beriman dengan ALlah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya”. [Hadis riwayat Bukhori dan Muslim]

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan dalam hadis ini apabila seseorang itu hendak bercakap, dia mestilah berfikir terlebih dahulu. Sekiranya percakapan itu tidak membahayakan kepadanya, maka bercakaplah, tetapi kalau sekiranya membahayakan diri sendiri, maka janganlah bercakap.

Hadis di atas juga disokong oleh tiga hadis lain, sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w “ Sebahagian daripada kebaikan Islam seseorang itu ialah dia tinggalkan sesuatu yang tidak ada kepentingan kepadanya”.Dan dalam sebuah hadis lagi yang diriwatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya, sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w , berilah wasiat kepadaku.

Rasulullah s.a.w. bersabda “ Janganlah kamu marah”. Lelaki itu mengulanginya beberapa kali, Rasulullah s.a.w tetap bersabda “ Janganlah kamu marah”. Dan dalam hadis yang lain dari Anas bin Malik r.a, khadam Rasulullah s.a.w , katanya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sepertimana dia kasih kepada dirinya sendiri ”.

Ketiga-tiga hadis di atas menunjukkan kepada kita bahawa ada pada setengah masa itu kita perlu bercakap seperti memberi nasihat kepada saudara kita, dan pada masa yang lain kita perlu diam sahaja. Ini oleh kerana diam pada tempat yang sepatutnya kita diam adalah sifat seorang lelaki , dan sepertimana kita bercakap pada tempat yang sepatutnya kita bercakap adalah semulia-mulia pekerjaan.Dan barangsiapa yang diam dari menegak kebenaran maka dia adalah syaitan bisu.

Dalam kitab Hilyatul Awliyak menyebutkan “ Tidak sepatutnya bagi manusia itu mengeluarkan perkataannya kecuali perkataan yang perlu sahaja, sepertimana dia tidak mengeluarkan perbelanjaannya melainkan untuk membeli apa yang dikehendaki sahaja”.

Sabda Rasulullah s.a.w “Sebahagian daripada kecerdikan seseorang lelaki itu ialah sedikit bercakap tentang urusan yang tidak sesuai kepadanya”.

Tafsir al-Qur’an
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

اهذ نا الصرا ط المستقيم

Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.

Melalui ayat ini, ALlah s.w.t telah mengajarkan kepada manusia atas apa keperluan manusia yang paling penting untuk didahulukan dalam permintaan kepada ALlah s.w.t, iaitu satu jalan kehidupan yang akan membawa manusia kepada keredhaan ALlah s.w.t

Diantara beribu-ribu atau berjuta-juta kehendak atau keperluan kita, maka jalan hidup yang lurus atau betul adalah yang terpenting bagi menjalani kehidupan seharian sebagai seorang muslim yang diredhaiNya.
صراط المستقيم memberi makna jalan yang lurus, jalan yang benar, jalan yang membawa kepada kebahagiaan dan keberuntungan didalam hidup di dunia dan lebih-lebih lagi di dalam kehidupan ukhrawi.

Ini memberi makna tidak beerti seseorang yang kaya tetapi jalan hidupnya salah, maka bukan sahaja agama malah kemaknusiaan pun tidak akan menerimanya. Begitu juga seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi jalan hidupnya salah, maka tidak ada erti dalam kehidupannya.

Maka kehidupan yang luruslah akan membawa manusia kepada penerimaan tamadun manusia apatah lagi disisi ALlah s.w.t. Walaupun seseorang itu miskin tetapi ia meng’amalkan jalan yang betul, maka setiap manusia akan menerimanya lebih-lebih lagi disisi ALlah s.w.t.

Oleh yang demikian itu aqidah yang betul sahaja akan diterima oleh ALlah s.w.t bagi seseorang muslim untuk menjalani kehidupan kita di atas muka bumi ALlah ini.

Permintaan yang teramat penting bagi seseorang makhluq kepada Rabnya ialah tunjukilah jalan yang lurus.

Wallahu aqlam.

Sembilan belas hadis Rasulullah s.a.w mengenai wanita.
benhussin.blogspot.com

1. Doa’ perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w, “ Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa’ orang yang penyayang tidak akan sia-sia ”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. ALlah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALlah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALlah s.aw.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALlah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALlah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALlah s.w.t dan orang yang sentiasa takutkan ALlah s.w.t , akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
[bersambung]

Sejarah ringkas al-Qur’an
amirbenhussin@gmail.com

Hikmah turunnya al-Qur’an beransur-ansur.
Perbezaan ayat Makiyah dan ayat Madaniyah.

Ayat-ayat al-Qur’an yang turun di Mekah [sebelum hijrah] disebut Makiyah, sedang yang turun sesudah Rasulullah s.a.w hijrah ke Madinah dinamakan Madaniyah, walaupun turunnya di Mekah ketika penaklukan Mekah dan Haji Wada’ atau di tempat lain, misalnya masa perang. Perkembangan Islam di kedua masa itu sangat berbeza.

Waktu di Mekah keadaan Islam masih tersepit, ajarannya dianggap asing, pemeluknya ditindas dan diburu. Tetapi setelah hijrah ke Madinah, kaum muslimin telah menjadi satu jamaah yang kuat. Ajarannya telah berkembang dan meluas.

Kaum muslimin di Madinah telah membentuk masyarakat dan pemerintahan yang kuat. Ayat-ayat Makiyah pada umumnya isinya menumbuhkan iman dan tauhid, mengaku ALlah Tuhan Yang Maha Esa, menentang pemujuaan berhala dan menyembah tuhan-tuhan yang banyak. Ayat-ayat Makiyah merupakan ayat-ayat yang pendek dan ringkas berbanding dengan ayat-ayat Madaniyah.

Ayat-ayat Madaniyah berkisar tentang hal-hal yang bertalian dengan pergaulan, pemerintahan, kehidupan, perang dan damai, hukum dan sebagainya untuk menjadi pedoman dalam membentuk dan menyusun masyarakat Islam dari dahulu sehingga sekarang.
[tamat]

Nama-nama surah al-Qur’an.
benhussin.blogspot.com

At-Tahrim - Mengadakan larangan
Al- Mulk - Kerajaan
Qalam - Pen
Al-Haqqah - Keadaan yang sebenarmya
Al-Ma’arij - Tangga-tangga untuk naik
Nuh - Nuh
Al-Jin - Bangsa Jin.
Muzammil - Orang yang melekatkan pakaian.
Al-Muddatir - Orang yang berselimut
Al-Qiamah - Kebangkitan
Ad-Dahr - Masa
Al-Insan - Manusia

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Apa kerja kamu?
What do you do?
ما ذا تعمل ؟ - Ma za ta’qmal ?
أب كيا كرتي هي ؟ - Ap kia kam karte hein ?

Apa jenis perniagaan kamu ?
What is your business ?
ما هي تجا ر تك ؟ - Ma hiya tijaratuka/ki ?
اب كا كيا كا رو با ر هي ؟ - Ap ka kia karobar hein ?

Adakah kamu dahaga ?
Are you thirsty ?
هل انت عطشا ن ؟ - Hal anta atsanun ?
كيا اب كو ييا س لكي هي ؟ - Kia apko pias lage hein ?

Soal jawab.
amirussin@yahoo.com

Soalan: Bilakah solat sunat sebelum atau
selepas solat wajib lima waktu boleh di-
lakukan?

Jawapan: Solat sunat yang dilakukan sebe-
lum dan selepas solat Zuhur, sekurang-ku-
rangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya
empat rakaat. Dari Ummi Habibah r.a : “Se-
siapa yang memelihara solat empat rakaat
sebelum zuhur dan empat rakaat sesudahnya
dia diharamkan ALlah daripada neraka”.
[Hadis Abi Daud dan Tirmizi]

Solat sunat sebelum solat asar, dari Ali bin Abi Thalib “Nabi s.a.w solat sebelum asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin”.
[Hadis At-Tirmizi]

Solat dua rakaat sunat selepas solat Magrib. Tetapi apabila sahabat melakukan solat sunat sebelum Magrib, Nabi s.a.w tidak melarangnya.

Solat sunat sebelum dan selepas Insya’.
Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh solat sunat itu dikerjakan sesudah solat Subuh. Dari Aisyah r.a “Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya”. [Hadis Muslim]

Soalan: Apakah hukum terlalu menyanjung artis seperti melekatkan gambar di dinding bilik, menyimpan koleksi lagu dan gambarnya.

Jawapan: Ia adalah satu perbuatan yang sememangnya dilarang di dalam Islam. Tambahan pula membawa kepada kelalaian. Diantara amaran Nabi s.a.w mengenai perbuatan manusia yang mengundang bencana, dari Ali bin Abi Thalib Nabi s.a.w bersabda “Apabila umatku telah membuat perkara-perkara berikut maka bala pasti turun pada mereka iaitu :

*Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.
*Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
*Zakat dijadikan hutang.
*Suami menurut kehendak isteri.
*Lebih suka berbaik atau rapat dengan kawan –kawan dan menjauhi ayah [dalam meminta pandangan atau nasihat].
*Suara [perbualan] sudah ditinggikan di dalam masjid.
*Ketua satu kaum ialah orang yang terhina di antara mereka.
*Seseorang dimuliakan kerana ditakuti akan kejahatannya.
*Khamar [arak] sudah diminum dimerata tempat.
*Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
*Artis disanjung-sanjung.
*Muzik banyak dimainkan.
*Generasi akhir zaman [menyalahkan] melaknat generasi pertama[para sahabat].
[Hadis At-Tirmizi]

Islam tidak melarang untuk mendengar muzik atau berhibur tetapi perlulah berada di atas landasan dan garis panduan yang ditetapkan oleh syarak dan tidak sampai tahap melalaikan termasuk dan tujuan menjaga ibadah, gaya hidup, cara berpakaian dan hiburan itu hendaklah tidak bercampur antara lelaki dan perempuan dan tidak termasuk dalam hiburan yang lagha.

Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Yahudi guna 5F musnahkan umat Islam.

Firman ALlah s.w.t yang bermaksud “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu [Wahai Muhammad] sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka [yang telah terpesong itu]. Katakanlah [kepada mereka] : ‘Sesungguhnya petunjuk ALlah [agama Islam itulah petunjuk yang benar]. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya [wahyu yang memberi] pegetahuan kepadamu [tentang kebenaran], maka tiadalah engkau akan akan peroleh dari ALlah [sesuatupun] yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”.
[Surah al-Baqarah:120]

Mereka [Yahudi] akan merasa puas sekiranya ada dikalangan kita umat Islam tergelincir dari kebenaran Islam, oleh yang demikian itu mereka menggunakan seribu daya tipu muslihat untuk merosakkan aqidah umat islam yang diantaranya ialah:

Filem.
Kita mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amarika. Terlanjur mereka menjadi jahat, maka mereka juga berusaha untuk menjadikan umat Islam juga jahat seperti mereka dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem berunsur lucah yang digilai oleh para remaja juga golongan dewasa.

Filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh melakukan pergaulan bebas yang bukan muhrim seperti filem Akhirat,Gubra,Muhsin,Sepet,Sepet,Anak Halal.KL Menjerit dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Juga sekarang ini seringkali ditayangkan filem-filem tahyul, hantu dan sihir yang boleh menggugat aqidah umat Islam.

Famili [Keluarga].
Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga dikalangan umat Islam boleh hidup bebas tanpa mengira batas-batas pergaulan seperti isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh berpasangan dengan isteri orang lain. Pasangan-pasangan ini boleh menari-nari di pesta-pesta sosial tanpa rasa bersalah dan segan silu.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri boleh membuka aurad dihadapan bukan mahram
dan telah menjadi trend hari ini.Para bapa atau suami tidak meresa cemburu dengan perlakuan anak-anak perempuan atau isteri-isteri mereka dengan pergaulan bebas dan bercampur gaul lelaki perempuan, bersalam dan bersentuhan sudah menjadi kebiasaan.

Fesyen.
Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur. Trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, ada sesetengah ibu bapa merasa tidak janggal keluar dari rumah bersama-sama anak-anak perempuan mereka yang memakai seluar jean ketat dan t-shirt sendat sedangkan ayah memakai kopiah dan ibunya pula memakai tudung litup.

Keadaan sebegini menandakan satu kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata .

Fun [Hiburan].
Yahudi juga menjadikan inspirasi kemusnahan hidup orang Islam, merekacipta program-program hiburan yang mengasyikkan, pada masa yang sama ia sebenarnya menjadi racun kepada kehidupan beragama bagi umat Islam.

Program realiti hiburan keterlaluan dengan melahirkan individu-individu Muslim yang sentiasa berangan hendak menjadi popolur, akhirnya hilang integriti sebagai umat Islam yang serius dalam ‘amalan islam.

Food [Makanan].
Yahudi juga telah berjaya menghidangkan kepada umat Islam di seluruh dunia dengan berbagai makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan.

Siapa tidak kenal KFC, McDonald,Pepsi,Coca Cola dan berjenis-jenis lagi makanan segera yang banyak terdapat diseluruh dunia yang datangnya dari Yahudi. Awas kadang-kadang amalan memakan makanan segera ini boleh mengakibatkan barah dan mandul.

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Diriwayatkan bahawa Baginda Nabi s.a.w akan meminum air madu ketika sarapan pagi dan terdapat riwayat juga memberitakan bahawa Nabi s.a.w meminum ‘Nabize Tamar’ untuk sarapan.

‘Nabize Tamar’ adalah kurma kering yang dipotong kecil dan direndam semalaman didalam air dialam bekas yang diperbuat dari tanah liat.


English Section

Nasyeed Islami.

Who Should I Give My Love To?

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After ALlah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And than your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you
Who use to feed you?
And always be with you

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That right no other
Your mother[My mother]

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After ALlah and Rasulullah

Comes your mother
Who next?Your mother
Who next?Your mother
And than your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who use to hold you
Before you could walk

And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Naver say no to
After ALlah and Rasulullah

Comes your mother
Who next?Your mother
Who next?Your mother
And than your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped you tears?

Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say ALhamdulullah
Thank you ALlah
Thank you ALlah
For my mother.



Adik – adik yang ingin menghantar karya dan lukisan boleh mengirim lukisan dengan tajuk ‘wau bulan’ dan karangan dengan tajuk ’cita-citaku’.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.


Perjumpaan Tahunan Alumni Nadwa,Lucknow, India.
Kepada semua sahabat-sahabat dimaklumkan bahawa perjumpaan tahunan akan diadakan seperti butiran dibawah:

Tarikh : 29hb.Nov 2009 [hari raya haji ke 3]

Tempat : Rumah saudara Zachury Musa Kuala Ibai,Kuala Terengganu.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saudara Qamaruzzaman atau saudara Amir.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Wednesday, July 8, 2009

iklan

albayan kini menawarkan kepada tuan puan:

Kelas Hafazan al-Qur'an.
Motivasi Keluarga Muslim.
Motivasi Pelajar Cemerlang.
Motivasi Solat
Kem Solat
Perunding Kekeluargaan menurut Islam.

Hubungi Kami:
Ust.Qamaruzzaman 013 4849471
Ust.Amir 013 7338966