Sunday, October 24, 2010

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاتة
Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

Akhlaq yang baik dapat membentuk sahsiah yang mulia. Contoh akhlaq yang baik perlu dimainkan oleh semua pihak, baik bermula dari rumah maupun dari persekitaran luar, sekiranya ia berjaya memainkan peranannya maka insyaALlah masyarakat akan terhindar dari segala perkara yang dilarang oleh ALlah dan Rasul.

Akhlaq yang mulia di dunia ini adalah datangnya dari peribadi diri Rasulullah SAW sendiri yang sebagaimana firman ALlah SWT yang bermaksud: “ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW contoh ikutan yang baik ” . {al-Ahzab:21}

Berdasarkan ayat itu, ALlah telah meletakkan Rasulullah SAW sebagai role model yang teragung bagi setiap umat manusia tanpa mengira sempadan masa.

Akhlaq dan sirah Nabi menceritakan kepada kita sebagai tauladan yang dapat kita contohi dan ikuti bagi mendidik diri kita agar sentiasa dapat menjalani kehidupan selari dengan kehendak ALlah dan Rasul.

Dari Aisyah RHa menyatakan bahawa “ Rasulullah SAW mempunyai budi pekerti al-Qur’an ” . {Buhkari dan Muslim}

Akhlaq yang mulia akan melahirkan aqidah yang mantap dengan keyakinan dan keimana yang hakiki hanya pada ALlah. Oleh itu mulai dari sekarang marilah kita bersama-sama beriltizam untuk melakukan tajdid islami bagi menjadikan diri kita
insan kamil dengan mengikut dan ber’amal dengan akhlaq Rasulullah SAW.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaqnya ” . {Riwayat tirmizi}

Sidang editor albayan mengucapkan selamat menunaikan ‘ibadah haji kepada semua jamaah yang akan melaksanakannya dan selamat menyambut Hari raya ‘Aidil Adha maaf zahir batin.Kullu 'am wa antum bi khair.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Mus’ab tinggalkan kemewahan.

Mus’ab bin Umair seorang pemuda yang segak dan tampan. Anak seorang bangsawan yang kaya dan keturunannya dianggap mulia oleh penduduk Mekah.

Sebelum memeluk Islam, beliau hidup dalam kemewahan dan amat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya. Sehingga Nabi SAW sendiri berkata: “ Tidak ada orang yang tinggal di Mekah ini hidupnya mewah seperti Mus’ab ”.

Namun kemewahan dan kesenangan yang diniqmati oleh Mus’ab hanya sementara. Beliau mendapat petunjuk daripada ALlah, beliau mula meminati ajaran Islam dan berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Beliau mendengar segala ajaran dan kata-kata ALlah yang disampaikan oleh Nabi SAW.

Mus’ab memeluk agama Islam tanpa pengetahuan ibu dan bapanya. Semasa itu umurnya 24 tahun. Beliau cuba merahsiakan keislamannya daripada pengetahuan ibu bapanya. Semenjak itu beliau mula mempelajari agama Islam dengan aktif dan mengikut Nabi SAW ke rumah Arqam bin Abi Arqam.

Rahsianya memeluk agama Islam terbongkar apabila ada seorang pemuda melihat Mus’ab solat, dan pemuda tersebut memberitahu hal tersebut kepada kedua orang tuanya. Ibu bapanya menjadi marah dengan keislaman Mus’ab. Semenjak dari itu Mus’ab dilarang berjumpa dengan Nabi SAW dan mengurungnya di dalam rumah.

Ibunya berkata dalam keadaan marah: “ Saya tidak akan terpengaruh dengan agama yang kamu anuti. Saya menjadi tidak siuman sekiranya saya masuk agama kamu ”. Mus’ab hanya berdiam diri tanpa sepatah kata, kemudian ibunya berkata lagi: “ Mulai pada hari ini, saya tidak akan makan sehingga mati jika kamu tidak kembali semula kepada agama asal ”.

Setelah itu, Mus’ab pun menjawab: “ Wahai ibu yang saya sayangi, walaupun ibu bernyawa seribu, dan setiap nyawa ibu mati satu persatu, saya tetap menjadi orang Islam, sehingga akhir hayat saya ”. Ibunya terkejut dengan jawapannya dan amat sedih dan kesal sekali.

Hari demi hari Mus’ab terkurung di dalam rumahnya. Pada suatu hari beliau mendapat peluang melepaskan diri. Beliau terus pergi berjumpa Nabi SAW. Pada masa itu para pengikut Nabi SAW mahu berpindah ke Habsyah dan beliau pun mengikuti rombongan itu. Setelah beberapa lama beliau di Habsyah, beliau kembali ke Mekah dan kembali mendengar semula ajaran Nabi SAW.

Selepas memeluk agama Islam, kehidupan Mus’ab bertukar daripada kaya kepada miskin. Tidak ada pakaian mahal dan makanan enak baginya setiap hari. Apabila berlaku kucar kacir di Madinah antara suku Aus dan sku Khazraj dan kezaliman Yahudi, Nabi SAW menghantar Mus’ab sebagai tenaga pengajar di Madinah.

Di Madinah ada dua orang pemimpin yang tidak menyukai Mus’ab menyebar ajaran Islam, tetapi atas kebijaksanaan Mus’ab keduanya memeluk agama Islam.


Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Daripada Bakrah bin Nufai’ bin al-Harith r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “ Mahukah kamu aku khabarkan tentang sebesar-besar dosa yang tiga? ” Kami menjawab: “ Baiklah, ya Rasulullah ”. Baginda bersabda: “Iaitu syirik kepada ALlah, derhaka kepada dua orang tua ”. Ketika itu Baginda bersandar kemudian duduk dan bersabda lagi: “ Ingatlah ucapan dusta dan saksi palsu ”.

Baginda mengulang-ulanginya sehingga kami berkata, “ Semoga Baginda diam ”.

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslimi]

Mensyirikkan ALlah adalah salah satu daripada dosa besar. Berlakunya syirik dengan tiga perkara. Pertama dengan perbuatan, kedua dengan perkataan dan ketiga dengan iktiqad.

Dengan perbuatan boleh berlakunya syirik dengan menyembah selain dari ALlah, termasuk bertafakur atau tunduk hormat kepada sebarang bentuk ukiran atau patung, termasuk tugu negara, matahari, api, pokok besar atau busut sekalipun.

Dengan perkataan boleh berlakunya syirik dengan mengatakan bahawa tidak percaya lagi kepada ALlah dan agama Islam dan mengistiharkan keluar dari agama Islam. Juga dengan mempersendakan perintah ALlah dan sunnah Nabi SAW sekalipun dengan mengatakan makan dengan tangan dan menjilat jari sesudah selesai makan itu kotor, kolot atau selainnya.

Dengan iktiqad di dalam hati mengatakan bahawa meragui dan mempertikaikan kekuasaan ALlah dan mengatakan ALlah tidak berkuasa melakukan segalanya serta beriktiqad bahawa ada lagi agama yang lebih baik dari agama Islam dan ajaran Nabi SAW.

Beriktiqad di dalam hati bahawa hukum-hukum ALlah sudah terpakai lagi dan ketinggalan zaman di zaman yang serba moden dan canggih ini.

Sebagai umat Islam, kita hendaklah menyakini dengan sesungguhnya bahawa ALlah SWT adalah tuhan yang berkuasa melakukan apa sahaja kepada kita dan hendaklah mengajui bahawa ALlah berkuasa terhadap diri kita dan terhadap keseluruhan ‘alam ini. Dan menyakini bahawa yang menghidupkan kita dia atas muka bumi ini adalah ALlah yang Maha Berkuasa.


Mutiara Kalam [siri 22].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi


Hatinya beriman
Namun
Otaknya kafir
Kekafiran adalah
Kematian


Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW.

“ Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesunguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala ‘amalan kamu. ALlah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak bleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
[bersambung]


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Dapat difahamkan bahawa 20 ayat yang pertama dari surah al-Baqarah jawapan kepada permintaan kita iaitu صر ط الذين انعمت عليهم dan غيرالمغضو ب عليهم و لاالضا لين
5 ayat yang pertama tentang mereka yang berjaya, tanda-tandanya dan hal-hal mereka dan 15 ayat seterusnya tentang mereka yang diluar jalan yang lurus, juga siapa mereka, tanda-tandanya dan tentang keadaan mereka.

Disini taklim dari 20 ayat ini adalah supaya manusia faham hanya ada 2 pembahagian diantara manusia iaitu orang yang taat [Mukmin] dan orang yang engkar [kafir].

Manusia bukannya terbahagi kerana warna kulit, pangkat, darjat, negara, nasab keturunan, harta atau lain-lain perkara. Perkara ini jelas dengan ayat خلقكم فمنكم كا فر
و منكم مؤمن.
Diciptakan kamu sebahagian dari kamu kafir dan sebahagian dari kamu mukmin.

ختم الله على سمعهم وعلى ابصا ر هم غشا وة ولهم عذ ا ب عظم .

[ Dengan sebab keengkaran mereka ] ALlah meteraikan atas hati mereka serta pandangan mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Disini kita difahamkan bahawa mereka-mereka yang membuat dosa dan kemungkaran serta penentangan terhadap agama ALlah, maka hatinya akan bertitik hitam satu demi satu sehingga keras dan tidak lagi akan menerima sebarang nasihat yang baik.

Maka ALlah telah mengingatkan bahawa hati itu telah dimeterai iaitu tidak dapat diubati lagi. Oleh itu berwaspadalah jangan sampai kamu ketahap itu.

[bersambung]

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Di mana kunci ?
Where is the key ?

اين المفتاح ؟
Aina almiftah ?
جا بي كها ن هي ؟
Chabi kaha hai ?
*************************

Di mana tempat meletak kenderaan ?
Where may I park my car ?
اين اوقف السيا رة ؟
Aina uqifu saiyyarah ?

كا ط رى كها ن كهرط ى كرون ؟
Gari kaha khari karun ?

**************************

Tolong basuh kereta.
Please wash the car.

من فضلك اغسل السيارة .
Min fadzlika iqsili saiyyarah.

كا ط رى كو مهربا ني كر دهو دجيي .
Gari ko meherbani kar do dijiye.

***************************

Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Kisah iblis mengadap Nabi Muhammad S.A.W.

Jika hamba berkeras juga naik ke langit, Malaikat yang menjaga pintu-pintu langit akan melontar dengan anak panah api yang bernyala-nyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang daripada jin dan syaitan yang telah kena lontaran itu lalu terbakar dan terbakar seluruh badan menjadi abu.

Maka semakin sukarlah untuk hamba dan segala bala tentera hamba menjalankan hasutan, tambahan pula tuan hamba mengeluarkan banyak mukjizat yang besar-besar dihadapan raja-raja dan orang ramai.

Soalan Nabi SAW yang ke 4 “ Apakah lagi yang terlebih dahulu engkau menipu kepada semua manusia? ”.Maka jawab iblis, pertamanya hamba palingkan keimanannya, supaya menjadi kafir samaada pada perkataan atau perbuatannya, kelakuannya atau hatinya. Sekiranya tidak Berjaya dengan cara itu, hamba menarik mereka ke jalan yang mengurangkan pahalanya, supaya lama kelamaan mereka terjerumus juga.

Soalan Nabi SAW yang ke 5 “ Apabila umatku berdiri untuk menunaikan solat, apa yang engkau lakukan? ” Jawab iblis, itulah masa yang amat sukar bagi hamba, seluruh tubuh badan hamba menjadi gementar dan hamba mengarahkan kepada seluruh syaitan dan iblis datang untuk menggoda mereka.

Mereka akan memasuki kesegenap anggota badan manusia bagi tujuan manusia malas solat, memasuki kehati supaya was-was dalam solat dan terlupa bilangan rakaat, supaya berfikir pekerjaan dunia dan hatinya hendak segera keluar dari solat. Sesetengahnya memasuki mata supaya tidak kyusu’ dalam solat, sesetengahnya memasuki telinga bagi mendengar suara orang yang bercakap dan sebagainya, sesetengahnya duduk pada belakang supaya tidak boleh sujud dan duduk lama semasa tahiyyatnya dan dalam hatinya segera hendak habiskan solat.

[dari buku kisah iblis mengadap Nabi SAW]


Pengertian ‘Ibadah Korban
amirussin@yahoo.com


Hanya beberapa hari sahaja lagi semua masyarakat muslim diseluruh dunia akan menyambut hari kebesaran Islam iaitu hari raya qorban. Tapi tahukan kita apa makna disebalik hari yang disambut pada tanggal 10 Zulhijjah dalam kalendar Islam ini?
Ibadah Qurban atau disebut juga sebagai
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah selepasnya, sambutan diikuti dengan ibadah korban dengan menyembelih lembu,kambing dan biri-biri, boleh dilakukan samaada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang sebelum tenggelamnya matahari pada hari 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya ‘Aidil Adha, kitan disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum pergi menunaikan solat sunat ‘Aidil Adha dan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan solat sunat Hari Raya 'Aidil Adha.
Selepas solat, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri akan disembelih dan dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam yang berkemampuan melakukan ‘ibadah haji ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.
Melakukan ‘ibadah korban ini adalah memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada ALlah SWT.


Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Bolehkah bertafakur di hadapan patung pahlawan sambil menghadiahkan al-Fatihah?

Jawapan : Bertafakur di hadapan patung seperti tugu pahlawan atau yang seumpamanya dan semasa dengannya, adalah haram dan berdosa besar. Perkara atau perbuatan yang haram tidak akan menjadi halal sekalipun dihiasi dengan bacaan al-Qur’an atau apa jua bentuk zikir.

Malah bacaan atau zikir yang dibacakan itu dikira sebagai bida’ah yang sesat. Jangan samakan bertafakur di hadapan patung dengan menziarahi kubur, tidak serupa sama sekali. Menziarahi kubur digalakkan oleh Nabi SAW agar mengingatkan kita kepada kematian sedangkan meniarahi patung bukan dari ajaran dan ‘amalan dalam Islam.


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Nabi SAW dilaporkan pernah bersabda Lima ini adalah seperti Mukmin, bagus dirasa dan bagus dihidu.

Limau menguatkan hati, membuang kesedihan, bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan aliran hempedu.

Isteri Nabi SAW biasanya merawat orang-orang buta dengan limau yang dicelup ke dalam madu. Limau baik dimakan lebih kurang 10 minit selepas makan.

Siapa yang sakit selama 7 hari, maka ia adalah penebus dosa selama 70 tahun.


Haji.
tamarmerbok.blogspot.com

Daripada segi bahasa haji bermaksud mengqasadkan sesuatu. Haji dalam istilah syarak ialah mengqasadkan di dalam hati untuk mengunjungi Kaabah bagi pekerjaan nusuk di Baitullah. Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saei dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Wahai manusia, telah difardhukan ke atas kamu haji. Bertanya seorang lelaki adakah setiap tahun ya Rasulullah?. Maka Nabi diam, sehingga lelaki itu bertanya sebanyak 3 kali. Maka Nabi SAW bersabda: Jika aku berkata ya, nescaya akan diwajibkan ke atas kamu [setiap tahun] dan kamu sekali-kali tidak mampu untuk menunaikannya ”. {Riwayat Muslim}

Daripada hadis Nabi SAW ini, kefardhuan haji ini Cuma sekali seumur hidup. Namun kewajipan di dalam mazhab Shafie boleh ditakhirkan kecuali setelah sempurna syarat kemampuannya.

Syarat-syaratnya.
• Islam, orang kafir atau murtad tidak wajib. Hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan mengunjungi Baitullah dan sah untuk menunaikan ibadah haji.
• Baligh, bagi orang dewasa, kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib mengerjakannya. Sekiranya kanak-kanak tersebut menunaikan haji maka ia mendapat pahala haji sunat.
• Ber’akal, orang gila atau rang yang tidak waras ‘akalnya tidak wajib menunaikan haji. Sekiranya ia menunaikan haji, hajinya dikira sebagai haji sunat, dan perlu mengulanginya sekiranya ia sembuh.
• Merdeka, Hamba sahaya tidak wajib menunaikannya.
• Berkemampuan, mampu dan berkuasa untuk menunaikannya. Perlu dilihat dari sudut mampu keewangan dan kesihatan dalam perjalanan pergi dan balik.

Syarat-syarat kemampuan dengan sendiri.
• Cukup perbelanjaan pergi dan balik.
• Cukup bekalan atau nafkah untuk dirinya dan tanggungan yang ditinggalkan.
• Ada kenderaan pergi dan balik.
• Terjamin keselamatan diri dan harta ketika perjalanan pergi dan balik.
• Sihat tubuh badan.
• Ada kesempatan masa.

Syarat tunai haji dengan pertolongan orang lain.

Mereka yang telah memenuhi syarat-syarat dari segi keewangan untuk menunaikan haji, namun tidak dapat menunaikannya sendiri kerana uzur, sakit yang tidak ada harapan sembuh atau telah terlalu tua atau telah putus asa, maka diwajibkan orang lain menggantikannya untuk menunaikan haji secara sukarela atau secara upah yang berpatutan. Hal ini sama hukumnya bagi orang yang semasa hidupnya berkemampuan untuk menunaikan haji tetapi telah meninggal dunia sebelum sempat melakukannya.

Maka para waris dan wasinya berkewajipan menyelesaikan hutang hajinya dengan melaksanakan badal haji secara upah atau sukarela.

Beberapa kaedah mengerjakan haji.
• Sekiranya seserang itu mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah di tahun yang sama, maka dinamakan haji ifrad.
• Sekiranya seseorang itu mengerjakan umrah dahulu di dalam bulan haji, kemudian mengerjakan ibadah haji di dalam tahun yang sama dinamakan haji tamattu’.

Lafaz niat haji.

Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana ALlah ta’ala.

Seserang yang telah berniat haji, terikat dengan kewajipan menyempurnakannya selama ia belum menunaikan semua rukun-rukun dan kewajipannya.

Niat haji hanya sah dilakukan pada bulan-bulan haji adalah tempoh di antara 1 Syawal hinggalah terbit fajar 10 Zulhijjah. Sebelum berniat haji, jemaah disunatkan mempersiapkan dirinya dengan beberapa perkara sunat:

Perkara-perkara sunat sebelum berniat ihram.
• Memotong kuku.
• Mengemas janggut, mencukur misai dan menggunting rambut.
• Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya.
• Mandi sunat ihram.
• Ambil wudhu’.
• Memakai kain ihram warna putih.
• Solat sunat ihram.

Setelah berniat ihram, jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiah dan memanjatkan doa’ kepada ALlah. Talbiah yang diucapkan adalah lambang ketulusan hati dan tekad untuk mendapatkan redha ALlah. Semua makhluq ALlah termasuklah batu dan pokok akan menjadi akan menjadi saksi di hari kiamat terhadap talbiah yang diucapkan.


English Section
amirussin@yahoo.com

Does Islam prohibit alcohol ?

Yes, its does. Islam does not allow drinking a drop of alcohol or any sort of intoxicants. Prophet Muhammad says that if a lot of a drink intoxicates, a little of it is prohibited.

Alcohol is really a poison that destroys the mind, body, families, marriages and institutions. Its destructive dangers are very obvious, and it also leads to a lot of other problems, crimes and even murders.

The only code of life that prohibits alcohol all over the world is the Islamic code. Islam prohibits alcohol, not a drop of it, thanks to ALlah, who always ordains what is the best for human. Prohibiting alcohol saves human a lot of troubles, a lot of problems and a lot of suffering.


Taqwa di bulan Haji.
amirbenhussin@gmail.com

ALlah SWT berfirman yang bermaksud: “ Waktu musin haji itu pada bulan-bulan yang telah ditentukan, di dalam bulan-bulan haji itu, maka janganlah bercakap perkataan kotor, tidak boleh berbuat fasik dan tidak boleh bertengkar [dilakukan pada musim haji], dan apa yang kamu lakukan daripada kebaikkan, nescaya ALlah mengetahuinya, berbekal-bekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa, bertaqwalah wahai orang-orang yang mempunyai akal ”. [al-Baqarah: 197]

Kata Saidina ‘Ali RA: “ Taqwa itu ialah takut kepada Tuhan Maha Perkasa, ber’amal dengan al-Qur’an yang diturunkan, bersedia bagi hari yang dia berangkat menuju kepada-Nya dan redha dengan perkara sedikit yang diberi oleh ALlah ”.

Kata Saidina Abu Bakar RA, semasa diangkat menjadi Khalifah: “ Wahai sekelian manusia! Aku telah diangkat untuk menguruskan urusan kamu sedangkan aku bukanlah yang terbaik dikalangan kamu. Namun al-Qur’an telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan sunnahnya untuk kita dimana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya.

Sedarilah bahawa sebaik-baik kebijaksanaan ialah taqwa dan sebodoh-bodoh kebodohan ialah fujur [dosa dan maksiat]. Sesungguhnya bagiku orang yang lemah adalah paling kuat dikalangan kamu kerana aku akan membantunya untuk mengembalikan haknya [yang dirampas oleh orang lain].

Sementara yang paling kuat pula bagiku adalah paling lemah kerana aku akan mengambil daripadanya hak [orang lain yang dirampasnya]. Wahai sekelian manusia! Aku adalah pengikut [ajaran Nabi SAW] bukan pembidaah [yakni yang mereka-reka ajaran baru].

Maka jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku ”.
[Thabaqat Ibnu Said]


Tip Pelajar Cemerlang.
amirussin@yahoo.com

Optimistik.
Sentiasa yakin pada ptensi diri. Tanam dan pupuk semangat ‘saya boleh’.

Jangan bersikap pesimistik.
Jangan bersikap sentiasa putus harapan dan mudah mengalah sebelum berjuang. Ini kerana belum cuba belum tahu.

Kesediaan memikul tanggungjawab.
Tanamkan kesedaran untuk memikul tanggungjawab sebagai satu amanah. Bertanggungjawab pada diri sendiri untuk berjaya dan cemerlang.

Tumpuan sepenuh hati.
Memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa sessi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ia juga sebagai salah satu sikap menghormati guru.

Mulakan dari awal.
Membuat persediaan awal untuk menghadapi sebarang ujian atau peperiksaan. Persedian itu termasuk ulangkaji, perbincangan dengan rakan-rakan atau guru, meneliti buku-buku latihan dan meneliti soalan-soalan dan jawapan peperiksaan tahun yang lalu.

Sentiasa bersedia.
Mampu menghadapi sebarang ujian dan peperiksaan pada bila-bila masa.

Tepati waktu belajar.
Menepati waktu belajar semasa di sekolah atau di rumah.Melakukannya tanpa dipaksa oleh sesiapa.

Lengkapkan peralatan.
Menyediakan keperluan peralatan belajar yang selengkapnya seperti buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota dan sebagainya.

Dapatkan bantuan guru.
Apabila berlaku sesuatu perkara dan tidak dapat ke kelas, dapatkan bantuan rakan untuk dapatkan nota-nota pelajaran dan penerangan dari guru.

Hormati guru.
Menghormati guru dimana sahaja, bukan sahaja di dalam kelas. Guru adalah sumber ilmu dan ianya dituntut dalam Islam.

Solat.
Jangan sesekali meninggalkan solat, tunaikan solat lima waktu kerana solat merupakan perkara yang wajib dan tiang agama.

Doa’.
Sentiasalah berdoa’ dan mengharapkan pertolongan daripada ALlah SWT . ALlah yang akan memberi segala apa yang kita lakukan dan kita pohonkan.

Menjelang peperiksaan.

Persiapan mental.

Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.

Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.

Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.

Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.

Jangan membuat perbandingan kebodohan diri dengan rakan yang lain.

Perkara yang harus dilakukan.

Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.

Anggaplah peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.

Anggaplah segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah salan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.

Bayangkan kejayaan yang bakal anda perolehi serta keseronokkan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.

Anggaplah peperiksaan itu sebagai satu tiket untuk melangkah kemercu kejayaan.

Buanglah segala macam persoalan negetif dan segala macam masalah dalam kotak fikiran anda, tumpukan sepenuh perhatian untuk menghadapi peperiksaan.

Anggaplah diri anda sama seperti orang lain. InsyaALlah anda boleh.


Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.
1 Tahun RM 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos].
Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.
Anda boleh berinteraksi dengan kami di face book di www.facebook/albayan.com

Perjumpaan Alumni Nadwatul ‘Ulama,Lucknow.

Tarikh : 27hb.November 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi.
Tempat : Rumah Saudara Abdul Halim [Kota Bharu,Kelantan]

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ust.Qamar di talian 013 4849471 atau sdr.Amir 013 7338966.