Monday, December 27, 2010

Selamat Tahun Baru 1432/2011


Warga albayan mengucapkan kepada semua pembaca dengan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 dan Tahun Baru Masihi 2011. Semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lalu. Kullu 'am wa antum bi khair.

Thursday, December 23, 2010

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Tirai 2011 sudah berlabuh, dengan azam dan tekad baru marilah diawal-awal tahun ini kita melakukan tajdid Islami bagi memantapkan lagi iman dan ‘amal kita. Sebagaimana firman ALlah SWT yang bermaksud: “ Supaya kamu semua beriman kepada ALlah dan Rasul-Nya, menguatkan [agama]-Nya, membesarkan-Nya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang ”. [S:al-Fath:9]
Menguatkan keimanan dan keIslaman kita dengan melakukan segala ‘amalan seharian yang berkualiti dari tahun-tahun lepas. Umpama zikir kita yang bukan sahaja melalui lidah tetapi hendaknya bersama dengan hati dan perbuatan dengan membesarkan ALlah.
Ikhlaskan diri dalam melakukan segala ‘amal Islami samaada kita melakukan sesuatu pekerjaan itu berbentuk ‘ibadah khusus maupun pekerjaan seharian, sekiranya niat kita kerana ALlah ta’ala, insyaALlah semuanya akan diberi balasan pahala oleh ALlah.
Orang yang bertaqwa adalah orang yang banyak mengingati-Nya, dengan kecintaan kita kepada-Nya serta mendaulatkan hukum-hakam-Nya dalam diri dan masyarakat, mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang diredhai-Nya di dunia dan di akhirat. Ta’atlah pada ALlah dan Rasul-Nya, aturlah keluarga mengikut syariat bukan mengikut adat dan budaya barat.
amirbenhussin@gmail.com


Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Paster Yohanes.
Dulu Pendakyah sekarang Pendakwah.


Paster Yohanes, adalah seorang tokoh pendakwah yang tidak asing lagi bagi warga Sabah terutamanya di daerah Kota Belud. Beliau merupakan anak kepada seorang ketua paderi kepada 15 buah gereja. Bersekolah Kristian selama 8 tahun, 2 tahun dilatih untuk dijadikan ketua mubaligh Kristian untuk melakukan misi yang disebut sebagai Gerakan Penginjilan untuk memurtadkan orang-orang Islam.

Beliau juga dihantar ke Bandung, Indonesia bagi mempelajari asas-asas bahasa Ibrani, diajar bagaimana cara-cara mengampun dosa, membaptis, berhujah dengan orang Islam, memimpin sembahyang di dalam gereja dan banyak lagi. Kesemua ilmu-ilmu agama Kristian yang dipelajarinya ada dua persoalan yang bermain difikirannya iaitu tentang ketuhanan Jesus masalah trinity dan majlis pengampunan dosa.

Beliau mula tertarik dengan Islam apabila mendengar rakan sebiliknya membaca ayat-ayat suci al-Quran dan akhlaknya yang berlainan dari kawan-kawannya yang lain semasa menuntut di ITM Cawangan Sabah. Hasil dari perdebatan, pengkajian dan penelitian dan mimpi yang membawa kepada kesedaran dan keinsafan, beliau memeluk agama Islam pada 26 Februari 1990 dengan namanya Mohd.Farhan Abdullah. Beliau berjaya mengislamkan seluruh keluarganya.

Beliau dilahirkan pada 6 Mac 1968 di Kota Belud, Sabah, dari suku kaum Kadazan. Setelah tamat belajar di ITM, beliau memeluk agama Islam, beliau memasuki Institut Dakwah Islam Perkim, Petaling Jaya dan berjaya mendapat sijil bahasa Arab dari Nilam Puri, Kelantan, diploma Tahfiz al-Qur’an Jakim dan setrusnya melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar,Mesir dalam bidang al-Qur’an dan Qiraat.

Sekarang beliau bergerak aktif bagi menyedarkan masyarakat tentang banyaknya orang-orang Islam murtad dan menubuhkan Pusat Tahfiz di Kota Belud, Sabah.


Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Dari Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Ketika seorang lelaki berjalan di suatu jalan, dia terlalu dahaga. Tiba-tiba dia menemui sebuah perigi. Oleh sebab tiada timba untuknya menceduk air perigi itu, dia pun turun kedalamnya dan meminum air sehingga puas.

“ Kemudian dia naik keatas dan ternampak seokor anjing terjelir-jelir lidahnya menjilat pasir kerana tersangat dahaga. Lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, ‘ Anjing ini haus sepertimana yang aku rasakan sebelum ini’. Lalu dia turun semula ke dalam perigi dan mengisi air ke dalam kasutnya. Dia memegang kasut yang dipenuh air itu dengan mulutnya lalu memanjat naik semula ke atas.

Kemudian dia memberi anjing itu minum. Lantas ALlah mengampunkan dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga ”.
Sahabat bertanya: “ Ya Rasulullah! Apakah dengan menolong haiwan kita mendapat pahala juga?” Baginda menjawab: “ Ya! Menolong setiap makhluk bernyawa akan diberi pahala ”.
[Hadis riwayat Bukhari]
Ibn ‘Uthaimin melalui kitab tafsirnya menyatakan bahawa ALlah SWT apabila mengumpamakan sesuatu dengan binatang, maka ia membawa maksud celaan atau penghinaan. Begitu Nabi SAW dalam hadis diatas mengkiaskan kepada kita, walaupun demikian, sekiranya kita yang bersifat dengan sifat-sifat kemanusiaan, apatah lagi kita yang mengaku beriman pada ALLah dan RasulNya, hendaklah sentiasa bersifat dengan sifat suka tolong menolong diantara satu sama lain.

Walaupun kadang kala kita merasakan kita ini hebat dan sebagainya, apabila kita berhadapan dengan sesama kita, walaupun mungkin ada diantaranya fakir dan miskin, hina dimata masyarakat, tetapi kita hendaklah memandang mereka juga sebagai manusia yang sama dengan kita, yang wajib kita menolongnya sekadar yang kita mampu.

Sebagai insan ciptaan ALlah mereka juga mempunyai hak keatas kita, bayangkan seekor anjing yang hukumnya najis mughallazah pun berhak kita menolongnya, tambahan pula sesama manusia. Oleh yang demikian itu sebenarnya tiada perbezaan darjat atau kasta sesama Muslim.

Perbezaan diantara kita sebenarnya terletak atas iman dan ‘amal .


Mutiara Kalam [siri 20].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi

Menjadi hamba ALlah
Bererti melampaui
Diri sendiri
Hamba ALlah
Dia ber’akal
Tetapi tanpa akhir


Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Firman ALlah SWT yang bermaksud: “ Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap kaum ‘Aad [yang kufur derhaka]. Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya [sesuai dengan penduduknya] ” . [S:al-Fajr.6-7]

ALlah telah menyatakan dalam al-Qur’an sebuah kisah yang amat mengerikan yang pernah berlaku di atas muka bumi ini. Kisah ini adalah sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada kita selaku hamba-Nya supaya jangan menderhakai segala perintah ALlah dan melakukan kefasadan di atas muka bumi ini.

Kaum ‘Aad merupakan satu kaum yang mahir dala seni bina sehingga mereka mampu mendirikan bangunan dan gedung-gedung indah disetiap tempat tinggi dengan harapan mereka dapat hidup kekal selama-lamaya. ALlah mengutus seorang Nabi kepada mereka dari kalangan mereka iaitu Nabi Hud a.s untuk member peringatan.

Malangnya mereka menolak dan mendustakan Nabi Hud a.s. lalu ALlah membinasakan mereka dengan angin rebut yang kencang selama tujuh malam lapan hari tanpa henti. Akhirnya kaum ‘Aad mati bergelimpangan seperti batang-batang pohon kurma yang tumbang.

Maka kita umat akhir zaman ini marilah bersama-sama merenung dengan pengajaran yang ALlah timpakan ke atas kaum ‘Aad ini agar tidak berulang pada kita. ALlah telah memberi peringatan kepada kita dengan mendatangkan suasana tsunami beberapa tahun lepas. Renung dan fikir-fikirkanlah.


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

واذ قيل لهم ء امنو كما ء امن ا لنا س قا لو ا أ نؤمن كما
ء ا من ا لسفهاء الا ءا نهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون .

Dan apabila dikatakan kepada mereka berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman mereka menjawab patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar).

ا منو كما ء من الناس Ayat ini juga membawa erti supaya beriman sebagaimana imannya para sahabat, inilah contoh teladan yang harus diikuti. Orang-orang itu bermaksud para sahabat.

و اذ لق ا لذين ء ا منوا قلوا ء ا منا وا ذ خلو ءا لى شيطينهم قا لو ءا نا معكم انما نحن مستحزء ون .

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman mereka berkata kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula sesungguhnya kami tetap bersama kamu sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).

Kembali kepada syaitan-syaitan mereka membawa maksud ketua-ketua munafiq, sebab panggilan syaitan digunakan kepada penderhaka yang kufur.
[bersambung]


بول جا ل
Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Berapakah sewa sehari ?
How much is a day ?

ما هى اجرة يوم ؟
Ma hiya ujratu yaumin ?

ايك د ن كا كيا كراي هى ؟
Ek din ka kia kiraya he ?
*********************

Saya ingin melihat bilik itu.
I should like to see the room.

دعنى ارى الحجرة .
Daak ni aralhujrata.

مين كمره ديكهن جا هتا هون .
Mein kamra dekhna chahta hu.
**************************

Ditingkat berapa ?
On what floor is it ?

في اى طا بق ؟
Fi aiye thoboqin ?

كس منزل فر هي ؟
Kis manzil par he ?


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Muhasabah kesilapan sepanjang 1431H.

Sepanjang 1431H, sudah tentu banyak perkara yang kita lakukan tidak menepati tuntutan hukum syarak. Kesalahan besar seperti mencuri dan berzina ataupun meminum minuman keras adalah jelas, tetapi ada kesalahan-kesalahan yang dianggap kecil tetapi mendatangkan inpak yang besar kepada kita selaku individu muslim diantaranya:

Tidak menegur pembantu rumah yang tidak menutup aurad.

Tidak menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di surau-surau dan di masjid-masjid yang berdekatan dengan rumah kita.

Para suami yang membawa isteri menunggang motosikal, isteri yang membonceng tidak memakai sarung kaki yang menampakkan betis.

Ramai yang mendengar azan, tetapi tidak pergi untuk solat berjamaah.

Anak-anak gadis memakai tudung, tetapi memakai baju dan seluar yang ketat menampakkan bentuk tubuh dan ada yang nipis.

Menggayakan atau menganjurkan fesyen busana muslimah, tetapi tidak menepati piawaian pakaian muslimah yang sebenar.

Orang yang bertanggungjawab mendiamkan diri terhadap pesta dan program hiburan melampau diadakan.

Para suami yang tidak melarang isteri dan anak gadis yang tidak menutup aurad atau memakai pakaian yang menjolok mata.

Tidak menjaga adab-adab korban ketika melakukan ibadah korban seperti berseluar pendek dan sebagainya.

Majikan atau ketua jabatan tidak menyuruh pekerjanya menutup auarad dan menunaikan solat.

Mengadakan majlis rumah terbuka pada hari raya yang bercampur lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

Memperlekeh dan mempersenda ‘amalan sunnah Nabi SAW.

Sama - samalah kita renungi dan mengambil iqtibar darinya mudah-mudahan pada tahun baru ini kita dapat mengghindarkan dari kesalahan-kesalahan tersebut.


Keajaiban Sains dalam Al-Qur’an.
amirussin@yahoo.com

Banyak fakta-fakta sains yang membenarkan apa yang dinyatakan dalam al-Qur’an. Fakta-fakta itu ditemui setelah lama Baginda SAW wafat. Ini bukan saja membuktikan al-Qur’an itu datang daripada ALlah, malah ia juga membuktikan kebenaran al-Qur’an yang merentasi masa dan ruang.

Antaranya beberapa fakta sains yang dikatakan menyokong kebenaran al-Qur’an ialah:

1.Bintang-bintang dan Nebula Ros.
ALlah berfirman yang bermaksud: “Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi mawar merah seperti [kilapan] minyak”. [S.al-Rahman 55:37] Penemuan sanis pada hari ini menunjukkan apabila bintang mengalami proses kehancuran, ia bertukar menjadi gumpalan gas. Gas-gas ini kemudiannya bersinar dan apabila dilihat dari jauh, ia menyerupai bentuk-bentuk tertentu antaranya bentuk bunga ros yang bersinar.

2.Di Sebalik Tiga Kegelapan.
ALlah berfirman yang bermaksud: “Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan”. [S.al-Zumar 39:6] Menurut Said Hawa “tiga kegelapan” tersebut merujuk kepada abdomen, rahim dan uri. Kenyataan ini selari dengan penemuan sains menurut Prof.Kith L Moore, pakar embriologi.

3.Bijirin bertangkai.
ALlah berfirman yang bermaksud: “Yusuf menjawab: ‘Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemuadian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan [untuk dijadikan benih]’.

Berdasarkan kajian Dr.’Abd al-Majid bil’abid dan rakannya dari Universiti Rabat di Morocco terhadap bijirin, mendapati bijirin yang disimpam bersama tangkai selama dua tahun masih segar 100% untuk dijadikan benih.
[www.qur’anmiracles.com]

Tarbiyyatul Aulad
amirbenhussin@gmail.com

Aurad bagi anak-anak samaada lelaki maupun perempuan jangan diambil sambil lewa. Ini berkemungkinan apabila besar kelak mereka akan terbiasa dengan pakaian yang tidak menutup aurad.

Kerana itu tanggungjawab yang wajib ibu bapa ajarkan dan biasakan memberi penekanan kepada anak-anak ialah berpakaian menutup aurad. Sejak kecil mereka hendaklah dilatih untuk berpakaian menutup aurad. Penjelasan dan galakan perlu diberi selalu mengenai batas-batas aurad yang wajib ditutup.

Dengan penerapan dari awal mumaiyiz insyaALlah akan timbul dengan sendiri perasaan dalam diri mereka perasaan malu untuk mendedahkan aurad. Perlu diingat juga, sebagai ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak cara berpakaian menurut Islam, bukannya menutup aurad yang di’amalkan oleh kebanyakkan remaja perempuan sekarang.

Rata-rata kita dapat lihat kebanyakkan gadis-gadis sekarang menutup kepala tetapi tidak memenuhi tuntutan menutup aurad yang sebenarnya mengikut cara yang diperintahkan oleh ALlah. Hanya menutup kepala, tetapi ber t-shit sendat dan berseluar sendat dan kadangkala menampakkan lurah punggung. Anak-anak perempuan dan lelaki hendaklah dibezakan pakaiaannya, jangan dibiarkan anak-anak lelaki memakai pakaian perempuan dan begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ ALlah melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki ”.

Anak-anak juga perlu dididik agar tidak gemar kepada perhiasan dan pakaian mewah yang melampau sehingga terbawa-bawa hingga kedewasa. Anak-anak perempuan hendaklah dijelaskan bahawa batas aurad mereka adalah dari hujung rambut hingga kehujung kaki, kecuali muka dan tapak tangan. Tapak kaki termasuklah aurad bagi seorang perempuan.

Biasakan mereka memakai memakai pakaian yang lengkap menutup aurad apabila keluar dari rumah. Biasakan juga anak-anak dengan cara memakai pakaian dengan membaca doa’. Mulakan menyarung pakaian dengan mendahulukan sebelah kanan serta membaca doa’ bermaksud: “Ya ALlah, aku pohon kepada-Mu kebaikan pakaian ini dan kebaikan sesuatu dibuat untuknya dan aku berlindung diri kepada-Mu daripada kejahatan pakaian ini dan kejahatan sesuatu yang dibuat untuknya ”.

Dan apabila membuka pakaian, dahulukan sebelah kiri serta berdoa’ yang bermaksud: “Dengan nama ALlah yang tiada Tuhan melainkan Dia ”. Oleh itu ajarkan dari kecil anak-anak dengan menutup aurad dan pakaikan dengan pakaian Islam agar terjamin di dunia dan di akhirat.


Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan: Bolehkah kita memakan ketam?

Jawapan: Haiwan yang boleh hidup dua alam seperti ketam batu adalah haram. Mereka yang mengatakan binatang yang hidup dua alam ini haram dimakan berdasarkan hadis berikut, daripada Abdul Rahman bin Usman menerangkan “ Di hadapan Rasulullah SAW seorang tabib memperagakan sejenis ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat tersebut. Rasulullah SAW melarang kita membunuh katak tersebut ”. [Riwayat Ahmad,Abu Daud dan al-Nasa’i]


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Nabi SAW bersabda “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakna”. Rasulullah SAW sendiri menanam kurma. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan kesan-kesan yang tidak diingini.

Kurma yang segar dimakan oeh Mariam semasa beliau melahirkan Nabi Isa AS. Sabda Nabi SAW “Orang yang mempunyai kurma, berbukalah dengannya, jika tiada kurma berbukalah denga air, sesungguhnya ini adalah kebaikkan”.


Perkara-perkara yang membatalkan syahadah.
tamarmerbok.blogspot.com

11. Menganggap satu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syariat Rasulullah SAW dan lebih mengutamakan hukum buatan manusia dari hukum ALlah.

12. Seseorang Muslim menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai lagi di –
Zaman ini atau mengatakan hukum ALlah rejam dan qisas sudah tidak sesuai dengan kehidupan moden. Dan menganggap agama Islam hanya menyangkut hubungan antara Tuhan dan hambaNya sahaja, tiada kaitan dengan masalah dunia.

13. Beranggapan bahawa seseorang boleh tidak dihukum dengan hukum ALlah atau syariat ALlah.

14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada ALlah.

15. Ingkar niqmat ALlah samaada yang terang atau yang tersembunyi.

16. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada ALlah keran ALlah tidak menyukainya.

17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan ALlah.

18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain ALlah dengan cara tidak disukai-Nya.

19. Menjalankan hukum selain hukum ALlah atau tidak merujuk kepada hukum ALlah dalam sesuatu perkara.

20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau membenci agama Islam keseluruhannya.
[bersambung]


Berwaspada dalam Facebook.
amirbenhussin@gmail.cm

Sejak kebelakangan ini kita dilanda satu fonomen yang digilai oleh semua tidak kira dewasa dan kanak-kanak. Rata-rata sebahagian rakyat Malaysia mempunyai facebook. Penggunaan facebook yang berleluasa kadang kala ada buruknya yang berkemungkinan tidak disedari oleh kita.
Melayari facebook kadangkala kita secara sedar atau sebaliknya boleh mendatangkan dosa pada kita. Diantara perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa dalam facebook ialah:

• Mendedah keaiban diri sendiri dan orang lain.
• Menceritakan segalanya termasuk cerita-cerita yang tidak sepatutnya.
• Memperlihatkan gambar-gambar yang tidak menutup aurad atau mengeluarkan dan mempamerkan gambar-gambar lama yang tidak menutup aurad.
• Rasa tidak malu dan segan berbual antara lelaki dan perempuan, rentetan dari itu berlakulah ‘blind date’ yang diharamkan oleh ALlah.
• Memberi kelebihan kepada lelaki untuk men’download’ dan menyimpan gambar-gambar bukan mahram.

Hakikatnya facebook jika digunakan dengan betul seperti menghubungkan kembali tali persaudaraan atau persahabatan ia akan mendapat pahala, tetapi sekiranya digunakan dengan tujuan melakukan kejahatan dan maksiat ia akan menjana dosa.


Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]
Oleh: Osama

Anda melakukan usaha untuk ‘dunia’, berapa lama anda akan duduki dalam dunia ini.

Tum duniya ki liye itna mehnat karo, jitna din tomko is me rehna hei.


Rahsia Sumber ‘Alam
amirussin@yahoo.com

Khasiat Buah Beri.

Buah beri mengandungi antosanin kaya dengan fiber serta vitamin C meningkatkan sistem immunisasi.

Beri Acai [sebutan ah-sigh-ee]
Terdapat di hutan hujan Amazon, kaya dengan antosanin, meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi, menambahbaik penghadaman, peredaran darah dan jantung.

Blueberi
Pigmen-pigmen dalam bluebari kaya dengan khasiat antiokida, vitamin C dan E, pati antosanin yang tinggi sebatian yang membantu melindungi daripada sakit jantung, kanser dan gejala penyakit berkaitan dengan usia seperti kabur penglihatan dan hilang daya ingatan.

Mulberi
Sumber ‘resviratrol’ yang baik, satu bahan yang dipercayai dapat mencegah penyakit kenser dan memanjangkan usia. Kaya dengan vitamin C, mengubati demam dan selsema, ramuan dalam perubatan cina untuk membersihkan darah dan hati, menguatkan buah pinggang dan mengandungi zat besi yang tinggi dan membantu merawat gejala penyakit enemia.

Rasberi
Kaya dengan vitamin dan fiber, mengekalkan kadar metobalisme yang tinggi, membantu membakar lemak dan anti kanser.

Kranberi
Kaya dengan vitamin C, merawat jangkitan para saluran kencing, kaya dengan antioksida mencegah penyakit jantung ulser dan kanser, merawat serangan asma, mengurang kalesterol dan melindungi otak daripada kerosakan saraf yang berkaitan usia.


English Section
amirussin@yahoo.com

Many non-Islamic countries are developed ones, but Islamic countries are still developing, why ?

Those so-called devoleped countries are developed only technologically and industrially. Otherwise, they are in fact backward countries, suffering a lot of social diseases, ethical chaos, spiritual emptiness and psychological disorders.

Their life is simply some sort of hell in many ways. They so-called developing countries, including Islamic countries, are backward in technology and industry it compared to more advanced countries, not to forget that this backwardness is only tentative.

However, Islamic countries are more advanced than Western countries socially, ethically and spiritually, believe it or not.


Nazam

Malam Kian Larut

Dua pertiga malam yang sepi
Kedinginan angin malam
Titisan embun berguguran
Membasahi rumput

Tatkala insan enak dibuai mimpi
Cengkerik galak bersahutan
Deru ombak memecah pantai
Saat inilah yang terpilih

Buat insan dengan Tuhan
Bermunajat dan memohon
Demi penyucian hati dan jiwa
Moga kehidupan dalam redha-Nya

Rasa lazat bermujadah
Besujud dan bertahajjud
Tika hidup rasa terlalai
Moga ALlah ampunkan dosa

Tika waktu terus berlalu
Tika insan enak diulit mimpi
Tika alpa tanpa rasa berdosa
Tanpa fikir ‘amal dan dosa

Benar sekali apa yang dihairankan
Oleh as-Shafi’e
‘Peredaran masa suatu yang aneh
Tapi aneh lagi insan yang melengahkannya’.

Amirbenhussin
dec 2010,Teras jernang.


Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.