Thursday, January 26, 2012

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركات, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i. Januari 2012 sudah berlalu meninggalkan kita. Ia tidak akan kembali lagi. Sedar atau tidak masa begitu cepat meninggalkan kita. Oleh itu marilah kita bersama sedarkan diri dan minda untuk melakukan sesuatu yang lebih proaktif untuk diri dan agama. Melakukan tajdid atau hijrah amat perlu bagi membebaskan diri berada ditahap yang sama dari hari-hari sebelumnya. Bermula dengan hari ini marilah kita berazam untuk tingkatkan Iman dan ‘Amal kita untuk mengharungi masa mendatang yang penuh tribulasi, ranjau dan onak.

ii. Kata as-Syahid Syed Qutb: “Kebatilan
walaupun kuat, tetapi tidak kekal, kebe-
baran walaupun Nampak lemah ia
akan menang”. Dunia yang penuh
dengan kebatilan seringkali menipu
kita dan sebenarnya kita sering tertipu
dan terpedaya olehnya, walaupun
kekadang kita menyedarinya. Oleh itu
berilah sedikit ruang dan masa untuk
kita bermuhasabah dan taqarrub pada
Nya. Jangan alpa
dengan keenakkan dunia yang semen-
tara ini.

iii. Firman ALlah SWT yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa
mereka dibiarkan mengatakan “kami
telah beriman” sedangkan mereka tidak
tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami
telah menguji orang-orang yang sebe-
lum mereka, maka sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta”.
[Al-Ankabut 29:2-3]

Sesungguhnya kita seringkali merasakan kita berada di zon selesa apabila kita sudah dapat ‘amalkan sedikit dari apa yang diperintahkan oleh ALlah tanpa diuji dengan halangan dan rintangan, orang-orang sebelum kita diuji dengan bermacam-macam halangan dan rintangan untuk meng’amalkan Islam dan mengecapi keniqmatan Iman. Kadangkala kita diuji dengan ujian yang sedikit sudah mematahkan semangat, azam dan iltizam kita untuk meng’amalkan dan meletakkan Islam di tempat yang teratas. Sama-sama kita renung dan fikir.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Imam Bukhari.

Imam Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah selepas solat Jumaat bersamaan Julai 810 Masihi di Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah.

Nama lengkapnya ialah Abu Abdullah Muhammad Ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari al-Ju’fi.

Imam Bukhari mengarang kitab Sahih Bukhari selama 16 tahun dengan menjelajah keseluruh dunia Islam untuk bertemu dengan perawi hadis.

Imam Bukhari menghafaz 100,000 hadis sahih dan 200,000 hadis tidak sahih beserta sanad dan matannya.

Imam Bukhari mampu menhafal dengan hanya sekali bacaan. Mengambil hadis lebih daripada 1000 guru dan meriwayatkan 10.000 hadis atau lebih daripada setiap seorang.
Ada hadis yang hanya mempunyai tiga perantara iaitu antara Imam Bukhari dengan Rasulullah SAW.


Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Sekiranya manusia mengetaui betapa besarnya pahala azan dan menepati saf pertama dalam solat berjamaah, kemudian mereka tidak menemukan jalan untuk memperolehnya melainkan dengan membuat undi [giliran] nescaya mereka akan berbuat demikian. Begitu juga seandainya mereka mengetahui betapa besarnya pahala bersegera ke masjid untuk menunaikan solat secara berjamaah nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Demikian juga seandainya mereka mengetaui betapa besar pahala solat Isya’ dan Subuh secara berjamaah, nescaya mereka akan datang untuk menghadirinya sekalipun mereka terpaksa berjalan dengan merangkak-rangkak”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Nabi SAW menekankan beberapa perkara yang sekiranya kita meng’amalkannya insyaALlah kita akan berada dalam zon selamat dan diredhai oleh ALlah dan amat disukai oleh Nabi SAW. Perkara tersebut ialah :

• Kelebihan [mendapat pahala yang besar] orang yang melaungkan azan.
• Berada di saf yang pertama semasa solat berjamaah.
• Bersegera ke masjid untuk berjamaah.
• Kelebihan [pahala yang besar] bagi sesiapa yang berlumba-lumba datang ke masjid untuk solat isya’ dan subuh berjamaah.

‘Amalan yang disebut dalam hadis Nabi SAW adalah bagi mengingatkan kita selaku hamba-Nya supaya berlumba-lumba merebut ganjaran besar yang ditawarkan oleh ALlah SAW kepada kita. Ganjaran yang sedemikian rupa tidak ditawarkan kepada mereka-mereka yang tidak beriman kepada ALlah.

‘Amalan yang digariskan oleh Nabi SAW menjuruskan kepada kesempurnaan solat yang merupakan tiang agama. Bagi menyempurnakan solat itu, Nabi SAW semasa hayatnya sentiasa mempraktikkan dalam dirinya dan sentiasa memberi ingatan kepada para sahabat tentang perlunya bersegera ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah apabila mendengar laungan azan serta berebut-rebut untuk memenuhi saf di hadapan.

Tetapi malangnya pada hari ini, masjid-masjid yang bertebaran yang besar lagi cantik itu hanya menjadi hiasan untuk ditatap sahaja.hanya mempunyai beberapa orang makmum sahaja.

Marilah kita bersama-sama merebut tawaran yang diberikan oleh ALlah ini, semoga kita diberikan kekuatan untuk melangkah ke masjid.


Mutiara Kalam [siri 33].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Tamak
Adalah
Kemiskinan
Yang

Sebenarnya.


10 Wasiat Imam Syafie.
benhussin.blogspot.com

1. Hak kepada diri.
Mengurangkan tidur dan percakapan serta berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada malaikat maut.
Hak kepada kubur. Menqadakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALlah.
3. Membuang tabiat suka menabur
fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada munkar dan nakir.
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. Hak kepada mizan[neraca timbangan ‘amal pada hari qiamat].
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan ‘amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6. Hak kepada titian sirat. Membuang
tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang yang beriman dan suka berjamaah.
7. Hak kepada Malik [penjaga neraka].
Menangis lantaran takutkan ALlah SWT, berbuat baik kepada kedua ibibapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlaq.
8. Hak kepada Ridhwan [penjaga syur-
ga]. Berasa redho dengan qada’ ALlah, bersabar menerima bala, bersyukut ke atas niqmat ALlah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. Hak kepada Nabi SAW.
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah [hadis], menyanyangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kerehaan ALlah.
10. Hak kepada ALlah SWT.
Mengajak manusia kearah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Nabi SAW membesar di kampung.

Nabi Muhammad SAW membesar di daerah yang subur, jauh terpinggir dari kota Mekah. Sedang ia bermain-main datang dua orang lelaki asing berpakaian putih merapatinya dan membawanya ke kawasan sunyi, lalu dibaringkan dan dadanya dibelah. Dua lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari dadanya.

Peristiwa itu dilihat oleh anak-anak Halimah, lalu mereka berlari dan menceritakan apa yang mereka lihat. Cerita itu membuatkan Halimah merasa takut, wajah Aminah, ibu kandung Muhammad SAW terlintas dimatanya. Hatinya bergelora lantas menyuruh suaminya mencari Muhammad.

“Apakah yang mereka lakukan padamu sayang” tanya Halimah sambil memeluk Muhammad SAW. Tiada riaksi menagis atau kesakitan lalu Muhammad SAW menceritakan apa yang dilakukan oleh kedua orang asing itu padanya. Dengan apa yang berlaku, Halimah ingin memulangkan kembali Muhammad SAW kepada ibunya Aminah kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atas Muhammad SAW. Mereka yakin Muhammad bukanlah seperti kanak-kanak lain, kematangan dan kepetahan ia bercakap matang dari umurnya. Semenjak Muhammad SAW bersama mereka kehidupan mereka berubah sama sekali dan membawa kerahmatan kepada keluarga mereka.

Pertemuan semula Aminah dengan anaknya Muhammad SAW sangat mengharukan. Aminah mengucap syukur kepada ALlah dan berterima kasih kepada Halimah. Halimah dan suaminya pulang dengan perasaan pilu. Muhammad SAW dianggap seperti anaknya sendiri, malah perasaan cintanya kepada Muhammad SAW lebih mendalam.

Namun, dia memujuk dirinya bahawa Muhammad SAW adalah milik Tuhan untuk dididik menjadi kekasih-Nya.


Solat Orang Sakit.
amirussin@yahoo.com

Sesunguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan munkar. Oleh itu solat perlu dilaksanakan dalam apa keadaan sekalipun. Seseorang yang tidak boleh berdiri kerana sebab-sebab tertentu, maka dibolehkan solat dengan cara :

~ Duduk seperti tahiyyat awal atau duduk bersila atau duduk selagimana boleh dan tidak menyakitkan. Sekiranya ia boleh berdiri beberapa minit, maka ia perlu berdiri untuk mengangkat takbirratul ihram setelah itu barulah duduk.

~ Sambil tidur. Tidur dengan kakinya menghala ke kiblat dan sekiranya mampu perlu mengangkat takbiratul ihram dan meletakkan tangan kedada. Ruku’ dengan mengangkat sedikit kepala jika mampu, sekiranya tidak mampu bolehlah menggunakan isyarat memejam mata. Sujud juga dengan menggunakan cara yang sama.

Begitulah kewajipan yang difardhukan keatas kita sebagai umat Islam, diwajibkan melakukan solat di mana sahaja dan dengan apa cara sekalipun sekiranya pemikiran kita masih waras.

Ingatlah solat tiang agama, meninggalkannya ibarat meruntuhkan agama. Perbezaan antara orang kafir dengan orang Muslim ialah solat.


Tafseer Ruhul Ma’ani
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

وبشرالذين امنوا وعملوعملوا الصلحت ان لهم جنت تجري من تحتها الانهر كلما رزقو منها من ثمرة رزقا قالوا هذا الذ رزقنا من قبل واتوبه متشابها ولهم فيها ازواج مطهرة وهم فيها خلدون .

“ Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan ber’amal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai setiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga ”.

Mereka berkata inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu, dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya [tetapi berlainan hakikatnya] dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Boleh saya bantu kamu ?
May I help you ?

كيا مين اب كى مدد كرون ؟
Kia mein ap ki madad karu ?

هل انصرك ؟
Hal ansuru ka ?

2. Apa yang kamu mahu ?
What do you wish ?
اب كيا جا سشے هين ؟
Ap kia chahte hein ?

ما ذا تريد ؟
Maaza turid ?

3. Saya mahu baju ?
I want a dress ?

مجهي لباس جاستے ۔
Mujhe libas cahte ?

اريد اللباس .
Uridu allibas ?


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Adakah Kita Hamba Yang Bersyukur ?

Syukur atau berterima kasih adalah rasa yang wajib dimiliki oleh seorang hamba ALlah. Sifat itu yang menjadi penghubung hati dan cinta antara kita sebagai hamba dengan ALlah Yang Maha mencipta.

Mari kita luangkan masa sejenak bermuhasabah diri dalam bersyukur kepada ALlah dalam aktiviti seharian kita. Pernahkah kita :

• Panjatkan rasa syukur pada ALLah SWT kerana dipanjangkan usia dan masih diberi peluang menghirup udara ciptaan-Nya?
• Menunaikan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
• Masih mempunyai kedua ibu bapa.
• Gembira dengan keluarga walaupun hidup dalam keadaan yang sederhana.
• Membantu kedua ibu bapa setelah bersusah payah menjaga kita.
• Menerima dengan penuh kesyukuran dengan rezeki yang didapati setiap hari.
• Membaca doa’ tanda kesyukuran kita pada ALlah.
• Menerima segala limpahan keniqmatan dari-Nya.

Bersyukur juga mengikis sifat keji untuk memiliki sifat-sifat mulia, bersyukur jua kita kepada ALlah atas segala niqmat kurniaan-Nya dalam mengabadikan diri pada-Nya.


Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Adakah batal wudhu’ seorang perempuan jika bersentuhan dengan bapa tiri yang berkahwin dengan ibu tiri ?

Jawapan : Bapa tiri yang berkahwin dengan ibu tiri adalah bukan mahram [ajnabi], maka batal wudhu’ dan tidak dibolehkan untuk bersentuhan dengannya walau apa cara sekalipun.

Soalan: Bolehkah menyentuh ayat-ayat al-Qur’an di dalam buku agama atau sebagainya dalam keadaan tidak bersih ?

Jawapan: Dibolehkan menyentuh dan tidak berdosa.


Tarbiyyatul Aulad.
amirbenhussin@gmail.com

Menutup Aurad tetapi….

Mendidik anak perempuan untuk menutup aurad haruslah diberi penerangan yang terperinci mengenainya, memandangkan sekarang ini terdapat berbagai jenis fesyen pakaian yang dikatakan menutup aurad, tetapi ada sesetengahnya tidak menepati ciri-ciri penutupan aurad yang disarankan mengikut syariat Islam.

Perhatikan penutupan aurad anak-anak serta isteri-isteri janganlah terjadi sebegini, antaranya ialah :

• Aurad itu adalah memakai tudung sahaja.
• Bertudung tetapi memakai baju T berlengan pendek dan sendat serta berseluar jean yang ketat.
• Bertudung tetapi memakai kain kebaya,kebarung atau kurung yang berbelah di hadapan, belakang atau di tepi sehingga apabila melangkah menampakkan betis.
• Bertudung, tetapi berbaju ketat serta napis dan menampakkan bahagian-bahagian yang mudah menggoda.
• Bertudung, tetapi dengan tudung yang nipis menampakkan leher, dada dan menampakkan rambut dan jambul di hadapan.
• Bertudung, tetapi diikat ke belakang sehingga menampakkan dadanya.
• Bertudung, tetapi hanya ke pejabat atau ke majlis-majlis rasmi sahaja, berada di luar rumah masih tidak bertudung.
• Bertudung tetapi menaiki motor sambil mendedahkan betis.
• Bertudung tetapi bercakap dengan lelaki tanpa batasan dengan bahasa tubuh yang menggoda.

Oleh itu kepada semua anak-anak perempuan yang semakin remaja serta semua kaum perempuan, tutuplah aurad dengan sebenar-benarnya yang sebagaimana digariskan oleh Nabi SAW.


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

المانع Yang membela.
Untuk mengujudkan kasih sayang diantara suami isteri atau menyelesaikan pertelingkahan antara suami isteri maka bacalah nama ALlah SWT ini sebanyak 20 kali ketika sedang berbaring di atas katil.
Sesiapa yang banyak membacanya akan dilindungi daripada segala bencana.


Mazhab Syiah.
amirussin@yahoo.com

Penyelewengan Aqidah.

*Imam adalah maksum.
*Kemunculan Imam Mahdi bersama orang telah mati untuk memberi keadilan.
*Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudharatan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara yang benar.
*Menyanjung Saidina Ali r.a. secara keterlaluan.
*Menghalalkan nikah mut’ah.
*Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah.
*Menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis mutawatir.
*Khalifah diwasiatkan secara nas.
*Ilmu ALlah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
*Konsep al-Mahadi iaitu kepercayaan kepada Muhammad bin Hassa al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.
*Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW.
*Menuduh Abu Bakr, Umar, Uthman dan *Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh ALlah.
*Hanya Ali dan para Imam sahaja yang meghafal dan menghimpunkan al-Qur’an dengan sempurna.

Penyelewengan syariah.
*Menolak ijma’ ulama’.
*Menolak qias.
*Meng’amalkan nikah mut’ah.
[bersambung]

Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Hilangkan Stress Setelah Belajar.

Stress adalah keadaan resah, cemas dan tegang akibat tekanan fizikal atau mental. Ia adalah respons fizikal, emosi dan mental yang berlaku kepada seseorang apabila penat belajar atau tuntutannya tidak dapat dipenuhi. Sekiranya tidak dapat ditangani ia akan mendatangkan kesan yang buruk pada diri sendiri.

10 tip untuk menghilangkan stress ialah:

• Bertenang dan kosongkan fikiran.
• Bernafas secara dalam dan perlhan-lahan.
• Berkata ‘tenang, tenang berulang kali sambil pejamkan mata.
• Mengambil wudhu’ dan tunaikan solat sunat setelah itu berzikir dan berselawat.
• Meluahkan perasaan kepada bapa, ibu atau rakan yang boleh membimbing ke jalan yang terbaik.
• Berurut di leher, kepala dan bahu atau meniqmati aroma terapi.
• Berehat sambil mendengar muzik atau nasyid yang lembut, atau berehat ditepi sungai atau laut.
• Beriadah dengan berjalan kaki secara perlahan, berbasikal, mendaki bukit, menyelam atau berkelah.
• Fikirlah yang positif.

Sama-samalah kita tanganinya disampimg berdoa’ kepada ALlah agar hidup sentiasa ceria.


Bersopan Dan Berfikir Ketika Bertutur.
amirussin@yahoo.com

Lidah, adalah sekeping daging yang tidak bertulang. Awas andainya kita tidak pandai menjaga niqmat pancaindera ini, kita akan terhumban dalam dosa dan mendapat murka dari ALlah.

Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW semasa hayatnya sentiasa memberi pesan supaya kita sentiasa menjaga lidah dan tutur kata. Berfikirlah sebelum berkata sesuatu.

• Bertutur dengan baik itu umpama bersedekah. Abu Hurairah r.a meriwqayatkan, Nabi SAW bersabda: “Pahala tutur yang baik sama seperti bersedekah”. [Riwayat ukhari dan Muslim]
• Banyak bercakap banyak salahnya. Sabda Nabi SAW : “Sesiapa yang yakin kepada ALlah dan hari akhirat, dia perlu bercakap yang baik-baik atau diam sahaja”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
• Menjadi orang Islam yang terbaik. Sahabat Nabi SAW yang bernama Abu Musa Asy’ari berkata: “Wahai Rasulullah! Siapakah orang Islam yang paling baik?” Jawab Nabi SAW, “Orang yang menyebabkan semua orang Islam selamat daripada lidah dan tangannya”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
• Tegelincir dalam neraka. Dari Abu Hurairah r.a beliau pernah mendengar Nabi SAW bersabda: “Hamba yang mengucap kata-kata tanpa berfikir baik buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir kearah neraka lebih jauh dari jarak antara timur dan barat”.
• Nabi SAW menatakan tentang empat sifat yang jika ada pada seseorang, dia dianggap munafik dehingga dia meninggalkannya. Sifat itu adalah, apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bertengkar dia membuat sumpah palsu.
• Mengumpat. Nabi SAW bertanya kepada sahabat-sahabat tentang mengumpat dan mengatakan bahawa “mengumpat itu ialah saudara menyebut hal rakan saudara yang dia tidak suka”. Ada orang bertanya Nabi SAW “Apa pandangan tuan apabila saudara saya itu memang sifatnya seperti yang saya sebutkan” ?.

Nabi SAW menjawab: “Apabila dia memang begitu, maknaya saudara mengumpatkepadanya. Apabila dia tidak bersifat seperti apa yang saudara katakan, bererti saudara menfitnahnya”. [Riwayat Tirmizi]


Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Khasiat Serai.

Dalam perubatan Melayu
Serai boleh digunakan sebagai ubat sapu, menghindarkan seseorang daripada keresahan, sakit kepala, demam dan bermasalah tidur malam. Disamping itu ia juga digunakan sebagai bahan penghalau nyamuk.

Ia berasal dari India dan kemudian dibawa ke Asia Tenggara lalu menjadi ramuan ruji dalam masakan di rantau ini. Serai juga boleh digunakan sebagai ramuan membuat teh yang mampu membantu penghadaman, melegakan senggugut, mengurangkan tekanan dan membantu tidur malam yang lena.

Antara lain khasiatnya ialah:
• Menjadikan sebagai lilin untuk menghalau pepijat.
• Bahan aromaterapi.
• Membantu pencernaan.
• Mengurangkan kebimbangan, tekanan dan kekejangan.
• Antibakteria, anti kulat dan antiseptik.
• Mengurangkan demam dan kembung perut.
• Menangkis serangan nyamuk.


Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]
0leh: Syaikh Osama

Yahya ibn Kasir r.a. kehte hei ‘ilem aram ayesh sat hasel hehi hota’.

Hazrat Yahya ibn Kasir r.a. berkata ‘ilmu tidak akan dapat dihasilkan melalui kemewahan’.


English Section
amirussin@yahoo.com

What is man made of ?

Man is made of four components: body, soul, psyche, and mind. Your soul gives you life, but it leaves your body when you die. Your psyche gives you sorrow, pain, happiness, love and other feelings and emotion. Your mind, gives you memory, language and information.

Your body makes you move. Your soul [spirit] makes you live. Your psyche makes you feel. Your mind makes you think.

Although the four part are distinct, they are interactive. are interactive. You cannot separate one from the rest. The four work together as a unified team. The four must be protected. If one is threatened, the other three cannot function well.

Islam is based on satisfying all the four parts equally in a balanced manner, without sacrifing any of them. The body needs balanced diet. The soul need healthy body, but it remains under God’s predestined plan. The psyche needs a healthy social and psychological atmosphere. The mind needs facts, truth and information.

That is why Islam emphasizes home, school, mosque and street. That is why Islam emphasizes all aspects of life, emphasizes both materiality and spirituality, emphasizes both the individual and community, emphasizes both this life and the other life. The key word here is BALANCE.


Nazam

Puteriku
Berhati-hati pada yang
Nampak bergaya
Jangan sampai terpedaya

Puteriku
Berhati-hati pada janji
Mempesona
Jangan sampai tertipu terkena

Puteriku
Berhati-hati bermain mata
Jangan sampai mabuk cinta
Badan binasa jiwa merana

Puteriku
Berhati-hati bila digoda
Jangan sampai tergoda
Nantinya habis porak peranda

Puteriku
Berhati-hati berkasih mesra
Jangan sampai tercemar agama
Jagalah maruah bersama-sama

Puteriku
Berhati-hati bergurau senda
Jangan sampai melanggar susila
Budi dijaga sopan bicara

puteriku
Berhati-hati berjanji setia
Jangan sampai terjerat jiwa
Tubuh tergadai maruah ternoda

Oleh: benhussin


Untuk langganan albayan sila hubungi: Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471. 1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.
www.facebook.com/albayanku

Bilal Tahfiz School & Islamic Studies

Pendaftaran dibuka sekarang.


Bertempat di No.12A Bangunan Peniagaan Nilam Sari, 08000 Sungai Petani. Kedah.

Terbuka kepada semua pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga kepada golongan dewasa yang berminat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir 013 7338966.
Boleh lewati www.bilaltahfizschool.blogspot.com
www.facebook.com/bilaltahfizscchool