Monday, February 27, 2012

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i.
Semua umat Islam diseluruh dunia baru sahaja selesai menyambut mauled Rasulullah SAW. Berbagai program diatur untuk menyambut agenda yang besar ini. Syukur kita kerana di dalam dunia yang semakin maju dan semakin bercelaru ini, masih ada segelintir yang mahu memperingati hari kelahiran Baginda SAW. Tapi dalam keghairahan kita menyambut hari mauled Rasul SAW ini jangan pula kita tidak meng’amalkan segala sunnah yang dianjurkan untuk kita ‘amalkan, serta jangan pula ada yang memperlekeh sunnah Baginda SAW ini.

ii.
Agenda besar kita ialah persediaan menghadapi saat-saat kematian. Jadi mulai dari saat dan tika ini marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi SAW serta melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh ALlah pada kita. Kita amat merasa malu dan bersalah sekiranya masih ada dikalangan kita baik lelaki mahupun wanita yang masih meng’amalkan cara hidup jahilliyyah. Masih ada yang berbusana tidak menutup aurad dan berbangga dengannya serta masih ada yang tidak bersolat dan mempermain-mainkan perintah ALLah SWT dan sunnah Baginda SAW.

iii.
Firman ALlah yang bermaksud: “Adalah kamu sebaik-baik umat, yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh mengerjakan kebaikan dan melarang dari membuat kejahatan”. [Ali Imran:110]

Tidak kira siapa kita dan dimana level kita, menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar adalah wajib, jangan kita melihat saja segala kemungkaran yang berlaku baik didalam rumah kita maupun diluar. Sekiranmya kita tidak mampu untuk mencegahnya dengan tangan’ maka cegahlah dengan lidah’ jika tidak mampu juga maka cegahlah dalam hati, maka itu adalah selemah-lemah iman [maksud hadis]. Jadikan diri kita sebagai pemankin kebaikkan bukannya pemankin kesesatan.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Salahudin al-Ayyubi.

Nama sebenarnya Yusof, lahir di Tikrit[Iraq] pada tahun 543H atau 1138M. Ayahnya bernama Najmuddin Ayyub berbangsa Kurdis berasal dari Azarbaijan. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa dua orang petera bernama Najmuddin Ayyub [ayah Salahudin] dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian ayahnya dilantik menjadi panglima tentera.

Sejak kecil Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Lane-poole seorang ahli sejarah Inggeris menulis mengenai Salahudin. “Sebagai seorang anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan”.

Menurut Shaddad seorang ahli sejarah Arab, “Sebaik sahaja Salahuddin berpindah ke Mesir, dunia keseronokan sudah luput dari hatinya. Dia berpaling kepada keseronokan dunia lalu memilih hidup dengan penuh pengabdian kepada ALlah”.

Menurut Lane-poole “Selepas berpindah ke Mesir, Salahudin mula menyusun kehidupan dengan lebih ketat. Beliau bertambah warak dan zuhud. Beliau berpaling daripada hidup bersenang-senang kepada hidup yang lebih sederhana, serta menjadikan dirinya sebagai teladan kepada tenteranya. Sejak itu beliau mula menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada satu tujuan yang besar, iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghantar keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis”.

Menurut Ibnu Shaddad pula “Kerana terbakar dengan semangat bagi memerangi tentera-tentera salib, jhad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bagi menguatkan pasukan tentera serta berbincang dengan sesiapa yang menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang itu. Dalam menjayakan usaha jihad, beliau meninggalkan rumah dan keluarga, serta memilih kehidupan dalam khemah tentera”.

Kemuncak perjuangan Salahudin apabila tenteranya Berjaya mengalahkan tentera salib di Hittin pada 4hb Julai 1187. Kejayaan ini membawa kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada 15 Oktber 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah.

Ketika kota Jerusalem ditawan oleh tentera salib pada 15 Julai 1099 keadaan begitu menyayat hati. Tentera salib membunuh hamper kesemua penduduk yang beragama Islam. Tetapi apabila kota Jerusalem Berjaya ditawan oleh Tentera Islam pada 15 Oktober 1187, Salahudin memerintahkan tentera Islam memberi layanan yang baik kpada tawanan. Tidak ada seorang pun penduduk Kristian yang dibunuh.

Setelah berjaya menawan kota Jerusalem, beliau kembali ke Damsyik. Walaupun ketika itu beliau menjadi pemerintah dari dari Mesir ke Yaman dan namanya masyur kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis, namun beliau tetap memilih hidup yang sederhana.

Beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar 598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika itu beliau berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syiria.


Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Bersama anak itu aqiqah. Maka alirkanlah darah untuknya dan hindarkanlah bahaya daripadanya”.
[Hadis riwayat Bukhari ]

Ashabus Sunan meriwayatkan daripada Samurah katanya: Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: ‘Setiap anak bergantung kepada aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh, diberikan nama dan dicukurkan kepala”.

Yahya bin Said menyebut daripada Amrah, daripada Aisyah r.a.h. : “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengaqiqahkan untuk al-Hasan dan al-Husain pada hari ketujuh”.

Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, aqiqah amat digalakkan dibuat pada hari ketujuh kelahiran. Walau bagaimanapun, aqiqah adalah sah dilakukan pada bila-bila masa selepas kelahiran anak, sebaik-baiknya tidak terlalu lewat.

Hikmah aqiqah:

• Mendekatlan diri anak dengan ALlah.
• Sebagai tebusan anak dari bebanan dan bahaya sebagai mana tebusan Nabi Ismail a.s. dan tebusan Abdullah bapa Nabi SAW.
• Melepaskan belengu anak untuk mensyafaatkan kedua ibu bapanya.
• Menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan kelahiran anak, juga menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad SAW .
• Mengeratkan tali ukhuwwah dan silaturrahim antara anggota keluarga dan jiran tetangga.
• Sebagai simbol ingatan kepada prinsip tolong menolong dalam anggota masyarakat.


Mutiara Kalam [siri 34].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Bersahabat dengan syaitan
Hasilnya pasti penyesalan
Syaitan
Penghulu dari segala yang
Terbuang.

Erti Sebuah Tangisan.
benhussin.blogspot.com

“….dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang, tertawa dan menangis”. [an-Najm: 43]

ALlah yang menciptakan tangisan serta sebab tercetusnya tangisan. Sumbernya dari mata yang kecil tetapi airnya tidak pernah kering.

Tangisan tercela dan terpuji.
Ada tangisan yang sangat tercela seperti tangisan meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada serta merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan yang sangat terpuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa lalu atau tangis kerana takutkan azab ALlah.

Tangisan memadamkan api neraka.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali ALlah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang dari satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata, sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka”.

Air mata taubat Nabi Adam a.s yang menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana takut terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air mata itulah ALlah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata “Manis sungguh air ini”. Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu lagi kuat ia menangis.

Lalu ALlah mendengar dan menerima taubat Nabi Adam a.s.dan mewahyukan “Hai Adam, sesungguhnya belum pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu !”.

Berkata Salman al-Farisi r.a : “ Aku menangis kerana 3 perkara: berpisah dengan Rasulullah SAW dan para sahabat, ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawa dan aku tidak tahu samaada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau ke neraka”.

Air mata tanda rahmat ALlah.
Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikan tiga perkara: Apabila dahinya berpeluh, airmatanya berlinang dan hidungnya keluar cecair seperti hingus”. [Riwayat dari Salman al-Farisi]


Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Mutiara Paling Berharga.

Pada suatu hari Abu Hurairah berdiri di pasar Kota Madinah. Kemudian dia berkata kepada para pedagang, mengapa kamu masih belum lagi menutup barang dagangan kamu ? Maka mereka bertanya kebingungan, “Ada apa kiranya, ya Abu Hurairah?”

Abu Hurairah menjawab, “Apakah kamu tidak tahu kalau warisan Muhammad SAW tengah diberikan sehingga kamu masih berada disini? Apakah kamu tidak mahu mengambil bahagian kamu?” Dengan keinginan yang meluap mereka bertanya serius, “Dimana ya Abu Hurairah?”

“Dimasjid Rasulullah SAW ,” jawab Abu Hurairah ra. Setelah diberitahu demikian, para perdagang itu segera bergegas ke Masjid Rasulullah, sedang Abu Hurairah tetap tinggal disitu, tidak ikut pergi. Tidak beberapa lama kemudian para pedagang itu kembali ke pasar.

Abu Hurairah bertanya kepada mereka, mengapa kamu kembali, mereka segera menjawab dengan nada kesal, “Ya Abu Hurairah, kami telah datang ke masjid Rasullah SAW, tetapi setiba di sana kami tidak melihat ada sesuatu yang dibahagi-bahagikan oleh Rasullah SAW….”

Abu Hurairah bertanya lagi memancing, “apakah kamu tidak melihat seorangpun di masjid?” Bukan deikian ya Abu Hurairah. Kami melihat ramai orang tetapi bukan seperti seperti yang engkau maksudkan. Kami melihat ramai orang yang sedang solat, sementara sekelompok lainnya ada yang sedang membaca al-Qur’an da nada pula yang mempelajari soal-soal yang halal dan haram,” jawab pedagang itu agak kecewa.

Mendengarkan penjelasan pedagang tersebut, Abu Hurairah menjelaskan, “Wahai para perdagang, ketahuilah, itulah warisan Muhammad SAW yang paling berharga untuk kamu semua…….”


Untungnya Mendirikan Solat.
www.susuuntuksihat.blogspot.com

Memang untung jika kita mendirikan solat. Untungnya adalah seperti berikut:

• Jiwa sentiasa tenang dan tenteram.
• ALlah kasih dan sayang kepada kita.
• Kita sentiasa bersih hati, tubuh badan, pakaian dan tempat kediaman.
• Bersih daripada kekotoran dosa dan noda serta wajah sentiasa berseri-seri.
• Terhindar daripada maksiat dan perbuatan keji.
• Memperolehi limpahan hidayah, rahmat serta barakah.
• Rezeki dipermudahkan.
• Diselamatkan daripada azab kubur.
• Menerima buka cacatan daripada tangan kanan pada hari perhitungan.
• Dapat melintasi titian sirat diakhirat nanti sepantas kilat.

Syaidina Uthman r.a berkata “ Sesiapa yang memelihara solat 5 waktu dengan menunaikannya terus menerus, tepat pada waktunya, nescaya ALlah SWT mengurniakan kepadanya sebanyak 9 kurniaan”. Kurniaan itu ialah :

• ALlah cinta kepadanya.
• Tubuhnya sentiasa sihat.
• Dijaga oleh para Malaikat.
• Turun keberkatan di rumahnya.
• Berkesan di wajahnya tanda orang soleh.
• ALlah melembutkan hatinya.
• Melalui titian Sirat sepantas kilat.
• ALlah akan meyelamatkannya dari api neraka.\
• ALlah akan menempatkannya di sisi para wali-Nya yang tidak merasa takut dan sedih.


Sekiranya Kita Cintakan ALlah.
amirussin@yahoo.com

Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Supaya kamu semua beriman kepada ALlah dan Rasul-Nya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang”. [al-Fath:9]

Sekiranya kita benar-benar cintakan ALlah, maka biarlah kehidupan kita seharian dengan bibir, fikiran dan hati kita sentiasa berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada ALlah. Buatlah pekerjaan apapun dalam seharian kehidupan kita, semuanya bersama dengan lidah dan bibir sentiasa basah dengan memgingati ALlah.

Sekiranya kita berjalan, berjalanlah sambil lidah dan bibir menyebut Subhanallah, jika berbasikal biarlah lidah sentiasa menyebut ALhamdulullah, jika bermotor atau menaiki bas maupun berkereta apalah salahnya hati, bibir dan lidah disibukkan dengan menyebut ALlahu Akbar.

Lidah menyebut kalimah ALlah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya dan tidakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum hakamnya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan keatan dalam dan luaran, juga kekuatan minda.

ALlah akan menolong kita yang selalu mengingatinya ataupun orang yang bertaqwa, tetapi sekiranya kita berterusan melupai ALlah, maka sekiranya ALlah melupai kita nanti jangan dikesali.

ALlah akan membela dan menolong orang yang bertaqwa kepada-Nya yang hati-hati mereka sering mengingati-Nya, sekiranya kita yang mengaku Muslim tetapi dalam sehari sepatah pun tidak pernah menyebut Subhanallah, Alhamdulillah dan ALlahu Akbar, percayalah kita akan dibiarkan oleh ALlah dalam keadaan yang terbiar, susah, merempat dan merana, dihina dan dizalimi oleh musuh ALlah tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya.


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Khulasa Tafsir.

Ayat sebelum ini ALlah SWT menceritakan tentang hal keadaan mereka yang kufur akan ALlah SWT dan berikutnya dalam ayat ini, ALlah SWT menceritakan mereka yang beriman dan ber’amal soleh dan apa yang akan mereka perolehi, tentang suasana syurga dan hal ehwal syurga.

Buah-buahan yang mepunyai bentuk yang sama seperti buah di dunia ini digambarkan supaya kelazatan syurga dapat dibayangkan dan dirasai oleh manusia semasa mereka masih di dunia ini lagi. Walaupun rupa bentuk yang sama tetapi dari segi kelazatannya tetap tidak sama.

Begitu jugalah ALlah SWT gambarkan ahli syurga yang suci kerana bermaksud mengingatkan kehidupan atas muka bumi ini akan adanya pencemaran akhlaq – iman, maka manusia perlu berhati-hati melalui kehidupan di dunia ini.


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Saya mahu kemeja
I want a shirt.

اريد قميصا .
Uridu qamisa.

Mujhe qamis chaiyye.

2. Saya mahu payung.
I want a umbrella.

اريد شمسية .
Uridu shamsiyatan.


Mujhe ik chatri chaiyye.

3. Saya mahu sapu tangan.
I want a handkerchief.

اريد منديلا .
Uridu mindilan.

Mujhe ik rumal chaiyye.


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Bukti Cinta ALlah Kepada Hambanya.

Firman ALlah yang bermaksud: “Kitab al-Qur’an ini tidak ada sebarang syak padanya [tentang datangnya dari ALlah dan tentang sempurnanya]; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang [hendah] bertaqwa”. [al-Baqarah:2]

Al-Qur’an diturunkan sebagai panduan hidup kepada manusia supaya hidup manusia tidak berada di dalam kebingungan bagi menjalani kehidupan seharian. Al-Qur’an menjadi petunjuk aqidah yang tersimpul dalam keimanan akan keesaan ALlah dan kepercayaan akan kepastian hari pembalasan.

Al-Qur’an menjadi petunjuk mengenai akhlaq yang murni dengan jalan menerangkan norma keagamaan dan moral, baik yang menyangkut kehidupan peribadi mahupun sosial.

Al-Qur’an menjadi petunjuk mengenai syariat dan hukum iaitu dengan jalan menerangkan dasar-dasar hokum dalam hubungannya dengan ALlah dan sesame manusia.

ALlah mengutuskan para Rasul secara fitrah, setiap manusia memerlukan teladan yang boleh dijadikan rujukan. Firman ALlah yang bermaksud : “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan [keredhaan] ALlah dan [balasan baik] hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALlah banyak-banyak [dalam masa susah dan senang]”. [al-Ahzab:21]
ALlah tidak membiarkan manusia berjalan ‘sendirian’. ALlah mengurniakan ‘teman terbaik’ yang akan menemani manusia menuju jalan kebahagiaan, mengenalkan manusia kepada Tuhannya, sekaligus menjadi model manusia yang sesuai dengan kehendak ALlah SWT.

Kita yang hidup tidak sezaman dengan Rasulullah SAW, dapat membuka warisannya berupa hadis dan sunah. Di dalamnya terdapat penjelasan yang terperinci tentang semua ajaran ALlah. Ajaran yang berisi tentang petunjuk menjalin hubungan dengan ALlah dan dengan manusia. Di dalamnya juga terdapat gambaran tentang peribadi mulia Rasullah SAW sebagai qudwah paling baik dan sempurna.

Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Dialah ALlah yang menjadikan segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendak-Nya kearah langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. [al-Baqarah:29]

Antara lain bukti kecintaan ALlah kepada hambanya ialah dengan memberi keampunan kepada manusia yang benar-benar bertaubat serta Maha Pemberi Rezeki dengan memberi rezeki kepada setiap makhluk di atas muka bumi ini.


Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Apa yang dimaksudkan ‘mencuri dalam solat’ ?

Jawapan : Daripada Abdullah bin Abi Qatadah r.a. yang meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pencuri yang paling buruk dari kalangan manusia ialah orang yang mencuri dalam solatnya”. Para sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah, bagaimana seseorang itu boleh mencuri dalam solatnya?”. Jawab Nabi SAW [magfumnya]: “Seseorang yang tidak ruku’ dan sujud dengan sempurna”. [Riwayat Imam al-Darimi,Ahmad,al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah]

Perkara ini diterangkan dalam banyak hadis. Seorang pencuri dan perbuatan mencuri dipandang dengan pandangan rendah lagi hina, apatah lagi perbuatan itu disabdakan oleh Rasulullah SAW sebagai ‘pencuri yang paling buruk’ kerana melakukan ruku’ dan sujud dengan tidak sempurna.

“Tidak sempurna solat seseorang itu sehinggalah dia sujud hingga tenang sendi-sendinya, lalu mengucap ALlahuakbar, menganggkat kepalanya sehingga duduk dengan tetap”. [Riwayat Abu Daud]

Soalan: Apakah Islam membenarkan kencing sambil berdiri ?

Jawapan: Dalam kalangan para ulama’ terdapat perbezaan pendapat. Sebahagiannya berpendapat haram, namun sebahagian yang lain mengharuskannya, dengan syarat air kencing tidak terkena atau terpercik pada pakaian atau badan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha. katanya: “Sesiapa yang ceritakan kepada kamu bahawa Nabi SAW kencing berdiri, maka jangan membenarkannya, Baginda tidak pernah kencing kecuali secara duduk”.

Namun dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Huzaifah r.a. dan disahihkan oleh Imam Muslim, disebut bahawa Rasulullah SAW pernah kencing sambil berdiri.


Tarbiyyatul Aulad.
amirbenhussin@gmail.com

Ciri Asas Keperibadian Muslim.
[Yang perlu dididik kepada anak-anak]

Harapan masyarakat terhadap peribadi Muslim.
• Sebagai role model [sumber inspirasi]
• Sebagai khazanah ilmu.
• Sebagai rujukan masyarakat.
• Sebagai pencetus dan pemangkin kesedaran.

Penguasaan dan ciri-ciri asas peribadi Muslim.
• Pegangan dan ‘amalan Islam yang kuat.
• Berkata dan meng’amalkannya.
• Berjaya menimbulkan keyakinan kepada masyarakat.
• Menjadi benteng dan harapan.
• Jelas dengan tasawwur [world view], mendahului kepentingan masyarakat daripada kepentingan diri.
• Mempunyai kekuatan Iman, mental dan moral.
• Kaya dengan ilmu dan nilai-nilai murni.
• Sentiasa mencari keredhaan ALlah.
• Tidak tergoda dengan harta dunia, pangkat, nama dan kedudukan.
• Berani mengaku salah menyedari kesalahan.
• Kaya dengan idea buah fikiran yang menjurus kepada kabaikan.
• Bersedia untuk dimuhasabah.


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

الباريء Pemberi Kehidupan.

Jika seorang perempuan yang belum mendapat anak, berpuasalah untuk 7 hari dan selepas berbuka puasa bacalah الباريء المصوي [al-Bariul Musawwiru] sebanyak 21 kali, insya ALlah, ALlah akan mengurniakan anak.

Mazhab Syiah.
amirussin@yahoo.com

Pelbagai Penyelewengan Umum.

• Menziarahi kubur Saidina Hussin ganjarannya syurga.
• Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam.
• Menghina isteri-isteri Nabi SAW.
• Mengharuskan jamak solat dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
• Imamah dan Khalifah sebahagian daripada Rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
• Solat dhuha adalah bid’ah.
• Islam bukanlah syarat wajibnya haji.
• Wajib menyapu kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah’ syariah dan akhlaq.

[Sumber dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor]


Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Kunci Cemerlang.

Para pelajar haruslah menyedari hakikat bahawa kecemerlangan adalah datangnya dari ALlah yang diberi kepada kita atas segala usaha dan doa’ kita dan doa’ kedua orang tua kita serta doa’ guru-guru.

Sebagai seorang pelajar Muslim’ kita hendaklah menjadikan contoh yang terbaik untuk kita mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan pendorong untuk kita berjaya dan cemerlang.

Semasa berada di dalam kelas semasa guru mengajar, kita harus memberi fokos dan tumpuan yang sepenuhnya dan memastikan kita faham apa yang diajar oleh guru. Sekiranya kita tidak faham tentang sesuatu perkara walaupun kecil perlu untuk kita bertanya dan mendapat penjelasan yang jelas dari guru.

Faktor ulangkaji juga perlu dengan melakukan ulangkaji yang smart bukannya hard, iaitu pastikan dapat apa yang kita ulangkaji dan cuba elakkan mengulangkaji ketika mengantuk.

Kita hendaklah juga memastikan menjaga adab-adab ketika belajar dan adab-adab bersama guru. Cara kita membaca buku dan cara kita berinteraksi dengan guru perlu dititik beratkan kerana redha guru juga menjadi punca kejayaan dan kecemerlangan kita.

Sebagai seorang Muslim, niat yang betul untuk menuntut ilmu perlu jelas, bukan kerana sesiapa atau bukan kerana sekeping sijil tetapi kerana ALlah SWT. Ingatlah setiap hari kita diseru untuk mencapai kejayaan sebanyak 5 kali ketika azan dilaungkan. Ikhlaskan niat hanya kerana ALlah, bersungguh-sungguh serta menjauhkan perkara-perkara yang mengganggu pelajaran seperti bercinta, menonton filen atau mendengar lagu serta leka dengan laman-laman maya.

Kita juga perlu bijak membahagi masa, bahagi masa mengikut keutamaan, utamakan perkara yang lebih utama. Disamping itu kita juga perlu memperbanyakkan berdoa’ kepada ALlah serta berqiammullail bagi mendekatkan diri dengan ALlah, pohonlah pada Nya dengan bersungguh-sungguh.

Seorang guru sangat mengharapkan kejayaan dan kecemerlangan para pelajarnya,cemerlang di dunia dan juga di akhirat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang inginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dengan ilmu juga”.



Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Khasiat Acai Berry.

1. Mengandungi Vitamin dan Mineral yang penting termasuk vitamin B, E, asid lemak Omega, Omega 6 dan Omega 9.
2. Mempunyai protein lebih daripada telur. Protien membantu pembentukan lapisan luar rambut, kuku dan kulit.
3. Mengandungi Glukosamin, iaitu sebatian yang mampu membantu menguatkan tubuh dan mengekalkan tisu tubuh.Mengandungi kalsium untuk menguatkan tulang, mencegah kehilangan tisu tulang.
4. Mengandungi Antioksidan yang dikenali sebagai Polifenol untuk
melindungi jantung dan membaiki penghasilan Oksida Natrik dalam sel-sel Endothelal bagi mengurangkan risiko saluran darah tersumbat.
5. Kaya dengan Asid Lemak Perlu [EFA] mampu mengurangkan kolestrol tidak baik yang bahaya.Anthocyanin dalamnya boleh melindungi saluran darah yang kecil dan yang besar termasuklah verna, arteri dan kapilari.Indek Glisemik Rendah mampu memperbaiki tahap glukosa dan lipid pesakit Diabetes.
6. Menjaga kecantikan kulit.
7. Meransang pertahanan semulajadi tubuh.
8. Kaya dengan Asid Amino perlu dan Mineral.
9. Mengandungi Beta Karotina dan vitamin C mampu memberi zat dalam melindungi kesihatan mata.


Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]
0leh: Syaikh Osama


Imam Abu Yousuf r.a.h kehte hei ‘Ke meine buzurgo se suna hei ke jo ustaz ko kadar nehi karta oh kamiyab nehi hota’

Imam Abu Yousof r.a.h berkata ‘Aku dengar daripada para ahlullah [orang yang hamper dengan ALlah] yang terkemuka bahawa pelajar yang tidak menghormati gurunya tidak akan berjaya’.


English Section
amirussin@yahoo.com

Is wealth a signal of God’s love of a certain person ?

Not always. God may test you through richness. If you become a millionaire one day, hopefully, this is going to be a tough test for your integrity, your ethics, and your decicions.

What are you going to do with your millions ? How to spend them ? Are you going to misuse your money in hurting [eople ? Money is a real test.

Poverty may be another kind of test. If you are poor, the test is how to act. Are you going to deceive others, cheat, bribe, lie, steal or rob in order to overcome your poverty ?

Are you going to overcome poverty lawfully or unlawfully ? Will poverty change the person into a devil or will be he remain self-balanced ? This is the other test.


Nazam

Perjuangan Ini


Usah singgah walau dimana
Masa dan usia sentiasa mencemburui kita
Leka sedetik ia terus berlalu
Tanpa segan silu.

Usah leka walau sedetik
Lewat masa yang kian berlalu
Tanpa tanpa penat lelah
Teruskan niat kerana ALlah.

Kita insan juga hamba
Selalu lalai dan alpa
Dalam meneruskan jihad ini
Di medan penuh ranjau dan onak.

Perjuangan seorang hamba
Tidak pernah disentuh oleh sesiapa
Usah lupa sentiasa berdoa’
Kepada ALlah Yang Maha Kuasa.

Kini dulu dan selamanya
Pasang niat yang berkekalan
Berjihad dan berjuang untuk-Nya
Untuk kita sebagai bekalan.

Oleh: benhussin

Nilam sari.
22.feb 2011

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.
www.facebook.com/albayanku

Bilal Tahfiz School & Islamic Studies

Pendaftaran dibuka sekarang.

Bertempat di No.12A Bangunan Peniagaan Nilam Sari, 08000 Sungai Petani. Kedah.

Terbuka kepada semua pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga kepada golongan dewasa yang berminat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir 013 7338966.

Boleh lewati www.bilaltahfizschool.blogspot.com
www.facebook.com/bilaltahfizschool