Thursday, February 12, 2009
Sudut bahasa
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Albayan ingin membawa para pembaca melayari bahtera kehidupan dengan mengajak minda dan lidah bermain dengan mempelbagaikan bahasa tanpa melalui proses pembelajaran kaedah-kaedah ataupun tata bahasa, sebaliknya terus kepada ayat-ayat ataupun ungkapan-ungkapan harian.
Albayan mengujudkan sudut bahasa dengan konsep 4 dalam 1 dalam ruang bol cal atau sudut bahasa.Dalam ruangan ini pembaca akan didedahkan di dalam bahasa Arab,Urdu,Inggeris dan bahasa Melayu.
Percambahan bahasa akan berlaku apabila kita bercakap sesuatu perkataan di dalam bahasa Melayu,maka akan terlintas dalam minda kita bahasa Arab,Urdu dan Inggeris.Dengan cara ini lidah kita telah dipelbagaikan dengan berbagai bahasa.
Sudut ini khas untuk ibu-bapa yang kesuntukan masa untuk menghadiri kelas-kelas bahasa dan sesuai bagi para ibu untuk melatih anak-anak secara tidak formal di rumah.
Bahasa Malaysia
Akan menjadi asas atau teras untuk ruangan ini,ia adalah bahasa ibunda rakyat Malaysia.
Bahasa Arab
Bahasa yang paling kaya dengan perkataan-perkataan,bahasa al-Qur’an,bahasa Rasulullah S.A.W,bahasa rasmi warga syurga,bahasa yang tersirat berbagai rahsia,ibu kepada segala bahasa,bahasa yang amat indah,sepatutnya setiap warga muslim mengetahui serba sedikit tentang bahasa Arab.
Bahasa Urdu
Bahasa yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia,melalui pendedahan dari media elektronik mahupun media cetak.Bahasa yang amat merdu dan terdapat banyak kitab-kitab tafsir al-Qur’an ,hadis dan kitab-kitab lain di dalam bahasa Urdu yang boleh diambil manfaat jika kita boleh berinteraksi dalam bahasa urdu.
Bahasa Inggeris
Bahasa yang menjadi pertuturan,menjadi bahasa ke 2 bagi kebanyakkan Negara didunia ini.
1.Apa khabar
Kaifa haluka [untuk lelaki]
Kaifa haluki [untuk perempuan]
Ap ka kia hal he
How are you

Info sihat
Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang bermaksud: ‘Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda:
“ Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
Khasiat kurma Ajwah[Ajwa] seperti yang tersebut di dalam hadis itu merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh ALlah S.W.T ,sesuai dengan kemuliaannya sebagai sejenis kurma yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma yang dialami sendiri oleh Saidatina Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa a.s seperti yang dinyatakan oleh ALlah di dalam surah Maryam ayat 25 yang bermaksud”
“ Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak”.
Ayat itu menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas,apabila ALlah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsure zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan kaedah Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Nabi S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dkeadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman,tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.
Malah,ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsure yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.Ia juga berperanan dalam pertumbuhan minda kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.
Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
[bersambung pada bulan hadapan]

Muhasabah
Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi
Menjauhkan diri dari dosa.
Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari perbuatan dosa.Kerana dosalah kita akan dimasukan ke dalam api neraka ALlah di yaumul masyar kelak.
Sombong diri atau bangga diri adalah salah satu sebab diri kita boleh terjebak ke dalam perbuatan dosa.Sombong diri juga adalah jalan yang paling mudah untuk kita menuju dosa.
Untuk menghilangkan perasaan sombong diri,kita disarankan untuk memperbanyakkan solat dan lakukanlah solat itu dengan kusyuk dan ikhlas kerana ALlah.
Solat lima waktu adalah untuk menghilangkan sifat sombong dan angkuh dan menjauhkan diri dari perbuatan mungkar dan keji.
Selain melakukan solat lima waktu,kita juga disarankan supaya memperbanyakkan solat dimalam hari.Dengan melakukan solat-solat tersebut disamping setiap kali selepas solat kita berdoa dan bermunajat kepada ALlah semoga semua rasa angkuh dan sombong diri tidak mencengkam didalam hati dan jiwa kita.
Makhluk pertama yang mempunyai sifat sombong diri dan melakukan dosa kepada ALlah iblis.Ini oleh kerana iblis menganggap dirinya lebih mulia dari ciptaan ALlah yang lain kerana ia dicipta dari api.
Firman ALlah yang bermaksud:”Engkau ciptakan saya dari api,sedang dia[Adam] Engkau ciptakan dari tanah”. [al-A’araf:12]
Iblis tidak menyesal diatas segala perbuatan maksiat yang dilakukannya.Bahkan berani menerima kutukan dan murka ALlah.Bukan setakat itu saja,iblis juga berani meminta izin dari ALlah untuk menggoda manusia serta menghalang manusia dari memasuki syurga ALlah.
ALlah S.W.T berfirman yang maksudnya:
“Dan apabila dikatakan kepadanya :“Bertaqwalah kepada ALlah.Bangkitlah kesombongannya yang menyebabkan berbuat dosa.Maka cukuplah [balasannya]neraka jahanam”.
[al-Baqarah:206]
Kerana sombong,manusia tidak akan menyesal atas perbuatan dosanya,kerana sombongnya pula,manusia tidak merasa perlu kepada ALlah atau juga kepada sesamanya.Dan kerana kesombongan manusia juga melupai untuk apa kita dihidupkan diatas muka bumi ALlah ini.

Kalamullah
Kalamullah
“ Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriatku. Wahai tuhan kami, perkenankanlah do’a permohonanku”. [surah Ibrahim ayat 40]

Soal jawab
Dikelola oleh:Ust.Amir an-nadwi
Soal: Apakah erti munafiq dan apakah pandangan Islam terhadap orang-orang munafiq?
Jawapan: Orang munafiq mengikut istilah syarak ialah orang yang menyembunyikan kekafirannya di samping melahirkan keislamannya,atau dalam erti kata lain ialah orang yang berpura-pura Islam sedangkan pada hakikatnya ia adalah seorang yang kafir.
Menurut pandangan Islam,orang-orang seperti ini adalah orang yang rosak peribadinya,buruk perangainya dan tidak ada pendirian dalam hidupnya.Selain dari mendatangkan keburukan dan bahaya dalam masyarakat,ia juga akan menanggong risiko dan azab ALlah,sebagaimana firman ALlah S.W.T didalam al-Qur’an Surah an-Nisa’ ayat 145 yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang munafiq akan ditempatkan di peringkat yang paling bawah dari neraka dan engkau tidak dapati bagi mereka sebarang pertolongan”.
Soal: Apakah ada tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu bersifat munafiq?
Jawapan: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
“ Sesiapa yang ada padanya adalah ia seorang munafiq yang tulin dan sesiapa yang ada satu daripadanya bererti ia adalah sebahagian dari nifak meninggalkan ia akan dia ”.
1. Apabila diberi amanah dia melakukan khianat .
2. Apabila ia bercakap-cakap ia berdusta.
3. Apabila ia berjanji ia memungkirinya.
4. Apabila berbalah [berkelahi] ia melampauinya.
Soal: Apakah erti hukum dan berapakah jenisnya?
Jawapan: Perkataan hukum adalah berasal dari perkataan Arab yang bermakna ketetapan.Maksudnya ialah menetapkan sesuatu atau menafikannya.Hukum terbahagi kepada tiga jenis:
1.Hukum ‘akal
2.Hukum syara’
3.Hukum ‘adat

Nama-nama surah al-Qur’an.
Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi
Al-Baraah *Kebesaran
Yunus
Hud
Yusuf
Ar-Ra’d *Guruh
Ibrahim
An-Nahl *Lebah
Al-Hijr
Al-Isra *Perjalanan malam hari
Al-Kahfi *Gua
Maryam
Thaha
Al-Anbia’ *Nabi-nabi
Al-Haj *Haji
Al-Mu’minun *Orang yang beriman
An-Nur *Cahaya
Al-Furqan *Yang memisahkan antara
Yang benar dan salah.
Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi
Al-Baraah *Kebesaran
Yunus
Hud
Yusuf
Ar-Ra’d *Guruh
Ibrahim
An-Nahl *Lebah
Al-Hijr
Al-Isra *Perjalanan malam hari
Al-Kahfi *Gua
Maryam
Thaha
Al-Anbia’ *Nabi-nabi
Al-Haj *Haji
Al-Mu’minun *Orang yang beriman
An-Nur *Cahaya
Al-Furqan *Yang memisahkan antara
Yang benar dan salah.
Subscribe to:
Posts (Atom)