Saturday, September 12, 2009

Khas sempena Ramadhan

Semarakkan 'Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan.

Menghidupkan malam-malam tersebut dengan 'ibadah.
Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama ber'ibadah menghidupkan malam-malam tersebut.

Mengikat tali pinggang [tidak bersama isteri]. Diriwayatkan daripada A'isyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Adalah Rasulullah s.a.w apabila tiba sepuluh terakhir [Ramadhan] beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya [tidak bersama isteri]".
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Mandi antara maqrib dan insya' dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian. terutamanya malam-malam ganjil.

Berusaha bersungguh-sungguh agar dikerniakan Lailatul Qadr. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan ALlah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu'.

Melakukan iqtikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan, diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a katanya yang bermaksud " Biasanya Nabi s.a.w ber'iqtikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan".

Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

Memperbanyakkan sedaqah.

Tanda-tanda Lailatul Qadr.

Diterangkan dalam sebuah hadis antara tanda-tandanya ialah:

Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarnya lembut dan tidak terik.

Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sengat cerah dan terang benderang.


Hikmah disembunyikan Lailatul Qadr.

Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.

Supaya kita berusaha meningkatkan 'ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Memperbanyakkan doa' untuk memperolehinya.


Adab Mengakhiri Ramadhan dan Menyambut Eid Mubarak.

ALlah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan Takbir pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan.

ALlah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan memperbanyakkan istiqfar.

ALlah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'sadaqatul fitri' [membayar zakat fitrah].

Keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat eidul fitri dan mendengar khutbah denga penuh penghayatan.

Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.

Menziarahi qubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.

Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim.


Akhirul kalam, semua warga kerja albayan mengucapkan selamat menyambut Eid Mubarak semoga madrasah Ramadhan yang meninggalkan kita memberi kesan yang berpanjangan untuk kita meneruskan segala 'amalan yang telah kita lakukan selama sebulan dibulan-bulan yang seterusnya, semoga Ramdhan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat kebaikkannya, kullu am wa antum bi khair.

Friday, September 4, 2009

Muqaddimah

Assalamu'alaikum, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang. Bulan Ramadhan menjelma kembali dengan diselibungi wabak yang ALlah turunkan kepada kita.Dari kanak-kanak sekolah rendah sehinggalah orang dewasa semua mengenali H1N1.

Wabak ini tidak mengenali siapa kita, dari buruh kasar sehinggalah bapak menteri sekiranya ditakdirkan oleh Allah untuk ditimpainya, maka harus redha dengan ketentuannNya, yang pasti kita banyakkan berdo’a semoga ALlah menjauhi kita dari wabak ini.

Berdasarkan perkembangan yang berlaku ini apakah ini petanda-petanda dari ALlah peristiwa akhir zaman dengan lain-lain bala yang diturunkan oleh ALlah seperti perbalahan dan peperangan yang tiada kesudahan, jenayah di merata tempat, pembunuhan dan pembuangan bayi serta pelbagai agenda maksiat yang tidak terbendung.

Oleh yang demikian itu, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita mengambil kesempatan dengan pengisian ‘amal yang terbaik berdasarkan firman ALlah s.w.t di dalam surah al-Baqarah yang bermaksud “ Wahai sekelian orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas umat-umat yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertambah taqwa ” dan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampunkan segala dosanya yang telah
lalu "
[riwayat nasaie dan ibnu majah]

Sempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini juga marilah kita sama-sama koreksi dan muhasabah diri dengan mengingati kembali sejarah yang telah ALlah s.w.t nukilkan di dalam al- Qur’an mengenai beberapa peristiwa yang telah menimpa umat-umat yang terdahulu akibat dari kemaksiatan dan kesombongan mereka terhadap ALlah s.w.t seperti kaum Ad, Lut dan beberapa lagi yang telah dibinasakan oleh ALlah s.w.t .

Juga dalam beberapa tahun yang lepas kita ditimba pengajaran dari ALlah s.w.t dengan kebinasaan besar-besaran, iaitu bencana tsunami dengan mengobankan lebih 200.000 jiwa sebahagian besarnya adalah umat Islam di Aceh.

Firman ALlah s.w.t yang bermaksud “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu ada pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai ‘akal” {Yusof:111}

Akhirul kalam, ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan kareem, semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari Ramadhan yang lepas.

ALlah memberikan kita Ramadhan yang penuh keberkatan untuk kita penuhinya dengan ‘amalan. Bersama kita mengisi Ramadhan dengan ‘ibadah agar keberkatan Ramadhan menjadi faedah.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Al-Fadhil Syeikh Niamat Yusoff.

Laluan pengajian diselarikan dengan latihan mengajar yang dipertanggungjawabkan oleh ayah beliau. Walaupun dalam usianya yang terlalu muda, beliau telah menimba pengalaman menjadi guru al-Qur’an dan tajwid di rumah-rumah dan di surau-surau sejak tahun 1945 sehingga 1960. Ketika itu usianya baru menjangkau 14 tahun. Kemudian beliau telah berkesempatan mengajar bahasa Arab di beberapa buah sekolah agama rakyat di sekitar negeri Kedah pada tahub 1960 sehingga 1964, sebelum beliau berangkat ke Mesir, beliau juga telah menjadi guru agama dan guru bahasa Melayu di Darul Aman English School dan di Kelas Khas Maktab Mahmud, Alor Setar.

Disamping itu Ustaz Niamat juga memiliki minat yang mendalam di bidang penulisan. Sejak usianya 17 tahun lagi banyak tulisan-tulisan beliau telah tersiar di dalam pelbagai majalah dan akhbar. Mulai tahun 1958 tulisan-tulisannya telah disiarkan dalam majalah Mastika yang dianggap popular ketika itu.

Dari tahun 1957 sehingga tahun 1960 beliau telah menghasilkan 50 buah sajak, 5 buah cerpen dan 2 buah cerpen terjemahan, beberapa artikel tentang sejarah dan 2 buah drama. Di masa itulah beliau terlibat dengan Badan Seni Budaya Kedah sebagai Ahli Jawatankuasa pada tahun 1963/64.

Selepas tahun 1964 beliau lebih cenderung menulis artikel-artikel yang menyentuh persoalan agama, falsafah, sejarah dan pendidikan. Manakala selepas tahun 1974 ketika arus kebangkitan Islam melanda, tulisan yang dihasilkan beliau lebih bercorak da’wah dan tarbiah sehinggalah ke saat akhir kehidupan beliau yang meninggal dunia di Maahad Tarbiah Islamiah, Derang iaitu pusat didikan tarbiah dan dakwah yang diasaskannya. [bersambung]

Mutiara Kalam [siri 8].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi

Berada di dunia
Dan sekaligus tidak terikat
Dengan dunia ini
Adalah sesuatu
Yang bermakna.


Iqtibar Ramadhan
amirussin@yahoo.com

Peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan .

Fathul Makkah [10 Ramadhan 8 Hijrah].
Rasulullah s.a.w keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Ansar menuju Makkah bagi membebaskannnya dari kemusrikan. Usaha ini berjaya denga gemilangnya tanpa melalui peperangan.

Perang Badar [17 Ramadhan 2 Hijrah].
Perang yang membawa kemenangan spektakuler yang dialami kaum Muslimin meskipun dengan jumlah dan peralatan perang yang jauh daripada kemampuan kaum kufar ketika itu.

Perang Ain Jalut [25 Ramadhan 658 Hijrah].
Perang besar antara kaum Muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum Muslimin.

Penaklukan Wilayah Andalus [28 Ramadhan 92 Hijrah].
Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam seramai 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan dari ALlah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripada tentera musuh berlipat kali ganda.

Khalid al Walid memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla pada lima hari sebelum berakhir Ramadhan.

Peperangan Zallaqah,Portugis. [Ramadhan 459 Hijrah].
Tentera Muslimin pimpinan Sultan Yusof melawan tentera Kristian pimpinan Alfonso IV. Dalam masa yang singkat Sultan Yusof berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.

Persiapan Perang Khandaq.
Dilakukan dengan cadangan Salman al-Faridi dengan menggali parit {khandaq} disekeliling kota Madinah sebagai helah peperangan. Nabi Muhammad s.a.w serta sahabat menggali parit dibawah terik matahari. Hasilnya selama 6 hari 6 malam siaplah parit sedalam 10 hasta, lebar 9 hasta serta panjangnya 15 ribu hasta.

Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol [15 Ramadhan 658 Hijrah]. Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khan berjaya mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut.

Peperangan Yakhliz [15 Ramadhan 1294 Hijrah].
Seramai 34 ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740 orang. Menjadi kebanggaan umat Islam apabila berjaya mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Russia.


Dars Bukhari.
benhussin.blogspot.com

Daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya ALlah berfirman yang maksudnya: Sesiapa yang memusuhi wali Ku, maka sesungguhnya Aku menghistiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba Ku yang bertaqarrub [ber’amal] kepada Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai dari ia menunaikan semua yang Aku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba Ku sentiasa bertaqarrub kepada Ku dengan nawafil [‘ibadah sunat] sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya nescaya adalah Aku sebagai pengdengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada Ku nescaya Aku lindungi”. [ Hadis riwayat Al-Bukhori ]

Antara ‘ibadah sunat yang amat digalakkan selepas puas wajib Ramadhan ialah puasa enam hari dibulan Syawal sebagaimana dalam hadis yang lain dari Abu Ayyub al-Ansori bahawa Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud “Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun”.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa berpuasa sunat selama enam hari pada bulan Syawal selepas berpuasa wajib pada Ramadhan, seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun.

Sebahagian ulama lain berpendapat puasa enam hari pada bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang bulan Syawal.

Mejoriti ulama berpendapat puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas hari raya.

Sesetengahnya pula mengatakan bahawa adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal, mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dahulu.

Pendapat yang lain mengatakan jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan disisi ALlah.

Ada diantara para ulama yang berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal sahaja. Bagi puasa Qada ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadhan berikutnya.

Tafsir al-Qur’an
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

صرا ط الذ ين انعمت عليهم
Iaitu jalan orang-orang yang engkau beri niqmat atas mereka.

Inilah jawapan kepada permintaan manusia iaitu jalan yang lurus supaya manusia tidak berbalah –balahan atas jalan yang mana, maka ALlah telah turunkan jalan itu untuk menjadi contoh kepada semua manusia iaitu agama ALlah dan pemangkin kepada jalan itu, iaitu jalan para Nabi dan Rasul.

Merekalah yang perlu kita ikuti untuk tempoh jalan yang lurus itu. Untuk umat ini jalan yang lurus itu hanya ada dalam tareqa Nabi s.a.w.

Tidak akan dijumpai jalan yang lurus diluar kehidupan Nabi s.a.w , maka sekiranya sesiapa yang berada dalam agama dengan membawa fahaman sendiri [yang sesat] ia akan memecah belahkan umat ini.

Perbalahan dan perpecahan umat akan kembali selesai sekiranya semua umat ini kembali kepada wahdatul fikri iaitu dengan kembali kepada sunnah Nabi s.a.w. Apabila semua umat telah bersatu dengan kembali berpegang dan ber’amal dengan sunnah Nabi s.a.w maka akan menjadi mudah buat semua umat untuk melakukan segala ‘amalan yang diperintahkan oleh ALlah dan Nabi s.a.w.

Inilah tunjuk ajar dan pengajaran dari ayat ini untuk semua manusia bagi menjalani kehidupan yang diredhai oleh ALlah dengan berpandukan segala perintahNya.
Wallahu aqlam.

Tip sihat sepanjang Ramadhan.
benhussin.blogspot.com

1. Makan.
Makanan yang lambat dihadam adalah makanan yang mengandungi bijirin dan biji-bijian seperti barli, gandum, oat, kekacang dan lain-lain.

Pisang ialah sumber yang baik untuk kalium, magnesium dan kabohidrat.

Makanan yang diambil hendaklah seimbang, mengandungi setiap kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ayam/ikan, roti/bijirin/biji-bijian seperti beras, jagung dan lain-lain serta produk tenusu.

2. Minum.
Minum sebanyak mungkin air atau jus diantara selepas berbuka dan sebelum tidur supaya badan dapat menukar tahap bendalir dalam masa yang ditetapkan.

3. Elakkan.
Makanan berlemak dan bergoreng.
Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula.

Makan terlampau banyak terutamanya waktu barsahur.

Makanan kering adalah tidak sihat dan perlu dihadkan kerana boleh menyebabkan sakit perut disebabkan makaanan tidak hadam, pedih hulu hati dan masalah berat badan.

4. Berbuka puasa.
Makanan 3 biji tamar/rotab, satu hidangan jus [4 auns] dan semangkuk sup sayur bersama sedikit pasta atau biskut.
Nabi s.a.w berbuka dengan mengambil rotab [kurma yang lembut] sekiranya tiada Nabi s.a.w mengambil tamar [kurma keras/biasa] dan sekiranya tiada Nabi s.a.w mengambil apa-apa sahaja jenis manisan dan sekiranya tiada juga Nabi s.a.w meneguk air kosong atau air zam-zam.

Buah tamar dan jus merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan gula.

Malam Lailaturqadar.
amirbenhussin@gmail.com

Allah s.w.t telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman untuk mendapatkan malam Lailaturqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan.

ALlah secara jelas telah menyebut sebanyak 3 kali di dalam al-Qur’an yang diberi nama surah al-Qadr yang memberi makna malam kemuliaan, penuh keistimewaan dan kelebihan. Kelebihan malam al-Qadr adalah lebih baik dari 1000 bulan.

ALlah s.w.t tidak menetapkan bilakah malam itu akan berlaku. Rasulullah s.a.w hanya menyebut secara umum dan secara jelasnya Nabi s.a.w meminta umatnya ber’amal untuk mendapatkan Lailaturqadar bukan sahaja pada malam-malam tertentu sahaja, tetapi memfokoskan pada 10 mala terakhir ramadhan.

Rasulullah s.a.w apabila ditanya oleh para sahabat untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai malam Lailaturqadar ini, maka katanya carilah pada malam-malam yang ganjil iaitu pada malam 21,23,25,27 dan 29.

Adat masyarakat melayu yang menjadi salah dan silap apabila menggelarkannya malam itu sebagai malam tujuh likur yang sebenarnya tidak mempunyai apa-apa pengertian pun. Juga masyarakat melayu seringkali menyalakan lampu atau pelita pada malam-malam 10 terakhir itu yang katanya untuk menyambut kedatangan para malaikat.

Sebenarnya para malaikat memang mencari rumah-rumah yang bercahaya, tetapi buknnya cahaya yang diterangi oleh lampu atau pelita, tetapi para malaikat mencari rumah-rumah yang bercahaya dengan ‘amal ibadah seperti membaca al-Qur’an dan menunaikan solat malam.


Untuk mencari tanda-tanda datangnya malam Lailaturqadar, Nabi s.a.w menyebut bahawa pada malam itu suasananya cerah, langit tidak berawan, nampak bintang dengan jelas dan udara sederhana tidak panas dan tidak sejuk,keesokkan harinya diawal pagi cahaya matahari bersinar tetapi tidak menyakitkan kulit, inilah tanda-tanda zahir yang disebut oleh Nabi s.a.w.

Oleh yang demikian itu, untuk mendapatkannya hendaklah kita meneruskan segala ‘amalan dan pertingkatkan ‘amalan serta lakukan yang terbaik pada 10 malam terakhir ramadhan dengan memperbanyakkan tadarus al-Qur’an dan ujudkan suasana menghidupkan malam.

Disamping itu berpanyakkan berdoa dan munajat pada ALlah serta ikhlaskan niat dalam segala ‘amalan yang kita lakukan sepanjang ramadhan ini.


Nama-nama surah al-Qur’an.
benhussin.blogspot.com

Al – Mursalat - Yang dikirimkan
An – Naba’ - Berita
An – Nazi’at - Yang mencabut
‘Abasa - Bermuka masam
At – Takwir - Menggulung
Al – Infithar - Pecah belah
Al - Muthaffifin - Orang-orang yang mengecoh
Al - Insyiqaq - Belah
Al - Buruj - Bintang – bintang
Ath – thariq - Yang datang dimalam hari
Al – a’ala - Yang maha tinggi


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Selamat pagi tuan.
Good morning sir.
سيذي صبا ح الخير Saiyidi sabahal khair
صبح بخير جنا ب Saba’bi khair janab

Selamat pagi apa khabar ?
Good morning how do you do ?
صبا ح الخير كيف الحا لك Sabahal khair kaifa haluka/ki ?
صبح بخير كيا حا ل حي Saba bi khair kia hal he ?

Boleh saya bantu tuan ?
Any service sir ?
هل من خذ مة Hal min khidmatin ?
كوئ خذ مت جنا ب Kue khidmat janab ?

Soal jawab.
amirussin@yahoo.com

Soalan: Bagaimanakah cara yang terbaik
untuk membaca al-Qur’an .

Jawapan: Apabila hendak membaca al-Qur’an kita hendaklah beradab kerana kita berhadapan dengan ALlah s.w.t kerana yang dibaca itu adalah kalam ALlah. Para ulama telah menetapkan beberapa cara atau adab ketika membaca al-Qur’an antaranya ialah:

Hendaklah dalam keadaan berwudhu’. Nabi s.a.w tidak gemar menyebut nama ALlah atau berzikir melainkan ketika beliau dalam berwudhu’.

Hendaklah duduk di tempat yang bersih dan yang terlebih afdal ialah di masjid dengan syarat bacaan tidak menganggu orang lain yang sedang solat.

Hendaklah duduk mengadap kiblat dengan menunduk kepala, khusyu’, diam dan penuh ikhlas.

Hendaklah dimulai dengan membaca Ta’awwuz dan disusuli dengan membaca Basmalah.
Hendaklah terlebih dahulu bersugi atau menggosok gigi.

Hendaklah membaca al-Qur’an dengan tartil.

Sunat membaca dengan memehami dan merenungkan makna al-Qur’an.

Sunat mengelokkan suara ketika membacanya.

Sunat mendengar orang lain membaca dan meninggalkan percakapan yang sia-sia.

Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Maksiat kikis pahala puasa Ramadhan.

Seorang Muslim pasti terlalu gembira apabila datangnya bulan Ramadhan. Dan pastinya akan merasa terlalu sedah apabila Ramadhan akan berlalu meninggalkannya.

Ramadhan memberi kita banyak pengajaran antaranya membangkitkan keinsafan, kesedaran, kesungguhan, peningkatan ‘amal, tarbiah dan tahzib diri dan banyak lagi kalau kita perincikannya.

Sememangnya perkara-perkara sebegini tidak akan berlaku diluar bulan Ramadhan. Ramadhan diibaratkan oleh sesetengah ahli dan pencinta ‘ibadah sebagai bengkel atau madrasah bagi memperbaiki syahsiyyah dan akhlaq diri serta menguatkannya tekad dan iltizam dalam ber’ibadah kepada ALlah selepas berlalunya Ramadhan.

Bagi mereka yang benar-benar mengambil kesempatan dengan kedatangan Ramadhan akan terus asyik ber’ibadah dan tenggelam dalam lautan ‘ibadah yang pelbagai bagi menyahut seruan ALlah menjadi hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Ramadhan yang menjenguk setahun sekali yang didalamnya terdapat Lailaturqadar, tazkirah, solat Tarawikh, siangnya berpuasa dan doa’ nya dimakbulkan ALlah. Dan ALlah menjanjikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang dapat menyempurnakannya dengan penuh keikhlasan.

Tetapi alangkah malangnya apabila segala ‘amalan yang kita garap dan kita gilap sebulan pada bulan Ramadhan dikotori dan dicemari selepasnya. Kita menghayati 1 Syawal dengan penghayatan yang tidak islamik, pada hari yang mulia itu kita mulakan dengan bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa berlapik, jamuan hari raya yang keterlaluan dipasang dengan lagu-lagu hari raya yang melalaikan disamping berlakunya percampuran lelaki perempuan yang berleluasa.

Begitu juga terdapat rakaman nyanyian dan tarian khusus sempena hari raya dengan penglibatan artis lalaki dan wanita yang tidak bertudung dan ada yang bertudung pun tidak dapat menghayati tudung yang dipakainya apatah lagi dengan fesyen pakaian kebaya atau kebarung yang menampakkan susuk tubuh.

Sesungguhnya Islam yang diajar oleh Nabi s.a.w tidak terhenti setakat untuk ber’ibadat pada bulan Ramadhan sahaja, tetapi ia hendaklah diteruskan bagi menyambut aidil fitri dan di dalam bulan-bulan seterusnya.

Aidil fitri merupakan hari kemenangan melawan syaitan selama sebulan, justeru sambutan kemenangan ini hendaklah diisi dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih kepada ALlah.

Sesungguhnya orang yang mampu menghidupkan malam aidil fitri dan siangnya akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar dan akan mendapat kebaikan pada hari akhirat.

Penghayatan tarbiah Ramadhan hendaklah diteruskan pada bulan Syawal dengan berpuasa sunat 6 Syawal bukannya mengadakan jamuan rumah terbuka sehingga sebulan pada bulan Syawal.

Muslim yang keluar dari madrasah Ramadhan sepatutnya menjadi graduan yang hebat untuk meneruskan segala ‘amalan yang dipraktikkannya bukan menjadi graduan yang merosakkan ‘amal dengan menyambut kedatangan Syawal dengan melakukan program maksiat atau menghadirinya.

Sempena dengan kedatangan ‘Aidil Fitri ini maka marilah kita bersama-sama kembali kepada fitrah kejadian kita iaitu suci dan bersih dari segala dosa dan harapan kita semoga Ramadhan kali ini menginsafkan kita semua dan ia menjadi perintis menuju jalan yang sempurna.

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-madwi

Baginda Rasulullah s.a.w meng’amalkan membaca ruku’ terakhir daripada surah al-Baqarah, berkata Saidina Ali r.a bahawa beliau tidak dapat bayangkan seorang yang waras merehatkan badan [tidor] tanpa membaca 3 ayat terakhir dari surah al-Baqarah.

Semasa berada di tempat tidur bacalah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas. Sesiapa yang melakukan begini diberikan perlindungan dari segala-galanya, kecuali maut.

Bina puasa yang berkualiti.
benhussin.blogspot.com

Nabi s.a.w bersabda “Bersahurlah, sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatannya”. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w bersabd “Perbezaan puasa kita dengan puasa ahli Kitab ialah makan sahur”.

Nabi s.a.w bersabda “Siapa yang tidak dapat meninggalkan kata dusta dan cenderung kepada kepada keburukan [kejahatan], serta suka mengerjakan keburukan itu, maka tidak ada bagi ALlah suatu keperluan [ALlah tidak menghendaki] orang itu meninggalkan makan dan minumnya”.

Sampai waktu berbuka Nabi s.a.w memberitahu “Berbahagialah selalu orang-orang yang menyegerakan berbuka”. Maksudnya, orang yang tidak menanguh-nangguhkan berbuka puasa sebaik sahaja masuk waktunya.

Nabi s.a.w bersabda “Bulan Ramadhan bulan yang telah diwajibkan oleh ALlah ke atas kamu berpuasa, dan aku mensunahkan [mencontohkan] kepada kamu bangun solat malamnya. Siapa-siapa yang berpuasa dan solat malam benar-benar kerana iman dan mengharap pahala dari ALalh, akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaannya ketika dilahirkan dari perut ibunya”.

Nabi s.a.w bersabda “Permulaanya rahmat, pertengahannya keampunan dan penutupnya terlepas dari azab neraka”.

Saban tahun Ramadhan bertandang dan pergi, mengetuk pintu hati, masuk tanpa disedari oleh hamba yang lupa diri.Berakhirnya ia menjadi tangis buat si pengejar ukhrawi. Kerana belum pasti masihkah bernafas untuk bertemunya lagi.

English Section
amirussin@yahoo.com

Muhammad S.A.W …Amiable par excellence.

Prophet Muhammad s.a.w [peace and blessings of ALlah be upon him] was always cheerful, genial and pleasant tempered. He was never rude or rough. He only spoke things that brought rewards from ALlah Almighty. When he spoke, the listeners would listen to his words with ettention.
They did not feel any inclination to engage him in heated arguments. The Prophet would always show patience with a stranger’s roughness of manners or harshness at talk. He used to say “When you see a person seeking an object earnestly, assist to get his need”. [Al-Baihaqi]

And no wonder ALlah Almighty said of Prophet “ And verily, you [O Muhammad] are on an exalted standard of character”. [Al-Qalam 68:4]

A person’s face not only reflects the feelings of the heart, but also signals his attitude to the world around him. Indeed one may even say that the total personality of a person is mirrored in the face. His smiling face was a source of solace and comfort to all those who came to meet him.

Not just his words and actions, but the very expressions on his face shed tays of peace and tranquility into the hearts of those who were distressed by the pressures of life or tormented by the afflictions of the soul.

The prophet’s magnanimity, broad mindedness, and tolerance embraced all people and entitied him to be a father to all of them. He was careful to maintain en equal status with other and did not desire privileges. In an assembly he would seat himself at the least covetable position, next to the last person.


Iklan.

Adik – adik yang ingin menghantar karya dan lukisan boleh mengirim lukisan dengan tajuk ‘suasana malam raya’ dan karangan dengan tajuk’pulang berhari raya ke kampong.’.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.

Dibulan Ramadhan yang mulia ini sekiranya tuan/puan ingin menyumbang sebarang sumbangan untuk Madrasah Ashrafil Madaris sila hubungi Ust.Qamaruzzaman di no talifon seperti di atas.

Tuan/puan juga boleh dapat Al-Qur'an Syaamil [terjemahan mengikut perkata]dengan harga RM.150.00 sila hubungi sdr.Amir di talian 013 7338966.

Tuan/puan juga boleh dapatkan talifon bimbit MYIMAN [talifon bimbit al-Qur'an] dengan keistimewaan periasian:
Bacaan al-Qur'an 30 juz oleh Syeikh Saad Al-Ghamidi.
Paparan teks bewarna Rasm Uthmani seiring bacaan serta terjemahan dalam 20 bahasa.
11 kitab hadis dan banyak lagi ciri-cirinya sila hubungi sdr.amir seperti talian di atas.