Wednesday, February 3, 2010

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang. Sesekali mendengar berita ditalivesyen atau diradio, hati rasa gementar dan merasakan kehidupan kita di dunia ini seakan tidak selamat lagi. Lantas memandang anak-anak yang sedang membesar lalu tertanya dihati bagaimanakah keselamatan mereka lima atau sepuluh tahun akan datang.

Fonomena anak membunuh ayah, ibu dan saudaranya, suami membunuh isteri dan anak, pencuri atau peragut membunuh mangsa, pencolek membunuh kanak-kanak yang diculik kian menjadi-jadi. Terdetik dihati jua, selamatkah kita meningglkan anak-anak dan isteri dirumah semasa ketiadaan kita.

Keselamatan diri kita dan keluarga terasa tiada jaminan di zaman dan masa yang semua melaungkan serba moden dan canggih. Nilai nyawa seseorang sudah tiada. Apakah kita sekarang sedang menuju ke zaman jahilliyyah yang meletakkan nyawa dihujung pedang?

Sebagai insan Muslim tiada jalan lain melainkan kita memperbanyakkan bermujahadah, munajat dan berdoa’ kepada ALlah semoga keselamatan diri, keluarga kita dan semua orang Islam dilindungi oleh ALlah.

Ikhtiar kita hanya padaNya bukan pada makhluq.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.

amirussin@yahoo.com

Ibnu Khaldun : Sarjana terakhir zaman klasik.

Perkembangan ilmu terus meningkat pada abad ke lapan Hijrah. Ini apabila kemunculan seorang tokoh agung yang bernama Waliud-Din Abu Zaid Abdur-Rahman ibn al-Khattab.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Ibn Khaldun, yang dilahirkan dalam keluarga ulama pada tahun 1332 Masihi di Tunisia.

Ayah beliau seorang ulama, ahli bahasa dan pemerintah tentera, manakala datuknya berasal dari Yaman dan berhijrah ke Andalusia bersama-sama tentera penakluk.

Datuk beliau pernah menetap di Cremonia dan Seville tetapi kemudian berpindah ke Tunisia dan menjawat menteri bagi Abu Hafs dan kemudian al-Muntasir.

Ibn Khaldun memulakan pengajian di bawah didikan ayahnya sendiri dan ulama lain dengan menghafal sl-Qur’an serta mempelajari tafsirnya, hadis, fiqh, bahasa dan sastera.

Semasa berumur 16 tahun beliau belajar ilmu logik dan falsafah. Pada tahun 684 Hijrah [1347 Masihi ] beliau mula menjalinkan hubungan rapat dengan

pemerintah Maghribi.

Namun beliau menyandang jawatan kerajaan pada tahun 752H/1451M di bawah pemerintahan Muhammad Tafrakin yang berkuasa penuh di Tunisia ketika itu.

Pada tahun 755H, Ibnu Khaldun berpindah ke Fez, Tunisia dan berkhidmat dengan pemerintah di wilayah berkenaan. Selepas itu beliau merantau dari Fez ke Tunisia kemudian ke Granada dan terpilih menjadi duta ke Castille untuk mengadakan perjanjian dengan Federick IV.

Setelah itu beliau berhijrah ke Maghribi dan memilih mengasingkan diri di kawasan perkuburan di Timur Telemsan dan hidup dengan Bani al-Arif selama empat tahun. Semasa di sana, Ibnu Khaldun mula menghasilkan karya agungnya ‘Muqaddimah’. Ketika menghasilkan karyanya beliau kembali ke Tunisia bagi memudahkan beliau menyelesaikannya.

Ibnu Khaldun pernah menulis banyak buku dalam pelbagai bidang termasuk matematik, logik dan sejarah. Beliau bukan sahaja seorang ahli falsafah tetapi juga pengasas ilmu kemasyarakatan dan sumbangannya amat besar dalam bidang berkenaan sehingga kehari ini.

Beliau disifatkan sebagai sarjana agung penamat arus kebangkitan ilmu dalam Islam semasa zaman klasik.

Ibnu Khaldun meninggal dunia semasa menjawat jawatan hakim di Kaherah pada tahun 807H/1406M.

Mutiara Kalam [siri 8].

Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Alangkah

Malangnya Ruh

Apabila

Sampai mati

Terikat dengan tanah.

Iqtibar.

amirussin@yahoo.com

Ayahku tidak solat.

Suatu hari sedang Rasulullah s.a.w duduk di masjid bersama para sahabat, datanglah seorang pemuda yang sedang kesedihan, lalu Rsulullah menegurnya “Apakah yang menyebabkan engkau menangis, hai pemuda ?”.

“Wahai Rasululllah, ayahku telah meninggal sedangkan kami tiada sebarang kain untuk dijadikan kafannya dan tiada pula orang yang memandikan mayatnya”.

Rasulullah s.a.w lantas mengamanahkan kepada Saidina Abu Bakr dan Saidina Umar r.a untuk menguruskan mayat tersebut. Tidak lama kemudian , kedua-duanya kembali kepada baginda, “Wahai Rasulullah, kami lihat mayat itu seperti babi hutanyang hitam”.

Setelah mendengar berita itu, Rasulullah s.a.w pergi kerumah tersebut lalu berdo’a disisi mayat tersebutsehingga rupanya pulih kembali seperti biasa. Setelah dimandi dan dikafankan, Rasulullah s.a.w menyembahyangkan nya. Ketika jenazah itu hendak dikuburkan, ia bertukar lagi kepada babi hutan yang hitam.

“Perbuatan apakah yang dilakukan oleh ayahmu ketika didunia?” Tanya Rasulullah s.a.w kepada pemuda itu.

“Ayahku meninggalkan solat”, jelas pemuda tersebut.

Rasulullah s.a.w lantas bersabda “Hai para Sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat, akan dibangkitkan oleh ALlah di hari Qiamat seperti babi hutan hitam”.

Dars Bukhari.

Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi

Daripada Abu Hurairah r.a , sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w ‘berilah peringatan kepadaku’, kata Rasulullah s.a.w “Janganlah kamu marah”. Lelaki itu berulang-ulang kali meminta dan Rasulullah s.a.w tetap berkta “ Janganlah kamu marah”.

[Hadis riwayat Bukhari]

Rasulullah s.a.w melarang umatnya supaya jangan ikut marah. Larangan itu bukan kerana sifat marah semata-mata kerana marah adalah satu sifat yang tidak boleh berpisah dari manusia.

Semua manusia mempunyai sifat ini. Oleh yang demikian itu, Rasulullah s.a.w meminta umatnya supaya menjauhi sifat ini, kerana marah umpama bara api yang sedang membakar dalam hati anak adam. Cuba kita perhatikan seseorang yang sedang marah,

kedua-dua biji matanya merah dan urat sarafnya membesar timbul sebagai jalan laluan syaitan keseluruh anggota ditubuh badan.

Marah itu ‘amalan syaitan dan syaitan itu dicipta dari api. Api tidak boleh dipadam melainkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang daripada kamu marah, hendaklah mengambil wudhu’.

Abu Zar al-Ghifari r.a berkata kepada kami bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “Apabila salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri hendaklah dia duduk, sekiranya tidak hilang juga marahnya, hendaklah dia berbaring”.

Nabi Isa a.s berkata kepada Nabi Yahya a.s “Aku ajar kamu satu ilmu yang berguna, janganlah jadi seorang yang pemarah”. Nabi Yahya a.s menjawab “bagaimana aku tidak marah?”. Jawab Nabi Isa a.s “Apabila orang berkata kepada kamu tentang sesuatu yang memang ada pada diri kamu, maka hendaklah kamu menjawab ‘apa yang kau sebut itu adalah dosa dan kesalahanku dan aku akan meminta ampun kepada ALlah’.

Tetap sekiranya apa yang dikata orang itu tiada pada kamu, hendaklah kamu memuji-muji ALlah kerana orang itu telah memberi pahala dengan menghina kamu”.

Amru bin al-‘As berkata : Aku bertanya Rasulullah s.a.w bagaimana aku hendak menjauhkan dari kemurkaan ALlah. Jawab Rasulullah s.a.w jangan engkau marah. Luqmanul Hakim berkata kepada anaknya: Apabila engkau memilih seseorang untuk menjadi sahabat,cubalah engkau marah padanya lebih dahulu, sekiranya dia tidak marah kepada engkau, malah sikapnya itu memberi keinsafan kepada engkau, maka ambillah dia menjadi sahabat.Tetapi sekiranya dia juga marah kepada engkau, maka hendaklah engkau meninggalkannya.

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]

Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

الذ ين يؤ منون با لغيب ويقيمون الصلوة ومما رزقنهم ينفقون

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan [mengerjakan] solat serta membelanjakan [menderma] sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.

Dalam ayat ini tiga sifat muttaqin dijelaskan iaitu beriman dengan ghaib, mendirikan solat dan berbelanja untuk agama ALlah s.w.t. يومنون با الغيب walaupun nampaknya hanya dua perkataan tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam. Inilah perkataan yang menegaskan kerasulan Nabi s.a.w, sebagai pembawa berita ghaib.

Dalam lughah mempercayai sesuatu berita yang diberitahu oleh seseorang dengan berkeyakinan sipembawa berita berkata benar. Ini bermakna beriman dengan orang tadi tetapi jika bukti atau sesuatu petunjuk perlu, maka ini bukan beriman dengan orang itu. Contohnya dikatakan seseorang mengatakan baju ini putih atau hitam dan perlu dibuktikan dengan menunjukkan warna baju itu.

Maka ini bukan berkeyakinan kepada sipemberitahu tadi, tetapi jika tiada apa-apa tuntutan untuk membuktikannya, maka ini dinamakan berkeyakinan kepada sifulan tadi.

Bila diberitahu beriman dengan ghaib juga bermaksud apa sahaja khabar yang diberitahu oleh baginda Rasulullah s.a.w akan diterima pakai tanpa sebarang keraguan, walaupun bertetangan dengan ‘akal, fikiran, adab, atau apa sekalipun, kerana baginda s.a.w diutus untuk menyampaikan berita-berita ghaib.

Wallahu ‘aklam.

[bersambung]

Pelik tapi benar.

benhussin.blogspot.com

Jiran di syurga.

Abu Yazid al-Bustami adalah seorang yang sangat rajin ber’ibadah. Suatu hari sedang dia ber’ibadah, terdengar suara berkata “Ada seorang hamba yang akan menjadi jiranmu di Syurga nanti”.


Suara itu juga memberi-tahu nama lelaki tersebut dan tempat tinggalnya.

Tergerak hatinya untuk mencari pemuda tersebut, lalu Abu Yazid pun berjalan kaki sejauh 100 farsah menuju ke negeri pemuda tersebut. Ketika sedang mencari pemuda tersebut ada seorang lelaki memberitahunya bahawa pemuda tersebut adalah seorang yang fasik dan peminum arak.

Abu Yazid bertanya kepada lelaki tersebut dimana pemuda itu berada sekarang? Abu Yazid mencari pemuda tersebut dan akhirnya berjumpa dengannya di sebuah rumah. Pemuda itu berada bersama 40 rakan-rakannya yang dalam keadaan mabuk. Apabila melihat suasana yang tidak diduganya itu, Abu Yazid memutuskan untuk pulang ketempatnya. Sebelum melangkah pergi, pemuda itu memanggilnya “Wahai Abu Yazid, mengapa engkau tidak masuk ke rumah ini.

Bukankah kedatanganmu dari jauh hanyalah untuk menemuiku dan bukankah engkau sedang mencari jiranmu di Syurga nanti?” Tanya hamba itu.

Abu Yazid kehairanan mendengar kata-kata pemuda itu. Bagaimana pemuda itu mengetahui siapa dirinya dan maksud kedatangannya? Pemuda itu meneruskan kata-katanya “Engkau meninggalkan rumah ini tanpa mengucap salam dan memberi nasihat.” Abu Yazid semakin hairan.

Dia tersentak dengan kata-kata yang diucapkan oleh pemuda itu.

“Wahai Abu Yazid usahlah engkau merasa hairan, marilah masuk walaupun sebentar”. Abu Yazid bertanya kepada pemuda itu “Apakah yang berlaku di rumah ini dan apakah tugasmu”?

“Wahai Abu Yazid, dahulu ada 80 orang fasik yang selalu mabuk seperti yang engkau lihat sekarang. Aku telah berusaha menyedarkan mereka supaya dapat menjadi teman dan jiranku di Syurga nanti.

40 orang telah berhenti dari

melakukan kefasikan, sekarang tinggal 40 orang lagi. Kini tugasmu pula untuk menyedarkan mereka supaya bertaubat dan dapat menjadi jiranmu di Syurga nanti”.

Abu Yazid sungguh terkejut mendengar penjelasan pemuda itu.Rupa-rupanya dia telah tersalah anggap. Dia berazam akan berusaha menginsafkan 40 orang itu supaya kembali bertaubat.

Pemuda itu memperkenalkan teman-temannya kepada Abu Yazid. Dengan izin ALlah setelah beberapa lama, akhirnya Abu Yazid berjaya dalam usahanya menyedarkan mereka kembali kepada jalan yang diredhai oleh ALlah, dan merekalah nanti akan menjadi jirannya di Syurga kelak.

Kita tidak sepatutnya mudah berburuk sangka melihat kelainan sikap seseorang.

Kita hendaklah menyelidik serta mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat penilaian terhadap seeorang.

Cermin diri sebelum ………

amirbenhussin@gmail.com

Kehidupan kita seharian dikelilingi dengan ragam manusia, samaada sanak saudara, rakan taulan maupun jiran tetangga. Ada ketikanya kita ingin mengambil tahu hal ragam manusia disekeliling kita antaranya pekerjaannya, pendapatannya dan kehidupannya.

Adalah yang terbaik sebelum kita ingin mengambil tahu atau mengambil kira ragam disekeliling kita, kita fakir atau cermin diri kita dahulu. Sebelum kita mengubah orang lain, ubahlah diri sendiri dan sebelum memberi ‘ilmu kepada orang lain, pastikan diri kita sudah ber’ilmu.

Kita seharusnya terlebih dahulu memperbaiki diri sebelum kita memperbaiki diri orang lain.

Kita mencari seberapa banyak harta, bukan untuk memuaskan nafsu, tetapi untuk menginfaqkan kepada orang lain yang memerlukan setelah keperluan diri dan keluarga sudah mencukupi.

Kita diwajibkan berzakat setelah mencukupi haulnya, dan disunatkan bersedekah sekiranya harta kita berlebihan dengan niat yang ikhlas dan insyaALlah kita akan mendapat kurniaan yang lebih besar dari ALlah.

Sekiranya kita berpegang dengan prinsip sebegini kita akan mendapat mardhotillah antaranya ialah:

Pertama.

Ada ‘ilmu dan harta lalu kita manfaatkan kepada orang ramai yang memerlukannya.

Kedua.

Sedar hidup di dunia hanya sementara dan tidak untuk selama-lamanya. Hidup di dunia hanya pinjaman dan di akhirat jua yang kekal abadi.

Ketiga.

Kita lahir ke dunia tidak membawa apa-apa dan ketika kembali ke ‘alam baqa’ pun kita tidak membawa apa-apa [selain ‘amal]. Semua yang kita miliki hanyalah pinjaman dan [ALlah] pemiliknya berhak mengambilnya pada bila-bila masa.

Keempat.

Setiap ‘amal perbuatan kita akan ditanggung oleh diri kita. Sekiranya kita berbuat ‘amal maka ganjaran baik akan kita terima, sekiranya kita berbuat ‘amal jahat, maka ganjaran sebaliknya kita akan terima.

Kehidupan baik dan tidak baik adalah bermula dengan diri kita. Semuanya perlu berlaku dalam diri kita dahulu sebelum kita sebarkan kepada keluarga, sanak-saudara, rakan taulan dan seterusnya pada masyarakat.

Seni-seni dalam Solat.

benhussin.blogspot.com

Ikrar seorang hamba

Solat merupakan ikrar seorang hamba

kepada Tuhannya {ALlah], sekurang-

kurangnya lima kali sehari. Do’aiftitah merupakan ikrar kali yang pertama diucapkan dalam solat.

‘Amalan para Malaikat

Solat mengambarkan ‘amalan-‘amalan para Malaikat. Setiap Malaikat ada ‘amalannya yang khusus. Ada diantara mereka diperintahkan oleh ALlah untuk sujud, ruku’ dan lain-lain untuk selama-lamanya . Solat kita adalah gabungan seluruh ‘amalan Malaikat. Solat juga dikatakan mikraj orang mukmin.

Berbagai bentuk ‘ibadah

Dari segi bacaan ada zikir, selawat, bacaan Qur’an, bertasbih, bertahmid, Hadis, membaca doa’ dan sebagainya. Misalnya bacaan Fatihah merupakan ayat al-Qur’an, Tahiyat adalah Hadis dan ruku’ merupakan tasbih kepada ALlah.

Peranan anggota manusia

Solat melibatkan seluruh anggota yang lahir dan batin. Hati untuk mengingati ALlah, fizikal iaitu rukun qauli [membaca] mesti faham apa yang dibaca.

Disiplin solat

Disiplin dalam solat adalah lebih ketat dari ‘amalan yang lain seperti puasa, haji, jihad dan sebagainya. Mesti bersih lahir dan batin, tidak boleh melakukan pergerakan melebihi tiga kali, tidak boleh berkata-kata, tidak boleh makan dan minum dan tidak boleh bersentuhan antara lelaki dan perempuan.

Kalau begitu kehebatan solat, bagaimana kita boleh lalai dalam solat? Firman ALlah yang bermaksud:

“Sesungguhnya solat itu sangat berat, kecuali bagi orang yang khusyuk”. [al Baqarah:4-5]

بول جا ل Bol chal.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Tutup semua pintu

Close all doors

اغلقوا الابوب Aqliqu alabwab

د روزا بند كرد وDarwaza band kardo.

Semua sila naik

All aboard

اركبوا كلكم Erkabu kullukum

سب سوار هو جا ءي Sab sawar ho jaie.

Berapa lama ia berhenti?

How long does it stop?

كم مدة يقف ؟ Kam muddatun yaqifu?

كتنى دير ركتى هى ؟ Kitni deer rukti he?

Soal jawab.

amirussin@yahoo.com

Soalan: Bolehkah seorang anak yang belum baligh tetapi elok bacaan al-Qur’annya menjadi imam bagi jemaah wanita seperti ibunya, kakaknya atau adik-adiknya?

Jawapan: Menurut ulama kalangan mazhab al-Hanafiyah, tidak sah samaada solat fardhu maupun solat sunat. Adapun ulama dikalangan mazhab Malik dan Hanabilah, tidak sah untuk solat fardhu, sah untuk solat sunat. Al-Atsram meriwayatkan dari Ibn Mas’ud r.a dan Ibn Abbas r.a bahawa: “Janganlah seorang anak kecil mengimani solat jemaah sehinggalah dia bermimpi”.

Menurut mazhab as-Syafi’i, dibolehkan mengikut imam anak kecil berdasarkan satu dalil yang sangat kuat, yang mana al-Bukhri mensahihkan hadis tersebut daripada Jabir r.a. Diriwayatkan daripada ‘Amr bin Salamah katanya: “Aku pernah menjadi imam pada zaman Rasulullah s.a.w sedangkan aku adalah anak kecil yang berumur tujuh tahun”.

Namun sah juga anak kecil menjadi imam solat Jumaat, tetapi makruh. Seandainya anak kecil tersebut belum khatan, pastikan bahagian dalam zakarnya yang ditutupi kulit bersih daripada najis air kencing sebelum solat.

Muhasabah.

benhussin.blogspot.com

Sebarkanlah salam.

Gerakan dakwah ditandai dengan kekuatan hubungan erat dan rasa persaudaraan sesama mereka, tidak berhasrat memanjangkan pertengkaran sesama muslimin. Malah, mereka mahu berusaha keras untuk membendung hal-hal yang boleh merebakkan pertikaian dalam umat Islam. Dan, kalimah salam adalah kunci kepada perpaduan itu.

Pendek kata, hadis Rasulullah s.a.w yang meminta agar ucapan salam itu disebarkan . Semangat asal dan ruh perpaduan itulah yang sentiasa menjadi ingatan kepada setiap individu muslim.

Pada akhir zaman ini, kita lihat bahawa ada kecenderungan untuk memberikan salam cuma kepada orang yang dikenali saja. Kepada mereka yang tidak dikenali, maka kita abaikan sahaja. Dan, hal inilah yang cuba disampaikan oleh Hasan al-Banna kepada setiap muslim.

"Rasulullah s.a.w perintahkan kami 7 perkara: "Mengunjungi pesakit, menghantarkan jenazah, menjawab tahmid ke atas orang yang bersin, membantu orang lemah, membantu orang teraniaya, menyebarluaskan salam dan menepati sumpah." - (Hadis riwayat al-Bukhari)

Jika dunia hari ini tidak aman, bererti bukanlah silap Islam. Malah, kesilapan itu berpunca daripada orang Islam yang tidak menyebarluaskan salam dan tidak mengikuti anjuran baginda s.a.w itu dengan bersungguh-sungguh. Islam dan orang Islam itu dua perkara yang berbeza.

Sinar Islam malap oleh sikap Muslimin

Diakui bahawa kelakukan buruk umat Islam menyebabkan Islam itu menjadi buruk gambarannya. Kata Syeikh Muhammad Abduh, " (Keindahan) Islam itu terhijab oleh (kelakuan) umat Islam."

Seruan baginda Rasulullah s.a.w sendiri. Dalam hadis lain disebutkan:

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah (amalan) Islam yang terbaik? Nabi berkata: "Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya, hal memberikan salam itu bukanlah satu-satunya cara mengukuhkan perpaduan. Ia perlu disusuli dengan amalan memberikan makanan kepada orang-ramai, menghidupkan amalan baik pada waktu malam dan sebagainya.

Daripada Abdullah bin Salam r.a katanya, Nabi s.a.w. bersabda: "Hai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makanan, bersolatlah pada waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." . (lmam at-Tirmizi)

Maka, selain menyebarluaskan salam, Islam melihat hal menjawab salam itu juga termasuk dalam perkara yang mesti diberi perhatian yang bersungguh-sungguh oleh umat Islam.

"Dan apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balas penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah selalu menghitung tiap-tiap sesuatu." - (Surah an-Nisaa: 86)

Lebih ramai orang-orang yang memerlukan seruan dakwah, tetapi mereka sukar menuju ke masjid dengan sebab perawakannya yang menyebabkan mereka sendiri sukar menuju ke masjid.

Negara Islam terbina oleh masyarakat Islam bawahan yang perlu diislamkan sepenuhnya. Cabaran hari ini ialah bagaimana mahu mengislamkan orang Islam daripada sudut jiwanya, pemikirannya. Ini kerana, masih ramai orang Islam, tetapi sikap mereka seperti bukan Islam, pemikiran mereka bukanlah pemikiran Islam dan akhlak mereka tidak mengikuti saranan Nabi s.a.w.

Sesungguhnya, Islam bermula daripada salah satu 99 nama Allah yang baik, iaitu As-Salaam. Daripada As-Salaam ini maka istilah Islam mendapatkan namanya. Maka, perbuatan menyebarkan salam ke serata alam inilah agenda Islam yang terutama dan Negara Islam terbina daripada masyarakat Islam yang benar-benar Islam.

Kita telah lama berdakwah di dalam masjid, mendakwahkan orang-orang awam, tetapi orang-orang atasan tidak terkena tempias angin dakwah kerana dakwah cuma terhad di dalam dan di atas mimbar masjid sahaja.

Salam perlu disebarluaskan ke seluruh alam, lorong-lorong kecil, tempat anak-anak muda yang kering jiwanya akibat sudah lama hidup dibelenggu oleh faham kebendaan yang mengasuh mereka mengejar kemewahan.

Tip Nabawi.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Ada sebanyak 18.000 ‘alam yang dijadikan oleh ALlah s.w.t. Hanya satu ‘alam atau dunia sahaja yang kita tahu. ‘Alam yang sebanyak 17.999 lagi ujud bersampingan dengan ‘alam dunia kita, tanpa kita mengetahui fungsi-fungsinya.

Tetapi ketika meninggal dunia segala hijab akan tersingkap dan manusia akan teruja dengan keadaan ‘alam-‘alam yang lain. Jika seluruh ‘alam ini diibaratkan seperti lautan, maka apa yang sedang dilalui oleh manusia dari segi kebolehan, kepandaian dan lain-lain di dalam ‘alam ini adalah ibarat setitis air dari lautan yang maha luas itu.

Oleh itu sedarlah betapa kerdilnya makhluk yang bernama manusia itu.

English Section

amirussin@yahoo.com

Does Islam make crucifixion its as Christianity does ?

No, Islam has no crucifixion story, nor does it accept the Christian crucifixion story. As someone has put it, if you omit crucifixion from Cristianity, nothing remains. The riddle is this: the so-called crucifixion happened, according to the Church, at the end of Jesus’ career; this means that there was no salvation before crucifixion or before Jesus, which is quite shocking.

The crucifixion story means that no one was saved before Jesus, which is untrue. The Church says that Jesus’ crucifixion is the only means to salvation. But this would mean that billion of people before Jesus, who did not have the chance to admit his crucifixion, were deprived of salvation for no fault of theirs.

Had crucifixion been so essential to man’s salvation, God would not have delayed it so long, millions of years after Adam. It should have happened immediately after Adam so as to make everybody enjoy the belessing of salvation through crucifixion.

In Islam, there is no crucifixion for salvation and no salvation through crucifixion. What saves you is your faith, deeds and God’s grace or mercy.

Nazam

Dikala mentari memancar sinarnya

Dunia terang tiada gelita

Cahaya menyuluh ‘alam serata

Maka celiklah sibuta

Dari gelapnya noda dan dosa.

Dikala rembulan memancar sinarnya

Dunia terang masih gelita

‘Alam disuluh tiada serata

celik sibuta ada rabunnya

dari gelapnya noda dan dosa.

Dikala mentari dilitupi rembulan

Dan rembulan dilindungi mentari

Maka bersujudlah pada Ilahi

Moga kita kan dilindungi

Dari

Noda dan dosa mengiringi

Di kala hayat kita akhiri.

Ahmad Muhammad

1.10pm rabu

20 jan 10 mtt.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.

1 Tahun RM.25.00 6 Bulan RM.12.50

[Harga termasuk bayaran pos]