Friday, April 23, 2010

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Tamadun dan peradaban merubah segala aspek kehidupan maknusiawi. Lantaran itu dari masa kesemasa perubahan tamadun manusia kian berubah mengikut peredaran masa. Dengan fikiran yang diberikan oleh ALlah manusia dapat meneroka seterusnya mencipta berbagai teknologi canggih yang memudahkan segala macam pekerjaan manusia.

Dalam mengejar segala macam kemodenan yang semakin hari semakin canggih, kita mungkin lupa atau sengaja dilupakn untuk mentarbiah dan mentahzib remaja kita yang akan menjadi pelapis untuk meneraju generasi mendatang. Dilaporkan lebih dari 10 peratus dari 11 juta remaja kita terlibat dalam penagihan dadah.

Pada hari ini juga terdapat 90.000 pengidap HIV dan 1.2 juta penagih dadah di Negara kita. Ini tidak termasuk dengan penglibatan bap atau ibu remaja kita. ALlah S.W.T mengutuskan Nabi S.A.W ialah untuk memperbaiki akhlaq masyarakat ketika itu. Baginda S.A.W dibangkitkan menjadi Rasul ketika masyarakat Arab dilanda kepincangan akhlaq yang amat dahsyat.

Suasana ini pernah digambarkan oleh Jaafar bin Abi Talib di hadapan Maharaja Habsyah A-Najasyi: “Wahai raja, sebelum ini kami adalah kaum yang musyrik, yang tidak menyembah kepada ALlah, tetapi menyembah berhala-berhala serta patung-patung

selalu memutuskan silaturrahim, saling bunuh membunuh, berzina dan meminum arak. Maka ALlah telah memutuskan seorang Rasul dari kaum kami, Baginda berasal dari keturunan yang dikenali. Baginda orang yang diketahui kebenaran dan amanahnya. Baginda telah memerintahkan kebajikan kepada kita dan mencegah yang munkar serta menunjukkan kepada kami akan manfaat silaturrahim”.

Oleh yang demikian itu, kita sebagai umat Muhammad S.A.W yang berpegang dengan agama ALlah, untuk merubah suasana pelapis peneraju negara yang semakin tenat dan parah ini, tidak lain dan tidak bukan hanya dengan kembali dengan meng’amalkan ajaran ALlah dan sunnah Nabi S.A.W.

Sekiranya kita berpegang dan ber;amal dengan kedua-duanya iaitu al-Qur’an dan sunnah Nabi S.A.W insyaALlah ketenatan dan keparahan para pelapis peneraju negara ini akan kembali kepada fitrah. Tetapi yang malangnya ialah kita selalu melihat isu ini hanya pada remaja sahaja, bagaimana dengan golongan yang melepasi keremajaan mereka yang masih lagi dibelengu dengan gejala-gejala penagihan dadah, penagihan arak, penagihan zina dan sebagainya?

Marilah kita bersama-sama meng’amalkan sunnahnya dalam menjana minda dan menjadikan peribadi muslim yang menta’ati ALlah dan RasulNya dan menjadikan hati-hati kita sentiasa terikat dengan masjid.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.

amirussin@yahoo.com

Pendakwah cekal di Amarika.

Mark Hanson.

Amerika, Negara yang terkenal dengan keangkuhan dan dasar pemimpinnya yang hipokrit, menindas umat Islam dan menyifatkan umat Islam sebagai pengganas, menyedarkan hal ini, rakyat bangkit untuk menyatakan ketidak-setujuan mereka terhadap dasar yang dilaksanakan

Mark Hanson seorang aktivis Amerika yang berusaha gigih menjalankan aktiviti dakwah dikalangan masyarakat negaranya agar bangkit bersama Islam sebagai cara hidup yang sempurna dalam segenap kehidupan mereka.

Mark Hanson dilahirkan pada tahun 1960 di Bandar Walla Walla, Washington State. Kedua ibu bapanya berketurunan Yunan [Greek]. Bapanya seorang professor subjek Kemanusiaan di Universiti Harvard, sementera ibunya pula adalah graduan dari University Berkeley, Amerika.

Beliau mendapat pendidikan formal seperti kanak-kanak lain di sekolah Inggeris di Washington sehingga mencecah usia 17 tahun. Beliau terlibat dengan satu kemalangan ngeri di Santa Barbara yang menjadikannya trauma dan sentiasa memikirkan kematian.

Setelah itulah beliau memeluk agama Islam dan ingin mengetahui lebih dekat persoalan kematian yang diajarkan oleh Islam . Namanya ditukar kepada Hamzah Yusuf. Selama 10 tahun beliau menjelajah dunia Arab untuk belajar memahami agama Islam. Beliau mumulakan pengajian Islamnya di Madinah Munawwarah dengan menghafaz al-Qur’an, mempelajari ilmu Fiqh Islam di Emiriyah Arab Bersatu, mempelajari dan menghayati ilmu Tasawwuf di Mauritania.

Pada tahun 90-an beliau pulang ke kampong halamannya di Utara California dan menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan dan perubatan yang ditinggalkannya 10 tahun yang lalu dan berjaya meraih ijazah Sarjana Muda dari Imperial Valley College dan Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti San Jose State.

Pada awal tahun 90-an beliau mula menyampai ilmu –ilmu Islam kepada para remaja yang menyertai Himpunan Masyarakat Islam dengan mengendalikan kelas-kelas fardhu ‘ain yang dihadiri ratusan remaja pelbagai kaum yang menganut ajaran Islam.

Pada tahun 1996 beliau menubuhkan Institut Zaytuna [sempena nama universiti di Tunisia] secara sistem belajar antara murid dengan guru secara berdepan [talaqi]. Di Institut ini, beliau menerbitkan beberapa buah buku berkaitan Islam, termasuk majalah dan cekera padat bergambar.

Sehingga sekarang Hamzah Yusof giat menjalankan dakwah di serata pelusuk Amerika bagi menjelaskan kebenaran agama Islam, yang sebagaimana beliau menegaskannya di dalam satu wawancara Perbadanan Penyiaran British [BBC] mengenai isu 11 september 2001, dengan tegas beliau menyatakan bahawa Amerika telah menjadi pelakon terbaik dengan mengatakan tragidi itu dicetuskan oleh orang Islam.

Sebenarnya kerajaan pimpinan Bush adalah pengganas yang menjadikan Amerika lebih ganas daripada Negara-negara lain.

[http/islamyoon.islamonline.net,http//en.wikipedia.org/wiki/Hamza_Yusuf]

Dars Bukhari

Oleh: Ust.Shamsuddin an-nadwi

Dari Umar r.a katanya: Rasulullah S.A.W memegang bahuku, lalu bersabda “Hendaklah kamu berada dalam dunia seolah – olah kamu orang berdagang, atau orang yang sedang melalui jalan [pengembara]”. Ibn Umar r.a berkata: Jika kamu berada diwaktu petang, janganlah kamu menunggu diwaktu pagi, apabaila kamu berada waktu pagi, janganlah kamu menunggu waktu petang.

Gunakanlah kesihatan kamu untuk masa sakit kamu dan gunakanlah kehidupan kamu untuk masa mati kamu”.

[Hadis riwayat Bukhari]

Melalui hadis ini Rasulullah s.a.w telah menilai tentang penghidupan seseorang dalam dunia dengan memperkatakan secara terus terang hakikat dunia dan aktiviti manusia di dalamnya. Semua ini mesti difahami oleh setiap orang Islam sebagai persediaan mereka membuat bekalan ke negeri akhirat.

Syaidina Ali r.a pernah menggambarkan keadan dunia dan akhirat dengan jelas seperti berikut: “ Sesungguhnya dunia telah berangkat ke belakang, dan akhirat telah berangkat ke hadapan. Bagi kedua-duanya [dunia dan akhirat] ada anak buah [pengikut-pengikutnya].

Maka jadilah kamu anak buah akhirat. Janganlah jadi pengikut-pengikut dunia, kerana di dunia sekarang adalah masa untuk ber’amal, bukan masa perhitungan, sedangkan di akhirat adalah masa perhitungan ‘amalan bukan lagi masa ber’amal ”.

Tepat sekali gambaran Syaidina Ali itu, hakikat menunjukkan dunia ini sebenarnya tempat ber’amal, bukan tempat untuk kita duduk bersenang lenang sepanjang zaman. Kerana itu seseorang dikehendaki menjadikan dirinya sebagai pengembara yang berhenti untuk mengambil makanan, atau pedagang yang singgah untuk mengambil barang-barang perniagaan.

Rasulullah s.a.w menasihati Ibnu ‘Umar r.a dan juga seluruh umat Islam supaya menggunakan masa sihat kita di atas muka bumi ini untuk ber’amal ‘ibadah kepada ALlah dan melakukan pekerjaan yang berfaedah. Hargailah masa tersebut sebelum datang kesakitan dan kematian.

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w telah bersabda “ Buatlah kebaikkan pada lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa sihat sebelum datangnya sakit, masa kaya sebelum datangnya masa miskin, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk dan masa hidup sebelum kamu mati ”.

Segala nasihat Rasulullah s.a.w kepada kaum muslimin disokong oleh perbahasa Melayu seperti berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian juga seperti umpan habis ikan tidak mengena dan seperti sediakan payung sebelum hujan.

Perumpamaan-perumpamaan tersebut, seharusnya seorang Muslim itu wajib menyedari betapa bernilainya masa.Lantaran itu ALlah S.W.T menjadikan malam Lailatur Qadr iaitu satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan sebagai anugerah kepada sesiapa yang sanggup menghadapi cabaran dan ujian ALlah dengan ‘amalan-‘amalan yang berguna sepanjang perjalanan hidupnya.


Mutiara Kalam [siri 8].

Oleh: Ust. Qamaruzzaman an-nadwi

Manusia

Akan menderita

Jika

Terlalu mencampurkan

Diri

Dengan tanah.

Iqtibar.

tamarmerbok.blogspot.com

Mengenali ciri ahli bid’ah.


1. Tidak menyenangi ilmu hadis.Ia adalah ciri penting mana-mana kumpulan ajaran sesat dan ahli bid’ah. Mereka amat fobia dengan firman ALlah dan sabda Nabi S.A.W.

Abu Nasr bin Sallam al-Faqih berkata ‘Tidak ada sesuatu yang lebih berat bagi kumpulan yang menyeleweng dan paling dibenci oleh mereka selain daripada mendengar hadis dan meriwayatkannya dengan sanad’.

2. Memusuhi dan memperlekeh ahli hadis.

3. Melebelkan ahli Sunnah dengan berbagai gelaran antaranya dengan gelaran ‘Musyabbihah’ dan ‘Hasyawiyyah’. Imam al-Bukhari mereka menggelarnya dengan gelaran ‘Hasyawiyyah’.

4. Melampau dalam kepercayaan terhadap pemimpin mereka, sehinggakan ada yang mengangkat pemimpin mereka maksum atau sebagai tuhan. Seperti ajaran Qadiyani dan Bahai.

5. Gurunya mengaku sebagai Wali ALlah dan ada yang mengaku sebagai seorang Nabi.

Mereka ini selalunya mengadakan perjumpaan secara rahsia dan tertutup dan kuliah-kuliah pengajian mereka tidak dibuka untuk masyarakat awam.

http://itspeng.blogspot.com/2010/ciri-ciri bid’ah

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]

Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Iqamatus solah bukan sahaja bermakna solat, bahkan memberi makna akan menegakkan solat dari berbagai sudut seperti tentang faraiz-wajibat, rukun-mustahab dan tentang sunat-sunat. Semuanya diberi perhatian dan diambil berat, juga mufassirin menerangkan tentang perkara ini.

Dengan kita mengambil berat tentang solat sunat dan nafil bukan sahaja solat fardhu, seterusnya membelanjakan rezeki yang diberi oleh ALlah S.W.T sebahagiannya atas agama ALlah S.W.T , termasuk harta yang dibelanjakan ketika dijalan ALlah S.W.T samaada zakat atau sedeqah atau khairat.

Disini bukan sahaja terhad kepada zakat, kerana dalam al-Qur’an bila saja perkataan infaq digunakan disana bermaksud umum atau samaada sedaqah nafil. Tetapi jika hukum untuk zakat digunakan, maka infaq disini diguna pakai sebagai segala perbelanjaan untuk agama.

Dari perkataan مما رزقنهم juga memberi makna bahawa harta adalah pemberian atau amanat dari ALlah S.W.T kepada hamba yang perlu digynakan atas tertib yang betul.

[bersambung]

بول جا ل Bol chal.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Dimana gerabak makanan ?

Which is dining room?

ما هى عربة المطبخ ؟ Ma hiya arabatu matbakh ?

كها نى كا كا رى كون سى هى ؟ Khana ka gari kaun se he ?

Boleh saya buka tingkap ?

May I open the window ?

هل افتح البا ب ؟ Hal aftahu albab?

كيا مى كهركى كهول لون ؟ Kia me kirki khul lu ?

Muhasabah.

benhussin.blogspot.com

Penulis jangan meracuni minda pembaca

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud “Orang Muslim sejati adalah orang yang mampu menyelamatkan orang Islam lainnya daripada gangguan lisan dan tangannya” . [Riwayat Muslim]

Seorang penulis boleh menggunakan mata penanya untuk menjadikan seseorang berbagai-bagai kelakuan atau kerektor. Seorang penulis juga berkemampuan untuk menjadikan seseorang berakhlaq mulia dan berperibadi mulia atau sebaliknya. Oleh itu seorang penulis hendaklah bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya, ini juga kerana setiap patah perkataan yang ditulisnya akan disoal oleh ALlah dihari akhirat kelak.

Konflik nilai merosakkan akhlaq insan, sehingga institusi keluarga tidak mampu melindungi ahlinya daripada bahaya dan malapetaka. Seringkali kita mendengar dan membaca di media massa berlakunya pembunuhan dan pembuangan bayi, penderaan keatas anak-anak serta isteri, penyeksaan, menghisap dadah, meminum arak, mencuri, meragut, merompak, sumbang mahram dan banyak lagi gejala soasial yang berlaku dalam masyarakat yang tidak terbendung lagi.

Selain mewarisi gaya hidup yang sihat, tautan antara ilmu dan iman juga perlu difahami dengan sejelas-jelasnya agar ilmu dan iman berjalan serentak menjadikan pemangkin untuk mengenal sekaligus menta’ati ALlah.

Dalam dunia tanpa sempadan, tiada siapa dapat mengawal seseorang untuk mendapatkan maklumat samaada maklumat yang baik atau sebaliknya.

Kebanjiran berbagai laman atau sesawang baik laman web maupun laman blog serta lambakkan buku dan majalah yang pelbagai, yang sebahagiannya lansung tidak memaparkan nilai-nilai murni. Sehingga kehari ini masih ada akhbar menyiarkan keputusan 4 nombor dan spot toto.

Media cetak dan elektronik seringkali memaparkan dunia glamour para artis yang hanya menjadi halwa mata dan telinga yang mengkhayalkan tanpa membawa nilai pembinaan sahsiah. Persoalannya berapa ramaikah diantara para artis yang ada pada masa ini membawa kepada modal insan yang baik yang membolehkan membawa kepada beriman dan ber’amal kepada ALlah?

Kemudahan internet menyediakan segala macam bahan bacaan tanpa mengambil kira kesan buruk kepada pembaca yang berbagai peringkat umur. Bukan sahaja menjadi racun dengan paparan mengaibkan malah menjadi tuba dalam masyarakat.

Kemudahan sms di talifon bimbit lebih membimbangkan dengan kerakusan individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan menyediakan klip video lucah yang boleh menjahanamkan para remaja muslim kita.

Sepatutnya para penulis samaada mereka menulis dibidang media cetak atau elektronik sebagai contoh penulis-penulis blog, seharusnya memainkan peranan mereka dengan membina akhlaq, minda dan sahsiah bukan menghayutkan dan melalaikan minda serta merosakkan sahsiah masyarakat.

Lebih parah lagi apabila penulis-penulis ini lansung tidak mengambil kira dosa dan pahala ketika mereka menulis, dan mereka berbangga apabila tulisan mereka dibaca oleh ramai orang.

Hari ini siapa sahaja boleh menggunakan kuasa menulis untuk menggadaikan agama kepada kepentingan duniawi. Dan siapa sahaja boleh menggunakan kuasa menulis untuk meyebarkan agama ALlah, itulah yang dituntut oleh agama Islam, bukannya menggunakan kepakaran menulis untuk merosakkan agama serta umat Islam.

Ingatlah setiap patah perkataan yang kita tulis dibaca oleh orang ramai akan dikira dan disoal oleh ALlah di akhrat kelak.

Pelik tapi benar.

amirussin@yahoo.com

Terbukanya pintu gua.

Di zaman dahulu, ada tiga orang pemuda besahabat karib sedang bermusafir. Perjalanan mereka sangat jauh, sehingga pada suatu malam mereka terpaksa berteduh di dalam sebuah gua. Ketika mereka sedang beristirehat, tiba-tiba sebuah batu besar terjatuh dari atas bukit lalu menutup pintu gua. Mereka terperangkap dan tiada jalan lain melaikan mereka memohon pertolongan kepada ALlah dengan berwasilah dengan ‘amalan-‘amalan baik yang mereka telah lakukan.

Berkata pemuda pertama: “ Ya ALlah, Aku mempunyai ibu bapa yang sudah tua. Aku tidak pernah mendahului mereka makan terlebih dahulu. Pada suatu hari mereka didapati tidur di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku perahkan susu kambing dan membawanya kepada mereka, tetapi mereka masih tidur.

Aku tidak mahu membangunkan mereka, dan aku tidak mahu minum terlebih dahulu. Jadi aku menunggu mereka sehingga mereka bangun, sedang tanganku memegang gelas”. Ya ALlah, aku lakukan semuanya hanyalah mengharapkan redha Mu, kami memohon dibukakan pintu gua ini untuk kami.

Pemuda kedua berdoa’: “Ya ALlah, aku mempunyai seorang sepupu perempuan, dia sangat cantik, sehingga aku jatuh cinta padanya. Aku telah memujuknya supaya dia menyerahkan dirinya kepadaku, tetapi dia tidak mahu. Suatu hari dia datang kepadaku kerana kemiskinannya, aku memberinya wang yang banyak dengan harapan dia menyerahkan dirinya.

Maka setelah aku berikan wang padanya dia berkata “Kamu tidak boleh mengambil kesempatan kecuali dengan akad yang sah”. Mendengar kata-katanya, aku tersedar dan terus keluar meninggalkannya, dan wang yang aku berikan kepadanya aku relakan untuknya”. Ya ALlah, aku lakukan semuanya kerana mengharap redha Mu, oleh itu bukakanlah pintu gua ini untuk kami.

Giliran pemuda ketiga pula berdoa’: “ Ya ALlah, aku mempunyai beberapa orang pekerja. Aku membayar gaji mereka tepat pada waktunya, kecuali seorang kerana dia telah pergi sebelum aku membayar gajinya. Aku niagakan wang gajinya sehingga menjadi harta yang banyak. Setelah beberapa lama dia datang dan meminta wang gajinya, maka aku berikan hartanya yang banyak itu kepadanya berupa beberapa ekor unta, kambing dan hamba sahaya. Aku katakana kepadanya inilah semua gajimu.

Orang itu berkata adakah engkau mempermainkan aku? Aku berkata tidak inilah hakmu dan diapun mengambil semuanya”. Ya ALlah aku lakukan semuanya itu adalah untuk mendapat redha Mu, oleh itu bukakanlah pintu gua ini untuk kami. Dengan izin ALlah, sebaik sahaja ia berdoa’, maka pintu gua itupun terbuka dan mereka bersyukur kepada ALlah.

Berbuatlah ‘amal dengan mengharapkan redha ALlah bukanlah kerana kepentingan peribadi atau sesuatu maksud yang selain dari ALlah.

Soal jawab

amirussin@yahoo.com

Soalan : Siapakah yang dimaksudkan golongan yang halal melihat aurad wanita?

Jawapan : Dalam surah an-Nur ayat 31 ALlah memerintahkan supaya “janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah merek, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka , atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan [terhadap wanita], atau anak-anak yang belummengerti mengenai aurad wanita”.

Mengikut Tafsir Ibn Kathir lelaki yang sudah tiada kehendak nafsu syahwat kerana sudah tua atau mati pucuk atau lemah ‘akal atau miskin papa rendah kedudukan sosialnya serta tidak berdaya menaikkan nafsunya atau yang boleh memikirkan perkara keji terhadap wanita.

Ibn Kathir memberi penjelasan berikut yang diberikan oleh beberapa mufassirin dan ulama mengenai perkara ini yang menunjukkan lelaki manakah yang dimaksudkan oleh ayat ini.

Ibn Abbas: Maksud ayat ini ialah seorang lelaki yang lurus dan tidak minat terhadap wanita.

Mujahid: Seorang yang bodoh yang hanya memerlukan makanan dan tiada keinginan terhadap wanita.

Ikrimah: Mukhannas yang tiada lagi keinginan diri.

Dalam kitab tafsir lain Qatadah mentafsirkan sebagai lelaki miskin yang hanya membuat hubungan denganmu kerana memerlukan sara hidupnya.

Al Sha’bi: Seorang yang rendah pangkatnya dan mengharap sepenuh kepada tuannya dan tidak berani memandang dengan pandangan jahat kepada wanita di dalam rumah tuannya.

Ibn Zaid: Seseorang yang tinggal lama dengan satu keluarga sehingga ia dianggap ahli keluarga itu dan diperbesarkan di dalam rumh itu dan tiada keinginan terhadap wanita dalam rumah itu. Dia ada di situ hanya kerana perlukan sara hidup daripada keluarga itu.

Anak yang belum faham mengenai aurad wanita ini tidak disebut umurnya berapa, ia bergantung pada keadaan dia dibesarkan. Biasanya ialah yang berumur 10 tahun ke bawah, namun dalam zaman yang serba canggih ini jika mereka lebih terdedah mengenai wanita, gunakan budi bicara untuk mengukurnya.

Tip Nabawi.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Dalam perjalanan hidup [tubuh] fizikal kita melalui peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan tua. Demikianlah juga ruh melalui peringkat-peringkat evolusi atau maqam yang tertentu.

Dari semenjak lahir kita sentiasa berusaha memajukan tubuh sahaja. Maka oleh itulah tubuh sahaja membesar, walhal ruh juga perlu diberi perhatian dan usaha.

Kerana ruhlah yang asal, yang akan mengembara lebih jauh, tubuh akan lebur dimamah tanah.

English Section

amirussin@yahoo.com

What is criterion for a significant belief or doctrine ?

The criterion for a belief significance is effect on human’s daily behavior. If a belief makes no difference in the follower’s behavior, this belief is empty and worthless. If a doctrine has no significant positive effect on most or all its followers, this doctrine produce ? Here, we do not mean one follower or two, we mean the major bulk of followers.

The problem become really a severe one if the resulting effect of a doctrine is a negative one, producing Satanic arrogant selfish destructive evil hurting followers, who hurt all around them, like to kill, want all oil in the world for themselves, hate all other races, and hate the followers of other religions.

If you want to judge a tree, taste its fruit. If you want to judge a doctrine or an –ism, see how its followers actually behave. See how a whole nation behaves. If more of the headaches of the world come frome a certain nation, you can safely conclude that there is something wrong with the –ism or beliefs of nation.

This is the pragmatic look at things. What counts is the product of a certain belief. A sound belief produce good followers, a sick belief produces sick followers. Frankly, many people hold that most the headaches and problems of today’s world do come from the West, which pragmatically proves that there is something wrong with Western ideology and Western civilization.

Nazam

Anak itik berlari-lari

Anak ayam mencari-cari

Usah tuan suka mencuri

Neraka ditempah tanpa disedari.

Pekatnya kopi pahit maung

Tertuang gula tak cukup rasa

Usah kita suka berbohong

Ia ibu segala dosa.

Irfan ke kedai naik basikal

Ehsan pula naik kenari

Tanda bertaubat kita menyesal

Tidak ulangi lagi hindari.

Pergi ke hulu membeli parang

Untuk menebas semak dan lalang

Usah peduli pandangan orang

Asal diterima Maha Penyanyang.

Pergi ke pekan bersama Hadi

Ingin membeli kebaya nyonya

Ingatlah ALlah kasihnya abadi

Dulu kini jua selamanya.

Ahmad Muhammad.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos].

Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati : www.tamarmerbok.blogspot.com.