Sunday, August 15, 2010

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Ramadhan kian meninggalkan kita, bagi ahli ‘ibadah akan merasa sedih dengan berlalunya bulan Ramadhan yang penuh dengan ‘izzah dan keberkatannya ini. Saat-saat kian berlalunya bulan Ramadhan kareem ini marilah kita mencari keberkatan yang tidak ternilai di hari – hari sepuluh terakhirnya.

Pada malam – malam sepuluh terakhir Nabi S.A.W sering mengingatkan kita untuk pertingkatkan ‘amalan tadarus dan qiammullail bagi merebut Lailatul Qadr. Sesungguhnya ayat al-Qur’an yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr tidak dijelaskan secara tepat, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, oleh itu ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setaiap malam terakhir Ramadhan.

Sesungguhnya pada malam – malam tersebut kita disunatkan untuk menghidupkannya dengan ‘amalan-‘amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin.

Harapan kita semoga ruh tarbiyyah madrasah Ramadhan ini dapat mengekalkan kita dalam sikon ‘amalannya yang berterusan sehingga insyaALlah kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang.

Warga kerja wakalah kecil yang tidak seberapa ini mengambil kesempatan memohon jutaan maaf kepada semua pembaca sekiranya ada salah dan silap, semoga ALlah memberi ruang untuk kita kembali bermuhasabah dalam menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya dan mudah-mudahan kehidupan kita diberkatiNya, Selamat menyambut ‘Aid Mubarak, kullu ‘am wa antum bi khair.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Khalifah Umar Abdul Aziz.

Nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim bin Umar al-Khattab, merupakah Khalifah ar-Rasyidin yang kedua.

Beliau merupakan keluarga bangsawan Bani Umaiyyah pada sebelah bapanya dan daripada pihak ibunya pulak cucu kepada Khalifah Umar bin Khatab. Di lahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah bersamaan 683 Masihi di Kota Madinah. Ada pendapat mengatakan pada tahun 63 Hijrah [684] Masihi ketika tentera Yazid bin Muawiyah menyerang kota suci itu.

Beliau menghafaz al-Qur’an semenjak berumur 15 tahun. Kemudian berguru dengan beberapa orang ulama di kota Madinah antaranya Imam Anas bin Malik, Urwah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar dan ramai lagi.

Setelah menematkan pengajiannya, beliau dijemput oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan datang ke Damsyik lalu dikahwinkan dengan anaknya, Fatimah binti Abdul Malik. Setelah itu beliau dilantik menjadi gabenor di Khunashirah, disebabkan khidmatnya yang cemerlang beliau dilantik pula menjadi gabenor di wilayah Haramain yang merangkumi Madinah, Mekah, Kufah dan Hijaz. Beliau dilantik menjadi Khalifah yang keenam pada tahun 99 Hijrah. Perlantikkan beliau sebagai Khalifah adalah dari wasiat yang dibuat oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari moyangnya Khalifah Umar al-Khattab. Beliau amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan dengan harta rakyat.

Semua harta miliknya dan milik isterinya diserahkan kepada Baitulmal. Beliau memecat gabenor yang zalim dan digantikan yang lebih baik dan amanah serta memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Beliau juga mengembalikan semua harta-harta rakyat yang dirampas oleh Khalifah Bani Umaiyah sebelumnya, sekiranya tuannya meninggal dunia harta tersebut diserahkan kepada Baitulmal. Beliau juga mengambil berat kebajikan rakyat yang miskin dan menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga memerintahkan kepada semua rakyat supaya menitikberatkan penghayatan agama dan jangan lalai dengan kemewahan dunia. Semua rakyat diperintahkan mendirikan solat secara berjamaah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari huku-hukum ALlah.

Baginda mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar al-Hazni di Mekah supaya mengumpul dan menyusun hadis-hadis Rasulullah SAW dan mengarahkan semua cendiakawan Islam menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu daripada bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan dakwah Islam, beliau
menghantar 10 pakar hukum ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turkey dan Barbar serta menghapuskan bayaran jizyah keatas orang yang bukan Islam dengan harapan mereka akan memeluk Islam.

Beliau akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir ketika berumur 40 tahun, setelah memerintah selama dua tahun lima bulan.


Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “ Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya ”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslimi]

Perkara yang harus bermain di minda kita pada hari ini ialah apakah maksud kegembiraan yang ingin kita raikan sesudah Ramadhan? Apakah kita telah benar-benar berjaya mengharunginya dengan iman dan taqwa atau sekadar Ramadhan yang biasa?

Lihat saja betapa gembiranya umat Islam yang duduk beriqtikaf sepanjang sepuluh hari terakhir Ramadhan dengan wajah yang puas kerana telah berusaha dan berjaya mengharungi Ramadhan dengan jayanya.

Cuba kita bandingkan dengan diri kita, lihat pula pada masyarakat sekeliling apakah keriangan mereka di ‘Aidil fitri itu sendiri adakah menepati tuntutan agama ataupun memenuhi tuntutan hawa nafsu? Apakah keriangan mereka diisi dengan kegembiraan sebenar seorang yang berpuasa atau sekadar kegembiraan plastik yang menzahirkan kegembiraan sedangkan di hati mereka gundah gulana.

Marilah kita hayati maksud dalam perkataan “ ‘Aidil fitri ” ianya yang membawa makna “ kembali kepada fitrah ”. Soalnya, adakah kita benar-benar berjaya kembali kepada fitrah yang cintakan agama dan fitrah keimanan atau kita hanya berjaya kembali kepada keadaan fitrah kita sebelum Ramadhan yang lalai dan leka.

Kita barangkali gembira tatkala berbuka, tetapi apakah nanti kita pasti gembira dengan puasa kita ketika kita berada di akhirat sana untuk bersemuka dengan pengadilan Rabbuljalil yang Maha Agong dan Maha Perkasa atau sebaliknya? Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan. Selamat kembali kepada fitrah yang sebenar di ‘Aidil fitri.


Mutiara Kalam [siri 21].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Kehidupan ini
syarah diri
لأ dan اله adalah
tahap-tahap diri
Jika terhenti kepada لا
Tidak sampai kepada اله
Ia lenyap
Hingga tidak pernah
Mencapai darjat
hamba اله



Ramadhan & Syawal :
benhussin.blogspot.com

Antara Ibadah dan Adat.


Umat Islam kini sedang menjalani ibadah puasa yang kian meninggalkan kita tidak berapa hari saja lagi dan nyata kaum wanita sibuk menyediakan kuih muih bagi menyambut Syawal pula. Dalam hari-hari sepuluh yang terakhir ini kita digalakkan meningkatkan ‘amalan disamping ‘amalan biasa yang pada siangnya kita menahan lapar dan dahaga serta menjaga segala adab dan akhlaq yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa kita, juga pada malamnya kita bertarawikh dan bertadarus serta melakukan qiammullail.

Suasana bulan Ramadhan amat meriah dengan juadah berbuka manakala muslimin
dan muslimah serta kanak-kanak turut sama mengimarahkan masjid dan surau pada sebelah malam. Persoalannya adakah suasana meriah ini mempunyai nilai ibadah disisi ALlah ataupun adat yang disambut secara rutin pada setap tahun?

Ramadhan adalah bulan yang mulia lagi diberkati oleh ALlah. ALlah S.W.T membuka pintu rahmat-Nya seluas-luasnya. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelengu semua iblis dan syaitan ”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Justeru itu bagi setiap individu Muslim seharusnya merebut ganjaran pahala yang ditawarkan oleh ALlah S.W.T berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sebanyak mungkin ganjaran dari Nya. Apa yang menyedihkan bulan Ramadhan sepatutnya menjadi bulan menahan nafsu bertukar menjadi bulan pesta makan yang penuh dengan pembaziran.

Sepatutnya Pada bulan Ramadhan ini, umat Islam bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah untuk mengaut sebanyak-banyaknya pahala yang ditawarkan oleh ALlah S.W.T secara istiqamah bagi menyediakan diri untuk melaksanakan ibadah yang dijalani pada bulan Ramadhan berterusan pada bulan-bulan seterusnya.

Namun apabila ia sambut sebagai adat, keadaannya akan berubah dan akan mendapati mereka yang berduyun-duyun ke masjid pada minggu pertama Ramadhan akan terus berkurangan dari masa ke semasa. Natijahnya pada minggu terakhir Ramadhan yang merupakan waktu yang paling penting untuk mendapatkan anugerah lailatul qadr, masjid dan surau semakin kurang dikunjungi.

Pada minggu terakhir Ramadhan, masyarakat Muslim Negara kita lebih mementingkan untuk mengunjungi pasaraya-pasaraya, bazaar dan seumpamanya daripada mengunjungi surau dan masjid. Kelebihan dan keutamaan bulan Ramadhan terus dilupakan serta diabaikan semata-mata kerana terlalu ghairah untuk menyediakan persiapan menyambut Syawal.

Sebenarnya 1 Syawal merupakan hari untuk menyambut kemenangan bagi umat Islam yang beribadah dan yang berjaya menundukkan nafsu pada bulan Ramadhan bukannya disambut dengan segala macam yang bercambur baur antara halal dan haram, dan bukannya kegembiraan 1 Syawal itu disambut selama sebulan.

Adakah sambutan 1 Syawal secara adat itu layak untuk disambut sebagai satu kemenangan sedangkan nafsu mereka masih lagi dibelengu dengan hawa nafsu. Sabda Nabi S.A.W yang diriwatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan ALlah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukan sebelum itu ”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Disebalik Bilangan Solat Tarawikh.

Solat tarawikh merupakan ibadah sunat yang dilakukan pada malam hari sebagai pelengkap ibadah puasa pada siang hari. Ada sesetengah masyarakat Muslim melakukan ibadah solat tarawikh sebanyak dua puluh rakaat dan ada juga yang melakukan sebanyak lapan rakaat sahaja. Sebagai ibadah sunat, biarlah berapa banyak rakaat yang dilakukan sukarang-kurangnya kita telah melakukannya berbanding bagi mereka-mereka yang tidak melakukannya.

Hikmah dalam menggalakkan melakukan solat tarawikh supaya melatih roh seseorang dengan banyak mendengar ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca imam dalam solat tarawikh setelah melatih roh di siang hari dengan berpuasa bagi mendekatkan diri kepada ALlah dengan banyak ruku’ dan sujud.

Pada peringkat permulaan solat tarawikh dilakukan oleh Nabi S.A.W di rumahnya, kemudian Nabi S.A.W keluar satu malam untuk solat di masjid. Ada dikalangan sahabat yang melihatnya lalu mengikut dibelakang Nabi S.A.W. Di malam kedua ramai para sahabat berkumpul di dalam masjid untuk mengikut Nabi S.A.W solat bersama, tetapi Nabi S.A.W tidak keluar melakukannya.

Apabila baginda ditanya mengapa, baginda menjawab aku takut ia [solat tarawikh] akan menjadi wajib keatas kamu. Memandangkan hukumnya tidak wajib, maka ramai kalangan sahabat melakukannya dalam beberapa kumpulan jamaah, sehingga pada pemerintahan Saidini Umar al-Khattab, beliau menghimpunkan para sahabatnya untuk berimamkan kepada seorang imam dan ia diikuti oleh Ubay bin Ka’ab.

Pendapat Syeikh as-Sarkhosi daripada mazhab Imam Hanafi, boleh dilakukan dua puluh rakaat, sementara Imam Ibn Qudamah, Imam at-Thauri, Imam Hanafi dan Imam Shafie juga berpendapat sedemikian, manakala Imam Maliki berpendapat ia boleh dilakukan sebanyak tiga puluh sembilan rakaat termasuk solat witir. Ia boleh dilakukan secara berjamaah atau berseorangan di rumah.

Mereka memberi beberapa sebab mengapa boleh ditambah lebih daripada lapan rakaat.

Mereka melihat hadis Riwayat Aisyah tidak menunjukkan sebarang bilangan rakaat.

Ia pernah ditambah oleh golongan salaf.

Nabi S.A.W melakukan lapan rakaat dengan bacaan ayat yang panjang yang mungkin tidak mampu diikuti oleh umatnya, sementara solat hingga 20 rakaat tetap memelihara bacaan yang sama dengan Rasulullah S.A.W tetapi dalam rakaat yang banyak, kesemua itu mencontohi apa yang terbit dari baginda Rasulullah S.A.W.


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]

Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

والذين يؤمنون بما انزل اليك وما انزل من قبلك وبالأ خرة هم يو قنون

Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab ‘al-Qur’an’yang diturunkan kepada mu [wahai Muhammad] dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripada mu serta mereka yang akan [adanya] hari akhirat.

Seterusnya dalam ayat ini juga, ALlah S.W.T menceritakan akan sifat-sifat orang muttaqin yang kedua, iaitu mereka beriman dengan hari akhirat, iaitu mereka yakin dengan adanya hari pembalasan dan semua keadaan getir dan susah payah yang akan dilalui oleh manusia.

Mereka juga menyakini akan keadaan aman tenteram yang akan dialami oleh para kekasih ALlah diwaktu itu.Ini akan kita dapati dalam banyak tempat dalam al-Qur’an walau dalam iman bil qhaib sudah termasuk yakin akan hari akhirat, tetapi dalam ayat ini dikhususkan dalam iman bil akhirat.
[bersambung]

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Bila bas ini akan pulang ?
When does this bus return ?

متى يرجع هذا الاتوبيس ؟
Mata yarji’u ha zal autubis ?

يه بس كب وافس حوتى حى ؟
Yah bus kap wapas hoti he ?


Berapakah tambang ke….?
What is your fair to….?
كم الاجرة حتى ....؟
Kamil ujratu hatta….?

كى لى كراى كتنا حي ....؟
Ke leye kiraya kitna he ..?

Berhenti disini, saya mahu turun.
Stop here, I want to step down.

اوقف ههنا سأ نزل .
Auqif hahuna sa anzilu.

يها روكو مين اترون ك .
Yaha ruko mein utrun ga .


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Kisah iblis mengadap Nabi Muhammad S.A.W.


Soal Nabi S.A.W yang ketiga “ Hai iblis! Mengapakah engkau bersusah-susah pada pekerjaan yang tidak memberi faedah pada dirimu bahkan menambah laknat keatas dirimu yang akan menimpa atasmu dengan sebesar-besar siksa di dalam neraka yang terbawah sekali dan kata Nabi lagi hai kutuk ALlah! Siapakah yang menhidupkan engkau, siapakah yang menjadikan engkau, siapah yang melanjutkan umur engkau, siapakah yang menerangkan mata engkau, siapakah yang memberi pendengaran kepada engkau, siapakah yang memberi kekuatan kepada engkau ? ”.

Jawab iblis “ Adalah semua itu ialah anugerah dari Tuhan Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabbur khianat itulah yang telah menceburkan diri hamba kepada sebesar-besar kejahatan kerana terlebih dahulu tuan hamba tahu bahawa hamba ini telah beribu-ribu tahun menjadi ketua segala Malaikat berbuat ibadah sujud kepada Tuhan di dalam dunia ini dan pangkat hamba pun dinaikkan dari satu langit dengan aman kemudian hamba pun diam di dalam dunia ini berbuat ibadah bersama sekelian Malaikat berkhidmat kepada Tuhan beberapa lama.

Maka tiba-tiba datang firman ALlah hendak dijadikannya seorang Khalifah di dalam dunia, maka hambapun membantah kerana tidak meyukainya, kemudian Tuhan menjadikan seorang lelaki [iaitu Nabi Adam A.S] maka diperintahkan hamba dan semua Malaikat memberi hormat kepada Adam, semuanya sujud kecualai hamba, lalu ALlah memurkai dan menghalau serta dilaknat sehingga hari kiamat.
Bersambung.

Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Batalkah puasa sekiranya tertelan kahak ?.

Jawapan : Menurut Mazhab Syafi’I, kahak yang dikeluarkan dari dalam kahak, jika diludahkan keluar tidak membatalkan puasa. Namun jika kahak itu ditelan kembali selepas berada dalam mulut, maka batallah puasa.

Adapun menyedut hingus dari hidung, jika terus masuk kekerongkong tanpa melalui perantaraan mulut, tidak membatalkan puasa. Jika disedut masuk ke mulut, kemudian ditelan maka batallah puasa.

Menurut ulama-ulama lain, menelan kahak tidaklah membatalkan puasa kerana ia biasa berada dalam mulut dan datangnya dari dalam badan bukan dari luar, jadi umpamakan seperti air liur.


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Ada keberkatan pada makanan yang ditengah pinggan, oleh itu mulakan memakan makanan yang ditepi pinggang dahulu bukan bermula dari tengah”.

Pengertian hadis ini ialah supaya seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu mementingkan diri dan hendaklah membenarkan orang lain juga mendapat keberkatannya, jangan hanya seorang diri sahaja.

Ada keberkatan dalam tiga perkara:

Dalam sarapan pagi, dalam roti dan dalam sup [kuah].
Makan bersama hingga habis makanan barulah bersurai kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan atau berjamaah.


Mencari Berkat Ketika Beraya.
tamarmerbok.blogspot.com

Hanya beberapa hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Moga Ramadhan kali ini dapat mentarbiyyah dan mentahzib kita dan seluruh anggota supaya benar-benar berpuasa. Apabila menjelang Syawal, kebanyakkan diantara kita tidak menyedari atau secara sedar melakukan beberapa perkara yang melanggar adab dan tatasusila agama.

Berbelanja besar untuk Hari Raya
Rumah besar, selerapun besar. Yang berpendapatan kecil pun tidak ketinggalan. Menjelang hari raya semua benda hendak ditukar baru sedangkan yang lama masih elok dan boleh digunakan.

Ada benda-benda yang tidak patut ditukarpun hendak ditukar sehinga sanggup bergadai bergolok dan berhutang sana-sini yang tidak sepatutnya dilakukan.

Tapi, kalau dilihat dan diperhatikan, tikar sejadah tidak pernah ditukar atau dibasuh pun. Kain telekung sudah naik kusam dan tompokkan hitam dipenuhi tahi lalat dan kopiah putih dah jadi kelabu dan berbau. Al-Qur’an di rak sudah usang tak terusik.

Duit Raya
Pemberian duit raya dibolehkan, tapi sekiranya ia diberikan kepada orang yang lebih memerlukan contohnya diberikan kepada faqir miskin atau anak-anak yatim yang tidak berkemampuan untuk membeli persiapan hari raya atau kepada saudara mara yang lebih memerlukan. Dengan itu kasih sayang antara saudara mara lebih erat.

Adab Berkunjung
Jika berkunjung kerumah rakan atau jiran, terlebih dahulu memberi salam dan janganlah berdiri betul-betul menghala dipintu dan menjegok-jengok ke dalam rumah, jangan mengetuk pintu bertau-talu.

Sekiranya salam tidak dijawab yang telah kita berikan sebanyak tiga kali, anggaplah tuan rumah tidak bersedia menerima kedatangan kita.

Sekiranya membawa anak-anak pesanlah kepada anak-anak jangan meminta duit raya atau sebagainya, terangkan kepada anak-anak tentang adab-adab bertandang ke rumah orang.

Anak-anak remaja juga hendaklah diajak untuk menziarahi sanak saudara, kerana mereka lebih suka melepak dengan kawan-kawan sehingga larut malam dan ada yang mengisi hari raya dengan menonton tv, bermain game dan berkaraoke.

Semua Hendak Dimakan
Sekiranya bertandang ke rumah sanak saudara atau kawan handai, kawallah selera makan kita, sebulan berlapar tiba hari raya seolah-olah melepas geram untuk makan apa saja yang dihidangkan.

Makanlah sekadar yang tidak melampaui, yang penting adalah ziarah yang boleh mengekalkan silaturrahim diantara satu sama lain. Bukanlah tujuan ziarah itu untuk makan.

Dan elokah juga ringankan tangan menolong kemaskan meja hidangan dan membasuh gelas dan pinggan yang belum dibasuh.

Lakukan Yang Terbaik
Tidak ramai diantara kita yang berpakat adik beradik menyediakan satu tabung untuk membeli buah tangan atau sebagainya untuk disumbangkan kepada sanak saudara yang tidak mempu. Meringankan beban sanak-saudara yang dalam kesusahan, kesesakan keewangan menampung perbelanjaan anak-anak ke sekolah atau sebagainya.

Berkonvoi ke rumah emak dan ayah saudara yang berada dalam kesusahan dengan membawa buah tangan seperti kuih muih, beras atau kain baju baru. Dan bertakbir sebentar sebelum beramah mesra.

Setelah itu setiap keluarga akan beratur memohon maaf dan akan menjadi ikutan anak-anak yang melihat perlakuan kita terhadap orang yang lebih tua daripada kita juga untuk mengenalkan emak dan bapa saudara serta sepupu-sepupu kepada anak-anak kita supaya terus kekal hubungan persaudaraan.

Inilah masanya yang terbaik untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan mengenalkan sanak-saudara kepada anak-anaka kita. Semoga ada keberkatannya.


English Section
amirussin@yahoo.com

Which is the right religion now ?

God sent many messengers to humans, starting from Adam up to Muhammad S.A.W, including many other messengers such as Moses and Jesus.

Each messenger was sent to his own people, being a local or tribal messenger. The only exception is Prophet Muhammad S.A.W, whose mission was and is to ALL humans.
Islam, being final divine message, superceded and abrogated previous divine messages. The only religion now excepted by God from a believer is Islam, provided that he is informed of Islam.

God, being the Just, will not hold a person responsible unless he is informed, advise, or wanted through God’s final message, i.e. Islam.


Nazam

Buat orang muda
Punya cerita duka
Punya cerita luka
Itulah namanya arca manusia

Punya hati suka
Namun sakit saat terluka
Itulah namanya jiwa manusia

Mengukir saat bahagia
Menancap waktu sengsara
Itulah takdir cinta yang Esa

Takdir itu tidak menzalimi
Tetapi itu tarbiyyah Ilahi
Suka duka sengsara bahagia
Niqmat Tuhan buat sang hamba

Buat orang muda
Acara kamu masih menunggu puncaknya
Walau terkadang salah bicara
Namun Dia tetap cinta
Walau terkadang sasar gayanya

Dia tetap menunggu dirimu berbicara
Bicara cinta hanya Kamu dan Dia
Bicara cinta Agong yang pasti tiada taranya

Berbahagilah wahai orang muda
Yang pasti tahu datang dan perginya
Hanya disisi ALlah yang Maha Esa.

benhussin.
Teras jernang. 3 Ramadhan 2010


Tip Meringankan Tekanan Apabila di Timpa Musibah.
amirussin@yahoo.com

Kelebihan Taubat dan Istigfar

Disayangi ALlah SWT.
Didoa’kan oleh para malaikat.
Diampunkan dosanya.
Diberikan pelepasan oleh ALlah daripada segala masalah.
Dimurahkan rezekinya.
Ditingikan kedudukannya di sisi ALlah.
Bertaubat merupakan cirri orang beriman.

Penghapusan Dosa.
Ujian atau tekanan yang berlaku bertujuan menghapuskan dosa, firman ALlah yang bermaksud: “ Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan [atau bala bencana], maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan [daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan dosa]; dan [dalam pada itu] ALlah memaafkan sebahagian besar daripa dosa-dosa kamu ”. [al-Syura 42:30]

Meningkatkan Darjat.
Ingatkan hati bahawa musibah itu akan menyebabkan seseorang mendapat darjat yang tinggi di sisi ALlah SWT.

Mengingati ALlah.

Menjadi kelaziman manusia lebih kerap mengingati ALlah semasa ditimpa kesusahan berbanding semasa berada dalam kesenangan.

Mensyukuri Niqmat ALlah.
Bayangkan niqmat-niqmat yang telah diberikan ALlah sebelum ini daripada terus meratapi musibah yang dihadapi.

Merasakan ujian kita lebih ringan.
Ingatkan diri bahawa ujian yang kita terima lebih ringan daripada apa yang diterima oleh orang lain.

ALlah Menyayangi Kita.
Ujian yang diterima merupakan tanda ALlah cinta pada hamba-Nya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Barang siapa yang dikehendaki oleh ALlah baginya kebaikkan, maka akan diberikan cubaan padanya ”. [Riwayat Bukhari]


Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1
Satu Tahun 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Tuesday, August 10, 2010

BISMILLA-HIRRAHMA- NIRRAHIYM

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

Mohon Maaf Lahir dan Bathin

MARHABAN YAA RAMADHAN

Assalaamu'alaikum wr.wb..

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Wassalamu'alaikum Wr Wb,

Monday, August 2, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem

Semua warga kerja albayan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Kareem,ahlan wa sahlan ya Ramadhan, semoga kita semua dapat mengisinya dengan 'amalan-'amalan yang lebih berkualiti dari Ramadhan yang lepas.