Thursday, September 23, 2010
Muqaddimah
الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Madrasah Ramadhan dan bulan Syawal yang menyaksikan kemenangan para muslimin dan muslimat dalam melakukan ‘ibadah sudah meningglkan kita. Harapan kita semoga kesan tarbiah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan dapat kita teruskan dalam menjalani ‘ibadah kepada ALlah dan melaksanakan tuntutan Nabi SAW.
Kebanyakkan dari kita banyak melakukan ‘ibadah hanya pada bulan Ramadhan sahaja dan kembali kepada ‘amalan-‘amalan hanya yang wajib dan perkara – perkara yang laqa pada bulan-bulan seterusnya. Inilah kesilapan kita, sebaiknya kita tetap istiqamah dalam menjalani ‘ibadah pada ALlah tidak kira samaada dalam bulan Ramadhan maupun selepasnya.
Yang merisaukan kita, ada diantara kita merayakan kemenagan selepas Ramadhan di bulan Syawal dengan mengadakan pesta-pesta yang tidak berlandaskan syariat dan sunnah. Ada juga diantara kita merayakannya sebulan penuh pada bulan Syawal dan terlupa terus untuk melakukan puasa sunnat pada bulan Syawal.
Persoalannya adakah ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan oleh ALlah dan hadis-hadis Nabi SAW yang menuntut untuk kita melakukan ‘amal ‘ibadah hanya tertumpu pada bulan Ramadhan sahaja?
Sebaiknya selepas kita menjalani ‘ibadah puasa pada bulan Ramadhan kita teruskan dan tingkatkan ‘amalan dan ‘ibadah kita pada ALlah, moga-moga kita mendapat kesan yang mendalam selepas kita menjalani ‘ibadah di bulan Ramadhan untuk meneruskan ‘ibadah dan ‘amalan kita pada hari-hari seterusnya pada ALlah dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Tekadkan niat, insyaALlah kita akan mendapat ganjaran dari ALlah.
amirbenhussin@gmail.com
Tokoh.
amirussin@yahoo.com
Tantiana Fatima Temui Islam Melalui Azan.
Tantiana adalah seorang gadis berbangsa Slovakia [sebuah negara di utara Hungary, penduduk Muslim 0.1 peratus]. Beliau di lahirkan di ibu negeri Bratislava.
Beliau semasa dewasanya suka mengembara ke negara-negara luar terutamanya negara-negara Arab. Pada pertengahan 2008 beliau mengunjungi Negara Mesir. Setibanya di Mesir kebetulan semua masjid yang ada melaungkan azan dengan serentak. Mendengar azan membuatkan beliau ingin mengetahuai makna yang terdapat dalam azan tersebut.
Sekembalinya Tantiana ke negaranya, beliau mula mendalami Islam dengan dibantu beberapa Muslimah yang dikenalinya juga rakan-rakan sekolahnya yang beragama Islam. Atas semangat dan dorongan rakan-rakannya, beliau mengucap dua kalimah syahadah dan merasakan beliau seperti bayi yang baru lahir.
Beliau amat bersyukur kepada ALlah kerana dapat memeluk agama Islam dan tidak dapat membendung rasa kegembiraan yang teramat sangat dan akan terus berada dalam agama Islam sampai ke mati.
Selaku seorang Muslim yang baru beliau sentiasa menghadiri kelas-kelas dan kuliah-kuliah agama Islam bagi menimba dan mendalami ilmu pengetahuan dalam selok belok agama Islam.
Beliau selalu berdo’a kepada ALlah SWT agar dimudahkan baginya untuk memahami dan mempelajari Islam tanpa paksaan tetapi dengan penuh keikhlasan dan kerelaan hatinya dan baginya untuk melakukan segala perintah ALlah dan meninggalkan larangan ALlah.
Dars Bukhari
Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi
Dari Abu Mas’ud, ‘Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri[R.A] katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya sebahagian daripada perkataan Nabi dahulu yang didapati oleh manusia ialah apabila kamu tidak malu kerjakanlah apa yang kamu kehendaki ”.
[Hadis riwayat Bukhari ]
Agama Islam amat mengutamakan adab kepada penganutnya. Adablah yang akan membezakan antara baik dan yang tidak baik, terutamanya sifat malu.
Kurang pengawasan diri dan sikap ragu yang berpunca dari rasa malu adalah suatu penghalang besar untuk mencapai kejayaan hidup. Sikap malu seperti ini merugikan diri seseorang dalam semua perhubungan samaada di medan pelajaran, di lapangan komunikasi sosial hingga ke dunia perniagaan juga. Kebanyakkan orang kurang ambil tahu tentang kemampuan diri mereka sendiri. Mereka tidak mahu menunjukkannya disebabkan sifat malu itu.
Apabila sikap malu ini tidak diatasi pada masa kanak-kanak, ia akan tumbuh membesar bersama usia dan membuat cenkamam yang tidak dapat dilepaskan, padahal keinginan telah mendorong seseorang itu untuk maju. Maka sikap malu itulah punca utama yang menyekat kemajuannya.
Seperti juga perasaan takut, khuatir dan bermacam bagai fikiran buruk, menjadi punca kemunduran seseorang. Rasa malu juga hasil dari khayalan buruk yang merugikan diri sendiri. Mangsanya sentiasa mengelak dari bertanggungjawab dan akhirnya ia akan terputus hubungan dengan sesuatu perkara yang paling berkesan untuk perkembangan fikiran dan kehidupannya.
Satu-satunya perkataan dari Rasul-rasul yang terdahulu yang menjadi sebagai kata-kata sakti atau kata-kata hikmat yang masih diwarisi oleh manusia dan ummat ini ialah perkataan “ Apabila kamu tidak malu,kerjakanlah apa yang kamu kehendaki”.
Tidak malu ertinya tidak sopan, tidak beradap, tidak berbudi pekerti dan tidak mempunyai tatasusila yang baik. Jika semua ini tidak ada, maka segala sesuatu boleh dibuat tanpa berkira pahala – dosa, aman-bahagia dan seksa - derita yang akan dihadapi di akhirat nanti.
Peraturan Islam telah menentukan peradaban, baik disudut ibadat ataupun dalam pergaulan, dari dalam masjid hingga di pasaraya. Antara peradapan itu ialah memelihara kesopanan peribadi.
Manakala tidak memelihara segala kebaikkan menyebabkan seseorang itu tidak lagi mempunyai nilai hidup yang sebenar. Apalah erti kehidupan sekiranya perasaan malu tidak lagi menghiasi diri seseorang. Apalah erti kehidupan sekiranya akhlak seseorang itu tidak dapat membahagiakan keluarga dan tidak berguna hidup jika sikapnya mengharu harakan kedamaian pada masyarakat.
Mutiara Kalam [siri 21].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Hamba Ilahi
Tidak gentar
Terhadap makhluk
ALlah
Singa ALlah
Jadi suruhan
Miskin di Dunia, Jangan Miskin di Akhirat.
benhussin.blogspot.com
Kebanyakkan ada diantara kita apabila diberikan oleh ALlah kesenangan dan keselesaan hidup seringkali melupakan kewajipan yang diamanahkan oleh ALlah dengan meninggalkan kewajipan bersolat.
Mereka seringkali lupa dan merasa bangga dengan kesenangan yang mereka miliki, padahal semuanya itu adalah anugerah dari ALlah. Mereka merasakan bahawa segala harta benda yang mereka milik adalah atas usaha mereka sendiri.
Jadilah mereka golongan yang kufur yang tidak pernah bersyukur atas rezeki yang diperolehnya. Ada juga dianatar kita yang diberikan kemiskinan, juga tidak melakukan kewajipan solat dengan alasan terlalu sibuk mencari sesuap nasi, dan kadangkala mereka mengatakan bahawa solat tidak dapat membantu mereka untuk mendapatkan wang atau sesuap nasi.
Kita mungkin tidak mempunyai harta di dunia tapi jangan kita juga tidak mempunyai harta di akhirat, ini amat merugikan kita. Sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa di atas muka bumi ini, tapi biarlah kita kaya di akhirat dengan mempunyai kekayaan iman. Kepapaan di dunia tidak mengapa asalkan jangan kita menjadi papa di akhirat.
Maka sungguh malang bagi mereka yang tidak dapat mengambil hikmah daripada kehidupannya, sesungguhnya kekayaan dan kemiskinan adalah cubaan dari ALlah samaada kita diberikan kekayaan, kita bersyukur atau tidak, begitu juga sekiranya kita diberi dengan kesusahan, kita akan bersyukur atau tidak.
Ada orang yang diberikan oleh ALlah harta benda kemewahan dan kekayaan mereka bersyukur dan menggunakan segala harta benda itu ke jalan ALlah dan ada yang sebaliknya. Begitu juga ada orang yang diberikan oleh ALlah kesusahan hidup tapi ia tetap bersyukur pada ALlah dan ada juga yang sebaliknya.
Sebenarnya kesenangan atau kemiskinan adalah cubaan dan ujian dari ALlah samaada kita beriman pada-Nya atau kita kufur pada-Nya.
Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com
Disebalik Keajaiban Sedekah.
Saidina Ali KW sebaik pulang dari rumah Nabi SAW merangkap bapa mertuanya, mendapatkan isterinya Fatimah az-Zahra
lalu bertanya: “Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?”.
Fatimah menjawab: “Demi ALlah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hasan dan Hussain”. Ali berkata “Biar saya sahaja yang pergi membelikan makanan”.
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar untuk membeli makanan, ditengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata “Siapa yang mahu memberi pinjaman kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan selalu menepati janji”? Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya, lalu dia pulang dengan tangan kosong,
Fatimah yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan lalu menangis. Ali bertanya “Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?” “Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa”, kata Fatimah. Ali menceritakan apa yang berlaku di pertenahan jalan tadi, Fatimah pun berkata “Sekiranya begitu saya menyokong tandakkanmu”.
Ali keluar lagi dengan niat untuk menemui Nabi SAW , di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya dan berkata: “Wahai Aba – al Hasan, belilah unta ini”. Ali brkata:”Saya tidak mempunyai wang”. Kata Badwi itu: “Kamu boleh membayar pada bila-bila masa”. Tanya Ali: “Berapa harganya?” Jawab Badwi itu: “Tidak mahal hanya 100 dirham sahaja”.
“Baiklah,saya beli” kata Ali dan meneruskan perjalanan sambil menuntun unta tersebut. Selang beberapa langkah, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya “Hai Aba al Hasan, adakah kamu hendak menjual unta ini?”. Ya jawab Ali. Berapa Tanya Badwi itu, “300 dirham” jawab Ali. “Baiklah saya beli “ . Jawab Badwi itu lalu menyerahkan wang 300 dirham kepada Ali.
Ali segera pulang dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya sebentar tadi seterusnya Ali pergi menemui Nabi SAW. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata “Wahai Aba al Hasan, adakah kamu mahu bercerita atau biarkan saya sahaja yang bercerita?”.
“Kamu saja yang bercerita wahai Rasulullah”, kata Ali. “Wahai Aba al Hasan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan membeli unta daripada kamu tadi?” Ali meggeleng: “Tidak, ALlah dan Rasul-Nya yang lebih tahu”. Nabi menjelaskan: “Berbahagialah kamu, kamu meminjamkan enam dirham kepada ALlah, ALlah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 30dirham. Orang Badwi pertama yang menemuimu itu adalah malaikat Jibril dan yang kedua adalah malaikat Mikail”.
Fikir dan renungkanlah.
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi
ان الذين كفروا سوأ عليهم ءانذرتهم ام لم تنذرهم لا يؤ منون.
Sesungguhnya orang-orang kafir [ yang tidak akan beriman ] sama sahaja kepada mereka, saamada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tetap tidak akan beriman.
Dalam ayat ini menceritakan tentang orang-orang kafir yang ALlah tahu tentang mereka akan mati dalam kekufuran bukannya tentang umum kuffar yang ramai diantara mereka yang mati sebagai orang-orang beriman.
Lima ayat yang pertama surah al-Baqarah ini menyatakan tentang mereka yang akan berada di atas jalan hidayah yang akan mengambil faedah dari al-Qur’an mereka adalah mukmin dan muttaqin, juga diterangkan sifat-sifat mereka.
Selepas itu lima belas ayat berikutnya adalah tentang mereka yang tidak berada di atas jalan hidayat, bukan sahaja tidak mahu mengikut bahkan menidakkan dan mengingkari jalan-jalan dan usaha-usaha hidayat. Golongan itu juga terbahagi kepada dua golongan iaitu mereka yang menentang secara terbuka yang mana al-Qur’an gunakan perkataan kafir ke atas mereka.
Golongan yang kedua ialah golongan yang menggunakan urusan dunia yang hina ini dengan nama agama untuk faedahnya tetapi di dalam hati tidak ada keyakinan dan kepercayaan sedikitpun tentang Islam. Mereka berpura-pura mengaku Islam, tetapi ketika dikalangan orang-orang kafir, mereka mengaku sebahagian daripada mereka.
Mereka ini dinamakan dalam al-Qur’an sebagai munafiq. Hanya dua ayat tentang golongan kafir dan tiga belas ayat adalah mengenai golongan munafiq dari lima belas ayat ini.
[bersambung]
بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Adakah jalan ini ke……
Is this the way to…….
هل يذهب هذ ا الطريق الى......
Hal yazhab haza thoriq ila……
كيا يه ......كا راست.......
Kia yeh…..ka rasta…….
###################
Jalan mana ke…..
Which is the road……
اي الشا رع الى ....
Ayyu shariy’ ila…….
كي سرط ك. كون سى حى ......
Kia sarak kuan se he…..
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Adakah lebuhraya bagus ?
Is the highway good ?
هل شارع السيا رات جيد ؟
Hal shariy’ assyarat jayyid ?
كيا مو ط ر كى سر ط ك اجهى حى ؟
Kia motor ki sarak ache he ?
Muhasabah.
benhussin.blogspot.com
Kisah iblis mengadap Nabi Muhammad S.A.W.
Maka muka hamba yang bercahaya dan cantik itu telah terhapus dan menjadi hudoh dan keji, maka sakitlah hati hamba dan sentiasa hamba menaruh dendam kepadanya. Kemudian Adam pun diangkat oleh ALlah dijadikan raja dalam syurga serta dikurniai seorang isteri [iaitu Siti Hawa ] dan dijadikannya permaisuri yang memerintah segala bidadari dan mereka sentiasa berada alam keselesaan dan kesenangan.
Akhirnya hamba dapat juga menipu Siti Hawa yang memberi nasihat kepada Adam untu memakan buah khuldi yang dilarang ALlah. Setelah termakan buah larangan ALlah, Adam dan Hawa maka ALlah menghalau mereka berdua dari syurga kea lam dunia serta dipisahkan keduanya beberapa lama baru dipertemukan.
Setelah dipertemukan Adam dan Hawa maka ALlah kurniakan kepada mereka beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Setelah itu kami menghasut pula anak lelaki mereka yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehinga mati. Kerana tidak merasa puas hati, maka hamba lakukan berbagai tipu daya keatas sekelian anak cucu Adam sehingga hari Kiamat.
Tetapi tuan hamba menghalang hamba dari melakukan segala hasad dan tipu daya dengan menarik mereka supaya memeluk agama Islam. Ada pun sebelum tuan hamba lahir/zahir di atas dunia ini hamba dan sekelian tentera hamba naik ke langit dan mencuri segala rahsia yang menyuruh manusia melakukan ‘ibadah kepada ALlah dengan diberikan ganjaran pahala dan syurga.
Juga mereka yang melakukan ‘ibadah diwaktu malam. Setelah hamba turun ke dunia lalu memberitahu kepada mereka bersalahan daripada asal apa yang diperintah oleh ALlah dengan segala macam tipu daya sehingga mereka sesat dengan memegang kitab-kitab yang bidaah dan karut marut. Tetapi selepas tuan hamba dilahirkan maka hamba tidak lagi dibenarkan naik ke langit dan hamba tidak lagi mendapat apa-apa rahsia umat tuan hamba kerana banyak Malaikat menjaga pintu di tiap-tiap lapisan langit.
[Dipetik dari buku Kisah Iblis Mengadap Nabi Muhammad SAW ]
Bersambung.
Soal jawab
amirussin@yahoo.com
Soalan : Bagaimanakah cara meletakkan tangan semasa qiam ?.
Jawapan : Al-Hafiz Imam an-Nawawi mengatakan bahawa meletakkannya dibawah dada dan di atas pusat. Imam Hanafi dan beberapa Imam lain mengatakan dengan meletakkan kedua-dua tangan di bawah pusat. Imam Malik mengatakan boleh memilih antara meletak kedua-dua tangan di bawah dada atau melepaskannya ke bawah dan ini mendapat jumhur dalam mazhabnya dan masyhur pada mereka.
Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Memberus gigi dengan miswak selepas makan dan kemudian berkumur-kumur, kerana kedua-dua ‘amalan ini bagi menjaga gigi.
Gunakan miswak kerana ‘amalan ini datang dari kebersihan dan kebersihan datangnya Iman, dan Iman membawa ke syurga.
Makanan dalam pinggan memohon rahmat bagi orang yang makan sehingga habis.
Kurang makan, kurang dosa.
Jangan minum berdiri kecuali bagi orang yang berpenyakit sengal pada paha dan pangkal paha
Bahaya Penyakit Hati.
tamarmerbok.blogspot.com
Semakin canggih dan moden dunia, semakin cepat mendapat penyakit. Manusia lupa tentang satu penyakit yang lebih merbahaya dari penyakit fizikal, penyakit itu ialah penyakit hati. Sekiranya penyakit hati ini tidak dapat dikawal ia akan merosak segala system yang ada dalam tubuh kita.
Malas melakukan ketaatan dan ‘amal kebaikan.
Malas menjalani ‘ibadah bahkan meremehkannya. Firman ALlah yang bermaksud “ Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak[pula] menafkahkan[harta]mereka, melainkan dengan rasa enggan”. [At-Taubah:54]
Tidak tersentuh dengan ayat al-Qur’an.
Ketika mendengar ayat ALlah berkenaan janji dan ancaman ALlah, maka tidak terpengaruh dan terkesan sama sekali, tidak mahu khusyu’ atau tunduk dari membaca atau mendengarnya. Firman ALlah yang bermaksud “Maka beri peringatanlah dengan al-Qur’an orang yang takut kepada ancaman-Ku”. [Qaaf:45]
Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah.
Tidak tergerak denga adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit dan bencana. Dan memandang kematian sebagai sesuatu yang tiada kaitan dengannya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud “Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan”.
Berlebihan mencintai dunia dan melupai akhirat.
Himmah dan segala keinginan tertumpu pada urusan dunia. Segala sesuatu dihitung dikira hanya kerana dunia. cinta, benci dan hubungan sesama. manusia hanya untuk urusan dunia, seolah-olah hidup hanya untuk dunia dan akan berakhir di dunia.
Bersahabat dengan orang yang melakukan maksiat.
Orang yang keras hati sentiasa hidup ditengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, bergurau dan ketawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan waktu dengan melakukan maksiat.
Kemaksiatan berantai.
Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan diri.
Meremehkan dosa kecil.
Semua dosa akan membawa ke neraka, dosa besar bermula dengan dosa kecil.
Tidak peduli sumber makanan.
Tidak prihatin atau peduli dengan sumber makanan yang dimakan samaada halal atau haram. Tidak kira kedai makan orang Islam atau pun tidak Islam.Juga tidak peduli membeli makanan buatan orang bukan Islam seperti rempah kari, kicap, sos tomato, sos cili, cili giling, mee kuning,keow tiew dan tidak peduli sumber pendapatan samaada halal atau haram.
English Section
amirussin@yahoo.com
How can one achieve happiness ?
According to Islam, the best source of happiness is to have faith in God, do your best with reliance on God, obey God, abide by His commandment, avoid His prohibitions, and be guided by God’s regulations.
If you do all that, your relations with everybody around you will be smooth and perfect. Your life would run smoothly, with no main problems or very few ones and no psychological disorders. You will lead a really happy life.
The right way is one, but wrong ways are many. The straight line between two point is always one line, but there are thousands of crooked lines between any two point.
The only straight line between you and the truth is one, i.e., Islam and nothing but Islam. But between you and the truth, there are many crooked likes, many crooked beliefs, many crooked – isms. If you are looking for the straight line between you and the truth, the only straight line is Islam.
Rahsia Sumber ‘Alam
amirussin@yahoo.com
Kulit kayu manis.
Pengambilan setengah sudu setiap hari menjadikan sel-sel lebih sensitif terhadap insulin. Kajian juga mengatakan bahawa dengan pengambilannya sel-sel akan menukar gula dalam darah kepada tenaga.
Selepas 40 hari pengambilan ekstarak kayu manis, pesakit diabetes bukan saja dapat menurunkan paras gula setiap kali selepas makan, malah terdapat tanda-tanda pemulihan terhadap jantung.
Buah-buahan citrus.
Pesakit diabetes mengalami kekurangan vitamin C dalam badan, oleh itu buah-buahan citrus yang kaya dengan antioksida merupakan pilihan yang baik. Buah-buahan citrus adalah rendah lemak, kaya dengan serat dan mengandungi pelbagai nutrien, ia sepatutnya diberi keutamaan oleh pesakit diabetes.
Epal.
Pengambilan epal, bawang, tomato, sayur-sayuran hijau dan beri membantu mengurangkan komplikasi akibat diabetes dan masalah jantung sebanyak 20 peratus.
Makanan kaya serat.
Mereka yang meningkatkan pengambilan serat daripada 24 hingga 50 peratus setiap hari menawarkan kesan dramatik dalam memulihkan paras gula dalam darah. Diet tinggi serat berkesan dalam perubatan diabetes. Tumpukan perhatian dalam pengambilan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, beras perang, bijirin dan roti.
Coklat.
Coklat gelap membantu mengurangkan kolestrol dan memperbaiki fungsi saluran darah. Tapi sekiranya pengambilan yang lebih tetap mengandungi lemak dan kalori yang tinggi.
Nazam
Maafkan Aku Wahai Zaujah
Kadangkala aku rasa
akulah yang terlalu banyak kerenah
sedangkan kau tidak pernah membantah
Kalangkala jua aku merasakan
akulah yang sering tertidur
tapi kau tidak pernah terlena
Kadangkala aku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
datanglah ke sini dan pegang tanganku
sementara aku bercerita tentangmu
wahai zaujahku
harap dimengerti
Kekadang aku sakiti hatimu
apabila aku menyinggung perasaan mu
bukan bermakna aku aku tidak menyanyangimu
namun cabaran terlalu
sering dimainkan syaitan
Harapanku semoga segalanya ini
dapat kita lalui bersama
dengan penuh kesabaran dan keikhlasan
Demi menjadikan kehidupan kita
direhai oleh ALlah
mencipta kerukunan keluarga
menjadikan Baiti Jannati
dan maafkan aku wahai zaujahku.
benhussin.
Teras jernang. 14 Ramadhan 2010
4 Point Untuk diRenung.
amirussin@yahoo.com
Menguatkan Badan
Makan daging sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Memakai haruman [bagi perempuan hanya di dalam rumah].
Kerap membersihkan badan/mandi.
Memakai pakaian daripada kapas..
Melemahkan Badan.
Banyak minum air ketika makan.
Sentiasa cemas/runsing.
Banyak makan bahan yang masam.
Banyak bersetubuh.
Menajamkan Mata.
Memandang warna hijau.
Duduk mengadap kibat.
Bercelak sebelum tidor.
Berpakaian bersih.
Merosakkan Mata .
Memandang najis.
Melihat orang dibunuh.
Melihat kemaluan.
Membelakangi kiblat.
Menajamkan Fikiran.
Tidak banyak berbual kosong.
Rajin bersugi [gosok gigi].
Berbual dengan orang soleh.
Bergaul dengan para ulama’..
Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.
Kini anda boleh berinteraksi dengan kami di laman facebook dengan menaip www.facebook/albayanku.com atau dikotak carian albayanku.
PERJUMPAAN ALUMNI NADWA KALI KE 4.
TEMPAT: RUMAH SDR.ABDUL HALIM MAT ISA.[KOTA BHARU,KELANTAN].
TARIKH: 27HB.NOVEMBER 2010
[HARI SABTU]
MASA:9.00 PAGI.
Keterangan lanjut sila hubungi sdr.Qamaruzzaman di 0134849471 atau sdr.Amir di 0137338966.
Subscribe to:
Posts (Atom)