الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Tokoh.
Dikisahkan dalam Miskaatul Anwaari bahawa Samnun telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita apabila dia telah tua. Kemudian dia telah dikurniakan seorang anak oleh Allah swt. Samnun sangat sayang kepada anaknya.
Pada suatu hari Samnun telah bermimpi, dalam mimpinya dia melihat bahawa kiamat telah tiba dan panji-panji para nabi dan wali bersinar, Samnun melihat di belakang mereka terdapat pula panji-panji yang paling tinggi dan cahayanya memenuhi ufuk, lalu Samnun bertanya kepada orang mengenai panji-panji itu, berkata mereka "Itu adalah panji-panji bagi mereka yang cinta dengan ikhlas terhadap Allah SWT"
Samnun menyedari bahawa dirinya juga berada di kalangan orang-orang lain yang berada bersama panji-panji tersebut. Tiba-tiba datang seorang malaikat menarik Samnun keluar dari kumpulan tersebut.
Samnun tidak berpuas hati dengan tindakan malaikat itu lalu dia berkata "Aku adalah orang yang mencintai Allah dengan ikhlas, dan panji-panji ini adalah bagi mereka yang mencintai Allah, jadi kenapakah kamu keluarkan aku dari kumpulan ini?"
Kemudian malaikat berkata "Memang betul apa yang kamu kata itu, tetapi kamu terlampau sayang terhadap anakmu, maka sebab itulah kami keluarkan kamu dari kumpulan orang-orang yang mencintai Allah"
Sebaik sahaja Samnun mendengar kata malaikat itu maka dia pun menangis sekuat-kuatnya di dalam tidur sambl berkata "Wahai Tuhanku, kalaulah anakku itu menjadi penghalang antara aku dengan kamu, maka aku tidak memerlukan dia, dan pisahkanlah anakku itu dari aku supaya aku dapat mendekatkan diriku kepadaMu dengan sebab kasih Engaku dan dermawan Engkau"
Setelah berkata demikian, Samnun mendengar orang berkata "Musibah"
Samnun tersentak dari tidurnya, lalu berkata "Apakah yang kamu memekik ini?"
kemudia berkata orang yang berada di situ "Sesungguhnya anakmu jatuh dari tingkat atas dan mati"
Samnun mendengar berita tersebut dengan tenang dia berkata "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penghalang daripadaku"
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
[Surah At-Taubah : 24]
Kisah ini bukan bermakna kita meminta kepada Allah supaya mematikan anak kita, tetapi ianya ialah satu peringatan kepada kita bahawa kita tidak boleh mencintai sesuatu yang lain lebih dari Allah. Kerana cinta Allah itu adalah cinta yang kekal abadi.

4 Golongan Lelaki Ahli Neraka .
1. BAPA
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberi keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. SUAMI
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, berhias bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. ABANGApabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah,suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALlah SWT:
“Hai anak Adam peluharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Sehari menjadi singa
Lebih bererti
Daripada seabad menjadi kambing
Dars Bukhari
Rasulullah SAW bersabda, bahawasanya: “Yang mengikut mayat itu sewaktu ke alam kubur ada tiga perkara, tetapi dua daripadanya akan balik dan tetaplah satu perkara yang kekal bersama si mati. 'Kedua-dua perkara itu ialah keluarga dan hartanya, dan yang akan tinggal bersama-samanya ialah amalnya'.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Maka dia akan tinggal keseorangan dan yang akan menemaninya adalah amalannya ketika di dunia. Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraak bin Aazib r.a. berkata: “Kami bersama Nabi Muhammad saw keluar menghantar jenazah seorang sahabat Ansar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad saw duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad SAW mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah dari seksaan kubur.”. Nabi Muhammad saw mengulangi sebanyak 3 kali.”
Lalu Nabi Muhammad saw bersabda : “Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil:
“Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan reda-Nya.”
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi : “Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan di tanya:
“Roh siapakah yang harum ini?” Di jawab: “Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh.
Maka Allah berfirman : “Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya.”
Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua malaikat untuk bertanya: “Siapa Tuhanmu?”
Maka dijawab: Allah Tuhanku.
Lalu ditanya: “Apakah agamamu?”
Maka dijawab: “Agamaku Islam”
Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengahtengah kamu?”
Dijawab: “Dia utusan Allah”. Lalu ditanya:
“Bagaimanakah kamu mengetahui itu?”
Maka dijawab: “Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya”
Maka terdengar suara: “Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata.”
Kemudian datang kepadanya seorang yang cantik wajahnya dan harum baunya sambil berkata: “Terimalah kabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah
kepadamu.”
Lalu bertanya: “Siapakah kau?”
Jawabnya: “Saya amalmu yang baik.”
Lalu ia berkata: "Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan kawanku.”
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikul Maut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata:
“Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah.”
Maka tersebar di semua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: “Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?”
Dijawab: “Roh fulan bin fulan.” dengan sebutan yang amat buruk sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya.
Kemudian Nabi Muhammad SAW membaca ayat yang bermaksud: “Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum.”
Kemudian diperintahkan: “Tulislah orang itu dalam sijjin.”
Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat yang bermksud : “Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam.”
Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didalam kubur, lalu didatangi oleh dua malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: “”Siapa Tuhanmu?”
Maka dijawab: “Saya tidak tahu”.
Lalu ditanya: “Apakah agamamu?”
Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?” Dijawab: “Saya tidak tahu”.
Lalu ditanya: “Bagaimanakah kamu mengetahui itu?”
Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Maka terdengar suara seruan dari langit: “Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kubur sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: “Sambutlah hari yang sangat buruk bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu.”
Lalu ia bertanya: “Siapakah kau?”
Jawabnya: “Aku amalmu yang buruk.” Lalu ia berkata: “Ya Tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat.”
Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: “Ya ayyatuhannafsul muth ma’innatur ji’i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah.”
(Yang bermaksud) “Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah.” Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil
dikatakan kepadanya: “Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ketempat yang rendah hina dan seksa-Nya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin.”
Alfaqih Abu Ja’far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata:
“Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-Quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah SWT. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas.
Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya malaikat yang akan menyeksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang.”
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa sesiapa yang banyak melakukan amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan semasa hidup di dunia dan sempat bertaubat dan mengucapkan kalimah syahadah di saat akhir kematiannya (mendapat husnul khatimah) maka berbahagialah hamba Allah ini ketika berhadapan dengan Allah SWT di alam barzakh dan seterusnya di hari akhirat nanti .
Hadis riwayat Imam At-Tarmidzi menyebut Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kubur itu adalah persinggahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, perjalanan selepasnya lebih mudah lagi. Jika tidak selamat, perjalanan selepas itu lebih sukar lagi.”
Marilah sama-sama tinggalkan segala dosa dan maksiat kerana semasa kita di masukkan kedalam kubur maka hanya amal soleh yang kita bawa akan dapat membantu semasa di soal siasat Malaikat Munkar dan Nakir. Bertaubatlah kepada ALlah yakinlah bahawa Dia akan menerima taubat hamba-hamba- Nya.
Muhasabah.
tamarmerbok.blogspot.com
Manusia hidup di dunia ini ibarat orang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di laut, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga nampak, maka pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbagi tiga golongan.
Yang pertama, mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat-lihat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau inilah yang menjadi tujuan.
Golongan kedua, mereka terpengaruh oleh keindahan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat, tempat duduk sudah habis ditempati orang.
Adapun golongan ketiga inilah golongan yang malang. Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, tidak juga dipedulikan, dan berbunyi yang ketiga kali, kapal pun berangkat. Setelah jauh dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah orang yang benar-benar malang.
Manusia lahir dengan kudrat ganjil. Sebelum lahir mereka tidak bercita-cita untuk hidup, dan setelah hidup tidak pula ingin mati. Kebanyakan manusia lupa akan tujuan, lupa bahawa hidup di dunia tidak akan lama, bahawa hidup ini akan di akhiri dengan kematian.
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzaman
Dalam ayat di atas ALlah swt juga memberi peringatan tentang janji makhluk, tentang rab mereka dialam arwah dahulu, dimana seluruh ruh dikumpul dan ALlah swt bertanya tentang rububiah. Seluruh ruh telah taslim bahawa ALlah swt ialah rab dan kini ALlah swt ingatkan sesiapa yang memegang pada janji maka mereka akan Berjaya.
Tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar atau membuat fasad atas muka bumi ini maka merekalah yang akan mengalami kerugian. Sesiapa melakukan fasad samaada hubungan dengan ALlah swt atau hubungan sesama manusia, maka mereka adalah termasuk dalam golongan ini.
بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
1. Bagaimana kamu sekarang ?
How do you feel now ?
Kaifa tahussu al an ?
كيف تحس الان ؟
Ab ap kia mehsus karte he ?
اب اپ كيا محسوس كرتي هي ؟
2. Saya sakit kepala.
I have headache.
‘Indi sudaun.
عند صداع.
Mujhe sar dara he.
مجهي سر درد هي.
3. Gigi saya sakit.
I have a toot coche.
Asnani tu’ limuni.
اسناني تؤلمني.
Mujhe dant me dard he.
مجهي دانت مي درد هي.
Iqtibar.
benhussin.blogspot.com
Kisah Wanita Yang Mengcungkil matanya Sendiri.
Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang cantik. Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan gemar berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah. Pada suatu hari sedang Hasan berjalan, dia terpadang perempuan yang sangat cantik, lalu dia mengikuti perempuan tersebut.
Apabila wanita itu merasai dirinya diekori, lalu wanita itu menoleh ke belakang lalu berkata : "Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?" dan berkata lagi : "Malulah kepada Allah SWT yang Maha mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terdapat dalam hati"
Hasan sangat tertarik dengan wanita tersebut, dia tetap mengekori wanita tersebut. Apabila wanita tersebut melihat Hasan terus mengekorinya, berkatalah wanita itu : "Mengapa kamu terus mengikuti aku?"
Maka berkata Hasan Basri : "Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu" Setelah sahaja wanita tersebut mendengar pejelasan dari Hasan, maka dia pun berkata : "Baiklah. Jikalau kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini sebentar, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki"
Setelah berkata demikian maka di dalam hati Hasan berkata : "Nampaknya dia telah menerima cintaku". Maka Hasan terus menunggu wanita itu sehingga wanita itu tadi datang kembali.
Tidak berapa lama kemudian, datang seorang pembantu menghampiri Hasan sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata. Kemudian pembantu tersebut berkata : "Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang itu"
Selepas kejadian itu, Hasan Basri tekad untuk meminta maaf kepada wanita itu. Malangnya wanita itu sudah meninggal sebelum Hasan meminta maaf. Hasan memangis tiga hari berturut-turut. Pada malam yang ketiga Hasan bermimpi menemui wanita itu. Wanita itu ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata : "Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu"
Wanita itu pula berkata : "Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah oleh sebab kamu" Setelah Hasan mendengari pengakuan wanita tersebut maka dia pun berakata : "Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik"
Berkata wanita tersebut : "Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah setiap pagi dan petang, beristighfarlah, mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya" Akhirnya Hasan melaksanakan segala nasihat perempuan itu. Hasan Basri mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah serta Beliau menjadi wali kekasih Allah.
Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkab menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan kecantikan dirinya dan menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang dilarang oleh Allah
Wahai saudaraku tutuplah aurat, janganlah kamu menunjukkan kecantikan mu itu sebab bakal yang melihat aurat mu itu adalah dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara. Dan apabila seseorang lelaki itu cinta kepada perempuan yang menunjukkan aurat cinta itu sebenarnya berserta dengan syaitan yang mengoda lelaki itu.
Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam Fitnah.

Soal jawab
Soalan : Apakah hukum pengantin perempuan yang sedang dalam haid berada dalam masjid untuk majls akad nikah ?
Jawapan : Hukum wanita yang sedang haid adalah haram untuk memasuki masjid walaupun untuk urusan perkahwinan. Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Hendaklah wanita-wanita haid menjauh dari musalla”. [Riwayat al-Bukhari,no.324]
Tarbiyyatul Aulad.
ecilnya diberi penyusuan dari ibu mereka, memiliki fungsi paru-paru yang lebih baik daripada anak-anak yang diberi susu formula. Uniknya fungsi paru-paru yang baik, terlihat pada kanak-kanak yang mempunyai ibu pengidap pesakit asma. Demikian kajian yang dimuatkan dalam American Journal of Medicine Respiratory Critical Care ini.
Didapati bahawa empat peratus sahaja bayi yang disusui ibunya mempunyai
masalah perilaku di kemudian hari. Sementara 16 peratus yang diberi susu formula punya masalah perilaku.
terdapat dalam surah al-Baqarah: ayat 233 yang berbunyi, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."
Dalam sebuah riwayat, Rasulullah saw bersabda, "Tiba-tiba aku melihat para wanita yang payudara-payudara mereka dicabik-cabik ular yang ganas. Maka aku bertanya: 'Kenapa mereka?'Malaikat menjawab: 'Mereka adalah para wanita yang tidak mahu menyusui anak-anaknya (tanpa alasan syar'i)'. "(HR. Al-Hakim).
Tib Nabawi.
Oleh:Ustaz Qamaruzzaman an-nadwi
Nabi saw bersabda yang bermaksud “Orang yang paling hamper denganku pada hari akhirat adalah orang yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia”.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi saw bersabda sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka akan ditulis baginya 10 kebaikkan dan dihapuskan daripadanya 10 kejahatan dan ditinggikannya 10 darjat dan diperlihatkan kepadaku amalannya itu dan dikurniakan kepadanya sama dengan apa yang dimintakan itu.
Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com
Kepada semua pelajar yang sedang, sudah atau akan menghadapi imtihan [peperiksaan] setkan minda dan hati dengan:
- Keyakinan dan keimanan kepada ALlah.
- Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati dalam sessi bacaan dan ulangkaji.
- Mengutamakan apa yang lebih utama.
- Prihatin dalam melakukan latihan untuk disiapkan oleh guru.
- Jaga hubungan antara kawan lelaki dan perempuan juga hubungan dengan semua guru.
- Bersikap jujur dan amanah dalam semua perkara.
- Tepati waktu dalam semua hal.
- Berusaha dan bertawakkal kepada Allah.
- Sentiasa berdoa’ dan berharap kepada ALlah.
“….Maka diantara manusia ada yang berdoa’ : Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:20]
Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com
Kajian terbaharu menyebut kuantiti untuk manfaat yang optimum ialah dua sudu makan. Para pengkaji mendapati pengambilan dua sudu minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 50 peratus.
Minyak zaitun kaya dengan kandungan polifenol yang dapat mengurangkan keradangan tubuh .
English Section
amirussin@yahoo.com
How can the mind accept “God” without sensing Him ?
The human mind, like the human body, has limitations in every aspect. The ear has limitation, you can hear at a certain distance only, you cannot hear sounds ten kilometers far from you, for example.
So do all senses, including seeing, tasting, smelling, and feeling. You can lift up certain weight only. Your mind has limitations in storing, retrieving, remembering, understanding and even imagining.
If you cannot now sense what is going on, this does not mean that nothing is going on there. We cannot see the spirit, but each one of us has a spirit or soul. We cannot see angels, but there are angels. Not seeing or sensing God does not prove His non-existence.
Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.