Thursday, April 5, 2012

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i. Menjalani kehidupan seharian sebagai seorang yang beriman pada ALlah selalunya banyak ujian dan dugaan, semestinya memerlukan katahan diri, fizikal, mental dan Iman. Seringkali kita kekadang terpedaya dengan bisikkan nafsu dan kekadang kalah dengan godaan syaitan. Oleh itu handaknya kita perlu tingkatkan keimanan dengan memperbayakkan berzikir pada ALlah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w serta menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu.

ii.Semestinya apabila kita belajar mendalami ilmu-ilmu Islam, ‘amalan terhadap apa yang kita pelajari hendaklah diambil kira untuk menjalani kehidupan seharian. Ilmu tanpa ‘amal sia-sia, ber’amal tanpa ilmu berkemungkinan akan menjadi sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama. Dalam mencari dan mendalami ilmu agama hendaknya mencari guru-guru yang mursyid bagi mengelak diri dari terjebak dalam ilmu yang sesat.

iii. Apabila kita menuntut ilmu agama, secara automatik kehidupan dunia datang tanpa susah payah. Mencari kebendaan di dunia perlulah disandarkan dengan pengabdian diri pada ALlah. Sekiranya mencari harta benda dunia tanpa pengabdian diri pada ALlah, segala penat jerih, susah payah untuk mendapatkan rezeki itu akan menjadi sia-sia dan tiada keberkatannya.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.

amirussin@yahoo.com

Harun Yahya.

Harun Yahya adalah nama pena Adnan Oktar yang lahir di Ankara pada tahun 1956. Sebagai seorang da’i dan ilmuwan terkemuka berasal dari Turki, beliau sangat menjunjung tinggi nilai akhlaq dan mengabdikan hidupnya untuk berdakwah kepada masyarakat. Komitmen beliau terhadap Islam tumbuh semakin kuat ketika beliau di bangku sekolah. Pengetahuan yang mendalam tentang Islam beliau dapati dari membaca berbagai buku-buku agama.

Pada tahun 1979, Adnan Oktar pindah ke Istanbul untuk menuntut ilmu di Universiti Mimar Sinan. Di masa inilah beliau mulai melaksanakan misi dakwah, menyeru manusia kepada akhlaq yang baik dan memerintahkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar.

Masa-masa di Universiti Mimar Sinan
Sejak sebelum Adnan Oktar memulai kuliah di Universiti Mimar Sinan, Istanbul, institusi pendidikan tersebut telah berada di bawah pengaruh berbagai organisasi ilegal berhaluan Marxisme. Setiap orang staf di fakulti ataupun mahasiswa, adalah berfikiran atheis. Para pengajar mengambil setiap kesempatan yang ada untuk menyebarkan filsafat materialistik dan Darwinisme dalam kuliah-kuliah yang mereka berikan, dua perkara ini tidak ada hubungannya dengan topik kuliah mereka. Dalam lingkungan dimana ajaran agama dan akhlaq tidak dipedulikan dan sama sekali ditolak.

Adnan Oktar menyeru orang-orang di sekitar nya kepada keesaan dan kewujudan Allah. Sebagaimana yang telah dimaklumi, dalam suasana demikian, Islam tidak diberi kesempatan untuk tumbuh berkembang. Ibu beliau, Mediha Oktar, mengatakan bahwa pada masa itu beliau hanya tidur beberapa jam saja diwaktu malam , sebagian besar waktu beliau gunakan untuk membaca, membuat catatan dan menyimpan kumpulan catatan tersebut.

Beliau membaca ratusan buku, termasuk karya-karya pokok tentang Marxisme, komunisme dan filsafat materialistik, dan mempelajari buku-buku ideologi kiri, termasuk karya-karya klasik ataupun literatur-literatur lain yang jarang dibaca orang. Beliau meneliti karya-karya tersebut, menandai bagian-bagian penting dan membuat catatan-catatan di bagian belakang buku tersebut. Hal ini membuat beliau sangat tahu tentang filsafat-filsafat serta ideologi-ideologi tersebut, jauh lebih tahu dibandingkan para pendukung ideologi itu sendiri. Setelah mengumpulkan informasi yang berlimpah tentang berbagai dan kebohongan yang terdapat dalam filsafat dan ideologi yang didasarkan atas pengingkaran terhadap Allah ini; tanpa membuang waktu lagi, Adnan Oktar menggunakan informasi tersebut untuk menyebarkan fakta-fakta yang ada.

Hampir ke setiap orang, termasuk para mahasiswa dan pengajar di universiti, beliau berdakwah tentang kewujudan dan keesaan Allah, serta Al Qur’an, Kitab Suci yang diwahyukan Allah, dengan menggunakan bukti-bukti saintifik. Di tengah-tengah pembicaraan di kantin kampus, di koridor-koridor di masa rehat, seseorang dapat melihat beliau sedang menjelaskan kelemahan dan kesalahan filsafat materialistik dan Marxisme dengan mengambil fakta dari buku-buku yang menjadi rujukan dari ideologi itu sendiri.

Beliau memberikan perhatian khusus kepada teori evolusi. Teori yang dimunculkan oleh kelompok tertentu untuk melawan fakta penciptaan ini diyakini sebagai sesuatu yang benar oleh para mahasiswa universiti secara luas. Dengan menggunakan kaedah sains, teori tersebut sebenarnya bertujuan untuk meracuni dan menghancurkan akidah dan akhlaq dari para pemuda tersebut. Seandainya perkara jahat dari kebohongan ilmiah ini tidak dibongkar, maka akan muncul generasi penerus yang sama sekali tidak memiliki nilai-nilai spiritual, moral dan agama.

Karya Pertama Tentang Teori Evolusi
Beliau mempersiapkan sebuah buku berjudul “Teori Evolusi”, sebuah rangkuman dari penelitian dan pengkajian beliau tentang teori evolusi. Beliau menanggung sendiri semua kos untuk pencetakan dan pengedaran buku tersebut, dari wang hasil penjualan beberapa harta warisan yang beliau terima dari keluarganya. Kemudian beliau membagi-bagikan buku-buku tersebut secara percuma kepada para mahasiswa dan berbincang dengan sesiapa yang ditemuinya. Buku ini memuat ulasan yang sangat lengkap yang membuktikan bahwa teori evolusi adalah sebuah kebohongan yang tidak logik dan tidak memiliki nilai ilmiah sama sekali.

Beberapa mahasiswa di universiti tersebut secara terang-terangan mengancam Adnan Oktar dengan mengatakan bahwa nyawa beliau dalam bahaya jika beliau tidak mahu berhenti dari dakwahnya. Namun semua tekanan dan ancaman ini hanyalah membuat tekad Adnan Oktar semakin kuat .

Seorang Diri Selama Tiga Tahun.
Ketika pertama kali mendakwahkan Islam di Universita Mimar Sinan, Adnan Oktar hanyalah seorang diri. Selama lebih dari tiga tahun, tidak seorang pun yang menerima dakwah beliau. Beliau sadar bahwa Allah adalah satu-satunya Penolong dan beliau melakukan ini semua demi mendapatkan keridhaan Allah.

Yahudi dan Freemasonry.
Adnan Oktar menulis sebuah buku tentang Yahudi dan freemasonry yang akan diterbitkan. Awalnya, melalui “mediators” atau “pihak ketiga” mereka menawarkan sejumlah besar wang kepada Adnan Oktar untuk menghentikan penerbitan buku itu. Setelah mendapatkan jawaban “tidak”,

mereka mulai mengancam beliau. Berita yang beredar kemudian mengatakan bahwa alasan beliau ditahan adalah karena perkataan beliau: ”Saya berasal dari suku bangsa Ibrahim dan Turki” dalam wawancara yang dimuat di sebuah surat kabar.

Siksaan di Rumah Sakit Jiwa
Adnan Oktar dikurung di ruangan bersama penyakit jiwa yang berbahaya. Rakan-rakannya hanya diperbolehkan menjenguknya 5 – 10 menit di balik jeruji besi. Beliau seringkali mengingatkan kepada para penjenguknya, “Janganlah risau, Allah bersama kita.”
Adnan Oktar dibebaskan pada tahun 1988

Antara buku-buku yang dikarang oleh Harun Yahya ialah :

Tangan Rahasia’ di Bosnia, Kebohongan Holocaust, Di Balik Tirai Terorisme, Kartu-Kurdi Israel, Strategi Nasional bagi Turki, Moral Qur’ani: Solusi, Permusuhan Darwin Terhadap Bangsa Turki, Bencana Kemanusiaan Akibat Ulah Darwinisme, Kebohongan Teori Evolusi, Bangsa-Bangsa Yang Diadzab, Nabi Musa, Zaman Keemasan, Keagungan Warna Ciptaan Allah, Kebesaran Allah di Setiap Sudut Alam Semesta, Hakikat Kehidupan Dunia dan banyak lagi yang telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa.


Dars Bukhari

www.tamarmerbok.blogspot.com

Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Nuqman bin Basyir r.a yang bermaksud: “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nuqman memegang kedua-dua belah telinganya: “Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Maka antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhah yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu sesiapa menjaga diri daripada perkara syubhah, dia bebas [daripada kecaman] untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhah bererti, dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan berkenaan. Ingatlah, sesungguhnya setiap penguasa [kerajaan], memiliki daerah terlarang. Ingatlah, sesungguhnya daerah terlarang adalah milik ALlah s.w.t adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah dinamakan hati”.

[Bukhari 50: Muslim 2996 ]

Nabi s.a.w mengingatkan kita tentang perlunya menjaga hati. Ini oleh kerana hati memainkan peranan penting untuk membawa segala anggota tubuh badan kita, samaada menjerumuskan kita ke dalam lembah yang hina ataupun memuliakan darjat dan harga diri. Sekiranya hati kita bersih maka segala ‘amalan kita akan menjurus ke jalan yang di redhai oleh ALlah s.w.t, tetapi sekiranya hati kita kotor maka ia akan membawa kita ke jalan yang tidak diredhai oleh ALlah s.w.t.

Makananan seharian adalah terkesan daripada sumber yang halal lagi baik untuk hati dan seterusnya keberkesanan itu akan disalurkan keseluruh anggota badan kita. Sebab itu agama kita amat menitik beratkan agar sumbernya adalah dari sumber yang halal. Kita seringkali terpedaya dengan pembuat makanan dari bangsa yang bukan Islam yang memasarkan barang makanan kepada kita, lalu kita membelinya dan memakannya, akhirnya ada diantara barangan makanan tersebut sebahagiannya dicambur dengan sumber khinzir dan sebagainya.

Yang menjadi masalahnya, ada dikalangan kita yang masih menggemarkan barang makanan yang dipasarkan dari hasil buatan orang bukan Islam seperti kicap, sos, mee kuning, keow teow, rempah ratus dan sebagainya, padahal kebanyakkan barangan tersebut sudah ada orang Islam yang mengusahakannya.

Sekiranya barangan tersebut tidak dicampurkan dengan unsur khinzir atau bahan yang haram, kita tidak tahu status kebersihannya, ini kerana bersih dari sudut syarak hukum Islam amat berbeza dengan bersih yang diketahui daripada orang bukan Islam.

Keadaan yang demikian juga perlu kita ambil kira dengan kita seringkali menjamu selera di kedai-kedai makan ataupun di restauran-restauran, apakah mereka memasak dengan bahan-bahan yang pasti halal atau sebaliknya, ini kerana sudah banyak pengusaha-pengusaha restaurant yang bukan Islam yang membuka restaurant mereka kepada orang –orang Islam.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah yang paling utama baginya”. [Sunan ai-Darimy.2776]


Mutiara Kalam [siri 35].

Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Membunuh syaitan

Adalah sukar

Kerana ia

Bersembunyi

Di relung

Paling gelap

Dalam hati

Tetapi

Lemahkan ia

Dengan ‘amalanmu


Kelebihan Solat Sunat Duha.

benhussin.blogspot.com

Waktu Duha.

Waktu duha bermula dari setelah matahari tinggi sejengkal iaitu lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak iaitu tengah hari. Duha tidak boleh dilakukan sebelum atau selepas waktu tersebut. Oleh sebab itu, solat sunat Duha ialah solat sunat yang dilakukan pada waktu Duha. Solat ini adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjamaah.

Jumlah Rakaat.

Paling sedikit sebanyak 2 rakaat dan paling banyak ialah 12 rakaat mengikut pendapat yang paling sah.

Fadhilat.

ALlah berfirman dalam surah al-Dhuha ayat 1-5 yang bermaksud: “Demi waktu Duha. Dan malam apabila ia sunyi sepi.(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan ia tidak benci (kepadamu) sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik. Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha”.


Iqtibar.

tamarmerbok.blogspot.com

Pokok Kurma Menangis Ditinggalkan Nabi s.a.w.

Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nasi s.a.w biasanya menyampaikan khutbah dengan memegang sebatang pokok kurma. Satu hari seorang wanita dari kalangan Ansar telah meminta izin dari Nabi s.a.w untuk membuatkan mimbar untuk Nabi s.a.w. Setelah mendapat persetujuan Baginda, beliau menyuruh pekerjanya yang mahir untuk membuat mimbar itu.

Maka pada hari Jumaat berikutnya Nabi s.a.w mulalah menggunakan mimbar baru itu dan meninggalkan pohon kurma yang biasanya dipegang Baginda semasa berkhutbah. Maka pohon kurma itu menangis bagaikan bayi.

Nabi s.a.w Nabi s.a.w memberitahu para sahabat dengan sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya pohon kurma ini merasa sedih setelah ditinggalkan”. [al-Bukhari:2095]

Menurut Buraidah dia mendengar ayahnya mencertakan bahawa ketika Nabi s.a.w mendengar batang pohon itu menangis maka Nabi s.a.w turun memegangnya sambil berkata yang bermaksud: “Sekarang engkau boleh memilih samaada ditanam di tempatmu semula dan dengan cara itu engkau akan berkembang menjadi pohon yang subur seperti sebelumnya atau engkau ditanam di syurga yang engkau akan tumbuh disisi sungai-sungai dan mata air, lalu engkau akan mengeluarkan hasil berupa buah-buahan yang akan dipetik oleh para kekasih ALlah. Apa pilihanmu?” Ketika itu ayah Buraidah mendengar Nabi s.a.w bebisik dengan katanya: “Ya! Aku akan kabulkan permintaanmu”. Nabi mengulanginya dua kali. Setelah itu seorang sahabat bertanya dan jawapan Nabi ialah pohon itu memilih syurga. [Riwayat ai-Darimi]

Ibn ‘Aqil memberi komentar tentang mukjizat itu dengan katanya, kita tidak perlu merasa hairan tentang kejadian ini kerana ALlah s.w.t yang berkuasa magnet menarik besi kepadanya, maka juga berkuasa menjadikan Nabi s.a.w menarik makhluk-makhluk yang lain kepada Baginda s.a.w. [Rujuk al-Syifa’ Fi Huquq al-Mustafa dan al-Wafa’ Bi ahwal al-Mustafa karangan Ibn ai-Jauzi]


Boikot Gaya Hidup Tajaan Yahudi.

www.susuuntuksihat.blogspot.com

Selain keganasan di Palestin, umat Islam hari ini turut diserang dari berbagai penjuru terutamanya gaya hidup yang menyesatkan. Gaya hidup tajaan Yahudi ini adalah semata-mata untuk melalaikan umat Islam daripada mematuhi landasan hidup beragama yang berpaksikan al-Qur’an dan as-Sunnah.

Apa yang berlaku di Palestin adalah peperangan yang berbentuk fizikal, manakala dibumi yang lain pula diserang dalam bentuk gaya hidup tajaan mereka. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat Bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani? Nabi SAW bersabda: Siapa lagi kalau bukan mereka”. [Riwayat Muslim] Media hiburan yang dikuasai oleh mereka menaja gaya hidup bebas dari agama melalui bergagai jenis filem, lagu dan rancangan reality TV.

Semuanya berakar daripada Barat yang dicipta daripada Yahudi, disalurkan ke media melalui siaran TV dan juga internet. Laman You Tube, Goolge, Facebook, Twitter dan Blog menjadi medium paling mudah untuk mereka mengekpot budaya dan cara hidup songsang mereka ke Negara-negara Islam. Akibatnya generasi muda maupun tua semakin lumpuh daya fikir dan tidak mampu untuk berjihad di jalan ALlah.

Apa saja rancangan TV yang dikira menguntungkan semuanya ditiru secara melulu tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung oleh penonton, sehinggalah genarasi muda berjiwa santai tanpa mahu memikirkan hal yang lebih serius dan mencabar, dalam erti kata lain terus memisahkan diri mereka dari medan dakwah dan berterusanlah mereka hidup di alam mereka.

Kaum wanita turut diserang dengan gaya hidup ‘konsumerisme’ yang mementingkan jenama, fesyen tanpa memperdulikan persoalan akhlaq dan aurad. Akhirnya gaya hidup membazir dan kebendaan terus menjalar dalam kehidupan seharian.

Amat malang sekali sekiranya kita masih tidak sedar dan insaf tentang apa yang berlaku pada umat Islam masa kini, kita bukan sahaja perlu memboikot barangan Yahudi, tetapi dalam masa yang sama kita perlu memboikot gaya hidup mereka dari menjalar dalam tubuh kita. Oleh itu tepuk dada tanyalah diri, bagaimana kita hendak mengatasinya.


Kerja Untuk Ibadah.

amirussin@yahoo.com

Seringkali kita mendengar kebanyakkan orang yang sudah berjaya dalam kerjayanya akan mengatakan ‘inilah hasil kerja kerasku selama ini’ atau ‘inilah hasil titik peluhku’. Bekerja sekiranya tidak meletakkan segala kerja buat kita semuanya diberikan oleh ALlah, maka tidak mendapat pahala. Untuk menjadikan kerja atau kerjaya sebagai ibadah, kita perlulah meletakkan segalanya kerana ALlah.

Kerja adalah kewajipan bagi setiap orang muslim bagi memenuhi keperluan seharian sekeluarga. Nabi s.a.w pernah ditanya tentang pekerjaan yang paling baik. Dari Rifa’ah bin Rafi’ bahawasanya Rasulullah s.a.w ditanya apakah pekerjaan yang paling baik? Jawabnya: “Usaha seseorang dengan tangannya, dan tiap-tiap jual beli yang baik”. [HR.Bazzar dan disahkan oleh Hakim]

Dalam Islam, kerja dipandang bernilai bagi memenuhi keperluan seseorang dan keluarganya dan selalu dijaga agar tidak melanggari garis panduan yang digariskan dalam Islam. Mencari rezeki yang halal perlulah memisahkan dengan cara yang haram. Firman ALlah s.w.t yang bermaksud: “…dan bahawasanya seorang manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya” [QS 53:39]

Seterusnya apabila mendapat rezeki yang halal dan bersih dari unsur-unsur haram dan syubahat, rezeki, pendapatan atau nafkah itu hendaklah dibelanjakan atau dimanfaatkan ke jalan baik dan jalan yang diredhai-Nya. Sebagai seorang Muslim, kita perlu renungkan bahawa segala rezeki yang ALlah berikan pada kita semuanya dari sumber alam ciptaan ALlah, oleh itu tidak sepatutnya kita merasa sombong dan bongkak dengan mengatakan segala rezeki yang kita dapat adalah dari hasil usaha kita sendiri.

Dengan niat mencari rezeki dan nafkah kerana ALlah dan bukannya kerana sesiapa, bermakna kita telah meletakkan kerja itu sebagai ibadah, apatah lagi dalam melakukan kerja buat seharian kita tidak lupa untuk berzikir pada ALlah dan berselawat pada Nabi s.a.w.

Sesungguhnya untuk menjadikan kerja sebagai ibadah amat mudah, dengan hanya sentiasa meletakkan kerana ALlah ia sudah mencukupi untuk menjadikannya sebagai satu ibadah dan kehormatan dan kemulian datang dari kerja untuk dakwah dan ibadah.

Al-Qur’an merakamkan kisah Qarun yang kafir kepada ALlah, yang menjadi bongkok dan sanggup berbuat aniaya kepada manusia lain. Firman-Nya yang bermaksud: “Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidaklah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa ALlah s.w.t telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang lalu, orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya mengenai dosa mereka (kerana ALlah s.w.t sedia mengetahuinya)”. [Al-Qasas 28:78]


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Khulasa Tafsir.

Disini berita gembira tentang pemilik syurga tadi ALlah beritahu mereka adakah orang yang beriman dan ber’amal soleh, hanya dengan beriman tanpa ‘amal soleh maka berita gembira menjadi ahli syurga serta merta, belum didapati walaupun hanya beriman tanpa ‘amal soleh pasti akab dikeluarkan dari neraka ALlah satu hari nanti.

Tetapi kesengsaraan yang dilalui tanpa ‘amal soleh amat pedih, oleh itu ALlah swt buktikan dalam berita gembira ini untuk orang yang beriman dan ber’amal soleh.

بول جا ل Bol chal.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1.Saiz apa?

What size ?

اى مقاس ؟

Aiyu maqasin ?

Kis nap ka ?

2.Warna apa ?

What colour ?

اي لون ؟

Aiyyu launin ?

Kis rang ka ?

3.Saya tidak suka warna ini .

I don’t like this colour .

انا لأ احب هذ الون .

Ana la uhibbu hazal laun .

Mujhe yeah rank pasand nahin .

Tip Nabawi

Oleh:Ust Qamaruzzaman an-Nadwi

الودود Maha Pengasih.

Untuk menjalin kasih sayang antara suami isteri serta menghentikan segala persengketaan bacalah Asmaul Husna ini 1000 kali ditiup pada makanan lalu dibawa makan bersama [suami dan isteri] insya ALlah berhasil.

Soal jawab.

amirussi@yahoo.com

Soalan: Perlukah dijawab panggilan ibu ketika kita sedang solat ?

Jawapan: Sekiranya kita sedang menunaikan solat fardu, tidak pelu menyahut panggilan tersebut tetapi jika kita menunaikan solat sunat bolehlah berhenti untuk menyahutnya, Namun begitu, dianjurkan memberi isyarat bahawa kita sedang solat dengan bertasbih ‘Subanallah’ sekadar didengar oleh orang yang memanggil. Sewaktu bertasbih itu hendaklah dengan niat zikir. Bagi perempuan pula, dengan menepuk belakang tangan sebagai isyarat.

Soalan: Bolehkah seorang wanita Islam memakai seluar panjang dengan baju labuh ke lutut ketika keluar rumah ?

Jawapan: Pakaian itu hendaklah tidak menyerupai pakaian lelaki dan tidak ketat serta tidak menampakkan bentuk badan. Yang terbaik pakailah baju labuh dengan memakai yang melepasi paras dada labuhnya.

Muhasabah.

benhussin.blogspot.com

Sedekah Sebesar Gunung.

Harta adalah sesuatu barang yang digunakan untuk dibelanjakan. Simpanlah sebahagian daripa harta itu untuk keperluan sendiri dan bakinya pula dibelanjakan sebagai ‘amalan. ALlah s.w.t telah berfirman yang bermaksud: “Siapakah yang memberi pinjaman kepada ALlah, pinjaman yang baik [menafkahkan hartanya ke jalan ALlah]”.

(al-Baqarah:245)

ALlah s.w.t berfirman di dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “ Wahai anak Adam, simpanlah khazanahmu di sisi-Ku sebagai amanah. Ia tidak akan memberi kamu rasa bimbag kalau-kalau terbakar atau tenggelam atau dicuri. Aku akan mengembalikannya kepada kamu pada ketika kamu sangat-sangat memerlukannya”.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang bersedekah walaupun hanya sekecil sebiji buah kurma, tetapi dengan syarat harta yang disedekahkan itu benar-benar suci, maka ALlah mula memelihara sedekah tersebut sepertimana kita memelihara anak-anak, sehinggalah sedekah itu dapat dihimpunkan dan menjadi sebesar sebuah gunung”. [Riwayat bukhari dan Muslim]

Elakkan bersifat riyak atau menunujuk-nunjuk ketika bersedekah. Ini akan merosakkan pahala sedekah itu. Ber’amal hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai adalah satu perkara yang dihina. Riyak adalah satu perbuatan ‘amal yang hanya ingin menunjuk-nunjuk yang hanya ingin menunjuk-nunjuk kesempurnaan diri, kemasyuran dan ingin diri dipuji.

‘Amalan bersedekah sebaik-baiknya dilakukan secara tersembunyi supaya tidak wujud perasaan riyak dan mereka yang menerima sedekah tersebut tidak akan merasa terhina oleh orang lain. Imam al-Ghazali r.a berkata: “ Sedekah yang hanya untuk memasyurkan diri adalah perbuatan sia-sia. Zakat merupakan satu perbuatan fardhu untuk menghapuskan kecintaan terhadap harta dan penyakit cinta terhadap kedudukan dan kemuliaan. Sekiranya zakat dilaksanakan bersama dengan perasaan riyak, maka ia akan binasa tanpa memperolehi pahala dan rugi semata-mata”.

Sekiranya seseorang itu membelanjakan harta hanya kerana bertujuan untuk nama, penghormatan dan dengan niat yang lain bukan kerana ALlah, maka kebajikannya akan hancur, sebaliknya tidak akan mendapat apa-apa disisi ALlah.

Tip Pelajar Cemerlang.

tamarmerbok.blogspot.com

Faktor-faktor yang membantu kejayaan pelajar antaranya:

Menghadiri kelas.

Pelajar hendaklah sentiasa menghadiri kelas dan jangan sesekali memontengnya.Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas amat penting. Ia adalah satu rumusan yang dibuat oleh guru yang sudah terbukti berjaya. Walaupun kita boleh membaca buku sendiri, ada kelainan dengan apa yang di dapati di dalam kelas.

Membaca semua buku rujukan.

Selain penerangan guru di kelas, pelajar perlu merujuk buku tambahan untuk melengkapkan dan meluaskan pengetahuan dalam satu mata pelajaran. Mereka yang sering membuat rujukan yang menyeluruh akan dapat menambah maklumat dan pengetahuan baru. Tanyalah guru untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai.

Menyiapkan kerja atau tugasan rumah.

Ia sebagai pengukuhan pembelajaran dalam kelas dan menguji kefahaman pelajar.

Kesihatan yang baik.

Sentiasa menjaga kesihatan dengan meng’amalkan makanan berzat. Makanan yang baik akan memberi ransangan yang baik untuk minda. Perlu berarapan sebelum ke sekolah.

Bilangan kawan yang kecil.

Tujuannya untuk mengurangkan aktiviti sosial.

Mencatat nota.

Mungkin ingatan kita terhad atau mudah lupa, jadi pastikan kita mencatat sebarang nota apabila kita membaca dan mendengar keterangan dari guru atau berada dalam studies group.

Mendengar penerangan dengan teliti.

Menumpukan perhatian terhadap penerangan yang disampaikan oleh guru. Ini akan memudahkan sesuatu pelajaran difahami dan diingati.

Tidak berkhayal.

Termenung dan berkhayal merupakan penyakit yang membawa musibah. Orang yang suka berkhayal jasadnya di dalam kelas, fikirannya di luar kelas. Fikirannya tidak boleh menangkap apa yang diajar oleh guru dan apa yang dibaca.

Membuat persiapan.

Bersedia daripada awal dan tidak mengulangi serta membuat nota di saat-saat akhir.

Kemahuan hendak berjaya.

Inilah kunci kejayaan dan penentu dalam kehidupan seseorang. Tanamkan kemahuan untuk berjaya sejak dari awal tahun pengajian.

Doa’.

Setelah berusaha dan berikhtiar, berdoa’lah pada ALlah dengan bersungguh-sungguh. ALlah adalah pengharapan terakhir dan yang akan menentukan segalanya.

Tarbiyyatul Aulad

Tamarmerbok.blogspot.com

Awasi Makan Segera.

Sebuah rencana dalam Newsweek bertajuk ‘Devil Food Made Me Do It’ melaporkan kaitan antara makanan remeh yang terlalu banyak gula dengan keganasan. Menurut Hiroshi Osawa, Profesor bersara di Universiti Iwete, terdapat hubungan antara diet dengan keganasan, Diet yang kaya dengan gula tetapi rendah vitamin dan galian akan menyebabkan ketidakseimbangan bahan kimia yang berbahaya.

Kajian juga menunjukkan makanan ringan boleh menyebabkan kanak-kanak bersifat agresif. Imperialisme barat bukan saja menakluki sesebuah Negara, malah turut menjajah pemakanan kanak-kanak menerusi KFC, McDonald, Pizza Hut, Burer King dan lain-lain, sehinggakan boleh dikatakan separuh kanak-kanak dan remaja di dunia sudah melupai makan asasi dan tradisional mereka. CAP melaporkan snek yang menjadi makanan kegemaran kanak-kanak mengandungi dua kali ganda garam. Jumlah itu melebihi kadar yang selamat juga bagi orang dewasa. Garam juga boleh menpercepatkan kematian di kalangan kanak-kanak. Makanan segera mengandungi banyak natrium, misalnya 3 ketul ayam berempah mengandungi 2.590 mg natrium, melebihi paras harian 2.400 mg yang dibenarkan.

Menurut Worldwatch Institute, kanak-kanak di Amarika Syarikat disogokkan dengan 40.000 iklan talevisyen setahun. Sebahagiannya mempromosi makanan dan minuman yang tidak menyihatkan. Ibu bapa, guru dan masyarakat perlu bekerjasama untuk menyekat anak-anak daripada terus mengambil makanan segera yang tidak menyihatkan ini.

Amaran keras pasti dilakukan supaya gaya hidup pemakanan sihat dapat di’amalkan bagi menjamin kualiti minda dan tubuh badan yang sihat bagi anak-anak kita.

Rahsia Sumber ‘Alam

benhussin.blogspot.com

Lobak merah.

Lobak merah sangat bagus untuk mata.

Ia kaya dengan beta karotein yang akan

bertukar menjadi vitamin A dalam

badan kita. Ia berfungsi dalam proses bioelektrik mata dan membantu badan melepaskan radikal bebas. Malah terdapat sedikit protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin V6, vitamin C, vitamin K, dan potassium dalam lobak merah.

Avokado.

Ia mempunyai banyak nutrisi terutamanya lutein. Lutien merupakan antioksidan karetonoid yang mencegah degenerasi macular dan katarak. Selain itu avakado juga mengandungi banyak vitamin A, vitamin C, vitamin V6 dan vitamin E.

Bayam.

Bayam kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosfurus, besi, sodium, magnesium, mangan dan zink.Mampu melindungi mata dari proses penuan.

Biji bunga matahari.

Mempunyai vitamin E. Mencegah katarak dan baik untuk penjagaan keseluruhan kesihatan mata.

Salmon.

Kaya dengan Omega 3. Dapat mengurangkan pengeluaran partikel yang merupaka penyebab radang dalam tubuh dan boleh merosakkan kulit. Secara keseluruhannya ia juga baik untuk kesihatan mata.

Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]

0leh: Syaikh Osama

Hazrat Mughira [rha] kehte hei ‘hamlog apne ustaz Ibrahim [rah] se aise darte thi jaise kol badsha ko darta hei’.

Hazrat Mugira [rha] berkata ‘Kami takut pada ustaz kai Hazrat Ibrahim [rah] seumpama kami takutkan raja’.

English Section

amirussin@yahoo.com

Does man have the freedom of choice of his deeds in this life ?

Man has the free will to choose his deeds, whether good or bad. God knows in advance what you are going to choose and do, but His knowledge does not force you to choose because you yourself do not now what God knows about you.

That is why you are responsible for your deeds. You are accountable for whatever you do because you have the free will. God says in the Holy Qur’an “Then shall anyone who has done an atom’s weight of good see it. And anyone who has done an atom’s weight of evil shall see it”. [al-Zalzala :7-8]

However, because God is the Merciful, the Just, and the All-Knowing, and because man sometimes does what he does under the pressure of external circumstances, God forgives whomever wishes to forgive.


Untuk langganan albayan hubungi: Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM

25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

www.facebook.com/albayanku

Bilal Tahfiz School & Islamic Studies

Pendaftaran dibuka sekarang.

Bertempat di No.12A Bangunan Peniagaan Nilam Sari, 08000 Sungai Petani. Kedah.

Terbuka kepada semua pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga kepada golongan dewasa yang berminat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir 013 7338966.

Boleh lewati www.bilaltahfizschool.blogspot.com

www.facebook.com/bilaltahfizschool

Monday, February 27, 2012

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i.
Semua umat Islam diseluruh dunia baru sahaja selesai menyambut mauled Rasulullah SAW. Berbagai program diatur untuk menyambut agenda yang besar ini. Syukur kita kerana di dalam dunia yang semakin maju dan semakin bercelaru ini, masih ada segelintir yang mahu memperingati hari kelahiran Baginda SAW. Tapi dalam keghairahan kita menyambut hari mauled Rasul SAW ini jangan pula kita tidak meng’amalkan segala sunnah yang dianjurkan untuk kita ‘amalkan, serta jangan pula ada yang memperlekeh sunnah Baginda SAW ini.

ii.
Agenda besar kita ialah persediaan menghadapi saat-saat kematian. Jadi mulai dari saat dan tika ini marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi SAW serta melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh ALlah pada kita. Kita amat merasa malu dan bersalah sekiranya masih ada dikalangan kita baik lelaki mahupun wanita yang masih meng’amalkan cara hidup jahilliyyah. Masih ada yang berbusana tidak menutup aurad dan berbangga dengannya serta masih ada yang tidak bersolat dan mempermain-mainkan perintah ALLah SWT dan sunnah Baginda SAW.

iii.
Firman ALlah yang bermaksud: “Adalah kamu sebaik-baik umat, yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh mengerjakan kebaikan dan melarang dari membuat kejahatan”. [Ali Imran:110]

Tidak kira siapa kita dan dimana level kita, menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar adalah wajib, jangan kita melihat saja segala kemungkaran yang berlaku baik didalam rumah kita maupun diluar. Sekiranmya kita tidak mampu untuk mencegahnya dengan tangan’ maka cegahlah dengan lidah’ jika tidak mampu juga maka cegahlah dalam hati, maka itu adalah selemah-lemah iman [maksud hadis]. Jadikan diri kita sebagai pemankin kebaikkan bukannya pemankin kesesatan.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Salahudin al-Ayyubi.

Nama sebenarnya Yusof, lahir di Tikrit[Iraq] pada tahun 543H atau 1138M. Ayahnya bernama Najmuddin Ayyub berbangsa Kurdis berasal dari Azarbaijan. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa dua orang petera bernama Najmuddin Ayyub [ayah Salahudin] dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian ayahnya dilantik menjadi panglima tentera.

Sejak kecil Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Lane-poole seorang ahli sejarah Inggeris menulis mengenai Salahudin. “Sebagai seorang anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan”.

Menurut Shaddad seorang ahli sejarah Arab, “Sebaik sahaja Salahuddin berpindah ke Mesir, dunia keseronokan sudah luput dari hatinya. Dia berpaling kepada keseronokan dunia lalu memilih hidup dengan penuh pengabdian kepada ALlah”.

Menurut Lane-poole “Selepas berpindah ke Mesir, Salahudin mula menyusun kehidupan dengan lebih ketat. Beliau bertambah warak dan zuhud. Beliau berpaling daripada hidup bersenang-senang kepada hidup yang lebih sederhana, serta menjadikan dirinya sebagai teladan kepada tenteranya. Sejak itu beliau mula menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada satu tujuan yang besar, iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghantar keluar kaum Kristian dari Baitul Maqdis”.

Menurut Ibnu Shaddad pula “Kerana terbakar dengan semangat bagi memerangi tentera-tentera salib, jhad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bagi menguatkan pasukan tentera serta berbincang dengan sesiapa yang menyuarakan pendapatnya mengenai persediaan perang itu. Dalam menjayakan usaha jihad, beliau meninggalkan rumah dan keluarga, serta memilih kehidupan dalam khemah tentera”.

Kemuncak perjuangan Salahudin apabila tenteranya Berjaya mengalahkan tentera salib di Hittin pada 4hb Julai 1187. Kejayaan ini membawa kepada jatuhnya Baitul Maqdis pada 15 Oktber 1187 bersamaan hari Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah.

Ketika kota Jerusalem ditawan oleh tentera salib pada 15 Julai 1099 keadaan begitu menyayat hati. Tentera salib membunuh hamper kesemua penduduk yang beragama Islam. Tetapi apabila kota Jerusalem Berjaya ditawan oleh Tentera Islam pada 15 Oktober 1187, Salahudin memerintahkan tentera Islam memberi layanan yang baik kpada tawanan. Tidak ada seorang pun penduduk Kristian yang dibunuh.

Setelah berjaya menawan kota Jerusalem, beliau kembali ke Damsyik. Walaupun ketika itu beliau menjadi pemerintah dari dari Mesir ke Yaman dan namanya masyur kerana berjaya menakluk Baitul Maqdis, namun beliau tetap memilih hidup yang sederhana.

Beliau meninggal dunia pada malam 27 Safar 598 Hijrah bersamaan Mac 1193 ketika itu beliau berumur 55 tahun dan dikebumikan di Damsyik, Syiria.


Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Bersama anak itu aqiqah. Maka alirkanlah darah untuknya dan hindarkanlah bahaya daripadanya”.
[Hadis riwayat Bukhari ]

Ashabus Sunan meriwayatkan daripada Samurah katanya: Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: ‘Setiap anak bergantung kepada aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh, diberikan nama dan dicukurkan kepala”.

Yahya bin Said menyebut daripada Amrah, daripada Aisyah r.a.h. : “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengaqiqahkan untuk al-Hasan dan al-Husain pada hari ketujuh”.

Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, aqiqah amat digalakkan dibuat pada hari ketujuh kelahiran. Walau bagaimanapun, aqiqah adalah sah dilakukan pada bila-bila masa selepas kelahiran anak, sebaik-baiknya tidak terlalu lewat.

Hikmah aqiqah:

• Mendekatlan diri anak dengan ALlah.
• Sebagai tebusan anak dari bebanan dan bahaya sebagai mana tebusan Nabi Ismail a.s. dan tebusan Abdullah bapa Nabi SAW.
• Melepaskan belengu anak untuk mensyafaatkan kedua ibu bapanya.
• Menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan kelahiran anak, juga menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad SAW .
• Mengeratkan tali ukhuwwah dan silaturrahim antara anggota keluarga dan jiran tetangga.
• Sebagai simbol ingatan kepada prinsip tolong menolong dalam anggota masyarakat.


Mutiara Kalam [siri 34].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Bersahabat dengan syaitan
Hasilnya pasti penyesalan
Syaitan
Penghulu dari segala yang
Terbuang.

Erti Sebuah Tangisan.
benhussin.blogspot.com

“….dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang, tertawa dan menangis”. [an-Najm: 43]

ALlah yang menciptakan tangisan serta sebab tercetusnya tangisan. Sumbernya dari mata yang kecil tetapi airnya tidak pernah kering.

Tangisan tercela dan terpuji.
Ada tangisan yang sangat tercela seperti tangisan meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada serta merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan yang sangat terpuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa lalu atau tangis kerana takutkan azab ALlah.

Tangisan memadamkan api neraka.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali ALlah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang dari satu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata, sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka”.

Air mata taubat Nabi Adam a.s yang menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana takut terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air mata itulah ALlah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata “Manis sungguh air ini”. Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu lagi kuat ia menangis.

Lalu ALlah mendengar dan menerima taubat Nabi Adam a.s.dan mewahyukan “Hai Adam, sesungguhnya belum pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu !”.

Berkata Salman al-Farisi r.a : “ Aku menangis kerana 3 perkara: berpisah dengan Rasulullah SAW dan para sahabat, ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawa dan aku tidak tahu samaada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau ke neraka”.

Air mata tanda rahmat ALlah.
Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikan tiga perkara: Apabila dahinya berpeluh, airmatanya berlinang dan hidungnya keluar cecair seperti hingus”. [Riwayat dari Salman al-Farisi]


Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Mutiara Paling Berharga.

Pada suatu hari Abu Hurairah berdiri di pasar Kota Madinah. Kemudian dia berkata kepada para pedagang, mengapa kamu masih belum lagi menutup barang dagangan kamu ? Maka mereka bertanya kebingungan, “Ada apa kiranya, ya Abu Hurairah?”

Abu Hurairah menjawab, “Apakah kamu tidak tahu kalau warisan Muhammad SAW tengah diberikan sehingga kamu masih berada disini? Apakah kamu tidak mahu mengambil bahagian kamu?” Dengan keinginan yang meluap mereka bertanya serius, “Dimana ya Abu Hurairah?”

“Dimasjid Rasulullah SAW ,” jawab Abu Hurairah ra. Setelah diberitahu demikian, para perdagang itu segera bergegas ke Masjid Rasulullah, sedang Abu Hurairah tetap tinggal disitu, tidak ikut pergi. Tidak beberapa lama kemudian para pedagang itu kembali ke pasar.

Abu Hurairah bertanya kepada mereka, mengapa kamu kembali, mereka segera menjawab dengan nada kesal, “Ya Abu Hurairah, kami telah datang ke masjid Rasullah SAW, tetapi setiba di sana kami tidak melihat ada sesuatu yang dibahagi-bahagikan oleh Rasullah SAW….”

Abu Hurairah bertanya lagi memancing, “apakah kamu tidak melihat seorangpun di masjid?” Bukan deikian ya Abu Hurairah. Kami melihat ramai orang tetapi bukan seperti seperti yang engkau maksudkan. Kami melihat ramai orang yang sedang solat, sementara sekelompok lainnya ada yang sedang membaca al-Qur’an da nada pula yang mempelajari soal-soal yang halal dan haram,” jawab pedagang itu agak kecewa.

Mendengarkan penjelasan pedagang tersebut, Abu Hurairah menjelaskan, “Wahai para perdagang, ketahuilah, itulah warisan Muhammad SAW yang paling berharga untuk kamu semua…….”


Untungnya Mendirikan Solat.
www.susuuntuksihat.blogspot.com

Memang untung jika kita mendirikan solat. Untungnya adalah seperti berikut:

• Jiwa sentiasa tenang dan tenteram.
• ALlah kasih dan sayang kepada kita.
• Kita sentiasa bersih hati, tubuh badan, pakaian dan tempat kediaman.
• Bersih daripada kekotoran dosa dan noda serta wajah sentiasa berseri-seri.
• Terhindar daripada maksiat dan perbuatan keji.
• Memperolehi limpahan hidayah, rahmat serta barakah.
• Rezeki dipermudahkan.
• Diselamatkan daripada azab kubur.
• Menerima buka cacatan daripada tangan kanan pada hari perhitungan.
• Dapat melintasi titian sirat diakhirat nanti sepantas kilat.

Syaidina Uthman r.a berkata “ Sesiapa yang memelihara solat 5 waktu dengan menunaikannya terus menerus, tepat pada waktunya, nescaya ALlah SWT mengurniakan kepadanya sebanyak 9 kurniaan”. Kurniaan itu ialah :

• ALlah cinta kepadanya.
• Tubuhnya sentiasa sihat.
• Dijaga oleh para Malaikat.
• Turun keberkatan di rumahnya.
• Berkesan di wajahnya tanda orang soleh.
• ALlah melembutkan hatinya.
• Melalui titian Sirat sepantas kilat.
• ALlah akan meyelamatkannya dari api neraka.\
• ALlah akan menempatkannya di sisi para wali-Nya yang tidak merasa takut dan sedih.


Sekiranya Kita Cintakan ALlah.
amirussin@yahoo.com

Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Supaya kamu semua beriman kepada ALlah dan Rasul-Nya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang”. [al-Fath:9]

Sekiranya kita benar-benar cintakan ALlah, maka biarlah kehidupan kita seharian dengan bibir, fikiran dan hati kita sentiasa berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada ALlah. Buatlah pekerjaan apapun dalam seharian kehidupan kita, semuanya bersama dengan lidah dan bibir sentiasa basah dengan memgingati ALlah.

Sekiranya kita berjalan, berjalanlah sambil lidah dan bibir menyebut Subhanallah, jika berbasikal biarlah lidah sentiasa menyebut ALhamdulullah, jika bermotor atau menaiki bas maupun berkereta apalah salahnya hati, bibir dan lidah disibukkan dengan menyebut ALlahu Akbar.

Lidah menyebut kalimah ALlah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagungan-Nya dan tidakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan hukum hakamnya. Itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan keatan dalam dan luaran, juga kekuatan minda.

ALlah akan menolong kita yang selalu mengingatinya ataupun orang yang bertaqwa, tetapi sekiranya kita berterusan melupai ALlah, maka sekiranya ALlah melupai kita nanti jangan dikesali.

ALlah akan membela dan menolong orang yang bertaqwa kepada-Nya yang hati-hati mereka sering mengingati-Nya, sekiranya kita yang mengaku Muslim tetapi dalam sehari sepatah pun tidak pernah menyebut Subhanallah, Alhamdulillah dan ALlahu Akbar, percayalah kita akan dibiarkan oleh ALlah dalam keadaan yang terbiar, susah, merempat dan merana, dihina dan dizalimi oleh musuh ALlah tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya.


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Khulasa Tafsir.

Ayat sebelum ini ALlah SWT menceritakan tentang hal keadaan mereka yang kufur akan ALlah SWT dan berikutnya dalam ayat ini, ALlah SWT menceritakan mereka yang beriman dan ber’amal soleh dan apa yang akan mereka perolehi, tentang suasana syurga dan hal ehwal syurga.

Buah-buahan yang mepunyai bentuk yang sama seperti buah di dunia ini digambarkan supaya kelazatan syurga dapat dibayangkan dan dirasai oleh manusia semasa mereka masih di dunia ini lagi. Walaupun rupa bentuk yang sama tetapi dari segi kelazatannya tetap tidak sama.

Begitu jugalah ALlah SWT gambarkan ahli syurga yang suci kerana bermaksud mengingatkan kehidupan atas muka bumi ini akan adanya pencemaran akhlaq – iman, maka manusia perlu berhati-hati melalui kehidupan di dunia ini.


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Saya mahu kemeja
I want a shirt.

اريد قميصا .
Uridu qamisa.

Mujhe qamis chaiyye.

2. Saya mahu payung.
I want a umbrella.

اريد شمسية .
Uridu shamsiyatan.


Mujhe ik chatri chaiyye.

3. Saya mahu sapu tangan.
I want a handkerchief.

اريد منديلا .
Uridu mindilan.

Mujhe ik rumal chaiyye.


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Bukti Cinta ALlah Kepada Hambanya.

Firman ALlah yang bermaksud: “Kitab al-Qur’an ini tidak ada sebarang syak padanya [tentang datangnya dari ALlah dan tentang sempurnanya]; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang [hendah] bertaqwa”. [al-Baqarah:2]

Al-Qur’an diturunkan sebagai panduan hidup kepada manusia supaya hidup manusia tidak berada di dalam kebingungan bagi menjalani kehidupan seharian. Al-Qur’an menjadi petunjuk aqidah yang tersimpul dalam keimanan akan keesaan ALlah dan kepercayaan akan kepastian hari pembalasan.

Al-Qur’an menjadi petunjuk mengenai akhlaq yang murni dengan jalan menerangkan norma keagamaan dan moral, baik yang menyangkut kehidupan peribadi mahupun sosial.

Al-Qur’an menjadi petunjuk mengenai syariat dan hukum iaitu dengan jalan menerangkan dasar-dasar hokum dalam hubungannya dengan ALlah dan sesame manusia.

ALlah mengutuskan para Rasul secara fitrah, setiap manusia memerlukan teladan yang boleh dijadikan rujukan. Firman ALlah yang bermaksud : “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan [keredhaan] ALlah dan [balasan baik] hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALlah banyak-banyak [dalam masa susah dan senang]”. [al-Ahzab:21]
ALlah tidak membiarkan manusia berjalan ‘sendirian’. ALlah mengurniakan ‘teman terbaik’ yang akan menemani manusia menuju jalan kebahagiaan, mengenalkan manusia kepada Tuhannya, sekaligus menjadi model manusia yang sesuai dengan kehendak ALlah SWT.

Kita yang hidup tidak sezaman dengan Rasulullah SAW, dapat membuka warisannya berupa hadis dan sunah. Di dalamnya terdapat penjelasan yang terperinci tentang semua ajaran ALlah. Ajaran yang berisi tentang petunjuk menjalin hubungan dengan ALlah dan dengan manusia. Di dalamnya juga terdapat gambaran tentang peribadi mulia Rasullah SAW sebagai qudwah paling baik dan sempurna.

Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Dialah ALlah yang menjadikan segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendak-Nya kearah langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. [al-Baqarah:29]

Antara lain bukti kecintaan ALlah kepada hambanya ialah dengan memberi keampunan kepada manusia yang benar-benar bertaubat serta Maha Pemberi Rezeki dengan memberi rezeki kepada setiap makhluk di atas muka bumi ini.


Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Apa yang dimaksudkan ‘mencuri dalam solat’ ?

Jawapan : Daripada Abdullah bin Abi Qatadah r.a. yang meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pencuri yang paling buruk dari kalangan manusia ialah orang yang mencuri dalam solatnya”. Para sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah, bagaimana seseorang itu boleh mencuri dalam solatnya?”. Jawab Nabi SAW [magfumnya]: “Seseorang yang tidak ruku’ dan sujud dengan sempurna”. [Riwayat Imam al-Darimi,Ahmad,al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah]

Perkara ini diterangkan dalam banyak hadis. Seorang pencuri dan perbuatan mencuri dipandang dengan pandangan rendah lagi hina, apatah lagi perbuatan itu disabdakan oleh Rasulullah SAW sebagai ‘pencuri yang paling buruk’ kerana melakukan ruku’ dan sujud dengan tidak sempurna.

“Tidak sempurna solat seseorang itu sehinggalah dia sujud hingga tenang sendi-sendinya, lalu mengucap ALlahuakbar, menganggkat kepalanya sehingga duduk dengan tetap”. [Riwayat Abu Daud]

Soalan: Apakah Islam membenarkan kencing sambil berdiri ?

Jawapan: Dalam kalangan para ulama’ terdapat perbezaan pendapat. Sebahagiannya berpendapat haram, namun sebahagian yang lain mengharuskannya, dengan syarat air kencing tidak terkena atau terpercik pada pakaian atau badan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha. katanya: “Sesiapa yang ceritakan kepada kamu bahawa Nabi SAW kencing berdiri, maka jangan membenarkannya, Baginda tidak pernah kencing kecuali secara duduk”.

Namun dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Huzaifah r.a. dan disahihkan oleh Imam Muslim, disebut bahawa Rasulullah SAW pernah kencing sambil berdiri.


Tarbiyyatul Aulad.
amirbenhussin@gmail.com

Ciri Asas Keperibadian Muslim.
[Yang perlu dididik kepada anak-anak]

Harapan masyarakat terhadap peribadi Muslim.
• Sebagai role model [sumber inspirasi]
• Sebagai khazanah ilmu.
• Sebagai rujukan masyarakat.
• Sebagai pencetus dan pemangkin kesedaran.

Penguasaan dan ciri-ciri asas peribadi Muslim.
• Pegangan dan ‘amalan Islam yang kuat.
• Berkata dan meng’amalkannya.
• Berjaya menimbulkan keyakinan kepada masyarakat.
• Menjadi benteng dan harapan.
• Jelas dengan tasawwur [world view], mendahului kepentingan masyarakat daripada kepentingan diri.
• Mempunyai kekuatan Iman, mental dan moral.
• Kaya dengan ilmu dan nilai-nilai murni.
• Sentiasa mencari keredhaan ALlah.
• Tidak tergoda dengan harta dunia, pangkat, nama dan kedudukan.
• Berani mengaku salah menyedari kesalahan.
• Kaya dengan idea buah fikiran yang menjurus kepada kabaikan.
• Bersedia untuk dimuhasabah.


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

الباريء Pemberi Kehidupan.

Jika seorang perempuan yang belum mendapat anak, berpuasalah untuk 7 hari dan selepas berbuka puasa bacalah الباريء المصوي [al-Bariul Musawwiru] sebanyak 21 kali, insya ALlah, ALlah akan mengurniakan anak.

Mazhab Syiah.
amirussin@yahoo.com

Pelbagai Penyelewengan Umum.

• Menziarahi kubur Saidina Hussin ganjarannya syurga.
• Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam.
• Menghina isteri-isteri Nabi SAW.
• Mengharuskan jamak solat dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
• Imamah dan Khalifah sebahagian daripada Rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
• Solat dhuha adalah bid’ah.
• Islam bukanlah syarat wajibnya haji.
• Wajib menyapu kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 3 Mei 1996 menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah’ syariah dan akhlaq.

[Sumber dari Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor]


Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Kunci Cemerlang.

Para pelajar haruslah menyedari hakikat bahawa kecemerlangan adalah datangnya dari ALlah yang diberi kepada kita atas segala usaha dan doa’ kita dan doa’ kedua orang tua kita serta doa’ guru-guru.

Sebagai seorang pelajar Muslim’ kita hendaklah menjadikan contoh yang terbaik untuk kita mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan pendorong untuk kita berjaya dan cemerlang.

Semasa berada di dalam kelas semasa guru mengajar, kita harus memberi fokos dan tumpuan yang sepenuhnya dan memastikan kita faham apa yang diajar oleh guru. Sekiranya kita tidak faham tentang sesuatu perkara walaupun kecil perlu untuk kita bertanya dan mendapat penjelasan yang jelas dari guru.

Faktor ulangkaji juga perlu dengan melakukan ulangkaji yang smart bukannya hard, iaitu pastikan dapat apa yang kita ulangkaji dan cuba elakkan mengulangkaji ketika mengantuk.

Kita hendaklah juga memastikan menjaga adab-adab ketika belajar dan adab-adab bersama guru. Cara kita membaca buku dan cara kita berinteraksi dengan guru perlu dititik beratkan kerana redha guru juga menjadi punca kejayaan dan kecemerlangan kita.

Sebagai seorang Muslim, niat yang betul untuk menuntut ilmu perlu jelas, bukan kerana sesiapa atau bukan kerana sekeping sijil tetapi kerana ALlah SWT. Ingatlah setiap hari kita diseru untuk mencapai kejayaan sebanyak 5 kali ketika azan dilaungkan. Ikhlaskan niat hanya kerana ALlah, bersungguh-sungguh serta menjauhkan perkara-perkara yang mengganggu pelajaran seperti bercinta, menonton filen atau mendengar lagu serta leka dengan laman-laman maya.

Kita juga perlu bijak membahagi masa, bahagi masa mengikut keutamaan, utamakan perkara yang lebih utama. Disamping itu kita juga perlu memperbanyakkan berdoa’ kepada ALlah serta berqiammullail bagi mendekatkan diri dengan ALlah, pohonlah pada Nya dengan bersungguh-sungguh.

Seorang guru sangat mengharapkan kejayaan dan kecemerlangan para pelajarnya,cemerlang di dunia dan juga di akhirat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang inginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya, maka hendaklah dengan ilmu juga”.



Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Khasiat Acai Berry.

1. Mengandungi Vitamin dan Mineral yang penting termasuk vitamin B, E, asid lemak Omega, Omega 6 dan Omega 9.
2. Mempunyai protein lebih daripada telur. Protien membantu pembentukan lapisan luar rambut, kuku dan kulit.
3. Mengandungi Glukosamin, iaitu sebatian yang mampu membantu menguatkan tubuh dan mengekalkan tisu tubuh.Mengandungi kalsium untuk menguatkan tulang, mencegah kehilangan tisu tulang.
4. Mengandungi Antioksidan yang dikenali sebagai Polifenol untuk
melindungi jantung dan membaiki penghasilan Oksida Natrik dalam sel-sel Endothelal bagi mengurangkan risiko saluran darah tersumbat.
5. Kaya dengan Asid Lemak Perlu [EFA] mampu mengurangkan kolestrol tidak baik yang bahaya.Anthocyanin dalamnya boleh melindungi saluran darah yang kecil dan yang besar termasuklah verna, arteri dan kapilari.Indek Glisemik Rendah mampu memperbaiki tahap glukosa dan lipid pesakit Diabetes.
6. Menjaga kecantikan kulit.
7. Meransang pertahanan semulajadi tubuh.
8. Kaya dengan Asid Amino perlu dan Mineral.
9. Mengandungi Beta Karotina dan vitamin C mampu memberi zat dalam melindungi kesihatan mata.


Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]
0leh: Syaikh Osama


Imam Abu Yousuf r.a.h kehte hei ‘Ke meine buzurgo se suna hei ke jo ustaz ko kadar nehi karta oh kamiyab nehi hota’

Imam Abu Yousof r.a.h berkata ‘Aku dengar daripada para ahlullah [orang yang hamper dengan ALlah] yang terkemuka bahawa pelajar yang tidak menghormati gurunya tidak akan berjaya’.


English Section
amirussin@yahoo.com

Is wealth a signal of God’s love of a certain person ?

Not always. God may test you through richness. If you become a millionaire one day, hopefully, this is going to be a tough test for your integrity, your ethics, and your decicions.

What are you going to do with your millions ? How to spend them ? Are you going to misuse your money in hurting [eople ? Money is a real test.

Poverty may be another kind of test. If you are poor, the test is how to act. Are you going to deceive others, cheat, bribe, lie, steal or rob in order to overcome your poverty ?

Are you going to overcome poverty lawfully or unlawfully ? Will poverty change the person into a devil or will be he remain self-balanced ? This is the other test.


Nazam

Perjuangan Ini


Usah singgah walau dimana
Masa dan usia sentiasa mencemburui kita
Leka sedetik ia terus berlalu
Tanpa segan silu.

Usah leka walau sedetik
Lewat masa yang kian berlalu
Tanpa tanpa penat lelah
Teruskan niat kerana ALlah.

Kita insan juga hamba
Selalu lalai dan alpa
Dalam meneruskan jihad ini
Di medan penuh ranjau dan onak.

Perjuangan seorang hamba
Tidak pernah disentuh oleh sesiapa
Usah lupa sentiasa berdoa’
Kepada ALlah Yang Maha Kuasa.

Kini dulu dan selamanya
Pasang niat yang berkekalan
Berjihad dan berjuang untuk-Nya
Untuk kita sebagai bekalan.

Oleh: benhussin

Nilam sari.
22.feb 2011

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.
www.facebook.com/albayanku

Bilal Tahfiz School & Islamic Studies

Pendaftaran dibuka sekarang.

Bertempat di No.12A Bangunan Peniagaan Nilam Sari, 08000 Sungai Petani. Kedah.

Terbuka kepada semua pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga kepada golongan dewasa yang berminat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir 013 7338966.

Boleh lewati www.bilaltahfizschool.blogspot.com
www.facebook.com/bilaltahfizschool