Wednesday, September 26, 2012

Muqaddimah


الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.  

i           Semoga Iman dan ‘Amal kita berterusan sampai akhir hayat, tidak kita dimana saja kita berada.

ii.         ALlah melihat segala-Nya bukan rupa paras, harta benda dan segalanya yang kita miliki di atas muka bumi ini, tetapi ALlah melihat ketaqwaan dan keimanan kita.

iii. Semoga masuknya bulan haji akan kita tingkatkan lagi ‘amal kita pada-Nya.
                  amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Kisah  Imam  al-Haramain  Sewaktu Kecil (Kehebatan  Susu  Ibu.)
Imam Al-Haramain adalah  merupakan salah seorang guru yang mendidik Imam Ghazali hingga menjadi ulama besar di bidang tasauf.
Ayah Imam Al-Haramain bernama Abu Muhammad Al-Juwaini yang juga merupakan seorang ulama besar pada masa itu. Kerjanya adalah menyalin kitab-kitab ilmu pengatahuan dengan menerima upah dari kerjanya itu.

Sedikit demi sedikit, Abu Muhammad Al-Juwaini mengumpulkan wang yang diterimanya sehingga mampu untuk membeli seorang budak perempuan untuk dijadikan isterinya.

Kebetulan pula, isterinya itu merupakan seorang wanita yang solehah dan kuat beribadah. Jodoh yang diberikan Tuhan kepadanya amat sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang ulama besar dan dia amat bahagia beristerikan wanita itu.

Allah mengurniakan mereka seorang anak lelaki yang diberikan nama Abdul Malik. Abu Muhammad sangat berharap agar anaknya akan menjadi orang yang soleh dan patuh pada perintah agama.

Oleh itu, sejak kecil lagi Abu Muhammad menjaganya dari perkara-perkara yang subahat apalagi yang haram. Hal ini dapat dilihat dari pesannya terhadap isterinya supaya tidak diberikan kepada perempuan lain untuk menyusukan terutama sekali untuk perempuan yang tidak dikenali. Sebagai isteri yang solehah dan taat, segala perintah dan pesanan suaminya dilaksanakan sebagaimana patut.

Suatu ketika, Allah menguji keimanan isterinya dengan menimpakan suatu penyakit. Oleh kerana penyakit yang agak lama, keringlah air susu perempuan itu. Anaknya menangis kerana sangat kehausan sehingga didengari oleh jirannya. Atas dasar belas kasihan, disusuinyalah anak itu sedikit oleh jirannya.

Apabila Abu Muhammad tahu anaknya disusukan oleh perempuan lain, dia merasa amat kesal. Melihat keadaan itu, perempuan yang menyusukan anaknya tadi pulang, Abu Muhammad mengambil anaknya dan menonggengkan kepalanya ke bawah serta mengorek mulutnya sampai anak itu memuntahkan air susu perempuan yang bukan ibunya itu. Lalu Abu Muhammad berkata : "Bagiku tidak keberatan jika anak ini meninggal sewaktu kecilnya daripada rosak perangainya dengan sebab meminum air susu perempuan lain yang tidak aku kenal ketaatnnya kepada Allah"

Anak itu dikenali dengan nama Iman Al-Haramain Abdul Malik Al-Juwaini, guru daripada madrasah-madrasah Naisabur.

Kadang-kadang ketika dia mengajarkan ilmunya, beliau marah-marah. Setelah reda kemarahannya, lalu dia berkata: "Mungkin sebab kemarahanku ini adalah berpunca daripada sisa-sisa air susu wanita lain yang tidak sempat aku muntahkan"


Jenis-jenis Nafsu Menurut Islam.amirussin@yahoo.com
Nafsu itu adalah keinginan manusia yang tersirat dalam akal pikirannya.

Nafsu ada yang baik, iaitu nafsu yang tidak bertentangan dengan hati nurani serta perintah-perintah dan larangan-larangan yang Allah tetapkan.
Nafsu buruk. Namun ada pula nafsu yang buruk, yaitu nafsu yang hanya untuk memenuhi keinginan pikirannya saja, tanpa melibatkan hati nurani dan ketetapan Allah.

Nafsu Amarah. Nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
Mereka adalah dari golongan yang bermaksiat di mata dan di hatinya.
Mereka adalah golongan ahli neraka.
Firman Allah, QS.12 Yusuf :53

Dan aku tidak membebaskan diriku [dari kesalahan], karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Nafsu Lawamah. Nafsu yang menyadari apabila melakukan suatu kemungkaran.
Golongan ini beramal tetapi masih ada riya, hasad, dengki dan sebagainya.
Nafsu mereka tetap dilakukan walau mereka tahu itu salah. Mereka adalah golongan ahli neraka.

Firman Allah, QS.75 Al-Qiyamah :1 -2
Aku bersumpah dengan hari kiamat, (1)
dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali [dirinya sendiri]. (2)

Nafsu Marhamah. Nafsu yang telah dapat membuang sifat tercela. Walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
Mereka adalah golongan ahli neraka.

Firman Allah, QS.89 Al-Fajr :2 – 8
Dan malam yang sepuluh, (2)
Dan yang genap dan yang ganjil, (3)
Dan malam bila berlalu. (4)
Pada yang demikian itu terdapat sumpah [yang dapat diterima] oleh orang-orang yang berakal. (5)
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ’Aad?, (6)
[yaitu] penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, (7)
Yang belum pernah dibangun [suatu kota] seperti itu, di negeri-negeri lain, (8)

4 Kisah Kelebihan Solat Ditengah Malam.amirussin@yahoo.com

Kisah 1.
Syeikh 'Abdul Wahid r.a. merupakan salah seorang ahli sufi yang terkenal. Beliau menceritakan "Pada satu malam aku sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum sempat menyempurnakan wirid dan zikir. Aku melihat dalam mimpiku seorang gadis yang sangat cantik berpakaian sutera hijau. Seluruh anggota badanya, sehingga kasut pada kakinya pun sibuk berzikir
Gadis itu berkata kepada saya, "Usahalah untuk mendapatkan saya. Saya ingin mendapatkan engkau". Kemudian beliau pun membaca beberapa rangkap syair percintaan. Setelah tersedar dari mimpi, beliau pun bersumpah tidak akan tidur lagi pada waktu malam. Diriwayatkan bahawa selamat 40 tahun beliau bersolat isyak dan subuh dengan wuduk yang sama",

Kisah 2.
Syeikh Mazhat Sa'adi r.a adalah seorang wali Allah. Beliau sentiasa menangis selamat 60 tahun kerana cinta dan rindu kepada Allah SWT. Pada suatu malam beliau telah melihat dalam mimpinya seolah-olah sebuah sungai, yang dipenuhi dengann kasturi. Di tepian sungai terdapat pohon yang subur dan diperbuat daripada mutiara dan dahan pohon itu diperbuat daripada emas. Di sana beberapa orang perawan sibuk memuji Allah SWT. Beliau bertanya, "siapakah kamu?" Mereka menjawab menerusi dua rangkap syair yang bermaksud "Allah yang maha suci, Tuhan kepada Muhammad, yang disembah oleh manusia telah menciptakan kami untuk mereka yang sentiasa berdiri sepanjang malam di hadapan Allah serta bermunajat kepadaNya"

Kisah 3.
Abu Bakar Dharir r.a berkata "Saya mempunyai seorang hamba yang muda. Dia berpuasa sepanjang hari dan bersolat tahajud sepangjang malam, Pada suatu hari dia datang kepada saya lalu bercerita, "Semalam saya tertidur. Saya melihat datang kepada saya bahawa  dinding mihrab merekah dan daripada celah-celah rekahan tersebut muncullah beberapa orang gadis sangat jelita lagi cantik, tetapi salah seorang daripada mereka sangat hodoh. Saya bertanya, "Siapakah kamu dan siapakah sihodoh itu?" Lalu mereka menjawab, "Kami ialah malam-malam kamu yang lepas dan yang hodoh itu adalah malam ini".

Kisah 4.
Seorang wali Allah berkata, "Pada suatu malam saya tertidur dengan nyenyaknya sehingga tidak terjaga untuk bersolat tahajud. Saya melihat dalam mimpi seorang gadis yang sangat cantik yang belum pernah saya pernah meilhat seumpamanya seumur hidup. Daripada tubuhnya keluar haruman semerbak yang sangat wangi yang tidak pernah saya hidu. Dia menghulurkan sekeping kertas yang tertulis tiga rangkap syair yang bermaksud "kamu terlalu sibuk dengan keseronokan tidur sehingga kamu lupa mahligai syurga yang akan menjadi tempat kediamanmu untuk selama-lamanya dan tidak akan datang maut di sana. Bangunlah daripada tidurmu, membaca al-Quran dalam solat tahajud jauh lebih baik daripa tidur". Selepas peristiwa mimpi tersebut beliau berkata " Apabila saya mengantuk dan teringat syair tersebut maka ngantukku itu pun akan terus hilang."


Dars Bukhari
 
Kemudian datang kepadanya seorang yang cantik wajahnya dan harum baunya sambil berkata: “Terimalah kabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah
kepadamu.”

Lalu bertanya: “Siapakah kau?”
Jawabnya: “Saya amalmu yang baik.”

Lalu ia berkata: "Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan kawanku.”
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikul Maut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata:

“Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah.”

Maka tersebar di semua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: “Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?”
Dijawab: “Roh fulan bin fulan.” dengan sebutan yang amat buruk sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya.

Kemudian Nabi Muhammad SAW membaca ayat yang bermaksud: “Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum.”

Kemudian diperintahkan: “Tulislah orang itu dalam sijjin.”

Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat yang bermksud : “Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam.”

Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didalam kubur, lalu didatangi oleh dua malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: “”Siapa Tuhanmu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu”.
Lalu ditanya: “Apakah agamamu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?” Dijawab: “Saya tidak tahu”.
Lalu ditanya: “Bagaimanakah kamu mengetahui itu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Maka terdengar suara seruan dari langit: “Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kubur sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: “Sambutlah hari yang sangat buruk bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu.”

Lalu ia bertanya: “Siapakah kau?”
Jawabnya: “Aku amalmu yang buruk.” Lalu ia berkata: “Ya Tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat.”

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: “Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah.” Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil
dikatakan kepadanya: “Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ketempat yang rendah hina dan seksa-Nya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin.”

Alfaqih Abu Ja’far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata:
“Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-Quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah SWT. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas.
Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya malaikat yang akan menyeksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang.”

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa sesiapa yang banyak melakukan amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan semasa hidup di dunia dan sempat bertaubat dan mengucapkan kalimah syahadah di saat akhir kematiannya (mendapat husnul khatimah) maka berbahagialah hamba Allah ini ketika berhadapan dengan Allah SWT di alam barzakh dan seterusnya di hari akhirat nanti .

Hadis riwayat Imam At-Tarmidzi menyebut Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kubur itu adalah persinggahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, perjalanan selepasnya lebih mudah lagi. Jika tidak selamat, perjalanan selepas itu lebih sukar lagi.”

Marilah sama-sama tinggalkan segala dosa dan maksiat kerana semasa kita di masukkan kedalam kubur maka hanya amal soleh yang kita bawa akan dapat membantu semasa di soal siasat Malaikat Munkar dan Nakir. Bertaubatlah kepada ALlah yakinlah bahawa Dia akan menerima taubat hamba-hamba- Nya.


Mutiara Kalam [siri 36].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Tanpa cahaya Ilahi
Hidup adalah penderitaan
‘akal kehilangan kepekaan
Agama menjadi tiruan
Dunia dengan gunung ganang
Samudera-rimba raya
Padang belantara
Hanya menyajikan fakta
Pada hal aku mencari makna.

Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Kisah Maisarah Dengan  Ahli  Kubur. (Kelebihan Solat  Jemaah  Pada  Hari Jumaat)

Pada suatu hari Maisarah bin Khunain melawat kubur. Setibanya di sana, dia berkata "Assalamualaikum wahai penghuni kubur, kamu telah mendahului kami dan kami akan menyusul kemudian, semoga Allah mengasihani kami dan kamu dan mengampuni kami dan kamu serta memberkati kami dan kamu waktu mengadap kepadaNya apabila kami telah
menjadi seperti kalian"

Maka Allah Taala mengembalikan roh kepada tubuh salah seorang dari mereka dan dia menjawabnya dengan fasih "Berbahagialah kamu wahai penghuni dunia, kalian dapat pergi haji dengan 4 kali setiap bulan"

Maisarah terkejut lalu bertanya kepada ahli kubur. "Bagaimanakah kami dapat pergi haji setiap bulan 4 kali?" Orang itu menjawab "Hari jumaat". Kemudian orang itu meneruskan, "Tidakkah kamu semua mengetahui bahawa sembahyang berjemaah pada hari jumaat itu adalah haji yang mabrur dan diterima?"

Maka berkatalah Maisarah, "Beritahulah kami wahai ahli kubur apa yang harus kami lakukan supaya Allah mengasihanimu" Orang itu menjawab, "Istighfar, wahai penghuni dunia. Istighfar itu adalah yang paling bermanfaat di akhirat."

Maisarah bertanya lagi, "Apakah yang menghalang kamu dari menjawab salam kami?" Maka berkata orang itu, "Memberi salam itu suatu kebaikan tetapi kebaikan-kebaikan kami telah diangkat. Maka tidaklah boleh kami menambahkan kebaikan atau mengurangkan dosa kami."

As-syaik Al-Iman Az-Zandusti berkata Aku mendengar Abu Manshur berkata : Allah Taala memberikan :

Hari sabtu kepada Nabi Musa A.S dan 50 nabi dan rasul.
Hari ahad kepada Nabi Isa A.S dan 50 nabi dan rasul.
Hari isnin kepada Nabi Muhammad S.A.W dan 63 nabi dan rasul.

Oleh kerana para nabi a.s  berjumlah 124,000 orang dan antara jumlah ini hanya 313 orang yang bergelar rasul, maka yang lain utama adalah Nabi Muhammad S.AW dan ditambahkan bersama 13 nabi dan rasul.

Hari selasa kepada Nabi Sulaiman A.Sdan 50 nabi dan rasul.
Hari rabu kepada Nabi Yaakub A.S dan 50 nabi dan rasul.
Hari khamis kepada Nabi Adam A.S dan 50 nabi dan rasul.

Maka tinggal hari Jumaat bagi Allah Taala.

Nabi SAW bersabda "Wahai Tuhanku, apakah bahagian umatku dariMu?"
Allah berfirman "Hai Muhammad, hari Jumaat dan syurga kepunyaanKu dan kuberikan hari Jumaat dan syurga itu kepada umatmu dan keredhaanKu bersama hari Jumaat dan syurga sebab hadiah bagi umatmu."


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzaman

Dalam permulaan surah al-Baqarah ALlah swt telah memberi amaran bahawa tiada syak dan ragudalam ak-Qur’an. Seterusnya ALlah swt mrncabar jika sesiapa syak bahawa al-Qur’an bukan Kalamullah, maka datangkan satu ayat atau surah, dan inilah menyebabkan mereka yang mensyakki al-Qur’an bukan Kalamullah kerana menggunakan misalan seperti nyamuk dan lalat, maka Iman mereka telah rosak dan orang yang melakukan kerosakkan diatas muka bumi.

Bahkan Allah swt sendiri dalam KalamNya telah menjawab kepada para mukhalif ini. Ini juga satu hikmat dengan mendatangkan misalan seperti ini untuk dijadukan ujian buat membezakan yang taat dengan yang ingkar.


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Tangan saya sakit.
My arm hurt.

Fi yadi wajun.
في يد جاف .

Mere hath me dard he.
ميري هاته مين درد هي .

2.Saya sakit tekak.
I have a sore throat.

Halqi jaafun.
حلقي جاف .

Mere halak khusk he.
 ميري حلق خشك هي .

3.Di tempat mana sakit ?
Where does it hurt ?

Ainal alam ?
اين الالم ؟.

Kis jaga dard he ?                   
كس جكا درد هي ؟


Muhasabah.

Kisah Bidadari Untuk Umar r.a.
Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah s.a.w. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf dikaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang wara, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah s.a.w. , "Wahai Rasulullah s.a.w. apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya".

Rasulullah s.a.w. menjawab, "Sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran yang diturunkan Allah s.w.t. berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran lainnya.


Rasulullah s.a.w. seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. dimi'rajkan menghadap Allah s.w.t. malaikat Jibril a.s. memperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w. taman-taman surga. Rasulullah s.a.w. melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s., "Wahai Jibril, bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril a.s. menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".

Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah s.w.t. maka saat itu juga Allah s.w.t. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".


Soal jawab

Soalan : Adakah sah solat seorang lelaki yang solat Jumaat tetapi bercakap-cakap ketika khatib sedang berkhutbah ?

Jawapan :   Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan ‘Diam’, maka laghalah  [sia-sia] dia”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Solat Jumaatnya sah, tetapi berkata-kata itu membatalkan pahala Jumaat.

Soalan:     Sahkah solat orang yang bermusafir berimamkan orang yang bersolat tamam ?

Jawapan:   Solat orang yang sedang bermusafir dengan orang bersolat tamam adalah sah.  


Tarbiyyatul Aulad.

Untuk melahirkan anak yang soleh/solehah, seorang bapa haruslah mencari seorang ibu yang ada antaranya ciri-ciri berikut:

  • Menutup aurad.
  • Menjaga adab/sopan.
  • Berakhlaq mulia.
  • Memahami tuntutan agama.
  • Boleh membaca al-Qur’an.
  • Tidak tinggal solat.
ALlah swt berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menikahi wanita Musyrik sebelum mereka berimana…..”. [al-Baqarah 2:221]
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Seorang wanita [biasanya] dinikahi kerana 4 perkara: kecantikkannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Maka dapatkanlah perempuan yang memiliki agama [yang baik] berdebulah tangannya”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari Nabi saw bersabda “Apabila kamu mendengar ayam berkokok mintalah anugerah kepada ALlah, sesungguhnya ayam itu melihat malaikat.

Bagaimanapun, apabila kamu mendebgar suara keldai mintalah perlindungan kepada ALlah daripada gangguan syaitan. Sesungguhnya keldai itu melihat syaitan.


Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Musim peperiksaan [imtihan] semakin hampir. Harapan semoga semua persediaan untuk menjawap soalan-soalan sudah dibuat dari awal tahun lagi. Yakinkan diri seterusnya berdoa’ pada ALlah dan berserah kepada ketentuannya. Beberapa perkara yang boleh kita ‘amalkan untuk menenangkan hati dan perasaan kita antaranya ialah:

  • Banyakkan solat sunat.
  • Banyakkan membaca al-Qur’an.
  • Banyakkan berdoa’.
  • Mengikut apa yang disuruh oleh kedua ibu/bapa.
  • Banyakkan berselawat.
InsyaALlah, kita telah berusaha, serahlah segalanya pada ALlah, redha dengan apa yang diberikan oleh ALlah pada kita.


Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Bawang Putih
Kandungan utama bawang putih dikatakan 100 kali lebih berkuasa berbanding dua jenis antibiotic dalam melawan kancer dan mengurangkan bakteria berbahaya dalam makanan.

Strawberi
Mengandungi flavonoid yang mampu melambatkan penurunan fungsi kognitif otak.

Ikan
Kaya dengan protein asid lemak omega-3. Mengurangkan risiko pengidap penyakit Alzhemer.


Nazam.

Yang singkat itu waktu
Yang menipu itu dunia

Yang dekat itu kematian
Yang benar itu hawa nafsu

Yang berat itu amanah
Yang sulit itu ikhlas

Yang mudah itu berbuat dosa
Yang susah itu sabaryang sering lupa itu bersyukur

Yang membakar ‘amal itu mengumpat
Yang mendorong ke neraka itu lidah

Yang berharga itu Iman
Yang mententeramkan hati itu teman sejati

Yang ditunggu ALlah itu taubat.
Imam al Ghazali.


English Section
amirussin@yahoo.com

Does God Hate ?

Yes, he does. God loves the faithful, believes, the honest, the straight, the righteous, the obedient, the dosent, the modest and the truthful. God loves those who obey Him.

On the other hand, God hates disbelievers, hypocrites, the dishonest, cheaters, those who disobey Him, thieves, criminals, murderer, liars, backbiters, the unfair, those with double standards, the undutiful to parents, sinners and transgressors.

It will be incomprehensible if God loves believers a like. However, God’s hate sinners is tentative : if they repent and go back to the straight path, God forgives them and loves them.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan  RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Pendaftaran dibuka sekarang untuk kemasukkan tahun 2013, tebuka kepada anak-anak yang berumur 5-6 tahun. Bilal Smart Kids. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust Amir di talian 013 7338966.

Saturday, August 25, 2012

Muqaddimah


الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.  

i           Ramadhan telah meninggalkan kita dengan ‘ibrah yang terdapat dalam madrasahNya, moga-moga ia akan memberi kesan dalam diri kita untuk terus meng’amalkannya sebagaimana yang telah kita lakukan selama sebulan dlam madrasah Ramadhan.

ii.         Aidil Fitri kembali lagi, bergembiralah bagi orang-orang mukmin yang telah mencapai kejayaan dalam menunaikan ‘ibadah siam [puasa]. Sambutlah kegembiraan aidil fitri dengan penuh kesederhanaan dan sambutlah dalam batas-batas yang digariskan oleh ALlah dan Rasul. Bergembiralah dengan banyakkan bersyukur kepada ALlah kerana masih lagi mengizinkan kita berbafas untuk menyambut aidil fitri pada kali ini, oleh itu sambutlah dalam lingkungan yang diredhai oleh ALlah dengan menghindari dari bercambur baur dengan perkara-perkara yang dilarang dan diharamkan. Jangan lupa untuk berpuasa enam hari dalam bulan Syawal.

iii.        Sebaiknya setelah kita ditinggalkan oleh dua kegembiraan, iaitu kegembiraan menunaikan ‘ibadah puasa serta kegembiraan menyambut aidil fitri, marilah kita teruskan dengan ‘amal baik selepasnya iaitu dengan menunaikan secara berterusan berpuasa sunat pada hari Isnin dan hari Khamis, kerana puasa ini amat digalakkan oleh Nabi kita .
                  amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.

Khaulah Al-Azwar, Serikandi Medan Jihad

Kelihatan kelibat seorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.

Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.

Dialah Khaulah al-Azwar iaitu bidadari besi. Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw.  Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.

Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang yang  memimpin kaum wanita.
Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi.

Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid,

Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi.

Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.

Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya : “ Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu ?”

Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. “ Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu, sebab kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih.

Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani, baik lelaki mahupun perempuan. “ Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang.



Kisah Cinta Seorang Lelaki Pada ALlah.
amirussin@yahoo.com

Dikisahkan dalam Miskaatul Anwaari bahawa Samnun telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita apabila dia telah tua. Kemudian dia telah dikurniakan seorang anak oleh Allah swt. Samnun sangat sayang kepada anaknya.

Pada suatu hari Samnun telah bermimpi, dalam mimpinya dia melihat bahawa kiamat  telah tiba dan panji-panji para nabi dan wali bersinar, Samnun melihat di belakang mereka terdapat pula panji-panji yang paling tinggi dan cahayanya memenuhi ufuk, lalu Samnun bertanya kepada orang mengenai panji-panji itu, berkata mereka "Itu adalah panji-panji bagi mereka yang cinta dengan ikhlas terhadap Allah SWT"

Samnun menyedari bahawa dirinya juga berada di kalangan orang-orang lain yang berada bersama panji-panji tersebut. Tiba-tiba datang seorang malaikat menarik Samnun keluar dari kumpulan tersebut.
Samnun tidak berpuas hati dengan tindakan malaikat itu lalu dia berkata "Aku adalah orang yang mencintai Allah dengan ikhlas, dan panji-panji ini adalah bagi mereka yang mencintai Allah, jadi kenapakah kamu keluarkan aku dari kumpulan ini?"
Kemudian malaikat berkata "Memang betul apa yang kamu kata itu, tetapi kamu terlampau sayang terhadap anakmu, maka sebab itulah kami keluarkan kamu dari kumpulan orang-orang yang mencintai Allah"

Sebaik sahaja Samnun mendengar kata malaikat itu maka dia pun menangis sekuat-kuatnya di dalam tidur sambl berkata "Wahai Tuhanku, kalaulah anakku itu menjadi penghalang antara aku dengan kamu, maka aku tidak memerlukan dia, dan pisahkanlah anakku itu dari aku supaya aku dapat mendekatkan diriku kepadaMu dengan sebab kasih Engaku dan dermawan Engkau"

Setelah berkata demikian, Samnun mendengar orang berkata "Musibah"

Samnun tersentak dari tidurnya, lalu berkata "Apakah yang kamu memekik ini?"

kemudia berkata orang yang berada di situ "Sesungguhnya anakmu jatuh dari tingkat atas dan mati"

Samnun mendengar berita tersebut dengan tenang dia berkata "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penghalang daripadaku"

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
[Surah At-Taubah : 24]

Kisah ini bukan bermakna kita meminta kepada Allah supaya mematikan anak kita, tetapi ianya ialah satu peringatan kepada kita bahawa kita tidak boleh mencintai sesuatu yang lain lebih dari Allah. Kerana cinta Allah itu adalah cinta yang kekal abadi.
4 Golongan Lelaki Ahli Neraka .
1. BAPA
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberi  keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup  dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. SUAMI
Apabila  suami tidak mempedulikan
tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, berhias  bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. ABANGApabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah,suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALlah SWT:
“Hai anak Adam peluharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”

 Mutiara Kalam [siri 36].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Sehari menjadi singa
Lebih bererti
Daripada seabad menjadi kambing


Dars Bukhari

Rasulullah SAW bersabda, bahawasanya: “Yang mengikut mayat itu sewaktu ke alam kubur ada tiga perkara, tetapi dua daripadanya akan balik dan tetaplah satu perkara yang kekal bersama si mati. 'Kedua-dua perkara itu ialah keluarga dan hartanya, dan yang akan tinggal bersama-samanya ialah amalnya'.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Maka dia akan tinggal keseorangan dan yang akan menemaninya adalah amalannya ketika di dunia. Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraak bin Aazib r.a. berkata: “Kami bersama Nabi Muhammad saw keluar menghantar jenazah seorang sahabat Ansar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad saw duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad SAW mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah dari seksaan kubur.”. Nabi Muhammad saw  mengulangi sebanyak 3 kali.”

Lalu Nabi Muhammad saw bersabda : “Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil:

“Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan reda-Nya.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi : “Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan di tanya:

“Roh siapakah yang harum ini?” Di jawab: “Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh.

Maka Allah berfirman : “Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya.”

Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua
malaikat untuk bertanya: “Siapa Tuhanmu?”

Maka dijawab: Allah Tuhanku.

Lalu ditanya: “Apakah agamamu?”

Maka dijawab: “Agamaku Islam”

Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengahtengah kamu?”

Dijawab: “Dia utusan Allah”. Lalu ditanya:

“Bagaimanakah kamu mengetahui itu?”
Maka dijawab: “Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya”

Maka terdengar suara: “Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata.”

Kemudian datang kepadanya seorang yang cantik wajahnya dan harum baunya sambil berkata: “Terimalah kabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah
kepadamu.”

Lalu bertanya: “Siapakah kau?”
Jawabnya: “Saya amalmu yang baik.”

Lalu ia berkata: "Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan kawanku.”
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikul Maut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata:

“Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah.”

Maka tersebar di semua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: “Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?”

Dijawab: “Roh fulan bin fulan.” dengan sebutan yang amat buruk sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya.

Kemudian Nabi Muhammad SAW membaca ayat yang bermaksud: “Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum.”

Kemudian diperintahkan: “Tulislah orang itu dalam sijjin.”

Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat yang bermksud : “Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam.”

Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didalam kubur, lalu didatangi oleh dua malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: “”Siapa Tuhanmu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu”.

Lalu ditanya: “Apakah agamamu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?” Dijawab: “Saya tidak tahu”.

Lalu ditanya: “Bagaimanakah kamu mengetahui itu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Maka terdengar suara seruan dari langit: “Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kubur sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: “Sambutlah hari yang sangat buruk bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu.”

Lalu ia bertanya: “Siapakah kau?”

Jawabnya: “Aku amalmu yang buruk.” Lalu ia berkata: “Ya Tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat.”

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: “Ya ayyatuhannafsul muth ma’innatur ji’i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah.”

(Yang bermaksud) “Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah.” Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil
dikatakan kepadanya: “Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ketempat yang rendah hina dan seksa-Nya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin.”

Alfaqih Abu Ja’far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata:

“Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-Quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah SWT. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas.

Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya malaikat yang akan menyeksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang.”

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa sesiapa yang banyak melakukan amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan semasa hidup di dunia dan sempat bertaubat dan mengucapkan kalimah syahadah di saat akhir kematiannya (mendapat husnul khatimah) maka berbahagialah hamba Allah ini ketika berhadapan dengan Allah SWT di alam barzakh dan seterusnya di hari akhirat nanti .

Hadis riwayat Imam At-Tarmidzi menyebut Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kubur itu adalah persinggahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, perjalanan selepasnya lebih mudah lagi. Jika tidak selamat, perjalanan selepas itu lebih sukar lagi.”

Marilah sama-sama tinggalkan segala dosa dan maksiat kerana semasa kita di masukkan kedalam kubur maka hanya amal soleh yang kita bawa akan dapat membantu semasa di soal siasat Malaikat Munkar dan Nakir. Bertaubatlah kepada ALlah yakinlah bahawa Dia akan menerima taubat hamba-hamba- Nya.


Muhasabah.
tamarmerbok.blogspot.com
Manusia hidup di dunia ini ibarat orang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di laut, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga nampak, maka pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbagi tiga golongan.

Yang pertama, mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat-lihat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau inilah yang menjadi tujuan.

Golongan kedua, mereka terpengaruh oleh keindahan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat, tempat duduk sudah habis ditempati orang.
Adapun golongan ketiga inilah golongan yang malang. Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, tidak juga dipedulikan, dan berbunyi yang ketiga kali, kapal pun berangkat. Setelah jauh dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah orang yang benar-benar malang.
Manusia lahir dengan kudrat ganjil. Sebelum lahir mereka tidak bercita-cita untuk hidup, dan setelah hidup tidak pula ingin mati. Kebanyakan manusia lupa akan tujuan, lupa bahawa hidup di dunia tidak akan lama, bahawa hidup ini akan di akhiri dengan kematian.
 
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzaman

Dalam ayat di atas ALlah swt juga memberi peringatan tentang janji makhluk, tentang rab mereka dialam arwah dahulu, dimana seluruh ruh dikumpul dan ALlah swt bertanya tentang rububiah. Seluruh ruh telah taslim bahawa ALlah swt ialah rab dan kini ALlah swt ingatkan sesiapa yang memegang pada janji maka mereka akan Berjaya.

Tetapi sesiapa yang kufur  dan ingkar atau membuat fasad atas muka bumi ini maka merekalah yang akan mengalami kerugian. Sesiapa melakukan fasad samaada hubungan dengan ALlah swt atau hubungan sesama manusia, maka mereka adalah termasuk dalam golongan ini.


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Bagaimana kamu sekarang ?
    How do you feel now ?
   
    Kaifa tahussu al an ?
        كيف تحس الان ؟   
    Ab ap kia mehsus karte he ?
اب اپ كيا محسوس كرتي هي ؟   

2. Saya sakit kepala.
    I have headache.

    ‘Indi sudaun.
عند صداع.   
     Mujhe sar dara he.
مجهي سر درد هي.   

3.  Gigi saya sakit.
     I have a toot coche.

     Asnani tu’ limuni.
اسناني تؤلمني.   
     Mujhe dant me dard he.
مجهي دانت مي درد هي.                 


Iqtibar.
benhussin.blogspot.com

Kisah Wanita Yang Mengcungkil matanya Sendiri.

Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang cantik. Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan gemar berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah. Pada suatu hari sedang Hasan berjalan, dia terpadang perempuan yang sangat cantik, lalu dia mengikuti perempuan tersebut.

Apabila wanita itu merasai dirinya diekori, lalu wanita itu menoleh ke belakang lalu berkata : "Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?" dan berkata lagi : "Malulah kepada Allah SWT yang Maha mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terdapat dalam hati"

Hasan sangat tertarik dengan wanita tersebut, dia tetap mengekori wanita tersebut. Apabila wanita tersebut melihat Hasan terus mengekorinya, berkatalah wanita itu : "Mengapa kamu terus mengikuti aku?"

Maka berkata Hasan Basri : "Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu" Setelah sahaja wanita tersebut mendengar pejelasan dari Hasan, maka dia pun berkata : "Baiklah. Jikalau kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini sebentar, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki"

Setelah berkata demikian maka di dalam hati Hasan berkata : "Nampaknya dia telah menerima cintaku". Maka Hasan terus menunggu wanita itu sehingga wanita itu tadi datang kembali.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang pembantu  menghampiri Hasan sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata.  Kemudian pembantu tersebut berkata : "Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang itu"

Selepas kejadian itu, Hasan Basri tekad untuk meminta maaf kepada wanita itu. Malangnya wanita itu sudah meninggal sebelum Hasan meminta maaf. Hasan memangis tiga hari berturut-turut. Pada malam yang ketiga Hasan bermimpi menemui wanita itu. Wanita itu ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata : "Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu"

Wanita itu pula berkata : "Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah oleh sebab kamu" Setelah Hasan mendengari pengakuan wanita tersebut maka dia pun berakata : "Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik"

Berkata wanita tersebut : "Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah setiap pagi dan petang, beristighfarlah, mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya" Akhirnya Hasan melaksanakan segala nasihat perempuan itu. Hasan Basri mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah serta Beliau menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkab menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan kecantikan dirinya dan menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang dilarang oleh Allah

Wahai saudaraku tutuplah aurat, janganlah kamu menunjukkan kecantikan mu itu sebab bakal yang melihat aurat mu itu adalah dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara. Dan apabila seseorang lelaki itu cinta kepada perempuan yang menunjukkan aurat cinta itu sebenarnya berserta dengan syaitan yang mengoda lelaki itu.

Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam Fitnah.
 
Soal jawab

Soalan : Apakah hukum pengantin perempuan yang sedang dalam haid berada dalam masjid untuk majls akad nikah ?

Jawapan :   Hukum wanita yang sedang haid adalah haram untuk memasuki masjid walaupun untuk urusan perkahwinan. Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Hendaklah wanita-wanita haid menjauh dari musalla”. [Riwayat al-Bukhari,no.324]    
         

Tarbiyyatul Aulad.

Khasiat Air Susu Ibu.

Air Susu ibu  terbukti sangat penting bagi bayi. Tidak hanya menguatkan sistem kekebalan tubuh, penyelidikan baru-baru ini membuktikan bahawa juga terbukti memperkuat sistem pernafasan.

Masa memasuki usia persekolahan atau sekitar usia 12 tahun, kanak-kanak yang semasa kecilnya diberi penyusuan dari ibu mereka, memiliki fungsi paru-paru yang lebih baik daripada anak-anak yang diberi susu formula. Uniknya fungsi paru-paru yang baik, terlihat pada kanak-kanak yang mempunyai ibu pengidap pesakit asma. Demikian kajian yang dimuatkan dalam American Journal of Medicine Respiratory Critical Care ini.

Didapati bahawa empat peratus sahaja bayi yang disusui ibunya mempunyai
masalah perilaku di kemudian hari. Sementara 16 peratus yang diberi susu formula punya masalah perilaku.

terdapat dalam surah al-Baqarah: ayat 233 yang berbunyi, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah saw bersabda, "Tiba-tiba aku melihat para wanita yang payudara-payudara mereka dicabik-cabik ular yang ganas. Maka aku bertanya: 'Kenapa mereka?'Malaikat menjawab: 'Mereka adalah para wanita yang tidak mahu menyusui anak-anaknya (tanpa alasan syar'i)'. "(HR. Al-Hakim).


Tib Nabawi.
Oleh:Ustaz Qamaruzzaman an-nadwi

Nabi saw  bersabda yang bermaksud “Orang yang paling hamper denganku pada hari akhirat adalah orang yang paling banyak berselawat  ke atasku di dunia”.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi saw bersabda sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka akan ditulis baginya 10 kebaikkan dan dihapuskan daripadanya 10 kejahatan dan ditinggikannya 10 darjat dan diperlihatkan kepadaku  amalannya itu dan dikurniakan kepadanya sama dengan apa yang dimintakan itu.


Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Kepada semua pelajar yang sedang, sudah atau akan menghadapi imtihan [peperiksaan] setkan minda dan hati dengan:

  • Keyakinan dan keimanan kepada ALlah.
  • Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati dalam sessi bacaan dan ulangkaji.
  • Mengutamakan apa yang lebih utama.
  • Prihatin dalam melakukan latihan untuk disiapkan oleh guru.
  • Jaga hubungan antara kawan lelaki dan perempuan juga hubungan dengan semua guru.
  • Bersikap jujur dan amanah dalam semua perkara.
  • Tepati waktu dalam semua hal.
  • Berusaha dan bertawakkal kepada Allah.
  • Sentiasa berdoa’ dan berharap kepada ALlah.

“….Maka diantara manusia ada yang berdoa’ : Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:20]


Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com
Minyak zaitun.
Manfaat minyak zaitun kepada kesihatan jantung sudah lama diketahui. Namun tidak ramai yang tahu kuantiti sebenar yang diperlukan untuk membolehkan bahan masakan itu bergantung untuk jantung.

Kajian terbaharu menyebut kuantiti untuk manfaat yang optimum  ialah dua sudu makan. Para pengkaji mendapati pengambilan dua sudu minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung  sehingga 50 peratus.

Minyak zaitun kaya dengan kandungan polifenol yang dapat mengurangkan keradangan tubuh .


English Section
amirussin@yahoo.com

How can the mind accept “God” without sensing Him ?

The human mind, like the human body, has limitations in every aspect. The ear has limitation, you can hear at a certain distance only, you cannot hear sounds ten kilometers far from you, for example.

So do all senses, including seeing, tasting, smelling, and feeling. You can lift up certain weight only. Your mind has limitations in storing, retrieving, remembering, understanding and even imagining.
If you cannot now sense what is going on, this does not mean that nothing is going on there. We cannot see the spirit, but each one of us has a spirit or soul. We cannot see angels, but there are angels. Not seeing or sensing God does not prove His non-existence.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan  RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.