Friday, April 23, 2010

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Tamadun dan peradaban merubah segala aspek kehidupan maknusiawi. Lantaran itu dari masa kesemasa perubahan tamadun manusia kian berubah mengikut peredaran masa. Dengan fikiran yang diberikan oleh ALlah manusia dapat meneroka seterusnya mencipta berbagai teknologi canggih yang memudahkan segala macam pekerjaan manusia.

Dalam mengejar segala macam kemodenan yang semakin hari semakin canggih, kita mungkin lupa atau sengaja dilupakn untuk mentarbiah dan mentahzib remaja kita yang akan menjadi pelapis untuk meneraju generasi mendatang. Dilaporkan lebih dari 10 peratus dari 11 juta remaja kita terlibat dalam penagihan dadah.

Pada hari ini juga terdapat 90.000 pengidap HIV dan 1.2 juta penagih dadah di Negara kita. Ini tidak termasuk dengan penglibatan bap atau ibu remaja kita. ALlah S.W.T mengutuskan Nabi S.A.W ialah untuk memperbaiki akhlaq masyarakat ketika itu. Baginda S.A.W dibangkitkan menjadi Rasul ketika masyarakat Arab dilanda kepincangan akhlaq yang amat dahsyat.

Suasana ini pernah digambarkan oleh Jaafar bin Abi Talib di hadapan Maharaja Habsyah A-Najasyi: “Wahai raja, sebelum ini kami adalah kaum yang musyrik, yang tidak menyembah kepada ALlah, tetapi menyembah berhala-berhala serta patung-patung

selalu memutuskan silaturrahim, saling bunuh membunuh, berzina dan meminum arak. Maka ALlah telah memutuskan seorang Rasul dari kaum kami, Baginda berasal dari keturunan yang dikenali. Baginda orang yang diketahui kebenaran dan amanahnya. Baginda telah memerintahkan kebajikan kepada kita dan mencegah yang munkar serta menunjukkan kepada kami akan manfaat silaturrahim”.

Oleh yang demikian itu, kita sebagai umat Muhammad S.A.W yang berpegang dengan agama ALlah, untuk merubah suasana pelapis peneraju negara yang semakin tenat dan parah ini, tidak lain dan tidak bukan hanya dengan kembali dengan meng’amalkan ajaran ALlah dan sunnah Nabi S.A.W.

Sekiranya kita berpegang dan ber;amal dengan kedua-duanya iaitu al-Qur’an dan sunnah Nabi S.A.W insyaALlah ketenatan dan keparahan para pelapis peneraju negara ini akan kembali kepada fitrah. Tetapi yang malangnya ialah kita selalu melihat isu ini hanya pada remaja sahaja, bagaimana dengan golongan yang melepasi keremajaan mereka yang masih lagi dibelengu dengan gejala-gejala penagihan dadah, penagihan arak, penagihan zina dan sebagainya?

Marilah kita bersama-sama meng’amalkan sunnahnya dalam menjana minda dan menjadikan peribadi muslim yang menta’ati ALlah dan RasulNya dan menjadikan hati-hati kita sentiasa terikat dengan masjid.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.

amirussin@yahoo.com

Pendakwah cekal di Amarika.

Mark Hanson.

Amerika, Negara yang terkenal dengan keangkuhan dan dasar pemimpinnya yang hipokrit, menindas umat Islam dan menyifatkan umat Islam sebagai pengganas, menyedarkan hal ini, rakyat bangkit untuk menyatakan ketidak-setujuan mereka terhadap dasar yang dilaksanakan

Mark Hanson seorang aktivis Amerika yang berusaha gigih menjalankan aktiviti dakwah dikalangan masyarakat negaranya agar bangkit bersama Islam sebagai cara hidup yang sempurna dalam segenap kehidupan mereka.

Mark Hanson dilahirkan pada tahun 1960 di Bandar Walla Walla, Washington State. Kedua ibu bapanya berketurunan Yunan [Greek]. Bapanya seorang professor subjek Kemanusiaan di Universiti Harvard, sementera ibunya pula adalah graduan dari University Berkeley, Amerika.

Beliau mendapat pendidikan formal seperti kanak-kanak lain di sekolah Inggeris di Washington sehingga mencecah usia 17 tahun. Beliau terlibat dengan satu kemalangan ngeri di Santa Barbara yang menjadikannya trauma dan sentiasa memikirkan kematian.

Setelah itulah beliau memeluk agama Islam dan ingin mengetahui lebih dekat persoalan kematian yang diajarkan oleh Islam . Namanya ditukar kepada Hamzah Yusuf. Selama 10 tahun beliau menjelajah dunia Arab untuk belajar memahami agama Islam. Beliau mumulakan pengajian Islamnya di Madinah Munawwarah dengan menghafaz al-Qur’an, mempelajari ilmu Fiqh Islam di Emiriyah Arab Bersatu, mempelajari dan menghayati ilmu Tasawwuf di Mauritania.

Pada tahun 90-an beliau pulang ke kampong halamannya di Utara California dan menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan dan perubatan yang ditinggalkannya 10 tahun yang lalu dan berjaya meraih ijazah Sarjana Muda dari Imperial Valley College dan Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti San Jose State.

Pada awal tahun 90-an beliau mula menyampai ilmu –ilmu Islam kepada para remaja yang menyertai Himpunan Masyarakat Islam dengan mengendalikan kelas-kelas fardhu ‘ain yang dihadiri ratusan remaja pelbagai kaum yang menganut ajaran Islam.

Pada tahun 1996 beliau menubuhkan Institut Zaytuna [sempena nama universiti di Tunisia] secara sistem belajar antara murid dengan guru secara berdepan [talaqi]. Di Institut ini, beliau menerbitkan beberapa buah buku berkaitan Islam, termasuk majalah dan cekera padat bergambar.

Sehingga sekarang Hamzah Yusof giat menjalankan dakwah di serata pelusuk Amerika bagi menjelaskan kebenaran agama Islam, yang sebagaimana beliau menegaskannya di dalam satu wawancara Perbadanan Penyiaran British [BBC] mengenai isu 11 september 2001, dengan tegas beliau menyatakan bahawa Amerika telah menjadi pelakon terbaik dengan mengatakan tragidi itu dicetuskan oleh orang Islam.

Sebenarnya kerajaan pimpinan Bush adalah pengganas yang menjadikan Amerika lebih ganas daripada Negara-negara lain.

[http/islamyoon.islamonline.net,http//en.wikipedia.org/wiki/Hamza_Yusuf]

Dars Bukhari

Oleh: Ust.Shamsuddin an-nadwi

Dari Umar r.a katanya: Rasulullah S.A.W memegang bahuku, lalu bersabda “Hendaklah kamu berada dalam dunia seolah – olah kamu orang berdagang, atau orang yang sedang melalui jalan [pengembara]”. Ibn Umar r.a berkata: Jika kamu berada diwaktu petang, janganlah kamu menunggu diwaktu pagi, apabaila kamu berada waktu pagi, janganlah kamu menunggu waktu petang.

Gunakanlah kesihatan kamu untuk masa sakit kamu dan gunakanlah kehidupan kamu untuk masa mati kamu”.

[Hadis riwayat Bukhari]

Melalui hadis ini Rasulullah s.a.w telah menilai tentang penghidupan seseorang dalam dunia dengan memperkatakan secara terus terang hakikat dunia dan aktiviti manusia di dalamnya. Semua ini mesti difahami oleh setiap orang Islam sebagai persediaan mereka membuat bekalan ke negeri akhirat.

Syaidina Ali r.a pernah menggambarkan keadan dunia dan akhirat dengan jelas seperti berikut: “ Sesungguhnya dunia telah berangkat ke belakang, dan akhirat telah berangkat ke hadapan. Bagi kedua-duanya [dunia dan akhirat] ada anak buah [pengikut-pengikutnya].

Maka jadilah kamu anak buah akhirat. Janganlah jadi pengikut-pengikut dunia, kerana di dunia sekarang adalah masa untuk ber’amal, bukan masa perhitungan, sedangkan di akhirat adalah masa perhitungan ‘amalan bukan lagi masa ber’amal ”.

Tepat sekali gambaran Syaidina Ali itu, hakikat menunjukkan dunia ini sebenarnya tempat ber’amal, bukan tempat untuk kita duduk bersenang lenang sepanjang zaman. Kerana itu seseorang dikehendaki menjadikan dirinya sebagai pengembara yang berhenti untuk mengambil makanan, atau pedagang yang singgah untuk mengambil barang-barang perniagaan.

Rasulullah s.a.w menasihati Ibnu ‘Umar r.a dan juga seluruh umat Islam supaya menggunakan masa sihat kita di atas muka bumi ini untuk ber’amal ‘ibadah kepada ALlah dan melakukan pekerjaan yang berfaedah. Hargailah masa tersebut sebelum datang kesakitan dan kematian.

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w telah bersabda “ Buatlah kebaikkan pada lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa sihat sebelum datangnya sakit, masa kaya sebelum datangnya masa miskin, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk dan masa hidup sebelum kamu mati ”.

Segala nasihat Rasulullah s.a.w kepada kaum muslimin disokong oleh perbahasa Melayu seperti berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian juga seperti umpan habis ikan tidak mengena dan seperti sediakan payung sebelum hujan.

Perumpamaan-perumpamaan tersebut, seharusnya seorang Muslim itu wajib menyedari betapa bernilainya masa.Lantaran itu ALlah S.W.T menjadikan malam Lailatur Qadr iaitu satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan sebagai anugerah kepada sesiapa yang sanggup menghadapi cabaran dan ujian ALlah dengan ‘amalan-‘amalan yang berguna sepanjang perjalanan hidupnya.


Mutiara Kalam [siri 8].

Oleh: Ust. Qamaruzzaman an-nadwi

Manusia

Akan menderita

Jika

Terlalu mencampurkan

Diri

Dengan tanah.

Iqtibar.

tamarmerbok.blogspot.com

Mengenali ciri ahli bid’ah.


1. Tidak menyenangi ilmu hadis.Ia adalah ciri penting mana-mana kumpulan ajaran sesat dan ahli bid’ah. Mereka amat fobia dengan firman ALlah dan sabda Nabi S.A.W.

Abu Nasr bin Sallam al-Faqih berkata ‘Tidak ada sesuatu yang lebih berat bagi kumpulan yang menyeleweng dan paling dibenci oleh mereka selain daripada mendengar hadis dan meriwayatkannya dengan sanad’.

2. Memusuhi dan memperlekeh ahli hadis.

3. Melebelkan ahli Sunnah dengan berbagai gelaran antaranya dengan gelaran ‘Musyabbihah’ dan ‘Hasyawiyyah’. Imam al-Bukhari mereka menggelarnya dengan gelaran ‘Hasyawiyyah’.

4. Melampau dalam kepercayaan terhadap pemimpin mereka, sehinggakan ada yang mengangkat pemimpin mereka maksum atau sebagai tuhan. Seperti ajaran Qadiyani dan Bahai.

5. Gurunya mengaku sebagai Wali ALlah dan ada yang mengaku sebagai seorang Nabi.

Mereka ini selalunya mengadakan perjumpaan secara rahsia dan tertutup dan kuliah-kuliah pengajian mereka tidak dibuka untuk masyarakat awam.

http://itspeng.blogspot.com/2010/ciri-ciri bid’ah

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]

Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Iqamatus solah bukan sahaja bermakna solat, bahkan memberi makna akan menegakkan solat dari berbagai sudut seperti tentang faraiz-wajibat, rukun-mustahab dan tentang sunat-sunat. Semuanya diberi perhatian dan diambil berat, juga mufassirin menerangkan tentang perkara ini.

Dengan kita mengambil berat tentang solat sunat dan nafil bukan sahaja solat fardhu, seterusnya membelanjakan rezeki yang diberi oleh ALlah S.W.T sebahagiannya atas agama ALlah S.W.T , termasuk harta yang dibelanjakan ketika dijalan ALlah S.W.T samaada zakat atau sedeqah atau khairat.

Disini bukan sahaja terhad kepada zakat, kerana dalam al-Qur’an bila saja perkataan infaq digunakan disana bermaksud umum atau samaada sedaqah nafil. Tetapi jika hukum untuk zakat digunakan, maka infaq disini diguna pakai sebagai segala perbelanjaan untuk agama.

Dari perkataan مما رزقنهم juga memberi makna bahawa harta adalah pemberian atau amanat dari ALlah S.W.T kepada hamba yang perlu digynakan atas tertib yang betul.

[bersambung]

بول جا ل Bol chal.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Dimana gerabak makanan ?

Which is dining room?

ما هى عربة المطبخ ؟ Ma hiya arabatu matbakh ?

كها نى كا كا رى كون سى هى ؟ Khana ka gari kaun se he ?

Boleh saya buka tingkap ?

May I open the window ?

هل افتح البا ب ؟ Hal aftahu albab?

كيا مى كهركى كهول لون ؟ Kia me kirki khul lu ?

Muhasabah.

benhussin.blogspot.com

Penulis jangan meracuni minda pembaca

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud “Orang Muslim sejati adalah orang yang mampu menyelamatkan orang Islam lainnya daripada gangguan lisan dan tangannya” . [Riwayat Muslim]

Seorang penulis boleh menggunakan mata penanya untuk menjadikan seseorang berbagai-bagai kelakuan atau kerektor. Seorang penulis juga berkemampuan untuk menjadikan seseorang berakhlaq mulia dan berperibadi mulia atau sebaliknya. Oleh itu seorang penulis hendaklah bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya, ini juga kerana setiap patah perkataan yang ditulisnya akan disoal oleh ALlah dihari akhirat kelak.

Konflik nilai merosakkan akhlaq insan, sehingga institusi keluarga tidak mampu melindungi ahlinya daripada bahaya dan malapetaka. Seringkali kita mendengar dan membaca di media massa berlakunya pembunuhan dan pembuangan bayi, penderaan keatas anak-anak serta isteri, penyeksaan, menghisap dadah, meminum arak, mencuri, meragut, merompak, sumbang mahram dan banyak lagi gejala soasial yang berlaku dalam masyarakat yang tidak terbendung lagi.

Selain mewarisi gaya hidup yang sihat, tautan antara ilmu dan iman juga perlu difahami dengan sejelas-jelasnya agar ilmu dan iman berjalan serentak menjadikan pemangkin untuk mengenal sekaligus menta’ati ALlah.

Dalam dunia tanpa sempadan, tiada siapa dapat mengawal seseorang untuk mendapatkan maklumat samaada maklumat yang baik atau sebaliknya.

Kebanjiran berbagai laman atau sesawang baik laman web maupun laman blog serta lambakkan buku dan majalah yang pelbagai, yang sebahagiannya lansung tidak memaparkan nilai-nilai murni. Sehingga kehari ini masih ada akhbar menyiarkan keputusan 4 nombor dan spot toto.

Media cetak dan elektronik seringkali memaparkan dunia glamour para artis yang hanya menjadi halwa mata dan telinga yang mengkhayalkan tanpa membawa nilai pembinaan sahsiah. Persoalannya berapa ramaikah diantara para artis yang ada pada masa ini membawa kepada modal insan yang baik yang membolehkan membawa kepada beriman dan ber’amal kepada ALlah?

Kemudahan internet menyediakan segala macam bahan bacaan tanpa mengambil kira kesan buruk kepada pembaca yang berbagai peringkat umur. Bukan sahaja menjadi racun dengan paparan mengaibkan malah menjadi tuba dalam masyarakat.

Kemudahan sms di talifon bimbit lebih membimbangkan dengan kerakusan individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan menyediakan klip video lucah yang boleh menjahanamkan para remaja muslim kita.

Sepatutnya para penulis samaada mereka menulis dibidang media cetak atau elektronik sebagai contoh penulis-penulis blog, seharusnya memainkan peranan mereka dengan membina akhlaq, minda dan sahsiah bukan menghayutkan dan melalaikan minda serta merosakkan sahsiah masyarakat.

Lebih parah lagi apabila penulis-penulis ini lansung tidak mengambil kira dosa dan pahala ketika mereka menulis, dan mereka berbangga apabila tulisan mereka dibaca oleh ramai orang.

Hari ini siapa sahaja boleh menggunakan kuasa menulis untuk menggadaikan agama kepada kepentingan duniawi. Dan siapa sahaja boleh menggunakan kuasa menulis untuk meyebarkan agama ALlah, itulah yang dituntut oleh agama Islam, bukannya menggunakan kepakaran menulis untuk merosakkan agama serta umat Islam.

Ingatlah setiap patah perkataan yang kita tulis dibaca oleh orang ramai akan dikira dan disoal oleh ALlah di akhrat kelak.

Pelik tapi benar.

amirussin@yahoo.com

Terbukanya pintu gua.

Di zaman dahulu, ada tiga orang pemuda besahabat karib sedang bermusafir. Perjalanan mereka sangat jauh, sehingga pada suatu malam mereka terpaksa berteduh di dalam sebuah gua. Ketika mereka sedang beristirehat, tiba-tiba sebuah batu besar terjatuh dari atas bukit lalu menutup pintu gua. Mereka terperangkap dan tiada jalan lain melaikan mereka memohon pertolongan kepada ALlah dengan berwasilah dengan ‘amalan-‘amalan baik yang mereka telah lakukan.

Berkata pemuda pertama: “ Ya ALlah, Aku mempunyai ibu bapa yang sudah tua. Aku tidak pernah mendahului mereka makan terlebih dahulu. Pada suatu hari mereka didapati tidur di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku perahkan susu kambing dan membawanya kepada mereka, tetapi mereka masih tidur.

Aku tidak mahu membangunkan mereka, dan aku tidak mahu minum terlebih dahulu. Jadi aku menunggu mereka sehingga mereka bangun, sedang tanganku memegang gelas”. Ya ALlah, aku lakukan semuanya hanyalah mengharapkan redha Mu, kami memohon dibukakan pintu gua ini untuk kami.

Pemuda kedua berdoa’: “Ya ALlah, aku mempunyai seorang sepupu perempuan, dia sangat cantik, sehingga aku jatuh cinta padanya. Aku telah memujuknya supaya dia menyerahkan dirinya kepadaku, tetapi dia tidak mahu. Suatu hari dia datang kepadaku kerana kemiskinannya, aku memberinya wang yang banyak dengan harapan dia menyerahkan dirinya.

Maka setelah aku berikan wang padanya dia berkata “Kamu tidak boleh mengambil kesempatan kecuali dengan akad yang sah”. Mendengar kata-katanya, aku tersedar dan terus keluar meninggalkannya, dan wang yang aku berikan kepadanya aku relakan untuknya”. Ya ALlah, aku lakukan semuanya kerana mengharap redha Mu, oleh itu bukakanlah pintu gua ini untuk kami.

Giliran pemuda ketiga pula berdoa’: “ Ya ALlah, aku mempunyai beberapa orang pekerja. Aku membayar gaji mereka tepat pada waktunya, kecuali seorang kerana dia telah pergi sebelum aku membayar gajinya. Aku niagakan wang gajinya sehingga menjadi harta yang banyak. Setelah beberapa lama dia datang dan meminta wang gajinya, maka aku berikan hartanya yang banyak itu kepadanya berupa beberapa ekor unta, kambing dan hamba sahaya. Aku katakana kepadanya inilah semua gajimu.

Orang itu berkata adakah engkau mempermainkan aku? Aku berkata tidak inilah hakmu dan diapun mengambil semuanya”. Ya ALlah aku lakukan semuanya itu adalah untuk mendapat redha Mu, oleh itu bukakanlah pintu gua ini untuk kami. Dengan izin ALlah, sebaik sahaja ia berdoa’, maka pintu gua itupun terbuka dan mereka bersyukur kepada ALlah.

Berbuatlah ‘amal dengan mengharapkan redha ALlah bukanlah kerana kepentingan peribadi atau sesuatu maksud yang selain dari ALlah.

Soal jawab

amirussin@yahoo.com

Soalan : Siapakah yang dimaksudkan golongan yang halal melihat aurad wanita?

Jawapan : Dalam surah an-Nur ayat 31 ALlah memerintahkan supaya “janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah merek, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka , atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan [terhadap wanita], atau anak-anak yang belummengerti mengenai aurad wanita”.

Mengikut Tafsir Ibn Kathir lelaki yang sudah tiada kehendak nafsu syahwat kerana sudah tua atau mati pucuk atau lemah ‘akal atau miskin papa rendah kedudukan sosialnya serta tidak berdaya menaikkan nafsunya atau yang boleh memikirkan perkara keji terhadap wanita.

Ibn Kathir memberi penjelasan berikut yang diberikan oleh beberapa mufassirin dan ulama mengenai perkara ini yang menunjukkan lelaki manakah yang dimaksudkan oleh ayat ini.

Ibn Abbas: Maksud ayat ini ialah seorang lelaki yang lurus dan tidak minat terhadap wanita.

Mujahid: Seorang yang bodoh yang hanya memerlukan makanan dan tiada keinginan terhadap wanita.

Ikrimah: Mukhannas yang tiada lagi keinginan diri.

Dalam kitab tafsir lain Qatadah mentafsirkan sebagai lelaki miskin yang hanya membuat hubungan denganmu kerana memerlukan sara hidupnya.

Al Sha’bi: Seorang yang rendah pangkatnya dan mengharap sepenuh kepada tuannya dan tidak berani memandang dengan pandangan jahat kepada wanita di dalam rumah tuannya.

Ibn Zaid: Seseorang yang tinggal lama dengan satu keluarga sehingga ia dianggap ahli keluarga itu dan diperbesarkan di dalam rumh itu dan tiada keinginan terhadap wanita dalam rumah itu. Dia ada di situ hanya kerana perlukan sara hidup daripada keluarga itu.

Anak yang belum faham mengenai aurad wanita ini tidak disebut umurnya berapa, ia bergantung pada keadaan dia dibesarkan. Biasanya ialah yang berumur 10 tahun ke bawah, namun dalam zaman yang serba canggih ini jika mereka lebih terdedah mengenai wanita, gunakan budi bicara untuk mengukurnya.

Tip Nabawi.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Dalam perjalanan hidup [tubuh] fizikal kita melalui peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan tua. Demikianlah juga ruh melalui peringkat-peringkat evolusi atau maqam yang tertentu.

Dari semenjak lahir kita sentiasa berusaha memajukan tubuh sahaja. Maka oleh itulah tubuh sahaja membesar, walhal ruh juga perlu diberi perhatian dan usaha.

Kerana ruhlah yang asal, yang akan mengembara lebih jauh, tubuh akan lebur dimamah tanah.

English Section

amirussin@yahoo.com

What is criterion for a significant belief or doctrine ?

The criterion for a belief significance is effect on human’s daily behavior. If a belief makes no difference in the follower’s behavior, this belief is empty and worthless. If a doctrine has no significant positive effect on most or all its followers, this doctrine produce ? Here, we do not mean one follower or two, we mean the major bulk of followers.

The problem become really a severe one if the resulting effect of a doctrine is a negative one, producing Satanic arrogant selfish destructive evil hurting followers, who hurt all around them, like to kill, want all oil in the world for themselves, hate all other races, and hate the followers of other religions.

If you want to judge a tree, taste its fruit. If you want to judge a doctrine or an –ism, see how its followers actually behave. See how a whole nation behaves. If more of the headaches of the world come frome a certain nation, you can safely conclude that there is something wrong with the –ism or beliefs of nation.

This is the pragmatic look at things. What counts is the product of a certain belief. A sound belief produce good followers, a sick belief produces sick followers. Frankly, many people hold that most the headaches and problems of today’s world do come from the West, which pragmatically proves that there is something wrong with Western ideology and Western civilization.

Nazam

Anak itik berlari-lari

Anak ayam mencari-cari

Usah tuan suka mencuri

Neraka ditempah tanpa disedari.

Pekatnya kopi pahit maung

Tertuang gula tak cukup rasa

Usah kita suka berbohong

Ia ibu segala dosa.

Irfan ke kedai naik basikal

Ehsan pula naik kenari

Tanda bertaubat kita menyesal

Tidak ulangi lagi hindari.

Pergi ke hulu membeli parang

Untuk menebas semak dan lalang

Usah peduli pandangan orang

Asal diterima Maha Penyanyang.

Pergi ke pekan bersama Hadi

Ingin membeli kebaya nyonya

Ingatlah ALlah kasihnya abadi

Dulu kini jua selamanya.

Ahmad Muhammad.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos].

Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati : www.tamarmerbok.blogspot.com.

Sunday, March 7, 2010

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

Hari ini samaada kita sedar ataupun tidak, satu lagi perkara pokok yang dilupai oleh umat kebarangkalian kerana terlalu sibuk atau sebaliknya iaitu menghadiri majlis-majlis ‘ilmu.

Kita tidak perlu menganggkat senjata sepertimana saudara-saudara kita di Palestin, Afghanistan, Iraq, Chehchen atau di Khasmir. Tetapi hanya perlu menganggat kaki dan membawa kitab pergi ke masjid atau surau yang mengadakan majlis-majlis ‘ilmu tersebut. Kita berkemungkinan kerana alpa atau lalai atau seringkali berangan-angan dapat memasuki syurga ALlah tanpa mempelajari ‘ilmu-‘ilmuNya.

Alasan yang seringkali kita utarakan untuk tidak menghadiri kuliah-kuliah ‘ilmu ialah dengan alasan sibuk dengan tugas seharian. Tapi sedarkah kita, bahawa segala pekerjaan atau kerjaya yang disandang sekarang ini adalah anugerah dari ALlah. Segala pendapatan dan kesenangan yang kita dapati daripada pekerjaan kita semuanya datang dari Allah.

Sesungguhnya menuntut ‘ilmu adalah wajib bagi setiap individu yang mengaku Muslim.’Ilmu adalah permata yang tidak ternilai harganya di dunia dan di akhirat. Janganlah dengan kita mengecapi sedik limpahan niqmat dari ALlah kita melupai kewajipan yang dituntut untuk kita melaksanakannya. Sekiranya kita mencintai harta dunia yang kita miliki ini lebih dari mencintai ALlah dan RasulNya, maka tunggulah

akan tiba saatnya kita akan dibinasakan.

Menjaga ‘ilmu tidak sesusah menjaga harta, harta perlu dikunci dan sebagainya tetapi ‘ilmu tidak memerlukanya. Akhirul kalam warga albayan mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul semoga penghayatan sunnah Nabi s.a.w akan bertambah.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.

amirussin@yahoo.com

Permata Islam yang hilang.

Syeikh Ahmad Deedat.

Syeikh Ahmad Deedat merupakan permata yang amat bernilai buat Islam dalam melawan hujah-hujah pihak Kristian yang melampau. Beliau bukan sahaja menguasai isi-isi kandungan al-Qur’an serta menghafalnya, beliau juga menguasai keempat-empat kitab Injil yang telah digubal oleh tangan-tangan manusia yang menjadikan sebagai hujah untuk melawan balik serangan hujah golongan Kristian yang hanya menguasai satu atau dua Injil perjanjian baru dengan pandangan yang amat terbatas.

Beliau banyak menghabiskan masanya sejak remaja hinggalah menghembuskan nafas yang terakhir dengan mengkaji, meneliti memehami dan menghayati setiap maklumat yang ada did ala al-Qur’an , kitab-kitab Injil seperti Matius, Markus, Lukas, Yohanes malah termasuk Barnaba [yang hamper pada al-Qur’an] untuk dijadikan bahan untuk berhujah.

Dunia Islam kehilangannya yang menguasai kepetahan setiap masalah yang diajukan kepadanya oleh cendiakawan yang membariskan golongan paderi dunia yang dikenali sebagai pembela agama Kristian .

Latar belakang.

Syeikh Ahmad Hoosen Deedat al-Hafiz dilahirkan pada 1 Julai 1918 dan meninggal pada 8 Ogos 2005 berumur 87 tahun. Beliau dilahirkan di daerah Surat, India. Merupakan seorang yang mahir dalam bidang perbandingan agama, seorang pengarang, pensyarah dan pemidato.

Beliau juga dikenali sebagai seorang pakar pembicara dalam sesi perdebatan umum membicarakan kebenaran Islam berbanding dengan agama Kristian. Pada tahun 1957 beliau bersama dua orang temannya telah mendirikan Islamic Propagation Centre Internasional [IPCI] dan beliau telah menjadi Presidentnya sehingga tahun 1996.

Ayah Syeikh Ahmad Deedat telah berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahirannya. Beliau juga telah pergi ke Afrika Selatan untuk bersama ayahnya bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik semasa berumur sembilan tahun. Tanpa ada pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggeris, beliau telah berusaha bagi menyiapkan dirinya dan telah mendapat kecermerlangan di sekolahnya.

Oleh kerana tiada pembiyaan pengajiannya tertunda dalam usia 16 tahun. Beliau mula mencari pekerjaan dan mendapat pekerjaan di sebuah kedai Muslim berdekatan denga sekolah menengah Kristian. Siswa Mesionaris Kristian tidak henti-henti menghina Islam setiap kali mereka dating ke kedai tersebut.

Oleh yang demikian itu beliau berazam bersungguh-sungguh untuk menentang penghinaan Misionaris Kristian terhadap Islam dengan mendalami dan membuat kajian mengenai Kristian dan Bible serta menghayati dan menghafal al-Qur’an. Beliau telah menemui sebuah buku berjudul Izharul Haq yang beerti mengungkap kebenaran.

Didalamnya terkandung teknik-teknik dalam membalas serangan Misionaris Kristian selama pemerintahan Inggeris di India.

Setelah itu beliau telah memulakan debat dan diskusi dengan siawa-siswa misionaris. Ternyata mereka tidak dapat menangkis hujah-hujah beliau dan memanggil pendeta-pendeta mereka di daerah tersebut. Beliau dapat menangkis segala hujah-hujah Misionaris Kristian di segenap pelusuk negara dengan jayanya sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 8 Ogos 2005 di rumahnya di Trevennen Road, Durban, Afrika Selatan.

Semasa hayatnya juga beliau telah mendirikan sebuah Institut untuk melatih pera pendakwah Islam iaitu As-Salam dengan mengajar mata pelajaran Injil dan ilmu-ilmu pengajian Islam yang lain. Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk sumbangan beliau yang tidak ternilai harganya, beliau dianugerahkan penghargaan antarabangsa Raja Faisal pada tahun 1986.

Mutiara Kalam [siri 8].

Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi

Agama

Adalah bangkit

Membebaskan diri

Dari tanah

Sehingga Ruh

Dapat mengenali

Diri sendiri

Iqtibar.

amirussin@yahoo.com

Hukum Menyambut Hari Valentine

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan kekasih ini melakukan adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Sambutan Hari Valentine ini adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.

Sejarah sambutan hari Valentine

Terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak.

Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing.

Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara.

Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.

Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.

14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. [al-Hajj : 67]

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” [Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959].

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine. Sabda Nabi s.a.w : ‘Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka’. [Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.]

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.

Hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan. Firman ALlah s.w.t: ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)’. [al-Israa’ : 32]

Golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)”. [Al-Baqarah (2) : 120]

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. [al-Hijr (15) : 39-40]

Para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]

Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

الذ ين يؤ منون با لغيب ويقيمون الصلوة ومما رزقنهم ينفقون

Didalam al-Qur’an lafaz غيب bermaksud segala berita yang diberitahu oleh baginda Nabi s.a.w, dan ini juga termasuk tentang zat dan sifat ALlah s.w.t . Takdir, maut, syurga, neraka, hari qiamat dan hal ehwal yang akan berlaku, malaikat, kitab-kitab yang ALlah s.w.t turunkan, semua nabi-nabi yang diutuskan oleh ALlah s.w.t.

Perkataan beriman juga membawa maksud akan ber’amal dengan apa yang diberitahu kerana jika mengetahui sahaja dikatakan beriman, maka iblis, syaitan dan banyak diantara orang kafir tahu dan akui akan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak ber’amal dengan apa yang diberitahu oleh baginda Nabi s.a.w.

Dengan hanya mengetahui tentang Nabi s.a.w tidak akan membawa mereka beriman dengan Nabi s.a.w kerana mengetahuinya adalah mudah dari ber’amal. Beriman dengan Nabi s.a.w adalah mengetahui dan menyakini diatas perkhabaran Nabi s.a.w dan ber’amal dengannya. Hendaklah diketahui bahawa berita itu diberitahu oleh Nabi s.a.w bukan direka cerita oleh orang lain atas nama Nabi s.a.w. Nabi telah memberitahu bahawa sesiapa yang mereka cipta atas nama Nabi s.a.w maka tempatnya adalah didalam neraka ALlah s.w.t.

[bersambung]

Sejarah sambutan Maulidur Rasul

amirbenhussin@gmail.com

MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.

Kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia. Sambutan dilakukan pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan menyambutnya. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Imam Jalaluddin Sayuti mengatakan bahawa:

"Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana mengingati Rasulullah s.a.w.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.

"Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

"Sa'd bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

"Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

"Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

"Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

"Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam".

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A'raf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar".

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan".

Maka Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu". (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

بول جا ل Bol chal.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Bila kita akan sampai di ?

متى نصل ؟ Mata nasilu ?

When do we arrive at ?

حم كب فنججيى كى؟Hum kab puhcenge

Dalam masa setengah jam.

في نصف سا عة.Fi nisfi sa’atin.

In half an hour.

اد هى كهتى Adha gante mein.

Ada perkara [hal] apa ?

ماذ حدث ؟ Maza hadasa ?

What the matter ?

كيا معا ملد؟ Kia makmala he ?

Muhasabah.

benhussin.blogspot.com

Sejarah April Fool’s Day

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,

Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati

dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga diserata dunia sebagai April Fool’s day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat bagi mereka yang baru mengetahui haramnya menyambut serta merayakan April Fool’s Day ini.

Tip Nabawi.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Setiap Rasul, setiap Nabi, setiap agama dan setiap kitab yang diturunkan oleh ALlah s.w.t mengajar, menyeru supaya manusia berusaha untuk bersatu[sampai] kepada ALlah yang dicintai.

Manusia harus sedar bahawa kita adalah hamba yang diciptakan oleh ALlah yang Maha Bijak dan tujuan utama kita wujud adalah untuk berusaha mengembara kembali kepada Nya.

Segala sesuatu dalam kehidupan kita ini adalah satu pameran atau pertunjukan oleh ALlah s.w.t supaya kita mengguna pakai untuk sampai kepada Nya.

English Section

amirussin@yahoo.com

How is one worship God ?

Any act of obedience to God is an act of worship Obey God. Love Him, Fer Him, ask Him to forgive you and get determined not to re-sin. Mention God as often as you cant; this makes your mind at peace. Thank Him for good and bad. Trust Him, Help others, Be kind to all. Do not hurt others with your hand or tongue.

Be straight, righteous, benevolent, and kindhearted. Worship God as He commanded you to worship Him, as Islam ordains.Do not be double –faced, with double standards.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.