Saturday, August 25, 2012

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.  

i           Ramadhan telah meninggalkan kita dengan ‘ibrah yang terdapat dalam madrasahNya, moga-moga ia akan memberi kesan dalam diri kita untuk terus meng’amalkannya sebagaimana yang telah kita lakukan selama sebulan dlam madrasah Ramadhan.

ii.         Aidil Fitri kembali lagi, bergembiralah bagi orang-orang mukmin yang telah mencapai kejayaan dalam menunaikan ‘ibadah siam [puasa]. Sambutlah kegembiraan aidil fitri dengan penuh kesederhanaan dan sambutlah dalam batas-batas yang digariskan oleh ALlah dan Rasul. Bergembiralah dengan banyakkan bersyukur kepada ALlah kerana masih lagi mengizinkan kita berbafas untuk menyambut aidil fitri pada kali ini, oleh itu sambutlah dalam lingkungan yang diredhai oleh ALlah dengan menghindari dari bercambur baur dengan perkara-perkara yang dilarang dan diharamkan. Jangan lupa untuk berpuasa enam hari dalam bulan Syawal.

iii.        Sebaiknya setelah kita ditinggalkan oleh dua kegembiraan, iaitu kegembiraan menunaikan ‘ibadah puasa serta kegembiraan menyambut aidil fitri, marilah kita teruskan dengan ‘amal baik selepasnya iaitu dengan menunaikan secara berterusan berpuasa sunat pada hari Isnin dan hari Khamis, kerana puasa ini amat digalakkan oleh Nabi kita .
                  amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.

Khaulah Al-Azwar, Serikandi Medan Jihad

Kelihatan kelibat seorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.

Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.

Dialah Khaulah al-Azwar iaitu bidadari besi. Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw.  Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.

Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang yang  memimpin kaum wanita.
Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi.

Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid,

Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi.

Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.

Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya : “ Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu ?”

Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. “ Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu, sebab kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih.

Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani, baik lelaki mahupun perempuan. “ Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang.

Kisah Cinta Seorang Lelaki Pada ALlah.
amirussin@yahoo.com

Dikisahkan dalam Miskaatul Anwaari bahawa Samnun telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita apabila dia telah tua. Kemudian dia telah dikurniakan seorang anak oleh Allah swt. Samnun sangat sayang kepada anaknya.

Pada suatu hari Samnun telah bermimpi, dalam mimpinya dia melihat bahawa kiamat  telah tiba dan panji-panji para nabi dan wali bersinar, Samnun melihat di belakang mereka terdapat pula panji-panji yang paling tinggi dan cahayanya memenuhi ufuk, lalu Samnun bertanya kepada orang mengenai panji-panji itu, berkata mereka "Itu adalah panji-panji bagi mereka yang cinta dengan ikhlas terhadap Allah SWT"

Samnun menyedari bahawa dirinya juga berada di kalangan orang-orang lain yang berada bersama panji-panji tersebut. Tiba-tiba datang seorang malaikat menarik Samnun keluar dari kumpulan tersebut.
Samnun tidak berpuas hati dengan tindakan malaikat itu lalu dia berkata "Aku adalah orang yang mencintai Allah dengan ikhlas, dan panji-panji ini adalah bagi mereka yang mencintai Allah, jadi kenapakah kamu keluarkan aku dari kumpulan ini?"
Kemudian malaikat berkata "Memang betul apa yang kamu kata itu, tetapi kamu terlampau sayang terhadap anakmu, maka sebab itulah kami keluarkan kamu dari kumpulan orang-orang yang mencintai Allah"

Sebaik sahaja Samnun mendengar kata malaikat itu maka dia pun menangis sekuat-kuatnya di dalam tidur sambl berkata "Wahai Tuhanku, kalaulah anakku itu menjadi penghalang antara aku dengan kamu, maka aku tidak memerlukan dia, dan pisahkanlah anakku itu dari aku supaya aku dapat mendekatkan diriku kepadaMu dengan sebab kasih Engaku dan dermawan Engkau"

Setelah berkata demikian, Samnun mendengar orang berkata "Musibah"

Samnun tersentak dari tidurnya, lalu berkata "Apakah yang kamu memekik ini?"

kemudia berkata orang yang berada di situ "Sesungguhnya anakmu jatuh dari tingkat atas dan mati"

Samnun mendengar berita tersebut dengan tenang dia berkata "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penghalang daripadaku"

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
[Surah At-Taubah : 24]

Kisah ini bukan bermakna kita meminta kepada Allah supaya mematikan anak kita, tetapi ianya ialah satu peringatan kepada kita bahawa kita tidak boleh mencintai sesuatu yang lain lebih dari Allah. Kerana cinta Allah itu adalah cinta yang kekal abadi.
4 Golongan Lelaki Ahli Neraka .
1. BAPA
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberi  keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup  dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. SUAMI
Apabila  suami tidak mempedulikan
tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, berhias  bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. ABANGApabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah,suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALlah SWT:
“Hai anak Adam peluharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”

 Mutiara Kalam [siri 36].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Sehari menjadi singa
Lebih bererti
Daripada seabad menjadi kambing

Dars Bukhari

Rasulullah SAW bersabda, bahawasanya: “Yang mengikut mayat itu sewaktu ke alam kubur ada tiga perkara, tetapi dua daripadanya akan balik dan tetaplah satu perkara yang kekal bersama si mati. 'Kedua-dua perkara itu ialah keluarga dan hartanya, dan yang akan tinggal bersama-samanya ialah amalnya'.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Maka dia akan tinggal keseorangan dan yang akan menemaninya adalah amalannya ketika di dunia. Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraak bin Aazib r.a. berkata: “Kami bersama Nabi Muhammad saw keluar menghantar jenazah seorang sahabat Ansar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad saw duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad SAW mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah dari seksaan kubur.”. Nabi Muhammad saw  mengulangi sebanyak 3 kali.”

Lalu Nabi Muhammad saw bersabda : “Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil:

“Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan reda-Nya.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi : “Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatas bumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan di tanya:

“Roh siapakah yang harum ini?” Di jawab: “Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh.

Maka Allah berfirman : “Catatlah suratnya di illiyyin. Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya.”

Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua
malaikat untuk bertanya: “Siapa Tuhanmu?”

Maka dijawab: Allah Tuhanku.

Lalu ditanya: “Apakah agamamu?”

Maka dijawab: “Agamaku Islam”

Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengahtengah kamu?”

Dijawab: “Dia utusan Allah”. Lalu ditanya:

“Bagaimanakah kamu mengetahui itu?”
Maka dijawab: “Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya”

Maka terdengar suara: “Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata.”

Kemudian datang kepadanya seorang yang cantik wajahnya dan harum baunya sambil berkata: “Terimalah kabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah
kepadamu.”

Lalu bertanya: “Siapakah kau?”
Jawabnya: “Saya amalmu yang baik.”

Lalu ia berkata: "Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan kawanku.”
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikul Maut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata:

“Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah.”

Maka tersebar di semua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: “Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?”

Dijawab: “Roh fulan bin fulan.” dengan sebutan yang amat buruk sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya.

Kemudian Nabi Muhammad SAW membaca ayat yang bermaksud: “Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum.”

Kemudian diperintahkan: “Tulislah orang itu dalam sijjin.”

Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat yang bermksud : “Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam.”

Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didalam kubur, lalu didatangi oleh dua malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: “”Siapa Tuhanmu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu”.

Lalu ditanya: “Apakah agamamu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Ditanya lagi: “Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?” Dijawab: “Saya tidak tahu”.

Lalu ditanya: “Bagaimanakah kamu mengetahui itu?”

Maka dijawab: “Saya tidak tahu” Maka terdengar suara seruan dari langit: “Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kubur sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: “Sambutlah hari yang sangat buruk bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu.”

Lalu ia bertanya: “Siapakah kau?”

Jawabnya: “Aku amalmu yang buruk.” Lalu ia berkata: “Ya Tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat.”

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: “Ya ayyatuhannafsul muth ma’innatur ji’i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah.”

(Yang bermaksud) “Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah.” Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil
dikatakan kepadanya: “Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ketempat yang rendah hina dan seksa-Nya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin.”

Alfaqih Abu Ja’far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata:

“Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-Quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah SWT. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas.

Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya malaikat yang akan menyeksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang.”

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa sesiapa yang banyak melakukan amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan semasa hidup di dunia dan sempat bertaubat dan mengucapkan kalimah syahadah di saat akhir kematiannya (mendapat husnul khatimah) maka berbahagialah hamba Allah ini ketika berhadapan dengan Allah SWT di alam barzakh dan seterusnya di hari akhirat nanti .

Hadis riwayat Imam At-Tarmidzi menyebut Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kubur itu adalah persinggahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, perjalanan selepasnya lebih mudah lagi. Jika tidak selamat, perjalanan selepas itu lebih sukar lagi.”

Marilah sama-sama tinggalkan segala dosa dan maksiat kerana semasa kita di masukkan kedalam kubur maka hanya amal soleh yang kita bawa akan dapat membantu semasa di soal siasat Malaikat Munkar dan Nakir. Bertaubatlah kepada ALlah yakinlah bahawa Dia akan menerima taubat hamba-hamba- Nya.

Muhasabah.
tamarmerbok.blogspot.com
Manusia hidup di dunia ini ibarat orang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di laut, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga nampak, maka pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbagi tiga golongan.

Yang pertama, mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat-lihat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau inilah yang menjadi tujuan.

Golongan kedua, mereka terpengaruh oleh keindahan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat, tempat duduk sudah habis ditempati orang.
Adapun golongan ketiga inilah golongan yang malang. Setelah dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, tidak juga dipedulikan, dan berbunyi yang ketiga kali, kapal pun berangkat. Setelah jauh dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah orang yang benar-benar malang.
Manusia lahir dengan kudrat ganjil. Sebelum lahir mereka tidak bercita-cita untuk hidup, dan setelah hidup tidak pula ingin mati. Kebanyakan manusia lupa akan tujuan, lupa bahawa hidup di dunia tidak akan lama, bahawa hidup ini akan di akhiri dengan kematian.
 
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzaman

Dalam ayat di atas ALlah swt juga memberi peringatan tentang janji makhluk, tentang rab mereka dialam arwah dahulu, dimana seluruh ruh dikumpul dan ALlah swt bertanya tentang rububiah. Seluruh ruh telah taslim bahawa ALlah swt ialah rab dan kini ALlah swt ingatkan sesiapa yang memegang pada janji maka mereka akan Berjaya.

Tetapi sesiapa yang kufur  dan ingkar atau membuat fasad atas muka bumi ini maka merekalah yang akan mengalami kerugian. Sesiapa melakukan fasad samaada hubungan dengan ALlah swt atau hubungan sesama manusia, maka mereka adalah termasuk dalam golongan ini.

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Bagaimana kamu sekarang ?
    How do you feel now ?
   
    Kaifa tahussu al an ?
        كيف تحس الان ؟   
    Ab ap kia mehsus karte he ?
اب اپ كيا محسوس كرتي هي ؟   

2. Saya sakit kepala.
    I have headache.

    ‘Indi sudaun.
عند صداع.   
     Mujhe sar dara he.
مجهي سر درد هي.   

3.  Gigi saya sakit.
     I have a toot coche.

     Asnani tu’ limuni.
اسناني تؤلمني.   
     Mujhe dant me dard he.
مجهي دانت مي درد هي.                 

Iqtibar.
benhussin.blogspot.com

Kisah Wanita Yang Mengcungkil matanya Sendiri.

Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang cantik. Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan gemar berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah. Pada suatu hari sedang Hasan berjalan, dia terpadang perempuan yang sangat cantik, lalu dia mengikuti perempuan tersebut.

Apabila wanita itu merasai dirinya diekori, lalu wanita itu menoleh ke belakang lalu berkata : "Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?" dan berkata lagi : "Malulah kepada Allah SWT yang Maha mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terdapat dalam hati"

Hasan sangat tertarik dengan wanita tersebut, dia tetap mengekori wanita tersebut. Apabila wanita tersebut melihat Hasan terus mengekorinya, berkatalah wanita itu : "Mengapa kamu terus mengikuti aku?"

Maka berkata Hasan Basri : "Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu" Setelah sahaja wanita tersebut mendengar pejelasan dari Hasan, maka dia pun berkata : "Baiklah. Jikalau kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini sebentar, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki"

Setelah berkata demikian maka di dalam hati Hasan berkata : "Nampaknya dia telah menerima cintaku". Maka Hasan terus menunggu wanita itu sehingga wanita itu tadi datang kembali.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang pembantu  menghampiri Hasan sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata.  Kemudian pembantu tersebut berkata : "Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang itu"

Selepas kejadian itu, Hasan Basri tekad untuk meminta maaf kepada wanita itu. Malangnya wanita itu sudah meninggal sebelum Hasan meminta maaf. Hasan memangis tiga hari berturut-turut. Pada malam yang ketiga Hasan bermimpi menemui wanita itu. Wanita itu ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata : "Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu"

Wanita itu pula berkata : "Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah oleh sebab kamu" Setelah Hasan mendengari pengakuan wanita tersebut maka dia pun berakata : "Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik"

Berkata wanita tersebut : "Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah setiap pagi dan petang, beristighfarlah, mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya" Akhirnya Hasan melaksanakan segala nasihat perempuan itu. Hasan Basri mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah serta Beliau menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkab menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan kecantikan dirinya dan menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang dilarang oleh Allah

Wahai saudaraku tutuplah aurat, janganlah kamu menunjukkan kecantikan mu itu sebab bakal yang melihat aurat mu itu adalah dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara. Dan apabila seseorang lelaki itu cinta kepada perempuan yang menunjukkan aurat cinta itu sebenarnya berserta dengan syaitan yang mengoda lelaki itu.

Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam Fitnah.
 
Soal jawab

Soalan : Apakah hukum pengantin perempuan yang sedang dalam haid berada dalam masjid untuk majls akad nikah ?

Jawapan :   Hukum wanita yang sedang haid adalah haram untuk memasuki masjid walaupun untuk urusan perkahwinan. Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Hendaklah wanita-wanita haid menjauh dari musalla”. [Riwayat al-Bukhari,no.324]    
         
Tarbiyyatul Aulad.

Khasiat Air Susu Ibu.

Air Susu ibu  terbukti sangat penting bagi bayi. Tidak hanya menguatkan sistem kekebalan tubuh, penyelidikan baru-baru ini membuktikan bahawa juga terbukti memperkuat sistem pernafasan.

Masa memasuki usia persekolahan atau sekitar usia 12 tahun, kanak-kanak yang semasa kecilnya diberi penyusuan dari ibu mereka, memiliki fungsi paru-paru yang lebih baik daripada anak-anak yang diberi susu formula. Uniknya fungsi paru-paru yang baik, terlihat pada kanak-kanak yang mempunyai ibu pengidap pesakit asma. Demikian kajian yang dimuatkan dalam American Journal of Medicine Respiratory Critical Care ini.

Didapati bahawa empat peratus sahaja bayi yang disusui ibunya mempunyai
masalah perilaku di kemudian hari. Sementara 16 peratus yang diberi susu formula punya masalah perilaku.

terdapat dalam surah al-Baqarah: ayat 233 yang berbunyi, "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan."

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah saw bersabda, "Tiba-tiba aku melihat para wanita yang payudara-payudara mereka dicabik-cabik ular yang ganas. Maka aku bertanya: 'Kenapa mereka?'Malaikat menjawab: 'Mereka adalah para wanita yang tidak mahu menyusui anak-anaknya (tanpa alasan syar'i)'. "(HR. Al-Hakim).

Tib Nabawi.
Oleh:Ustaz Qamaruzzaman an-nadwi

Nabi saw  bersabda yang bermaksud “Orang yang paling hamper denganku pada hari akhirat adalah orang yang paling banyak berselawat  ke atasku di dunia”.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi saw bersabda sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka akan ditulis baginya 10 kebaikkan dan dihapuskan daripadanya 10 kejahatan dan ditinggikannya 10 darjat dan diperlihatkan kepadaku  amalannya itu dan dikurniakan kepadanya sama dengan apa yang dimintakan itu.

Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Kepada semua pelajar yang sedang, sudah atau akan menghadapi imtihan [peperiksaan] setkan minda dan hati dengan:

  • Keyakinan dan keimanan kepada ALlah.
  • Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati dalam sessi bacaan dan ulangkaji.
  • Mengutamakan apa yang lebih utama.
  • Prihatin dalam melakukan latihan untuk disiapkan oleh guru.
  • Jaga hubungan antara kawan lelaki dan perempuan juga hubungan dengan semua guru.
  • Bersikap jujur dan amanah dalam semua perkara.
  • Tepati waktu dalam semua hal.
  • Berusaha dan bertawakkal kepada Allah.
  • Sentiasa berdoa’ dan berharap kepada ALlah.

“….Maka diantara manusia ada yang berdoa’ : Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” [2:20]

Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com
Minyak zaitun.
Manfaat minyak zaitun kepada kesihatan jantung sudah lama diketahui. Namun tidak ramai yang tahu kuantiti sebenar yang diperlukan untuk membolehkan bahan masakan itu bergantung untuk jantung.

Kajian terbaharu menyebut kuantiti untuk manfaat yang optimum  ialah dua sudu makan. Para pengkaji mendapati pengambilan dua sudu minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung  sehingga 50 peratus.

Minyak zaitun kaya dengan kandungan polifenol yang dapat mengurangkan keradangan tubuh .

English Section
amirussin@yahoo.com

How can the mind accept “God” without sensing Him ?

The human mind, like the human body, has limitations in every aspect. The ear has limitation, you can hear at a certain distance only, you cannot hear sounds ten kilometers far from you, for example.

So do all senses, including seeing, tasting, smelling, and feeling. You can lift up certain weight only. Your mind has limitations in storing, retrieving, remembering, understanding and even imagining.
If you cannot now sense what is going on, this does not mean that nothing is going on there. We cannot see the spirit, but each one of us has a spirit or soul. We cannot see angels, but there are angels. Not seeing or sensing God does not prove His non-existence.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan  RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Wednesday, August 22, 2012

warga kerja albayan mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, minal 'aidil wal faizin, kullu 'am wa antum bikhair.

Monday, July 30, 2012

selamat menunaikan 'ibadah puasa

sidang editorial albayan mengucapkan selamat menunaikan 'ibadah puasa kepada semua umat Islam terutamanya yang memberi sokongan kepada sidang editorial albayan.semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Muqaddima

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang

i    Firman ALlah swt yang bermaksud “ Wahai orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sepertimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa “ . [al-Baqarah:183]

Ramadhan bulan yang memproses dan melahirkan hamba ALlah yang bertaqwa, bulan ‘ibadah, al-Qur’an, bulan zikrullah, bulan perhambaan bulan, bulan untuk bertaubat kepada ALlah, bulan pembersihan diri daripada dosa dan maksiat dan yang penting menjadikan keazaman kita untuk melakukan yang lebih baik daripada sebelum Ramadhan.      

ii    Keimanan tidak dapat diukur oleh sesiapa dan dengan apa sekalipun. Namun oleh kerana itulah kita sebagai mukmin muslim perlu menggunakan ‘akal, fikiran dan hati bagi memantapkan keimanan. Kita boleh melakukan apa saja yang kita kehendaki baik atau sebaliknya kerana tiada siapa yang tahu melainkan ALlah. Sekiranya kita tidak meletakkan ‘akal deitempat yang sepatutnya, maka hati dan perasaan kita bebas melakukan apa saja yang dikehendaki. Oleh itu jagalah iman. Imanlah yang akan membezakan kita dengan orang yang tidak beriman pada ALlah.

                  amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Al-Biruni Tokoh Ilmuan Islam dalam Matematik dan Fizik

Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani dan kitab Mu’jam al-Buldan yang ditulis oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi).

Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi.
Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh ini menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut.

Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Ia juga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut.

1. Teori alam semesta - Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.
2. Kosmogeni – Walaupun Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid
3. Teori geosentrik -  Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik..
4. Kalender dan kronologi - Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang
5. Matahari - Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut:
(a) Sifat fizikal Matahari - Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberi¬kan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, sama juga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang mem¬bakar.
(b) Gerakan tahunan - AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan mata¬hari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.
(c) Panjang tahun solar (tropika) - Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati peruba¬han dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melapor¬kan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaan¬nya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat.
 (d) Fajar dan senja - Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara ini.

Sebagai AhIi Sains - Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.

1. Trigonometri sfera - Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid ‘Ilm al-Hai’ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.
Satu daripadanya diberi tajuk Jami’ al-Tarq al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.
Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan mem¬buktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu.
sinA=sinB=sinC
a b c

2. Aritmetik orang India - Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,
(a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India
(b) Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant
(c) Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik.
(d) Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.

3. Cahaya dan bunyi - Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara.

4. Graviti - Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.

Al-Ghazali: 10 Sifat Mahmudah 10 Sifat Mazmudah.

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela.

Ilmu tasauf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah. Antara syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainnah ialah banyak bersabar serta banyak melalui penderitaan.

Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah (Terpuji) di dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin' iaitu:

1) Taubat
2) Khauf (Takut)
3) Zuhud
4) Sabar
5) Syukur
6) Ikhlas
7) Tawakkal
8) Mahabbah (Kasih Sayang)
9) Redha
10) Zikrul Maut (Mengingati Mati)

Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah (Tercela) di dalam kitab tersebut iaitu:

1) Banyak Makan
2) Banyak Bercakap
3) Marah
4) Hasad
5) Bakhil
6) Cintakan Kemegahan
7) Cintakan Dunia
8) Bangga Diri
9) Ujub (Hairan Diri).
10) Riya' (Menunjuk-nunjuk).

Tips di bulan Ramadhan.
Oleh:amirussin@yahoo.com

1.    Pengendalian diri  dalam menjalani ibadah puasa harus sering diingat bahawa kita sedang berpuasa dan jika perasaan ingin marah atau kesal akan muncul, berusahalah untuk mengalih fikiran yang bersifat santai seperti mendengar ceramah, membaca al-Qur’an atau melakukan solat sunat.

2.    Kebiasaan kita sering bersembang perkara yang sia-sia di waktu luang, sebaiknya tinggalkan kebiasaan tersebut.

3.    Melakukan muhasabah diri  dalam hal-hal yang sudah kita lakukan selama 11 bulan kebelakangan.

4.    Jika kita mempunyai masalah dengan kawan-kawan, di bulan Ramadhan ini cubalah dan berusahalah untuk memohon maaf atau sebagainya bagi menyambung kembali tali peraudaraan.

5.    Cubalah membiasakan membaca al-Qur’an pada waktu lapang disiang hari.

6.    Kurangkan berbelanja samaada perbelanjaan harian untuk masa berbuka maupun perbelanjaan untuk menyambut hari raya seiring dengan tuntutan puasa tersebut.

Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Al-Bukhari meriwayatkan; “Siapa puasa Ramadhan penuh keimanan dan pengharapan diampunkan dosanya yang lalu.” Huraian ringkas hadis;

o Ibnu Hajar menjelaskan maksud ‘penuh keimanan’ sebagai kita yakin bahawa kita berpuasa berdasarkan yakin ia adalah arahan Allah.
o Al-Khattabi menjelaskan ‘pengharapan’ sebagai mengharapkan pahala yang baik dari Allah
o Puasa adalah antara penyebab kepada dosa diampun. Maksud ‘dosa’ ialah dosa-dosa kecil sahaja dan yang tidak berkaitan dengan manusia.

Allah tabur rahmat yang pelbagai dalam bulan Ramadhan. Sewajarnya kita berusaha mengutipnya.
Inilah satu-satunya bulan yang umat Islam prihatin dengan waktu solat, maghrib khususnya.

Dalam hidup kita, tiada lagi yang kita harap selain dari bersih dari dosa. Maka berusahalah bersungguh-sungguh agar puasa kita diterima Allah.

Puasa adalah ibadah salbiah, kerana tidak melibatkan orang lain. Hanya antara kita dengan Allah sahaja. Sebab itu Allah nyatakan; puasa itu untukku.

Sedarlah kita sekarang dalam bulan yang agung. Allah pandang kita dengan penuh redha dan rahmat.
Ganjaran puasa yang sempurna adalah takwa. Dan takwa merupakan sebai-baik bekalan bagi seorang muslim. Ibnu Masud menjelaskan maksud takwa sebagai;

o Mentaati Allah, jangan derhaka
o Mengingati Allah, jangan lupa
o Mensyukuri nikmat Allah, jangan kufur,

Wallahu a’lam.
Catatan dari Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Wan Nahar bin Othman di Masjid An Naim, Kl.

Mutiara Kalam [siri 36].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Hanyalah yang jatuh cinta
Kepada keindahan Ilahi
Yang dapat menjadi
Penghulu segala makhluq

Ingatan Buat Diriku Yang Mudah Lupa.
www.susuuntuksihat.blogspot.com

1. Meninggalkan sembahyang - ular saqar sedang menunggu.

2. Melewat-lewatkan solat - neraka wail sedang menganga.

3. Meringan-ringankan syariat - mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang - gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah – duri-duri menanti  di taman neraka

6. Tidak menjaga pergaulan -libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlaq dengan manusia -kemurkaan Allah bersama mu..

8. Menyakiti hati orang dengan lisan- masuklah mana-mana pintu neraka 9.Meringankan amanah - angkatlah seberkas kayu dari neraka

10.Bersangka buruk – ‘amalan diambil orang

Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Antara Lima Kelebihan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.  Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzaman

Sesetengah musuh Islam membangkitkan bahawa al-Qur’an bukan kalam Ilahi kerana misalan dalam al-Qur’an sangat buruk dan keji seperti nyamuk dan lalat. Kata mereka jika ini kalam ALlah, maka misalan seperti ini tidak akan ada. Maka dalam ayat ini ALlah swt berikan jawapan mereka dengan mengatakan ALlah swt  tidak merasai malu untuk datangkan misalan-misalan seperti ini.

Maka dalam ayat ini ALlah swt menegaskan sesiapa yang akan mendapat hidayat maka melaluinya misalan ini dia akan mendapat hidayat tetapi sesiapa yang kufur maka misalan ini akan menambahkan ketebalan kufurnya pada Islam.

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1.Saya sakit
I am ill.

Ana mariz
انا مربض
Me bimar hu.
ميى بيمار هو

2.Kemungkinan kamu selsema
Perhaps you cought cold.

La’allaka tash’uru bil bard
لعلك تشعر بالرد

Saaid ap ko sardi lak gaya he
سايد اب كو سردي لك كي هي

3.Kemungkinan saya selsema
It may be so

Haza yumkin
هذا يمكن
Ho sakta aisa ho
هو سكتا ايسا هو           

Muhasabah.
benhussin.blogspot.com.

Kisah Tukang Gunting Rambut.

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk mengunting rambut. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah social, rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan, Tuhan telah memberikan pedoman melalui Rasul-Nya dan juga melalui kitab Nya iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALlah. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALlah, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Apakah hukum seseorang yang tidak  bersolat.

Jawapan :   Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi [no 2621] yang bermaksud “Perbezaan diantara kita dan mereka ialah solat. Orang yang meninggalkannya jatuh kafir”.

Pendapat pertama mengatakan orang itu kafir dan keluar dari Islam, diberi masa untuk bertaubat sehingga akhir waktu solat. Jika dia enggan solat juga maka dia dibunuh kerana jatuh kafir, hartanya dirampas dan dia dikebumikan di perkuburang orang kafir.

Pendapat kedua, orang itu tidak kafir, dia fasiq dan berdosa besar, dia perlu dididik dan dipukul sehingga dia bertaubat.
Pendapat ketiga, orang itu fasiq dan berdosa besar, dia diberi masa sehingga akhir waktu solat. Jika dia enggan solat juga maka dia dibunuh keran itulah hukum orang yang tinggalkan solat. Hartanya diwarisi oleh pewarisnya dan dia di kebumikan di tanah perkuburan orang Islam.

Tarbiyyatul Aulad.
amirbenhussin@gmail.com

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang belum mencapai umur aqil baligh, eloklah melatih mereka berpuasa pada bulan Ramadhan ini, bagi membiasakan mereka untuk berpuasa apabila dewasa kelak.

Jangan biarkan mereka tidak berpuasa sehinggalah mereka telah mencapai umur aqil baligh. Melatih mereka dari menahan makan dan minum amat berfaedah bagi mereka untuk menghadapi suasana berpuasa yang sebenar.

Sebaiknya juga, latihlah anak-anak untuk berbuka dengan mengambil makanan yan paling minima serta melatih bertadarus dan bertarawikh di malam hari.

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Tingkatan taqwa menurut al-Kalbi dalam tafsirnya terbahagi kepada 5 iaitu:

1.Takut kepada kufur ini merupakan maqam Islam.

2.Takut melakukan maksiat ini adalah maqam taubat.

3.Takut melakukan perkara shubhat ini merupakan maqam wara’.

4.Takut melakukan hal yang harus ini tingkatan orang yang zuhud.

5.Takut jika terfikir selain dari ALlah ini merupakan orang yang sampai kepada tahap mensyahadah [ihsan yang tertinggi].

Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Bagi pelajar Muslim gunakan masa yang terbaik pada bulan Ramadhan ini untuk membaca, mengulangkaji pelajaran dan membaca al-Qur’an, ini oleh kerana masa  yang selalunya kita isi dengan makan boleh digunakan untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran. Ini oleh keran pada bulan Ramadhan segala kebaikkan yang kita lakukan akan diberi ganjaran yang besar oleh ALlah swt.

Semasa kita berpuasa, perut kita kosong dan mesin yang selalunya bekerja untuk mencerna makanan akan berehat, jadi ia membolehkan otak kita menerima segala apa yang dibaca dengan baik berbanding semasa perut kita dipenuhi dengan makanan yang seringkali terganggu dengan rasa mengantuk.

Berpuasa amat berkait rapat dengan kesihatan tubuh dan otak yang seringkali dikaji oleh ahli-ahli sains dan perubatan. Dan berpuasa juga adalah amalan yang sering dilakukan oleh Nabi saw selain daripada puasa yang diwajibkan.

Oleh itu para pelajar Muslim semestinya menggunakan masa yang terbaik dibulan Ramadhan ini, jangan jadikan bulan Ramadhan ini sebagai alasan untuk tidak produktif dan proaktif.

Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Dukung Anak. 

Airnya direbus dan diminum, mampu mengubati penyakit cirit-birit. Mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Airnya  boleh mengubati kudis dan luka. Bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti penyakit demam kuning (jaundice), ambil secekak pokok ini dan masak dengan sedikit susu kambing. Pokok Dukung Anak juga sering direbus bersama tebu hitam, pegaga dan gula batu untuk dijadikan ubat penawar sakit dada mereka yang menghidap sakit batuk berdarah.

Serai. 

Ditanam untuk kegunaan masakan., Daunnya  ditumbuk lumat diletakkan  pada dahi mampu melegakan sakit  kepala, bisa-bisa badan dan sengal sendi. Air perahan serai berkesan mengalak gigitan nyamuk . Melawas membuang air kecil boleh minum airnya . Ia juga mencegah perut daripada kembung. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.

Putarwali. 

Air rebusan akarnya mampu mengawal paras gula darah. Patinya boleh membebaskan hormon insulin sekali gus meningkatkan penggunaan glukosa dan tisu badan. Selain itu didakwa ia mampu mengembalikan kekuatan tenaga batin lelaki yang telah berusia.

Jarum Emas. 

Air rebusannya  mampu mengubat sakit pinggang, sakit urat saraf dan elak untuk ibu bersalin, direbus mengikut cara teratur. Lima batang pokok

English Section
amirussin@yahoo.com

What is God’s role, according to Islam ?

God is the Creator of all things. Nothing in this universe happens outside His will. He sustains all living creatures. He organizes all systems. He punishes and forgives. He knows and sees everything. He will resurrect all humans on Doomsday, and He will judge each according to his deeds.

During our first life, He guides us to the right behavior through His divine message. We ask His help. We ask Him to forgive us, to sustain us, and to give us good health and enough wealth. We ask Him to grant us His mercy.

A Muslim mention God’s name, i.e, ALlah, dozens of time daily, if not hundreds. In some non-Islamic countries, in contrast, people mention God only in exclamatory expressions by saying, “O Gosh”, not even with the correct pronunciation.

Sidang editorial albayan mengucapkan selamat menyambut aid Mubarak, kullu ‘am wa antu bi khair.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan  RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. 

i    Firman ALlah swt yang bermaksud “ Wahai orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sepertimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa “ . [al-Baqarah:183]

Ramadhan bulan yang memproses dan melahirkan hamba ALlah yang bertaqwa, bulan ‘ibadah, al-Qur’an, bulan zikrullah, bulan perhambaan bulan, bulan untuk bertaubat kepada ALlah, bulan pembersihan diri daripada dosa dan maksiat dan yang penting menjadikan keazaman kita untuk melakukan yang lebih baik daripada sebelum Ramadhan.      

ii    Keimanan tidak dapat diukur oleh sesiapa dan dengan apa sekalipun. Namun oleh kerana itulah kita sebagai mukmin muslim perlu menggunakan ‘akal, fikiran dan hati bagi memantapkan keimanan. Kita boleh melakukan apa saja yang kita kehendaki baik atau sebaliknya kerana tiada siapa yang tahu melainkan ALlah. Sekiranya kita tidak meletakkan ‘akal deitempat yang sepatutnya, maka hati dan perasaan kita bebas melakukan apa saja yang dikehendaki. Oleh itu jagalah iman. Imanlah yang akan membezakan kita dengan orang yang tidak beriman pada ALlah.

                  amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com
Al-Biruni Tokoh Ilmuan Islam dalam Matematik dan Fizik
Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani dan kitab Mu’jam al-Buldan yang ditulis oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi).
Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi.
Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh ini menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut.
Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Ia juga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut.
1. Teori alam semesta - Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.
2. Kosmogeni – Walaupun Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid
3. Teori geosentrik -  Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik..
4. Kalender dan kronologi - Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang
5. Matahari - Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut:
(a) Sifat fizikal Matahari - Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberi¬kan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, sama juga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang mem¬bakar.
(b) Gerakan tahunan - AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan mata¬hari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.
(c) Panjang tahun solar (tropika) - Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati peruba¬han dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melapor¬kan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaan¬nya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat.
 (d) Fajar dan senja - Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai perkara ini.
Sebagai AhIi Sains - Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.
1. Trigonometri sfera - Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid ‘Ilm al-Hai’ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.
Satu daripadanya diberi tajuk Jami’ al-Tarq al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.
Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan mem¬buktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu.
sinA=sinB=sinC
a b c
2. Aritmetik orang India - Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,
(a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India
(b) Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant
(c) Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik.
(d) Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.
3. Cahaya dan bunyi - Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara.
4. Graviti - Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.
Al-Ghazali: 10 Sifat Mahmudah & 10 Sifat Mazmudah.

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela.

Ilmu tasauf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah. Antara syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainnah ialah banyak bersabar serta banyak melalui penderitaan.

Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah (Terpuji) di dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin' iaitu:

1) Taubat
2) Khauf (Takut)
3) Zuhud
4) Sabar
5) Syukur
6) Ikhlas
7) Tawakkal
8) Mahabbah (Kasih Sayang)
9) Redha
10) Zikrul Maut (Mengingati Mati)

Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah (Tercela) di dalam kitab tersebut iaitu:

1) Banyak Makan
2) Banyak Bercakap
3) Marah
4) Hasad
5) Bakhil
6) Cintakan Kemegahan
7) Cintakan Dunia
8) Bangga Diri
9) Ujub (Hairan Diri).
10) Riya' (Menunjuk-nunjuk).

Tips di bulan Ramadhan.
Oleh:amirussin@yahoo.com

1.    Pengendalian diri  dalam menjalani ibadah puasa harus sering diingat bahawa kita sedang berpuasa dan jika perasaan ingin marah atau kesal akan muncul, berusahalah untuk mengalih fikiran yang bersifat santai seperti mendengar ceramah, membaca al-Qur’an atau melakukan solat sunat.
2.    Kebiasaan kita sering bersembang perkara yang sia-sia di waktu luang, sebaiknya tinggalkan kebiasaan tersebut.
3.    Melakukan muhasabah diri  dalam hal-hal yang sudah kita lakukan selama 11 bulan kebelakangan.
4.    Jika kita mempunyai masalah dengan kawan-kawan, di bulan Ramadhan ini cubalah dan berusahalah untuk memohon maaf atau sebagainya bagi menyambung kembali tali peraudaraan.
5.    Cubalah membiasakan membaca al-Qur’an pada waktu lapang disiang hari.
6.    Kurangkan berbelanja samaada perbelanjaan harian untuk masa berbuka maupun perbelanjaan untuk menyambut hari raya seiring dengan tuntutan puasa tersebut.

Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com
Al-Bukhari meriwayatkan; “Siapa puasa Ramadhan penuh keimanan dan pengharapan diampunkan dosanya yang lalu.” Huraian ringkas hadis;
o Ibnu Hajar menjelaskan maksud ‘penuh keimanan’ sebagai kita yakin bahawa kita berpuasa berdasarkan yakin ia adalah arahan Allah.
o Al-Khattabi menjelaskan ‘pengharapan’ sebagai mengharapkan pahala yang baik dari Allah
o Puasa adalah antara penyebab kepada dosa diampun. Maksud ‘dosa’ ialah dosa-dosa kecil sahaja dan yang tidak berkaitan dengan manusia.

Allah tabur rahmat yang pelbagai dalam bulan Ramadhan. Sewajarnya kita berusaha mengutipnya.
Inilah satu-satunya bulan yang umat Islam prihatin dengan waktu solat, maghrib khususnya.

Dalam hidup kita, tiada lagi yang kita harap selain dari bersih dari dosa. Maka berusahalah bersungguh-sungguh agar puasa kita diterima Allah.

Puasa adalah ibadah salbiah, kerana tidak melibatkan orang lain. Hanya antara kita dengan Allah sahaja. Sebab itu Allah nyatakan; puasa itu untukku.

Sedarlah kita sekarang dalam bulan yang agung. Allah pandang kita dengan penuh redha dan rahmat.
Ganjaran puasa yang sempurna adalah takwa. Dan takwa merupakan sebai-baik bekalan bagi seorang muslim. Ibnu Masud menjelaskan maksud takwa sebagai;
o Mentaati Allah, jangan derhaka
o Mengingati Allah, jangan lupa
o Mensyukuri nikmat Allah, jangan kufur,

Wallahu a’lam.
Catatan dari Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Wan Nahar bin Othman di Masjid An Naim, Kl.

Mutiara Kalam [siri 36].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Hanyalah yang jatuh cinta
Kepada keindahan Ilahi
Yang dapat menjadi
Penghulu segala makhluq

Ingatan Buat Diriku Yang Mudah Lupa.
www.susuuntuksihat.blogspot.com

1. Meninggalkan sembahyang - ular saqar sedang menunggu.
2. Melewat-lewatkan solat - neraka wail sedang menganga.
3. Meringan-ringankan syariat - mendapat pandangan murka Al-Jabbar
4. Mengumpat peribadi orang - gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah – duri-duri menanti  di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan -libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlaq dengan manusia -kemurkaan Allah bersama mu..
8. Menyakiti hati orang dengan lisan- masuklah mana-mana pintu neraka 9.Meringankan amanah - angkatlah seberkas kayu dari neraka
10.Bersangka buruk – ‘amalan diambil orang

Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com
Antara Lima Kelebihan Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.  Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzaman

Sesetengah musuh Islam membangkitkan bahawa al-Qur’an bukan kalam Ilahi kerana misalan dalam al-Qur’an sangat buruk dan keji seperti nyamuk dan lalat. Kata mereka jika ini kalam ALlah, maka misalan seperti ini tidak akan ada. Maka dalam ayat ini ALlah swt berikan jawapan mereka dengan mengatakan ALlah swt  tidak merasai malu untuk datangkan misalan-misalan seperti ini.

Maka dalam ayat ini ALlah swt menegaskan sesiapa yang akan mendapat hidayat maka melaluinya misalan ini dia akan mendapat hidayat tetapi sesiapa yang kufur maka misalan ini akan menambahkan ketebalan kufurnya pada Islam.

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1.Saya sakit
I am ill.

Ana mariz
انا مربض
Me bimar hu.
ميى بيمار هو

2.Kemungkinan kamu selsema
Perhaps you cought cold.

La’allaka tash’uru bil bard
لعلك تشعر بالرد

Saaid ap ko sardi lak gaya he
سايد اب كو سردي لك كي هي

3.Kemungkinan saya selsema
It may be so

Haza yumkin
هذا يمكن
Ho sakta aisa ho
هو سكتا ايسا هو           
Muhasabah.
benhussin.blogspot.com.

Kisah Tukang Gunting Rambut.

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk mengunting rambut. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah social, rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan, Tuhan telah memberikan pedoman melalui Rasul-Nya dan juga melalui kitab Nya iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALlah. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALlah, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Apakah hukum seseorang yang tidak  bersolat.

Jawapan :   Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi [no 2621] yang bermaksud “Perbezaan diantara kita dan mereka ialah solat. Orang yang meninggalkannya jatuh kafir”.

Pendapat pertama mengatakan orang itu kafir dan keluar dari Islam, diberi masa untuk bertaubat sehingga akhir waktu solat. Jika dia enggan solat juga maka dia dibunuh kerana jatuh kafir, hartanya dirampas dan dia dikebumikan di perkuburang orang kafir.

Pendapat kedua, orang itu tidak kafir, dia fasiq dan berdosa besar, dia perlu dididik dan dipukul sehingga dia bertaubat.
Pendapat ketiga, orang itu fasiq dan berdosa besar, dia diberi masa sehingga akhir waktu solat. Jika dia enggan solat juga maka dia dibunuh keran itulah hukum orang yang tinggalkan solat. Hartanya diwarisi oleh pewarisnya dan dia di kebumikan di tanah perkuburan orang Islam.

Tarbiyyatul Aulad.
amirbenhussin@gmail.com

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang belum mencapai umur aqil baligh, eloklah melatih mereka berpuasa pada bulan Ramadhan ini, bagi membiasakan mereka untuk berpuasa apabila dewasa kelak.

Jangan biarkan mereka tidak berpuasa sehinggalah mereka telah mencapai umur aqil baligh. Melatih mereka dari menahan makan dan minum amat berfaedah bagi mereka untuk menghadapi suasana berpuasa yang sebenar.

Sebaiknya juga, latihlah anak-anak untuk berbuka dengan mengambil makanan yan paling minima serta melatih bertadarus dan bertarawikh di malam hari.

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Tingkatan taqwa menurut al-Kalbi dalam tafsirnya terbahagi kepada 5 iaitu:
1.Takut kepada kufur ini merupakan maqam Islam.
2.Takut melakukan maksiat ini adalah maqam taubat.
3.Takut melakukan perkara shubhat ini merupakan maqam wara’.
4.Takut melakukan hal yang harus ini tingkatan orang yang zuhud.
5.Takut jika terfikir selain dari ALlah ini merupakan orang yang sampai kepada tahap mensyahadah [ihsan yang tertinggi].

Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Bagi pelajar Muslim gunakan masa yang terbaik pada bulan Ramadhan ini untuk membaca, mengulangkaji pelajaran dan membaca al-Qur’an, ini oleh kerana masa  yang selalunya kita isi dengan makan boleh digunakan untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran. Ini oleh keran pada bulan Ramadhan segala kebaikkan yang kita lakukan akan diberi ganjaran yang besar oleh ALlah swt.

Semasa kita berpuasa, perut kita kosong dan mesin yang selalunya bekerja untuk mencerna makanan akan berehat, jadi ia membolehkan otak kita menerima segala apa yang dibaca dengan baik berbanding semasa perut kita dipenuhi dengan makanan yang seringkali terganggu dengan rasa mengantuk.

Berpuasa amat berkait rapat dengan kesihatan tubuh dan otak yang seringkali dikaji oleh ahli-ahli sains dan perubatan. Dan berpuasa juga adalah amalan yang sering dilakukan oleh Nabi saw selain daripada puasa yang diwajibkan.

Oleh itu para pelajar Muslim semestinya menggunakan masa yang terbaik dibulan Ramadhan ini, jangan jadikan bulan Ramadhan ini sebagai alasan untuk tidak produktif dan proaktif.

Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com
Dukung Anak. Airnya direbus dan diminum, mampu mengubati penyakit cirit-birit. Mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Airnya  boleh mengubati kudis dan luka. Bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti penyakit demam kuning (jaundice), ambil secekak pokok ini dan masak dengan sedikit susu kambing. Pokok Dukung Anak juga sering direbus bersama tebu hitam, pegaga dan gula batu untuk dijadikan ubat penawar sakit dada mereka yang menghidap sakit batuk berdarah.
Serai. Ditanam untuk kegunaan masakan., Daunnya  ditumbuk lumat diletakkan  pada dahi mampu melegakan sakit  kepala, bisa-bisa badan dan sengal sendi. Air perahan serai berkesan mengalak gigitan nyamuk . Melawas membuang air kecil boleh minum airnya . Ia juga mencegah perut daripada kembung. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.
Putarwali. Air rebusan akarnya mampu mengawal paras gula darah. Patinya boleh membebaskan hormon insulin sekali gus meningkatkan penggunaan glukosa dan tisu badan. Selain itu didakwa ia mampu mengembalikan kekuatan tenaga batin lelaki yang telah berusia.
Jarum Emas. Air rebusannya  mampu mengubat sakit pinggang, sakit urat saraf dan elak untuk ibu bersalin, direbus mengikut cara teratur. Lima batang pokok