Tuesday, April 17, 2012

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركات, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i. Pepatah Cina ada mengatakan ‘satu langkah yang pertama akan membuka seribu langkah yang seterusnya’. Dalam kehidupan kita seharian, kita haruslah berani memulakan langkah yang pertama untuk membina langkah-langkah yang seterusnya, tetapi langkah-langkah itu hendaklah tidak bertentangan dengan nilai dan etika Islam. Mencapai sesuatu kejayaan dengan tidak bersandarkan dengan nilai murni agama Islam tiada maknanya.

ii.Pepatah Inggeris ada mengatakan ‘jangan menilai sesuatu buku dengan melihat kulitnya’. Kita seringkali salah tanggap apabila membuat nilaian awal hanya dengan sekali pandang, kekadang pandangan mata sering keliru, waspadalah dengan nilaian awal kita. Kembali kepada nilaian yang digariskan oleh Islam adalah yang sebaiknya, apatah lagi kita yang seringkali berhadapan dengan masyarakat ramai, oleh itu jaga diri, akhlaq dan tingkah laku semasa berada dalam masyarakat sekeliling bagi mengelakkan fitnah orang ramai.

iii. Pepatah Arab mengatakan ‘siapa cepat dia dapat’. Dalam mengejar ilmu dan ‘amal, kita seharusnya cepat untuk mendapatkannya. Apabila berada disaf solat, jangan biarkan saf hadapan kosong atau mempelawa orang lain memenuhinya. ‘Amalkan sikap cepat ‘amal.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.

amirussin@yahoo.com

Al-Khawarizmi

Tokoh yang bernama lengkap Abu Ja’far Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi (780-846 M) ini merupakan intelektual muslim yang banyak menyumbangkan karyanya di bidang matematik, geografi, muzik dan sejarah. Dari namanyalah istilah algoritma diambil.

Lahir di Khawarizmi, Uzbekistan, pada tahun 194 H/780 M. Kepandaian dan kecerdasannya megiktiraf beliau masuk ke lingkungan Dar al-Hukama (Rumah Kebijaksanaan), sebuah lembaga penelitian dan pengembangan ilmu pengetahuan yang didirikan oleh Ma’mun Ar-Rasyid, seorang khalifah Abbasiyah yang terkenal.

Hisab al-Jabr wa al-Muqabla (Pengutuhan Kembali dan Pembandingan) dan Al-Jama’ wa at-Tafriq bi Hisab al-Hind (Menambah dan Mengurangi dalam Matematik Hindu) adalah dua di antara karya-karya Al-Khawarizmi dalam bidang matematik yang sangat penting. Kedua karya tersebut banyak menguraikan tentang persamaan (linear dj & quadratic); penghitungan integrasi dan persamaan dengan 800 contoh yang berbeza; tanda-tanda negatif yang sebelumnya belum dikenal oleh bangsa Arab. Dalam Al-Jama’ wa at-Tafriq, Al-Khawarizmi menjelaskan tentang selok-belok kegunaan angka-angka, termasuk angka dalam kehidupan sehari-hari. Karya tersebut juga diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Al-Khawarizmi juga diyakini sebagai penemu angka nombor satu.

Sumbangan Al-Khawarizmi dalam ilmu ukur sudut juga luar biasa. Ilmu ukur sudutnya yang berhubungan dengan fungsi sinus dan garis singgung tangen telah membantu para ahli Eropah memahami lebih jauh tentang ilmu ini.

Selain matematik, Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai astronomi. Di bawah Khalifah Ma’mun, sebuah pasukan astronomi yang dipimpinnya berhasil menentukan ukuran dan bentuk bulat bumi. Penelitian ini dilakukan di Sanjar dan Palmyra. Hasilnya hanya selisih 2,877 kaki dari ukuran garis tengah bumi yang sebenarnya. Sebuah perhitungan luar biasa yang dapat dilakukan pada saat itu. Al-Khawarizmi juga menyusun buku tentang penghitungan waktu berdasarkan bayang-bayang matahari.

Al-Khawarizmi juga seorang ahli geografi. Bukunya, Surat al-Ardl (Bentuk Rupa Bumi), menjadi dasar geografi Arab. Karya tersebut masih tersimpan di Strassberg, Jerman.

Selain ahli di bidang matematik, astronomi, dan geografi, Al-Khawarizmi juga seorang ahli seni muzik. Dalam salah satu buku matematiknya, Al-Khawarizmi menuliskan pula teori seni muzik. Pengaruh buku ini sampai ke Eropah dan dianggap sebagai perkenalan muzik Arab ke dunia Latin. Dengan meninggalkan karya-karya besar nya sebagai ilmuwan terkemuka dan terbesar pada zamannya, Al-Khawarizmi meninggal pada tahun 262 H/846 M di Bagdad.

Beliau disegani oleh masyarakat eropah malah seluruh dunia. Bakal-bakal saintis muda harus mencontohinya dan harus mengambil iktibar daripada kisah sejarah ilmuan islam.


Kisah ALlah s.w.t. Mencipta Malaikat 'Jbril'
Oleh:susuuntuksihat.blogspot.com


Telah bersabda Rasullullah saw bahawa " Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan Malaikat 'Jibril' as dengan bentuk yang sangat elok, Jibril as mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak.

Kalau Malaikat Jibril as menebarkan hanya satu sayap dari beberapa sayap yang di milikinya maka sudah cukup untuk menutup dunia ini.

Sebelah kanan sayap Malaikat Jibril as terdapat gambar syurga berserta dengan isinya termasuk bidadari, istana,pelayan dan sebagainya. Sementara di sebelah kiri pula malaikat Jibril as terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri dari beberapa ular yg cukup berbisa, kala jengking, dan neraka yg bertingkat-tingkat dan penjaganya terdiri daripada malaikat yang garang iaitu malaikat Zabaniah as."

Bersabda Rasullulah saw lagi "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudiannya mereka menarik roh-nya melalui kedua tapak kakinya sehingga sampai ke lutut dan mereka pun keluar.

Setelah itu datang pula satu kumpulan malaikat yang lain masuk menarik rohnya dari lutut hingga ke sampai perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang pula lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang pula lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkongnya dan itulah di kata saat nazak seseorang itu ( saat mati)"

Sambung Rasullullah saw lagi "Kalau lah orang yang sedang nazak itu orang yang beriman maka malaikat Jibril as akan menebarkan sayap yang di sebelah kanannya sehingga orang yg nazak itu dapat melihat kedudukan dirinya di dalam syurga. Maka apabila orang beriman itu melihat syurga yang berada di sekelilingnya, baik ibubapanya, isterinya, anak-anaknya, saudara maranya dan rakan-rakannya. Ini adalah kerana orang sangat rindu pada syurga dan melihat terus pandangannya itu pada sayap malaikat Jibril as."

Kalau orang yang sedang nazak itu orang munafik maka malaikat Jibril as akan menebarkan sayap sebelah kirinya,maka seseorang yang sedang nazak itu dapat melihat kedudukan dirinya di neraka dan dalam pada itu orang yang sedang nazak itu tidak dapat melihat kedua orang tuanya, isterinya, anak-anaknya, saudara maranya dan sahabat handainya kerana terlalu takut apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

Maka kita umat Islam mesti mengaku bahawa malaikat Jibril as itu mempunyai sayap-sayap yang besar sehingga sebelah sayapnya sudah cukup untuk menutup dunia ini. Ini adalah benda ghaib yang termasuk salah satu perkara yang harus kita beriman dengannya. Tidak mustahil ALlah s.w.t. menciptakan sesuatu yang di kehendakinya.

Maka kita sebagai umat Islam tidak boleh sesekali mempertikaikan kebolehan atau kebesaran ALlah s.w.t. dan kita hendaklah berpegang kepada satu pendapat iaitu ALlah tidak ada yang mustahil. Kalau ia hendak menjadikan sesuatu maka nescaya akan terjadi.


Kisah Rasulullah s.a.w. Bertanya Malaikat Jibril a.s. Tentang Api Neraka.
Oleh:amirussin@yahoo.com


Rasullullah s.a.w bertanya kepada malaikat Jibril as tentang api neraka, berkata Rasullullah SAW :

"Wahai Jibril! Beritahu kepadaku tentang api neraka?"
Malaikat Jibril as pun berkata : " Ya, Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walau sebesar lubang jarum, nescaya akan terbakar bumi ini, dan tentang baju neraka pula , kalau baju neraka itu di gantungkan diantara langit dan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi sebabkan bau busuk yang amat dahsyat."

Kemudian berkata lagi malaikat Jibril as :
"Wahai Muhammad , kalau malaikat yang ke 19 itu turun ke bumi, sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat menggerunkan, dan kalau satu pergelangan dari rantai neraka jatuh ke bumi, ia akan menebus ke dalam 7 petala bumi,"


Apabila Rasullullah s.a.w mendengar penjelasan dari malaikat Jibril as itu, maka Rasullullah pun berkata : " Cukup hai Jibril." Lalu Rasulullah s.a.w terus menangis, dan diiringi dengan tangisan malaikat Jibril as, lalu apabila Rasullullah saw melihat malaikat Jibril as menangis, maka Rasullullah s.a.w pun bertanya :
“Wahai Jibril!, mengapa kamu menanggis? Pada hal kedudukan kamu sangat mulia di sisi ALlah s.w.t ?”

Maka malaikat Jibril a.s menjawap :

"Ya wahai Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku , walaupun kedudukan aku sangat dekat dengan ALlah s.w.t, tetapi aku takut kalau ALlah s.w.t, hendak merubahku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut, Marut dan Iblis yang terkutuk itu."

Walau pun kedudukan malaikat Jibril as sangat dekat pada ALlah s.w.t, namun ia tetap menangis kerana takut kepada ALlah s.w.t.

Dars Bukhari

www.tamarmerbok.blogspot.com

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika seseorang masuk kedalam rumahnya lalu ia menyebut asma Allah Ta’ala (bismillah) ketika masuk dan ketika makan, maka syaitan berkata kepada kawan-kawannya, ‘ tidak ada tempat bermalam bagi kamu dan tidak ada makan malam.’ Dan jika ia masuk, tanpa menyebut asma Allah Ta’ala saat hendak masuk rumahnya berkatalah syaitan: ‘kamu mendapat tempat bermalam, dan apa bila dia tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan,maka setan berkata : ‘ kamu mendapat tempat bermalam dan makan malam.’” (HR.Bukhari)

Kita seringkali terlupa atau terlepas ingat apabila kembali dari sesuatu pekerjaan dari luar dengan terus memasuki rumah tanpa membaca Bismillah dan memberi salam kepada orang yang berada di dalam rumah. Apatah lagi seringkali kita terlupa apabila hendak keluar dari rumah dengan melangkah dengan kaki kiri dan menyarung kasut atau selipar dengan kaki kanan.

Syaitan sedaya upaya mencari ruang untuk menyelinap dalam diri kita dengan apa cara sekalipun. Sekiranya bibir, hati dan fikiran kita terlalai walau sedetik, syaitan terus menyelinap dalam diri kita bagi mengawal nafsu dan fikiran kita.

Memberi salam pada isi rumah tatkala kita baru pulang adalah yang afdhal hatta sekiranya tiada sesiapa di dalamnya. Membaca Bismillah paling ringkas sekiranya malas untuk membaca doa’ ketika untuk menjamu selera. Apapun luangkanlah sedikit masa untuk kita membaca Bismillah dalam melakukan sebarang kerja dalam kehidupan seharian. Ingatlah selagi kita mengingati ALlah dalam kerja buat seharian, kerja itu ada keberkatannya.

Mutiara Kalam [siri 36].

Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Syaitan

Ia Kenal

Ratusan Nabi

Tetapi

Ia

Tetap

kafir.


Salam dan aurad.

benhussin.blogspot.com

Seorang lelaki British datang kepada Sheikh dan bertanya: Mengapa tidak dibenarkan dalam Islam bagi wanita untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki?

Sheikh berkata: Bolehkah anda berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?

Lelaki British berkata: Sudah tentu tidak, hanya terdapat orang-orang tertentu yang boleh berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth.

Sheikh menjawab: Wanita kita adalah permaisuri dan permaisuri tidak berjabat tangan dengan lelaki asing.
Kemudian lelaki British telah bertanya Sheikh: ... Kenapa gadis anda menutup badan dan rambut mereka?

Sheikh tersenyum dan ada dua gula-gula, dia membuka yang pertama dan disimpan satu lagi ditutup.

Ia melemparkan mereka kedua-dua di atas lantai yang berdebu dan meminta British: Jika saya meminta anda untuk mengambil salah satu daripada gula-gula yang mana satu akan anda pilih?

Lelaki British itu menjawab: Tentulah yang ditutup. Sheikh berkata: itulah bagaimana kita merawat, menjaga dan melihat wanita kami ....

Iqtibar.

tamarmerbok.blogspot.com


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?".

Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". (Riwayat Tirmidzi)

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]

Oleh: Ust.Qamaruzzaman

ان الله لا يستحي ان يضرب مثلا ما بعوضة فما فوقها . فاماالذين امنو فيعلمو انه الحق من زبهم . واماالذين كفروا فيقولون ماذا ارادالله بهذا مثلا . يضل بهكثير . ويهدي به كثرا. وما يضل به الا الفسيقين .

Sesungguhnya ALlah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja [seperti] nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya [kerana] perbuatan itu ada hikmahnya iaitu kalau oraqng-orqng yaqng beriman, maka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka, dan kalau orang-orang kafir pula, maka mereka akan berkata ‘Apakah maksud ALlah membuat perbandingan dengan ini [jawabnya] Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan banyak orang mendapat pertunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.

Iblis Ingin Bertaubat
amirussin@yahoo.com

Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dengan berkata: “Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung.” Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: “Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?”

Lalu berkata Iblis: “Aku adalah Iblis! Wahai Musa aku mahu kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa seorang makhluk-Nya ingin minta taubat kepadaNya.” Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t. dan menyampaikan apa yang diucap oleh Iblis, kemudian Allah s.w.t. pun menurunkan wahyu yang bermaksud: “Wahai Musa, katakan padanya bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud maka aku sedia mengampuni segala dosanya.”
Setelah Nabi Musa a.s. menerima wahyu dari Allah s.w.t. maka Nabi Musa a.s. pun terus memberitahu Iblis tentang apa yang telah Allah perintahkan.

Sebaik sahaja selesai Nabi Musa a.s. memberitahu segala perintah Allah s.w.t. maka dengan sombong dan bongkak Iblis berkata: “Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika ia hidup di syurga, bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati.” Begitulah sifat sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan memakannya tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1000 tahun sekali, dan mengeluarkan Adam a.s. dari syurga, serta memerintahkan Iblis supaya sujud kepada Adam a.s. Disebabkan sikap angkuhnya dia tetap enggan sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam neraka.


بول جا ل Bol chal.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1.Adakah kamu mempunyai warna putih ?

Do you have in white ?

Hal indaka/ki abyaz launil ?

هل عندك البيص اللون ؟

Kia ap ke pas safid rang ka he ?

2.Adakah kamu mempunyai warna hitam ?

Do you have in black ?

Hal indaka/ki aswad launil ?

هل عندك اسود اللون ؟

Kia ap ki pas kale rang ka he ?

3.Adakah kamu mempunyai warna hijau ?

Do you have in green ?

Hal indaka/ki akhzara launil ?

هل عندك اخضر اللون ؟

Kia ap ki sap-sap rang ka he ?

Muhasabah.

benhussin.blogspot.com

Sifat-sifat Wanita Yang Dibenci Para Ulama.

Diantara sifat wanita yang dibenci para ulama adalah sebagai berikut :

Anaanah
Yaitu wanita yang selalu mengeluh dan mengadu serta kepalanya berbalut setiap saat. Menikahi wanita yang membuat-buat atau pura-pura sakit ini tidaklah baik.

Manaanah
Wanita yang senantiasa menyebut-nyebut pemberiannya kepada suaminya hingga ia berkata .” Aku telah melakukan untukmu begini, begitu, begini dan begini .”

Hadaaqah
Wanita yang selalu menginginkan apa yang dilihatnya sehingga ia membebani suaminya untuk membelinya. Setiap kali mengujungi temannya dan melihat sesuatu yang dimilikinya ia tertarik dan ingin membelinya.

Hanaanah
Istri yang terlalu sayang dengan suami sebelumnya atau kepada anak-anak dari suami pertamanya atau selalu rindu kepada rumah keluarganya. Wanita begini lebih bauik dijauhi.

Baraaqah
Mengandungi dua makna. wanita yang diwaktu siang ia bersolek dan menghias wajahnya agar nampak cantik berkilau, atau wanita yang sering suka marah karena makanan.

Syadaaqah

Wanita yang banyak berbicara.

Dikisahkan dari Sa’ih Al-Azdi bahwasanya ada seorang yang memberinya nasihat demikian. ” Janganlah menikahi wanita yang memiliki empat jenis berikut :
Mukhtali’ah, Mubaariyah, ‘aahirah dan naasyiz.

Mukhtali’ah
Wanita yang suka menuntut ‘khulu’ yaitu cerai dengan harta yang dibayarkan oleh pihak istri atau mahar yang duikembalikan kepada suami tanpa sebab.

Mubariyah
Wanita yang sombong dan membanggakan faktor-faktor dunia.

‘Aahirah
Wanita yang memiliki kekasih lain.

Naasyiz
Wanita yang mendominasi suaminya, baik perkataan maupun perbuatannya.

Selain yang tersebut diatas, berikut ini masih ada tambahan kriteria wanita yang yidak baik untuk dinikahi.

Mal’uunah
Wanita yang dilaknat oleh Rasulullah saw dan kita disuruh melaknatnya karena Tabarruj nya [berdandan ala jahiliyah] dan perbuatannya yang menyebarkan fitnah diantara manusia serta tidak taat kepada Allah dan suaminya.

Farik
Yaitu wanita yang selalu marah pada suaminya

Warhaa’
Wanita yang dungu.

Sahabatku mari kita bersama-sama memperbaiki diri dari sifat tersebut agar kita menjadi seorang wanita yang ideal yang di cintai Allah dan suami kita tentunya menjadi isteri yang solehah.

Soal jawab

amirussin@yahoo.com

Soalan : Adakah solat saya sah, sekiranya saya ada masalah air kencing akan keluar sedikit setiap kali ruku’ dan sujud ?

Jawapan : Sekiranya anda sudah berusaha megubatinya dan melakukannya dengan berbagai cara, tetapi masih tidak boleh diatasi, anda dinasihatkan memakai lapik agar tidak terkena najis tersebut pada pakaian anda. Maka sah solat anda dalam keadaan tersebut.

Soalan: Apakah hukumnya seorang anak lelaki yang belum berkhatan menyentuh ibu bapanya yang sedang solat ?

Jawapan: Solat mereka sah sekiranya anak lelaki tersebut tiada najis yang terkena pada pakaian kedua ibu bapanya yang sedang solat..


Tarbiyyatul Aulad.

amirbenhussin@gmail.com

Amalan Sebelum dan Selepas Kelahiran.

Pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah. Jangan sekali-kali meninggalkan solat atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, Jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.


Tip Nabawi.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Apabila seseorang bayi selamat dilahirkan, berilah azan secepat mungkin pada telinga kananya dan diiqamahkan pada telinga kirinya.

Kemudian ribakannya, ambil sebiji buah tamar kunyahkannya menjadi lembut dan letakkan sedikit ke lelangit bayi dengan menggunakan jari.

Ini dinamakan tahnik. Pada hari ketujuh cukur rambutnya serta timbang berat rambut tersebut, nilailah dengan harga emas lalu disedekahkan kepada faqir miskin, dan adakan aqiqah.


Hati Mati Disebabkan 10 Perkara.

amirussin@yahoo.com

1. Kamu beriman kepada Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.

2. Kamu membaca kitab Allah (Al-Quran), tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3. Kamu tahu Iblis itu musuh kamu, tetapi kamu masih lagi mengambilnya sebagai sahabat.


4. Kamu mendakwa kamu mencintai Rasulullah s.a.w., tetapi kamu meninggalkan sunnah dan pesanannya.

5. Kamu beriman dan ingatkan Syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk memperolehinya.

6. Kamu mengaku dan beriman serta takut kepada api Neraka, tetapi kamu masih lagi melakukan dosa.

7. Kamu percaya mati itu mesti berlaku, tetapi kamu tidak membuat persediaan untuk menghadapinya.

8. Kamu sentiasa mengambil tahu hal keburukan orang lain, tetapi kamu lupa untuk mengambil tahu hal-hal keburukan sendiri.

9. Kamu makan rezeki yang Allah bagi, tetapi kamu tidak pernah bersyukur.

10. Kamu sering menghantar orang mati ke kubur, tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar.

Tip Pelajar Cemerlang.

tamarmerbok.blogspot.com

Jaga Otak dan Hati.

10 Tabiat Merosakkan Otak.

  • Tidak bersarapan.
  • Makan berlebihan.
  • Merokok.
  • Pengambilan gulu yang tinggi.
  • Pencemaran udara.
  • Halangan tidur.
  • Memaksa otak bekerja ketika sakit.
  • Tiada fikiran yang merangsangkan.
  • Kurang berbual.

8 Punca Merosakkan Hati.

  • Tidur Terlalu lewat dan bangun terlalu awal.
  • Tidak kencing pagi.
  • Makan terlalu banyak.
  • Mengabaikan sarapan.
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  • Makan terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan dan pemanis tiruan.
  • Makan minyak masak yang tidak menyihatkan. Elakkan makan banyak makanan bergoreng.
  • Makan makanan mentah juga menambah lagi beban hati.

Jaga otak rehat minda,jaga hati rawat hati, insyaALlah kejayaan milik kita.


Kisah Keunggulan Kehebatan Orang-Orang Parsi.
amirussin@yahoo.com


Keunggulan dan kelebihan bangsa Parsi di gambarkan oleh Rasullullah SAW.

Diriwayatkan oleh Iman Ahmad di dalam musnadnya, yang bersumberkan dari Abi Hurairah yang mengatakan bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Seandainya ilmu berada di bintang, nescaya akan mencapainya orang-orang dari keturunan puteraq-puteri Parsi."

(HR.Ahmad)


Demikianlah realiti yang terjadi, seperti apa yang telah di gambarkan oleh Rasullullah s.a.w. di mana telah datang dari bangsa Parsi Orang-orang yg sgt menggemari ilmu penyetahuan dan Agama.
Kecintaan tersebut telah meresap di hati mereka sehingga mereka tidak segan-segan mengeluarkan apa yang mereka miliki dari yang berharga murah sehingga kepada yang berharga mahal harganya


Mereka Menanggung keletihan dan kesukaran degan melintasi padang pasir dalam usaha mencari ilmu dan pemahamam di bidang agama. Sehingga lahirlah keturunan mereka sejumlah ulama yang memiliki keunggulan di berbagai bidang ilmu pengetahuan , baik bidang Tafsir, Hadis, Fekah dan lain-lain lagi. Contohnya seperti:
Imam Muqutil bin Sulaiman, seorang mukminin di bidang tafsir, Imam Bukhari seorang Amirul Mukminin dibidang hadis, Imam Abu Hanifah , seorang Amirul mukminin di bidang fekah dan sebagainya.


Semoga ALlah s.w.t meredhai mereka.

Ibn Hajar Rahimahullah berkata :
" Bahawa Al-Qurtubi mengatakan, telah terbukti dan menjadi kenyataan apa yang sudah di ucapkan oleh Rasullullah SAW ,iaitu, sungguh telah lahir dari mereka orang-orang yang sangat terkenal di kalangan penghafal Atsar dan orang-orang yang sangat mempunyai perhatian kepadanya, iaitu sebuah prestasi yang tidak boleh disaingi oleh mana-man orang dari bangsa lain."


Rahsia Sumber ‘Alam

benhussin.blogspot.com

Makanan kegemaran Rasulullah s.a.w.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti
rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi akhlaq dan wajahnya.


7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.


10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.


11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (trend yang popular
di restoran Itali)


12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


Nazam.

Aku dimakamkan hari ini.

aku dimakamkan hari ini

perlahan, tubuhku ditutup tanah, perlahan, semua pergi meninggalkanku, masih terdengar jelas langkah-langkah terakhir mereka aku sendirian

di tempat gelap yang tak pernah terbayang

sendiri, menunggu keputusan…

istri, belahan hati, belahan jiwa pun pergi

anak, yang di tubuhnya darahku mengalir

tak juga tinggal

apalah lagi sekadar tangan kanan

kawan dekat

rakan dan taulan

semuanya pergi meninggalkan ku

keseorangan dengan harapan

belas dan ikhsan

dari Yang maha Kuasa.

benhussin

nilam sari sp.

16.4.2012

English Section

amirussin@yahoo.com

Isn’t man a super being ?

Yes, he is so compared to other beings below him such as aqnimals. But man’s abilities remain very much limited. All the seven billion people of the world, working together as one hand, for example, can do nothing and stand just helpless againt an earthquake, volcano, flood, hurricane, or tornado.

All men and women, millions and billions of them, can do nothing when the moment of death comes. All people are conquered by old age and eventually by death.

The daily inventions and discoveries of man prove two opposite points at the same time. First, they prove that man is innovative, creative, and highly talented. Second, these very invations and discovaries prove the opposite, manstill knows very little about the secrets of the creation.


Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM

25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Bilal Tahfiz School & Islamic Studies

Pendaftaran dibuka sekarang.

Bertempat di No.12A Bangunan Peniagaan Nilam Sari, 08000 Sungai Petani. Kedah.

Terbuka kepada semua pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga kepada golongan dewasa yang berminat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir 013 7338966.

Boleh lewati www.bilaltahfizschool.blogspot.com

No comments: