الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
I Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem. Hanya beberapa hari saja lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut bulan mulia yang dinanti-nantikan. Tidak ketinggalan, kita juga akan bersama menyambutnya. Oleh itu kita sebagai umat Islam yang mengaku mengikut Sunnah Nabi saw, wajarlah menyambutnya dengan versi Sunnah Nabi saw dengan banyakkan ‘amalan disiang dan malamnya. Jangan jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan menjamu selera dan pesta makanan serta elakkan pembaziran.
ii. Setiap dari kita ada potensi untuk melakukan perubahan atau untuk kembali behijrah. Sesiapa yang melakukan perubahan kerana terpaksa, sesungguhnya dia adalah mangsa. Dan sesiapa yang berubah menyedari hakikat diri perlu berubah untuk menjadi lebih baik, itulah sebenarnya kebaikkan untuk dirinya.
iii. “Barangsiapa lebih suka berjumpa ALlah maka ALlah suka menjumpainya”. [Muttafaqun Alaih] Menjelang kematiannya Huzaifah berkata: “Kekasih hendak datang. Tidak ada sesuatu perkara yang lebih disukai ALlah pada seseorang hamba setelah kecintaan berjumpa dengan ALlah, kecuali banyak sujud”.
amirbenhussin@gmail.com
Tokoh.
amirussin@yahoo.com
Tok Kenali
Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M.
Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani (Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu, Tok Kenali ikut serta.
Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana di tempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Tok Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan.
Pada tahun 1969 Tok Kenali ke Mekah. Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal. Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam.
Keanehannya berada dari satu halaqah ke satu halaqah dalam Masjid Haram, Mekah. Ketika berada dalam sesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lain. Ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata, orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembus pandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.
Pada satu ketika Tok Kenali mengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh di belakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan tiga masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itu memiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.
Sewaktu Syeikh Ahmad al-Fathani menyoal kepada semua pelajar, Tok Kenali seperti orang yang sedang tidur. Tidak seorang pun boleh menjawab masalah yang diajukan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmad al-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda itu terkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapan duduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalah ujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.
Setelah peristiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’ kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenali hanyalah berkhidmat kepada gurunya itu.
Walaupun telah diketahui umum Tok Kenali berasal dari Kelantan tetapi ada yang mengatakan bahawa keturunana beliau berasal dari negeri Caiyya (nama asalnya Cahaya) yang terletak jauh ke Utara Patani dan Senggora.
Penglibatan Tok Kenali dalam bidang penulisan, beliau ialah Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.
Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M.
Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi ‘Ilmis Sharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H..
Karya Tok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li Miftahit Ta’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354 H. Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah.
10 Pesanan Ibrahim Adham
amirussin@yahoo.com
Hatimu Mati Dengan Sebab Sepuluh Perkara.
1. Kamu telah mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Kamu telah membaca kitab Allah tetapi kamu tidak mengamalkannya.
3. Kamu mengatakan bermusuhan dengan syaitan, tetapi kenyataannya kamu setia dengannya.
4. Kamu mengaku cinta Rasulullah saw, tetapi kamu meninggalkan sunnah-sunnah-Nya.
5. Kamu mengaku cinta syurga, namun kamu tidak melakukan amalan-amalan ahli syurga.
6. Kamu mengaku takut neraka, tetapi kamu tidak mahu meninggalkan perbuatan dosa.
7. Kamu mengatakan bahwa kematian itu adalah benar adanya, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk kematian itu.
8. Kamu sibuk mencari aib orang lain sedang aibmu sendiri tidak kamu perhatikan.
9. Kamu telah makan dari rezeki-Nya namun kamu tidak pernah bersyukur kepada-Nya.
10. Kamu sering mengubur orang mati, tetapi kamu tidak pernah mengambil pelajaran darinya.
Keistimewaan Wudhu .
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
من توضأ فأحسن الوضوء خرجت خطاياه من جسده حتى تخرج من تحت أظفاره
"Barangsiapa berwudhu dengan membaguskan wudhu'nya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya". (HR. Muslim.)
Rasulullah saw bersabda, "Sungguh ummatku akan diseru pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya karena bekas wudhu'nya, (Abu Hurairah menambahkan) maka siapa yang mampu melebihkan panjang sinar pada tubuhnya, maka lakukanlah. (HR. Bukhari dan Muslim).
Orang yang selalu berwudhu maka hidung mereka menjadi bersih. Oleh karena itu, disyari'atkan untuk melakukan istinsyaaq (menghirup air ke dalam hidung) sebanyak 3 kali kemudian menyemburkannya (tetap dengan hidung) setiap kali wudhu.
Adapun berkumur-kumur itu dimaksudkan untuk menjaga kebersihan mulut dan kerongkongan dari peradangan dan pembusukan pada gusi, serta menjaga gigi dari sisa-sisa makanan yang menempel gigi. Dan sudah terbukti secara ilmiah bahwa 90% orang yang mengalami kerusakan gigi jika saja mereka mau perhatian terhadap kebersihan mulutnya ketika dahulu rusak gigi-gigi mereka, dan adanya pembusukan yang terjadi disebabkan oleh makanan dan air liur dan bercampur dalam perut dan menuju ke darah. .
Kedua tangan banyak membawa kuman yang berpindah ke mulut atau hidung apabila tidak dibasuh. Oleh karena itu, sangat ditekankan untuk membersihkan kedua tangan terlebih dahulu sebelum melakukan wudhu'. Dan ini menambah jelas kepada kita sabda Rasulullah:
إذا استيقظ أحدكم من نوميه فلا يغمس يده في الإناء حتى يغسلها ثلاثا
Apabila salah seorang diantara kalian bangun dari tidur, maka janganlah mencelupkan kedua tangannya ke bejana (tempat air) sebelum mencucinya terlebih dahulu tiga kali.
Dan sudah terbukti juga bahwa peredaran darah pada organ tangan bagian atas dan lengan bawah serta organ-organ bagian bawah seperti kedua kaki dan kedua betis adalah organ-organ yang paling lemah dibandingkan organ tubuh lainnya karena jauhnya dari pusat peredaran darah dan jantung. Maka apabila kita membasuhnya diserta menggosoknya, maka akan menguatkan peredaran darah pada organ-organ tersebut sehingga membantu kita menambah tenaga. Dari itu semua, maka terketahuilah mukjizat disyari'atkannya wudhu' di dalam Islam.
Dr. Ahmad Syauqy Ibrahim, Anggota Ikatan Dokter Kerajaan Arab Saudi di London dan Penasihat Penderita Penyakit Dalam dan Penyakit Jantung mengatakan, "Para Pakar sampai berkesimpulan bahwa mencelupkan anggota tubuh ke dalam air akan
mengembalikan tubuh yang lemah menjadi kuat, mengurangi kekejangan menjadi rehat syaraf-syaraf dan otot, hilangnya kenaikan degup jantung dan urat-urat otot, kecemasan, dan insomnia (susah tidur)". Hal ini dikuatkan oleh salah seorang pakar dari Amerika dengan ucapannya, "Air mengandung kekuatan ajaib, bahkan membasuhkan air ke wajah dan kedua tangan -yang dimaksud adalah aktivitas wudhu'- adalah cara yang paling efektif untuk rehatkan (menjadikan badan relek) dan menghilangkan tekanan yang tinggi (emosi).
Zuhud.
amirussin@yahoo.com
Rasulullah saw bersabda, “Zuhudlah pada dunia, Allah akan mencintaimu.” (HR. Ibnu Majah dan selainnya. An Nawawi rahmatullah alaih mengatakan bahwa dikeluarkan dengan sanad yang hasan)
Abu Dzar r.a mengatakan, “Zuhud terhadap dunia bukan berarti mengharamkan yang halal dan bukan juga menyia-nyiakan harta. Akan tetapi zuhud terhadap dunia adalah engkau begitu yakin terhadap apa yang ada pada Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Zuhud juga berarti ketika engkau tertimpa musibah, engkau lebih mengharap pahala dari musibah tersebut daripada kembalinya dunia itu lagi padamu.“(riwayat ini mauquf, hanya perkataan Abu Dzar) sebagaimana dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Az Zuhd.” (Lihat Jaami’ul Ulum wal Hikam, hal. 346)
Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Al-Bukhari)
Indahnya nikmat keimanan. Hati yang gelap menjadi terang. Bahaya penyakit di sekitar diri yang sebelumnya tertutup, boleh melihat dengan jelas. Kian nampak mana yang baik dan yang buruk. Dalam hal apa pun, termasuk dalam pergaulan dan persaudaraan Islam
Kesempurnaan hanya milik Allah swt. Tidak ada manusia yang sempurna dalam segala hal. Selalu saja ada kekurangan. Ada yang baik dalam rupa, tapi ada kekurangan dalam budi pekerti. Baik dalam penguasaan ilmu, tapi tidak mampu menguasai emosi jika ada yang tersinggung.
"Banyak ummat manusia yang bebas ke dalam jurang kehinaan kerana menilai orang lain. Ketahuilah bahwa manusia tidak diberi kelebihan untuk menilai orang lain, jika kita terjebak dalam penilaian maka cepat-cepatlah untuk keluar darinya dengan istighfar pada ALlah.
Manusia hanya diberi kelebihan untuk menilai baik dan buruk suatu perbuatan, tetapi bukan menilai manusianya karena jika penilaian kita sudah mengarah kepada manusia maka kita akan terjebak pada keadaan yang merosak diri sendiri
Kita tentunya suka orang lain bersikap santun dan lembut terhadap kita. Berprasangka baik terhadap kita. Maka mari kita mulai dari diri kita sendiri. Bersikap demikian kepada orang lain. Semoga Allah mudahkan
Segala perbuatan akan kembali kepada pembuatnya. Pilihan kita adakah berbuat baik atau buruk? Maka itu yang kita akan dapat.
Mutiara Kalam [siri 37].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Sehari menjadi singa
Lebih beerti
Daripada seabad
Menjadi kambing
Iblis Menangis Bila Orang Memberi Salam.
benhussin.blogspot.com
Sabda Rasulullah saw: “Wahai
manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga”.
Sabda Rasulullah SAW.:”Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh
lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia.”
Lalu bertanya pula sahabat: “Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?”
Sabda Rasulullah saw: “Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang
mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.”
Bertanya para sahabat: “Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?”
Sabda Rasulullah saw.:”Akan aku terangkan kepada kamu semua:
1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan
salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.
2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.
3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.
4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.
Sabda Rasulullah saw:”Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: “Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan
diampuni dosanya”.
Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com
4 Malaikat yang muncul semasa nazak.
1- Malaikat pemberi rezeki akan memberi salam dan berkata : ” Akulah yang ditugaskan memberi rezekimu, samada di timur atau di barat bumi ini. Maka sudah sampai saat aku tidak dapat memberi rezeki lagi kepadamu walau sesuap rezeki “.
2- Malaikat yang mengurus makan dan minum memberi salam dan berkata : Akulah yang menguruskan makan dan minummu dan sebagainya samada semasa kamu berada di timur atau barat di atas muka bumi ini. Pada masa ini aku tidak dapat memberi kamu minum walau seteguk air “.
3- Malaikat yang memberi nafas memberi salam dan berkata : ” Akulah yang mengurus segala pernafasanmu semasa kamu berada di timu atau di barat di atas muka bumi ini, kini aku tidak lagi dibenarkan memberi kepadamu walau satu nafas daripada nafas-nafasmu apabila ajalmu telah sampai “.
4- Malaikat ajal memberi salam dan berkata : ” Akulah yang mengurus ajalmu dan sentiasa bersamamu semasa kamu berada di timur atau di barat di atas muka bumi ini, kini aku akan mengambil ajalmu “.
Apabila 4 Malaikat telah selesai bertemu dengan insan yang nazak, maka Kiraman Katibin akan membentang segala amalan yang telah diusahakan semasa hayat di dunia. Samada usaha bersungguh-sungguh ke arah melakukan kebaikan atau usaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kemungkaran, semua Kiramank Katibin akan timbang dengan sebaik-baik timbangan agar serasi dengan sifat Allah SWT Yang Maha Adil.
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzaman
Khulasah Tafsir.
Ada penentang-penentang yang mengatakan bahawa bagaimana al-Qur’an adalah kalamullah sedangkan ada contoh-contoh seperti nyamuk, lalat dan lain-lain. Kata mereka jika ini kitab ALlah, maka tidak aka nada perbandingan seperti ini. Maka ayat ini adalah jawapan kepada pertelingkahan mereka itu bahawa ALlah swt tidak malu untuk menggunakan nyamuk, lalat dan lain-lain untuk dibuat perbandingan kerana ALlah swt mengetahui setiap perkara yang dijadikan perbandingan itu dan ianya mempunyai hikmah yang tersendiri.
10 Orang Yang Rugi.
amirussin@yahoo.com
~ Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman as
~ Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Tuhanku Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
~ Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
~ Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
~ Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
~ Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
~ Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
~ Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
~ Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
~Orang yangg tamak dan kedekut ialah orang yang membiarkan atau membuang pesanan ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
1.Berapa harga barang ini ?
How much for this ?
Ma qimatu haza ?
ما قيمة هذا ؟
Is ki qimaz kia huge ?
2.Sila bungkuskan.
Please wrap it.
Min fazlika irbithu.
من فظلك اربطه .
Meherbani kar ke isse bandh dijiye.
3.Boleh saya dapat resit ?
May I have a receipt ?
Hal tuqtini esalan ?
هل تعطينى ايصالا.
Kia ap mujhe ek resid dengge.
Soal jawab
amirussin@yahoo.com
Soalan : Apakah sah solat Jumaat seorang lelaki yang bercakap-cakap ketika khatib membaca khutbah?
Jawapan : Solat Jumaat itu sah, tetapi bercakap-cakap ketika khatib membaca khutbah membatalkan pahala Jumaat.
Soalan: Boleh atau tidak seorang yang bermusafir berjamaah dengan orang yang tidak bermusafir?
Jawapan: Sah solat itu, tetapi tidak sah jika mahu solat qasar berimamkan seorang yang solat tamam.
Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Ummu Salman r.a isteri kepada Abu Rafi r.a bertanya kepada baginda saw “Wahai Rasulullah, ajarkan kepadaku beberapa kalimah yang mudah untukku baca tetapi tidak begitu banyak”. Sabda baginda yang maksudnya “Ucaplah ALlahu Akbar [ALlah Maha Besar] 10 kali dan ALlah akan menjawab ini adalah untuk-Ku, ucaplah Subhanallah [Maha Suci ALlah dan ALlah sebanyak 10 kali, ALlah akan menjawab ini adalah untuk-Ku, ucapkanlah ALlah hummagh firli [Ya ALlah ampunilah daku] sebanyak 10 kali dan ALlah akan memberikan jawapan ‘Aku telah mengampuni kamu’.
Dengan cara ini sekiranya engkau ucapkan lafaz diatas sebanyak 10 kali, maka sebanyak 10 kali ALlah akan berfirman ‘Aku telah mengampuni kamu’”.
Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com
Seorang pelajar Muslim haruslah ada pada dirinya ciri-ciri:
Tarbiyyah.
Penjagaan, pengasuhan dan pendidikan dalam diri yang seiring dengan lunas-lunas islam.
Titik tolak.
Memiliki titik tolak yang betul berasaskan tarbiyyah [pendidikan] Ruhiyah iaitu Iman dan aqidah yang betul iaitu Tauhid pada ALlah.
Dorongan Iman.
Lakukan segala kerja buat berlandaskan keimanan pada ALlah, supaya ia dinilai sebagai ‘ibadah.
‘Ibadah yang ikhlas.
Lakukan segala ‘ibadah terutamanya solat dengan seikhlas yang boleh.
Niat yang betul.
Niat yang betul penting supaya makan, minum, menuntut ilmu, riadah, bekerja dan lain-lainnya menjadi wasilah untuk taat pada ALlah.
Mohon perlindungan ALlah.
Nabi saw sentiasa memohon pertolongan dari ALlah, oleh itu kita juga hendaklah sentiasa memohon kepada-Nya.
Muhasabah.
benhussin.blogspot.com
7 Golongan Lelaki Yang Dinaungi ALlah.
1. Imam [pemimpin] yang adil.
2. Pemuda yang selalu beribadat kepada ALlah
.
3. Lelaki yang mengingat ALlah di tempat yang sunyi lalu bercucuran air matanya
.
4. Lelaki yang hatinya terpaut dengan Masjid.
5. Dua orang lelaki yang saling kasih mengasihi kerana ALLAH, mereka berkumpul kerana ALLAH dan berpisah kerananya.
6. Lelaki yang diajak berbuat jahat oleh seorang Wanita lalu dia berkata, sesungguhnya aku Takut kepada ALlah.
7. Lelaki yang memberikan suatu sedekah dia menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dilakukan tangan kanannya.
Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com
Serai Penawar Kanser .
Penemuan Israel Yang Disembunyikan.
Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.
“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” Serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.
Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).
Ia mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.
Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.
Nazam
Mujahid Yang di Rindukan....
Aku tidak tahu di mana adanya dirimu
Aku tidak tahu siapa kamu
tetapi aku tetap menantikan kamu
untuk menjemputku sebagai bidadarimu
Ku tahu dirimu sedang berjuang menegakkan agama Nya
Maka, jangan sekali kau mengingati diriku yang hina
sehingga melalaikan ingatan mu kepada harumnya roh para syuhadah
Aku tidak mahu menjadi asbab akan kelalaianmu
Aku ini hanya ibarat secebis kain buruk
yang tiada tandingan dengan bidadari di syurga
yang ALlah janjikan buat para syuhadah
English Section
amirussin@yahoo.com
What are the attributes of God in Islam ?
There are many attributes, but all of them are absolute in degree and logical in nature. He is the Merciful, the Conqueror, the All-Seeing, the Almighty and the All-Hearing.
He has no beginning and no end. He is immortal. He is the One, the Only. He has no equal and no partner. He did not beget, nor was He begotten.
Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.
Bilal Tahfiz School
Pendaftaran dibuka untuk semua pelajar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah dan golongan Dewasa.
Bilal Smart Kids.
Terbuka kepada semua kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun, sessi persekolahan pada tahun 2013.
Keterangan lanjut sila hubungi ust.Amir 013-7338966
No comments:
Post a Comment