Wednesday, November 28, 2012

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.  

i ‘Aidil adha meninggalkan kita dengan memberi pengajaran dalam iqtibarnya kepada kita. Mengimbau kembali pengorbanan Nabi Ibrahim a.s  dan anaknya Nabi Ismail a.s. Seorang bapa tanpa membantah perintah ALlah untuk melaksanakan perintah itu, manakala seorang anak jua tanpa membantah dengan apa yang dikhabarkan kepadanya. Inilah pengorbanan yang amat besar nilainya disisi ALlah. Bayangkan kita, yang hanya mempunyai seorang anak lantas diperintah sebegitu, apakah kita akan melaksanakan perintah itu?

ii. Pengorbanan para Nabi amat hebat berbanding dengan kita. Ujian yang diberikan oleh ALlah terhadap para Nabi dan Rasul amat perit dan pedih. Nabi dan Rasul ALlah diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dalam melaksanakan misi dakwah menyeru kepada manusia untuk sujud dan patuh kepa-Nya, sedangkan kita hanya diuji dengan sedikit masaalah terus meninggalkan medan dakwah.

iii. Kita seringkali ambil endah tak endah atau tak pernah ambil peduli apa yang berlaku disekeliling kita dengan ungkapan ‘tak mau menjaga tepi kain orang’, hakikatnya kita sebagai seorang Muslim sebenarnya dan sememangnya perlu untuk menjaga tepi kain saudara seagama dengan kita seperti cubit peha kiri peha kanan terasa jua.
                  amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Imam Abu Daud.
Sejak dari kecil Imam Abu Daud sangat suka duduk bersama ahli ilmu. Beliau belajar hadis dari sekian banyak ulama’yang ditemui sama ada di Hijaz, Syam, Mesir, Iraq, Jazirah, Sagar, Khurasan dan negeri-negeri lain. Di kalangan guru-guru Imam Abu Daud, beberapa orang daripada mereka pernah menjadi guru kepada Imam Bukhari dan imam Muslim, seperti Ahmad bin Hanbal, Usman bin Abi Syaibah dan Qutaibah bin Sa’id.
Setelah puas mengembara untuk mempelajari ilmu beliau mula mencurahkan ilmunya untuk masyarakat. Antara anak muridnya yang masyur ialah Abu Isa al-Tirmizi [Imam al-Tirmizi] dan Abu Abdul Rahman an-Nasai’ [Imam al-Nasa’i]. Imam Abu Daud mengarang kitab yang memberi sumbangan yang bear kepada umat Islam seluruh dunia dengan karangannya yang terkenal iaitu kitab hadis al-Sunan [Sunan Abu Daud].
Imam abu daud memberi komentar dalam kitab hadisnya “Aku telah menulis daripada Rasulullah saw 500 ribu buah hadis, kemudian aku memilih 4.800 daripadanya dan memuatkannya didalam kitab ini, dan aku kumpulkan segala yang sahih, yang hampir sahih dan yang seperti dengannya”.
Imam Abu Daud kemudiannya menetap di Basrah atas permintaan gabenor untuk menjadikan Kota Basrah sebagai koblat bagi segala ilmuwan. Selain kitab hadis Sunan Abu Daud, beliau juga mengarang beberapa buah kitab lain antaranya al-Marasil, al-Qadar, al-Nasikh Wal Mansukh, Fada’il al ‘Amal, al-Zuhdi, Dala’il al-Nubuwah, Ibtida’ al-Wahy dan Ahbar al-Khawarij.
Al-Amir Abu Ahmad al-Muaffaq telah datang mengadap Imam Abu Daud dan berkata ajarkan al-Sunan kepada anak-anakku. Imam Abu Daud menjawab, tidak boleh begitu, sesungguhnya seluruh manusia samada mulia atau hina apabila berhadapan dengan ilmu, mereka menjadi sama rata, mereka sama sahaja.
Imam Abu Daud mempunyai pandangan dan falsafah yang berbeza apabila berpakaian, beliau melebarkan sebelah lengan bajunya dan menyempitkan yang sebelahnya. Apabila ditanya beliau menjawab bahawa lengan baju yang dilebarkannya adalah untuk membawa kitab dan yang sempit itu tidak membawa kitab sekiranya dilebarkan ia adalah membazir.
Setelah menempuh kehidupan selama 73 tahun, beliau dijemput ALlah di Kota Basrah pada tahun 889 Masihi, jauh dari tanah kelahirannya Sajastan, Afghanistan. Sebab itulah beliau digelar Abu Daud al-Sijistani. Nama sebenarnya ialah Sulaiman bin al-Asya’ath bin Ishak bin Basyir bin Syadad bin Yahya bin Imran Abu Daud al-Sijistani.
Semoga rohnya terus dicucuri rahmat dan kemuliaan oleh ALlah swt.

Orang Yang Pertama.amirussin@yahoo.com

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5.Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6.Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7.Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8.Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9.Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11.Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12.Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13.Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14.Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15.Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16.Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17.Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18.Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20.Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22.Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23.Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24.Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25 Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27.Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29.Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30.Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Tip Awal Sebelum Bertudung Labuh.
amirussin@yahoo.com

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. .

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? )

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. 

Dars Bukhari
 
Nabi saw, beliau bersabda, “Penghulu istigfar adalah apabila engkau mengucapkan,
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (HR. Bukhari )

Kita sebagai seorang Muslim hendaklah dengan sebenar-benarnya meminta dan mengharap hanya pada Allah, tuhan yang menjadikan kita dan seluruh isi alam semesta ini.
Mengaku dengan sebenar-benarnya bahawa Allah tuhan yang berkuasa menghidup dan mematikan kita. Berkuasa menjadikan alam ini dan menghancurkan alam ini.

Kita sebagai hamba-Nya hendaklah sering mengharapkan keampunan dari Allah samaada kita sering melakukan dosa ataupun tidak. Jangan sesekali kita angkuh dengan-Nya dengan mengtakan apa perlu kita meminta ampun dari-Nya sedangkan kita tidak me;akukan dosa dan kesalahan pada-Nya.

Ingatlah bahawa kita adalah hamba yang seringkali melakukan dosa dan kesalahan amaada masa kita sedar ataupun tidak sedar. Allah berfirman dengan kata-Nya “Berdo’alah nescaya Aku makbulkan”.

Mutiara Kalam [siri 37].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

no vision and you perish
no idea and you are lost
your heart must ever
cherish some faith at any cost
some hope
and some dream
to cling to.

Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Sara Bokker merupakan seorang model, pelakon dan pelatih fitness. Hodupnya dilimpahi kemewahan dan glamour. Waktu itu hidupnya hanya tertumpu pada penampilan agar Nampak menarik dimata khalayak ramai. Akibatnya dia hanya menjadi hamba kepada keinginan untuk sentiasa kelihatan menarik sehingga meragut kebahagiannya sendiri.

Akhirnya ia merasakan bahawa hidupnya hanya satu rutin yang membosankan dan tiada makna. Ekoran daripada itu dia mengalihkan aktiviti hariannya kepada aktiviti kemasyarakatan dan mempelajari pelbagai agama. Pengembaraannya mempelajari pelbagai agama memberi sedikit ketenangan buat dirinya, tetapi dia merasakan masih ada yang berkurangan dalam dirinya. Dia masih mencari-cari satu agama yang konkrit, tersusun dan indah.  Dalam masa kebanyakkan orang Barat menganggap Islam adalah agama pengganas, ia mempunyai keinginanan yang kuat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Sara berusaha membahca terjemahan al-Qur’an, katanya “Isi kandungan al-Qur’an sangat menyentuh hati dan jiwa saya yang paling dalam, tanpa perlu saya mentafsir dan bertanya orang yang mengetahui”. Akhirnya Sara Bokker kini merupakan seorang Muslimah yang komited, kini ia merasakan dirinya lebih selamat dengan berpakain Muslimah dan berniqab.

Maha suci ALlah yang memberi hidayah kepada sesiapa jua yang dikehendaki-Nya.

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzaman

بعو ضه فما فو قها  Dalam ayat ini ALlah swt  memberitahu    atau yang lebih buruk dari itu ALlah akan jadikan misalan. يضل به كثيرا ويهدي به كثرا  Melalui misalan diatas akan menjadi sumber hidayat buat ramai orang dan juga akan jadi sumber zalalah buat ramai orang. Sesiapa yang rosak Iman maka akan bertambahlah kerosakkan Iman mereka dengan membuat penentangan dengan pada Kalamullah.

وما يضل به الا الفاسقين  Fasikin yang terkeluar atau diluar istilah sering membawa maksud yang diluar ketaatan kepada ALlah swt. Maka sesiapa yang mengingkari perintah ALlah swt dengan apa carapun maka termasuk dalam golongan fasik.

• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Sila baring.
    Lie down.
    Istarih.
    Ley jaye.

2. Buka mulut.
    Open your mouth.
    Iftah faa ka.
    Apna muh khol leye.

3. Tunjukkan lidah awak.
     Let me see your tongue.
     A rini lisa naka.
     Mujhe apni zaban dekha ye.
                       
Muhasabah.

Kisah Bidadari Untuk Umar r.a.
Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah s.a.w. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf dikaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang wara, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah s.a.w. , "Wahai Rasulullah s.a.w. apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya".

Rasulullah s.a.w. menjawab, "Sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran yang diturunkan Allah s.w.t. berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran lainnya.

Rasulullah s.a.w. seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. dimi'rajkan menghadap Allah s.w.t. malaikat Jibril a.s. memperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w. taman-taman surga. Rasulullah s.a.w. melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s., "Wahai Jibril, bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril a.s. menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".

Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah s.w.t. maka saat itu juga Allah s.w.t. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

10 Kelebihan Solat Tahajjud.
·         Solat sunat yang sangat dianjurkan.
·         Solat yang utama sesudah solat fardhu.
·         Jalan ke Syurga.
·         Beroleh kurnia istimewa daripada ALlah.
·         Mencegah dosa dan menghalau penyakit.
·         Waktu yang mustajab doa’.
·         Mendapat kasih sayang ALlah.
·         Tercatat dikalangan orang yang banyak mengingati ALlah.
·         Saat yang paling hampir dengan ALlah.
Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan solat tahajud dengan sebaik-baiknya, dan dengan tata tertib yang rapi, maka ALlah swt akan memberikan Sembilan macam kemuliaan, lima di dunia dan empat di akhirat”.
Soal jawab

Soalan : Adakah dibenarkan dalam Islam menggantung gambar di dinding?

Jawapan :   Muslim meriwayatkan bahawa Sayidatina Aisyah r.h pernah menggantung tirai dengan kain yang terdapat padanya gambar-gambar. Apabila Rasulullah saw melihatnya, Baginda memerintahkan supaya tirai itu diturunkan. Maka Aisyah r.h menurunkan tirai itu dan dijadikan sarung bantal.

Berdasarkan hadis di atas dan hadis-hadis lain yang berkaitan dengan larangan menyimpan gambar di dalam rumah, ulama’ berpendapat tidak harus menggantungkan gambar di dinding, tetapi boleh kalau hanya menyimpannya di dalam album.

Soalan:    Bolehkah memotong kuku ketika haid?

Jawapan:       Asal sesuatu perkara itu harus kecuali ada nas atau dalil yang menunjukkansebaliknya. Dalam hal potong kuku dan rambut ketika haid, tidak terdapat dalil di dalam al-Qur’an, hadis, ijma’ atau qias yang menunjukkan haram. Maka hukum asalnya kekal, iaitu harus.
         
Tarbiyyatul Aulad.

Membina peribadi akhlaq anak-anak tidaklah semudah yang disangka. Apapun kesabaran dan berserah pada ALlah amatlah penting. Keletah anak-anak kadangkala dan seringkali mencabar emosi kita. Oleh itu banyakkan beristiqfar pada ALlah dengan amanah yang besar yang diamanahkan kepada kita. Bagi memberi satu impak yang baik untuk anak-anak eloklah kita lakukan :

  • Kurangkan masa anak-anak bersama pengasuh. Luangkan masa kita bersama anak-anak. Jangan sampai tiada masa untuk anak-anak.
  • Imbuhan satu galakan. Sekiranya anak-anak berjaya melakukan sesuatu perkara bagilah apa-apa saja imbuhan untuk memberangkan pencapaiannya.
  • Jujur. Sentiasalah jujur dalam melaksanakan tugas sebagai penjaga kepada anak-anak. Elakkan bercakap tidak benar dalam setiap soalan yang diajukan oleh mereka.
  • Menyuburkan semangat. Berilah galakkan dan sebagainya untuk memberi ransangan semangat keatas apa yang mereka lakukan sekiranya tidak lari dari batas-batas Islam.

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Apabila azan berkumandang maka syaitan akan lari bertempiaran membunyikan kentutnya agar tidak terdengar azan itu sehingga selesai azan itu, maka ia akan datang semula”.

Antara tip lain wajar diamalkan untuk menghalau syaitan adalah dengan membaca surah al-Baqarah demikian juga dengan beriltizam dengan zikir pagi dan petang. Doa’ sebelum tidur dan sewaktu bangun dari tidur, doa’ keluar rumah dan sebelum masuk rumah dan lain-lain.

Wanita dan Perhiasan.
Fitrah wanita sememangnya suka berhias.Tetapi kita perlulah mengetahui perhiasan yang bagaimana yang dibolehkan. Apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan. Antaranya ialah:

  • Emas dan Sutera. Dibenarkan hanya pada wanita,  tetapi bukan untuk ditonjolkan kepada masyarakat.
  •  Lindungi perhiasan. Pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan labuh dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan.
  • Berhias pada hari perkahwinan. Hendaklah berhias dengan tidak melampau batas dan janganlah dipertontonkan kepada orang ramai.

Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Kemampuan Minda Untuk Mengingat.

Adik-adik kini ada yang masih lagi menghadapi peperiksaan. Oleh tumpukan minda dengan tenang dan bertawakkallah pada ALlah. Muhasabah diri dan cuba lakarkan apakah kemampuan minda kita setakat ini.
  • Apa yang kita baca.
  • Apa yang kita dengar.
  • Apa yang kita lihat.
  • Apa yang kita dengar dan lihat serentak.
  • Apa yang kita dengar, lihat dan sebut serentak.
  • Apa yang kita lihat, dedngar, sebut dan dipraktikkan.

Untuk menghadapi peperiksaan besar, adik-adik perlu persiapkan dir diri dengan:

  • Persedian qalbi [hati].
  • Persediaan aqli [mind setting].
  • Berlatih menjawab soalan.
  • Kenalpasti rakan disebelah kiri dan kanan, depan dan belakang semasa di dalam dewan peperiksaan.
  • Persediaan jasadi [kesihatan rohani dan mental].
Akhirnya banyakkan solat hajat dan zikr pada ALlah semoga segala usaha kita diberi hasil yang memuaskan.

Manusia Sering Menolak Hidayah.
benhussin.blogspot.com

Menurut Muhammad al-Mu’afa, terdapat beberapa perbuatan perbuatan yang boleh dianggap menolak hidayah iaitu:
  • Berpaling pada hukum ALlah.
  • Mengelak daripada melakukan ketaatan kepada ALlah.
  • Berpaling daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya serta keesaan-Nya.
  • Mengelak daripada membelanjakan wang di jalan ALlah.
  • Tidak suka berzikir menyebut nama ALlah,
  • Lalai daripada mengingati hari akhirat.
  • Tidak membaca al-Qur’an dan merenungi isi kandungannya serta tidak beramal dengan ajaran-Nya.
  • Tidak bersyukur dengan niqmat dan segala kurnian daripa ALlah.
  • Terlalu mengikut hawa nafsu.
  • Mudah terpesona dengan godaan syaitan dan tipu dayanya.
  • Tidak mahu mendengar peringatan-peringatan yang diberi oleh orang-orang alim.

Menurut Ibnu Hajar al-Haithami dalam kitabnya al-Azwar ‘an Iqtiraf al-Kabair, menolak hidayah merupakan dosa besar, lebih bear daripada dosa mencuri, berzina dan lain-lain kerana mempunyai kesan yang sangat buruk terhadap perlakunya.

Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Epal Mampu Susutkan Lemak.
Peribahasa lama Barat ‘makan sebiji epal sehari, tidak perlu melawati doktor’. Pakar pemakanan menyarankan makan tiga biji epal sehari ia mampu menyusutkan berat badan sebanyak beberapa paun.

Epal menghimpunkan lebih banyak air di dalam perut, menyebabkan rasa kenyang lebih lama. Bagi sesiapa yang hendak menurunkan berat badan, memakan sebiji epal 30 minit sebelum menjamah makanan bagi mengurangkan kelaparan.

English Section
amirussin@yahoo.com

Should one fear God or love Him ?

The answer is both fear and love. Christianity, for instance, focuses  on God’s love: God loves you. But this godly love alone may encourage people to sin more and more, taking advantage of God’s love and mercy.

In Islam, God loves us and we should love Him. But at the same time, we must fear Him, fear His punishment and fear Hell. How can man behave righteously and honestly if there is no fear of God’s punishment ?

In Islam, there is always the balance of reward and punishment : rewarding the good and punishing the bad by God on the Day of Judgment, the so-called carrot-stick principle. This is how man function properly: reward for good deeds and  punishment for evil deeds.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan  RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Bilal Tahfiz School  &  Bilal Smart Kids.

Pendaftaran dibuka sekarang.

Bertempat di No.12A Bangunan Peniagaan Nilam Sari, 08000 Sungai Petani. Kedah.

Terbuka kepada semua pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga kepada golongan dewasa yang berminat.

Bilal Smart Kids [Pendidikan Pra-Sekolah] Terbuka kepada semua anak-anak yang berumur 4 - 5 - dan 6 tahun.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir 013 7338966.
Boleh lewati www.bilaltahfizschool.blogspot.com

No comments: