Wednesday, December 23, 2009

Muqaddimah

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyanyang. Pertamanya kami seluruh warga kerja Albayan mengucapkan selamat tahun baru Hijrah 1431 dan selamat tahun baru Masihi 2010 dan kami seluruh warga kerja Albayan juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan tidak berbelah bagi pada para pembaca, sedar tidak sedar sudah menjangkau usia satu tahun.

Walaupun Albayan tidaklah sehebat akhbar yang sedia ada, tetapi sebenarnya Albayan adalah wakalah ‘ilmu yang tidak serupa dengan mana-mana majalah atau akhbar yang sedia ada di negara kita ini. Harapan kami semoga para pembaca akan terus memberi sokongan padu bagi kami dapat terus menulis dan menerbit Albayan ini.

Sempena dengan dua tahun baru ini marilah kita bersama-sama bermuhasabah segala ‘amal buat kita sepanjang tahun yang sudah berlalu itu, sejauh mana ‘amalan yang telah kita lakukan untuk diri,keluarga dan Islam.

Marilah kita bersama mengaudit iman dan ‘aqidah kita dalam setahun ini, kerana sesungguhnya iman bukan satu perkara yang boleh dibuat ikut suka hati dan dipacu tanpa hala tuju yang betul dan jelas. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “Iman bukanlah perkara yang boleh diangan-angankan, tetapi iman itu ialah apa yang ada dalam diri dan dibuktikan dengan ‘amalan”.

Justeru itu setiap individu Muslim perlu check and balance terhadap iman serta ‘aqidah dengan mentajdidkannya agar sentiasa segar . Semoga dengan kedatangan tahun baru ini juga akan lebih bermakna dari tahun-tahun lalu.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.

amirussin@yahoo.com

Sayyid Abul ‘Ala Maududi.

Maulana Maududi tidak senang dengan dasar sekular dan mahu pemimpin Pakistan yang komited Islamik.

Maka Maulana Maududi ditahan dan dipenjarakan berikutan ucapan dan tulisannya yang mahukan Islam tulen. Mahkamah tentera menjatuhi hukuman mati ke atas beliau . Beliau enggan merayu dan rela menerima ketentuan daripada Allah.Sebaliknya merayu dibebaskan berucap . Namun kemudian kerajaan tentera tidak melaksanakan hukuman mati ke atas beliau.

Maulana Maududi mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang syumul, Islam sebagai cara hidup dan menolak cara hidup Barat. Islam adalah satu agama lengkap untuk umat Islam.Umat Islam mestilah menjadikan al Quran sebagai rujukan dan mengikut semua aspek kehidupan Nabi Muhamad s.a.w.

Konsep ini merupakan alasan utama beliau menentang perpisahan Pakistan daripada India. Baginya Islam boleh hidup, berkembang dan berkreasi di mana sahaja.

Maulana Maududi mentafsir agama sebagai satu cara hidup dan ruang lingkup yang sempurna untuk semua aktiviti manusia. Tiada pemisahan antara dunia dan akhirat, antara orang Islam dengan bukan Islam.Beliau menentang konsep agama adalah milik peribadi , satu dasar sekular.Baginya agama adalah refleksi daripada masyarakat. Beliau mahu undang-undang Syariah dilaksanakan bagi semua rakyat , menggantikan undang-undang sivil yang tidak Islamik dan melaksanakan undang-undang jenayah hudud.

Maulana Maududi mengembara pada 1956 dan 1974 untuk mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Ucapan inspirasi beliau tersebar ke seluruh dunia Islam seperti di Cairo, Damascus, Amman, Mekah, Madinah, Jeddah, Kuwait, Rabat, Istanbul, London, New York, Toronto dan banyak negara lain. Beliau mengerjakan haji dan membuat penyelidikan di Saudi Arabia, Jordan (termasuk Jerusalem), Syria dan Mesir antara 1959-1960 dan menggesa al Quran diangkat sebagai panduan utama.

Pada 22 September, 1979, Maulana Maududi meninggal dunia pada usia 76 tahun di Buffalo, New York. Jenazahnya dikebumikan di Buffalo, tapi batu nesan peringatan dibina di (Ichra) di Lahore oleh pengikut setianya.

  • Maulana Maududi menerima konsep yang dibawa oleh Shah Waliullah bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna, dan merupakan agama tamadun yang universal. Ini adalah asas perbezaan antara Islam dengan Jahiliah.
  • Maulana Maududi mahu konsep perpaduan ummah dan Islam satu cara hidup difahami benar-benar.Al Quran dan Sunnah hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan 100 %.
  • Baginya , dalam sejarah Islam, tidak semua perjuangan dimenangi oleh Islam. Tetapi jika umat Islam mengamalkan Islam, kemenangan adalah pasti .

Pencapaian

Maulana Maududi menulis lebih 120 buah buku dan risalah dan lebih 1000 ucapan(700 ucapan telah dirakam dan disebarkan). Tumpuannya ialah(Tafsir), etika, kajian sosial dan permasalahan perjuangan Islam. Karya termasyhur beliau dalam bahasa Urdu ialah analisis terhadap , Tafhim al-Qur'an (“Ke arah Memamahi Qur'an”), mengambil masa 30 tahun untuk siap. [1] . Tafhim al-Qur'an telah diterjemah kebahasa Arab, English, bahasa Turki, bahasa Farsi, Hindi, bahasa Perancis, bahasa Jerman, Swahili, bahasa Tamil, bahasa Bengali, Malayalam dan Kannada.

Maududi menentang ajaran Qadiani . Aliran Ibn Taimiyah sebuah gerakan Sunnah tradisional adalah bertentang dengan teologi Syiah.

Hasil karya

Mutiara Kalam [siri 13].

Oleh: Ust Qamaruzzaman an-nadwi

Kecantikkan wajah

Hanya sementara

Keindahan

Perbuatan dan fikiran

Yang mulia

Adalah sesuatu

Yang sangat berharga.

Iqtibar.

Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi

Kata al-Imam al-Ghazali :

Yang jauh itu waktu, yang dekat itu mati, yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, yang mudah itu berbuat dosa, yang berpanjangan berbuat soleh dan yang mudah ialah saling memaafkan.

Lisan kadang-kadang terkasar, cakap kadang-kadang tersalah, janji kadang-kadang terabai, hati kadang-kadang berperasangka buruk, sikap kadang-kadang menyakitkan.

Namun hidup tetap indah kerana masih ada kesempatan untuk memohon ampun kemaafan.

Dars Bukhari.

Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi

Dari Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda> ALlah s.w.t telah memerintah aku supaya memerangi manusia semua sehingga mereka mengucap dua kalimah shahadah dengan sempurna, dirikan solat dan tunaikan zakat. Apabila mereka lakukan semua itu, selamatlah darah dan harta mereka kecuali dengan sebab yang dibenar oleh Islam dan niat hati mereka itu terserah kpada ALlah.

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah s.a.w sentiasa menyeru manusia supaya mengEsakan dan menyembah ALlah dengan penuh bijaksana dan peringatan yang baik. ALlah telah menyuruh Rasulullah s.a.w berhijrah sebagai syarat janji ALlah untuk membukti kemenangan dan kehebatan Agama Islam.

Selepas aqidah Islam bertapak kuat dalam hati dan tentera Islam juga telah dibentukkan, ALlah telah menyuruh Rasulullah s.a.w berjihad mempertahankan aqidah tersebut dan memelihara diri mereka.

ALlah memerintahkan Rasulullah s.a.w berjihad memerangi orang musyrikin kerana untuk mempertahankan Islam dan melindungi umatnya, bukan untuk mencari musuh atau memerangi manusia tanpa sebab.

Oleh itu barangsiapa yang tunduk dan patuh tidak merosakan aqidah atau menyerang Islam,maka selamatlah jiwa,maruah dan harta bendanya dari hukuman didunia ataupun azab di akhirat. Sebaliknya sekiranya seseorang itu melanggar kehurmatan kaum Muslimin dan melampaui batas-batas syariat, maka hudud dilaksanakan keatasnya seperti murtad hukumnya bunuh, tetapi Saidina Abu Bakr r.a melancar peperangan terhadap orang yang murtad kerana mereka terlalu ramai.

Dan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Kecuali dengan sebab yang dibenar oleh Islam”. Disini Islam menetapkan dengan jelas bahawa hukum qisas bagi pembunuh, rejam bagi orang yang berzini, potong tangan bagi pencuri atau perompak dan lain-lain lagi hukuman mengikut perundangan Islam. Semuanya telah ditetapkan untuk memelihara kesejahteraan masyarakat Islam itu sendiri.

Segala niat yang tersembunyi dan tingkah laku yang tidak diketahui, semuanya terserah kepada ALlah samaada ALlah hendak mengampuninya atau mengazabnya.

Tafsir al-Qur’an

Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

بسم الله الرحمن الرحيم

Huruf mukhatta’at.

Banyak surah didalam al-Qur’an dimulakan dengan huruf mukhatta’at iaitu himpunan beberapa huruf diikat menjadi kalimah seperti المص , حم , الم dan lain-lain yang dibaca berasingan setiap satu contohnya ا ل م dengan sukun setiap satunya.

Ada pendapat mufassirin mengatakan bahawa ini adalah nama surah itu dan ada juga yang berpendapat rahsia ‘Asma ILahiah, tetapi berpendapat jumhur sahabiah, tabien dan ulama’ ummat bahawa adalah rahsia yang disembunyikan hanya disisi ALlah sahajalah yang Maha Mengetahui.

Kemungkinan ada diberitahu kepada baginda Nabi s.a.w tetapi telah ditahan supaya tidak dikhabarkan kepada ummat, oleh itulah tidak ada riwayat dari baginda Nabi s.a.w atas penafsiran atau huraian kepada huruf mukhatta’at.

Imam al-Qurtubi r.a berpendapat bahawa dalam setiap kitab dari langit tersembunyi rahsia-rahsia yang khas yang hanya diketahui oleh ALlah s.w.t sahaja. Dan begitulah halnya Qur’anul kareem yang diturunkannya huruf mukhatta’at sebagai rahsia ILahi.

Wallahu aqlam.

Tabah Menghadapi Sakit.

benhussin.blogspot.com

Setiap manusia tidak akan terlepas dari ditimpa penyakit, ujian dan kesakitan. Ia akan mnimpa sesiapa sahaja sama ada ia suka atau tidak, sama ada ia seorang mukmin yang bertaqwa atau mukmin yang derhaka, sama ada ia seorang muslim atau bukan muslim dan sama ada ia raja atau rakyat biasa.

Ada tiga tujuan utama mengapa Allah timpakan sakit pada manusia.

Menghapuskan dosa peningkatan darjat.

Sakit bukanlah bala tetapi rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya.Kalau orang yang menghadapinya seorang yang berdosa, itu adalah penghapus dosa untuknya jika ia bersabar.

Sekiranya ia tidak berdosa, itu akan meningkatkan darjat atau pangkatnya di akhirat kelak. Dengan sakit juga menjadikan kita hambaNya yang tahu menilai niqmat sihat. Ketika sakit kita dapat bermuhasabah terhadap dosa-dosa yang pernah kita lakukan ketika sihat.

Memberi keinsafan.

Sakit adalah kerana dosa-dosanya. Maka ia akan insaf apabila ditimpa sakit.

Kutukan ALlah.

Seseorang yang ditimpa sakit kerana kutuka ALlah, kita akan dapati ia susah hendak sembuh bahkan bertambah tenat. Ia bertambah lupa kepada ALlah dan sudah tentulah solat fardhu tidak dilakukannya.

Kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa beristiqfar ketika ditimpa sakit dan hendaklah bersabar. InsyaALlah penyakit itu akan sembuh jika kita kuat mengingati ALlah s.w.t.

Nama-nama surah al-Qur’an.

benhussin.blogspot.com

Al - `Insyirah -Lapang

At - Tin -Kayu Tin

Al - ‘Alaq -Segumpal darah

Al - Qadr -Kemuliaan

Al - Bayyinah -Keterangan yang

Jelas

Al - Zilzal -Kegoncangan

Al - ‘Adiyat -Berlari kencang

Al - Qari’ah -Peristiwa besar

At - Takatsur -Berluba memper-

Banyak.

بول جا ل Bol chal.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Saya hendak bercakap dengan kepten kapal.

I should like to speak to the captain.

اريذ اتكلم مع القبطا ن . Uridu atakallama ma’a qubbutan.

ي كيتا ن سي با ت كرنا جا حتا هو . Me kaptan se bat karna chahata.

Dimana kamu hendak turun ?

Where are you getting off ?

اين تنزل ؟ Aina tanzilu ?

اب كها ا تريى كي ؟ Aap kaha utrenge ?

Saya hendak turun di ……

I am landing at ………

انزل في ...... Anzilu fi

ميى .........بر اترو ن كا . Me ……par utrungga.

Soal jawab.

amirussin@yahoo.com

Soalan: Apakah hukum memasuki

pertandingan atau peraduan yang

menggunakan sms ?

Jawapan: Pertandingan melalui sms difatwakan haram kerana terdapat unsur-unsur perjudian dan qharar [tidak jelas] iaitu peserta meletakkan wang masing-masing melalui sms, dengan harapan memenangi peraduan atau pertandingan tersebut.

Soalan: Sahkah mandi wajib jika rambut ada pewarna?

Jawapan: Rambut yang diwarnakan dengan menggunakan pewarna selain daripada inai adalah tidak sah. Sekiranya seseorang itu menggunakan pewarna dirambutnya selain daripa pewarna inai, maka sekiranya dia hendak mandi wajib, haruslah menanggalkan pewarna itu terlebih dahulu.

Muhasabah.

benhussin.blogspot.com

Duduk dan melepak di tepi jalan.

Daripada hadis Nabi s.a.w serta beberapa hadis yang lain, pengajarannya ialah duduk-duduk dan melepak di tepi jalan adalah amalan yang tidak baik. Rupanya tabi’at sebegini sudah berlaku sejak dulu lagi sehingga Nabi s.a.w melarang tabi’at itu.

Sekiranya hendak juga duduk-duduk dan melepak di situ, boleh berbuat demikian dengan syarat :

1.Menundukkan pandangan. Mengalih pandangan daripada sesuatu yang haram dipandang.

2.Tidak menganggu orang yang lalu, samaada menggunakan perkataan mahupun perbuatan.

3.Melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.[melakukan kebaikkan dan mencegah kejahatan].

4.Mendo’akan orang yang bersin.

5.Menjawab dan memberi salam pada orang yang lalu.

6.Membantu meringankan kesukaran pengguna dan orang yang lemah.

7.Menunjukkan jalan bagi ibnu sabil.

8.Sentiasa berzikir pada ALlah.

9.Membuang sesuatu dijalan yang mengganggu pengguna jalan atau menampal jalan yang berlubang.

10.Tidak membuang sesuatu yang mengganggu orang yang sedang dalam perjalanan.

Rasulullah s.a.w mengisahkan, kelak akan ada seorang laki-laki yang masuk syurga, mendapatkan pakaian sutera [pakaian penghuni syurga] , kerana jasanya membuang pokok yang tumbang yang menghalang jalan.

Sebaliknya, kelak akan ada orang yang diseksa di neraka kerana ketika di dunia suka duduk-duduk melepak di tepi jalan sambil mengganggu orang-orang yang sedang lalu lalang.

Tip Nabawi.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Tujuan makan bukan semata-mata untuk suka-suka sahaja. Makan bertujuan memelihara kesihatan badan. Badan adalah alat kenderaan roh yang dengannya kita membaiki, menguat dan mengindahkan roh.

Hanya setelah membaca Basmallah dan doa’ barulah kita memasukkan makanan itu kedalam mulut kita. Oleh itu kita perlu menjaga sumber makanan, bahan makanan, cara penyediaan makanan dan cara memakan makanan, barulah tujuan makan akan sempurna.

Info Sihat

amirbenhussin@gmail.com

Mengkudu Baik Untuk Tubuh.

Mengkudu yang biasanya tumbuh liar didalam belukar dan dianggap tumbuhan terbiar. Nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia dikatakan dapat menyembuhkan berbagai penyakit serta baik untuk kesihatan tubuh badan.

Dr.Ralp M Heninicke dari University of Hawaii mendapati dalam kajiannya, mengkudu dapat menyembuh dan memberi daya tahan untuk tubuh manusia serta membantu pertumbuhan tisu tubuh badan manusia.

Bahan proxeronine dan proxeronase yang terdapat didalamnya dapat membantu mempercepatkan serapan bahan nutrient ke dalam system pemakanan juga membantu melambatkan proses penuaan dikalangan wanita.

Akarnya pula berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak. Kulitnya pula berguna bagi mengubat penyakit malaria dan desentri. Buahnya berguna bagi memulihkan sel atau tisu rosak, kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi.

Bunganya berguna untuk merawat penyakit mata dan daunnya direbus untuk dibuat ulam dan untuk menyihatkan ibu yang selepas bersalin.

Inilah khazanah ‘alam yang dijadikan oleh ALlah untuk kita, Cuma kita tahu memanafaatkannya ataupun tidak ia terpulang kepada kita. Banyak lagi khasiat khazanah ‘alam ciptaan ALlah yang belum kita terokai lagi.

al-makr

benhussin.blogspot.com

Pengaruh Budaya Barat meruntuh akhlaq, gejala sosial dalam masyarakat.

Pengaruh budaya Barat ini dapat dilihat semakin menular dikalangan masyarakat kita terutamanya golongan muda yang mudah terpengaruh seperti aliran muzik Black Metal, Punk, Skinhead, Free sex dan banyak lagi yang kita tidak ketahui.

Skinhead adalah suatu sub-budaya yang lahir di London pada akhir tahun 1960-an. Sekarang budaya ini sudah menyebar kedalam masyarakat anak muda kita.

Budaya Punk lahir di London pada tahun 1980-an, saat punk bermaharajalela di Amarika, golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, kerana mempunyai semangat yang sama.

Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai cirri-ciri khusus. Antaranya ia mencmuh semua agama kecuali pagan.Black Metal boleh dikatan sebagai muzik keagamaan pagan. Pengikut ini meletakkan diri mereka semuanya terkeluar dari semua agama.

Free sex adalah satu aliran yang lama berkembang dan diamalkan di Negara-negara Barat. Amalan ini tersebar di ngara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sudah menular dikalangan kanak-kanak sekolah rendah, mengikut kajian ‘amalan free sex ini sudah membarah dikalangan anak remaja kita dewasa ini.

Mengikut al-Imam Hasan al-Bana beliau mengatakan bahawa madrasah yang pertama untuk mentarbiah anak-anak adah di rumah.Oleh itu mulai sekarang ibu-bapa wajib mengambil satu pendekatan mentarbiah dan mentahzib anak-anak dengan ajaran Islam dari umur bayi lagi bagi membendung anak-anak kita dari meng’amalkan budaya sesat dan songsang ini.

English Section

amirussin@yahoo.com

Why does Islam emphasize the Muslim’s fear of God ?

Fearing God is essential to controlling one’s behavior. One can cheat the police, can cheat investigators, can cheat the court, can cheat the judge or the jury and cheat all but he cannot cheat God.

If you believe in God, fear God, believe in the Day of Judgment, and believe in your accountability before God for what you say or do, this will certainly make a very significant difference in your life and behavior.

If one does not fear God or believe in Him in the first place, nothing can stop him from sinning, cheating, and violating laws as long as he feels he is not caughty by people or the police.

The best law can be misused or violated by people working illegally for money, bribes and selfish profits. Fearing God is a safety-valve that regulates human behavior when other regulators fail to function.

In Arabic, we have a piece of wisdom that says “ If fears God, don’t fear Him”. Another piece of wisdom says “ Fear him who does not fear God”.

Adik – adik yang ingin menghantar karya dan lukisan boleh mengirim lukisan dan karangan dengan sebarang tajuk[bebas].

Untuk langganan Albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.

[ I tahun RM:25.00 / 6 bulan RM:12.50 ]

Monday, December 21, 2009

Muqaddimah

Assalamualaikum, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Syukur pada ALlah Azzawajalla setelah kita seusai sudah menjalani ‘ibadah korban dan sebahagian dari kita yang telah kembali dari Tanah suci Mekah mengerjakan ‘ibadah haji rukun Islam yang ke lima.

Setelah selesai kita dan diantara kita samaada yang telah kembali dari Tanah suci Mekah dan telah menyambut eidul adha serta telah menyempurnakan ‘ibadah korban maka hendaknya kita lebih proaktif dalam menyempurnakan ‘ibadah-‘ibadah yang wajib maupun yang sunat dalam bulan-bulan seterusnya.

Luqmanul Hakim seorang hamba yang soleh di zaman Nabi Daud a.s yang pekerjaannya hanya sebagai tukang kayu telah berpesan kepada anaknya yang sebagaimana terdapat di dalam al-Qur’an :
“ Dan [ingatlah] ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepada anaknya , katanya “ Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan ALlah, sesungguhnya mempersekutukan [ALlah] adalah kezaliman yang benar-benar besar ”.
[S.Luqman: 12]

“ Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah [manusia] mengerjakan yang baik dan cegahlan [mereka] dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan [oleh ALlah] “.
[S.Luqman: 17]


Mengambil iqtibar diatas nasihat dan suruhan Luqmanul Hakim kepada anaknya, maka kita sebagai hambaNya hendaklah mempertingkatkan ‘amalan-‘amalan yang diwajibkan dan seterusnya memastikan anak-anak dan semua keluarga kita melaksanakan segala kewajipan yang diwajibkan oleh ALlah keatas kita.
Mudah-mudahan dengan ‘amalan kita yang sedikit ini akan dikira oleh ALlah di Yaumul Masyar kelak.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Sayyid Abul Ala Maududi

Sayyid Abul A'la Maududi merupakan salah seorang ulama abad ke-20 dan pengasas Jamaat-e-Islami. Maulana Maududi merupakan seorang ahli falsafah, sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam di seluruh dunia. .
Maulana Maududi, lahir pada 3 Rejab, 1321 AH (25 September , 1903 AD) di Aurangabad bandar Hyderabad (sekarang Maharashtra) negeri, India.

Beliau merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Nabi Muhamad s.a.w. Bapa Maulana Maududi ialah Ahmad Hasan yang lahir pada 1855 AD , seorang peguam. Maulana Maududi anak bungsu dari 3 beradik lelaki.
Maulana Maududi mendapat pendidikan di Madrasah Furqaniyah, sebuah sekolah tinggi terkenal di Hyderabad yang dipanggil "Madrassah", bukan sekolah Islam tradisional . Kemudian melanjutkan pelajaran di Darul Uloom di Hyderabad sekejap sahaja kerana bapanya sakit. Mahir berbahasa Arab, bahasa Farsi, bahasa Inggeris,dan bahasa ibunda bahasa Urdu .

Tahun 1918 ,ketika usia 15, beliau mula bekerja sebagai wartawan dalam surat khabar berbahasa Urdu untuk menyara kehidupannya.Tahun 1920, beliau menyandang jawatan editor surat khabar Taj, yang diterbitkan di bandar Jabalpore sekarang negeri Madhya Pradesh , India.

Tahun 1921, Maulana Maududi pindah ke Delhi bekerja sebagai editor surat khabar Muslim (1921-1923), dan kemudian editor al-Jam’iyat (1925-1928), yang diterbitkan oleh Jam’iyat-i ‘Ulama-i Hind,sebuah pertubuhan politikDeoband. Hasil kepimpinannya sebagai editor , al-Jam’iyatmenjadi surat khabar utama untuk orang Islam di Asia Selatan ( India, Pakistan, Bangladesh , Sri Langka dan Maldive). Maulana Maududi terlibat membentuk Pergerakan Khilafah dan Tahrik-e Hijrat, iaitu Pertubuhan Asia Selatan yang menentang penjajahan kolonial British.

Beliau menggesa Muslim India berhijrah ke Afghanistan untuk mengelak pemerintahan British.Zaman itu ,Maulana Maududi mula menterjemahkan buku berbahasa Arab dan bahasa Inggeris ke bahasa Urdu. Beliau juga telah menulis buku bertajuk al-Jihad fi al-Islam ("Jihad dalam Islam") diterbit secara bersiri dengan nama al-Jam’iyat tahun 1927 dan dijilid sebagai buku tahun 1930. Al-Jihad fi al-Islam merupakan karya termasyhur beliau.

Tahun 1933, Maulana Maududi menjadi editor majalah bulanan Tarjuman al-Qur'an ("Tafsiran al Qur'an"). Bidang penulisan beliau ialah tentang Islam , konflik antara Islam dengan Imperialisme dan modenisasi. Beliau mengemukakan penyelesaian Islam dan Islam ada jawapan bagi setiap permasalahan masyarakat Islam yang dijajah.
Bersama dengan ahli filasuf dan ulama Muhammad Iqbal, Maulana Maududi mengasaskan pusat pendidikan Darul-Islam di bandar Pathankot di wilayah Punjab .Matlamat pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai falsafah politik Islam. Maulana Maududi mengkritik habis konsep-konsep Barat seperti nationalisme, pluralisme and feminisme di mana semua idea ini adalah alat Barat untuk menjajah umat Islam.

Maududi telah menterjemah dan mentafsir Qur'an kebahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan udang-undang Islam dan kebudayaan masyarakat Islam.
Maududi tidak menyokong idea penubuhan negara Pakistan sebuah negara Islam yang terpisah daripada India. Tapi selepas Pakistan merdeka 1947 dari India , Maulana Maududi berhijrah ke Pakistan. Beliau mula membina negara dan masyarakat Islam yang ideal sebagaimana wawasannya dahulu. [bersambung]

Mutiara Kalam [siri 11].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi

Syurga
Yang diberikan olehTuhan mu
Adalah Maya
Tetapi apabila
Ganjaran dari ‘amal mu
Adalah Syurga
Maka ia
Adalah sesuatu
Yang berharga.

Amalan-amalan baik tapi terbalik.

amirussin@yahoo.com

Marilah kita bermuhasabah dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) apa yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Bukannya keluarga tersebut menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja ,bahkan ada yang tidak berbaju.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut makan sehingga habis apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam perbelanjaan setiap rumah orang Islam kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan mengadakan kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tidak mengadakan kenduri. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tidak boleh membaca al-Quran atau solat, tidak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen untuk belajar al-Quran atau kelas pengajian Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran tetapi kepada Guru Quran hendak bayar RM15.0 sebulan menggeletar tangan. Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat membaca al-Quran atau bersolat dari tidak lulus peperiksaan.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tidak kira siang dan malam, pagi dan petang. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tidak hujan, tidak panas, tidak ribut tetap tidak datang ke masjid, rezeki Allah diminta tetapi hendak ke masjid segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau hendak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah sedikit pun tidak berhias,
sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.

Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Dars Bukhari.
Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya ALlah Ta’ala telah berfirman barangsiapa memusuhi WaliKu, Aku akan izinkan WaliKu itu memerangi mereka. HambaKu tidak mendekatiKu dengan sesuatu pekerjaan yang amat Aku sukai melalui apa yang aku fardhukan kepadanya. Sentiasalah hambaKu mendekatiKu dengan pekerjaan yang sunat-sunat hingga aku sayang kepadanya. Apabila Aku saying kepadanya, Akulah yang menjadi pendengaran yang dia mendengar dengannya, Akulah penglihatan yang ia melihat dengannya, Akulah tangannya yang ia menampar dengannya dan Akulah kakinya yang ia berjalan dengannya. Demi Diriku, jika dia meminta kepadaKu, nescaya Aku tunai permintaannya, jika dia meminta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku melindunginya ”.
[Hadis riwayat Bukhari]

Sebahagian Ulama’ mentafsirkan Wali dalam hadis ini ialah wali yang tertentu sahaja. Maksud Wali di sini ialah seseorang yang beriman yang sentiasa ber’ibadat dan melakukan kebaikkan. Mereka sentiasa mendekati ALlah dengan ‘amalan-‘amalan fardhu samaada fardhu ‘ain maupun fardhu kifayah serta ‘amalan-‘amalan sunat yang lain.

ALlah s.w.t telah memilih Rasul-rasul dan NabiNya untuk menyampaikan syariat kepada seluruh manusia. Demikian pula ALlah menentukan WaliNya terdiri daripada hamba-hamba yang terbaik tentang ‘ibadat dan ikhlas dalam melakukan keta’atan .

Wali yang benar ia menyembunyikan kedudukan kewaliannya. Ia tidak menceritakan kepada orang lain, kerana itu adalah satu anugerah yang ditakuti ALlah s.w.t akan mengambil kembali bila-bila masa sahaja. Melalui anugerah istimewa ini tibullah perkara-perkara luar biasa yang mencarikkan adapt sebagai penghormatan kepadanya.

Barangsiapa yang menghina Wali ALlah dengan perkataan atau perbuatan, ALlah s.w.t memarahinya kerana ia adalah lantikkan dari ALlah dan ALlah akan memeliharanya dari kehinaan dunia.Lalu ALlah s.w.t menyerah urusanNya kepada WaliNya.

Rasulullah s.a.w mengajar kita tentang cinta kepada ALlah dengan menunaikan segala suruhanNya. Apabila kecintaan terhadap ALlah menjadi bertambah besar, seseorang itu akan menjadi Rabbani iaitu hati, seluruh anggota tubuh badan dan segala pancainderanya bergerak mengikut Rahmat ALlah s.w.t. Tidak keluar daripadanya kecuali semua kebaikkan yang ALlah redho dan dia tidak mengerjakannya melainkan apa yang halal sahaja.

Bertambah mulialah seorang hamba yang ber’ibadat, ALlah akan kurniakan kepadanya do’a yang mustajab, terbuka kepadanya bendahara ALlah yang banyak dan dipeliharanya daripada segala kejahatan apabila dia berlindung kepada ALlah.
Kewalian adalah anugerah ALlah. Dan ALlah mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang melakukan ‘ibadah dengan ikhlas dia akan menjadi seorang Rabbani. Doanya menjadi mustajab dengan ketaqwaannya kepada ALlah.


Tafsir al-Qur’an
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Surah al-Baqarah.

Surah ini al-Baqarah bermaksud lembu betina, surah ini dinamakan surah Madani dan mengandungi 286 ayat dan 40 ruku. Terdapat dalam hadis dan melalui asar sahabah juga ada terbukti, ada riwayat yang mengatakan tidak dibenarkan memanggil surah ini surah Baqarah.

Ini adalah tidak benar sama sekali, Ibnu Kathir menyatakan surah ini mengandungi 227 ayat, 6221 kalimat dan 25500 huruf. Surah ini diturunkan selepas hirah, oleh itu dipanggil surah Madani walaupun ada diantara ayatnya diturunkan dibumi Makkah, ketika waktu haji [selepas hijrah].

Surah yang paling panjang dalam al-Qur’an dan yang pertama diturinkan di Madinah. Berkata Imam al-Qurtubi bahawa ayat وتقو ا يوما ترجعون فيه الي الله dalam surah ini adalah ayat terakhir diturunkan ketika Nabi s.a.w berada di Mina waktu hujjatul wida’.

Dalam surah ini terdapat satu ayat yang paling afzal dari ayat-ayat yang lain dalam al-Qur’an iaitu ayat Kursi.
[bersambung]

Rahsia air Zam-zam.
benhussin.blogspot.com

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu sama ada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah air zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat kajian bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang sukarela bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau… Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik… maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah yang menghadiri seminar tersebut “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

Air dan khasiatnya pada manusia
Saya pernah mengatakan yang perkara yang paling penting dalam hidup adalah perkara yang paling mudah. Kalau anda sakit, cubalah terapi air iaitu dengan minum air yang ditapis atau air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas. Jangan lupa membaca bismillah. Saya yakin 90% penyakit boleh di sembuhkan dengan terapi air.

Kebanyakkan dari penyakit juga berpunca dari manusia yang kurang minum air, bukannya air kopi, nescafe atau coke. Ramai yang tidak sedar kekurangan air dalam badan boleh memudaratkan kesihatan anda. Minumlah air bersih sekurang-kurang 3-4 gelas sehari.
Air juga boleh di programkan untuk menyembuhkan penyakit. Air memang banyak khasiatnya.

Nama-nama surah al-Qur’an.
benhussin.blogspot.com

Al – Ghasyiah Kejadian yang menyelubungi
Al - Fajr - Fajar
Al - Balad - Negeri
As - Syams - Matahari
Al - Lail - Malam
Adh - Dhuha - Waktu matahari naik


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Saya sedang kembali kebilik saya.
I am going to my room.
انا اذهب الي غرفتي. Ana azhabu ila ghurfati.
مين ابني كمري مين جا رحا هون. Mein apne kamre me jaraha hu.

Bawa saya kebilik saya.
Take me to my room.
اذهب لي في غرفتي. Izhab li fi ghurfati.
مجهي ميري كمري مي لي جلي. Mujhe mere kamre me lecalee.

Bila makanan akan dihidangkan?
At when are meals served?
متى يحضر الطعا م ؟ Mata yuhzarut ta’am?
كها نا كس وقت لكتا هي ؟ Khana kis waqt lagta he?

Soal jawab.
amirussin@yahoo.com

Soalan: Apakah hukum membaca doa’ qunud?

Jawapan: Hukum membaca doa’ qunud mengikut Imam Syafie r.a adalah sunat yang sangat dituntut. Sesiapa yang meninggalkannya perlu melakukan sujud sahwi.
Bagi mazhab Hanafi hukumnya adalah sunat.


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Duduk dan melepak di tepi jalan.

Suatu hari Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan sahabat yang sedang duduk-duduk di tepi jalan. Baginda kemudian bersabda “jauhilah olehmu duduk-duduk di [tepi] jalan-jalan”. Sahabat lalu menjawab “Wahai Rasulullah s.a.w, kami tidak menemui tempat lain untuk tempat kami berbincang-bincang”.

Sabda baginda “Jika kalian enggan meninggalkannya, maka berikanlah hak jalan”. Mereka bertanya “Apakah menjadi hak jalan itu ?”. Jawab Rasulullah s.a.w “Hak jalan itu ialah memejamkan mata [mencegah daripada memandang yang haram], mencegah [menahan] gangguan [tidak menganggu], menjawab salam, amal makruf dan nahi munkar”.
[Hadis Bukhary dan Muslim]
[bersambung]

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Satu nasihat Rasulullah s.a.w ialah supaya mencicip sedikit garam sebelum makan. ‘Amalan ini nampaknya berlawanan dengan pendapat perubatan moden yang mengatakan bahawa memakan garam berlebihan itu membahayakan kesihatan.

Sebenarnya garam mengandungi dua kimia iaitu sodium dan klorida, klorida yang terdapat didalam garam adalah satu-satunya klorida yang boleh digunakan oleh badan untuk menghasilkan asid hidroklorik iaitu satu bahan yang penting untuk penghadaman.

Oleh yang demikian itu mencicip sedikit garam sebelum makan dapat menyempurnakan asid hidroklorik didalam perut sebelum makan yang baru memasukinya dapat dihadamannya.
Ini adalah satu tip ‘amalan Nabi s.a.w yang bernas dan bijak yang diakui oleh pengamal-pengamal perubatan moden dewasa ini.


English Section
amirussin@yahoo.com

What is Islam, in brief ?

Islam, in brief, is to believe in one God [ALlah], to believe in His Revealed Books [al-Qur’an], to believe in His angels, to believe in God messengers and to believe in the Las Day [Qiamah].

Islam is good ethics, abiding by God’s word, kindness to all people, curbing lusts, avoidance of sins, commanding people to do good, giving sincere through five prayers every day, fasting the Ramadhanmonth every year, paying zakat every year and performing pilgrimage once’s life.

Islam is very simple, very natural, very reasonable and very practical. Just believe in God, obey Him, go straight, be religious, fear God, love Him, love others and treat others kindly, mercifully, honestly and fairly.


Adik – adik yang ingin menghantar karya dan lukisan boleh mengirim lukisan dengan tajuk ‘wau bulan’ dan karangan dengan tajuk’cita-citaku’.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.
[6 bulan RM.12.50 / 1 tahun RM.25.00]