Monday, December 21, 2009

Muqaddimah

Assalamualaikum, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Syukur pada ALlah Azzawajalla setelah kita seusai sudah menjalani ‘ibadah korban dan sebahagian dari kita yang telah kembali dari Tanah suci Mekah mengerjakan ‘ibadah haji rukun Islam yang ke lima.

Setelah selesai kita dan diantara kita samaada yang telah kembali dari Tanah suci Mekah dan telah menyambut eidul adha serta telah menyempurnakan ‘ibadah korban maka hendaknya kita lebih proaktif dalam menyempurnakan ‘ibadah-‘ibadah yang wajib maupun yang sunat dalam bulan-bulan seterusnya.

Luqmanul Hakim seorang hamba yang soleh di zaman Nabi Daud a.s yang pekerjaannya hanya sebagai tukang kayu telah berpesan kepada anaknya yang sebagaimana terdapat di dalam al-Qur’an :
“ Dan [ingatlah] ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepada anaknya , katanya “ Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan ALlah, sesungguhnya mempersekutukan [ALlah] adalah kezaliman yang benar-benar besar ”.
[S.Luqman: 12]

“ Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah [manusia] mengerjakan yang baik dan cegahlan [mereka] dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan [oleh ALlah] “.
[S.Luqman: 17]


Mengambil iqtibar diatas nasihat dan suruhan Luqmanul Hakim kepada anaknya, maka kita sebagai hambaNya hendaklah mempertingkatkan ‘amalan-‘amalan yang diwajibkan dan seterusnya memastikan anak-anak dan semua keluarga kita melaksanakan segala kewajipan yang diwajibkan oleh ALlah keatas kita.
Mudah-mudahan dengan ‘amalan kita yang sedikit ini akan dikira oleh ALlah di Yaumul Masyar kelak.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Sayyid Abul Ala Maududi

Sayyid Abul A'la Maududi merupakan salah seorang ulama abad ke-20 dan pengasas Jamaat-e-Islami. Maulana Maududi merupakan seorang ahli falsafah, sasterawan, dan aktivis yang aktif dalam pergerakan dan perjuangan Islam di seluruh dunia. .
Maulana Maududi, lahir pada 3 Rejab, 1321 AH (25 September , 1903 AD) di Aurangabad bandar Hyderabad (sekarang Maharashtra) negeri, India.

Beliau merupakan seorang sayyid, yang berketurunan Nabi Muhamad s.a.w. Bapa Maulana Maududi ialah Ahmad Hasan yang lahir pada 1855 AD , seorang peguam. Maulana Maududi anak bungsu dari 3 beradik lelaki.
Maulana Maududi mendapat pendidikan di Madrasah Furqaniyah, sebuah sekolah tinggi terkenal di Hyderabad yang dipanggil "Madrassah", bukan sekolah Islam tradisional . Kemudian melanjutkan pelajaran di Darul Uloom di Hyderabad sekejap sahaja kerana bapanya sakit. Mahir berbahasa Arab, bahasa Farsi, bahasa Inggeris,dan bahasa ibunda bahasa Urdu .

Tahun 1918 ,ketika usia 15, beliau mula bekerja sebagai wartawan dalam surat khabar berbahasa Urdu untuk menyara kehidupannya.Tahun 1920, beliau menyandang jawatan editor surat khabar Taj, yang diterbitkan di bandar Jabalpore sekarang negeri Madhya Pradesh , India.

Tahun 1921, Maulana Maududi pindah ke Delhi bekerja sebagai editor surat khabar Muslim (1921-1923), dan kemudian editor al-Jam’iyat (1925-1928), yang diterbitkan oleh Jam’iyat-i ‘Ulama-i Hind,sebuah pertubuhan politikDeoband. Hasil kepimpinannya sebagai editor , al-Jam’iyatmenjadi surat khabar utama untuk orang Islam di Asia Selatan ( India, Pakistan, Bangladesh , Sri Langka dan Maldive). Maulana Maududi terlibat membentuk Pergerakan Khilafah dan Tahrik-e Hijrat, iaitu Pertubuhan Asia Selatan yang menentang penjajahan kolonial British.

Beliau menggesa Muslim India berhijrah ke Afghanistan untuk mengelak pemerintahan British.Zaman itu ,Maulana Maududi mula menterjemahkan buku berbahasa Arab dan bahasa Inggeris ke bahasa Urdu. Beliau juga telah menulis buku bertajuk al-Jihad fi al-Islam ("Jihad dalam Islam") diterbit secara bersiri dengan nama al-Jam’iyat tahun 1927 dan dijilid sebagai buku tahun 1930. Al-Jihad fi al-Islam merupakan karya termasyhur beliau.

Tahun 1933, Maulana Maududi menjadi editor majalah bulanan Tarjuman al-Qur'an ("Tafsiran al Qur'an"). Bidang penulisan beliau ialah tentang Islam , konflik antara Islam dengan Imperialisme dan modenisasi. Beliau mengemukakan penyelesaian Islam dan Islam ada jawapan bagi setiap permasalahan masyarakat Islam yang dijajah.
Bersama dengan ahli filasuf dan ulama Muhammad Iqbal, Maulana Maududi mengasaskan pusat pendidikan Darul-Islam di bandar Pathankot di wilayah Punjab .Matlamat pusat pendidikan ini ialah melahirkan pelajar yang mempunyai falsafah politik Islam. Maulana Maududi mengkritik habis konsep-konsep Barat seperti nationalisme, pluralisme and feminisme di mana semua idea ini adalah alat Barat untuk menjajah umat Islam.

Maududi telah menterjemah dan mentafsir Qur'an kebahasa Urdu dan menulis banyak artikel berkenaan udang-undang Islam dan kebudayaan masyarakat Islam.
Maududi tidak menyokong idea penubuhan negara Pakistan sebuah negara Islam yang terpisah daripada India. Tapi selepas Pakistan merdeka 1947 dari India , Maulana Maududi berhijrah ke Pakistan. Beliau mula membina negara dan masyarakat Islam yang ideal sebagaimana wawasannya dahulu. [bersambung]

Mutiara Kalam [siri 11].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi

Syurga
Yang diberikan olehTuhan mu
Adalah Maya
Tetapi apabila
Ganjaran dari ‘amal mu
Adalah Syurga
Maka ia
Adalah sesuatu
Yang berharga.

Amalan-amalan baik tapi terbalik.

amirussin@yahoo.com

Marilah kita bermuhasabah dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) apa yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Bukannya keluarga tersebut menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja ,bahkan ada yang tidak berbaju.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut makan sehingga habis apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam perbelanjaan setiap rumah orang Islam kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan mengadakan kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tidak mengadakan kenduri. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tidak boleh membaca al-Quran atau solat, tidak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen untuk belajar al-Quran atau kelas pengajian Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran tetapi kepada Guru Quran hendak bayar RM15.0 sebulan menggeletar tangan. Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat membaca al-Quran atau bersolat dari tidak lulus peperiksaan.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tidak kira siang dan malam, pagi dan petang. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tidak hujan, tidak panas, tidak ribut tetap tidak datang ke masjid, rezeki Allah diminta tetapi hendak ke masjid segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau hendak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah sedikit pun tidak berhias,
sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.

Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Dars Bukhari.
Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya ALlah Ta’ala telah berfirman barangsiapa memusuhi WaliKu, Aku akan izinkan WaliKu itu memerangi mereka. HambaKu tidak mendekatiKu dengan sesuatu pekerjaan yang amat Aku sukai melalui apa yang aku fardhukan kepadanya. Sentiasalah hambaKu mendekatiKu dengan pekerjaan yang sunat-sunat hingga aku sayang kepadanya. Apabila Aku saying kepadanya, Akulah yang menjadi pendengaran yang dia mendengar dengannya, Akulah penglihatan yang ia melihat dengannya, Akulah tangannya yang ia menampar dengannya dan Akulah kakinya yang ia berjalan dengannya. Demi Diriku, jika dia meminta kepadaKu, nescaya Aku tunai permintaannya, jika dia meminta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku melindunginya ”.
[Hadis riwayat Bukhari]

Sebahagian Ulama’ mentafsirkan Wali dalam hadis ini ialah wali yang tertentu sahaja. Maksud Wali di sini ialah seseorang yang beriman yang sentiasa ber’ibadat dan melakukan kebaikkan. Mereka sentiasa mendekati ALlah dengan ‘amalan-‘amalan fardhu samaada fardhu ‘ain maupun fardhu kifayah serta ‘amalan-‘amalan sunat yang lain.

ALlah s.w.t telah memilih Rasul-rasul dan NabiNya untuk menyampaikan syariat kepada seluruh manusia. Demikian pula ALlah menentukan WaliNya terdiri daripada hamba-hamba yang terbaik tentang ‘ibadat dan ikhlas dalam melakukan keta’atan .

Wali yang benar ia menyembunyikan kedudukan kewaliannya. Ia tidak menceritakan kepada orang lain, kerana itu adalah satu anugerah yang ditakuti ALlah s.w.t akan mengambil kembali bila-bila masa sahaja. Melalui anugerah istimewa ini tibullah perkara-perkara luar biasa yang mencarikkan adapt sebagai penghormatan kepadanya.

Barangsiapa yang menghina Wali ALlah dengan perkataan atau perbuatan, ALlah s.w.t memarahinya kerana ia adalah lantikkan dari ALlah dan ALlah akan memeliharanya dari kehinaan dunia.Lalu ALlah s.w.t menyerah urusanNya kepada WaliNya.

Rasulullah s.a.w mengajar kita tentang cinta kepada ALlah dengan menunaikan segala suruhanNya. Apabila kecintaan terhadap ALlah menjadi bertambah besar, seseorang itu akan menjadi Rabbani iaitu hati, seluruh anggota tubuh badan dan segala pancainderanya bergerak mengikut Rahmat ALlah s.w.t. Tidak keluar daripadanya kecuali semua kebaikkan yang ALlah redho dan dia tidak mengerjakannya melainkan apa yang halal sahaja.

Bertambah mulialah seorang hamba yang ber’ibadat, ALlah akan kurniakan kepadanya do’a yang mustajab, terbuka kepadanya bendahara ALlah yang banyak dan dipeliharanya daripada segala kejahatan apabila dia berlindung kepada ALlah.
Kewalian adalah anugerah ALlah. Dan ALlah mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang melakukan ‘ibadah dengan ikhlas dia akan menjadi seorang Rabbani. Doanya menjadi mustajab dengan ketaqwaannya kepada ALlah.


Tafsir al-Qur’an
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Surah al-Baqarah.

Surah ini al-Baqarah bermaksud lembu betina, surah ini dinamakan surah Madani dan mengandungi 286 ayat dan 40 ruku. Terdapat dalam hadis dan melalui asar sahabah juga ada terbukti, ada riwayat yang mengatakan tidak dibenarkan memanggil surah ini surah Baqarah.

Ini adalah tidak benar sama sekali, Ibnu Kathir menyatakan surah ini mengandungi 227 ayat, 6221 kalimat dan 25500 huruf. Surah ini diturunkan selepas hirah, oleh itu dipanggil surah Madani walaupun ada diantara ayatnya diturunkan dibumi Makkah, ketika waktu haji [selepas hijrah].

Surah yang paling panjang dalam al-Qur’an dan yang pertama diturinkan di Madinah. Berkata Imam al-Qurtubi bahawa ayat وتقو ا يوما ترجعون فيه الي الله dalam surah ini adalah ayat terakhir diturunkan ketika Nabi s.a.w berada di Mina waktu hujjatul wida’.

Dalam surah ini terdapat satu ayat yang paling afzal dari ayat-ayat yang lain dalam al-Qur’an iaitu ayat Kursi.
[bersambung]

Rahsia air Zam-zam.
benhussin.blogspot.com

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu sama ada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah air zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat kajian bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang sukarela bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau… Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik… maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah yang menghadiri seminar tersebut “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

Air dan khasiatnya pada manusia
Saya pernah mengatakan yang perkara yang paling penting dalam hidup adalah perkara yang paling mudah. Kalau anda sakit, cubalah terapi air iaitu dengan minum air yang ditapis atau air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas. Jangan lupa membaca bismillah. Saya yakin 90% penyakit boleh di sembuhkan dengan terapi air.

Kebanyakkan dari penyakit juga berpunca dari manusia yang kurang minum air, bukannya air kopi, nescafe atau coke. Ramai yang tidak sedar kekurangan air dalam badan boleh memudaratkan kesihatan anda. Minumlah air bersih sekurang-kurang 3-4 gelas sehari.
Air juga boleh di programkan untuk menyembuhkan penyakit. Air memang banyak khasiatnya.

Nama-nama surah al-Qur’an.
benhussin.blogspot.com

Al – Ghasyiah Kejadian yang menyelubungi
Al - Fajr - Fajar
Al - Balad - Negeri
As - Syams - Matahari
Al - Lail - Malam
Adh - Dhuha - Waktu matahari naik


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Saya sedang kembali kebilik saya.
I am going to my room.
انا اذهب الي غرفتي. Ana azhabu ila ghurfati.
مين ابني كمري مين جا رحا هون. Mein apne kamre me jaraha hu.

Bawa saya kebilik saya.
Take me to my room.
اذهب لي في غرفتي. Izhab li fi ghurfati.
مجهي ميري كمري مي لي جلي. Mujhe mere kamre me lecalee.

Bila makanan akan dihidangkan?
At when are meals served?
متى يحضر الطعا م ؟ Mata yuhzarut ta’am?
كها نا كس وقت لكتا هي ؟ Khana kis waqt lagta he?

Soal jawab.
amirussin@yahoo.com

Soalan: Apakah hukum membaca doa’ qunud?

Jawapan: Hukum membaca doa’ qunud mengikut Imam Syafie r.a adalah sunat yang sangat dituntut. Sesiapa yang meninggalkannya perlu melakukan sujud sahwi.
Bagi mazhab Hanafi hukumnya adalah sunat.


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Duduk dan melepak di tepi jalan.

Suatu hari Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan sahabat yang sedang duduk-duduk di tepi jalan. Baginda kemudian bersabda “jauhilah olehmu duduk-duduk di [tepi] jalan-jalan”. Sahabat lalu menjawab “Wahai Rasulullah s.a.w, kami tidak menemui tempat lain untuk tempat kami berbincang-bincang”.

Sabda baginda “Jika kalian enggan meninggalkannya, maka berikanlah hak jalan”. Mereka bertanya “Apakah menjadi hak jalan itu ?”. Jawab Rasulullah s.a.w “Hak jalan itu ialah memejamkan mata [mencegah daripada memandang yang haram], mencegah [menahan] gangguan [tidak menganggu], menjawab salam, amal makruf dan nahi munkar”.
[Hadis Bukhary dan Muslim]
[bersambung]

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Satu nasihat Rasulullah s.a.w ialah supaya mencicip sedikit garam sebelum makan. ‘Amalan ini nampaknya berlawanan dengan pendapat perubatan moden yang mengatakan bahawa memakan garam berlebihan itu membahayakan kesihatan.

Sebenarnya garam mengandungi dua kimia iaitu sodium dan klorida, klorida yang terdapat didalam garam adalah satu-satunya klorida yang boleh digunakan oleh badan untuk menghasilkan asid hidroklorik iaitu satu bahan yang penting untuk penghadaman.

Oleh yang demikian itu mencicip sedikit garam sebelum makan dapat menyempurnakan asid hidroklorik didalam perut sebelum makan yang baru memasukinya dapat dihadamannya.
Ini adalah satu tip ‘amalan Nabi s.a.w yang bernas dan bijak yang diakui oleh pengamal-pengamal perubatan moden dewasa ini.


English Section
amirussin@yahoo.com

What is Islam, in brief ?

Islam, in brief, is to believe in one God [ALlah], to believe in His Revealed Books [al-Qur’an], to believe in His angels, to believe in God messengers and to believe in the Las Day [Qiamah].

Islam is good ethics, abiding by God’s word, kindness to all people, curbing lusts, avoidance of sins, commanding people to do good, giving sincere through five prayers every day, fasting the Ramadhanmonth every year, paying zakat every year and performing pilgrimage once’s life.

Islam is very simple, very natural, very reasonable and very practical. Just believe in God, obey Him, go straight, be religious, fear God, love Him, love others and treat others kindly, mercifully, honestly and fairly.


Adik – adik yang ingin menghantar karya dan lukisan boleh mengirim lukisan dengan tajuk ‘wau bulan’ dan karangan dengan tajuk’cita-citaku’.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.
[6 bulan RM.12.50 / 1 tahun RM.25.00]

No comments: