الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاتة
Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Akhlaq yang baik dapat membentuk sahsiah yang mulia. Contoh akhlaq yang baik perlu dimainkan oleh semua pihak, baik bermula dari rumah maupun dari persekitaran luar, sekiranya ia berjaya memainkan peranannya maka insyaALlah masyarakat akan terhindar dari segala perkara yang dilarang oleh ALlah dan Rasul.
Akhlaq yang mulia di dunia ini adalah datangnya dari peribadi diri Rasulullah SAW sendiri yang sebagaimana firman ALlah SWT yang bermaksud: “ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW contoh ikutan yang baik ” . {al-Ahzab:21}
Berdasarkan ayat itu, ALlah telah meletakkan Rasulullah SAW sebagai role model yang teragung bagi setiap umat manusia tanpa mengira sempadan masa.
Akhlaq dan sirah Nabi menceritakan kepada kita sebagai tauladan yang dapat kita contohi dan ikuti bagi mendidik diri kita agar sentiasa dapat menjalani kehidupan selari dengan kehendak ALlah dan Rasul.
Dari Aisyah RHa menyatakan bahawa “ Rasulullah SAW mempunyai budi pekerti al-Qur’an ” . {Buhkari dan Muslim}
Akhlaq yang mulia akan melahirkan aqidah yang mantap dengan keyakinan dan keimana yang hakiki hanya pada ALlah. Oleh itu mulai dari sekarang marilah kita bersama-sama beriltizam untuk melakukan tajdid islami bagi menjadikan diri kita
insan kamil dengan mengikut dan ber’amal dengan akhlaq Rasulullah SAW.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaqnya ” . {Riwayat tirmizi}
Sidang editor albayan mengucapkan selamat menunaikan ‘ibadah haji kepada semua jamaah yang akan melaksanakannya dan selamat menyambut Hari raya ‘Aidil Adha maaf zahir batin.Kullu 'am wa antum bi khair.
amirbenhussin@gmail.com
Tokoh.
amirussin@yahoo.com
Mus’ab tinggalkan kemewahan.
Mus’ab bin Umair seorang pemuda yang segak dan tampan. Anak seorang bangsawan yang kaya dan keturunannya dianggap mulia oleh penduduk Mekah.
Sebelum memeluk Islam, beliau hidup dalam kemewahan dan amat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya. Sehingga Nabi SAW sendiri berkata: “ Tidak ada orang yang tinggal di Mekah ini hidupnya mewah seperti Mus’ab ”.
Namun kemewahan dan kesenangan yang diniqmati oleh Mus’ab hanya sementara. Beliau mendapat petunjuk daripada ALlah, beliau mula meminati ajaran Islam dan berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Beliau mendengar segala ajaran dan kata-kata ALlah yang disampaikan oleh Nabi SAW.
Mus’ab memeluk agama Islam tanpa pengetahuan ibu dan bapanya. Semasa itu umurnya 24 tahun. Beliau cuba merahsiakan keislamannya daripada pengetahuan ibu bapanya. Semenjak itu beliau mula mempelajari agama Islam dengan aktif dan mengikut Nabi SAW ke rumah Arqam bin Abi Arqam.
Rahsianya memeluk agama Islam terbongkar apabila ada seorang pemuda melihat Mus’ab solat, dan pemuda tersebut memberitahu hal tersebut kepada kedua orang tuanya. Ibu bapanya menjadi marah dengan keislaman Mus’ab. Semenjak dari itu Mus’ab dilarang berjumpa dengan Nabi SAW dan mengurungnya di dalam rumah.
Ibunya berkata dalam keadaan marah: “ Saya tidak akan terpengaruh dengan agama yang kamu anuti. Saya menjadi tidak siuman sekiranya saya masuk agama kamu ”. Mus’ab hanya berdiam diri tanpa sepatah kata, kemudian ibunya berkata lagi: “ Mulai pada hari ini, saya tidak akan makan sehingga mati jika kamu tidak kembali semula kepada agama asal ”.
Setelah itu, Mus’ab pun menjawab: “ Wahai ibu yang saya sayangi, walaupun ibu bernyawa seribu, dan setiap nyawa ibu mati satu persatu, saya tetap menjadi orang Islam, sehingga akhir hayat saya ”. Ibunya terkejut dengan jawapannya dan amat sedih dan kesal sekali.
Hari demi hari Mus’ab terkurung di dalam rumahnya. Pada suatu hari beliau mendapat peluang melepaskan diri. Beliau terus pergi berjumpa Nabi SAW. Pada masa itu para pengikut Nabi SAW mahu berpindah ke Habsyah dan beliau pun mengikuti rombongan itu. Setelah beberapa lama beliau di Habsyah, beliau kembali ke Mekah dan kembali mendengar semula ajaran Nabi SAW.
Selepas memeluk agama Islam, kehidupan Mus’ab bertukar daripada kaya kepada miskin. Tidak ada pakaian mahal dan makanan enak baginya setiap hari. Apabila berlaku kucar kacir di Madinah antara suku Aus dan sku Khazraj dan kezaliman Yahudi, Nabi SAW menghantar Mus’ab sebagai tenaga pengajar di Madinah.
Di Madinah ada dua orang pemimpin yang tidak menyukai Mus’ab menyebar ajaran Islam, tetapi atas kebijaksanaan Mus’ab keduanya memeluk agama Islam.
Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com
Daripada Bakrah bin Nufai’ bin al-Harith r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “ Mahukah kamu aku khabarkan tentang sebesar-besar dosa yang tiga? ” Kami menjawab: “ Baiklah, ya Rasulullah ”. Baginda bersabda: “Iaitu syirik kepada ALlah, derhaka kepada dua orang tua ”. Ketika itu Baginda bersandar kemudian duduk dan bersabda lagi: “ Ingatlah ucapan dusta dan saksi palsu ”.
Baginda mengulang-ulanginya sehingga kami berkata, “ Semoga Baginda diam ”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslimi]
Mensyirikkan ALlah adalah salah satu daripada dosa besar. Berlakunya syirik dengan tiga perkara. Pertama dengan perbuatan, kedua dengan perkataan dan ketiga dengan iktiqad.
Dengan perbuatan boleh berlakunya syirik dengan menyembah selain dari ALlah, termasuk bertafakur atau tunduk hormat kepada sebarang bentuk ukiran atau patung, termasuk tugu negara, matahari, api, pokok besar atau busut sekalipun.
Dengan perkataan boleh berlakunya syirik dengan mengatakan bahawa tidak percaya lagi kepada ALlah dan agama Islam dan mengistiharkan keluar dari agama Islam. Juga dengan mempersendakan perintah ALlah dan sunnah Nabi SAW sekalipun dengan mengatakan makan dengan tangan dan menjilat jari sesudah selesai makan itu kotor, kolot atau selainnya.
Dengan iktiqad di dalam hati mengatakan bahawa meragui dan mempertikaikan kekuasaan ALlah dan mengatakan ALlah tidak berkuasa melakukan segalanya serta beriktiqad bahawa ada lagi agama yang lebih baik dari agama Islam dan ajaran Nabi SAW.
Beriktiqad di dalam hati bahawa hukum-hukum ALlah sudah terpakai lagi dan ketinggalan zaman di zaman yang serba moden dan canggih ini.
Sebagai umat Islam, kita hendaklah menyakini dengan sesungguhnya bahawa ALlah SWT adalah tuhan yang berkuasa melakukan apa sahaja kepada kita dan hendaklah mengajui bahawa ALlah berkuasa terhadap diri kita dan terhadap keseluruhan ‘alam ini. Dan menyakini bahawa yang menghidupkan kita dia atas muka bumi ini adalah ALlah yang Maha Berkuasa.
Mutiara Kalam [siri 22].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi
Hatinya beriman
Namun
Otaknya kafir
Kekafiran adalah
Kematian
Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com
Khutbah Terakhir Rasulullah SAW.
“ Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesunguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala ‘amalan kamu. ALlah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak ke atas diri kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak bleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
[bersambung]
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi
Dapat difahamkan bahawa 20 ayat yang pertama dari surah al-Baqarah jawapan kepada permintaan kita iaitu صر ط الذين انعمت عليهم dan غيرالمغضو ب عليهم و لاالضا لين
5 ayat yang pertama tentang mereka yang berjaya, tanda-tandanya dan hal-hal mereka dan 15 ayat seterusnya tentang mereka yang diluar jalan yang lurus, juga siapa mereka, tanda-tandanya dan tentang keadaan mereka.
Disini taklim dari 20 ayat ini adalah supaya manusia faham hanya ada 2 pembahagian diantara manusia iaitu orang yang taat [Mukmin] dan orang yang engkar [kafir].
Manusia bukannya terbahagi kerana warna kulit, pangkat, darjat, negara, nasab keturunan, harta atau lain-lain perkara. Perkara ini jelas dengan ayat خلقكم فمنكم كا فر
و منكم مؤمن.
Diciptakan kamu sebahagian dari kamu kafir dan sebahagian dari kamu mukmin.
ختم الله على سمعهم وعلى ابصا ر هم غشا وة ولهم عذ ا ب عظم .
[ Dengan sebab keengkaran mereka ] ALlah meteraikan atas hati mereka serta pandangan mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
Disini kita difahamkan bahawa mereka-mereka yang membuat dosa dan kemungkaran serta penentangan terhadap agama ALlah, maka hatinya akan bertitik hitam satu demi satu sehingga keras dan tidak lagi akan menerima sebarang nasihat yang baik.
Maka ALlah telah mengingatkan bahawa hati itu telah dimeterai iaitu tidak dapat diubati lagi. Oleh itu berwaspadalah jangan sampai kamu ketahap itu.
[bersambung]
بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Di mana kunci ?
Where is the key ?
اين المفتاح ؟
Aina almiftah ?
جا بي كها ن هي ؟
Chabi kaha hai ?
*************************
Di mana tempat meletak kenderaan ?
Where may I park my car ?
اين اوقف السيا رة ؟
Aina uqifu saiyyarah ?
كا ط رى كها ن كهرط ى كرون ؟
Gari kaha khari karun ?
**************************
Tolong basuh kereta.
Please wash the car.
من فضلك اغسل السيارة .
Min fadzlika iqsili saiyyarah.
كا ط رى كو مهربا ني كر دهو دجيي .
Gari ko meherbani kar do dijiye.
***************************
Muhasabah.
benhussin.blogspot.com
Kisah iblis mengadap Nabi Muhammad S.A.W.
Jika hamba berkeras juga naik ke langit, Malaikat yang menjaga pintu-pintu langit akan melontar dengan anak panah api yang bernyala-nyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang daripada jin dan syaitan yang telah kena lontaran itu lalu terbakar dan terbakar seluruh badan menjadi abu.
Maka semakin sukarlah untuk hamba dan segala bala tentera hamba menjalankan hasutan, tambahan pula tuan hamba mengeluarkan banyak mukjizat yang besar-besar dihadapan raja-raja dan orang ramai.
Soalan Nabi SAW yang ke 4 “ Apakah lagi yang terlebih dahulu engkau menipu kepada semua manusia? ”.Maka jawab iblis, pertamanya hamba palingkan keimanannya, supaya menjadi kafir samaada pada perkataan atau perbuatannya, kelakuannya atau hatinya. Sekiranya tidak Berjaya dengan cara itu, hamba menarik mereka ke jalan yang mengurangkan pahalanya, supaya lama kelamaan mereka terjerumus juga.
Soalan Nabi SAW yang ke 5 “ Apabila umatku berdiri untuk menunaikan solat, apa yang engkau lakukan? ” Jawab iblis, itulah masa yang amat sukar bagi hamba, seluruh tubuh badan hamba menjadi gementar dan hamba mengarahkan kepada seluruh syaitan dan iblis datang untuk menggoda mereka.
Mereka akan memasuki kesegenap anggota badan manusia bagi tujuan manusia malas solat, memasuki kehati supaya was-was dalam solat dan terlupa bilangan rakaat, supaya berfikir pekerjaan dunia dan hatinya hendak segera keluar dari solat. Sesetengahnya memasuki mata supaya tidak kyusu’ dalam solat, sesetengahnya memasuki telinga bagi mendengar suara orang yang bercakap dan sebagainya, sesetengahnya duduk pada belakang supaya tidak boleh sujud dan duduk lama semasa tahiyyatnya dan dalam hatinya segera hendak habiskan solat.
[dari buku kisah iblis mengadap Nabi SAW]
Pengertian ‘Ibadah Korban
amirussin@yahoo.com
Hanya beberapa hari sahaja lagi semua masyarakat muslim diseluruh dunia akan menyambut hari kebesaran Islam iaitu hari raya qorban. Tapi tahukan kita apa makna disebalik hari yang disambut pada tanggal 10 Zulhijjah dalam kalendar Islam ini?
Ibadah Qurban atau disebut juga sebagai
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah selepasnya, sambutan diikuti dengan ibadah korban dengan menyembelih lembu,kambing dan biri-biri, boleh dilakukan samaada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang sebelum tenggelamnya matahari pada hari 13 Zulhijjah.
Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya ‘Aidil Adha, kitan disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum pergi menunaikan solat sunat ‘Aidil Adha dan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan solat sunat Hari Raya 'Aidil Adha.
Selepas solat, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing dan biri-biri akan disembelih dan dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam yang berkemampuan melakukan ‘ibadah haji ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan.
Melakukan ‘ibadah korban ini adalah memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada ALlah SWT.
Soal jawab
amirussin@yahoo.com
Soalan : Bolehkah bertafakur di hadapan patung pahlawan sambil menghadiahkan al-Fatihah?
Jawapan : Bertafakur di hadapan patung seperti tugu pahlawan atau yang seumpamanya dan semasa dengannya, adalah haram dan berdosa besar. Perkara atau perbuatan yang haram tidak akan menjadi halal sekalipun dihiasi dengan bacaan al-Qur’an atau apa jua bentuk zikir.
Malah bacaan atau zikir yang dibacakan itu dikira sebagai bida’ah yang sesat. Jangan samakan bertafakur di hadapan patung dengan menziarahi kubur, tidak serupa sama sekali. Menziarahi kubur digalakkan oleh Nabi SAW agar mengingatkan kita kepada kematian sedangkan meniarahi patung bukan dari ajaran dan ‘amalan dalam Islam.
Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Nabi SAW dilaporkan pernah bersabda Lima ini adalah seperti Mukmin, bagus dirasa dan bagus dihidu.
Limau menguatkan hati, membuang kesedihan, bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan aliran hempedu.
Isteri Nabi SAW biasanya merawat orang-orang buta dengan limau yang dicelup ke dalam madu. Limau baik dimakan lebih kurang 10 minit selepas makan.
Siapa yang sakit selama 7 hari, maka ia adalah penebus dosa selama 70 tahun.
Haji.
tamarmerbok.blogspot.com
Daripada segi bahasa haji bermaksud mengqasadkan sesuatu. Haji dalam istilah syarak ialah mengqasadkan di dalam hati untuk mengunjungi Kaabah bagi pekerjaan nusuk di Baitullah. Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saei dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Wahai manusia, telah difardhukan ke atas kamu haji. Bertanya seorang lelaki adakah setiap tahun ya Rasulullah?. Maka Nabi diam, sehingga lelaki itu bertanya sebanyak 3 kali. Maka Nabi SAW bersabda: Jika aku berkata ya, nescaya akan diwajibkan ke atas kamu [setiap tahun] dan kamu sekali-kali tidak mampu untuk menunaikannya ”. {Riwayat Muslim}
Daripada hadis Nabi SAW ini, kefardhuan haji ini Cuma sekali seumur hidup. Namun kewajipan di dalam mazhab Shafie boleh ditakhirkan kecuali setelah sempurna syarat kemampuannya.
Syarat-syaratnya.
• Islam, orang kafir atau murtad tidak wajib. Hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan mengunjungi Baitullah dan sah untuk menunaikan ibadah haji.
• Baligh, bagi orang dewasa, kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib mengerjakannya. Sekiranya kanak-kanak tersebut menunaikan haji maka ia mendapat pahala haji sunat.
• Ber’akal, orang gila atau rang yang tidak waras ‘akalnya tidak wajib menunaikan haji. Sekiranya ia menunaikan haji, hajinya dikira sebagai haji sunat, dan perlu mengulanginya sekiranya ia sembuh.
• Merdeka, Hamba sahaya tidak wajib menunaikannya.
• Berkemampuan, mampu dan berkuasa untuk menunaikannya. Perlu dilihat dari sudut mampu keewangan dan kesihatan dalam perjalanan pergi dan balik.
Syarat-syarat kemampuan dengan sendiri.
• Cukup perbelanjaan pergi dan balik.
• Cukup bekalan atau nafkah untuk dirinya dan tanggungan yang ditinggalkan.
• Ada kenderaan pergi dan balik.
• Terjamin keselamatan diri dan harta ketika perjalanan pergi dan balik.
• Sihat tubuh badan.
• Ada kesempatan masa.
Syarat tunai haji dengan pertolongan orang lain.
Mereka yang telah memenuhi syarat-syarat dari segi keewangan untuk menunaikan haji, namun tidak dapat menunaikannya sendiri kerana uzur, sakit yang tidak ada harapan sembuh atau telah terlalu tua atau telah putus asa, maka diwajibkan orang lain menggantikannya untuk menunaikan haji secara sukarela atau secara upah yang berpatutan. Hal ini sama hukumnya bagi orang yang semasa hidupnya berkemampuan untuk menunaikan haji tetapi telah meninggal dunia sebelum sempat melakukannya.
Maka para waris dan wasinya berkewajipan menyelesaikan hutang hajinya dengan melaksanakan badal haji secara upah atau sukarela.
Beberapa kaedah mengerjakan haji.
• Sekiranya seserang itu mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah di tahun yang sama, maka dinamakan haji ifrad.
• Sekiranya seseorang itu mengerjakan umrah dahulu di dalam bulan haji, kemudian mengerjakan ibadah haji di dalam tahun yang sama dinamakan haji tamattu’.
Lafaz niat haji.
Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana ALlah ta’ala.
Seserang yang telah berniat haji, terikat dengan kewajipan menyempurnakannya selama ia belum menunaikan semua rukun-rukun dan kewajipannya.
Niat haji hanya sah dilakukan pada bulan-bulan haji adalah tempoh di antara 1 Syawal hinggalah terbit fajar 10 Zulhijjah. Sebelum berniat haji, jemaah disunatkan mempersiapkan dirinya dengan beberapa perkara sunat:
Perkara-perkara sunat sebelum berniat ihram.
• Memotong kuku.
• Mengemas janggut, mencukur misai dan menggunting rambut.
• Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya.
• Mandi sunat ihram.
• Ambil wudhu’.
• Memakai kain ihram warna putih.
• Solat sunat ihram.
Setelah berniat ihram, jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiah dan memanjatkan doa’ kepada ALlah. Talbiah yang diucapkan adalah lambang ketulusan hati dan tekad untuk mendapatkan redha ALlah. Semua makhluq ALlah termasuklah batu dan pokok akan menjadi akan menjadi saksi di hari kiamat terhadap talbiah yang diucapkan.
English Section
amirussin@yahoo.com
Does Islam prohibit alcohol ?
Yes, its does. Islam does not allow drinking a drop of alcohol or any sort of intoxicants. Prophet Muhammad says that if a lot of a drink intoxicates, a little of it is prohibited.
Alcohol is really a poison that destroys the mind, body, families, marriages and institutions. Its destructive dangers are very obvious, and it also leads to a lot of other problems, crimes and even murders.
The only code of life that prohibits alcohol all over the world is the Islamic code. Islam prohibits alcohol, not a drop of it, thanks to ALlah, who always ordains what is the best for human. Prohibiting alcohol saves human a lot of troubles, a lot of problems and a lot of suffering.
Taqwa di bulan Haji.
amirbenhussin@gmail.com
ALlah SWT berfirman yang bermaksud: “ Waktu musin haji itu pada bulan-bulan yang telah ditentukan, di dalam bulan-bulan haji itu, maka janganlah bercakap perkataan kotor, tidak boleh berbuat fasik dan tidak boleh bertengkar [dilakukan pada musim haji], dan apa yang kamu lakukan daripada kebaikkan, nescaya ALlah mengetahuinya, berbekal-bekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa, bertaqwalah wahai orang-orang yang mempunyai akal ”. [al-Baqarah: 197]
Kata Saidina ‘Ali RA: “ Taqwa itu ialah takut kepada Tuhan Maha Perkasa, ber’amal dengan al-Qur’an yang diturunkan, bersedia bagi hari yang dia berangkat menuju kepada-Nya dan redha dengan perkara sedikit yang diberi oleh ALlah ”.
Kata Saidina Abu Bakar RA, semasa diangkat menjadi Khalifah: “ Wahai sekelian manusia! Aku telah diangkat untuk menguruskan urusan kamu sedangkan aku bukanlah yang terbaik dikalangan kamu. Namun al-Qur’an telah turun kepada kita dan Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan sunnahnya untuk kita dimana dia telah mengajarnya kepada kita sehingga kita mengetahuinya.
Sedarilah bahawa sebaik-baik kebijaksanaan ialah taqwa dan sebodoh-bodoh kebodohan ialah fujur [dosa dan maksiat]. Sesungguhnya bagiku orang yang lemah adalah paling kuat dikalangan kamu kerana aku akan membantunya untuk mengembalikan haknya [yang dirampas oleh orang lain].
Sementara yang paling kuat pula bagiku adalah paling lemah kerana aku akan mengambil daripadanya hak [orang lain yang dirampasnya]. Wahai sekelian manusia! Aku adalah pengikut [ajaran Nabi SAW] bukan pembidaah [yakni yang mereka-reka ajaran baru].
Maka jika aku berbuat baik, bantulah aku dan jika aku tersesat, betulkanlah aku ”.
[Thabaqat Ibnu Said]
Tip Pelajar Cemerlang.
amirussin@yahoo.com
Optimistik.
Sentiasa yakin pada ptensi diri. Tanam dan pupuk semangat ‘saya boleh’.
Jangan bersikap pesimistik.
Jangan bersikap sentiasa putus harapan dan mudah mengalah sebelum berjuang. Ini kerana belum cuba belum tahu.
Kesediaan memikul tanggungjawab.
Tanamkan kesedaran untuk memikul tanggungjawab sebagai satu amanah. Bertanggungjawab pada diri sendiri untuk berjaya dan cemerlang.
Tumpuan sepenuh hati.
Memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa sessi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ia juga sebagai salah satu sikap menghormati guru.
Mulakan dari awal.
Membuat persediaan awal untuk menghadapi sebarang ujian atau peperiksaan. Persedian itu termasuk ulangkaji, perbincangan dengan rakan-rakan atau guru, meneliti buku-buku latihan dan meneliti soalan-soalan dan jawapan peperiksaan tahun yang lalu.
Sentiasa bersedia.
Mampu menghadapi sebarang ujian dan peperiksaan pada bila-bila masa.
Tepati waktu belajar.
Menepati waktu belajar semasa di sekolah atau di rumah.Melakukannya tanpa dipaksa oleh sesiapa.
Lengkapkan peralatan.
Menyediakan keperluan peralatan belajar yang selengkapnya seperti buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota dan sebagainya.
Dapatkan bantuan guru.
Apabila berlaku sesuatu perkara dan tidak dapat ke kelas, dapatkan bantuan rakan untuk dapatkan nota-nota pelajaran dan penerangan dari guru.
Hormati guru.
Menghormati guru dimana sahaja, bukan sahaja di dalam kelas. Guru adalah sumber ilmu dan ianya dituntut dalam Islam.
Solat.
Jangan sesekali meninggalkan solat, tunaikan solat lima waktu kerana solat merupakan perkara yang wajib dan tiang agama.
Doa’.
Sentiasalah berdoa’ dan mengharapkan pertolongan daripada ALlah SWT . ALlah yang akan memberi segala apa yang kita lakukan dan kita pohonkan.
Menjelang peperiksaan.
Persiapan mental.
Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.
Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.
Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.
Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.
Jangan membuat perbandingan kebodohan diri dengan rakan yang lain.
Perkara yang harus dilakukan.
Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.
Anggaplah peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.
Anggaplah segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah salan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.
Bayangkan kejayaan yang bakal anda perolehi serta keseronokkan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.
Anggaplah peperiksaan itu sebagai satu tiket untuk melangkah kemercu kejayaan.
Buanglah segala macam persoalan negetif dan segala macam masalah dalam kotak fikiran anda, tumpukan sepenuh perhatian untuk menghadapi peperiksaan.
Anggaplah diri anda sama seperti orang lain. InsyaALlah anda boleh.
Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.
1 Tahun RM 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos].
Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.
Anda boleh berinteraksi dengan kami di face book di www.facebook/albayan.com
Perjumpaan Alumni Nadwatul ‘Ulama,Lucknow.
Tarikh : 27hb.November 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi.
Tempat : Rumah Saudara Abdul Halim [Kota Bharu,Kelantan]
Sebarang pertanyaan sila hubungi Ust.Qamar di talian 013 4849471 atau sdr.Amir 013 7338966.
Sunday, October 24, 2010
Thursday, September 23, 2010
Muqaddimah
الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Madrasah Ramadhan dan bulan Syawal yang menyaksikan kemenangan para muslimin dan muslimat dalam melakukan ‘ibadah sudah meningglkan kita. Harapan kita semoga kesan tarbiah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan dapat kita teruskan dalam menjalani ‘ibadah kepada ALlah dan melaksanakan tuntutan Nabi SAW.
Kebanyakkan dari kita banyak melakukan ‘ibadah hanya pada bulan Ramadhan sahaja dan kembali kepada ‘amalan-‘amalan hanya yang wajib dan perkara – perkara yang laqa pada bulan-bulan seterusnya. Inilah kesilapan kita, sebaiknya kita tetap istiqamah dalam menjalani ‘ibadah pada ALlah tidak kira samaada dalam bulan Ramadhan maupun selepasnya.
Yang merisaukan kita, ada diantara kita merayakan kemenagan selepas Ramadhan di bulan Syawal dengan mengadakan pesta-pesta yang tidak berlandaskan syariat dan sunnah. Ada juga diantara kita merayakannya sebulan penuh pada bulan Syawal dan terlupa terus untuk melakukan puasa sunnat pada bulan Syawal.
Persoalannya adakah ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan oleh ALlah dan hadis-hadis Nabi SAW yang menuntut untuk kita melakukan ‘amal ‘ibadah hanya tertumpu pada bulan Ramadhan sahaja?
Sebaiknya selepas kita menjalani ‘ibadah puasa pada bulan Ramadhan kita teruskan dan tingkatkan ‘amalan dan ‘ibadah kita pada ALlah, moga-moga kita mendapat kesan yang mendalam selepas kita menjalani ‘ibadah di bulan Ramadhan untuk meneruskan ‘ibadah dan ‘amalan kita pada hari-hari seterusnya pada ALlah dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Tekadkan niat, insyaALlah kita akan mendapat ganjaran dari ALlah.
amirbenhussin@gmail.com
Tokoh.
amirussin@yahoo.com
Tantiana Fatima Temui Islam Melalui Azan.
Tantiana adalah seorang gadis berbangsa Slovakia [sebuah negara di utara Hungary, penduduk Muslim 0.1 peratus]. Beliau di lahirkan di ibu negeri Bratislava.
Beliau semasa dewasanya suka mengembara ke negara-negara luar terutamanya negara-negara Arab. Pada pertengahan 2008 beliau mengunjungi Negara Mesir. Setibanya di Mesir kebetulan semua masjid yang ada melaungkan azan dengan serentak. Mendengar azan membuatkan beliau ingin mengetahuai makna yang terdapat dalam azan tersebut.
Sekembalinya Tantiana ke negaranya, beliau mula mendalami Islam dengan dibantu beberapa Muslimah yang dikenalinya juga rakan-rakan sekolahnya yang beragama Islam. Atas semangat dan dorongan rakan-rakannya, beliau mengucap dua kalimah syahadah dan merasakan beliau seperti bayi yang baru lahir.
Beliau amat bersyukur kepada ALlah kerana dapat memeluk agama Islam dan tidak dapat membendung rasa kegembiraan yang teramat sangat dan akan terus berada dalam agama Islam sampai ke mati.
Selaku seorang Muslim yang baru beliau sentiasa menghadiri kelas-kelas dan kuliah-kuliah agama Islam bagi menimba dan mendalami ilmu pengetahuan dalam selok belok agama Islam.
Beliau selalu berdo’a kepada ALlah SWT agar dimudahkan baginya untuk memahami dan mempelajari Islam tanpa paksaan tetapi dengan penuh keikhlasan dan kerelaan hatinya dan baginya untuk melakukan segala perintah ALlah dan meninggalkan larangan ALlah.
Dars Bukhari
Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi
Dari Abu Mas’ud, ‘Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri[R.A] katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya sebahagian daripada perkataan Nabi dahulu yang didapati oleh manusia ialah apabila kamu tidak malu kerjakanlah apa yang kamu kehendaki ”.
[Hadis riwayat Bukhari ]
Agama Islam amat mengutamakan adab kepada penganutnya. Adablah yang akan membezakan antara baik dan yang tidak baik, terutamanya sifat malu.
Kurang pengawasan diri dan sikap ragu yang berpunca dari rasa malu adalah suatu penghalang besar untuk mencapai kejayaan hidup. Sikap malu seperti ini merugikan diri seseorang dalam semua perhubungan samaada di medan pelajaran, di lapangan komunikasi sosial hingga ke dunia perniagaan juga. Kebanyakkan orang kurang ambil tahu tentang kemampuan diri mereka sendiri. Mereka tidak mahu menunjukkannya disebabkan sifat malu itu.
Apabila sikap malu ini tidak diatasi pada masa kanak-kanak, ia akan tumbuh membesar bersama usia dan membuat cenkamam yang tidak dapat dilepaskan, padahal keinginan telah mendorong seseorang itu untuk maju. Maka sikap malu itulah punca utama yang menyekat kemajuannya.
Seperti juga perasaan takut, khuatir dan bermacam bagai fikiran buruk, menjadi punca kemunduran seseorang. Rasa malu juga hasil dari khayalan buruk yang merugikan diri sendiri. Mangsanya sentiasa mengelak dari bertanggungjawab dan akhirnya ia akan terputus hubungan dengan sesuatu perkara yang paling berkesan untuk perkembangan fikiran dan kehidupannya.
Satu-satunya perkataan dari Rasul-rasul yang terdahulu yang menjadi sebagai kata-kata sakti atau kata-kata hikmat yang masih diwarisi oleh manusia dan ummat ini ialah perkataan “ Apabila kamu tidak malu,kerjakanlah apa yang kamu kehendaki”.
Tidak malu ertinya tidak sopan, tidak beradap, tidak berbudi pekerti dan tidak mempunyai tatasusila yang baik. Jika semua ini tidak ada, maka segala sesuatu boleh dibuat tanpa berkira pahala – dosa, aman-bahagia dan seksa - derita yang akan dihadapi di akhirat nanti.
Peraturan Islam telah menentukan peradaban, baik disudut ibadat ataupun dalam pergaulan, dari dalam masjid hingga di pasaraya. Antara peradapan itu ialah memelihara kesopanan peribadi.
Manakala tidak memelihara segala kebaikkan menyebabkan seseorang itu tidak lagi mempunyai nilai hidup yang sebenar. Apalah erti kehidupan sekiranya perasaan malu tidak lagi menghiasi diri seseorang. Apalah erti kehidupan sekiranya akhlak seseorang itu tidak dapat membahagiakan keluarga dan tidak berguna hidup jika sikapnya mengharu harakan kedamaian pada masyarakat.
Mutiara Kalam [siri 21].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Hamba Ilahi
Tidak gentar
Terhadap makhluk
ALlah
Singa ALlah
Jadi suruhan
Miskin di Dunia, Jangan Miskin di Akhirat.
benhussin.blogspot.com
Kebanyakkan ada diantara kita apabila diberikan oleh ALlah kesenangan dan keselesaan hidup seringkali melupakan kewajipan yang diamanahkan oleh ALlah dengan meninggalkan kewajipan bersolat.
Mereka seringkali lupa dan merasa bangga dengan kesenangan yang mereka miliki, padahal semuanya itu adalah anugerah dari ALlah. Mereka merasakan bahawa segala harta benda yang mereka milik adalah atas usaha mereka sendiri.
Jadilah mereka golongan yang kufur yang tidak pernah bersyukur atas rezeki yang diperolehnya. Ada juga dianatar kita yang diberikan kemiskinan, juga tidak melakukan kewajipan solat dengan alasan terlalu sibuk mencari sesuap nasi, dan kadangkala mereka mengatakan bahawa solat tidak dapat membantu mereka untuk mendapatkan wang atau sesuap nasi.
Kita mungkin tidak mempunyai harta di dunia tapi jangan kita juga tidak mempunyai harta di akhirat, ini amat merugikan kita. Sekiranya kita tidak mempunyai apa-apa di atas muka bumi ini, tapi biarlah kita kaya di akhirat dengan mempunyai kekayaan iman. Kepapaan di dunia tidak mengapa asalkan jangan kita menjadi papa di akhirat.
Maka sungguh malang bagi mereka yang tidak dapat mengambil hikmah daripada kehidupannya, sesungguhnya kekayaan dan kemiskinan adalah cubaan dari ALlah samaada kita diberikan kekayaan, kita bersyukur atau tidak, begitu juga sekiranya kita diberi dengan kesusahan, kita akan bersyukur atau tidak.
Ada orang yang diberikan oleh ALlah harta benda kemewahan dan kekayaan mereka bersyukur dan menggunakan segala harta benda itu ke jalan ALlah dan ada yang sebaliknya. Begitu juga ada orang yang diberikan oleh ALlah kesusahan hidup tapi ia tetap bersyukur pada ALlah dan ada juga yang sebaliknya.
Sebenarnya kesenangan atau kemiskinan adalah cubaan dan ujian dari ALlah samaada kita beriman pada-Nya atau kita kufur pada-Nya.
Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com
Disebalik Keajaiban Sedekah.
Saidina Ali KW sebaik pulang dari rumah Nabi SAW merangkap bapa mertuanya, mendapatkan isterinya Fatimah az-Zahra
lalu bertanya: “Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?”.
Fatimah menjawab: “Demi ALlah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hasan dan Hussain”. Ali berkata “Biar saya sahaja yang pergi membelikan makanan”.
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar untuk membeli makanan, ditengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata “Siapa yang mahu memberi pinjaman kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan selalu menepati janji”? Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya, lalu dia pulang dengan tangan kosong,
Fatimah yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan lalu menangis. Ali bertanya “Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?” “Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa”, kata Fatimah. Ali menceritakan apa yang berlaku di pertenahan jalan tadi, Fatimah pun berkata “Sekiranya begitu saya menyokong tandakkanmu”.
Ali keluar lagi dengan niat untuk menemui Nabi SAW , di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya dan berkata: “Wahai Aba – al Hasan, belilah unta ini”. Ali brkata:”Saya tidak mempunyai wang”. Kata Badwi itu: “Kamu boleh membayar pada bila-bila masa”. Tanya Ali: “Berapa harganya?” Jawab Badwi itu: “Tidak mahal hanya 100 dirham sahaja”.
“Baiklah,saya beli” kata Ali dan meneruskan perjalanan sambil menuntun unta tersebut. Selang beberapa langkah, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya “Hai Aba al Hasan, adakah kamu hendak menjual unta ini?”. Ya jawab Ali. Berapa Tanya Badwi itu, “300 dirham” jawab Ali. “Baiklah saya beli “ . Jawab Badwi itu lalu menyerahkan wang 300 dirham kepada Ali.
Ali segera pulang dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya sebentar tadi seterusnya Ali pergi menemui Nabi SAW. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata “Wahai Aba al Hasan, adakah kamu mahu bercerita atau biarkan saya sahaja yang bercerita?”.
“Kamu saja yang bercerita wahai Rasulullah”, kata Ali. “Wahai Aba al Hasan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan membeli unta daripada kamu tadi?” Ali meggeleng: “Tidak, ALlah dan Rasul-Nya yang lebih tahu”. Nabi menjelaskan: “Berbahagialah kamu, kamu meminjamkan enam dirham kepada ALlah, ALlah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 30dirham. Orang Badwi pertama yang menemuimu itu adalah malaikat Jibril dan yang kedua adalah malaikat Mikail”.
Fikir dan renungkanlah.
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi
ان الذين كفروا سوأ عليهم ءانذرتهم ام لم تنذرهم لا يؤ منون.
Sesungguhnya orang-orang kafir [ yang tidak akan beriman ] sama sahaja kepada mereka, saamada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tetap tidak akan beriman.
Dalam ayat ini menceritakan tentang orang-orang kafir yang ALlah tahu tentang mereka akan mati dalam kekufuran bukannya tentang umum kuffar yang ramai diantara mereka yang mati sebagai orang-orang beriman.
Lima ayat yang pertama surah al-Baqarah ini menyatakan tentang mereka yang akan berada di atas jalan hidayah yang akan mengambil faedah dari al-Qur’an mereka adalah mukmin dan muttaqin, juga diterangkan sifat-sifat mereka.
Selepas itu lima belas ayat berikutnya adalah tentang mereka yang tidak berada di atas jalan hidayat, bukan sahaja tidak mahu mengikut bahkan menidakkan dan mengingkari jalan-jalan dan usaha-usaha hidayat. Golongan itu juga terbahagi kepada dua golongan iaitu mereka yang menentang secara terbuka yang mana al-Qur’an gunakan perkataan kafir ke atas mereka.
Golongan yang kedua ialah golongan yang menggunakan urusan dunia yang hina ini dengan nama agama untuk faedahnya tetapi di dalam hati tidak ada keyakinan dan kepercayaan sedikitpun tentang Islam. Mereka berpura-pura mengaku Islam, tetapi ketika dikalangan orang-orang kafir, mereka mengaku sebahagian daripada mereka.
Mereka ini dinamakan dalam al-Qur’an sebagai munafiq. Hanya dua ayat tentang golongan kafir dan tiga belas ayat adalah mengenai golongan munafiq dari lima belas ayat ini.
[bersambung]
بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Adakah jalan ini ke……
Is this the way to…….
هل يذهب هذ ا الطريق الى......
Hal yazhab haza thoriq ila……
كيا يه ......كا راست.......
Kia yeh…..ka rasta…….
###################
Jalan mana ke…..
Which is the road……
اي الشا رع الى ....
Ayyu shariy’ ila…….
كي سرط ك. كون سى حى ......
Kia sarak kuan se he…..
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Adakah lebuhraya bagus ?
Is the highway good ?
هل شارع السيا رات جيد ؟
Hal shariy’ assyarat jayyid ?
كيا مو ط ر كى سر ط ك اجهى حى ؟
Kia motor ki sarak ache he ?
Muhasabah.
benhussin.blogspot.com
Kisah iblis mengadap Nabi Muhammad S.A.W.
Maka muka hamba yang bercahaya dan cantik itu telah terhapus dan menjadi hudoh dan keji, maka sakitlah hati hamba dan sentiasa hamba menaruh dendam kepadanya. Kemudian Adam pun diangkat oleh ALlah dijadikan raja dalam syurga serta dikurniai seorang isteri [iaitu Siti Hawa ] dan dijadikannya permaisuri yang memerintah segala bidadari dan mereka sentiasa berada alam keselesaan dan kesenangan.
Akhirnya hamba dapat juga menipu Siti Hawa yang memberi nasihat kepada Adam untu memakan buah khuldi yang dilarang ALlah. Setelah termakan buah larangan ALlah, Adam dan Hawa maka ALlah menghalau mereka berdua dari syurga kea lam dunia serta dipisahkan keduanya beberapa lama baru dipertemukan.
Setelah dipertemukan Adam dan Hawa maka ALlah kurniakan kepada mereka beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Setelah itu kami menghasut pula anak lelaki mereka yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya Habil sehinga mati. Kerana tidak merasa puas hati, maka hamba lakukan berbagai tipu daya keatas sekelian anak cucu Adam sehingga hari Kiamat.
Tetapi tuan hamba menghalang hamba dari melakukan segala hasad dan tipu daya dengan menarik mereka supaya memeluk agama Islam. Ada pun sebelum tuan hamba lahir/zahir di atas dunia ini hamba dan sekelian tentera hamba naik ke langit dan mencuri segala rahsia yang menyuruh manusia melakukan ‘ibadah kepada ALlah dengan diberikan ganjaran pahala dan syurga.
Juga mereka yang melakukan ‘ibadah diwaktu malam. Setelah hamba turun ke dunia lalu memberitahu kepada mereka bersalahan daripada asal apa yang diperintah oleh ALlah dengan segala macam tipu daya sehingga mereka sesat dengan memegang kitab-kitab yang bidaah dan karut marut. Tetapi selepas tuan hamba dilahirkan maka hamba tidak lagi dibenarkan naik ke langit dan hamba tidak lagi mendapat apa-apa rahsia umat tuan hamba kerana banyak Malaikat menjaga pintu di tiap-tiap lapisan langit.
[Dipetik dari buku Kisah Iblis Mengadap Nabi Muhammad SAW ]
Bersambung.
Soal jawab
amirussin@yahoo.com
Soalan : Bagaimanakah cara meletakkan tangan semasa qiam ?.
Jawapan : Al-Hafiz Imam an-Nawawi mengatakan bahawa meletakkannya dibawah dada dan di atas pusat. Imam Hanafi dan beberapa Imam lain mengatakan dengan meletakkan kedua-dua tangan di bawah pusat. Imam Malik mengatakan boleh memilih antara meletak kedua-dua tangan di bawah dada atau melepaskannya ke bawah dan ini mendapat jumhur dalam mazhabnya dan masyhur pada mereka.
Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Memberus gigi dengan miswak selepas makan dan kemudian berkumur-kumur, kerana kedua-dua ‘amalan ini bagi menjaga gigi.
Gunakan miswak kerana ‘amalan ini datang dari kebersihan dan kebersihan datangnya Iman, dan Iman membawa ke syurga.
Makanan dalam pinggan memohon rahmat bagi orang yang makan sehingga habis.
Kurang makan, kurang dosa.
Jangan minum berdiri kecuali bagi orang yang berpenyakit sengal pada paha dan pangkal paha
Bahaya Penyakit Hati.
tamarmerbok.blogspot.com
Semakin canggih dan moden dunia, semakin cepat mendapat penyakit. Manusia lupa tentang satu penyakit yang lebih merbahaya dari penyakit fizikal, penyakit itu ialah penyakit hati. Sekiranya penyakit hati ini tidak dapat dikawal ia akan merosak segala system yang ada dalam tubuh kita.
Malas melakukan ketaatan dan ‘amal kebaikan.
Malas menjalani ‘ibadah bahkan meremehkannya. Firman ALlah yang bermaksud “ Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak[pula] menafkahkan[harta]mereka, melainkan dengan rasa enggan”. [At-Taubah:54]
Tidak tersentuh dengan ayat al-Qur’an.
Ketika mendengar ayat ALlah berkenaan janji dan ancaman ALlah, maka tidak terpengaruh dan terkesan sama sekali, tidak mahu khusyu’ atau tunduk dari membaca atau mendengarnya. Firman ALlah yang bermaksud “Maka beri peringatanlah dengan al-Qur’an orang yang takut kepada ancaman-Ku”. [Qaaf:45]
Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah.
Tidak tergerak denga adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit dan bencana. Dan memandang kematian sebagai sesuatu yang tiada kaitan dengannya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud “Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan”.
Berlebihan mencintai dunia dan melupai akhirat.
Himmah dan segala keinginan tertumpu pada urusan dunia. Segala sesuatu dihitung dikira hanya kerana dunia. cinta, benci dan hubungan sesama. manusia hanya untuk urusan dunia, seolah-olah hidup hanya untuk dunia dan akan berakhir di dunia.
Bersahabat dengan orang yang melakukan maksiat.
Orang yang keras hati sentiasa hidup ditengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, bergurau dan ketawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan waktu dengan melakukan maksiat.
Kemaksiatan berantai.
Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan diri.
Meremehkan dosa kecil.
Semua dosa akan membawa ke neraka, dosa besar bermula dengan dosa kecil.
Tidak peduli sumber makanan.
Tidak prihatin atau peduli dengan sumber makanan yang dimakan samaada halal atau haram. Tidak kira kedai makan orang Islam atau pun tidak Islam.Juga tidak peduli membeli makanan buatan orang bukan Islam seperti rempah kari, kicap, sos tomato, sos cili, cili giling, mee kuning,keow tiew dan tidak peduli sumber pendapatan samaada halal atau haram.
English Section
amirussin@yahoo.com
How can one achieve happiness ?
According to Islam, the best source of happiness is to have faith in God, do your best with reliance on God, obey God, abide by His commandment, avoid His prohibitions, and be guided by God’s regulations.
If you do all that, your relations with everybody around you will be smooth and perfect. Your life would run smoothly, with no main problems or very few ones and no psychological disorders. You will lead a really happy life.
The right way is one, but wrong ways are many. The straight line between two point is always one line, but there are thousands of crooked lines between any two point.
The only straight line between you and the truth is one, i.e., Islam and nothing but Islam. But between you and the truth, there are many crooked likes, many crooked beliefs, many crooked – isms. If you are looking for the straight line between you and the truth, the only straight line is Islam.
Rahsia Sumber ‘Alam
amirussin@yahoo.com
Kulit kayu manis.
Pengambilan setengah sudu setiap hari menjadikan sel-sel lebih sensitif terhadap insulin. Kajian juga mengatakan bahawa dengan pengambilannya sel-sel akan menukar gula dalam darah kepada tenaga.
Selepas 40 hari pengambilan ekstarak kayu manis, pesakit diabetes bukan saja dapat menurunkan paras gula setiap kali selepas makan, malah terdapat tanda-tanda pemulihan terhadap jantung.
Buah-buahan citrus.
Pesakit diabetes mengalami kekurangan vitamin C dalam badan, oleh itu buah-buahan citrus yang kaya dengan antioksida merupakan pilihan yang baik. Buah-buahan citrus adalah rendah lemak, kaya dengan serat dan mengandungi pelbagai nutrien, ia sepatutnya diberi keutamaan oleh pesakit diabetes.
Epal.
Pengambilan epal, bawang, tomato, sayur-sayuran hijau dan beri membantu mengurangkan komplikasi akibat diabetes dan masalah jantung sebanyak 20 peratus.
Makanan kaya serat.
Mereka yang meningkatkan pengambilan serat daripada 24 hingga 50 peratus setiap hari menawarkan kesan dramatik dalam memulihkan paras gula dalam darah. Diet tinggi serat berkesan dalam perubatan diabetes. Tumpukan perhatian dalam pengambilan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, beras perang, bijirin dan roti.
Coklat.
Coklat gelap membantu mengurangkan kolestrol dan memperbaiki fungsi saluran darah. Tapi sekiranya pengambilan yang lebih tetap mengandungi lemak dan kalori yang tinggi.
Nazam
Maafkan Aku Wahai Zaujah
Kadangkala aku rasa
akulah yang terlalu banyak kerenah
sedangkan kau tidak pernah membantah
Kalangkala jua aku merasakan
akulah yang sering tertidur
tapi kau tidak pernah terlena
Kadangkala aku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
datanglah ke sini dan pegang tanganku
sementara aku bercerita tentangmu
wahai zaujahku
harap dimengerti
Kekadang aku sakiti hatimu
apabila aku menyinggung perasaan mu
bukan bermakna aku aku tidak menyanyangimu
namun cabaran terlalu
sering dimainkan syaitan
Harapanku semoga segalanya ini
dapat kita lalui bersama
dengan penuh kesabaran dan keikhlasan
Demi menjadikan kehidupan kita
direhai oleh ALlah
mencipta kerukunan keluarga
menjadikan Baiti Jannati
dan maafkan aku wahai zaujahku.
benhussin.
Teras jernang. 14 Ramadhan 2010
4 Point Untuk diRenung.
amirussin@yahoo.com
Menguatkan Badan
Makan daging sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Memakai haruman [bagi perempuan hanya di dalam rumah].
Kerap membersihkan badan/mandi.
Memakai pakaian daripada kapas..
Melemahkan Badan.
Banyak minum air ketika makan.
Sentiasa cemas/runsing.
Banyak makan bahan yang masam.
Banyak bersetubuh.
Menajamkan Mata.
Memandang warna hijau.
Duduk mengadap kibat.
Bercelak sebelum tidor.
Berpakaian bersih.
Merosakkan Mata .
Memandang najis.
Melihat orang dibunuh.
Melihat kemaluan.
Membelakangi kiblat.
Menajamkan Fikiran.
Tidak banyak berbual kosong.
Rajin bersugi [gosok gigi].
Berbual dengan orang soleh.
Bergaul dengan para ulama’..
Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.
Kini anda boleh berinteraksi dengan kami di laman facebook dengan menaip www.facebook/albayanku.com atau dikotak carian albayanku.
PERJUMPAAN ALUMNI NADWA KALI KE 4.
TEMPAT: RUMAH SDR.ABDUL HALIM MAT ISA.[KOTA BHARU,KELANTAN].
TARIKH: 27HB.NOVEMBER 2010
[HARI SABTU]
MASA:9.00 PAGI.
Keterangan lanjut sila hubungi sdr.Qamaruzzaman di 0134849471 atau sdr.Amir di 0137338966.
Sunday, August 15, 2010
Muqaddimah
الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Ramadhan kian meninggalkan kita, bagi ahli ‘ibadah akan merasa sedih dengan berlalunya bulan Ramadhan yang penuh dengan ‘izzah dan keberkatannya ini. Saat-saat kian berlalunya bulan Ramadhan kareem ini marilah kita mencari keberkatan yang tidak ternilai di hari – hari sepuluh terakhirnya.
Pada malam – malam sepuluh terakhir Nabi S.A.W sering mengingatkan kita untuk pertingkatkan ‘amalan tadarus dan qiammullail bagi merebut Lailatul Qadr. Sesungguhnya ayat al-Qur’an yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr tidak dijelaskan secara tepat, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, oleh itu ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setaiap malam terakhir Ramadhan.
Sesungguhnya pada malam – malam tersebut kita disunatkan untuk menghidupkannya dengan ‘amalan-‘amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin.
Harapan kita semoga ruh tarbiyyah madrasah Ramadhan ini dapat mengekalkan kita dalam sikon ‘amalannya yang berterusan sehingga insyaALlah kita akan bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang.
Warga kerja wakalah kecil yang tidak seberapa ini mengambil kesempatan memohon jutaan maaf kepada semua pembaca sekiranya ada salah dan silap, semoga ALlah memberi ruang untuk kita kembali bermuhasabah dalam menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya dan mudah-mudahan kehidupan kita diberkatiNya, Selamat menyambut ‘Aid Mubarak, kullu ‘am wa antum bi khair.
amirbenhussin@gmail.com
Tokoh.
amirussin@yahoo.com
Khalifah Umar Abdul Aziz.
Nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim bin Umar al-Khattab, merupakah Khalifah ar-Rasyidin yang kedua.
Beliau merupakan keluarga bangsawan Bani Umaiyyah pada sebelah bapanya dan daripada pihak ibunya pulak cucu kepada Khalifah Umar bin Khatab. Di lahirkan di Halwan pada tahun 61 Hijrah bersamaan 683 Masihi di Kota Madinah. Ada pendapat mengatakan pada tahun 63 Hijrah [684] Masihi ketika tentera Yazid bin Muawiyah menyerang kota suci itu.
Beliau menghafaz al-Qur’an semenjak berumur 15 tahun. Kemudian berguru dengan beberapa orang ulama di kota Madinah antaranya Imam Anas bin Malik, Urwah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar dan ramai lagi.
Setelah menematkan pengajiannya, beliau dijemput oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan datang ke Damsyik lalu dikahwinkan dengan anaknya, Fatimah binti Abdul Malik. Setelah itu beliau dilantik menjadi gabenor di Khunashirah, disebabkan khidmatnya yang cemerlang beliau dilantik pula menjadi gabenor di wilayah Haramain yang merangkumi Madinah, Mekah, Kufah dan Hijaz. Beliau dilantik menjadi Khalifah yang keenam pada tahun 99 Hijrah. Perlantikkan beliau sebagai Khalifah adalah dari wasiat yang dibuat oleh Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari moyangnya Khalifah Umar al-Khattab. Beliau amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan dengan harta rakyat.
Semua harta miliknya dan milik isterinya diserahkan kepada Baitulmal. Beliau memecat gabenor yang zalim dan digantikan yang lebih baik dan amanah serta memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Beliau juga mengembalikan semua harta-harta rakyat yang dirampas oleh Khalifah Bani Umaiyah sebelumnya, sekiranya tuannya meninggal dunia harta tersebut diserahkan kepada Baitulmal. Beliau juga mengambil berat kebajikan rakyat yang miskin dan menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga memerintahkan kepada semua rakyat supaya menitikberatkan penghayatan agama dan jangan lalai dengan kemewahan dunia. Semua rakyat diperintahkan mendirikan solat secara berjamaah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari huku-hukum ALlah.
Baginda mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar al-Hazni di Mekah supaya mengumpul dan menyusun hadis-hadis Rasulullah SAW dan mengarahkan semua cendiakawan Islam menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu daripada bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan dakwah Islam, beliau
menghantar 10 pakar hukum ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turkey dan Barbar serta menghapuskan bayaran jizyah keatas orang yang bukan Islam dengan harapan mereka akan memeluk Islam.
Beliau akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir ketika berumur 40 tahun, setelah memerintah selama dua tahun lima bulan.
Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “ Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya ”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslimi]
Perkara yang harus bermain di minda kita pada hari ini ialah apakah maksud kegembiraan yang ingin kita raikan sesudah Ramadhan? Apakah kita telah benar-benar berjaya mengharunginya dengan iman dan taqwa atau sekadar Ramadhan yang biasa?
Lihat saja betapa gembiranya umat Islam yang duduk beriqtikaf sepanjang sepuluh hari terakhir Ramadhan dengan wajah yang puas kerana telah berusaha dan berjaya mengharungi Ramadhan dengan jayanya.
Cuba kita bandingkan dengan diri kita, lihat pula pada masyarakat sekeliling apakah keriangan mereka di ‘Aidil fitri itu sendiri adakah menepati tuntutan agama ataupun memenuhi tuntutan hawa nafsu? Apakah keriangan mereka diisi dengan kegembiraan sebenar seorang yang berpuasa atau sekadar kegembiraan plastik yang menzahirkan kegembiraan sedangkan di hati mereka gundah gulana.
Marilah kita hayati maksud dalam perkataan “ ‘Aidil fitri ” ianya yang membawa makna “ kembali kepada fitrah ”. Soalnya, adakah kita benar-benar berjaya kembali kepada fitrah yang cintakan agama dan fitrah keimanan atau kita hanya berjaya kembali kepada keadaan fitrah kita sebelum Ramadhan yang lalai dan leka.
Kita barangkali gembira tatkala berbuka, tetapi apakah nanti kita pasti gembira dengan puasa kita ketika kita berada di akhirat sana untuk bersemuka dengan pengadilan Rabbuljalil yang Maha Agong dan Maha Perkasa atau sebaliknya? Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan. Selamat kembali kepada fitrah yang sebenar di ‘Aidil fitri.
Mutiara Kalam [siri 21].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Kehidupan ini
syarah diri
لأ dan اله adalah
tahap-tahap diri
Jika terhenti kepada لا
Tidak sampai kepada اله
Ia lenyap
Hingga tidak pernah
Mencapai darjat
hamba اله
Ramadhan & Syawal :
benhussin.blogspot.com
Antara Ibadah dan Adat.
Umat Islam kini sedang menjalani ibadah puasa yang kian meninggalkan kita tidak berapa hari saja lagi dan nyata kaum wanita sibuk menyediakan kuih muih bagi menyambut Syawal pula. Dalam hari-hari sepuluh yang terakhir ini kita digalakkan meningkatkan ‘amalan disamping ‘amalan biasa yang pada siangnya kita menahan lapar dan dahaga serta menjaga segala adab dan akhlaq yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa kita, juga pada malamnya kita bertarawikh dan bertadarus serta melakukan qiammullail.
Suasana bulan Ramadhan amat meriah dengan juadah berbuka manakala muslimin
dan muslimah serta kanak-kanak turut sama mengimarahkan masjid dan surau pada sebelah malam. Persoalannya adakah suasana meriah ini mempunyai nilai ibadah disisi ALlah ataupun adat yang disambut secara rutin pada setap tahun?
Ramadhan adalah bulan yang mulia lagi diberkati oleh ALlah. ALlah S.W.T membuka pintu rahmat-Nya seluas-luasnya. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelengu semua iblis dan syaitan ”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Justeru itu bagi setiap individu Muslim seharusnya merebut ganjaran pahala yang ditawarkan oleh ALlah S.W.T berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sebanyak mungkin ganjaran dari Nya. Apa yang menyedihkan bulan Ramadhan sepatutnya menjadi bulan menahan nafsu bertukar menjadi bulan pesta makan yang penuh dengan pembaziran.
Sepatutnya Pada bulan Ramadhan ini, umat Islam bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah untuk mengaut sebanyak-banyaknya pahala yang ditawarkan oleh ALlah S.W.T secara istiqamah bagi menyediakan diri untuk melaksanakan ibadah yang dijalani pada bulan Ramadhan berterusan pada bulan-bulan seterusnya.
Namun apabila ia sambut sebagai adat, keadaannya akan berubah dan akan mendapati mereka yang berduyun-duyun ke masjid pada minggu pertama Ramadhan akan terus berkurangan dari masa ke semasa. Natijahnya pada minggu terakhir Ramadhan yang merupakan waktu yang paling penting untuk mendapatkan anugerah lailatul qadr, masjid dan surau semakin kurang dikunjungi.
Pada minggu terakhir Ramadhan, masyarakat Muslim Negara kita lebih mementingkan untuk mengunjungi pasaraya-pasaraya, bazaar dan seumpamanya daripada mengunjungi surau dan masjid. Kelebihan dan keutamaan bulan Ramadhan terus dilupakan serta diabaikan semata-mata kerana terlalu ghairah untuk menyediakan persiapan menyambut Syawal.
Sebenarnya 1 Syawal merupakan hari untuk menyambut kemenangan bagi umat Islam yang beribadah dan yang berjaya menundukkan nafsu pada bulan Ramadhan bukannya disambut dengan segala macam yang bercambur baur antara halal dan haram, dan bukannya kegembiraan 1 Syawal itu disambut selama sebulan.
Adakah sambutan 1 Syawal secara adat itu layak untuk disambut sebagai satu kemenangan sedangkan nafsu mereka masih lagi dibelengu dengan hawa nafsu. Sabda Nabi S.A.W yang diriwatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan ALlah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukan sebelum itu ”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com
Disebalik Bilangan Solat Tarawikh.
Solat tarawikh merupakan ibadah sunat yang dilakukan pada malam hari sebagai pelengkap ibadah puasa pada siang hari. Ada sesetengah masyarakat Muslim melakukan ibadah solat tarawikh sebanyak dua puluh rakaat dan ada juga yang melakukan sebanyak lapan rakaat sahaja. Sebagai ibadah sunat, biarlah berapa banyak rakaat yang dilakukan sukarang-kurangnya kita telah melakukannya berbanding bagi mereka-mereka yang tidak melakukannya.
Hikmah dalam menggalakkan melakukan solat tarawikh supaya melatih roh seseorang dengan banyak mendengar ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca imam dalam solat tarawikh setelah melatih roh di siang hari dengan berpuasa bagi mendekatkan diri kepada ALlah dengan banyak ruku’ dan sujud.
Pada peringkat permulaan solat tarawikh dilakukan oleh Nabi S.A.W di rumahnya, kemudian Nabi S.A.W keluar satu malam untuk solat di masjid. Ada dikalangan sahabat yang melihatnya lalu mengikut dibelakang Nabi S.A.W. Di malam kedua ramai para sahabat berkumpul di dalam masjid untuk mengikut Nabi S.A.W solat bersama, tetapi Nabi S.A.W tidak keluar melakukannya.
Apabila baginda ditanya mengapa, baginda menjawab aku takut ia [solat tarawikh] akan menjadi wajib keatas kamu. Memandangkan hukumnya tidak wajib, maka ramai kalangan sahabat melakukannya dalam beberapa kumpulan jamaah, sehingga pada pemerintahan Saidini Umar al-Khattab, beliau menghimpunkan para sahabatnya untuk berimamkan kepada seorang imam dan ia diikuti oleh Ubay bin Ka’ab.
Pendapat Syeikh as-Sarkhosi daripada mazhab Imam Hanafi, boleh dilakukan dua puluh rakaat, sementara Imam Ibn Qudamah, Imam at-Thauri, Imam Hanafi dan Imam Shafie juga berpendapat sedemikian, manakala Imam Maliki berpendapat ia boleh dilakukan sebanyak tiga puluh sembilan rakaat termasuk solat witir. Ia boleh dilakukan secara berjamaah atau berseorangan di rumah.
Mereka memberi beberapa sebab mengapa boleh ditambah lebih daripada lapan rakaat.
Mereka melihat hadis Riwayat Aisyah tidak menunjukkan sebarang bilangan rakaat.
Ia pernah ditambah oleh golongan salaf.
Nabi S.A.W melakukan lapan rakaat dengan bacaan ayat yang panjang yang mungkin tidak mampu diikuti oleh umatnya, sementara solat hingga 20 rakaat tetap memelihara bacaan yang sama dengan Rasulullah S.A.W tetapi dalam rakaat yang banyak, kesemua itu mencontohi apa yang terbit dari baginda Rasulullah S.A.W.
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi
والذين يؤمنون بما انزل اليك وما انزل من قبلك وبالأ خرة هم يو قنون
Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab ‘al-Qur’an’yang diturunkan kepada mu [wahai Muhammad] dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripada mu serta mereka yang akan [adanya] hari akhirat.
Seterusnya dalam ayat ini juga, ALlah S.W.T menceritakan akan sifat-sifat orang muttaqin yang kedua, iaitu mereka beriman dengan hari akhirat, iaitu mereka yakin dengan adanya hari pembalasan dan semua keadaan getir dan susah payah yang akan dilalui oleh manusia.
Mereka juga menyakini akan keadaan aman tenteram yang akan dialami oleh para kekasih ALlah diwaktu itu.Ini akan kita dapati dalam banyak tempat dalam al-Qur’an walau dalam iman bil qhaib sudah termasuk yakin akan hari akhirat, tetapi dalam ayat ini dikhususkan dalam iman bil akhirat.
[bersambung]
بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Bila bas ini akan pulang ?
When does this bus return ?
متى يرجع هذا الاتوبيس ؟
Mata yarji’u ha zal autubis ?
يه بس كب وافس حوتى حى ؟
Yah bus kap wapas hoti he ?
Berapakah tambang ke….?
What is your fair to….?
كم الاجرة حتى ....؟
Kamil ujratu hatta….?
كى لى كراى كتنا حي ....؟
Ke leye kiraya kitna he ..?
Berhenti disini, saya mahu turun.
Stop here, I want to step down.
اوقف ههنا سأ نزل .
Auqif hahuna sa anzilu.
يها روكو مين اترون ك .
Yaha ruko mein utrun ga .
Muhasabah.
benhussin.blogspot.com
Kisah iblis mengadap Nabi Muhammad S.A.W.
Soal Nabi S.A.W yang ketiga “ Hai iblis! Mengapakah engkau bersusah-susah pada pekerjaan yang tidak memberi faedah pada dirimu bahkan menambah laknat keatas dirimu yang akan menimpa atasmu dengan sebesar-besar siksa di dalam neraka yang terbawah sekali dan kata Nabi lagi hai kutuk ALlah! Siapakah yang menhidupkan engkau, siapakah yang menjadikan engkau, siapah yang melanjutkan umur engkau, siapakah yang menerangkan mata engkau, siapakah yang memberi pendengaran kepada engkau, siapakah yang memberi kekuatan kepada engkau ? ”.
Jawab iblis “ Adalah semua itu ialah anugerah dari Tuhan Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabbur khianat itulah yang telah menceburkan diri hamba kepada sebesar-besar kejahatan kerana terlebih dahulu tuan hamba tahu bahawa hamba ini telah beribu-ribu tahun menjadi ketua segala Malaikat berbuat ibadah sujud kepada Tuhan di dalam dunia ini dan pangkat hamba pun dinaikkan dari satu langit dengan aman kemudian hamba pun diam di dalam dunia ini berbuat ibadah bersama sekelian Malaikat berkhidmat kepada Tuhan beberapa lama.
Maka tiba-tiba datang firman ALlah hendak dijadikannya seorang Khalifah di dalam dunia, maka hambapun membantah kerana tidak meyukainya, kemudian Tuhan menjadikan seorang lelaki [iaitu Nabi Adam A.S] maka diperintahkan hamba dan semua Malaikat memberi hormat kepada Adam, semuanya sujud kecualai hamba, lalu ALlah memurkai dan menghalau serta dilaknat sehingga hari kiamat.
Bersambung.
Soal jawab
amirussin@yahoo.com
Soalan : Batalkah puasa sekiranya tertelan kahak ?.
Jawapan : Menurut Mazhab Syafi’I, kahak yang dikeluarkan dari dalam kahak, jika diludahkan keluar tidak membatalkan puasa. Namun jika kahak itu ditelan kembali selepas berada dalam mulut, maka batallah puasa.
Adapun menyedut hingus dari hidung, jika terus masuk kekerongkong tanpa melalui perantaraan mulut, tidak membatalkan puasa. Jika disedut masuk ke mulut, kemudian ditelan maka batallah puasa.
Menurut ulama-ulama lain, menelan kahak tidaklah membatalkan puasa kerana ia biasa berada dalam mulut dan datangnya dari dalam badan bukan dari luar, jadi umpamakan seperti air liur.
Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Ada keberkatan pada makanan yang ditengah pinggan, oleh itu mulakan memakan makanan yang ditepi pinggang dahulu bukan bermula dari tengah”.
Pengertian hadis ini ialah supaya seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu mementingkan diri dan hendaklah membenarkan orang lain juga mendapat keberkatannya, jangan hanya seorang diri sahaja.
Ada keberkatan dalam tiga perkara:
Dalam sarapan pagi, dalam roti dan dalam sup [kuah].
Makan bersama hingga habis makanan barulah bersurai kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan atau berjamaah.
Mencari Berkat Ketika Beraya.
tamarmerbok.blogspot.com
Hanya beberapa hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Moga Ramadhan kali ini dapat mentarbiyyah dan mentahzib kita dan seluruh anggota supaya benar-benar berpuasa. Apabila menjelang Syawal, kebanyakkan diantara kita tidak menyedari atau secara sedar melakukan beberapa perkara yang melanggar adab dan tatasusila agama.
Berbelanja besar untuk Hari Raya
Rumah besar, selerapun besar. Yang berpendapatan kecil pun tidak ketinggalan. Menjelang hari raya semua benda hendak ditukar baru sedangkan yang lama masih elok dan boleh digunakan.
Ada benda-benda yang tidak patut ditukarpun hendak ditukar sehinga sanggup bergadai bergolok dan berhutang sana-sini yang tidak sepatutnya dilakukan.
Tapi, kalau dilihat dan diperhatikan, tikar sejadah tidak pernah ditukar atau dibasuh pun. Kain telekung sudah naik kusam dan tompokkan hitam dipenuhi tahi lalat dan kopiah putih dah jadi kelabu dan berbau. Al-Qur’an di rak sudah usang tak terusik.
Duit Raya
Pemberian duit raya dibolehkan, tapi sekiranya ia diberikan kepada orang yang lebih memerlukan contohnya diberikan kepada faqir miskin atau anak-anak yatim yang tidak berkemampuan untuk membeli persiapan hari raya atau kepada saudara mara yang lebih memerlukan. Dengan itu kasih sayang antara saudara mara lebih erat.
Adab Berkunjung
Jika berkunjung kerumah rakan atau jiran, terlebih dahulu memberi salam dan janganlah berdiri betul-betul menghala dipintu dan menjegok-jengok ke dalam rumah, jangan mengetuk pintu bertau-talu.
Sekiranya salam tidak dijawab yang telah kita berikan sebanyak tiga kali, anggaplah tuan rumah tidak bersedia menerima kedatangan kita.
Sekiranya membawa anak-anak pesanlah kepada anak-anak jangan meminta duit raya atau sebagainya, terangkan kepada anak-anak tentang adab-adab bertandang ke rumah orang.
Anak-anak remaja juga hendaklah diajak untuk menziarahi sanak saudara, kerana mereka lebih suka melepak dengan kawan-kawan sehingga larut malam dan ada yang mengisi hari raya dengan menonton tv, bermain game dan berkaraoke.
Semua Hendak Dimakan
Sekiranya bertandang ke rumah sanak saudara atau kawan handai, kawallah selera makan kita, sebulan berlapar tiba hari raya seolah-olah melepas geram untuk makan apa saja yang dihidangkan.
Makanlah sekadar yang tidak melampaui, yang penting adalah ziarah yang boleh mengekalkan silaturrahim diantara satu sama lain. Bukanlah tujuan ziarah itu untuk makan.
Dan elokah juga ringankan tangan menolong kemaskan meja hidangan dan membasuh gelas dan pinggan yang belum dibasuh.
Lakukan Yang Terbaik
Tidak ramai diantara kita yang berpakat adik beradik menyediakan satu tabung untuk membeli buah tangan atau sebagainya untuk disumbangkan kepada sanak saudara yang tidak mempu. Meringankan beban sanak-saudara yang dalam kesusahan, kesesakan keewangan menampung perbelanjaan anak-anak ke sekolah atau sebagainya.
Berkonvoi ke rumah emak dan ayah saudara yang berada dalam kesusahan dengan membawa buah tangan seperti kuih muih, beras atau kain baju baru. Dan bertakbir sebentar sebelum beramah mesra.
Setelah itu setiap keluarga akan beratur memohon maaf dan akan menjadi ikutan anak-anak yang melihat perlakuan kita terhadap orang yang lebih tua daripada kita juga untuk mengenalkan emak dan bapa saudara serta sepupu-sepupu kepada anak-anak kita supaya terus kekal hubungan persaudaraan.
Inilah masanya yang terbaik untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan mengenalkan sanak-saudara kepada anak-anaka kita. Semoga ada keberkatannya.
English Section
amirussin@yahoo.com
Which is the right religion now ?
God sent many messengers to humans, starting from Adam up to Muhammad S.A.W, including many other messengers such as Moses and Jesus.
Each messenger was sent to his own people, being a local or tribal messenger. The only exception is Prophet Muhammad S.A.W, whose mission was and is to ALL humans.
Islam, being final divine message, superceded and abrogated previous divine messages. The only religion now excepted by God from a believer is Islam, provided that he is informed of Islam.
God, being the Just, will not hold a person responsible unless he is informed, advise, or wanted through God’s final message, i.e. Islam.
Nazam
Buat orang muda
Punya cerita duka
Punya cerita luka
Itulah namanya arca manusia
Punya hati suka
Namun sakit saat terluka
Itulah namanya jiwa manusia
Mengukir saat bahagia
Menancap waktu sengsara
Itulah takdir cinta yang Esa
Takdir itu tidak menzalimi
Tetapi itu tarbiyyah Ilahi
Suka duka sengsara bahagia
Niqmat Tuhan buat sang hamba
Buat orang muda
Acara kamu masih menunggu puncaknya
Walau terkadang salah bicara
Namun Dia tetap cinta
Walau terkadang sasar gayanya
Dia tetap menunggu dirimu berbicara
Bicara cinta hanya Kamu dan Dia
Bicara cinta Agong yang pasti tiada taranya
Berbahagilah wahai orang muda
Yang pasti tahu datang dan perginya
Hanya disisi ALlah yang Maha Esa.
benhussin.
Teras jernang. 3 Ramadhan 2010
Tip Meringankan Tekanan Apabila di Timpa Musibah.
amirussin@yahoo.com
Kelebihan Taubat dan Istigfar
Disayangi ALlah SWT.
Didoa’kan oleh para malaikat.
Diampunkan dosanya.
Diberikan pelepasan oleh ALlah daripada segala masalah.
Dimurahkan rezekinya.
Ditingikan kedudukannya di sisi ALlah.
Bertaubat merupakan cirri orang beriman.
Penghapusan Dosa.
Ujian atau tekanan yang berlaku bertujuan menghapuskan dosa, firman ALlah yang bermaksud: “ Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan [atau bala bencana], maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan [daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan dosa]; dan [dalam pada itu] ALlah memaafkan sebahagian besar daripa dosa-dosa kamu ”. [al-Syura 42:30]
Meningkatkan Darjat.
Ingatkan hati bahawa musibah itu akan menyebabkan seseorang mendapat darjat yang tinggi di sisi ALlah SWT.
Mengingati ALlah.
Menjadi kelaziman manusia lebih kerap mengingati ALlah semasa ditimpa kesusahan berbanding semasa berada dalam kesenangan.
Mensyukuri Niqmat ALlah.
Bayangkan niqmat-niqmat yang telah diberikan ALlah sebelum ini daripada terus meratapi musibah yang dihadapi.
Merasakan ujian kita lebih ringan.
Ingatkan diri bahawa ujian yang kita terima lebih ringan daripada apa yang diterima oleh orang lain.
ALlah Menyayangi Kita.
Ujian yang diterima merupakan tanda ALlah cinta pada hamba-Nya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Barang siapa yang dikehendaki oleh ALlah baginya kebaikkan, maka akan diberikan cubaan padanya ”. [Riwayat Bukhari]
Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1
Satu Tahun 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Tuesday, August 10, 2010
BISMILLA-HIRRAHMA- NIRRAHIYM
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
Mohon Maaf Lahir dan Bathin
MARHABAN YAA RAMADHAN
Assalaamu'alaikum wr.wb..
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.
Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.
" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.
Wassalamu'alaikum Wr Wb,

Monday, August 2, 2010
Selamat Menyambut Ramadhan Kareem
Semua warga kerja albayan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Kareem,ahlan wa sahlan ya Ramadhan, semoga kita semua dapat mengisinya dengan 'amalan-'amalan yang lebih berkualiti dari Ramadhan yang lepas.
Wednesday, July 28, 2010
Muqaddimah
الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Bulan Rejab sudah berlalu, kini kita berada diakhir bulan Sya’ban dan beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan.
Bagi mereka yang begitu mengutamakan ‘amalan sunnah tidak mahu melepaskan keberkatan yang juga terdapat pada bulan Rejab dan Sya’ban. Mengikut mazhab as Syafie, digalakkan untuk berpuasa sunat dua bulan berturut-turut dan seterusnya diikuti dengan puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Keghairahan untuk melakukan ‘amalan-‘amalan sunat pada bulan Rejab dan Sya’ban mungkin tersangkut sedikit oleh kerana ada perebutan antara perlawanan bola sepak piala dunia. Ada diantara kita sanggup bersengkang mata untuk menonton perlawannya dan ada yang sanggup bangun di dinihari semata-mata untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Adakah kita boleh melakukan sedemikian rupa sekiranya kita berada didalam majlis-majlis ‘ilmu atau mungkin bolehkah kita bangun di sepertiga malam untuk menunaikan solat tahajjud dan membaca al-qur’an sedangkan orang lain kebanyakkannya sedap diulik mimpi?
Kita tidak merasa apa-apa kesalahan sekiranya fonomena berjaga untuk menonton bola ini boleh menyebabkan solat subuh kita terbabas dan kerja-kerja seharian terbantut atau mutu kerja sedikit terjejas, tetapi ada majikan atau sebahagian
masyarakat akan melenting dan memberi amaran sekiranya kita ke tempat kerja atau ke kuliah dengan mutu kerja tidak memuaskan sekiranya diketahui kita berjaga malam disebabkan kita melakukan qiammullail .
Inilah situasi sesetengah masyarakat sekarang yang memandang remeh dan bersikap endah tak endah terhadap kerja buat dalam agama dan amat teliti dalam kerja buat yang tidak bersangkut dengan ‘amalan agama.
Oleh yang demikian itu harapan kita semoga pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba dapatlah kita mengisinya dengan ‘amalan-‘amalan yang berfaedah setelah kita terlepas dari melakukannya pada dua bulan sebelumnya. Dan semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya.
amirbenhussin@gmail.com
Tokoh.
amirussin@yahoo.com
Bilal bin Rabah Muazzin Rasulullah.
Bilal bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah, 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, ibunya bernama Hamamah, seorang wanita berkulit hitam.
Bilal dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum Quraisy.
Bilal termasuk dalam kalangan mereka yang awal memeluk agama Islam. Apabila Umaiyyah mendapat tahu, dia menyeksa Bilal tanpa belas kasihan supaya Bilal kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyyah. Bilal diseksa oleh Umaiyyah tanpa henti dengan memukul kemudian diarak keliling Kota Mekah dan seterusnya dijemur ditengah padang pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala, dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari.
Tidak cukup dengan itu, Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu. Namun iman Bilal tetap teguh menghadapi penyeksaan itu. Umaiyyah memaksa Bilal menyebut nama Latta dan Uzza tetapi mulut Bilal hanya menyebut “ ALlah…ALlah…ALlah ”. Seksaan pada Bilal akhirnya sampai kepada Abu Bakr as-Siddiq, lalu membelinya daripada Umaiyyah dengan harga sembilan uqiyah emas.
Apabila Rasulullah S.A.W mendapat tahu mengenai perkara itu lalu memuji Abu Bakr dan bersedia berkongsi untuk membayarnya, tetapi Abu Bakr berkata bahawa wang itu sudahpun dibayar kepada Umaiyyah. Bilal dirawat dan dimerdekakan oleh Abu Bakr.
Bilal pernah hidup pada tiga zaman iaitu pada zaman jahilliah sebelum kedatangan Islam, zaman Nabi Muhammad S.A.W dan zaman Khalifah ar-Rasyidin. Pada zaman jahilliah, Bilal menjadi hamba kepada Umaiyyah dan pada zaman Rasulullah S.A.W Bilal menjadi muazzin.Beliau juga pernah turut serta dalam semua peperangan yang disertai Rasulullah.
Sesudah Nabi Muhammad S.A.W wafat, beliau merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana sangat sedih beliau tidak dapat menyebut Muhammad dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya beliau tidak sanggup lagi menjadi tukang azan. Semasa beliau pergi mengerjakan haji ke Mekah penduduk Mekah meminta beliau menetap di Kota Mekah dan menjadi tukang azan di Masjidil Haram, tetapi beliau menolak.
Apabila pulang ke Madinah Saidina Ali serta Khalifah Umar al-Khattab memujuk beliau menetap di Madinah dan meneruskan khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi, dan beliau sekali lagi menolak.
Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah iaitu pada 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik ketika itu umurnya 63 tahun.
Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com
عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قا ل:لايؤمن أحد كم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه. متفق عليه.
Dari Anas r.a katanya: Rasulullah S.A.W bersabda “ Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia berkasih sayang sesama Muslim , sebagaimana ia kasih pada dirinya sendiri ”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslimi]
Hadis di atas menekankan kepada kita sebagai seorang Muslim yang sentiasa mengakui bahawa Rasulullah S.A.W adalah idola atau ikutan kita semestinya mengambil pengarajaran dari sunnah Nabi S.A.W yang menuntut kita dan ahli keluarga kita tidak mensia-siakan sepuluh malam-malam terakhir pada bulan Ramadhan.
Disamping kita mendapat ganjaran pahala yang tidak terkira besar dan banyaknya pada malam-malam tersebut, kita juga sekiranya diizinkan oleh ALlah S.W.T akan mendapat malam yang begitu besar berkatnya iaitu malam al-Qadr. Malam al-Qadr adalam malam yang tiada tandingannya melebihi keberkatan dan ganjaran pahala dari seribu malam.
Sesungguhnya kita tidak akan mendapat keberkatan dan ganjaran pahala pada malam al-Qadr itu sekiranya kita tidak melipat gandakan ‘amalam-amalan yang ikhlas dan sentiasa memohon keredhaan dari ALlah.
Rasulullah S.A.W menggalakkan kita melakukan ‘ibadah pada malam-malam tersebut dengan melakukannya bersama ahli keluarga kita iaitu sekiranya kita mempunyai ayah, ibu, datuk, nenek, anak-anak, ister-isteri dan kesemua ahli keluarga bagi memdapatkan ganjaran pahala dari ALlah.
Kita kadangkala berpendapat biarlah hanya kita seorang sahaja melakukan ‘ibadah-‘ibadah sunat pada malam-malam tersebut tanpa menganggu tidur ahli keluarga kita.Tetapi sebenarnya kita patut mengejutkan semua ahli keluarga bagi bersama-sama melakukannya, memandangkan malam-malam tersebut bukanlah selalu, hanya setahun sekali sahaja.
Oleh yang demikian itu ia patut melakukannya secara jamaiyy bagi mbersama-sama mendapat ganjaran pahala dari ALlah. Pada malam-malam tersebut Rasulullah S.A.W yang sudah dijanjikan pahala dan syurga tidak melepaskan peluang tersebut sehingga sanggup tidak bersama dengan isteri-isterinya. Dan Rasulullah S.A.W juga pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan beriqtikaf di dalam masjid.
Inikan kita yang banyak dosa, maka sebaiknya kita menggunakan peluang yang diberikan ALlah pada malam-malam yang penuh keberkatan untuk memohon keampunan dari ALlah. InsyaALlah kita mampu melakukannya.
Mutiara Kalam [siri 20].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi
Meskipun masih ada seruan
لأ اله الأ الله
Apabila tidak
Berakar di hati
Bagaima akan
Bersemayam di
Bibir.
Jagalah makan minum di bulan Ramadhan.
benhussin.blogspot.com
Kita sebagai umat Islam tentunya amat gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan, ini oleh kerana apabila kita menjalani ibadah puasa kita akan mendapat dua kegembiraan, pertamanya ketika hendak berbuka dan keduanya ketika menyambut Syawal. Di bulan Ramadhan kita digalakkan untuk berjimat cermat sesuai dengan ‘amalan kita pada siang hari iaitu berpuasa. Berbuka adalah saat-saat yang dinantikan tidak kira tua dan muda. Masa berbuka, kita tidak mengambil kira risiko makanan yang kita makan, oleh itu sama-samalah kita berwaspada semasa kita meikmati makanan semasa berbuka.
Islam menganjurkan gaya hidup sihat agar menjadi umat yang kuat bukan sahaja dari segi fizikal malah rohani. Selain dari kita mengambil makanan yang sihat. Aspek kebersihan jangan kita lupai kerana kebersihan adalah sebahagian dari iman. Selain kita menjaga kebersihan makanan, kita juga hendaklah menitik beratkan soal halal haram makanan itu. Ini oleh kerana sekiranya makanan yang kita ambil itu mengandungi bahan-bahan yang haram, ia akan membawa kepada seluruh anggota badan dan memudhratkan ‘amalan kita terhadap ALlah.
Dalam surah al-Baqarah ayat 168 ALlah berfirman yang bermaksud : “ Wahai manusia, makanlah apa-apa di bumi yang halal dan baik dan janganlah kau mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu ”. Apabila kita berbuka, kita disunahkan untuk mengambil beberapa biji buah tamar dan sedikit minuman, dan bersegeralah menunaikan solat maghrib, kerana kita tidak digalakkan untuk makana secara berlebihan .
Imam al-Ghazali mengatakan tabiat mengambil makanan dan minuman yang halal secara berlebihan akan membawa banyak akibat buruk, antaranya hati seseorang itu akan menjadi keras seperti bebal dan degil serta nurnya terpadam. Di samping itu, ia akan mengurangkan daya kecerdasan otak, menjejas kepintaran serta melemahkan daya kefahaman atau ingatan.
Pesan Imam al-Ghazali lagi, segala perbuatan dan perkataan seseorang itu mengikut apa yang diisi ke dalam perutnya, sekiranya ia diisi dengan makana yang haram, maka wujudlah perbuatan dan perkataan yang haram disamping muncul berbagai jenis penyakit.
Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita;
• Kurangkan penggunaan lemak terutama lemak tepu seperti sumber-sumber lemak dari binatang seperti mentega dan keju, kerana lemak jenis ini juga mengandungi aras kolesterol yang tinggi. Semasa menggoreng dan menumis juga kita perlu meminimakan kuantiti minyak supaya makanan lebih sihat dan memastikan kita lebih berjimat-cermat.
• Tingkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar. Kebanyakkan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai. Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah menyumbangkan serat (fiber).
• Lebihkan pengambilan air. Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buaha-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah dari minuman yang manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.
• Kurangkan pengambilan makanan yang masin terutama ketika bersahur. Disamping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga akan tidak merasa dahaga ketika berpuasa.
• Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis. Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan.
Semoga dalam bulan Ramadhan ini, kita adalah di antara individu yang bijak memilih makanan yang sihat di samping berjimat-cermat dalam memilih makanan yang sesuai.
Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com
Dalam sahur ada keberkatan.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “ Bersahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan ”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Sahur adalah satu ‘ibadah khusus bagi sesiapa yang berpuasa. Sahur dilakukan dengan mengambil sebarang jenis makanan sebelum masuknya waktu imsak. ‘Amalan bersahur adalah sunat bukannya wajib. Walaupun ianya sunat, tetapi amalan bersahur ini dilakukan oleh Nabi S.A.W sebagai tunjuk ajar dan pastinya ada yang tersirat. Ini oleh kerana Nabi S.A.W bukan bercakap atau melakukannya berdasarkan hawa nafsu.
Al-Miqdam bin Ma’dikariba meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W telah bersada yang bermaksud “ Hendaklah kamu mengambil makanan sahur kerana sesungguhnya ia merupakan makanan yang diberkati ”.
[Riwayat an-Nasaei dengan isnad baik]
Besar kemungkinana ada dikalangan kita enggan atau malas untuk bangun diawal pagi untuk bersahur kerana katanya kalau tidak bersahur pun mereka tetap boleh berpuasa. Dan ada pula yang mengatakan bahawa lebih baik bersahur dahulu sebelum tidor .
Bersahur bukanlah agenda untuk memberi keupayaan untuk berpuasa, tetapi ia adalah ‘amalan yang disunatkan dan di dalamnya ada keberkatan yang dijanjikan oleh ALlah walaupun bersahur hanya dengan seteguk air atau sebiji tamar. Dan bersahur sebelum tidor tidak termasuk dalam amalan sunnah Nabi S.A.W.
Syeikh al-Uthman mengatakan bahawa berkat sahur yang dikehendaki dengannya ialah barakah syar’iyyah [berkat fizikal]. Berkat syar’iyyah adalah pelaksanaan suruhan Nabi S.A.W mengikut sunnahnya. Manakala berkat badaniyyah ialah kerana ia merupakan makanan untuk tubuh badan dan menguatkan seseorang untuk berpuasa.
Bersahur juga adalah sebagai perbezaan puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli kitab. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “ Pemisah antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur ”.
[Riwayat Muslim]
Mengikut hukum feqah, waktu sahur ialah bermula selepas tengah malam sehingga masuk waktu fajar. Walau bagaimanapun, fuqaha menyatakan sunat melewatkannya. Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W riwayat Zaid bin Thabit r.a katanya: “ Kami bersahur bersama dengan Nabi S.A.W. kemudian kami terus bangun melakukab solat ”. Anas bertanya: “ Berapa lamakah tempoh antara keduanya [antara sahur dan solat] ”. Zaid menjawab: “ Tempoh lima puluh ayat ”.
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
‘Amalan bersahur amat bertepatan dengan sains, kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan. Maka tepatlah ‘amalan Nabi S.A.W untuk bersahur dan melewat-lewatkan sahur. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatannya.
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi
والذين يؤمنون بما انزل اليك وما انزل من قبلك وبالأ خرة هم يو قنون
Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab ‘al-Qur’an’yang diturunkan kepada mu [wahai Muhammad] dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripada mu serta mereka yang akan [adanya] hari akhirat.
Dalam ayat ini memberitahu tentang tambahan sifat-sifat muttaqin iaitu beriman dengan kitab dan hari akhirat. Disini satu huraian bahawa hendaklah kamu ketahui bahawa jalan yang lurus itu akan terkandung dalam kitab-kitab dari langit dan untuk umat ini hanya dalam al-Qur’an dan juga para muttaqin diingatkan akan adanya hari akhirat.
Sesuatu ‘amalan akan diadili dan diberi ganjaran oleh ALlah S.W.T. Hazrat Abdullah bin Mas’ud dan Hazrat Abdullah bin Abbas menghuraikan bahawa seruan kepada Islam terbahagi kepada dua golongan, pertama kalangan kuffar musyrikin dan golongan kedua dari kalangan ahli kitab Yahudi dan Nasrani.
Ayat yang terdahulu menitik beratkan golongan kuffar musyrikin dan ayat ini menitik beratkan golongan Yahudi dan Nasrani, bahawa segala-galanya kitab yang diturunkan sebelum al-Qur’an adalah benar dan haq, tetapi sekiranya dengan adanya al-Qur’an maka segala-galanya syariat dahulu telah dimansuhkan dan hanya al-Qur’an sahaja akan diguna pakai.
Oleh itulah orang Islam yakin akan segala kitab yang diturunkan tanpa ragu-ragu tetapi untuk ‘amalan hanya apa yang termaktub dalam al-Qur’an. Disini juga membawa bukti bahawa al-Qur’an adalah kitab yang terakhir kerana jika sekiranya masih ada kitab yang akan diturunkan sudah pasti dijelaskan disini bahawa beriman dengan kitab ini dan kitab yang telah diturunkan dan juga kitab yang akan diturunkan .
Tetapi ayat ini menegaskan beriman dengan kitab ini dan kitab-kitab yang telah diturunkan sahaja, maka ini dalilnya bahawa al-Qur’an adalah kitab ALlah yang terakhir diturunkan.
[bersambung]
بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Tolong turunkan saya di….
Please let me off at…
من فضلك انزلني على...
Min fadlika anzilni ‘ala…..
مهر با نى كر كى مجهى ...فر اتا ر دجي يى
Meher bani kar ke mujhe……
Turun disini
Get off here
انزل ههنا
Inzil hahuna
يها اتر جا يى
Yaha utar jaye
Perlukah saya bertukar bas?
Do I need a transfer ?
هل استبد ل ؟
Hal astabdilu ?
كيا مجهى تبد يل كرنا هى ؟
Kia muje tabdil karna he ?
Muhasabah.
benhussin.blogspot.com
Kisah iblis mengadap Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Nabi ALlah! Tiap-tiap satu yang tuan hamba Tanya sedialah hamba mengaku menerangkan sealanya dengan benar tanpa disembunyikan. Iblis bersumpah dengan nama ALlah dengan mengatakan sekiranya dia menipu maka hancur leburlah dirinya terbakar.
Soal Nabi S.A.W “ Siapakah musuh engkau yang utama dan siapakah aku ini kepada engkau?”. Jawab Iblis “ Tuan hambalah musuh utama yang melebihi segala musuh di atas muka bumi ini ”. Maka Nabi pun memandang kemuka Iblis, maka menggeletarlah seluruh tubuhnya kerana ketakutan. Iblis berkata “ Wahai Nabi, hamba ini dapat menjadikan diri hamba sebarang rupa manusia, binatang dan lainnya serta menyerupai suara tanpa sedkitpun perubahan, tetapi hamba ini tidak dapat menyerupai rupa tuan hamba yang mulia, sekiranya hamba menyerupai diri seperti tuan hamba maka terbakarlah hamba menjadi abu.
Ya Nabi ALlah, kenapa hamba cabut iqtikad anak Adam supaya mereka itu menjadi kafir ialah dengan sebab tuan hamba bersungguh-sungguh memberi nasihat dan pengajaran kepada semua manusia supaya mereka kuat keimanan mereka dalam agama Islam, begitulah hamba bersungguh-sungguh menarik mereka kepada kekafiran, murtad dan munafik. Hamba melakukannya dengan harapan mereka masuk ke dalam neraka bersama-sama dengan hamba kekal di dalamnya buat selama-lamanya”.
Soal Nabi S.A.W yang ke dua, “ Hai Iblis! Apakah perbuatan mu kepada makhluk ALlah? ” Maka sembahnya, “ Ya Nabi ALlah, iaitu satu kemajuan bagi perempuan-perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan setengahnya sehingga terjadilah benih-benih yang haram, dan hamba goda segala manusia supaya meninggalkan solat, leka dengan makan minum dan melakukan derhaka kepada ALlah.
Sesetengahnya hamba lekakan mereka dengan harta benda terdiri dari emas, perak dan rumahnya serta kebun ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan yang haram. Pada masa pesta yang bercampur lelaki dan perempuan, disitulah hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah mereka, dan sehingga meminum arak supaya hilang akal dan fikiran mereka, maka disitulah hamba hulurkan tali cinta asyik lalu terbukalah segala pintu maksiat yang besar sehingga terjadilah penzinaan.
Maka apabila terjadinya penzinaan antara keduanya, terpasalah mereka mencari wang dengan cara tipudaya dan mencuri, apabila mereka sedar kesalahan mereka lalu hendak bertaubat, hamba tangguhkan dan menggoda mereka dengan lebih lagi supaya melakukan maksiat itu berulang-ulang serta melibatkan isteri orang.
Maka berapa umat tuan hamba yang telah hamba sesatkan, jin, syaitan dan iblis hamba memerintah supaya menggoda dan menghasut anggotanya hingga ke dalam badannya. Apabila hati-hati mereka sudah tergoda, maka sentiasalah mereka riya’ dan takabbur, hairan akan dirinya serta melengah-lengahkan ‘amalan dan suka meyombong diri. Apabila lidah mereka sudah digoda maka sentiasalah mereka bercakap bohong, mencela dan mengumpat antara satu sama lain, demikianlah hamba menghasut mereka siang, malam, pagi dan petang ”.
Bersambung.
Soal jawab
amirussin@yahoo.com
Soalan : Adakah sah solat seorang lelaki yang solat fardhu Jumaat tetapi bercakap-cakap semasa khatib sedang membaca berkhutbah ?.
Jawapan : Sabda Rasulullah S.A.W: “ Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu kitika imamberkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan ‘Diam’, maka lagha lah [sia-sia] dia ”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Ulama berbeza pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat. Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat, namun solat Jumaatnya tetap sah. Hikmahnya ialah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta dihadapannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.
Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Sabda Nabi S.A.W:
Pada pandangan ALlah, makanan yang paling baik ialah makanan yang dimakan beramai-ramai.
Biarkan makananmu sejuk sedikit sebelum memakannya, kerana makanan yang panas itu tidak berkat.
Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan, makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi A.S.
Apabila makan tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat.
Makanan sihat semasa menjalani ibadah puasa.
tamarmerbok.blogspot.com
1. Berbuka dengan buah kurma atau dengan makanan yang manis.
2. Minum susu semasa bersahur.
3. Banyakkan minum air kosong.
4. Elakkan makanan berat semasa berbuka.
5. Elakkan makan terlalu banyak semasa bersahur.
6. Banyakkan makan sayur dan buah.
7. Elakkan makanan pedas dan masam.
8. Elakkan minuman bergas dan berkarbonat.
9. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak.
10.Satu sudu madu lebah setiap hari.
Jangan makan:
(a) susu bersama daging
(b) daging bersama ikan
(c) ikan bersama susu
(d) ayam bersama susu
(e) ikan bersama telur
(f) ikan bersama daun salad
(g) susu bersama cuka
(h) buah bersama susu (contohnya koktel).
English Section
amirussin@yahoo.com
Is Islam for Arabs only ?
No, it is not. Every prophet before Muhammad,the Prophet of Islam, was sent to his own people only, except Prophet Muhammad, who, being the last prophet, was sent to all humans of all time and places.
It just happened that Muhammad was an Arab living among Arabs. Therefore, he began with his kins, relatives, neighbors,acquaintances, and friends, but later the addressed all Arabs, all humans, all Jews, and all Christians close to him.
Islam is God’s final message to all humans. Islam means, both literally and terminologically, full submission to God. Submit to God, brother, before it is too late. Islam is for you, for all humans in all continents, for all races, all majorities, all minorities and all colors everywhere.
Nazam
Aku
Mencari sesuatu
Yang belum pasti
Hakikatnya jua belum ku temui
Puas sudah
Aku mencari
Kebahagiaan sirna hidup
Disisi teman-teman
Ku dapati hanya kelalaian
Aku
Mencari lagi hakikatnya belum pasti
Di hati seorang kekasih
Aku dapati hanya khayalan
Dan berakhir dengan kekecewaan
Aku mencari lagi
Dalam menilai diri
Siapakah aku
Untuk apakah aku
Dan di manakah aku ?
Dimanakah aku
Harus mencari membawa hati yang lara
Sarat kerinduan yang tiada haluan
Yang merunsing tiada tara
Aku keliru sendiri
Apa yang aku cari
Aku masih tak mengerti
Titik pencarian
Lantas aku tersedar
Dari lama mencari
Mencari cinta agung
Mencari cinta hakiki
Destinasi pencarianku muncul di tengah mentari
Terjawab segala pencarian yang selama ini
Bagai debu-debu jalanan
Kini ia bertaut kembali dengan satu kekuatan
Untuk mencari Mu Ya ALlah
Yang mengharap dan menagih
Keredhaan-Mu
Dan sinar cahaya keimanan.
benhussin.
Teras jernang julai 2010

Subscribe to:
Posts (Atom)