Assalamualaikum.
Kepada semua sidang pembaca yang dirahmati oleh ALlah.Sidang editor albayan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca kerana sudi menatap edisi sulung yang mula terbiot pada bulan Disember 2008.InsyaALlah bermula pada bulan ini albayan akan menemui para pembaca dengan moto Menjana Fikrah Islami,dengan harapan dapat mengisi ruang-ruang yang masih kosong didalam minda kita dan akan memperolehi natijah yang baik.
Albayan akan menemui para pembaca pada setiap awal bulan dan akan menghidangkan kepada para pembaca dengan isi kandungan yang boleh memberi input yang baik kepada minda kita.Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bahan bacaan picisan yang isi kandungannya banyak yang tersasar jauh dari memberi impak yang baik kepada kita.
Harapan kami semoga albayan akan menjadi salah satu bahan bacaan alternatif islami yang memberi manfaat untuk semua dan diberikan kekuatan untuk meneruskannya pada keluaran-keluaran yang akan datang.
Harapan kami juga semoga para pembaca dapat memberi sokongan padu bagi kami terus menyumbang karya.
wassalam.
No comments:
Post a Comment