Tuesday, November 25, 2008

Mutiara Kalam.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi.

Tanpa Cahaya Ilahi.

Hidup adalah penderitaan.
Akal kehilangan kepekaan.
Agama menjadi tiruan.

Dunia.

Dengan gunung ganang.
Samudera rimba raya.
Padang belantara hanya
menyajikan fakta.
Padahal aku mencari makna.


Tokoh.
Oleh:Ust.Amir an-nadwi.

Allamah Sayyed Abul Hasan 'Ali Hasani an-nadwi.

Beliau dilahirkan di India daerah Rai Braily pada bulan Muharram tahun 1332 Hijrah/1941 Masehi.Beliau adalah putera kepada seorang ulama terkenal Maulana Hakim Allamah Abdul Hayyi yang mempunyai nasab keturunan Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib.Bapanya meninggal dunia pada tahun 1341 Hijrah semasa beliau berumur 9 tahun.

Sayyed Abul Hasan dilahirkan dari keluarga yang amat kuat beribadat,menjaga tauhid dan aqidah Islam dan amat tegas memerangi bid'ah.

Sayyed Abul Hasan mempelajari al-Qur'an ,bahasa Urdu dan Parsi dari ibunya sendiri.Semasa berumur 12 tahun beliau mula mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Selepas itu Sayyed Abul Hasan mula belajar secara formal di Nadwatul Ulama,Lucknow,India.

[bersambung dibulan hadapan]



No comments: