Sunday, October 25, 2009

Muqaddimah

Assalamualaikum, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Sempena kedatangan bulan Zulhijjah yang mulia ini, sama-sama kita check kembali antara ‘amalan-‘amalan yang dituntut untuk kita lakukan sepanjang menyambutnya.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas RA bahawa Baginda Nabi SAW bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini ,iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.

Imam Ahmad RA meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar RA bahawa Baginda SAW bersabda : “Tiada suatu haripun, ‘amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir RA bahawa Baginda SAW bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”. Marilah kita bersama-sama meng’imarahkannya dan harapan kita agar bulan yang penuh barakah ini tidak terbuang begitu sahaja.

Semua Warga kerja aditorial albayan mengucapkan Selamat Menyambut ‘Idul Adha, kullu am wa antum bil khair .
amirussin@yahoo.com

Tokoh
amirussin@yahoo.com

Al-Fadhil Syeikh Niamat Yusoff.

Setelah kembali dari Mesir, beliau mula melibatkan diri dengan berbagai-bagai wadah Islam dan meneruskan kerjayanya sebagai seorang pendidik.

Bermula dengan penglibatannya sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Mahasiswa Timur Tengah Negeri Kedah pada tahun 1970 dan dalam masa yang sama beliau turut dilantik sebagai Ketua Biro Pendidikan Persatuan Kebajikan Islam Negeri Kedah.

Syeikh Niamat juga adalah antara orang yang bertanggungjawab mengasaskan Angkatan Belia Islam cawangan Negeri Kedah pada tahun 1972.

Pada awal 70an, beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Ulama’ Negeri Kedah dan seterusnya dilantik menjadi Timbalan Yang diPertua Persatuan Ulama’ Negeri Kedah.
Atas kesedaran tentang keperluan menubuhkan sebuah madrasah pendidikan Islam yang mendokong keilmuan pendidikan tradisional, beliau meletak jawatan sebagai seorang guru di Maktab Mahmud Alor Setar,Kedah.

Pada awal tahun 1981 Maahad Tarbiah Islamiah, Derang ditubuhkan. Di sinilah Ustaz Niamat mula menyelami dan menghayati segala pengalaman yang diperolehinya ketika bersama ayahandanya sebelum ini. Pembinaan Maahad mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang bermula dari hutan belantara sehingga terbentuklah satu perkampungan ilmu.

Sehingga sekarang Maahad Tarbiah Islamiah telah mengeluarkan para mahasiswa/wi di seluruh Malaysia.

Syeikh Niamat telah kembali ke Rahmatullah tepat jam 10.20 pagi, hari rabu 14 Rejab 1424 bersamaan 10 September 2003. Pada akhir-akhir beliau dijemput ALlah SWT, beliau sedang mengusahakan kearah memajukan Maahad dengan membentuk perancangan fasa kedua pembangunan Maahad.

Semoga ALlah mencucuri rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang diredhaiNya. Al-Fatihah.


Mutiara Kalam [siri 9].
Oleh: ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Wujud
Beerti mencapai
Tujuan dan
Martabat tertinggi
Hidup
Ialah menyaksikan
Hakikat ILahi
Tanpa hijab


Muhasabah.
amirussin@yahoo.com

‘Amalan yang dianjurkan pada bulan Zulhijjah.

Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :

Sabda Nabi SAW: “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri RA berkata : ‘Rasulullah SAW bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah.
Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah R A kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai.

Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi SAW bersabda :

“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” . (muttafaq ‘alaihi)

Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al -Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi lebih disukai oleh Allah SWT jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim AS setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor kibas untuk disembelih.

Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah RA bahawa Nabi SAW bersabda :
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini , ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya

Dars Bukhari.
Oleh:Ust.Shamsuddin an-nadwi

Daripada Abu Hamzah[Anas bin Malik] r.a, khadam Rasulullah SAW, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi akan dirinya sendiri ”

[Hadis riwayat Bukhori dan Muslim]

Melalui hadis ini, Nabi SAW menyatakan bahawa persaudaraan itu merangkamu semua manusia samaada Islam atau bukan Islam.

Lantaran itu seseorang Islam mesti kasih kepada saudaranya yang kafir dengan harapan dia masuk ke dalam Islam, sepertimana dia mengasihani saudaranya yang Islam dengan harapan dia kekal berada di dalam Islam. Oleh sebab itu Islam menggalakkan umatnya berdoa’ dengan doa’ hidayah kepada orang-orang kafir seperti mana Nabi SAW berdoa’ “ Ya ALlah, berilah pertunjuk kepada kaumku ssungguhnya mereka tidak mengetahui ”.

Kasih yang dikehendaki oleh Nabi SAW ialah kasih atas dasar agama Islam bukan atas dasar kemanusiaan, kerana atas dasar sifat manusiaan tidak menyukai kebaikan ada kepada orang lain.

Orang yang beriman wajib menjauhi sifat manusia seperti itu. Apabila seseorang tidak menyukai sesuatu kebaikkan yang ada pada saudara seperti yang ada pada dirinya, itulah satu sifat yang dinamakan dengki.

Imam al-Ghazali telah membahagikan sifat dengki kepada tiga bahagian:

1.Mengharapkan niqmat itu hilang dari seseorang tetapi tidak padanya.

2.Mengharapkan sesuatu niqmat itu hilang dari saudaranya, kalau tidakpun beralih niqmat itu sama sepertinya.

3.Mengharapkan hilang niqmat, tetapi tidak menyukai niqmat itu bertambah, dia lebih menyukai sama rata sahaja.

Seperti ini juga haram kerana dia tidak meredhai dengan pembahagian dari ALlah SWT. ALlah SWT berfirman yang bermaksud “Adakah mereka membahagi rahmat Tuhan kamu yang kami bahagikan ”

Barangsiapa yang tidak meredhai dengan niqmat dari ALlah bermakna dia menentang pembahagian dan hikmat ALlah. Oleh kerana itu, manusia mesti mengubat dirinya agar dirinya setuju dengan redha ALlah dan mengubah pemikiran yang salah dengan berdoa’ kepada ALlah.

Diceritakan sesungguhnya Fudhail bin I’yadh berkata kepada Sufian bin U’yainah “ Jika kamu hendak manusia menjadi seperti kamu, maka berilah nasihat kerana ALlah ”. Bagaimana akan terjadi sekiranya kamu tiada dikalangan mereka.

Sesetengah ulama’ berkata hadis ini menjelaskan bahawa hubungan orang beriman dengan orang beriman yang lain umpama satu tubuh. Perkara ini menjadi mudah bagi hati yang sihat dan susah bagi hati yang sakit.

Tafsir al-Qur’an
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

آ مين >>[ perkenankanlah]

Seperti telah diterangkan surah al-Fatihah ini mempunyai banyak nama. Diantaranya ialah surah Doa’, kerana di dalamnya terdapat doa’ dari ayat pertama sampai ayat yang akhir ia mengandungi doa’. Sebab itulah ALlah mengajarkan kepada Nabi SAW setiap kali selesai membaca sl-Fatihah agar menyebut Amin yang bererti perkenankanlah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud “Jibril mengajar aku menyebut Amin setiap kali aku selesai membaca al-Fatihah”.

Cara menyebut Ami nada berbagai pendapat ulama’. Menurut Imam Fakhrur – rozy dalam tafsir al Kabir ada 3 pendapat:

Dengan memanjangkan alif [disebut a] dan memendekkan min. Contohnya ‘aaa min’.

Dengan memendekkan dan memanjangkan min.

Dengan memanjangkan kedua-duanya.

Menurut Imam Fakhrur-rozy, cara ketiga ialah lebih baik.
Wallahu aqlam.


Rahsia makanan dan hikmahnya dalam Islam .
amirbenhussin@gmail.com

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya, melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan.Juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Jintan hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Fikrah an-Nadwi.
amirussin@yahoo.com

Sayyed Abul Hasan Ali Hasani an-Nadwi

Menurut Sayyed Abul Hasan Ali Hasani an-Nadwi dalam bukunya Islam Dalam Menghadapi Arus Perubahan Dunia katanya, bila Muslim gagal mendapatkan jawapan bagi masalah mereka dengan berpandukan al-Qur’an dan untuk menyesuaikan syariat dengan realiti perubahan dunia, mereka mula menyalahkan al-Qur’an dan tidak diri mereka sendiri.

Mereka memengambarkan bahawa al-Qur’an itu kurang sempurna kerana tidak dapat memenuhi nafsu, kehendak dan keperluan mereka. Disebalik mereka menyesuaikan diri mereka mengikut bentuk al-Qur’an, mereka berusaha membentuk al-Qur’an mengikut kesesuaian pemikiran dan cara mereka .

Mereka membina sistem Islam di atas rangka-rangka system hidup jahiliyyah, akibatnya jadilah Islam itu seperti seorang faqir yang hudoh dan bertampal-tampal pakaiannya yang terpaksa mengemis dibumi sendiri.
Telah dimaklumi bahawa dunia Barat adalah juaran kemodenan, tetapi mereka juga adalah jaguh perosak dan penyesat bagi seluruh kehidupan manusia. Mereka mencipta berbagai teori dan doktrin serta berbagai isma dan ideologi yang sesat dan menyimpang dari ajaran Islam dan as Sunnah.

Segala bentuk pemikiran,doktrin,teori,isma dan falsafah yang dicipta oleh mereka turut dibincang oleh cerdik pandai Islam. Sebaliknya ajaran yang terkandung didalam al-Qur’an dan as Sunnah terpinggir begitu sahaja.

Golongan pemuja Barat akan lebih senang sekiranya peradaban Islam terus tenggelam dihanyutkan oleh arus peradaban jahiliyyah Barat. Firman ALlah SWT yang bermaksud “Apakah ALlah yang menciptakan itu tidak mengetahui [yang kamu lahirkan dan rahsiakan] sedang Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahuai?”.
[S.al-Mulk:14]

Nama-nama surah al-Qur’an.
benhussin.blogspot.com

Az - Zil zal - Kegoncangan
AL - ‘Adiyat - Yang berlari kencang
Al - Qari’ah - Peristiwa besar`
At - Takatsur - Berlumba memperbanyak
Al - ‘Ashr - Demi masa
Al - Humazah - Pengumpat
Al - Fil - Gajah
Quraisy - Suku Quraisy
Al - Ma’un - Zakat

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Ke Australia
To Australia
الى استراليا Ila Australia
اسريليا Australia

Berapa orang semuanya ?
How many are you in all ?
كم عذ ذ كم ؟ Kam adddukum ?
ا ب كل كتني افراذ حين ؟ Ap kul kitne aprad hain ?

Di Bandar mana di Australia?
To which city in Australia ?
في اي بلذ ة في استرا ليا ؟ Fi aiyi baladatin fi Australia ?

اسطرليا ميى كون سي شيهير ؟
Australia me kaun sa seher ?


Soal jawab.
amirussin@yahoo.com

Soalan: Apakah hukumnya memakai pewarna rambut bagi lelaki dan perempuan?

Jawapan: Harus [dibolehkan] sekiranya pewarna yang dipakai halal seperti inai dan tidak menghalang air dari sampai ke rambut ketika mengambil wudhuk dan mandi wajib.

Bagi wanita diharuskan memakainya untuk suami, haram sekiranya untuk perhiasan bagi orang lain. Manakala bagi lelaki pula dihalalkan memakai inai yang berwarna merah sahaja.

Soalan: Bolehkah kita memakai ‘contact lens’ ?

Jawapan: Memakai ‘contact lens’ atau kanta sesentuh adalah diharuskan[dibolehkan] sekiranya bertujuan untuk manfaat diri, dan dengan niat yang betul untuk membantu penglihatan mata kita.

Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Asal usul kejadian Nabi Adam a.s.

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Adam A.S mengerjakan haji sebanyak 40 kali berulang alik dari India ke Tanah Suci Makkah hanya dengan berjalan kaki. Dikatakan ketika Nabi Adam A.S berjalan kepalanya mencecah ke langit, ketinggiannya menakutkan binatang di darat.

Sebelum wafat Nabi Adam A.S mempunyai bilangan anak dan keturunannya seramai 40,000 orang. Mengikut satu riwayat Nabi Adam A.S wafat berhampiran bukit di mana ALlah mengutuskannya turun dari syurga ke bumi [di India]. Nabi Syith A.S dan malaikat Jibrail menyembahyangkan jenazahnya. Nabi Syith A.S menyatakan kepada Jibrail A.S “ silalah kamu mengimamkan solat”.

Jibrail A.S pula berkata kepada Nabi Syith A.S “silalah engkau mengimamkan solat jenazah bapa kamu dengan takbir sebanyak 30 kali”. Umur ketika Nabi Adam A.S meninggal dunia ialah 936 tahun.

Sejarah penciptaan Nabi Adam A.S diriwayatkan oleh berbagai riwayat, ada yang kuat sandarannya dan ada juga yang sebaliknya.

ALlah befirman yang bermaksud “Kemudian Dia menentukan pula ajalmu [kematianmu] dan setiap ajal itu ditentukan disisiNya” [s:al-An’am:2]


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-madwi

المعيذAl Muaidu [Yang Mencipta Semula Kejadian Makhluk].

Apabila seseorang itu hilang [tidak pulang] ke rumah, baca nama ALlah ini, 70 kali pada setiap sudut rumah. Pada waktu malam ketika semua orang sedang tidur.

Insya ALlah orang yang hilang itu akan pulang dalam masa 7 hari, atau tempat dia berada akan diketahuai.

Info kesihatan.
benhussin.blogspot.com

Habbatus sawda’ [jintan hitam].

Habbatussauda adalah sejenis tumbuhan berupa rumput kecil yang banyak tumbuh di daerah gurun dan di kawasan Mediterranian. Memiliki batang yang tingginya lebih kurang 15 cm, kelopak bunga berwarna kebiruan dan didalamnya terdapat biji-bijian berwarna hitam sebesar 3mm yang disebut nama biologi dari tumbuhan ini ialah Nigella Sativa.

Dikenali juga sebagai "black cumin" dalam bahasa Inggeris dan "jintan hitam" dalam bahasa Melayu. Habbatussauda telah digunakan secara luas sebagai ubat dari berjenis penyakit selama lebih dari 2000 tahun yang lalu.

Satu ulasan ilmu kedoktoran mengatakan bahwa Habbatussauda mengandung lebih dari 100 unsur penting yang diperlukankan untuk kesehatan manusia antaranya ialah :

1. Anti inflamasi, mengubati sakit dan radang tengkorak.

2. Anti Artritic, mengubati reumatik.

3. Anti Analgesic, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).

4. Aktiviti hormon mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.

5. Antiseptic, mengubati bau mulut.

6. Antiphyretic, menyembuh demam.

7. Antivirus, mengubati selsema dan penyakit lain yang disebabkan oleh virus (Thypus,DBD, Hepatitis, HIV/AIDS, Selsema Burung, dsb.)

8. Dematology, mengubati jerawat.

9. Urinary tract, mengubati saluran kencing dan buah pinggang.

10. Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh (antibody) untuk menghalang penyakit.

11. Gastro intestinal tract, mengobati mabuk, kejang dan hempedu.

12. Sistem sirkulas, meningkatkan kerja jantung.

13. Nematocidal, membasmi cacing pita.

14. Respiratory tract, mengobati sesak nafas (asma).

Habbatussauda khasiatnya antara lain mengubati darah tinggi, gula dalam darah, darah rendah, diabetes, paru-paru, sakit dada yang kronik, kanser dan tumor, menyegarkan tubuh yang lesu, mandul, keputihan, menstabilkan hormon endocrine yang menguatkan syahwat, berbagai penyakit kulit gastrik, melancarkan pencernaan, mengatasi stress, susah tidur (insomnia).

Ia juga boleh menurunkan kolestrol, stroke, lumpuh sebelah, luka di hati, pencegahan dan kimotripi kanker dan tumor, batuk menyegarkan dan menghancurkan lemak yang berlebihan, menghaluskan dan mengencangkan kulit.

Baik untuk wanita selepas melahirkan maupun sebelum dan sesudah pembedahan, mengencangkan otot—otot yang kentur dari dalam, pra-monopause, jantung, bengkak-bengkak, mencegah pendarahan, sakit menjelang dan waktu haid, sengal-sengal, neurosis (sakit jiwa ringan), anemia, epilepsi, dan bausir.

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasullah S.A.W telah bersabda : 'Pada al-Habbah al-Sawda' terdapat obat bagi segala penyakit, kecuali as-sam."
Hadist ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Bukhari dan Ibnu Majah. Dan hadis ini tercantum dalam himpunan hadist-hadist sahih nombor 857.

Sebagai kesimpulannya bahawa kandungan dan khasiat Habbatussauda yang sangat mengagumkan tidak lepas dari Maha Kasih Sayang Allah SWT, sebagaimana diterangkan bahwa ”setiap penyakit ada ubatnya“. Dengan menggali Sunnah Rasulullah SAW, lalu berikhtiar berubat dan bertawakkal pada ALlah.

English Section
amirussin@yahoo.com

What are the characteristics of Islam ?

They are so many characteristics in Islam that it is difficult to enumerate them all. One British woman who converted to Islam said “ It suffices Islam to be the best of all beliefs that it prohibits alcohol ”.

Islam, in fact, is the best bounty granted by God to human. Islam has protected man’s life by prohibiting murder and punishing murderers. Islam has protected the man’s mind by prohibiting alcohol and punishing drinkers.

Islam has proteced property by punishing thieves and robbers. Islam has protected religion by punishing apostates. Imagine yourself living in a community where you are not secure about your life, where alcohol kill minds, where theft and robbery threaten property, where slender threatens names of people, and where adultery destroys families.

What kind of life that would be! In fact, some Western communities suffer a great deal from all that. Murder, crime, alcohol, slander, adultery, fornication and all sorts of sins and crimes.
An Islamic pattern of life is certainly a clean perfect pattern. It is the best pattern possible. If you want to choose a superb adeal pattern of life, your only right choice is inevitably going to be Islam.


Iklan.

Adik – adik yang ingin menghantar karya dan lukisan boleh mengirim lukisan dengan tajuk ‘ Kaabah ’dan karangan dengan tajuk ‘ Kenapa saya belajar ’.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.

Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi,untuk memenuhi cuti persekolahan anak-anak anda kami mengadakan : Kem Anak Soleh, Kem Solat, Motivasi Kecemerlangan Minda. Berminat sila hubungi Ust.Amir ditalian 013 7338966.

No comments: