Wednesday, July 28, 2010

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Tidak terlambat rasanya warga kerja albayan mengucapkan selamat hari guru buat semua para pendidik di seluruh Malaysia. Kerja mendidik bukannya kerja senang dan main-main, tetapi ia perlu pada usaha gigih, pengorbanan dan keikhlasan demi menjadikan anak didiknya seorang insan yang berakhlaq mulia di dunia maupun di akhirat.

Perjuangan para guru untuk merealiasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelansungan generasi masa depan. Justeru itu pengiktirafan untuk mereka yang bergelar pendidik amat perlu untuk membangkitkan momentum perjuangan kearah mendidik masyarakat demi mencari keredhaan Ilahi.

Masyarakat hari ini amat memerlukan seorang guru yang bukan sahaja dapat mengajar, tetapi seorang guru yang dapat mendidik. Mungkin ramai orang boleh mengajar, tapi ramai orangkah yang dapat mendidik dan menjadikan anak didiknya seorang yang kamil.

Kita seringkali membaca dan mendengar kejadian tidak bermoral yang berlaku dewasa ini yang dilakukan oleh anak-anak remaja dan ibu/bapa remaja juga. Jenayah semakin menjadi-jadi, keganasan rumah tangga, ada suami mencurah asid kemuka isteri,
mengelar kemaluan dan membunuh pasangannya sendiri. Kes bunuh menjadi kebiasaan, mangsa termasuklah bayi yang dibiar mati dalam tong sampah dan lubang atau mangkuk tandas. Kita menjadi bimbang dan bingung apa sebenarnya telah menimpa negara kita yang didakwa sebagai Negara Islam contoh.

Apa yang berlaku ini adakah oleh kerana hukum hakam ALlah S.W.T yang menciptakan manusia tidak tertegak di atas muka bumi ini, dalamnya ada kehidupan, itu jaminan-Nya tetapi kita tidak mengendahkannya. Kita berlaku zalim dan menurut hukum hakam berasaskan hawa nafsu. Apabila manusia berani menolak hukum hakam ALlah, mereka sudah menempa kebinasaan diri dan tunggulah balasan dari ALlah.
amirbenhussin@gmail.com


Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Mengenali Dr.Zakir Abdul Karim Naik.

Kristian yang banyak menabur fitnah tehadap Islam melalui kajian, pengamatan, pengalaman, penghayatan dan bermacam-macam lagi dakyah mereka untuk memesong aqidah umat Islam kini dapat ditangani dengan munculnya seorang tokoh yang merupakan anak didik Syeikh Ahmad Deedat bagi menepis sekaligus mematahkan hujah-hujah para pendakyah Kristian tersebut.

Dr.Zakir Abdul Karim Naik adalah merupakan sorang tokoh yang petah berhujah dengan al-Qur’an dan Injil dalam bahasa Inggeris. Beliau mula berhujah dan berpidato dihadapan paderi-paderi Kristian pada awal tahun 1991, termasuk menghadiri forum-forum terbuka dan tertutup bagi menangkis segala dakyah Kristian. Ini adalah tugas yang bukan semua orang boleh lakukan oleh seseorang pengamal perubatan yang mampu menguasai isi kandungan al-Qur’an.

Dr.Zakir Naik meluangkan banyak masa untuk menghafaz, memehami dan menggunapakaikan al-Qur’an sebagai hujah terhadap golongan Kristian dan agama-agama lain. Beliau dianggap oleh kebanyakkan ahli akedemik Islam dan bukan Islam sebagai pemidato terbaik khususnya dalam perbandingan agama.

Setiap hujah yang diajukan oleh pengamal Kristian dapat ditangkis dengan cukup mudah.

Beliau dilahirkan di Mumbai, India pada 23 jamadilakhir 1385/18 Oktober 1965. Bersekolah di St.Peter High School (ICSE) di Kota Mumbai, kemudian bergabung dengan Kishinchand Chellaram College di Mumbai. Beliau mempelajari bidang perubatan di Topiwala National Medical College and Nair Hospital di Mumbai dan menerima gelaran MBBS di University of Mumbai. Pada tahun 1991 beliau berhenti bekerja sebagai doktor perubatan dan beralih ke bidang dakwah dan proselitisme Islam.

Untuk melawan apa yang diserang oleh media Barat terhadap Islam atas apa yang berlaku pada 11 September 2001, beliau telah berceramah dan menulis buku tentang Islam dan perbandingan agama ditujukan untuk menghapus keraguan tentang Islam.Sejumlah artikelnya diterbitkan di majalah India seperti Islamic Voice. Atas undangan Islamic Imformation and Service Network of Australasia beliau berkunjung ke New Zealand dan Australia pada tahun 2004 bagi menghadiri satu persidangan.

Beliau bukan sahaja berdebat dan berhujah mengenai agama Kristian, tetapi juga dengan agama Hindu bagi memberikan kefahaman antara dua agama besar di India. Sehingga sekarang beliau aktif menjalankan debat dan dialog dengan pembesar-pembesar agama lain di seluruh dunia. Beliau pernah berdebat dengan ketua agama Kristian Katolik, Pope Benedict XVI dan Sri Ravi Shankar di Palace Grounds, Bangalore yang dihadiri oleh 50.000 orang dengan tajuk Konsep Tuhan dalam Islam dan Hinduisme.

www.islamiyoon.islamonline.net.www.ar.wikipedia.org


Dars Bukhari
Oleh: Ust.Shamsuddin an-nadwi

Daripada Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “ Tiap-tiap anggota badan manusia adalah sedekah pada setiap hari yang terbit matahari. Kamu berlaku adil diantara dua orang yang bergaduh adalah menjadi sedekah. Kamu membantu seorang lelaki yang berangkat naik keatas kenderaannya, ataupun kamu tolong mengangkat barang-barang keatas kenderaan adalah menjadi sedekah, perkataan yang baik adalah menjadi sedekah, setiap langkah yang kamu berjalan untuk bersolat menjadi sedekah dan kamu membuan sesuatu yang menyakiti dari jalan raya adalah sedekah ”.
[Hadis riwayat Bukhari]

Hadis ini adalah hadis yang terbaik. Salah satu peraturan daripada peraturan agama yang terpilih. Hadis ini juga menjelaskan pekerjaan-pekerjaan baik yang dikerjakan oleh manusia. Malahan pekerjaan itu menjadi pahala dan pahalanya berganda-ganda apabila seseorang hamba itu mempunyai sifat tolong menolong melalui ‘ilmu pengetahuannya yang luas.

Diceritakan sesunguhnya tubuh manusia mempunyai 360 sendi. Setiap sendi membuat pahala sedekah setiap hari, dan setiap ‘amalan kebaikkan yang dilakukan pada awal hari bererti seseorang itu telah membayar zakat badannya pada hari itu.
Kerana bagi badan zakat sepertimana bagi harta itu ada zakatnya. Zakat badan ialah segala ‘amalan yang baik samaada pekerjaan harian seperti berniaga, berladang, bekerja di pejabat-pejabat, di kilang-kilang dan segala bentuk pekerjaan yang diredhai oleh syariat. Ataupun dengan perkataan seperti mengajar, belajar, membaca al-Qur’an, berzikir dan nasihat menasihati atau yang serupa dengan kedua-duanya.

Tersebut dalam hadis lain bermaksud dua rakaat solat dhuha sebagai zakat badan tersebut. Bahawa sejak pagi-pagi lagi tiap-tiap anggota salah seorang daripada kamu menjadi sedekah. Tiap-tiap tasbih menjadi sedekah, tiap-tiap tahmid menjadi sedekah, tiap-tiap tahlil menjadi sedekah, menyuruh kebaikkan menjadi sedekah, mencegah kejahatan menjadi sedekah dan memadailah dari melakukan semua itu dengan dua rakaat solat dhuha.

Antara pekerjaan yang lain adalah membersih sesuatu yang menyakitkan atau menjadi halangan dijalan-jalan bertujuan memudahkan orang ramai mengguna jalan itu., atau menjauhkan sesuatu yang merbahaya dari orang ramai.


Mutiara Kalam [siri 19].
Oleh: Ust. Qamaruzzaman an-nadwi

Apabila
Telah pupus
Ghairah Iman
Dunia
Jadi suram
Dan buta.



Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Kiamat hampir apabila zina dianggap halal.

Hari ini kita melihat satu fonomena yang amat asing bagi kita yang memegang teguh dengan ajaran Islam, tetapi dianggap biasa dan moden oleh golongan yang mempersendakan agama Islam. Zina sudah menjadi satu amalan biasa oleh sesetengah golongan dan kadangkala dianggap kolot sekiranya seorang anak gadis masih dara.

Sering kita mendengar sekiranya seorang anak yang hamil di luar nikah, kedua orang tuanya sangat susah hati. Tapi sekiranya ada seseorang pemuda yang sanggup menikahinya maka hilanglah kesedihan dan rasa malu. Bahkan setelah itu mereka melakukan pesta perkahwinan dengan acara besar-besaran.

Tersebarnya zina adalah atas fakror penggalaknya yang tersebar luas seperti majalah dan filem porno, talivesyen dengan tayangan lucah, sinetron dedah aurat dan termasuk juga laman-laman web porno yang mudah untuk diakses.

Tersebarnya zina menampakkan pada kita akan kehancuran dunia ini semakin dekat, tinggal menunggu waktunya sahaja. Dari Anas bin Malik r.a, beliau mengatakan pada Qatadah, “Sesungguhnya aku akan memberitahu pada kamu satu hadis yang tidak pernah kamu dengar dari orang-orang sesudahku.

Kemudian Anas mengatakan yang bermaksud: “ Antara tanda-tanda hari kiamat adalah sedikitnya ilmu dan tersebarnya kebodohan, diminumnya khamar, merebaknya perzinaan ”. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim] Mengikut kitab Fathul Baari merebaknya perzinaan adalah dianggap biasa sehingga orang-orang yang berzina tidak lagi menyembunyikan perbuatannya kerana telah banyak orang yang melakukannya.

Jika perzianaan sudah merebak maka tunggulah azab dari ALlah sebagaimana Abdullah Ibn Mas’ud r.a berkata “ Tidaklah muncul perzinaan di sebuah negeri, kecuali ALlah mengumumkan kehancurannya ”.
Dari Aisyah r.h katanya ketika Rasulullah S.A.W berkhutbah pada solat gerhana matahari bersbda yang bermaksud: “ Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih tersinggung [ghirah] melebihi ALlah ketika seorang hamba laki-laki dan perempuan berzina. Hai umat Muhammad, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kalian akan banyak menangis dan sedikit ketawa ”. Kemudian Rasulullah S.A.W menganggkat kedua tangannya dan berkata “ Ya ALlah, apakah hal ini sudah aku sampaikan? ”. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Imam al-Qurtubi dalam kitabnya al-Mufhim Lima Asykala min Talkhiisi Muslim, dalam menghuraikan hadis dari Anas bin Malik r.a mengatakan “ Dalam hadis ini terdapat tanda kenabian, iaitu Nabi S.A.W memberitahu beberapa perkara yang akan terjadi, lalu secara khusus telah terjadi pada zaman sekarang ini ”.

Zina pada masa ini tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang dosa besar, hina dan memalukan. Bahkan di negara-negara yang kataya bertamaddun menghalalkan perzinaan dan hubungan sesama jenis.Dari Abu Malik Asy’ari r.a bahawa dia mendengar Nabi S.A.W bersabda: “ Sungguh ada daripada umatku beberapa kaum yang menghalalkan [ menganggap halal ] perzinaan, memakai sutera, meminum khamar dan muzik-muzik ”. [Hadis riwayat Bukhari]

Dan pada akhir zaman banyak orang yang tidak merasa dosa dan kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagaimana sabda Nabi S.A.W dari Abu Nawwas r.a yang bermaksud: “ Dan ingatlah manusia-manusia yang buruk yang sesukanya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang ”. [Hadis riwayat Muslim]


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Beza Iman dan Islam.

Makna Iman dalam lughah ialah sesuatu yang diterima atau dibenarkan oleh hati, itulah Iman. Dan makna Islam, menta’ati dan mengikuti. Tempat Iman bertapak adalah hati dan begitulah juga Islam tempatnya adalah hati, tetapi diikuti oleh anggota-anggota tubuh badan yang lain.

Dalam syariat, tanpa Iman hanya Islam, dan tanpa Islam hanya Iman tidak akan diterima pakai, contohnya dalam hati aku ALlah dan Rasul, tidak akan diterima pakai syariat selagi tidak zahir melalui lidah dan tunduk ta’at melalui ‘amal.

Begitu juga izhar melalui lidah dan ‘amal ta’at tidak akan diterima oleh ALlah S.W.T selagi dalam hati tidak tasdiq akan ALlah S.W.T dan Rasul S.A.W. Kedua-duanya membawa makna berbeza-beza tetapi dicantum maka barulah sesuatu yang mu’tabar disisi ALlah dan diterima syariat tanpa Iman, Islam tidak mu’tabar begitu juga tanpa Islam, Iman tidak mu’tabar.

Bila Islam iaitu ta’at zahir sahaja tetapi tanpa Iman, iaitu tasdiq akan ALlah S.W.T dan Rasul-Nya, maka al-Qur’an menggelar orang begini dengan perkataan Nifaq dan orang Munafiq ini akan menerima azab yang lebih pedih berbanding orang-orang kafir umum.

Begitu juga orang yang mengakui akan ALlah dan Rasul-Nya tetapi menolak untuk menta’ati dengan ‘amal badan maka orang ini al-Qur’an menggelarkannya dengan gelaran orang kafir.
[bersambung]


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Berapakah tambang ke…… ?
How much is the fare to……?

كم الاجره الى........ ؟
Kam ujuratu ila…….

كا كراي كتن هي.......؟
Ka kiraya kitna he……
Saya hendak ke………
I want to go to………..

اود اذهب الى........
Awaddu azhabu ila……

مين ........جا نا جا هتا هو .
Mein …….jana cahta hu.

Adakah ia jauh dari sini ?
Is it far from here ?

هل هو بعيد من ههنا ؟
Hal huwa ba’edu min hahuna ?

كيا وه يها سي دور هي ؟
Kia woh yaha se dur he ?


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Kisah iblis mengadap Nabi Muhammad S.A.W

ALlah S.W.T memerintahkan seorang Malaikat pergi kepada Raja Iblis syaitan menyuruh mengadap Nabi Muhammad S.A.W supaya menceritakan segala jenis rahsia yang disukainya dan apa yang dibencinya. Ini semua adalah bagi membesarkan ketinggian darjat Nabi S.A.W dan juga sebagai menjadi perisai dan peringatan ke atas umat Nabi S.A.W.

Lalu iblis pun bersegera mengadap Nabi S.A.W dengan menyerupai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih sebanyak 10 helai dan panjangnya seperti ekor lembu. Iblis memberi salam sebanyak 3 kali dan tidak dijawab oleh Nabi S.A.W, maka sembah iblis: “ Ya Rasulullah! Mengapakah tuanhamba tidak menjawab salam hamba, bukankah salam itu sangat mulia disisi Tuhan ” ?

Maka jawab Nabi S.A.W dengan marahnya: “ Hai ‘aduwullah seteru Tuhan! Kepada akukah engkau menunjukkan mukamu! Patutkah muka engkau hendak menipuku sebagaimana engkau telah menipu Nabi Adam A.S keluar dari syurga dan Habil mati teriniaya dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau dan Nabi ALlah Ayub A.S engkau tiup dengan asap racun pada masa ia sedang sujud didalam solatnya sehingga beberapa lama ia menanggung kesengsaraan.

Dan kisah Nabi Daud A.S dengan perempuan pahlawan Urya dan Nabi Sulaiman A.S meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyerupai diri seperti isterinya lalu engkau larikan cincinnya. Juga beberapa orang anbiya’ dan pendita-pendita yang telah menanggung sengsara oleh perbuatanmu yang khianat.

Hai iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia disisi ALlah, hanya salam engkau sahaja yang aku tidak mahu menjawabnya kerana telah diharamkan oleh ALlah dan engkau telah dilaknat serta ditentukan di dalam neraka yang siksaannya amat pedih. Aku mengenali mu iblis raja segala syaitan yang menyamar diri. Apakah tujuan engkau datang berjumpa dengan ku?

Iblis menjawab: “ Ya Nabi ALlah! Janganlah tuanhamba marah, saya datang mengadap ini adalah diperintahkan oleh ALlah supaya tuanhamba dapat menyoal sesuatu perihal umatmu dengan tipudaya saya diatas semua manusia semenjak Nabi Adam A.S sehinggalah kepada zaman yang selepas daripada tuanhamba. Saya menggoda kepada beberapa simpang dan jalan yang sesat supaya binasa mereka dengan tipudaya saya.
[bersambung]


Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Apakah boleh seorang Imam melakukan sujud yang akhir terlalu lama?

Jawapan: Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “ Saat yang paling hampir seseorang hamba kepada ALlah ialah ketika dia sujud ”. [Hadis riwayat Muslim,Tirmizi, Nasai dan Ahmad].

Sabda Rasulullah S.A.W lagi yang bermaksud: “ Sesungguhnya dijadikan Imam supaya dapat diikut maka janganlah kamu melakukan perkara yang bertentangan dengan perbuatannya ”. [Hadis riwayat Muslim].

Persoalan Imam melakukan sujud panjang pada sujud yang terakhir tidak dijumpai dalam mana-mana hadis atau apa-apa perbuatan daripada baginda. Bagi seorang Imam hendaklah peka dan bertanggung jawab terhadap tugas yang diamanahkan.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “ Jika kamu solat bersendirian maka panjangkan solat kamu dan juka kamu berjemaah, maka hendaklah dipendekkan ”. [Hadis riwayat Bukhari,Daud,Nasa’,Malik dan Ahmad].

Oleh itu, seseorang yang ingin menjadi Imam hendaklah melihat kemampuannya dari berbagai aspek dan memahami tugas ia sebagai seorang Imam yang berkemungkinan yang mengikutnya solat terdiri dari orang-orang tua yang uzur dan kanak-kanak.


Peperangan yang abadi.
benhussin.blogspot.com

Kebencian orang kafir terhadap Islam dan Muslim akan terus berlansung sampai ‘sangkakala ditiup’. Sekarang sudah tiba masanya perang ketenteraan seperti dalam filem ‘Lion of Desert’ yang dibintangi Antony Queen sebagai Umar Mokhtar.

Peperangan lebih kepada perang pemikiran [ghazwatul fikri] dan perang kebudayaan [ghazwatul tsaqofi]. Yang jelas kelihatan, tapi pengaruhnya boleh membuatkan Muslim tidak kenal dirinya sendiri. Pemikiran kufur sudah menular di tengah-tengah Muslimin. Boleh didapati dengan bebas tanpa batasan dalam bentuk kaset dan CD.

Pemikiran kufur dan Islam seperti hitam dan putih. Jelas terdapat perbezaannya. Kini kafir sedang giat aktif menjadikan perbezaan warna itu nampak jelas di mata orang Islam. Demokrasi seolah-olah menjadi idea yang boleh diterima untuk mengeluarkan negara-negara Islam daripada terus mengharapkan bantuan. Ikatan sekular yang rapuh menggantikan ikatan aqidah yang kuat lagi hebat.

Paling ketara, ada dikalangan orang Islam Muslim yang malu untuk meng’amalkan peraturan ALlah dalam menjalani kehidupan seharian, mereka lebih selesa menjalani kehidupan seharian dengan aliran sekularisme dan gaya hidup barat.

Budaya Barat menjadi kiblat gaya hidup moden dan pergaulan bebas, tanpa menghiraukan batas-batas haram dan halal. Sama sekali tidak merasa bersalah untuk turut menyambut hari-hari kebesaran orang kafir seperti tahun baru Masihi, Velentine, April fool, Halloween dan Hari Natal.

Padahal Rasulullah S.A.W sudah bertegas dengan melarang umatnya untuk mengikut budaya dan perayaan orang kafir.Sama-samalah kita berfikir demi memartabatkan kedaulatan Islam dalam menempoh peredaran masa yang kian mencabar kemuliaan Islam.


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Renungkan dan ambil iqtibar dari sabda Nabi S.A.W.

ALlah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikan juga ubatnya kecuali mati. Firman ALlah S.W.T bahawa sesiapa yang hidup menurut petunjuk al-Qur’an akan lanjut usianya.
Perut itu rumah penyakit dan puasa itu raja segala ubat, oleh itu jadikannya kebiasaan anda.

Asal penyakit ialah sejuk, oleh itu makanlah apabila anda kehendakki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.


Kronologi penindasan Zionis terhadap umat Islam Palestin.
tamarmerbok.blogspot.com

1924 : Kejatuhan Empayar Uthmaniyah.
20 Ogos 1929 : Ekstremis Yahudi menyerang Masjid Aqsa untuk menguasai tembok barat.
1947 : Resolusi PBB [ membahagikan Palestin kepada 2 bahagian .
15 Mei 1948 : An-Nakbah.
16 Jun 1969 : Rejim Zionis menakluk timur laut Masjid Aqsa dan mengubah Tembok Buraq menjadi hotel.
21 Ogos 1969 : Denis Rohan membakar Masjidil Aqsa.
September : Tragedi Shabra dan Shatila, 278 perkampungan musnah.
24 September 1986 : Terowong Barat Masjidil Aqsa dibuka kepada umum dan menjadi tarikan pelancong Yahudi.
25 September 1994 : Dr.Baroukh Goldstein, menyerang Masjid Ibrahimi, 50 syahid dan 300 cedera.
3 Oktober 1999 : Perdana Menteri Israel, Ehud Barak melancarkan terowong selatan Masjidil Aqsa dan menjadikannya Sinagoga.
28 September 2000 : Ariel Sharon dan tenteranya memasuki Masjidil Aqsa tanpa membuka kasut.
2000 – 2003 : Muslim berusia 45 tahun ke bawah tidak di benarkan bersolat di Masjidil Aqsa.
15 Oktober 2004 : Muslim berusia 60 tahun ke bawah tidak di benarkan bersolat di Masjidil Aqsa ketika bulan Ramadhan.
Jun – September 2003 : Ekstremis Yahudi ingin membina haikal, mengancam untuk menyerang Masjidil Aqsa.
Jan 2009 : Serangan menggila ke atas Jaluran Gaza .

Sehingga ke hari ini 31 Mei 2010 , salah satu kapal bantuan kemanusiaan lifeline4Gaza, konvoi dari Malaysia dan Indonesia telah diserang dan ditawan.
2 Jun 2010 – Semua tawanan lifeline4Gaza dihantar ke Jordan.


English Section
amirussin@yahoo.com

Is Islam for the Arabs only ?

No, it is not. Every prophet before Muhammad, the Prophet of Islam, was sent to his own people only, except Prophet Muhammad, who, being the last prophet, was sent to all humans of all times and places.

It just happened that Muhammad was an Arab living among Arabs. Therefore, he began with his kins, relatives, neighbors, acquaintances, and friends, but later he addressd all Arabs, all humans, all Jews, and all Cristians close to him.

Islam is God’s final message to all humans. Islam means, both literally and terminologically, full submission to God. Submit to God, brother, before it is too late. Islam is for you. For all humans in all continents, for all races, all majorities, all minorities, and all colors everywhere.


Nazam

Kekasih
Betapa rindunya diriku pada Mu
Betapa dalamnya cintaku pada Mu
Betapa sengsaranya hati ini
Betapa gelisahnya aku menghitung
Waktu dan saat kita bertemu.
Kekasih
Namun tetapku sedari
Diriku tidak layak bergelar kekasih
Pada Mu yang cintanya dipuja
Direbut seluruh umat manusia.

Aku
Bukanlah Rasul
Bukanlah Nabi
Bukanlah sahabat
Bukan jua tabi’in.

Aku
Bukanlah ulama’
Bukanlah wali
Bukanlah syuhada’
Bukan jua solihin.

Namun tetap akan ku rebut
Cinta Mu
Aku hanya bagaikan serangga
Di bumi Mu yang luas ini
.

nukilan:
Ahmad Muhammad.


Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos].
Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati : www.tamarmerbok.blogspot.com.

No comments: