Sunday, May 15, 2011

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i.
1 Mei, lazimnya semua penjawat awam akan menyambut Hari Pekerja. penjawat awam merupakan nadi atau tulang belakang untuk menggerakkan sesebuah negara. Sekiranya semua penjawat awam atau pekerja digerakkan dengan lunas atau acuan Islam, maka insyaALlah negara itu akan menjadi sebuah negara yang terhindar dari gejala rasuah, penyelewengan dan sebagainya maka ia akan diberkati oleh ALlah.

ii.
Salah guna pada kemudahan terkini di alam siber boleh menyesat dan memesongkan aqidah seseorang. Seorang pemuda Islam, Melayu berusia 32 tahun membuat pengakuan ‘I’m Gay and I’m okay’. Pemuda ini tidak perlu bersusah payah pergi ke Barat bagi mendapatkan bahan-bahan untuk menyonsangkan dirinya, tapi hanya cukup dengan mencari semua bahan-bahan tersebut di alam siber. Oleh itu awasilah diri dan anak-anak apabila melayari internet !

iii.
Berbagai budaya dan adat yang bertentangan dengan sunnah masih aktif di’amalkan dikalangan masyarakat sekarang. Majlis walimah [perkahwinan] yang masih bercampur aduk antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram [ada yang masih tidak


menutup aurad bagi kaum perempuan], dihiburkan
dengan hiburan yang lagha, persandingan dan sebagainya. Budaya dan adat terutamanya upacara persandingan sepatutnya sudah lama boleh ditinggalkan dan digantikan dengan ‘amalan sunnah yang dianjurkan oleh Nabi SAW, semoga segala ‘amal perbuatan kita akan mendapat keberkatan dari ALlah Tuhan Pencipta ‘Alam.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Syeikh Ahmed Yaseen.
[Dibunuh oleh rejim Israel pada 22 Mac 2004]

Syeikh Ahmed Yaseen pengasas utama jamaah HAMAS di Palestin. Beliau menubuhkan Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyyah sekitar tahun 1987 bertujuan untuk membela hak dan maruah umat Islam Palestin.

Beliau lumpuh sejak awal remaja, tetapi tidak menghalangnya untuk berjihad menentang rejim Israel. Beliau juga semasa hayatnya pernah ditahan dan diseksa oleh rejim Yahudi Israel.

Dilahirkan pada 1 Januari 1929 di perkampungan Palestin Majdal yang terletak berhampiran dengan Bandar kecil Jaffa di Wilayah Ashqelon. Perkampungan ini merupakan sebahagian wilayah Palestin yang dirampas oleh Israel sekitar tahun 1948. Keluarga beliau telah perpindah ke Semenanjung Gaza setelah diusir oleh Israel.

Walaupun beliau lumpuh hampir seluruh badan, dalam bidang pendidikan peringkat rendah dan menengah beliau amat cemerlang dan melayakkannya menyambung pelajarannya ke Universiti al-Azhar, Mesir.

Sebaik menamatkan pelajarannya, beliau kembali ke Gaza dan berkhidmat sebagai guru dan khatib dibeberapa buah masjid di Palestin dan menubuhkan gerakan Ikhwan al-Muslimin. Gerakan ini bertujuan untuk membantu rakyat Palestin untuk memenuhi keperluan semasa seperti memberi bantuan makanan, membina masjid, sekolah, hospital dan pusat kegiatan masyarakat.

Usaha mereka pada mulanya mendapat sokongan rejim Israel, kerana rejim Israel menghendaki gerakan Ikhwan al-Muslimin ini menyaingi pengaruh PLO. Setelah mendapati gerakan ini boleh mempengaruhi penghayatan Islam dikalangan rakyat Palestin, akhirnya Syeikh Ahmed Yaseen ditahan oleh rejim Israel pada tahun 1983 atas tuduhan menyeludup senjata daripada Mesir. Atas tuduhan itu beliau dikenakan hukuman penjara selama 13 tahun.

Bagaimanapun beliau dibebaskan 2 tahun selepas itu. Sejak dibebaskan, beliau sentiasa mengingatkan rakyat Palestin bahawa tanah suci Bait al-Muqaddis adalah hak mutlak umat Islam dan sama sekali tidak boleh diserahkan kepada orang kafir.

Semasa hayatnya beliau berikrar dengan mengatakan ‘Kami memilih jalan ini, kami hanya akan mengakhirinya dengan kemenangan ataupun syahid’. Atas sebab itulah beliau ditahan beberapa kali dan rejim Israel juga berusaha untuk membunuhnya.

Cubaan pertama untuk membunuhnya ialah pada 6 September 2003 rejim Israel telah mengebom keatas kediaman Dr.Marwan Abu Ras semasa beliau dan beberapa pimpinan baru selesai bermusyuarah, beliau dan beberapa pimpinan Hamas hanya cedera ringan manakala Dr.Marwan dan keluarganya cedera parah.

Pada 22 Mac 2004, Syeikh Ahmed Yaseen menemui syahid dengan rejim Israel mengebomnya dengan peluru berpandu semasa pembantu beliau sedang menyurung kerusi roda yang dinaikinya selepas selesai dari menunaikan solat subuh. Peluru pertama mencederakan dan mencampakkan beliau ke atas jalanraya, peluru kedua menghancurkan jasad beliau.

Katanya ‘Jihad akan diteruskan, perjuangan akan tetap diteruskan sehinggalah kemenangan dicapai atau para pejuang menjadi syahid’.


Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Dari Abdullah bin Abbas[ra] bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku telah melihat taman-taman syurga, lalu aku memakan setangkai buah-buahan [kalau kamu dalam keadaan seperti aku juga pasti kamu akan memakannya], kemudian aku diperlihatkan dengan api neraka, sesungguhnya aku tidak pernah melihat satu hari yang lebih dahsyat daripadanya, kerana aku telah melihat ramainya penghuni neraka terdiri daripada golongan wanita. Para sahabat bertanya: Adakah kerana mereka kufur kepada ALlah? Ya: Mereka kufur [menentang] ALlah, menentang suami-suami mereka dan menentang berbuat baik…”.
[Hadis riwayat Bukhari ]

Berdasarkan kepada hadis di atas, Dr.Ahmed Nageeb menjelaskan bahawa bukan semua wanita akan memasuki neraka, tetapi wanita-wanita yang akan dimasukkan ke dalamnya adalah mereka-mereka yang engkar akan segala perintah dan suruhan ALlah seperti tidak menutup aurad, tidak bertudung, tidak menta’ati suami, melawan hukum ALlah dan sebagainya.

Wanita-wanita yang diertikan tidak menutup aurad adalah terdiri dari mereka-mereka yang tidak bertudung dan berpakaian seperti lelaki maupun berpakain yang menampakkan susuk tubuh ataupun yang menampakkan aurad-aurad mereka. Juga termasuklah yang memakai tudung tetapi tudung dan pakaiannya tidak mengikut seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Ada yang bertudung tetapi singkat dan tidak melepasi hingga keparas bawah dada atau terlalu kecil. Ada juga yang bertudung tetapi memakai baju T dengan mendedahkan lengan dan perut, berseluar jean yang ketat dan memakai baju dan kain belah sehingga menampakkan aurad dan susuk tubuh serta memakai blaus singkat.

Orang lelaki juga akan dimasukkan ke dalam neraka sekalipun mereka solat dan tidak engkar dengan perintah ALlah, ini kerana mereka membiarkan anak-anak gadis mereka, isteri-isteri mereka kelaur dari rumah dengan tidak menutup aurad dan tidak menutup kepala.

Mereka yang enggan menutup kepala dan dada mereka dengan tudung kepala dihadapan lelaki ajnabi atau wanita-wanita kafir akan digantung dengan rambut mereka sendiri di dalam api nereka, menyebabkan otak mereka menggelegak [mendidih], hingga nanah dan darah berbau busuk dan hanyir.

Nabi SAW setelah turun ke bumi dari langit ketujuh, baginda menangis teresak-esak, lalu disapa oleh anaknya Fatimah, apakah sebabnya baginda menangis? Tegas baginda: “Aku diperlihatkan ALlah ramainya penghuni neraka terdiri daripada golongan wanita”.


Mutiara Kalam [siri 23].
Oleh: Ust. Qamaruzzaman an-nadwi

Syurga
para Ashiqen
Menatap wajah
Wujud.



Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Ubat sakit mata.

Junaid al-Bagdadi mengalami sakit mata. Matanya merah, terasa sakit bila terkena cahaya. Dia memanggil seorang tabib yang beragama Nasrani untuk mengubati matanya. Setelah memeriksa mata Junaid, tabib itu memberi ubat kepadanya seraya berkata: “sapukan ubat ini pada matamu, tetapi ingat, jangan sampai terkena air”. “Kenapa mataku tidak boleh terkena air?” tanya Junaid. “Agar lekas sembuh, kalau terkena air, penyakit matamu tidak akan sembuh”, jelas tabib kepada Junaid.

Setelas tabib itu pulang, Junaid mula berfikir, kalau mataku tidak boleh terkena air, bagaimana aku mahu berwuduk? Dia berfikir untuk bertayamum, tetapi tayamum tidak dibenarkan selagi ada air fikir Junaid lagi.

Akhirnya Junaid nekad mengambil wuduk. Matanya terasa sakit apabila terkena air. Setelah selesai wuduk diapun solat seperti biasa. Selepas itu dengan izin ALlah SWT, matanya terasa sembuh. Keesokkannya tabib itu datang untuk memeriksa mata Junaid, beliau hairan apabila melihat mata Junaid telah sembuh.

“Apa yang kau telah lakukan sehingga matamu sembuh dengan begitu cepat sekali?” Tanya tabib kepada Junaid. “Aku berwuduk untuk solat dan mataku terkena air sewaktu aku membasuh muka”, jawab Junaid. “Itu adalah ubat dari Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Tuhan pulalah yang menyembuhkannya” kata tabib itu.

Kerana perkara itu, tabib itu lalu beriman dengan ALlah SWT. Kata tabib itu “Selama ini aku juga sakit mata, tetapi yang sakit adalah mata hatiku, aku tidak melihat kebenaran Islam kerana mata hatiku sakit. Sekarang aku sudah sembuh, Junaidlah yang menjadi tabibnya”.


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Huraian tafsir sehingga ayat ini, ada menunjukkan bahawa ada diantara orang yang mengaku beriman dengan ALlah dan hari akhirat sedangkan dia sebenarnya lansung tidak beriman bahkan dialah yang merancang untuk menghancurkan Islam, menipu orang yang beriman dan ALlah SWT, tetapi ALlah tidak akan tertipu, bahkan dirinyalah yang akan tertipu. Dalam dirinya tumbuh penyakit dan akan ditambah lagi oleh ALlah penyakit itu yakni penyakit hasad dari masa kesemasa, maka makin jauh ia dari agama dan hari demi hari akan tertutuplah pintu hidayah untuknya.

ALlah SWT akan mencabut ketenangan hatinya bilamana dia melihat kehidupan orang Islam makin bertambah maju dalam agama, maka dengan ini satu penyeksaan dalam kehidupan dunia dan akhirat bila ia kembali kepada ALlah SWT, disana akan diseksa dalam neraka yang bawah sekali, maka kini siapa menipu siapa ?
[bersambung]


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Adakah termasuk makanan ?
Are meals included ?

هل الطعام شا مل ؟
Hal atta’amu shamilun?

كيا كها نا شا مل هي ؟
Kia khana samil he ?


2. Tidak hanya sarapan sahaja.
No, only breakfast

La’ futur faqat.
. لاء, فطور فقط

Sirf nastah
صرف نا شت .


3. Berapa sewa bilik ini tanpa makanan ?
How much for the room without meals ?

Ma hiya ujratu bighairi taa’am ?
ما هي اجرة بغير طعا م ؟

Bigair khan ke kamre kia hoga ?
بغير كها ني كي كمره كيا هوكا ؟


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Jangan kita buta di dunia dan di akhirat.

Tidak ada sesiapapun yang suka menjadi buta di atas muka bumi ini, samaada yang Islam dan bukan Islam. Diibarat seperti seseorang yang mempunyai kereta tetapi tidak mempunyai stereng.

Namun buta yang ditakdirkan oleh ALlah keatas seseorang merupakan qada’ dan qadar ALlah. Sekiranya seseorang yang ditakdirkan oleh ALlah untuk menjadi buta sekiranya dia redha dengan ketentuannya, maka ALlah akan memberikannya kelebihan yang lain samaada di dunia atau di akhirat.

Berapa banyak orang yang buta mata, tetapi menjadi mulia disisi ALlah dan masyarakat. Ramai yang buta mata tetapi mampu menghafal al-Qur’an dan menjadi Imam, dan lain-lain lagi. Syaikh Abdul Hamid Kisyk yang buta mata, adalah seorang motivator, penasihat, khatib, penceramah yang memiliki jutaan pelajar diseluruh dunia yang mampu menghidupkan hati-hati manusia yang telah mati dengan al-Qur’an dan sebagainya.

Buta sebenarnya bukanlah satu alasan untuk merendah diri atau merasa hina, tetapi buta adalah satu motivasi untuk menjadikan diri bermanfaat kepada masyarakat dan lebih mendekatkan diri dengan ALlah. Mereka yang buta mata tetapi mata hati mereka bersih dan jernih sehingga setiap apa yang mereka pelajari mudah masuk kedalam sanubari berbanding mereka yang tidak buta mata, kerana kadang kala pandangan mata mereka seringkali tersasar kepadang pandangan-pandangan yang tidak diredhai oleh ALlah.

Buta mata masih dipandang mulai oleh ALlah sekiranya tidak melakukan dosa dan maksiat, tetapi bagi mereka-mereka yang buta hati akan musnah segalanya di dunia maupun di akhirat. Seseorang yang buta hati tidak mampu meraih taufik dan hidayah daripada ALlah SWT, mereka juga tidak dapat melihat kebesaran ALlah SWT dan segala tindak tanduknya adalah menurut hawa nafsu semata-mata.

Marilah kita bersama-sama memohon kepada ALlah SWT agar kita tidak diberikan oleh-Nya dengan buta hati. Bersama kita menjaga hati dengan limpahan tasbih,tahmid dan selawat pada Nabi SAW. Suburkan jiwa dengan kalimah toyyibah.


ICT dan Dunia Tanpa Sempadan.
[Awasi anak-anak kita]
amirussin@yahoo.com

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi [ICT] menjadi semakin berkuasa dengan pengguna yang semakin bertambah dan aplikasi yang semakin meningkat dan semakin mudah boleh dicapai oleh sesiapa sahaja dan tidak kira masa dan di mana.

Teknologi yang dibangunkan hakikatnya boleh mendatangkan manfaat yang besar kepada kita, tapi pada masa yang sama boleh juga membawa kemudharatan pada sesetengah dari kita dan juga pada anak-anak kita. ICT pada masa ini bukan sahaja digunakan oleh orang dewasa tetapi turut juga digunakan oleh kanak-kanak.

ICT dan Dunia Tanpa Sempadan [WWW] sememangnya membuka minda anak-anak dalam siri penjelajahan pelbagai maklumat, tatapi ia juga mengundang bahaya dan risiko dan ianya perlu disedari oleh ibu bapa. Ibu bapa hendaklah memastikan sessi penjelajahan anak-anak sentiasa diruang yang selamat dengan sentiasa memantau laman-laman web yang diterokai oleh anak-anak.

Laman-laman yang merosakkan akhlaq dan aqidah terlalu banyak diruang maya, oleh itu pastikan anak-anak terhindar dari:

• Terlalu banyak menghabiskan masa dengan internet di sebelah malam.
• Hindari dari terdedah dengan laman-laman, blog-blog pornografi dan lama-laman yang merosakkan akhlaq dan aqidah.
• Mengawasi apabila anak-anak menggunakan laman sembang sosial seperti IRC, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Panduan kepada ibu bapa:

• Sentiasa menerangkan mengenai risiko dan bahaya yang wujud dalam dunia siber.
• Sesekali bersama mereka dalam melayari internet. Jadikannya aktiviti keluarga bukannya aktiviti individu.
• Letakkan computer di ruang terbuka supaya senang dipantau.
• Juga sentiasa memeriksa sms atau mms yang terdapat didalam talifon tangan anak-anak.

Panduan kepada anak-anak:

• Jangan bertemu atau bersemuka dengan orang-orang yang dikenali secara siber.
• Jangan mengirim gambar kepada orang yang dikenali menerusi sembang internet.
• Jangan dedahkan butir-butir peribadi.
• Jangan muat turun fail-fail daripada sumber-sumber yang tidak diketahui.
• Jangan melayani mesej yang berbaur lucah.
• Jangan mempercayai apa yang dikatakan oleh orang yang dikenali secara siber.

Ingatlah, semuanya dihujung jadi kita samaada dengannya kita menjana pahala ataupun kita menjana dosa.


Tarbiyyatul Aulad
amirbenhussin@gmail.com

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ ‘Amal hamba yang paling awal dihitung pada hari qiamat ialah solat. Jika solatnya baik maka baiklah seluruh ‘amalnya: sebaliknya jika rosak solatnya maka rosaklah seluruh ‘amalnya”. [Riwayat at-Tabrani]

Anak-anak boleh diajar solat ketika masih kecil semoga mereka menjadi biasa untuk mengerjakannya apabila sudah dewasa. Nabi SAW mengajar kita supaya menyuruh anak-anak untuk mengerjakan solat seawal umur mereka tujuh tahun, dan boleh merotan ketika umur mereka mencapai sepuluh tahun.

Apabila mengajar anak-anak untuk melakukan solat hendaklah kita menekankan beberapa perkara terhadap menjaga adab-adab dalam solat. Sekiranya dari kecil adab-adab di dalam solat ini tidak ditekankan, kita khuatir ianya akan terbawa-bawa sehingga mereka dewasa. Antara adab-adab yang asas perlu diberitahu ialah:

• Memakai pakaian yang menutup aurad, kemas dan bersih.
• Berusaha untuk solat berjamaah.
• Menunaikan solat diawal waktu.
• Memberi tumpuan sepenuhnya pada solat.
• Khusyuk dalam solat.
• Tidak bermain, bergurau dan berkata-kata semasa bersolat.
• Tidak menggerak-gerakkan anggota badan melebihi tiga kali atau sengaja menggoyang-goyang anggota badan.
• Mengajar membaca surah al-Fatihah dengan betul.

Semoga ALlah memberi natijah yang baik dengan segala usaha-usaha kita bagi melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah serta berketerampilan muslim dan menjadikan mereka anak yang sentiasa mendoa’kan kedua ibu bapa nya juga demi menjamin kehidupan mereka di masa hadapan yang semakin mencabar.


Soal jawab

amirussin@yahoo.com

Soalan: Apakah hukum nenek menyusukan cucunya ?

Jawapan: Pada pandangan syarak, hukum bagi seorang wanita menyusukan bayi yang bukan anaknya adalah harus.

Ia sebenarnya memberi kemudahan dan keriangan kepada wanita dan memberi kebaikan disamping memenuhi keperluan tertentu seperti ketika ibu bayi itu meninggal dunia atau si ibu menghidap penyakit yang menghalang dirinya untuk menyusu anaknya.

Secara tidak lansung ia memerlukan penyusuan oleh orang lain. Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu”. [Al-Baqarah:233]

Jika nenek telah menyusukan cucunya dalam tempoh umurnya di bawah dua tahun dan lima kali kenyang, maka cucu itu telah menjadi anak susuannya. Maka pak cik dan mak ciknya telah menjadi saudara susuannya.


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Perkataan susu [halib/laban] ada disebut dalam al-Qur’an. Nabi SAW bersabda bahawa tidak ada pengganti bagi susu dan baginda sendiri gemar meminumnya.

Susu terdiri dari lemak, air dan pepejal susu [keju]. Benda-benda ini sesuai dengan keadaan tubuh manusia. Susu binatang yang tempoh masa buntingnya melebihi tempoh masa hamil manusia janganlah diminum.

Susu paling baik adalah susu lembu. Nabi SAW bersabda “Minumlah susu kerana ia menyapu panas daripada hati, seperti jari menyapu peluh didahi”.
Ia menguatkan belakang, mengelokkan otak, meninggkatkan kecerdasan akal, menajamkan penglihatan dan menghilangkan lupa.

Diet susu adalah rawatan paling baik bagi penyakit kembung tetapi orang yang demam tidak boleh meminumnya.


4 ‘Amalan Sihat.
amirbenhussin@gmail.cm

Pilih makanan berkhasiat.
Apabila anda dan keluarga ingin makan di luar, cari restauran yang menyajikan makanan yang distim, rebus, bakar ataupun panggang.

Pilih makanan berkhasiat seperti salad. Bertindak bijaklah dalam memilih hidangan, kerana anda adalah apa yang anda makan.

Makan dalam kadar sedikit.
Nabi SAW meng’amalkan cara makan secara berjamaah dengan mengatakan bahawa makanan untuk seorang cukup untuk dua orang dan seterusnya.
Jika hari ini anda cenderung untuk makan dua pinggan setiap kali menjamah nasi, cuba kurangkan hanya sepinggan nasi, makan berlebihan membawa padah pada tubuh.

Jauhi makanan ringan.
Memang enak apabila kita bersantai atau berehat sambil mengunyah makanan ringan, makanan yang tidak sihat ini membuatkan anda makan dengan kadar yang banyak.
Gantikan dengan buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh, ikan dan produk tenusu. Ia lebih bagus dan menyihatkan tubuh dan member natijah yang baik untuk kita ber’ibadah.

Makanan ini juga tidak baik untuk pelajar dan penghafal al-Qur’an.

Elakkan minuman bergas.
Minuman berkarbonat dan bergas samaada ia mengandungi gula ataupun tidak jangan di’amalkan. Minuman sebegini hanya akan menambahkan berat badan dan mengeluarkan mineral daripada sistem tubuh.

Banyak lagi minuman yang dapat membantu memelihara kesihatan seperti teh hijau atau air sparkling yang ternyata mampu membakar sehingga 78 peratus kalori setiap hari.

Makanlah sebelum lapar, dan berhentilah sebelum kenyang, insyaALlah akan member kesihatan yang sihat pada tubuh.


Rahsia Sumber ‘Alam
amirussin@yahoo.com

Khasiat daun inai.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Ini bermanfaat dengan izin ALlah untuk menyembuhkan sakit kepala”. [Riwayat Ibn Majah]

Mengikut hadis ini daun inai adalah satu kaedah perubatan bagi menyembuhkan sakit kepala yang sebagaimana dilakukan oleh Nabi SAW. Inai mengandungi tenaga yang boleh mengatasi pening dan sakit-sakit lain di seluruh badan.

Inai mempunyai sifat sejuk dan mudah kering. Kekuatan pada pokok dan dahan inai merupakan gabungan daripada kekuatan unsur air yang panas dengan tenaga pengikat yang berpunca daripada unsur tanah yang sejuk pula.

Sakit kepala kerana panas terik boleh disembuhkan dengan inai yang ditumbuk halus dan dicampur dengan cuka dan dibalut pada kepala. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Berbekamlah”. Dan setiap kali tetamu mengadu sakit kaki, Baginda berkata, “Gunakan inai untuk membalutnya”. [Bukhari dan Abu Daud]

Antara khasiat lain ialah merawat luka terbakar, pecah bibir dan mulut, bengkak-bengkak dan merawat mata bisul.


Tip Pelajar Cemerlang.
amirussin@yahoo.com

Strategi Tingkatkan Daya Ingatan.

Otak merupakan ciptaan ALlah SWT yang hebat sekali fungsinya. Ia boleh merakam segala peristiwa dan perkara. Tetapi kadangkala otak juga boleh kehilangan segala memori sekiranya kita tidak mempraktik diri untuk mengingati segala imformasi atau maklumat yang kita simpan. Antaranya yang dapat kta ‘amalkan ialah:

• Tanam minat untuk belajar.
• Tahu tujuan belajar.
• Tumpuan semasa belajar, membaca dan mengulangkaji.
• Latih minda dan ransang otak.
• Fahami segala maklumat yang diterima.
• Ulang segala maklumat yang diterima.
• Beri masa untuk bina ingatan.
• Kurangkan tekanan, banyakkan bersabar dan redho.
• Jaga kesihatan.
• Tidur yang cukup.

Manusia mempunyai keupayaan untuk mengingat tetapi agak terbatas. Namun, kita boleh lakukannya dengan latihan yang sistemetik. Kita berusaha, ALlah yang merealisasikannya.


English Section
amirussin@yahoo.com

What is the soul ?

Man is made of body, soul, mind and psyche. The is blood and flesh. It makes you occupy a certain space. It makes you move if you like to. The mind is the funcfion of the brain.
However, you cannot see the soul and the psyche. The psyche you feelings and emotion. It is the mixture of all: body, soul, and mind.

The soul is unique. It is invisible, it has no specific organ. It cannot be treated, healed or brought back. It is either. It marks life and death. Nobody knows the secret of the soul except ALlah. How it leaves the body, when, where, and to where are part of the soul mystery, known by ALlah only.



Kata-kata Hikmah [ Hiqmat Ki Bati ]
Oleh: Osama

Ap gunah itna karo, jitna din jahannam ki andhar rehna sekega or usko azab sabar ayega.

Kamu melakukan dosa, berapa lama kamu boleh duduk didalam neraka atau boleh menahan azabnya.


Nazam

Oh Tuhan !

Oh Tuhan !
Walau hati diamuk rindu
Namun ku biar ia berlalu
Walau jua dilambung sembilu
Masih ku biar ia berlalu
Walau menitis darah nan beku
Tetap ku biar ia berlalu.

Oh Tuhan !
Mengapa diri diulit sengsara
Sedari kecil hingga dewasa
Mengapa sepanjang hidup di dunia
Tiada sesaat ku rasa bahagia
Mengapa ini yang ku pinta
Dari diriku yang Cuma serangga.

Oh Tuhan !
Ku akui dan mengerti
Mengapa ini semua terjadi
Tiada kusangka terdetik dihati
Betapa mahal harga kasih Mu
Hampir tiada dapat ku membayar
Demi mengejar kasih dan cinta Mu
Walau kubiar semua berlalu
Namun aku Cuma serangga.

Oh Tuhan !
Pedih dan luka tetap terasa
Lalu pada Mu aku berdoa’
Tabahkan diriku tetapkan iman
Moga ku jadi insan pilihan
Yang meninggalkan dunia dengan
Didadanya penuh impian terpendam.

Nukilan: Ahmad Muhammad.
Kulim,Kedah.


Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Anda boleh berinteraksi dengan kami di www.facebook.com/albayanku. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

No comments: