الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
i.
Tidak terlambat rasanya warga kerja albayan mengucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang diberikan peringatan oleh ALlah dengan bencana Tsunami [ombak besar] baru-baru ini. Dengan sedikit kuasa dari ALlah yang ditunjukkan kepada kita semoga kita mengambil iqtibar darinya, semoga kita lebih beriman pada-Nya, dari melakukan perkara-perkara duniawi yang bersifat sementara. Yang kekal dan yang akan kita bawa ke liang lahat hanyalah ‘amalan kita seharian di atas muka bumi ini. Apakah dengan peringatan yang ALlah timpakan kepada kita itu, kita masih lagi leka dan alpa dengan keseronokan dunia.
ii.
Kadang-kadang oleh kerana kita terlampau leka dengan kesibukkan tugas, kita seringkali mengambil tidak berapa kisah atau mengambil berat tentang pengisian rohani yang perlu disiram dan dibajai. Kita perlu menyoal diri apakah ilmu agama yang kita ada setakat ini atau selama ini sudah mengcukupi untuk diri kita dan keluarga kita. Kita kadangkala mengambil sikap acuh tak acuh untuk menghadirkan diri ke masjid atau surau untuk menadah telinga untuk mengikuti pengajian agama, tetapi seringkali mengambil sikap yang serius apabila ada sesuatu programe yang selain daripada program agama.
iii.
Saban bulan bagi warga yang bekerja makan gaji akan menerima gaji dari majikan. Terfikirkah kita dengan gaji yang diberikan setimpalkah dengan kerja kita seharian. Bagaimana dengan masa kita yang beberapa minit atau jam berhenti dari melakukan kerja, seperti lebih masa minum pagi, makan tengahari dan atau mengambil sedikit masa untuk minum petang. Itu tidak termasuk berbual-bual dengan kawan sebelah menyebelah. Berapa jamkah kita bekerja untuk kita dibayar setiap minit kerja yang kita lakukan. Fikir dan renungkanlah.
amirbenhussin@gmail.com
Tokoh.
amirussin@yahoo.com
Imam as Syafie.
Imam Malik bin Anas berkata “Tidak ada lagi keturunan Quraisy lebih pandai daripada Imam Syafie”.
Imam Ahmad bin Hambal berkata “Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie”.
Berkata Imam Ahmad bin Hanbal lagi “Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh. Fikirlah adakah gunanya selain dari dua ini?”.
Imam Muhamad al-Hakam berkata “Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui cerdik akalnya, lebih cerdas fikirannya, lebih cermat ‘amalannya, lebih fasih lidahnya, daripada Imam Syafie”.
Imam Muhamad berkata lagi “Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul fiqh selain Imam Syafie”.
Basyrat Muraisi seorang pengkaji sejarah dan pengikutnya berkata “Akal Imam Syafie menyamai akal separuh penduduk dunia. Beliau lebih suka membicarakan soal pokok daripa soal furuq”.
Ibnu Ruhuwaih berkata “Imam Syafie memiliki lidah yang fasih dan iman yang teguh. Beliau adalah ahli pidato yang mengetahui rahsia kejiwaan”.
Antara kitab-kitab yang terpenting karangan Imam Syafie ialah Al-hujjah, Al-Imlak, Al-‘Umm, Mukhtasar al-Muzani, Al-Risalah, Ahkamul Qur’an, Ibtalul Istihsan, Al-Buwairi, Al-Qias, Al-Musnad, Jami’ul Ilmi, Mukhtasar al-Buwaiti, Harmalah, Jami’ al-Muzani as-Saghir, Jami’ al-Muzani al-Kabir, Istiqbalul Qiblatain, Al-‘Amali, Al-Qassamah, Al-Jizyah dan Qital Ahli Baghyi.
Imam as Syafie Imam yang paling terpengaruh dan ramai pengikutnya, berketurunan Arab Quraisy yang nasabnya berkait dengan Rasulullah SAW.
Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah meninggal dunia.
Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah bin al-Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Talib. Ada pendapat mengatakan bahawa ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau masih kanak-kanak dan ada pendapat yang mengatakan semasa beliau masih di dalam kandungan ibunya.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Qur’an, ketika berumur Sembilan tahun beliau telah menghafal al-Qur’an. Menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik selama sepuluh tahun. Imam Syafie meninggal dunia pada tahun 204 hijrah di Mesir ketika berumur 54 tahun.
Imam Syafie memberi sumbangan yang besar dalam bidang perundangan Islam. Beliau mengarang tidak kurang daripada 113 buah kitab.
Pesan Imam Syafie “Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah SAW bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti”.
Dars Bukhari
amirussin@yahoo.com
Daripada Bakrah bin Nufai’ bin al-Harith r.a katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Mahukah kamu aku khabarkan tentang sebesar-besar dosa yang tiga? ”. Kami menjawab: “Baiklah, ya Rasulullah”.
Baginda bersabda: “Iaitu syirik kepada ALlah, derhaka kepada dua orang tua”. Ketika itu Baginda bersandar kemudian duduk dan bersabda lagi: “Ingatlah ucapan dusta dan saksi palsu”. Baginda mengulang-ulangi sehingga kami berkata, Semoga Baginda diam”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Hadis ini menerangkan pada kita sebagai umat Muhammad SAW tiga perkara yang menjadi dosa yang amat besar dan dimurkai oleh ALlah SWT. Apa yang disabda oleh Baginda bukan saja berlaku pada masa itu sahaja bahkan seringkali kita mendengar ia berlaku di masa sekarang.
Firman ALlah SWT yang bermaksud: “ Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar antara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)”. [al-Nisa’ 4:31]
Sesungguhnya bertaubat kepada ALlah itu hanya layak bagi mereka yang melakukan kejahatan jerana jahil, kemudian segera bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya serta mengingsafi akan segala ‘amal kejahatannya. Taubat mereka itulah yang diterima oleh ALlah. ALlah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Firmana ALlah SWT yang bermaksud: “Dan taubat itu (tidak diterima) daripada mereka yang melakukan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seorang antara mereka, (barulah) dia mengatakan ‘Aku benar-benar bertaubat’ . Dan tidak (pula diterima taubat) daripada orang yang meninggal sedangkan mereka di dalam kekafiran. Bagi orang itu telah Kami sediakan azab yang pedih”. [al-Nisa’ 4:17-8]
Mutiara Kalam [siri 22].
Oleh: Ust. Qamaruzzaman an-nadwi
Dunia ini selalu berubah
Jangan acuhkan
Kesenangan dan penderitaan
yang dibawanya.
Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com
Mukjizat al-Qur’an.
Segala macam maklumat sains yang boleh kita perolehi menerusi bacaan buku dan laman sesawang di internet kebanyakkannya tidak begitu mementingkan kaitan secara lansung denga pa yang telah diajar oleh ALlah SWT kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW menerusi kitab suci teragung al Qur’an. Kita rujuk kembali fakta-fakta sains dan kajian semasa dengan apa yang ALlah telah wahyukan kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun dahulu.
ALlah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu keduanya dulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya”. [al-Anbiya’:30]
Ayat ini menceritakan bagaimana dahulunya, ‘alam semesta ini asalnya satu. Kemudian berlaku sesuatu yang mengakibatkan ia berpisah dan terpisah kepada bentuk yang ada pada hari ini.
Sainstis barat telah membuat teori sekitar tahun 1920-an, yang menyatakan bahaw berlaku satu letupan besar yang amat kuat yang telah mengakibatkan semua benda di ‘alam semesta ini bergerak keluar dan mengembang pada kelajuan yang amat dahsyat. Letupan ini dikenali sebagai Big Bang.
Kemudian pada tahun 1990-an, pihak saintis NASA dengan menggunakan teleskop-teleskop angkasa telah berjaya membuktikan teori tersebut dengan data-data yang diperolehi.
Inilah kehebatan al-Qur’an yang ALlah SWT turunkan lebih 1400 tahun yang lalu telah pun menceritakan kejadian Big Bang ini sebelum saintis menemuinya di zaman moden ini. ALlah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehingga (setelah sampai ke tempat peredaran terakhir) kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua”. [Yasin:39]
Begitu jelas ALlah SWT menceritakan keadaan rupa bentuk bulan semasa ia beredar mengelilingi bumi. Andai kata bulan kekal tidak bergerak, maka tidak mungkin kita dapat melihat perubahan fasanya (Aujahul Qamar), daripada ketika kali pertama melihat hilal (anak bulan), kemudian ia membesar menjadi bulan sabit, seterusnya kepada bentuk bulan separuh, kemudian membesar menjadi bulan purnama, kembali mengecil ke bulan sabit tua dan seterusnya kembali mendekati matahari.
Ia juga menunjukkan bahawa bulan itu sebenarnya tidak mengeluarkan cahayanya sendiri, malah begantung penuh kepada matahari untuk bersinar di langit bumi.
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi
او كصيب من السماء فيه ظلمت ورعد وبرق يجعلون اصبعهم في اذا نهم من الصوعق حذ را لموت والله محيط بالكفرين
Atau (bandingannya) seperti orang-orang yang ditimpa hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap gelita dan guruh serta kilat, mereka menyumbat jarinya kedalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir kerana mereka takut mati.
Masakan mereka boleh terlepas, sedang pengetahuan dan kekuasaan ALlah meliputi orang-orang kafir itu.
يكادالبرق يخطف أبصرهم كلما اضاء لهم مشوافيه واذ ا اظلم عليهم قا موا ولو شا الله لذهب بسمعهم وأبصرهم ان الله كل شيء قد ير .
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar penglihatan mereka setiap kali kilat itu menerangi, mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, maka berhentilah mereka, maka berhentilah mereka (menunggu dengan bingung). Dan sekiranya ALlah kehendaki nescaya dihilangkannya pendengaran dan penglihatan mereka.
Sesungguhnya ALlah Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
1.Bilik ini sangat kecil.
It is too small.
هذه صغيرة جد ا .
يه بهت جهوتا هي .
********************
2.Adakah bilik yang lebih bagus?
Have you better room?
هل عند ك حجرة احسن ؟
كيا كوي بيهتر كمره هي ؟
*********************
3.Tiada hamparan di dalam bilik in.
There is no rug in this room.
ليس فيها بسا ط .
اس كمري مي د ري نهين هي .
**********************
Muhasabah.
benhussin.blogspot.com
Ambil berat tentang lurus dan rapatnya saf dalam solat berjamaah.
Nabi SAW amat mementingkan kelurusan dan kerapan saf di dalam menunaikan solat seharian, begitu juga dengan para sahabat RA. Kesepaduan ummah terletak terhadap kerapan dan kelurusan saf semasa solat, kepincangan atau kecelaruan ummah adalah berkait rapat dengan keadaan saf solat jamaah yang dilakukan.
Nabi SAW sebelum memulakan solat, akan memastikan makmum di belakangnya meluruskan saf telebih dahulu. Anas bin Malik bekata ketika telah iqamah untuk solat, Rasulullah SAW menghadap kepada kami dengan wajahnya seraya bersabda: “Luruskan saf dan rapatkanlah, kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku”. {Riwayat Bukhari no.719}
Malah ada riwayat mengatakan bahawa Baginda SAW pergi kesetiap barisan untuk melihat sama ada saf benar-benar telah lurus sebelum memulakan solat. Daripada Albara’ bin ‘Aazib bekata: Adalah Rasulullah SAW memasuki celah-celah barisan [saf] sambil mengusap dada dan bahu kami, kemudian baginda bersabda “Janganlah kamu bercerai berai sehingga hati kau bercerai berai. Sesungguhnya ALlah dan para malaikat mendoa’kan orang-orang yang solat di saf pertama”. {Riwayat Abu Daud no 618-Sahih At-Targhib Wal-Tarhib no 493}
Sebagaimana yang difahami keadaan lurusnya saf adalah berpandukan kepada kesamaan tumit-tumit kaki belakang para makmum dan kerapatan saf pula adalah rapatnya kaki para makmum sehingga sedikitpun tiada ruang diantara seorang makmun dengan seorang makmum yang lain. Tetapi apa yang kadangkala kita ambil tidak kisah apabila ada diantara para makmum yang sering merenggangkan atau menjarakkan kaki diantara satu sama lain dengan alasan rimas, sempit dan sebagainya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tegakkanlah (ratakan dan luruskan) saf-saf kamu sekelian. Demi ALlah, (kamu diperintah agar) meapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau ALlah akan mencerai-beraikan hati kamu”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Dan sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud: “Dan barangsiapa memutuskan saf (tidak merapatkan atau memenuhkan saf), maka ALlah akan memutuskan hubungan dengan-Nya”. [Riwayat Ahmad dalam musnad dan Abu Daud]
Pada zaman Saidina Umar al-Khattab RA pula, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus.
Bertepatan dengan sabda Nabi SAW, dari Anas RA Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Betulkan saf-saf (barisan) kamu semasa solat berjamaah, kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu (adalah) dari amalan mengerjakan solat dengan sempurna”. [Riwayat Bukhari]
Uthman al-Affan RA dan Ali bin Abi Thalib KW, mereka bedua bersepakat melakukan dengan apa yang telah dilakukan oleh Saidina Umar RA. Saidina Ali KW selalu mengatakan “Maju wahai si fulan ! Mundur sedikit wahai si fulan !”.
Seterusnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada satu langkah yang sangat dicintai oleh ALlah daripada langkah seorang hamba bagi menyambung (menyempurnakan) saf solat”. [Riwayat Bukhari]
Marilah kita bersama-sama ingat memperingati antara satu sama lain akan kepentingan untuk meluruskan dan merapatkan saf dalam kita menunaikan solat berjamaah.
Soal jawab
amirussin@yahoo.com
Soalan : Apakah kelayakkan untuk menjadi seorang Imam?
Jawapan: Tugas sebagai seorang Imam adalah satu amanah, oleh itu orang yang layak ialah:
Paling banyak hafalan al-Qur’an.
Paling bagus bacaan al-Qur’an.
Paling mahir dalam ilmu fiqah.
Paling faham tentang sunah.
Ciri-ciri lain adalah seperti warak, pakaian yang kemas, suara yang merdu dan isterinya orang yang baik akhlaqnya.
Daripada Sahl bin Saad RA meriwayatkan bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Imam itu memiliki tanggungjawab. Kalau dia melakukan solat secara baik, maka dia dan para makmumnya mendapat pahala dan apabila dia melakukannya dengan salah maka dia berdosa sementara makmumnya tidak”. [Riwayat Ibn Majah:no 981]
Soalan: Apakah hukumnya persandingan?
Jawapan: Bersanding tidak ada di dalam Islam. Ia hanya satu budaya ikutan dari adat melayu lama dan budaya Hindu. Boleh dilakukan persandingan dengan syarat:
Hanya dihadapan ahli keluarga sahaja.
Tidak membazir dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk.
Menjaga aurad dan perhiasan.
Tiada pergaulan bebas antara ipar duai, sepupu dan lain-lain.
Tiada unsur khurafat.
Cara Mencintai ALlah.
benhussin.blogspot.com
Cinta menjadi buruan manusia, tambah lagi cinta manusia kepada manusia. Ada yang memburu cinta nan abadi kepada insan yang disayangi atau disukainya. Tapi sedarkah kita bahawa kita seringkali terlupa untuk mencintai ALlah, tuhan yang menjadikan kita dan seluruh isi alam ini.
Bagi merasai keniqmatan dan kemanisan mencintai ALlah ini caranya.
• ‘Amalkan segala suruhan dan perintah-Nya.
• Jauhi segala larangannya.
• Letakkan ALlah sebagai paling utama dalam hidup.
• Sentiasa berdoa’ dalam setiap perbuatan.
• Redha atas segala ketentuan qada’ dan qadar terutama apabila ditimpa masalah.
• Kerah semua anggota badan menta’ati ALlah, termasuk hati dan lidah.
• Anggaplah dunia sebagai penjara. Abu Hurairah RA meriwayatkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir”. [Riwayat Muslim]
• Sentiasa memperbaharui cinta pada ALlah.
• Aktif melakukan ‘amal ibadah.
• Sentiasalah meminta pada ALlah agar diberikan selalu mencintai-Nya.
• Cintailah apa sahaja yang disukai ALlah dan benci apa yang dibenci-Nya.
Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Dan kami beri mereka tumbuhan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini” . [at-Thur:22]
Bahawa tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut tidak mendatangkan kebaikkan.
Memakan daging selama 40 hari berturut-turut mengeraskan hati, dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik adalah daging kambing, sifatnya panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik adalah kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Ibn Sina berpendapat bahawa unta, kuda dan keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Nabi SAW pernah bersabda dengan maksudnya seekor kambing itu satu berkat, dua ekor kambing dua keberkatannya dan tiga ekor kambing itu adalah kekayaan.
Tarbiyyatul Aulad.
amirbenhussin@gmail.com
Kekuatan jiwa dan akal anak-anak ada kaitannya dengan kekuatan jiwa dan akal ibunya ketika mengandung. Nabi Ismail a.s yang kuat jiwanya bila diberitahu oleh ayahnya bahawa dia akan disembelih, adalah lahir dari ibunya Siti Hajar yang tabah dan sabar menanggung ujian hidup.
Begitu juga denga Rasulullah SAW, lahir dari ibunya Siti Aminah yang sabar menanggung penderitaan yang dialaminya. Begitulah kuatnya pengaruh seorang ibu terhadap anaknya. Maka dengan itu, para ibu hendaklah mendidik anak-anak semenjak dari janin lagi.
Banyak membaca al-Qur’an.
Minggu ke 16 mulalah membaca surah Yusuf kerana roh mula ditiupkan kepadanya dan proses pembentukkan janin bermula.
Minggu ke 24 bacalah surah Luqman kerana perkembangan otak bayi sedang berkembang, surah ini elok dibaca untuk memperolehi anak yang bijak.
Minggu ke 36 bacalah surah Maryam kerana bayi semakin matang, bersedia untuk dilahirkan. Surah ini elok dibaca untuk menanamkan roh tauhid.
Sedia mengawal perasaan.
Ibu hendaklah sentiasa tenang dan riang dan dapat mengawal perasaan dan emosi apabila ditimpa sesuatu perkara.
Sentiasa berakhlaq baik.
Akhlaq ibu-ibu semasa mengandung sangat mempengaruhi perlakuan anak yang bakal lahir. Jagalah akhlaq dan adab apabila bersama suami, anak-anak, jiran dan terhadap makhluk ALlah yang lain.
Banyak melakukan ibadah sunat.
Seperti Solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain.
Banyakkan membaca bahan-bahan bacaan yang berfaedah.
Pengisian mental perlu dengan membaca bahan-bahan bacaan yang baik bagi meransang otak anak.
Lakukan sentuhan yang lembut.
Dengan menepuk dan mengusap perut dengan lembut, sebagai satu cara belaian ibu terhadap bayi di dalam rahim. Ia juga melahirkan perasaan rindu dalam menanti kelahiran.
Makanan yang halal.
Pastikan makanan dan minuman dari sumber yang halal, suci dan bersih.
Sokongan dari suami.
Sokongan dan bantuan dari suami amat diperlukan diakhir-akhir kehamilan. Menunjukkan kasih sayang dan membantu melakukan tugas-tugas di rumah.
Keperibadian anak-anak yang bakal dilahirkan berkait rapat dengan tempoh sembilan bulan mereka di dalam kandungan ibu. Lakukanlah ransangan terhadap bayi anda untuk menjadikan ia anak yang soleh dan solehah.
Rahsia sumber Alam
amirussin@yahoo.com
Khasiat Ikan.
Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Dan dialah, ALlah yang memudahkan keadaan laut, supaya dengan itu kamu dapat daging yang lembut (lahman tariyya) hidup-hidup sebagai makanan kamu”. [an-Nahl:16:14]
Kajian para saintis membuktikan bahawa ikan merupakan sumber makanan yang penting dalam gizi makanan kita. Zat-zat serta nutrien yang terkandung di dalamnya amat penting kepada manusia dan boleh mencegah berbagai penyakit.
ALlah SWT telah menceritakan kepada manusia dari dahulu lagi sebelum apa yang ditemui oleh para saintis sebagaimana firman ALlah lagi yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu tangkapan haiwan laut dan dagingnya sebagai bekalan bagi kamu (untuk diniqmati kelazatannya) dan juga bagi orang yang dalam pelayaran”. [al-Maidah 5:96]
Selain itu dalam surah al-Kahfi juga ALlah menceritakan tentag ikan yang dijadikan bekalan oleh Nabi Isa AS dan pembantunya dalam perjalanan yang panjang.
Antara lain kandungan yang terdapat dalam ikan ialah:
@ Asid lemak omega 3 yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan pembuluh darah, menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol, menghasilkan sel-sel darah mereah dan mengandungi asid lemak yang tidak tepu.
@ Mencegah penyakit jantung dengan memakan lima ekor ikan seminggu.
@ Manfaat untuk bayi bagi otak dan mata.
@ Manfaat untuk pesakit sendi dan tulang yang kronik.
@ Manfaat untuk mental dan nyanyuk serta perkembangan otak dan urat saraf.
@ Manfaat lain ialah seperti mengurangkan gejala migrin,penyakit kulit dan sendi, ulser dalam usus besar, kencing manis, penyakit usus berdarahd dan terhadap gejala tulang ringan dan reput.
Sesungguhnya segala khasiat yang tidak ternilai yang terdapat dalam ikan telahpun disebut oleh ALlah SWT semenjak dari awal al-Qur’an diturunkan kepada Nabi SAW.
English Section
amirussin@yahoo.com
Doesn’t scientific progress that happens daily prove that man is the master of the universe ?
Scientific progress proves that man is superior to other creatures, to other animals, plants, and substance. It proves that man’s brain is very creative, very innovative and very inquisitive.
Nevertheless, man discovers scientific facts but does not create them. It is like the discovery of America by Columbus, who only discovered America, but did not create it.
The real master of universe is God [ALlah], the One and the Only. No matter how much man advances science, man will always be not more than a child playing at the beach of an immense ocean of scientific facts waiting for man’s exploration.
Hiqmat ki bati [kata-kata hikmat]
Oleh: Syaikh Osama
Ap ALlah rejamandi ki liye itna mehnat karo jitna, ap jarurat hei.
Buatlah usaha untuk keredhaan ALlah dan berapa lamakah kamu menghendaki Rahmat-Nya.
Nazam
Seandainya ibu telah tiada.
Seandainya ibu telah tiada
Ingatlah wahai anakku
Hanya ALlah Tuhan yang Satu
Muhammad SAW itu Nabi mu
Al-Qur’an itu kitab mu.
Andai ibu telah tiada
Ingatlah wahai anakku
Bila engkau dihiris
Usahlah engkau menghiris
Namun janganlah engkau pasrah
Tapi selamatkanlah dirimu darinya.
Seandainya ibu telah tiada
Lindungilah saudara perempuan mu
Sepertimana diri mu melindungi
Anak-anak dan isteri mu.
Mereka adalah amanah ALlah
Lalu usahlah engkau mengkhianati
Seandainya ibu elah tiada
Kasihanilah sesama saudara
Saling melindungi antara kalian
Pohonlah pada Tuhan mu.
Andai diri dizalimi
Moga diberi taufiq dan hidayah
Pada yang menzalimi mu
Jua pada diri mu.
seandai ibu telah tiada
bersihkanlah hati sucikanlah jiwa
ya Ahmad ya Muhammad
dipintu syurga kita bertemu
insyaALlah.
nukilan:
Ahmad Muhammad.
Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos].
Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati : www.tamarmerbok.blogspot.com.
Interaksi dengan kami di fb/albayanku.
No comments:
Post a Comment