Assalamualaikum, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Madrasah Ramadhan berlalu meninggalkan kita entah sempat atau tidak untuk kita bertemu kembali dengannya.
Kini Syawal telah menjelang membawa kemenangan kita melawan hawa nafsu, harapan kita semoga kemenangan yang kita bawa dari tarbiah dan tahzib dari Madrasah Ramadhan akan berkekalan bagi sebelas bulan berikutnya.
‘Id ialah kalimah Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan dan minum. Tibanya 1 Syawal semua umat Islam dikehendaki berbuka dan diharamkan berpuasa.
Fitri juga membawa maksud fitrah atau tabiat semula jadi yang kembali kepada fitrah asal kejadian manusia. Semua orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ‘ibadah-‘ibadah lainnya seperti solat Tarawih, bertadarus al-Qur’an, Qiammullail, bersedekah. Zikrullah dan berdo’a.
‘Amalan-‘amalan ini semuanya telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga seolah-olah ia kembali
seperti bayi yang baru dilahirkan. ‘Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu amarah sepanjang bulan Ramadhan.
Seharusnya kita sebagai umat Islam hendaklah menyambut ‘Idil Fitri dengan cara yang dianjurkan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah dan semestinya jangan dicemari dengan acara-acara yang bertentangan dengan perintah ALlah dan Nabi s.a.w.
Sambutlah kemenangan ini dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih kepada ALlah s.w.t.
Sesungguhnya orang yang mampu menghidupkan malam aidil fitri dan siangnya akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar dan akan mendapat kebaikan pada hari akhirat.
Penghayatan tarbiah Ramadhan hendaklah diteruskan pada bulan Syawal dengan berpuasa sunat 6 Syawal .
amirbenhussin@gmail.com
Tokoh.
amirussin@yahoo.com
Al-Fadhil Syeikh Niamat Yusoff.
Al-Fadhil Syeikh Niamat Yusof mendirikan rumahtangga pada tahun 1961 dengan Puan Khadijah Binti Othman dan dikurniakan 14 orang anak [8 lelaki dan 6 perempuan] dan beliau berkahwin pula dengan Puan Engku Faizah Engku Mohsin pada November 1990 dan dikurniakan seoran anak lelaki. Sebelas orang daripada anak-anak beliau telah berumahtangga sementara 4 orang lagi masih bersekolah.
Pada tahun 1964 beliau telah berangkat melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan dokongan dan sokongan masyarakat. Kemiskinan yang melatari kehidupan beliau dan keluarganya adalah satu-satunya sebab yang mendorong beliau terpaksa merayu belas kasihan masyarakat demi merealisasikan cita-cita beliau yang tertunda.
Dengan bekalan yang sangat terbatas beliau telah berangkat ke Mesir dengan menaiki sebuah kapal laut dari Singapura dengan meninggalkan isteri dan seorang putera yang masih kecil bernama Muhammad Naim yang pada masa itu berumur 10 bulan.
Dugaan kedua mengiringi beliau apabila sampai ke Singapura, perjalanan beliau tergendala oleh peristiwa peperangan kaum yang sedang berlaku di sana pada waktu itu. Akhirnya setelah dua hari terkepung di rumah sahabatnya, En.Rahman Bee, beliau meneruskan perjanan dan selamat tiba di Kaherah pada 16 Oktober 1964.
Tanpa berlengah masa beliau mendaftar masuk ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Usuluddin. Untuk membiayai pengajian beliau terpaksa bekerja sambilan sebagai pengedar buku-buku dan kitab-kitab agama ke tanah air.
Seangkatan beliau yang sama-sama menuntut ilmu ialah Dato’ Syeikh Yusof Haji Ismail, bekas Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan almarhum Al-Fadhil Ustaz Fadhil Muhammad Noor.Semasa di Kaherah, beliau turt terlibat dalam mengendalikan Persatuan Persekutuan Melayu Republok Arab Bersatu [PMRAB] sebagai anggota badan pengurus.
Pada tahun 1968 beliau telah kembali ke tanah air dengan segulung ijazah di bidang usuluddin dari Universiti Al-Azhar setelah menempuh berbagai pahit getir di sana. Setelah pulang ke tanah air beliau bergiat aktif ditengah-tengah masyarakat dengan mengadakan kelas-kelas pengajian Islam dan kelas-kelas tafakkuf fiddin dan melibatkan diri didalam berbagai persatuan Islam. [bersambung]
Mutiara Kalam [siri 9].
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Takdir
Tidak bererti perbuatan manusia
Ia telah ditentukan oleh ALlah azzawajalla
Sebelumnya
Takdir tidak lebih daripada
Undang-undang kehidupan.
Bersederhana menyambut Syawal.
amirussin@yahoo.com
Syawal menjelang dengan membawa kemenagan setelah sebulan kita menahan hawa nafsu dan segala macam kemungkaran dan kemaksiatan. Sebagai meraikan kemenangan ini, marilah kita bersama-sama menyambutnya dengan rasa kegembiraan yang diharuskan dalam Islam, bukannya menyambut kegembiraan ini deng pelbagai sambutan yang tidak berunsur Islam.
Bagi merayakannya untuk menyambut Syawal ini eloklah kita merancang segalanya bagi mengelakkan pembaziran yang mana ianya tidak disukai oleh ALlah dan RasulNya. Semoga kita dapat menyambut kedatangan Syawal dengan lebih bermakna.
Elakkan daripada berhutang. Sekiranya kita memang tidak mampu untuk menyediakan segala kelengkapan untuk menyambut 1 Syawal, hiasi rumah kita dan segalanya dengan sejimat mungkin. Gunakan kembali segala kelengkapan yang sedia ada.
Elakkan dari membeli baju raya untuk diri sendiri dan keluarga dengan baju yang hargan mahal-mahal dan banyak pasang, cukuplah sekadar satu pasang. Juga elakkan menggunakan kad kredit dengan berleluasa.
Dalam menyediakan juadah hari raya, kita hendak menyediakannya dengan kadar yang sederhana bagi mengelakkan pembaziran.
Rancang cuti untuk balik kampong. Ini perlu untuk mengira semua kos yang perlu disediakan semasa kita di kampong agar kita tidak terlebih berbelanja sehingga mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri dan keluarga.
Semasa didalam perjalanan seelokkan siapkan bekalan untuk dimakan sekeluarga kerana ia terjamin halal dan bersih serta menjimatkan kos. Seeloknya pulanglah lebih awal bagi mengelakkan kesesakkan jalanraya dan tidak tergopah gapah.
Zakat Fitrah dan sedekah. Dalam keseronokkan membuat persiapan menyambut Syawal. Jangan lupa untuk membayar zakat fitrah yang wajib. Juga sebenarnya disepanjang bulan Ramadhan amatlah digalakkan untuk kita bersedekah kepada faqir miskin kerana dengan bersedekahah ALlah akan memberi 700 kali ganda atas setiap sedekah yang kita lakukan itu.
Berlapang dada dan bermaaf-maafan dengan penuh ikhlas. Gunakan peluang ‘idil fitri untuk saling bermaaf-maafan. Sekiranya kita tidak merebut untuk melakukannya pada hara raya ‘idil fitri ini, entah bila kita akan melakukannya. Bermaafan dengan niat yang ikhlas dan seeloknya nyatakan apa kesalahan yang kita telah lakukan terhadapnya.
ALlah akan berikan ketenangan terhadap orang yang memberi maaf terhadap saudara muslimnya.
Hidupkan ‘amalan ziarah menziarahi. Hari raya amat sesuai untuk membawa semua anak-anak bagi mengenal saudara mara, ini kearana pada hari raya semua sanak saudara bercuti dan ada di rumah masing-masing. Dengan ‘amalan ini maka tidak terputuslah hubungan kekeluargaan.
1 Syawal bukannya kemenangan syaitan, tetapi kemenangan kita umat islam. Oleh itu sambutlah dengan penuh kesederhanaan dan dengan banyakkan bersyukur kepada ALlah.
Dars Bukhari.
amirussin@yahoo.com
Daripada Abdullah bin Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya ALlah mencatat hasanat [kebaikan] dan sayyi’at [kejahatan], kemudian menjelaskan keduanya. Maka siapa yang berniat akan berbuat hasanat kemudian tidak melakukannya, ALlah mencatat untuknya satu hasanat, dan jika berniat untuk melakukan kebaikan, kemudian dikerjakan dicatat sepuluh hasanat, mungkin ditambah hingga tujuh ratus kali ganda atau lebih dari itu. Dan apabila berniat untuk melakukan sayyi’at, tetapi tidak dilakukannya, ALlah mencatat baginya satu hasanat. Dan jika niat itu dilaksanakan, maka ditulis oleh ALlah baginya satu sayyi’at”. [Hadis riwayat Bukhori dan Muslim]
ALlah yang bersifat dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sentiasa memberi kepada kita pahala yang berlipat kali ganda sekiranya kita melakukan kebaikan. ALlah tidak akan atau sama sekali tidak akan menghampakan kita dengan segala ‘amal kebajikan yang kita lakukan diatas dunia ini.
ALlah telah berjanji akan memberi ganjaran pahala dengan setiap ‘amal yang kita lakukan. Setiap niat kita untuk melakukan kebaikan telah ditulis ganjarannya oleh ALlah, sedangkan kita tidak melakukannya lagi. Dan sekiranya kita terus melakukan setiap niat baik yang kita niatkan maka ALlah akan memberi pahala yang berlipat kali ganda kepada kita.
Dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim ALlah juga, tetap memberi ganjaran pahala kepada kita sekiranya kita berniat untuk melakukan kejahatanm tetapi kita tidak meneruskan perbuatan jahat tersebut maka ALlah memberi satu ganjaran pahala kepada kita. Dan sekiranya kita meneruskan niat untuk melakukan kejahatan tersebutm ALlah hanya memberi satu balasan dosa.
Itulah sifat yang ada pada ALlah yang tidak ada pada makhluq. Kita sebagai hambanya hendaklah menyedari bahawa untuk mendapatkan balasan pahala dari ALlah amat senang. Tetapi kadangkala kita lebih menyukai melakukan sesuatu perbuatan munkar walaupun susah dan sukar.
Tafsir al-Qur’an
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi
غير المغضوب عليهم ولا الضا لين
Melalui ayat ini, ALlah s.w.t telah menjelaskan lagi, iaitu jalan yang lurus itu ialah dengan menidakkan jalan yang mana jangan diambil oleh manusia supaya berada diatas jalan yang lurus. Umumnya ahli tafsir berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang menolak, menyangkal atau menentang ajaran para Nabi,Rasul dan kitab-kitab suci, merekalah yang dimarahi oleh ALlah dan mereka tergolong dalam orang-orang yang berada didalam kesesatan.
Bukan sahaja Yahudi dimurkai oleh ALlah tetapi sesiapa sahaja yang mengikut atau berfikiran atau mendewa-dewakan kedua golongan ini, juga termasuk di dalam golongan yang sama.
Telah ditetapkan untuk ummat ini jalan yang lurus dan bagi mereka yang berada dalam kehidupan yang suci murni ini akan menjumpainya dalam kehidupan Nabi s.a.w dan didalam kehidupan para sahabat r.a.
Oleh itu kita sebagai ummat akhir zaman ini hendaklah sentiasa mengikut dan mencontohi cara hidup para Nabi dan Rasul juga cara hidup para sahabat r.a untuk mendapat tahap keimanan yang telah dicapai oleh mereka. Dan semoga kita sentiasa berada di dalam landasan yang disukai oleh ALlah dan RasulNya.
Wallahu aqlam.
Rahsia berbekam.
benhussin.blogspot.com
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “ Selama aku berjalan pada malam Isra’ bersama malaikat, mereka selalu berkata ‘ hai Muhammad perintahkanlah umatmu berbekam.”
Berbekam atau hijamah merupakan salah satu rawatan yang menjadi ‘amalan Nabi Muhammad s.a.w .
Berbekam terbukti berkesan merawat dan mencegah pelbagai penyakit kronik zahir atau batin sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “ Sebaik-baik pengubatan bagi kamu adalah berbekam ”.
Menurut Imam al-Ghazali berbekam termasuk didalam fardhu kifayah, jika satu qariah tidak ada seorang pun yang mempelajari dan mengamalkannya maka semua penduduknya akan berdosa.
Sabda Nabi s.a.w lagi yang bermaksud “ Berbekamlah jangan membiarkan darah yang kotor berlebihan melimpah, maka ia akan membunuh mu ”.
[Bukhari dan Muslim]
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “ Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelas atas , sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit ”.
[Bukhari dan Muslim]
Kata Ibn Qaiyyum Perubatan yang disunnahkan oleh Nabi s.a.w tidak seperti perubatan lain yang mana kita wajib yakini dan bersifat pasti dengan bersumberkan dari wahyu Ilahi.
Fikrah an-Nadwi.
amirbenhussin@gmail.com
Kemunduran umat Islam masa kini mengikut pemikiran ulama dan penulis tersohor dan juga tuan guru kami, al-marhum Sayyed Abul Hasan Ali Hasani an-Nadwi dalam bukunya ‘Maza Khasiral ‘Alam bi Inhithat al-Muslimin’ [Kerugian Dunia Akibat Kemunduran Umat Islam] menekankan dua perkara yang menjadi sumber utama kemunduran umat Islam.
Pertama, mereka menjauhkan diri dari petunjuk al-Qur’an dan Sunnah Rasul s.a.w . Kedua, meminggirkan ‘ilmu. Di zaman kegemilangan Islam sejak kurun awal Islam sehingga kejatuhan Daulah Uthmaniyyah di Turki, perkembangan ‘ilmu di dunia Islam demikian pesat, Tamadun Islam menjadi tamadun unggul. Ini menyebabkan ‘ilmu-‘ilmu Islam itu diadaptasi oleh Dunia Barat selapas Barat keluar dari zaman kegelapan [The Dark Ages].
Menurutnya lagi, fonomena yang menggoncang dunia Islam adalah wabak fanatisme kebangsaan yang melebarkan pengaruhnya dikalangan dunia umat Islam, khususnya di Negara-negara Arab. Pada hal selama ini umat Islam diharapkan tampil sebagai pelopor dinamika da’wah Islam yang universal, memperjuangkan misi pendamaian dan keamanan dunia juga tenaga yang menyuarakan egalitarian dan universal bertentangan dengan kelompok nasionalis perkauman.
Menurutnya lagi, di Negara umat Islam telah terjadi kemunduran umat disebabkan gelombang peradaban Barat, yang mana di Turki telah muncul satu pemikiran dikalangan pemimpin yang mengatakan bahawa Islam adalah ajaran asing yang tidak releven dengan kepercayaan nenek moyang bangsa Turki.
Sejarah kejatuhan tamadun dan empayar Islam membuatkan kita menitis air mata apabila mengenangnya. Ketika dunia Islam semakin lemah, kepimpinan Islam kehilangan arah, dunia ‘ilmupun dipinggirkan. Umat Islam menjauhkan diri dari mencari dan menimba ‘ilmu, membiarkan dunia Barat menguasai semua ‘ilmu, khususnya ‘ilmu sains dan teknologi.
Semenjak itu, pemikir Islam tidak dapat membendung peradaban Barat dan tidak terdaya untuk berdiri berdepan dengan mereka, lemah daya intellectual untuk berhujah secara ilmiah.
Inilah sedikit intisari pandangan Sayyed Abul Hasan ulama’ besar dari India yang juga menyedarkan kita untuk membuka minda ke gerbang pemikiran membaik pulih kemunduran umat.
Pada 31 Desember 2009 ini, genap 10 tahun pemergian ulama besar dan pemikir ulung ini. Namun sumbangannya kepada dunia ‘ilmu dan da’wah tetap tersebar diserata ‘alam.
Al-Fatihah.
Nama-nama surah al-Qur’an.
benhussin.blogspot.com
Al Ghasyiah - Kejadian yang menyelubungi
Al Fajr - Fajar `
Al Balad - Negeri
Asy Syams - Matahari
Al Lail - Malam
Adh Dhuha - Waktu naik matahari
Al Insyirah - Lapang
At Tin - Buah tin
Al ‘Alaq - Segumpal darah
Al Qadr - Kemuliaan
Al Bayyinah - Keterangan yang jelas
بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Mahukah kamu melancung?
Do you want to travel?
هل تريذ السفر؟ - Hal turi dussafar?
كيا اب سفر كرنا جا حتي هين - Kia ap safar karna cahtahain
Ya tetap tidak berseorangan.
Yes but not alone.
نعم ولكن لس مفرذا - Na’am walakin laisa munfaridan.
با ليكن تنها نهين - Ha lekin tanha nahin.
Kemana kamu hendak pergi melancung?
Where do you want to travel to?
الى اين تريذ - Ila aina turidu?
آب كها جا نا جاحتي هين - Ap kaha jana cahta hain?
Soal jawab.
amirussin@yahoo.com
Soalan: Bolehkah mengqada puasa
Bulan Ramadhan bersama puasa bulan
Syawal?
Jawapan: Ya, boleh menggantikan atau qada
Puasa Ramadhan dengan puasa sunat pada bulan Syawal.
Soalan: Siapakah golongan yang layak menerima zakat?
Jawapan: Golongan yang layak menerima zakat ialah faqir, miskin, anak yatim,’amil atau orang yang menguruskan zakat, orang-orang yang berhutang dan pada jalan ALlah seperti pelajar ilmu agama, ibnu sabil seperti musafir yang kehabisan bekalan dan seumpamanya seperti termaktub di dalam surat at Taubah ayat 60.
Muhasabah.
benhussin.blogspot.com
Asal usul kejadian Nabi Adam a.s.
Firman ALlah s.w.t yang bermaksud “Dan Dialah yang menciptakan kamu dari tanah.”
[Surah al-An’am:2]
Para ulama menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah Nabi Adam a.s, Baginda adalah manusia yang pertama dicipta oleh ALlah daripada tanah daripada permukaan bumi.
Diriwayatkan bahawa semasa ALlah s.w.t mahu mencipta Nabi Adam a.s.ALlah s.w.t memanggil iblis untuk menyaksikan penciptaannya. ALlah s.w.t mengambil tanah daripada yang berjenis tawar dan masin kemudian diadun untuk mencipta Nabi Adam a.s.
Lalu iblis berkata sebagaimana firman ALlah dalam al-Qur’an yang bermaksud “ Adakah Engkau memerintahkan aku untuk sujud kepada orang yang dicipta daripada tanah[Adam a.s]?”
[Surah al-Isra’:61]
Abdullah bin Salam berkata, ALlah menciptakan Nabi Adam a.s. pada akhir hari jumaat [waktu antara petang jumaat dan malam sabtu]. Sementara itu Ibn Abbas meriwayatkan bahawa ALlah mencipta Adam a.s dalam keadaan kepalanya sampai kelangit. Ertinya dia seorang manusia yang tinggi.
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Adam a.s mengerjakan haji sebanyak 40 kali berulang alik dari India ke Tanah Suci Mekah hanya dengan berjalan kaki. Dikatakan ketika Nabi Adam a.s berjalan,kepalanya mencecah ke langit. Ketinggiannya menakutkan binatang di darat. Sebelum wafat Nabi Adam a.s mempunyai bilangan anak dan keturunannya seramai 40.000 orang. Mengikut satu riwayat, Nabi Adam a.s wafat berhampiran bukit di mana ALlah mengutuskannya turun dari syurga ke bumi [di India].
[bersambung]
Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Nabi s.a.w pernah bersabda tentang orang-orang yang istimewa dengan rahsia-rahsia, sesungguhnya ALlah s.w.t ada suatu minuman yang disediakan untuk para auliya’nya, apabila mereka minum minuman itu, mereka menjadi bersih.
Apabila mereka menjadi bersih, mereka menjadi bijaksana, apabila mereka menjadi bijaksana, mereka terbang keatas, apabila mereka naik keatas, mereka mencapai dan mereka bersatu.
Apabila mereka bersatu mereka berpisah, Apabila mereka berpisah mereka fana[lenyap], apabila mereka fana, mereka baqa’, mereka menjadi raja.Kemudian mereka berada dalam majlis haq di hadrat ALlah yang Maha Tinggi.
Iqtibar
amirbenhussin@gmail.com
Pasai apa aku segan sembahyang.
Pasai apa la aku tak terpikiaq lagi nak hampaq sejadah
Hidup senang, rezeki melimpah
Nak sembahyang kawan baik syaitan dok suruh legah-lengah
ALlah tarik niqmat sampai reyau ayaq mata darah baru padan muka
ALlah bagi jasad siap dengan bayang-bayang
Lebih baik dari tiang
Berdiri tak dak roh siang malam
Kerja dah ok keluarga pun dah bahagia
Takkan 5 minit pun payah nak luang
Kata kalut, mati baru tak kalut
Biag orang tolong sembahyang
ALlah bagi otak supaya boleh pikiaq
ALlah bagi ilmu untuk buat ‘amal
ALlah bagi niqmat tapi tak syukur
Tengok TV, tengok bola sanggup bangkit pukul 3 atau 4 pagi
Beli tiket konsert, beli tiket wayang, bayaq duit shopping sanggup beratoq panjang
Kena ingat umoq kita bukan panjang
Pagi ni sihat sat lagi petang dah padam
Masuk kubuq kena siksa sorang-sorang
Perjalanan akhirat terlalu panjang
Janji ALlah pasti jadi sapa tak boleh haling.
Info kesihatan.
benhussin.blogspot.com
Buah Zaitun.
Pokok zaitun atau olive, sejenis pokok hijau di kawasan separuh tropika, terkenal tumbuh di hampir seluruh Mediterranean terutama kawasan kering.
Berbatang menggerutu hijau kelabu, dengan ketinggian 7-12 meter. Daunnya halus meruncing bewarna hijau kelabu dan sedikit keras. Berbunga halus keputihan, buah yang duhasilkan bewarna hijau kekuningan berbiji ungu seakan batu. Sejenis tanaman lading, buahnya dipungut dengan hanya menggoncang pokok. Lalu ia disatukan sama ada untuk membuat minyak atau dimakan begitu sahaja.
Dipercayai minyak zaitun antara minyak masak yang terbaik, berperisa dan mudah dicerna. Ia juga bahan mentah asas untuk menghasilkan alat solek bermutu. Dari sudut perubatan, minyak zaitun dijadikan perantara kepada ubat yang dilarutkan di dalam minyak seperti untuk mengubati perut memulas, mengeluarkan batu karang halus atau dijadikan julap.
Tergolong antara buah-buahan terkenal, zaitun enak dimakan sama ada sebelum masak atau masih hijau, dibuat jeruk. Kayunya yang keras boleh dibuat sebagai bahan ukiran.
English Section
amirussin@yahoo.com
What are the pillars of Islam ?
There are five pillars in Islam.The first is the two testimonies, to witness that there is no God but ALlah and that Muhammad s.a.w is the ALlah’s Messenger. The second is prayer, to pray five times daily. The third is fasting, to fast from dawn to sunset along the Ramadhan month every year.
The fourth is paying zakah once every years, to pay 2.5 % of annual savings. The fifth is to perform pilgrimage once in one’s life, to go to Mecca if one is financially and physically capable of doing so.
Some of these pillars are done individually, some collectively. Some are done once in one’s life. Some daily, some yearly. These five pillars do characterize Islam. No other religion has them the way Islam does. They are unique to Islam.
Iklan
Untuk langganan albayan dan sebarang pertanyaan sila hubungi:Ust.Qamaruzzaman ditalian: 013 4849471.
Dapatkan SYAMIL Qur’an dengan terjemahan perkata dengan harga RM:150.
Dan Tafsir Al-Qur’an Perkata beserta terjemahan dilengkapi dengan Asbabul Nuzul dengan harga RM:160.
Kini anda boleh dapatkan barangan dari Timur Tengah seperti:
Air Zam-zam, Habbatussauda, Halwa Tahini, Pelbagai jenis jem, Buah Tin, Buah Zaitun, Kismis Minda, Cuka Kurma. Anggur Merah, Epal, Minyak Zaitun dan lain-lain lagi.
Keterangan lanjut sila hubungi:Amir ditalian: 013 7338966.
No comments:
Post a Comment