الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
i.
Pesta sambutan tahun baru pada detik 12 tengah malam pada 31 Desember yang lalu, menyaksikan satu acara sambutan yang penuh dengan ‘amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Budaya bercampur gaul antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berleluasa, dan ada sesetengahnya mengngakhirinya dengan meminum minuman keras dan seterusnya akan berlakunya hubungan kelamin luar nikah. Pesta sebegini banyak menyumbang semakin maraknya gejala sosial dikalangan umat Islam.
ii.
Perbezaan sambutan tahun baru hijrah dan sambutan tahun baru masihi amat berbeza sama sekali. Sambutan tahun baru hijrah dilakukan dengan penuh adab dan kesopanan dan dipenuhi dengan ‘amalan-‘amalan yang diredhai oleh ALlah. Dan selalunya ia diadakan di dalam masjid, bebas daripada aksi-aksi liar dan percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dimulai dengan membaca doa’ akhir tahun dan seterusnya dengan membaca doa’ awal tahun.
iii.
Media baru atau medan maklumat moden berasaskan IT seperti portal berita, website, blog, facebook, Twitter dan sebagainya, memudahkan kita mendapat maklumat atau apa
saja yang kita kehendaki, semuanya dihujung jari. Kita akan mendapat maklumat atau apa saja yang kita kehendaki dalam masa sekelip mata tanpa mengira dimana kita berada. Malangnya kemudahan dan kecanggihan IT ini seringkali disalahgunakan oleh sesetengah pihak.
Di sinilah kebaikkan bertukar kepada keburukan, tidak bijak menggunakan pemberian dari ALlah. Sekiranya segala kemudahan dan kecanggihan ini kita gunakan sebagai medan dakwah, insyaALlah ia akan dikira sebagai ‘amal baik dan sekiranya kita gunakan sebaliknya, maka terimalah kita akan pembalasannya dari ALlah di hari akhirat kelak. Bersamalah kita menggunakan ‘akal untuk bertindak dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
amirbenhussin@gmail.com
Tokoh.amirussin@yahoo.com
Al-Zahrawi.
Pakar Bedah dari Cardoba.
Abulcasis atau Abul Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi lahir pada tahun 936 Masihi di al-Zahra, Cardoba. Beliau merupakan seorang pakar bedah yang paling terkenal di era kegemilangan Islam dan menjadi doktor peribadi Raja al-Hakam II, Andalusia. Beliau meninggal pada tahun 1013 Masihi setelah menyumbang sesuatu yang amat besar dalam dunia perubatan.
Kitab At-Tasrif juga disebut ensiklopedia Al-Zahrawi yang mengandungi 30 jilid yang meliputi pelbagai bidang perubatan, kedoktoran dan pembedahan. Antara teknik pembedahan yang diperkenalkan oleh nya ialah:
Pembedahan mata untuk katarak.
Pembedahan hidung dan telinga.
Perbidanan untuk ibu-ibu.
Rawatan pergigian.
Pembedahan perut dan pundi kencing.
Pembedahan bagi kanser.
Merawat tulang patah.
Al-Zahrawi juga memperkenalkan alat-alat bedah ciptaan beliau, antaranya ialah:
*Alat bedah dan pemeriksaan mata, hidung, telinga dan lidah.
*Alat untuk mengeluarkan batu karang dari pundi kencing.
*Alat untuk mengeluarkan sel kanser tahap 1.
*Alat untuk mengeluarkan janin mati dari perut ibu.
*Alat untuk pergigian.
Beliau juga menyumbang mengenai tip kesihatan dan diet seimbang bagi pesakit, juga mengenai ubat-ubatan seperti ubatan herba. Kaedah yang digunakan oleh Al-Zahrawi bagi menghasilkan ubat-ubatannya ialah dengan kaedah penyulingan dan pemejalwapan. Beliau juga orang yang pertama memperihalkan secara terperinci mengenai hemofili [penyakit keturunan yang berpunca akibat kekurangan faktor pembekuan darah].
Al-Zarawi juga memperkenalkan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat, teknik pengikat di lengan untuk menghentikan aliran darah ketika berlaku pendarahan yang teruk.
At-Tasrif diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12, Al-Zahrawi mempunyai pengaruh besar pada pembedahan di Barat, prinsip-prinsip perubatan yang ditetapkan olehnya telah diiktiraf sebagai asli dalam ilmu prubatan, terutamanya pembedahan, dan kini terus menjadi bahan rujukan selama lima abad di Universiti Salerno di Rom dan beberapa university lain di Eropah.
Dars Bukhari
Ust.Shamsuddin an-nadwi
Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “ Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya. Dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya hendak kamu kerjakannya sekadar kekuasaan kamu. Sesungguhnya telah binasa orang-orang dahulu oleh sebab banyak pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka ”
[Riwayat
Bukhari]Melalui hadis ini Rasulullah SAW menjelaskan bahawa segala larangannya yang diharamkan [disana ada lagi larangan kerana makruh] terdiri daripada apa-apa yang ada kaitan dengan ALlah, ada bersangkut paut dengan manusia, harta benda, binatang-binatang dan larangan merosakkan alam semesta.
Larangan Rasulullah SAW itu adalah larangan Agama Islam, yang berkaitan dengan ibdah seperti larangan jangan meninggalkan solat fardhu, tidak berpuasa di bulan ramadhan, tidak tunaikan zakat, mempersekutukan ALlah ta’ala, samaada dari aspek diri ALlah sendiri , menduakan sifat-sifat ALlah, mensyirikkan nama-nama ALlah dengan nama makhluk dan bermacam-macam lagi ada hubungan dengan ALlah.
Manakala larangan yang berhubung dengan masyarakat pula seperti larangan jangan mencuri harta orang, jangan merosakkan harta benda mereka, jangan membunuh orang tanpa kebenaran syariat, jangan meracun fikiran dan ‘aqidah mereka, jangan menodai maruah sesama manusia, jangan melukai hati dan perasaan orang lain.
Larangan terhadap peribadi sendiri seperti tegahan minum arak, berjudi, berzina, memakan makanan yang diharamkan, bunuh diri, murtad,anuti ajaran sesat, sombong, jahil, bakhil dan lain-lain larangan yang merbahayakan jiwa rohani, nyawa tubuh badan dan aqidah sendiri.
Mutiara Kalam [siri 21].Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi
Hamba Ilahi sejati
Kenal akan
Diri sendiri
Mampu mengambil manfaat
Dari kekalahannya.
Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com
Elak Penyakit.
Segala penyakit datangnya dari perut. Di perutlah akan merebaknya penyakit sekiranya kita tidak menjaganya dengan betul. Kita seringkali semasa muda tidak menjaga pemakan dengan betul juga kita seringkali melupai apa yang sering diingatkan oleh Nabi SAW iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Kita juga diingatkan oleh ALlah SWT dengan hanya memakan makanan yang halal lagi baik. Ini adalah untuk mengingatkan kita supaya jangan terlalu leka apabila kita mengambil makanan sehingga memudaratkan diri kita dikemudian hari.
Lebih membimbangkan sikap kurang prihatin kita mengenai pemakanan sihat yang menyumbang kepada berbagai penyakit. Berapa ramai diantara kita yang mengetahui bahayanya rokok, tetapi masih merokok, berapa ramai yang mengetahui bahayanya arak dan dadah, tapi masih mengambilnya, juga bahaya gula dan garam? Tetapi ramai yang mengetahui betapa berkhasiatnya buah-buahan dan sayur-sayuran, tetapi tidak meng’amalkannya.
Pola pemakanan yang sihat ialah setiap individu harus mengambil pelbagai jenis makanan setiap hari termasuk bijirin, buah, sayur, daging, ayam, kekacang, susu, lemak dan minyak. Peringkat pertama dalam pengambilan makanan ialah bijirin diikuti dengan buah dan sayur. Seterusnya susu, dadih, keju, ikan, daging dan kekacang.
Produk yang paling sedikit diperlukan oleh tubuh badan ialah lemak, minyak, gula serta garam.
Panduan pemakanan yang berkhasiat:
• Kurangkan penggunaan dan pengambilan lemak dan minyak.
• Menghadkan makanan bergoreng.
• Kurangkan penggunaan garam dalam masakan.
• Kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan masakan.
• Hadkan penggunaan serbuk perasa serta kekerapan menghidangkan telur masin, ikan masin, sayur jeruk dan makanan yang diproses.
• Minum air kosong sebanyak enam atau lapan gelas sehari.
• Elakkan dari meminum teh tarik ketika makan nasi atau menikmati sebarang hidangan kerana ia boleh membantut pembentukkan hemoglobin [sel darah merah].
Semoga dengan meng’amalkan pemakan sihat, tubuh badan kita sentiasa diberikan ALlah sihat dan dapat mengerjakan ‘ibadah pada-Nya dengan sempurna.
Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi
الله يستهزي بهم ويمد هم في طغيا نهم يعمهون
ALlah [membalas memperolok –olok mereka dengan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka [yang melampaui batas itu].
اوليك الذين اشتروا الضللة بالهدى فما ربحت تجارتهم وما كانوا مهتدين
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tiada pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
ALlah SWT bandingkan keadaan mereka seperti orang berniaga yang tidak tahu cara berniaga dengan betul, maka orang-orang yang seperti ini bukan sahaja tidak mendapat untung malah kehilangan modalnya. Modal yang dimaksudkan ialah sifat-sifat semulajadi yang suci sejahtera yang dijadikan oleh ALlah SWT untuk menerima hidayah dan agama-Nya.
[bersambung]
بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Berapa lama awak akan tinggal disini?
How long are you staying?
كم مدة تقيم ؟
Kam muddatan tuqimu?
اب كتنا عرصه تهري كا ؟
Ap kitna arsah tehrengge?
…………………………………………..
Semalam.
One night.
ليلة واحده.
Lailatan wahidatan.
رات بهر كي ليي.
Rat bhar ke liye.
…………………………………………
Saya akan tinggal disini hingga hari sabtu.
I shall be here till Saturday.
اقيم ههونا الى يوم السبت.
Uqimu ha huna ila yaumi sabti.
مين سنيجر تك يها تيهرون كا.
Mein sanicar tak yaha tehrungg ga
Muhasabah.
benhussin.blogspot.com
Pengurusan tandas.
Kita seringkali mengabaikan kebersihan tandas yang seringkali kita gunakan seharian. Mungkin kita mengambil berat kebersihan tandas di kediaman kita, tapi kita selalunya tidak prihatin dengan kebersihan tandas-tandas awam dan tandas-tandas di masjid dan surau.
Seringkali apabila kita singgah untuk membuang air kecil atau air besar di mana-mana masjid atau surau, kita selalunya melihat situasi yang meloyakan, kotor dan tidak terurus.
Sepatutnya inilah langkah pertama yang perlu kita titik beratkan kerana tandas terutamanya tandas-tandas di surau atau di masjid merupakan satu keperluan sebelum kita menuju untuk solat. Sedarkah kita bahawa sekiranya kita mengambil berat tentang kebersihan tandas di masjid-masjid atau di surau-surau, ALlah akan memberi ganjaran yang besar kepada kita di hari akhirat kelak.
Berapa ramai diantara kita yang bertindak sebelum dan sesudah menggunakan tandas di surau atau di masjid mencucinya terlebih dahulu serta memastikannya supaya ia bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan.
Persoalannya mengapakah kebanyakkan tandas di surau dan di masjid yang penggunanya adalah kita yang semuanya beragama Islam tetapi kebanyakkannya tidak bersih dan meloyakan. Apakah tanggungjawab membersihkan tandas ini hanya terletak dibahu Imam atau Bilal masjid?
Kita dapati kesedaran kebersihan tandas lebih tinggi dari orang-orang yang bukan beragama Islam berbanding orang-orang Islam.
Marilah sama-sama kita fikirkan bagaimana untuk kita jadikan tandas-tandas di surau dan di masjid sebagai tandas yang tip top atau bertaraf lima bintang. Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian dari iman.
10 Perkara Yang Perlu Ada Pada Setiap Muslim.
amirussin@yahoo.com
1. Salim al-Aqidah [aqidah yang sejahtera].
Imam Hasan telah melatakkan syarat sepertimana ketegasan ALlah dalam al-Qur’an iaitu seseorang Muslim perlu ada aqidah yang sejahtera dari sebarang unsur syrik, khurafat, tahyul, bidaah dan sebagainya.
2. Sohih al-‘ibadah [‘ibadah yang betul pelaksanaannya].
‘Amal ‘ibadah yang dilakukannya adalah betul dari sudut konsep dan kaedah pelaksanaannya berdasarkan elemen wahyu al-Qur’an dan sunnah atau hadis Nabi SAW serta ilmu penetahuan.
3. Muthaqqaf al-Fikr [pemikiran keintelektual].
Mampu menguasai pengetahuan yang diperlukan dengan menggunakan ‘akal fikirannya untuk berfikir pada perkara-perkara yang boleh menguntungkan agama, dirinya serta masyarakat sekeliling.
4. Qawiy al-Jism [kekuatan tubuh badan].
Tubuh badan yang sihat adalah antara faktor yang diperlukan bagi menjadi benteng kepada Islam sebagaimana para sahabat yang berjuang pada siang hari dan menjadi ‘abid di malam hari.
5. Matin al-Khuluq [keteguhan budi pekerti].
Budi pekerti dan akhlaq yang mulia adalah pembeza antara Muslim dan bukan Islam. Seorang Muslim berakhlaq dengan ALlah, Rasul-Nya, al-Qur’an dan hadis Nabi SAW, sesame Muslim, terhadap kedua ibu bapa, guru, jiran tetangga dan sebagainya.
[bersambung]
Tip cemerlang Bahasa Arab.
amirbenhussin@gmail.com
1. Menggunakan bahasa badan sepenuhnya secara maksima ketika bertutur Bahasa Arab.
2. Mempelbagaikan intonasi yang sesuai.
3. Menggunakan secara maksimun pancaindera ketika belajar.
4. Mengaitkan apa jua ayat yang dibina dengan zikrullah.
5. Menambah yaa unnida atau ‘panggilan mesra’ dalam ayat.
6. Mengambil kelebihan lebih 1700 kata pinjaman yang terdapat dalam bahasa Malaysia dengan mengubahsuai kembali keadaannya dalam bahasa Arab.
7. Membaca al-Qur’an setiap hari sekurang-kurangnya satu muka surat.
8. Membaca sekurang-kurangnya satu hadis setiap hari.
9. Menghafaz ayat al-Qur’an.
10. Menonton atau mendengar berita dalam bahasa Arab.
11. Mengikuti bengkel motivasi bahasa Arab sekurang-kurangnya setahun sekali.
Soal jawab
amirussin@yahoo.com
Soalan: Apakah hukumnya apabila seseorang menangguh pengeluaran zakat, sedangkan segala syaratnya sudah mencukupi?
Jawapan: Dalam kitab Mastika Hadis menyatakan, adalah haram hukumnya jika sengaja melambat-lambatkan pengeluaran zakat. Wajib hukumnya mengeluarkan zakat dengan serta merta sebaik-baik sahaja sampai waktu, melainkan ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielak, maka ia diharuskan melambatkannya sehingga ia dapat membayarnya.
Hadis Nabi SAW di dalam Sahih Bukhari, bahawa Rasulullah SAW apabila ada habuan zakat, maka baginda tidak suka melengah-lengahkan pembahagiannya walaupun hanya satu malam sekalipun.
Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Roti adalah makanan yang amat baik. Roti hendaklah dibiarkan sedikit sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus selepas memakannya. Roti yang terdapat sekam gandum dapat dicernakan dengan segera. Semakin lembut roti itu semakin senang dihadam.
Roti yang diperbuat dari tepung barli dan tepung kacang, lambat untuk dihadam dan mestilah dicampur dengan garam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud “ Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotongnya dengan tangan mu, kerana ALlah SWT menghormati roti itu ”.
Perkara-perkara yang membatalkan syahadah.
tamarmerbok.blogspot.com
21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat, menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai matlamat hidup.
22. Menghina sesuatu daripada kitab ALLah atau Rasulullah SAW atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersenda hukum-hukum daripada hukum ALlah atau syiar-syiar Islam.
23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh ALlah dan sebaliknya.
24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber [punca] hukum daripada kitab ALlah dan as-Sunnah.
25. Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin.
26. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan Tauhidullah, dan rasa lapang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.
27. Menyatakan bahawa al-Qur’an terdapat pertentangan diantara ayat-ayat dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.
28. Tidak mengetahui tentang makrifat ALlah dan ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan nama-nama-Nya.
29. Tidak mengetahui dan mengenali Rasul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh ALlah kepadanya.
30. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar syahadah.
31. Sujud dan tawaf berkiblatkan selain Baitullah dengan niat mendekati ALlah.
Semoga menjadi garis panduan buat kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim di atas muka bumi ALlah ini.
Wanita Muslim dan Kerjaya.
amirbenhussin@gmail.cm
Islam tidak melarang wanita untuk melakukan pekerjaan yang baik di luar rumah sekiranya ia merupakan keperluaan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Malah, Islam meletakkan ianya sebagai suatu ‘ibadah sekiranya ia dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan Islam.
Wanita-wanita pada zaman Nabi SAW turut sama membantu keluarga mereka bagi mengurangi bebanan yang dipikul oleh suami-suami mereka. Asma’ bin Abu Bkr yang bekerja sebagai seorang petani dan membantu suaminya mengangkut hasil buah tamar dari lading ke pasar yang jauhnya kira-kira 1.4 km.
Walaupun keupayaan seseorang wanita untuk bekerja dan diharuskan dalam Islam, sebaiknya seorang wanita itu bekerja dibidang yang sesuai dengannya supaya terhindar dari pergaulan dan percampuran bersama lelaki yang bukan mahram, serta mestilah mengikut batas-batas yang ditetapkan dan halal oleh syarak.
Setiap wanita yang bekerja walau apa cara sekalipun hendaklah tidak mengabaikan aspek penghayatan ajaran agama dalam diri mereka. Juga mereka hendaklah bijak membahagikan masa diantara masa bekerja dan masa bersama keluarga dan tidak mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang isteri dan ibu.
Fungsi sebagai isteri dan ibu amatlah penting bagi sesebuah rumahtangga, sesebuah institusi keluarga yang berjaya terletak ditangan ibu dan akan membuahkan generasi Rabbani yang berlmu, beriman dan bertaqwa.
Akhirnya jadikan medan kerjaya sebagai medan dakwah yang boleh menguntungkan rakan taulan dan diri kita.
Rahsia Sumber ‘Alam
amirussin@yahoo.com
Batang saderi.
Batang saderi dikatakan boleh membantu meningkatkan daya stamina dan tenaga kaum lelaki. Ia lebih elok dimakan secara mentah. Mengandungi hormon androsterone, dan ia dikeluarkan melalui peluh.
Biji labu.
Biji labu boleh mengurangkan seseorang yang kerap membuang air kencing. Biji labu mempunyai phytosterois curcubitan dan selenium dan didapati mampu menghalang 5-alpha-reductace bagi mengurangkan masalah kekerapan membuang air kencing dan kencing tidak lawas.
Bawang putih.
Bawang putih boleh menghilangkan cirit birit dan sembelit. Dengan memakan campurang bawang putih bersama susu atau dadih. Ia bertindak dengan tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi. Bawang putih memang banyak khasiatnya disamping sebagai agen menghindari berbagai jenis penyakit dan mempunyai daya tahan yang tinggi, ia seringkali digunakan oleh orang-orang dahulu dalam mengubati penyakit.
Kunyit.
Kunyit seperti juga rempah kari yang boleh menajamkan minda. Mengikut kajian dari Universiti Duke, kunyit mempunyai bahan aktif yang boleh mengelakkan seseorang daripada menghidap Alzheimer dan demensia [nyanyuk]. Selain terdapat kajian lain menyatakan kuntit mampu menurunkan berat badan serta merendahkan tahap kolesterol.
Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Dari kajian European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition [EPIC], pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru terutamanya kepada individu yang merokok. Sebatian bioaktif yang banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan bertindak mencegahnya.
Kobis merah.
Kobis merah adalah keluarga kobis berbentuk bulat, padat dan bewarna merah atau ungu, berasa sedikit kelat tetapi rangup. Warna merah dan ungu terbentuk daripada pigmen yang dikenali sebagai anthocyonin iaitu anti oksida dalam kelas flavanoid yang sangat baik untuk memerangi radikal bebas dalam badan. Kaya dengan vitamin C, zat besi, riboflavin, potassium dan serat diet. Ia dapat megurangi dan mengelakkan rasiko mendapat kanser.
Makanan laut.
Makanan laut menurut seorang professor sains pemakan dari Universiti Illinois, baik untuk bayi terutamanya ikan seperti salmon. Kandungan omega-3 dalam ikan menyokong tumbesaran minda, saraf dan penglihatan terutama apabila bayi yang berhenti meminum susu ibu.
English Section
amirussin@yahoo.com
Wives and what to do about them.
Every man dreams of having a woman different levels. One that fulfills desires, stimulates him intellectually and soars with him to new spiritual height. A uniqe woman that will not only be a source comfort, but also of strength.
Here a some suggestions for you:
1. Be a spouse to your wife not a father. Don’t treather like a little girl with a long list of rules.
2. Respect her and treat her like a partner not an employee.
3. Give her space to make decision.
4. Trust her, don’t intterogate her for every little thing.
5. Be reasonable in setting boundries, if you a too strict she will either resent you or not abideby them when you are not around.
6. Don’t assume anything.
7. Be kind and understanding.
8. Try to make excuse when she fall short.
A happier home which means more peace and tranquility for you. Likes ‘Baiti Jannati’.
Kata-kata Hikmah [ Hiqmat Ki Bati ]
Oleh: Osama
Lakukan usaha untuk akhirat, berapa lamakah yang perlu kamu berada di sana.
Up akhirat ki liye, itna mehnat karo jitna din upko rehna hei.
Nazam
Aku dan air mata.
Titisan air mata menitis
Tanpa ku sedari mengenai pipi
Sengajakah aku atau ikhlaskah aku
Dalam mengharap redha Mu Ilahi.
Titisan air mata ini
Amat jarang menitis
Tapi saat dan tika ini
Ia menitis jua mengharap redha Mu.
Titisan air mata ini
Dulu amat sukar menitis
Samaada suka atau duka
Betapa kerasnya hati ku.
Titisan air mata ini
Akhir kalah dengan rahmat Mu
Mencari niqmat Mu sesekali bermunajat
Mohon redha Mu ya ALlah
titisan air mata ini akan merubah hari mendatang.
benhussin
Teras jernang.
Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.
interaksi dengan kami di www.facebook.com/albayanku.
No comments:
Post a Comment