Saturday, December 3, 2011

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i. Kita baru sahaja menyambut tahun baru Hijrah 1433. Pengorbanan Nabi SAW amat banyak digambarkan dalam sirah yang terdahu dan banyak menggambarkan kepada kita liku-liku perjalan hidup Rasulullah SAW yang penuh onak dan duri. Perjuangan yang sentiasa mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri, tetapi atas susah payahnya Nabi SAW menyampaikan dan menyebarkan dakwah Islam akhirnya Nabi SAW mendapat kemanisannya apabila Islam diberi kejayaan yang cemerlang oleh Allah SWT dengan tertegaknya Daulah Islamiah separuh dari dunia ini.Ambillah iqtibar dari sunnah Nabi SAW untuk kita meneruskan perjuangan yang suci ini.

ii.Tidak berapa hari lagi taun Masihi 2011 akan meninggalkan kita. Azam dan cita-cita pada tahun 2011 jika sekiranya masih tidak dapat dipenuhi maka hendaknya akan diteruskan juga pada tahun mendatang iaitu tahun 2012. Berazam dan bersungguh-sungguh untuk menunaikan apa yang kita hajati terutamanya apabila kita berazam untuk meningkatkan keimanan dan ‘amalan kita pada tahun ini tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya, maka pada tahun 2012 ini hendaklah kita lunasi dengan sebenarnya dan mohonlah pada Allah agar segalanya mengikut dan menepati apa yang kita inginkan. Serius, istiqamah dan konsistan hendaklah diutamakan dalam nekad kita untuk melakukan segala amanah dan perintah Allah.

iii.Semoga dengan kedatangan dua tahun baru ini akan membuka lembaran baru dalam kehidupan kita terutamanya dalam melakukan segala yang diperintahkan oleh-Nya dan meninggalkan apa yag dilarang-Nya. Harapan kita juga akn bertambah segala ‘amalan sunah Nabi SAW di dalam diri kita. Doa’ kita semoga iman dan ’amal kita akan diterima oleh Allah SWT dan dikira oleh-Nya di Yaumul Mashar kelak.

Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1433 dan tahun baru Masihi 2012.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Ibnu Battutah.

‘Hatinya berat mengatakan bahawa banyak ilmu dan pengalaman hidup yang terbentang di luar daripada jarak perjalanannya itu. Untungnya jika beliau mengambil peluang untuk mencungkil ilmu dan dalam masa yang sama menyampaikan dakwah islamiah ke pelosok dunia’.

‘Ilmu beliau tidak setara mana. Di bulan Rejab pada tahun 725 Hijrah beliau mengembara ke dunia timur. Merentasi negeri-negeri timur sehingga ke Iraq, India, Cina dan kembali ke Yaman. Seterusnya beliau menunaikan haji pada tahun 726 Hijrah. Di Mekah beliau bermukim beberapa lama sebelum ke India yang rajanya melantik beliau sebagai kadi.

Setelah itu beliau meninggalkan India dan pulang ke Maghribi dan menceritakan pengalamannya semasa di India’. [Tulisan Ibn Hajar al-Asqalani dalam karyanya Durur al-Kaminah]

Ibnu Battutah atau nama sebenarnya ialah Abu Abdillah Muhammad Ibnu Abdillah al-Lawati. Di lahirkan di Tanjah, Maghribi. Beliau bukanlah seorang ulama’, beliau hanya seorang pengembara Muslim yang menjelajah ke serata dunia untuk menikmati atau merasai kehidupan penduduk benua asing.

Dalam pengembaraannya, beliau membetulkan dan memperbaiki kelemahan sistem syariat di beberapa buah negara yang dilawatinya semoga berada dilandasan Islam yang sebenar.Kerana itulah beliau pernah dilantik sebagai kadi di India untuk sekian lama.

Dalam usia yang muda, beliau keluar dari kampong lamannya untuk pergi ke tanah suci Mekah bagi menunaikan haji. Dalam perjalanannya, beliau terfikir untuk terus mengembara menjelajah ke serata dunia. Setelah menunaikan haji beliau terus ke Iraq dan Iran seterusnya kembali semula ke Mekah.

Dua tahun selepas itu, beliau berlayar menyusuri pantai Afrika Timur sehingga tiba ke satu kawasan yang kini dikenali sebagai Tanzania. Semasa pulang ke Mekah beliau sempat singgah di Oman, Teluk Farsi dan Jazirah Arab. Pada tahun 730H/1330M beliau membuat keputusan ke India. Beliau memilih jalan yang sukar untuk ke India melalui Mesir, Syiria dan Turki dan merentasi Laut Hitam.

Beliau tinggal di India selama lapan tahun dan dilantik menjadi mufti dan penasih agama kepada sultan. Seterusnya dilantik menkadi duta ke Cina pada tahun 742H/1342M. Beliau terkandas di kepulauan Maldives selama 3 tahun dan akhirnya beliau dapat meneruskan perlayaran ke Cina melalui Bengal, Burma dan Sumatera Utara melalui Selat Melaka dan Laut Cina Selatan dan terus ke Canton, Cina.
Setelah hamper 25 mengembara Ibnu Battutah kembali ke tanahairnya selepas menunaikan haji pada tahun 749H/1342M.


Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “ Seorang wanita [biasanya] dinikahi kerana empat perkara; kecantikkannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Maka dapatkanlah perempuan yang memiliki agama [yang baik], berdebulah tanganmu”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, “Maka yang benar untuk hadis ini bahawa Nabi SAW memberitakan tentang kebiasaan masyarakat pada masa itu yang menginginkan empat sifat ini [ketika mencari isteri], dan meletakkan agama di tempat terakhir. Maka dapatkanlah, wahai orang yang meminta nasihat, isteri yang berpegang teguh terhadap agama”.

Al-Hafiz Ibn Hajr dalam Fath al-Bari berkata, “Makna hadis ini, sepatutnya bagi orang yang beragama dan bermaruah menjadikan sifat solehah sebagai fokos pandangannya dalam segala sesuatu terutamanya [ketika memilih] orang yang akan berdamping lama dengannya”.

Para ulama’ berbeza pendapat tentang makna “berdebulah tanganmu”, sebahagian mengatakan bahawa kalimah ini sekadar ucapan yang biasa dilontarkan oleh orang Arab tanpa mengandungi apa-apa makna di dalamnya. Dan sebahagian yang lain mentafsirkannya dengan “kefakiran” , ertinya kamu akan mendapat kefakiran jika tidak melaksanakan anjuran ini.

Sebab utama dalam hadis Nabi SAW menekankan betapa perlu pentingnya seseorang yang memilih atau mencari calon isteri yang beragama oleh kerana dengan isteri yang beragamalah yang akan menjadikan keluarga serta anak-anak dididik dengan acuan agama yang berlandaskan al-Qur’an dan hadis Nabi SAW dan kelak akan lahirnya anak-anak yang taat ALlah dan Rasul-Nya. Tugas mendidik anak-anak semakin bertambah berat setelah anak itu lahir, membesar dan mempunyai keperibadian sendiri. Mengikut Imam Abu Bakr Muhammad bin Jaafar al-Kharai’thi meriwayatkan dalam Makarim al-Akhlaq daripada Ibn Abbas, “Sesungguhnya kebaikkan [yang dilakukan seseorang] akan dibalas hingga ke anak cucu”.

Al-Hafiz Abu Nu’aim dan al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada imam tabiin ahli tafsir di Makkah yang bernama Mujahid bin Jabr, “Sesungguhnya ALlah SWT memperbaiki anak cucu seseorang kerana kesolehan dirinya”. Untuk melahirkan anak-anak yang tinggi nilai peribadinya Imam Abdul Wahab al-Sya’rani dalam kitab Lathaif al-Minan wal Akhlaq menukilkan “Aku sangat menyanyangi keturunanku sebelum mereka dilahirkan. Yakni dengan cara aku tidak pernah menyentuh ibu mereka sambil lalai mengingat ALlah, atau sambil menyimpan sifat marah, serakah dengan dunia, dengki ataupun ujub”.

Imam Ibn al-Jauzi dalam kitabnya Munaqib al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata “Ayahku [Imam Ahmad] selalu memanggilku setiap kali ada seorang zahid datang bertemu agar aku melihatnya. Ia ingin agar aku menjadi sepertinya”.


Mutiara Kalam [siri 32].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Hidup tanpa mengalami
Luka dan derita
Bukan hidup yang sebenarnya.


Keutamaan Puasa Bulan Muharram dan Hari ‘Asyura.
benhussin.blogspot.com

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Puasa yang paling afdhal setelah Ramadhan adalah bulan Allah Muharram”. Antara lain Nabi SAW bersabda dari Abu Qatadah r.a yang bermaksud: “Aku berharap pada Allah dengan puasa ‘Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya”. [Bukhari dan Muslim]

Ibnu Abbas r.a berkata: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berusaha keras untuk berpuasa pada satu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadhan”.[Bukhari dan Muslim]

Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, maka Nabi SAW bertanya: “Hari apakah ini ?. Mereka menjawab, ini adalah hari istimewa, kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, kerana itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah SAW bersabda: “Aku lebih berhak atas Musa daripa kalian”. Maka beliau berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa. [Bukhari dan Muslim]

Sebahagian ulama’ berpendapat hendaklah berpuasa dengan berpuasa selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 9, 10 dan 11. Bileh juga berpuasa 9 dan 10 haribulan sahaja dan boleh juga berpuasa hanya pada 10 haribulan sahaja.

Apa pun biarlah segala ‘amalan kita dengan niat yang ikhlas semoga diterima oleh Allah.


Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Syaitan Mengejutnya untuk Solat.

Suatu hari, akibat keletihan Syeikh Abdul Qader al-Jilani hamper terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qader.

Ia pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya ia dapat melihat syaitan yang berupa eekor kucing itu. “Mengapa engkau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal engkau sangat benci kepada orang yang solat?”.

“Aku bimbang sekiranya engkau terlewat bangun subuh” jawab syaitan. Syeikh amat hairan lalu bertanya “Kenapa?”. Syaitan menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan ALlah. “Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, engkau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius”.

Jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat ‘amalan-‘amalan baikmu nanti”.


Keistimewaan Doa’.
amirussin@yahoo.com

Islam mempunyai berbagai keistimewaan, diantaranya doa’. Kita dan orang lain boleh berdoa’ diantara satu sama lain. Bahkan semua makhluq diatas muka bumi ini turut berdoa’ kepada orang-orang yang beriman.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tiada seorang Muslim pun yang berdoa’ untuk saudaranya dari belakang, melainkan Malaikat berkata kepadanya, ‘Dan bagi kamu pinta untuk saudaramu’. [Riwayat Muslim]

Antara orang yang sering mendoa’kan kita ialah:

• Ibu bapa.
• Orang lemah yang pernah kita bantu.
• Anak-anak yatim.
• Sahabat-sahabat seperjuangan.
• Guru yang mengajar kita.
• Malaikat.
• Makhluq-makhluq ALlah yang lain.

Oleh itu jadikan doa’ sebagai amalan seharian dan berdoa’ lah nescaya ALlah makbulkan.


بول جا ل
Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Jam berapa bank dibuka ?
What time does the bank open ?

Mata yuftah al bank ?
متى يفتح البنك ؟

Bank qist waqt khulta he ?
پنک کپس وقت کھلتا هے ؟

2.Adakah kamu cashier ?
Are you the cashier ?

Hal anta amin sunnduq ?
هل انت امين الصندوق ؟

Kia khazanchi ap he ?
کیا خزانجى اپ سى ؟

3.Bolehkah saya berjumpa pengurus ?
May I speak to the manager ?

Hal yumkin azurul mudir ?
هل يمكن ازور المدير ؟

Kia me menejerse mil sakta hu ?
كيا ميى منجيرسے مل سكتا هون ؟


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Sifat Mahmudah [Terpuji].

Imam al-Ghazali menggariskan sifat Mahmudah kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah:

1. Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dan tidak akan mengulanginya lagi dari melakukan dosa-dosa besar.
2. Takut pada Allah degan melipat gandakan ‘amalan dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya.
3. Mahabbah, mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain.
4. Zuhud, mengekang jiwa dari segala kesenangan dunia yang berlebihan.
5. Sabar, memujuk jiwa dengan keimanan dan sabar dalam menjauhi maksiat.
6. Syukur pada Allah di atas segala keniqmatan yang kita kecapi terutamanya niqmat sihat dan pancaindera.
7. Ikhlas dan benar bagi menunudukkan dorongan hawa nafsu dan kasih dunia.
8. Tawakkal dengan meletakkan pergantungan hanya pada Allah.
9. Redho denga qada’ dan qadar Allah.
10. Sentiasa ingat hari kematian dan bersedia untuk menghadapinya.



Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Adakah batal wudhu’ sekiranya bersentuh dengan bapa tiri yang berkahwin dengan ibu tiri ?

Jawapan : Hukumnya adalah batal, kerana bapa tiri yang berkahwin dengan ibu tiri adalah bukan mahram [ajnabi] bagi anda.

Soalan: Adakah berdosa apabila saya keluar berjumpa dengan saudara mara dengan berbaju ketat ?

Jawapan: Berpakaian yang menampakkan susuk tubuh badan di hadapan lelaki yang ajnabi adalah haram dan berdosa.


Tarbiyyatul Aulad.
amirbenhussin@gmail.com

Dalam kesibukkan kita sebagai ibu/bapa menjalani rutin kehidupan seharian, kekadang kita terlupa untuk memohon pada ALlah dalam menjadikan anak-anak kita sebagai permata hati dan penawar hidup.

Selalunya apabila kita pulang ke rumah setelah seharian bekerja, letih, penat dan sebagainya, apabila didatangi anak-anak [yang mungkin seharian mereka hanya bersama pengasuh] seringkali kita menengking dan menyuruh mereka jangan mendekati kita.

Kesilapan sebegini sering tidak diambil kisah oleh kita, dan menjadikan anak-anak tidak lagi merasai belaian kasih sayang dari kita selebihnya kasih saying itu datangnya dari bibk atau pengasuh mereka. Bayangkan mereka sudah tidak merasai samaada kita ada atau tidak di rumah, merekalebih gembira dan ceria berada disisi bibik atau pengasuh.

Oleh itu marilah kita ambil masa beberapa minit dari kesibukkan kita bermuhasabah kembali kesilapan kita dalam sehari kehidupan kita. Langkah yang perlu kita ambil ialah:

• Berdoa’ untuk anak-anak selepas solat.
• Solat berjamaah bersama.
• Mendekati mereka beberapa minit dalam sehari.
• Jangan menengking dan menjauhkan diri dari mereka.
• Ambil perhatian dengan apa yang mereka ceritakan.
• Sesekali keluar bersama.
• Hargai mereka.

Kita berusaha, ALlah yang menentukannya.


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Syaikh Abu Sulaiman Ad Darani r.a. berkata: ‘Apabila kamu memohon kepada Allah untuk apa jua keperluanmu mulaknlah dengan selawat ke atas Nabi SAW, kemudian pintalah apa sahaja kemahuan hajat mu, maka tutupilah doa’ mu dengan selawat keatas Nabi SAW dengan Rahmat kasih sayingnya.

Allah menerima kedua-dua selawat tersebut, Rahmatnya sungguh luas dengan mudah menerima apa yag terkandung diantara dua selawat itu.


Sahabat Jatuh Sakit Jika Lama Tidak Berjumpa Rasulullah SAW.
amirussin@yahoo.com

Ibarat orang yang sedang bercinta, itu yang berlaku kepada para sahabat Nabi SAW kerana terlampau rindukannya, padahal mereka masih berada berdekatan dengan Nabi SAW.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bughawi daripada Thauban mawla Rasulullah SAW , beliau amat mencintai Rasulullah SAW dan kurang sabar dalam hal ini. Pada suatu hari beliau bertemu dengan Rasulullah SAW dalam keadaan yang berlainan.

Nabi SAW bertanya kepada beliau: “Apa yang mengubah keadaanmu sebegini wahai Thuban?” Jawab beliau: “Wahai Rasulullah! Aku tidak mempunyai sebarang penyakit. Hanya hati amat merindui apabila tidak dapat melihat dirimu kerana engkau akan diangkat bersama para Nabi. Jika aku dapat memasuki syurga sudah tentu kedudukanku lebih rendah. Sekiranya aku tidak dapat memasuki syurga, sudah tentu aku tidak dapat melihatmu lagi”.

Maka turunlah ayat al-Qur’an yang bermaksud: “Dan sesiapa yang taat kepada ALlah dan Rasul-Nya, maka mereka akan [di tempatkan di syurga] bersama orang yang dikurniakan niqmat oleh ALlah kepada mereka, iaitu nabi dan orang siddiq dan yang syahid serta soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan [kepada orang yang taat]”. [Surah an-Nahl:69]

Oleh itu sekiranya kita mencintai Rasulullah SAW maka perbanyakkan selawat dan salam keatasnya. Sesungguhnya ALlah dan para Malaikah sentiasa berselawat ke atas Nabi.


Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Sekarang ini bagi adik-adik yang telah mengambil peperiksaan UPSR dan PMR telahpun selesai, bagi adik-adik yang sedang mengikuti peperiksaan SPM masih lagi belum selesai. Semoga adik-adik dapat menjawab dengan sebaik mungkin.

Bagi adik-adik yang sedang bercuti diharap dapat mengisi masa cuti dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti:

• Mendalami ilmu agama dengan mempelajari ilmu fardhu ‘ain.
• Mempelajari ilmu tajwid.
• Banyakkan membaca al-Qur’an.
• Solat berjamaah, samaada di masjid, surau atau di rumah.
• Mengikuti kem-kem motivasi.
• Membuat persediaan dengan membeli, membaca dan membuat ulangkaji dan latihan untuk persekolahan pada tahun hadapan.
• Menolong ibu/bapa dan masyarakat atau sebagainya.

Lakulah sesuatu untuk kebaikkan diri, keluarga dan masyarakat kerana apa yang kita lakukan akan diberi ganjaran oleh Allah di akhirat nanti.


Aurad Wanita.
amirussin@yahoo.com

Setiap wanita Islam wajib menutup aurad daripada lelaki ajnabi [asing] atau daripada lelaki yang bukan mahramnya sama ada pada malam yang gelap gelita atau pada malam yang terang. Berdosa seorang perampuan mendedahkan auradnya kepada yang bukan mahramnya.

Pernah seorang sahabiyyah [sahaba Rasulullah SAW dikalangan kaum Muslimah] bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai seorang perempuan yang didatangi oleh seorang lelaki buta/rabun. Apakah dia perlu menutup auradnya atau berhijab. Lantas Rasulullah SAW menjawab: “Sekiranya ia tidak dapat melihat engkau kerana rabun atau butanya, maka apakah engkau tidak dapat melihatnya?”.

Maksud daripada jawapan Rasulullah SAW ini ialah jangan sekali-kali memandang remeh mengenai pendedahan aurad, sekalipun pada orang butayang tidak dapat melihat. Begitulah wajib menutup aurad pada waktu malam dan juga apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sudah tua atau sebagainya.


Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Khasiat Susu.
Susu khasiatnya adalah sama seperti ikan, ayam,daging dan kekacang. Produk yang sama dengan susu ialah keju dan yogurt. Produk tenusu adalah kaya dengan protein dan pelbagai jenis vitamin dan mineral, terutamanya kalsium dan susu adalah minuman yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Kegunaan kalsium pada tubuh manusia ialah untuk membina tulang dan gigi, mengelak daripada masalah tulang rapuh dan mudah patah.

Anda perlu mengambil lebih susu untuk mendapatkan kelebihannya. Antara kebaikkannya ialah:

• Membantu menambah tenaga fizikal.
• Menguatkan tulang belakang dan gigi.
• Mengelokkan otak.
• Menajamkan penglihatan.
• Menghindarkan penyakit lupa.

Minumlah dengan niat mengambil kebaikkannya dan kebaikkan dari‘amalan Nabi SAW.Nabi SAW membaca doa’ sebelum meminum susu yang bermaksud: “Ya Allah, berikanlah kebaikkan pada kami dalam susu ini dan tambahkanlah [keberkatan] bagi kami kepadanya”. [Riwayat Abu Daud]


Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]
0leh: Syaikh Osama

Bukhari mei muzahid rha se nakal kia ke “ Jo shaks pharne me haya kare ya takabbur kare oh ‘ilmu hasil nehi kar saktah”.

Dalam kitab Bukhari terdapat satu hadis melalui riwayat yang berbunyi “ Seseorang yang alu atau sombong semasa belajar tidak akan memperoleh ‘ilmu”.


English Section
amirussin@yahoo.com

What are the priorities in Islam ?

For a good Muslim, his priorities are to obey God [Allah], to worship Him, to get God’s approval, and to go to Paradise in the other life. Because of these priorities, the Muslim’s behavior is very much under control.

He always observes what he says or does. This observance is in his own interest and the interest of everybody around him.

For are non-Muslim, his priorities are most probably quite different. To him, God does not exist at all or He exist but He transferred all authority to His son, who bravely bore all the sins of people.

To secularistic non-Muslim, priority is often given to pleasure, night club, alcohol, drugs, sex, collecting money at any cost, or / an d fame.


Nazam

Dimana ada gula
Disitu ada semut
Dimana ada manis
Disitu ada pahit.

Dimana ada air
Disitu ada ikan
Dimana ada kail
Disitu ada umpan.

Dimana ada jerat
Disitu ada perangkap
Dimana ada syaitan
Disitu ada temanya manusia.

Dimana ada hidup
Disitu ada mati
Dimana ada azab
Disitu ada niqmat.
Dimana ada neraka
Disitu ada syurga
Mengertilah wahai insan
Mati itu pasti.
Oleh: Ahmad Muhammad
Kulim,Kedah.



Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran po
s]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.


Bilal Tahfiz School & Islamic Studies

Pendaftaran dibuka sekarang.

Bertempat di No.12A Bangunan Peniagaan Nilam Sari, 08000 Sungai Petani. Kedah.

Terbuka kepada semua pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga kepada golongan dewasa yang berminat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir 013 7338966.
Boleh lewati www.bilaltahfizschool.blogspot.com

No comments: