Thursday, December 15, 2011

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركات, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i.Moga-moga dengan kedatangan dua tahun baru iaitu tahun baru Hijrah dan tahun baru Masihi akan mengingsafi kita, dengan kedatangan tahun baru ini menandakan umur kita semakin meningkat dari usia muda kepada usia tua.

Umur, harta yang diusahakan semasa di dunia, jika disalah urus kepada perkara yang tidak mendatangkan kebaikan pada diri, agama dan masyarakat, ia akan menjadi barah dan peluru yang akan mengena diri sendiri.

ii.Mari kita hayati kehidupan kita ini dengan penghayatan Islam yang sebenarnya yang berpaksikan al-Qur’an dan as-sunnah. Marilah kita insafi hidup kita ini dengan banyakkan menyoal diri kemanakah hala tuju kehidupan ini. Adakah hidup ini semata-mata untuk keasyikkan dan keseronokkan sahaja. Firman ALlah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh [urusan] harta benda kamu dan anak-anak kamu daripada mengingati ALlah [dengan menjalankan perintah-Nya] dan [ingatlah], sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi”. [Surah al-Munafiqun:9]

Justeru itu bersamalah kita tingkatkan Iman dan ‘Amal dalam menelusuri kehidupan ini.
amirbenhussin@gmail.com


Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Stevens Demetre Georgio.

Stevens Demetre Georgio, lahir pada 21 Julai 1948 di England. Beliau merupakan seorang ahli muzik dan penyanyi Inggeris yang terkenal disamping penulis lagu dalam pelbagai jenis rentak muzik pada era 60-an dan 70-an.

Ayahnya beragama Kristian Ortodoks Greek manakala ibunya beraliran Baptist, beliau telah dihantar ke sekolah rendah St.Joseph Roman Catholic yang terletak di Macklin Sreet yang berhampiran denga restoran keluarganya. Beliau didedahkan dengan alat muzik piano dalam pembelajannya hingga akhirnya minat dalam bidang tersebut.

Setelah itu beliau berpindah ke sekolah muzik di Hammersmith School of Art dan pernah tampil dalam satu persembahan ‘Steve Adam’ pada tahun 1965. Seterusnya beliau terus menapak dari satu tahap ke satu tahap sehinggalah menjadi penyanyi yang terkenal di seluruh dunia dengan nama Cat Stevens.

Pada tahun 1969 beliau mengidap penyakit batuk kering dan hamper menemui ajalnya. Beliau dimasukkan ke Hospital King Edward VII, sebulan di hospital tersebut untuk menerima rawatan rapi dan berehat selama setahun daripada sebarang aktiviti.

Di sinilah beliau banyak berbicara dengan dirinya mempersoalkan tentang aspek kehidupan dan kerohanian.Di hospital ini beliau sempat melihat jiran sebelah katilnya meninggal dunia, sementara yang hidapi penyakit sering disuntik bagi meredakan kesakitannya. Inilah yang membuatnya tertanya-tanya siapakah yang sebenarnya memberi sakit kepada manusia dan menyihatkan mereka, persoalan ini sentiasa berlegar dalam pemikirannya utuk mencari kebenaran hidup yang sebenar di dunia ini dan selepas mati.

Beliau telah mempelajari amalan yoga metafizik dengan harapan akan menemui kebenaran dan kepuasan hidup yang dicarinya. Beliau dalam tempoh sakitnya membaca buku tentang agama dunia dan seketika memilih untuk menjadi seorang vegetarian. Dalam masa itu juga beliau sempat menghasilkan 40 buah lagu berunsurkan kerohanian dan pembangunan insan.

Setelah sihat beliau ke Marrakech, Maghribi dan disanalah beliau mendengar laungan azan. Terdetik dalam hatinya kebesaran ALlah SWT bahawa Dialah Tuhan yang satu-satu-Nya patut disembah, ditambah pula beliau menerima hadiah terjemahan al-Qur’an oleh abangnya. Dengan itu telah membuka hatinya untuk menerima Islam sebagai agama terakhir baginya sebelum menemui ALlah SWT.

Beliau memeluk Islam pada Desember 1977 dan menukarkan namanya kepada Yusuf Islam. Pada tahun 1979, beliau mengambil langkah drastik dengan menjual segala alat muzik yang dimilikinya, semata-mata untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam mengabdikan diri pada ALlah.

Minatnya yang mendalam dalam kerja-kerja ‘amal dan hak asasi manusia, hingga beliau diberikan beberapa anugerah untuk kerja-kerja yang dikalukan dalam mempromosikan keamanan di dunia termasuk ‘Anugerah Dunia 2003’.


Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Seseorang yang membaca al-Qur’an sedangkan dia mahir dalam membacanya, dia akan berada bersama malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Dan seseorang yang membaca al-Qur’an dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Firman ALlah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab ALlah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka [dengan amalan yang demikian] mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; agar ALlah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka daripada limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya ALlah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya [akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya].”
[Surah Faathir:29-30]

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALlah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan [digandakan] dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakana [Alif, Lam dan Mim] itu satu huruf tetapi Alif satu hurif, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” [Riwayat At-Tirmizi]

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa mendengarkan [dengan penuh minat] satu ayat dari kitabullah [al-Qur’an], maka akan ditetap baginya kebaikan yang berlipat ganda dan barangsiapa membacanya adalah baginya cahaya dihari kiamat”. [Riwayat Imam Ahmad]

Firman ALlah yang bermaksud: “Dan apabila al-Qur’an itu dibacakan maka dengarlah akan dia serta diamlah [dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya], supaya kamu beroleh rahmat”. [al-A’raf:201]

Membaca al-Qur’an itu adalah sebaik-baik bentuk zikr. Imam al-Nawawi di dalam kitab al-adzkar berkata: “Sesungguhnya tilawah [membaca] al-Qur’an atu lebih afdhal daripada zikr-zikr”.


Mutiara Kalam [siri 33].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Cinta lebih berkesan
Dari kekerasan
Bagai ular
Walau tersenyum
Tetap ular
Dan berbisa.



Tidur Satu Ibadah.
benhussin.blogspot.com

Mungkin tidak ramai dalam dunia ini orang tidak boleh tidur. Dalam sebuah negara mungkin ada seorang atau dua orang yang tidak dapat tidur sekejib mata dalam sehari. Tapi bagi kita yang normal dalam sehari kita dapat tidur disebelah malam untuk rehatkan tubuh, minda dan segalanya daripada selepas teruk bekerja disiang hari.

Bagi mereka yang bukan Muslim dan mereka-mereka yang tidak mengetahui intipati dan kelebihan waktu tidur amat rugi sekali dalam kehidupannya seharian. Orang dewasa perlu tidur sekurang-kurangnya 6 jam setiap hari. Jika umur kita 40 tahun, maka 10 tahun telah dihabiskan untuk tidur.

Oleh itu amatlah rugi andai tidur tersebut berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang niat yang membolehkan kita mendapat pahala disisi ALlah dan meningkat kualiti tidur kita. Niat kerana ALlah Taala amat perlu walaupun ianya hanya sekadar tidur, oleh itu sebelum tidur amalkan :

# Niat. Niatkan tidur kerana ALlah Taala dan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada ALlah.
# Subjek. Tidur adalah harus. ALlah berfirman yang bermaksud: “Dan kami telah menjadikan malam [dengan gelapnya] sebagai pakaian [yang melindungi]”. [Surah al-Naba’ 78:10]
# Pelaksanaan. Pelaksanaannya mestilah betul. Jangan tidur semasa bekerja, memandu atau semasa khatib sedang berkhutbah.
# Optimun. Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman dan kondusif. Patuhi adab-adab yang diajar oleh Nabi SAW.

# Tidak meinggalkan ibadah yang asas. Jangan tidur sehingga terlepas waktu asar dan subuh.
# Natijahnya. Tenaga dan kesegaran yang didapati daripada tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikkan bukan sebaliknya.

Kesudahannya adat kebiasaan bernilai ibadah. Dengan menggunakan konsep yang sama, maka terjemahkan dalam setiap perbuatan seperti makan, bekerja, belajar, berpakaian, memasak dan sebagainya.


Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Mencari Syurga.

Diceritakan pada suatu malam, seorang raja bernama Ibrahim bin Adham, sedang berehat dan bersenang-senang di tilam empuk dalam istananya,sementara menunggu melelapkan mata. Tiba-tiba dia terdengar bunyi menunjukkan sesuatu sedang bergerak-gerak di atas syiling istananya. Makin lama, makin jelas.

“Siapa di atas tu ?” Tanya Ibrahim Adham.
“Saya, pengembala kambing,” sahut satu suara dari atas menjawab dengan jelas.
“Apa yang kau buat di atas atap istanaku?” tanya nya lagi.
“Aku mencari kambingku yang hilang”, sahut suara itu.
“Cis, pelik sungguh, masuk akalkah bahawa kau mencari kambing yang hilang di atas atap istanaku?”.
Dengan tegas suara itu menjawab, “Begitulah wahai Ibrahim….Adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan ALlah hanya dengan bersenang-senang di atas tilammu yang empuk itu ? Itu sama sahaja dengan mencari kambingku yang hilang di atas atap!”

Selepas peristiwa itu raja Ibrahim bin Adham tersedar daripada kelalaiannya. Suara itu telah menyentak kelalaiannya dalam buaian niqmat sebagai seorang raja, tanpa memikirkan kesusahan rakyat.

Tidak lama selepas itu, baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepada orang kepercayaannya manakala baginda sendiri mengembara mencari ‘ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi. Bertahun-tahun beliau berjuang memdidik diri, darjat ketaqwaan semakin meningkat, hingga terkenallah beliau sebagai seorang waliullah yang tersohor.


Pentingnya Doa’.
amirussin@yahoo.com

Pentingnya doa’ dan kesannya dalam kehidupan kita sehari-hari yang mana kekadang kita merasakan ianya adalah satu perkara kecil, tetapi tahukah kita bahawa impaknya amat besar kepada kita sebagai hamba ALlah di atas muka bumi ini. Orang yang beriman meyakini bahawa peranan doa’ amat besar kesannya dalam kehidupan sehari-hari dan begitulah janji ALlah dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka [beritahu mereka]; sesungguhnya Aku [ALlah] sentiasa hampir [kepada mereka]”.

Hampirnya ALlah kepada hamba bermakna dimustajabkan doa’ bagi mereka-meraka yang sentiasa memohon kepada-Nya. Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiada seorang Muslim berdoa’ kepada ALlah selain perkara yang berbentuk dosa atau memutuskan silaturrahim, melainkan ALlah pasti menerimanya salah satu daripada tiga; sama ada diterimanya dengan segera, atau disimpan untuknya di akhirat atau dielakkan dia dari sesuatu keburukan sebanding dengan permintaannya”.

Para sahabat r.a bertanya: “Jika demikian kita akan banyak meminta kepada-Nya?” Jawab Nabi SAW : “ALlah lebih banyak rahmat-Nya”. Jelas mengapa ALlah membandingkan golongan yang menyekutukan ALlah seumpama perbuatan orang tidak menggunakan timba untuk mendapatkan air yang dalam, sebaliknya menggapai kedua-dua tangan terbuka untuk mendapatkannya.


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Dari khulasah tafsir dapat difahami bahawa selain ALlah SWT tiada sesiapa dapat datangkan ayat al-Qur’an, maka menjadi mustahak juga kita mengakui bahawa al-Qur’an adalah kalamullah dan segala yang terkandung di dalamnya adalah perintah yang wajib dipatuhi dan dengan itu juga terbukti bahawa selain ALlah SWT tiada pencipta maka segala ‘ibadah dan sembahan hanya layak buat ALlah tiada lain darinya.

Satu bukti buat individu atau kumpulan bahawa kamu tiada kekuatan dalam pentadbiran langit [ALlah SWT] dan bumi maka ayat ini juga memberi satu kefahaman bahawa manusia tiada kekuatan untuk mencipta undang-undang kehidupan manusia, rohani dan jasmani melainkan undang-undang itu dari ALlah pencipta ‘alam ini, maka barulah sempurna kehidupan manusia.


بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1.Saya ingin keluar membeli belah.
I should like to go to shopping.

مين اج خريدارى كے لے جا نا چا ‍‍‍‌‎‏‏حتا حون .
Mein aj khariddari ke liye jana cahta hu.

اريد ان اذهب اليوم للا شترأ .
Uridu an azhaba alyaum lilistari.

2.Saya ingin ke kedai menjual topi.
I should like to go to hat shop.

مين طويىن كى دكان ‌‎پر جا نا چاهتا حون .
Mein topiu ki dukan par jana cahta hu.

اريد ان اذهب الي دكان القلانس .
Uridu an azhaba ila dukkanul qalanis.

3.Saya ingin ke kedai menjual kasut.
I should like to go to shoes shop.

مين جو تے كي دكان ير جا نا جاهتا حون .
Mein juta ki dukan par jana cahta hu.

اريد ان اذهب الي دكان الاخذيه .
Uridu an azhaba ila dukkani al ahziyah.


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

La Targhdhob.

Menurut ajaran Islam kemarahan berasal dari syaitan, manakala syaitan pula berasal dari api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya menyebabkan pertimbangan hati dan nafsu. Apabila perasaan marah tidak dapat dikawal ia mempunyai kesan biologi yang negatif dalam tubuh kita.

Nabi SAW bersabda bahawa apabila perasaan marah menguasai kita maka cepat-cepatlah mengambil wudhu’ dan tunaikan solat sunat dua rakaat. Dalam hadis yang lain Nabi SAW mengatakan apabila perasaan marah maka duduklah sekira kita sedang berdiri. Manakala Imam al-Ghazali menganjurkan kepada sesiapa yang marah supaya memandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin.

Namun, siapakah yang tidak pernah marah ? Marah itu sebahagian sifat tabii manusia. Marah itu satu anugerah, tetapi hendahlah ianya berpada-pada sehingga nafsu boleh mengawal diri kita sehingga menyebabkan kemarahan berlaku melepasi had dan sempadan. Marah itu ada yang terpuji apabila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.

Saidina Ali r.a apabila ia diludah semasa hendak memancung kepala musuhnya, ia terhenti kerana merasakan kemarahannya bukan atas dasar jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang bersifat peribadi.
Bagi mengawal perasaan marah sentiasalah mengingatkan diri bahawa banyak kemarahan berasaskan hawa nafsu bukannya dari fikiran yang waras, jadikan kemarahan sebagai pekerja dan diri kita sebagai majikan.


Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Bolehkah kita berwudhu’ di dalam tandas ?

Jawapan : Dibolehkan berwudhu’ di dalam tandas sekiranya tiada lagi tempat lain untuk kita mengambil wudhu’, tetapi hukumnya adalah makruh.

Soalan: Bolehkah seseorang wanita bersolat tanpa memakai kain telekong ?

Jawapan: Dibolehkan seseorang wanita solat tanpa memakai kain telekong, tetapi ia hendaklah menutup aurad. Jika ia menutup aurad dengan apa pakaian sekalipun maka solatnya adalah sah.


Tarbiyyatul Aulad.
amirbenhussin@gmail.com

Berikan Makanan Yang Halal.

Makanan yang halal amatlah penting dalam kontek mendidik anak-anak. Sekarang ini kita dapati banyak dipasaran makanan yang kita tidak sahih kandungan halalnya. Ada makanan yang kita makan adalah buatan orang yang bukan Islam. Apakah mereka mematuhi piawaian halal yang digariskan oleh Islam.

Yang menjadi masalahnya ialah kebanyakkan dari kita mengambil tidak kisah dalam soal halal haram makanan yang dimakan setiap hari. Kita lihat ada diantara kita sering membeli serbuk kari, kicap, sos, roti dan banyak lagi barangan yang bukan dari buatan orang Islam sedangkan barangan makanan tersebut telah banyak yang telah dikeluarkan oleh orang Islam. Sekarang ini kita dapati sebahagian barangan yang sering kita beli untuk dimakan oleh ahli sekuarga kita telah diistiharkan mempunya DNA khinzir termasuk keju, daging burger kicap dan sebahagiannya yang belum kita ketahui. Ini tidak termasuk bahan-bahan lain yang kita tidak tahu status halalnya dan kebersihannya.

Makanan yang sebeginilah telah mencemari tubuh badan kita serta anak-anak kita yang sebelumnya dilahirkan dalam keadaan yang putih bersih kini semakin pudar dan semakin gelap, juga gelap mata hatinya. Sebab itulah anak-anak kita susah untuk menghafaz pelajaran di sekolah tambahan lagi untuk menhafaz al-Qur’an.

Imam Ibn Khilikan dalam kitab Wafayat al-A’yan bercerita bahawa suatu hari ayah Imam al-Haramain pulang dari tempat kerja dan mendapati isterinya sedang sakit. Ia melihat seorang jirannya sedang menyusui anaknya yang sedang menangis. Ayahnya sangat marah. Ia lalu membalikkan tubuh bayi tersebut, menekan perutnya bahkan memasukkan jari ke dalam mulutnya sehingga memuntahkan apa yang diminumnya.

Al-Juwaini berkata,”Saya lebih suka melihat anak ini mati daripaa tubuhnya dirosakkan dengan susu orang lain yang tidak diketahui kehalalannya”. Imam al-Juwaini sejak berkahwin selalu memastikan nafkah yang diberikan kepada isterinya benar-benar halal dan bersih dari syubhah, apalagi haram.

ALlah SWT memerintahkan kaum mukmin [perintah yang sama] dengan para rasul, firmannya yang bermaksud: “Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah dari amal yang saleh”. [Surah al-Mukminun:23-51]

Imam Ahmad berpendapat bahawa makanan merupakan aspek terpenting dalam agama. Makanan juga akan membentuk peribadi seseorang. Sebab itulah kita ditekankan untuk mencari makanan yang halal lagi baik [halalan thoiyybah].


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Jika lalat terjatuh ke dalam minuman kita hendaklah kita celupkan keseluruhan lalat tadi ke dalam minuman dan buangkan lalat tadi dan minuman itu boleh diminum.

Sabda Nabi SAW, pada sebelah sayapnya ada penawar. Ini menunjukkan pada kita walaupun lalat adalah agen pembawa kuman serta penyakit, namun pada badan lalat yang sama memiliki penawar serta bahan anti kuman yang berguna bagi manusia, perkara telah disahkan oleh para saintis.


Disebalik Dakwah Rasulullah SAW.

amirussin@yahoo.com

Dalam menyampaikan dakwah mengajak manusia kepada beriman kepada ALlah, Rasulullah SAW seringkali menggunakan berbagai uslub dan kiasan diantaranya ialah:

• Orang yang berilmu. Diumpamakan dengan air mata yang mengairi sesebuah negeri. Ummah pasti akan mendapat manfaat daripada orang yang berilmu.
• Orang yang berjudi. Diibaratkan seperti berwudhu’ dengan nanah dan darah babi lalu mengerjakan solat. Kemudian dia berangan-angan ALlah akan menerima ‘amalannya.
• Orang yang solat tetapi tidak sempurna. Ruku’ dan sujudnya diibaratkan seperti orang yang sedang lapar tetapi tidak makan kecuali hanya satu atau dua suap sahaja.
• Perumpamaan Rasulullah SAW dalam berdakwah. Adalah seperti seorang majikan yang membina rumah dan membuat jamuan, kemudian mengutuskan seseorang penyeru untuk mengundang orang ramai untuk menghadiri jamuan di rumahnya.
• Orang munafik. Yang membaca al-Qur’an adalah ibarat rayhanah; berbau harum tetapi rasanya pahit. Manakala orang munafik yang tidak membaca al-Qur’an diibaratkan sepertti buah hanzalah yang pahit rasanya dan lansung tidak wangi.
• Solat lima waktu. Dikiaskan dengan seseorang yang mengalir dihadapan rumahnya sebatang sungai dan mandi lima kali sehari sehingga tiada lagi daki-daki yang melekat di badannya.
• Orang Mukmin yang saling mengasihani dan menyayangi kerana ALlah ibarat satu tubuh. Apabila sakit satu bahagian, maka seluruh bahagian juga akan sama merasai sakit, seperti tidak bermaya, tidak dapat tidur dan sebagainya.


Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Belajar Daripada Semut.

Para pelajar masih lagi berada dalam mood cuti persekolahan, tapi semua pelajar hendaklah ingat bahawa kita sudah berada di awal tahun dan sekarang sudah melangkah kaki ke sekolah bagi memulakan sessi pengajian, tidak kiralah samaada pengajian di sekolah biasa ataupun pengajian di sekolah agama.

Apa yang penting apabila bagi kita hendaklah mengambil langkah awal memulakan sessi pembelajaran dan sessi ulangkaji biarlah bermula dengan sedikit demi sedikit ibarat semut mengangkut gula.

Kita tidak akan merasa rugi sekiranya kita mengambil langkah awal dengan perlahan-lahan membuat ulangkaji dan latihan supaya apabila hamper dengan hari peperiksaan kita tidak terus menekan gear tiga atau gear lima untuk memecut atau dengan lain bahasa terus memecut dan akhirnya merempit yang kita tidak tahu kesudahannya.

Ambillah ibrah [pengajaran] dari semut yang selalunya memungut atau mengangkut bahan makanan sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit. Begitu juga dengan kita apabila kita mengambil langkah awal untuk membaca dan mengulangkaji seterusnya membuat latihan sedikit demi sedikit akhirnya untuk menghadapi peperiksaan a tidak akan memenatkan kita.

Inilah dia sifat ikhtiar yang dapat kita ambil dari seeokor semut yang tidak berputus asa dan tetap menjalankan rutin hidupnya yang kadangkala dipijak atau terpijak oleh manusia.


Pelaku Maksiat. Usah dibenci.
amirussin@yahoo.com

Pada sautu masa Nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang. Murid Nabi Isa menoleh kearah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa di dalam hatinya, “Ya ALlah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini”.

Nabi Is tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, “Doa’mu telah dikabulkan. ALlah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku”.

Membenci melakukan maksiat adalah wajib. Tetapi janganlah membenci dan menghina mereka yang melakukannya, berdoa’lah semoga ALlah membuka hati mereka untuk kembali ke jalan ALlah.


Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Lima Makanan tingkat Sistem Imun.

1. Yogurt Kefir.
Kebanyakkan yogurt dan boleh dikatakan hampir kesemua kefir atau produk susu fermantasi mengandungi probiotik yang merupakan bakteria baik.

Bakteria ini mengubah system imun di dalam saluran pencernaan bertindak balas terhadap mikriorganisma. Probiotik dapat membantu masalah cirit birit dan masalah bekaitan usus. Ia juga dapat mengurangkan selsema dan demam selsema.

2.Teh hitam/teh hijau.
Teh hijau atau the hitam mengandungi pelifenol atau sejenis antioksida tumbuhan yang membantu mencegah radikal bebas di dalam tubuh. Kajian yang dilakukan Universiti havard mendapati mereka yang minum lima cawan teh hitam dapat menghindari daripada jangkitan seperti virus.

3.Bawang Putih.
Bawang putih selalunya digunakan di dapur untuk memasak, namun ia juga membantu mencegah penyakit. Ia mengandungi sebatian sulfur iaitu alisin yang bertindak sebagai agen antibakteria dan antivirus. Cara terbaik untuk mendapatkan manfaat daripada bawang putih ialah dengan mengambilnya secara mentah.

4.Oren/sayuran berubi.
Labu, ubi keledak dan oren tinggi dengan kandungan beta karotena bagi menghasilkan vitamin A. Diet yang rendah beta karotena boleh melemahkan sistem imun, jadi pastikan anda mengambil sumber-sumber makanan tersebut bagi memastikan tubuh anda dilengkapi dengan nutrien yang diperlukan.

5.Tiram.
Hidupan laut ini merupakan sumber tebaik untuk zink selain nutrien seperti Omega-3, selenium dan zat besi. Zink penting dalam pembentukan sel darah putih dan paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negetif terhadap sistem imun. Selain tiram, zink boleh didapati pada sumber makanan lain seperti daging lembu dan ayam.


Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]

0leh: Syaikh Osama

Imam Shafie [RAH] ka irshad hei ki jo shaks ilmu ko be adabi or gafei ho kar hasel kare oh kamiyar ki sat hasel karta hei chahe oh kamiyab ho saktah.

Imam Shafie r.a berkata “Seseorang yang belajar sambil lewa dan tiada keinginan yang sungguh-sungguh tidak mungkin akan berjaya. Sebaliknya sesiapa yang belajar dengan keadaan rendah diri dan dalam kesempitan maka dia akan berjaya.


English Section
amirussin@yahoo.com

Does faith, here Islam,help overcome psychological ?

Yes, it does. In fact, Islam protects the individual against such disorders. The role of Islam is preventive in the first place and curative in the second place.

If one has a balanced psyche and a balanced life, he most probably will be far from psychic disorders. If they occur, he can overcome them more easily and quickly than a person with no faith or no Islam.

The author of this article conducted a study on smoking and he found out that most people who pray five times a day, as Islam requires, are non-smokers. This study proves that more faith means less anxiety and less smoking.

If you want real peace of mind, the only right choice is Islam.

Nazam

Ingin ku lakukan

Ingin ku lakukan
Solat subuh berjamaah
Untuk kuatkan ukuhwah
Dengan Iman, Ikhlas dan Istiqamah
Boleh selesai berbagai masalah.

Nafsu boleh kalah
Dengan izin ALlah
Boleh hapus rasuah
Bila dunia ini
Dikuasai insan beramanah.

Perlu kuat mujahadah
Banyakkan tarbiah
Sambil tangan menadah
Mohon dari-Nya iradah
Supaya tambah ‘amal dan ibadah.

Kerja ini memang susah
Perlu banyak ubah
Minda kena berubah
Hati sentiasa tabah
Nafsu pasti rebah.
Oleh: benhussin
Teras jernang. 10.Des 2011


Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com. @ www.facebook.com/ albayanku


Bilal Tahfiz School & Islamic Studies


Pendaftaran dibuka sekarang.

Bertempat di No.12A Bangunan Peniagaan Nilam Sari, 08000 Sungai Petani. Kedah.

Terbuka kepada semua pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah juga kepada golongan dewasa yang berminat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ust.Amir 013 7338966.
Boleh lewati www.bilaltahfizschool.blogspot.com @ www.facebook.com/bilaltahfizschool

No comments: