Saturday, December 3, 2011

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i.Banyak harta dan wang ringgit tidak menjamin kita untuk memasuki syurga ALlah. Tetapi sekiranya banyak ilmu terutamanya ilmu agama insyaALlah akan menjamin kita untuk memasuki syurga_Nya. Harta kekayaan tidak dapat menjaga kita tetapi adanya ilmu ia akan dapat menjaga kita samaada di dunia maupun diakhirat.

ii.Setiap manusia akan menemui ajalnya. Cuma tidak diketahuai bila akan tiba masanya. Sebab itu Syaidina Ali k.w berkata “Ber’amallah seolah-olah kita akan mati esok….”. Sebagai umat yang percayakan hari kematian, semestinya kita sentiasa ingat akan datang harinya apabila masanya sudah sampai. Oleh itu, umur yang berbaki ini dapat kita tingkatkan ‘amal untuk bekal hari mengadap ILahi.

Iii.Sidang editor albayan mengucapkan selamat menunaikan ‘ibadah haji kepada kepada semua jamaah yang akan melaksanakannya dan selamat menyambut hari raya ‘aidil adha maaf zahir batin.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Al-Khawarizmi
Guru Ilmu Matematik Moden.

Nama sebenarn al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusof.

Dilahirkan di Bukhara, sumber lain mengatakan beliau lahir di Khawarizm, Uzbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal pada tahun 266H/850M di Baghdad.

Ilmu pendidikan yang ada pada al-Khawarizmi meliputi bidang syariat dan falsafah, logik, aritmetik, geometri, kejuteraan, sejarah Islam dan kimia. Beliau dianggap sebagai guru aljabar di Eropah dan beliau telah mencipta pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.

Pada usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma´mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja di sebuah balai cerap iaitu tempat menekuni belajar metematik dan astronomi . Beliau dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau juga menghasilkan Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Antara hasil karya beliau ialah Al-Jabr waĺ Muqabalah dan hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. Dalam bidang matematik beliau telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam. Antara konsep lain yang diperkenalkan oleh nya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri. Dan banyak lagi konsep matematik yang diperkenalkannya sehingga konsep-konsep tersebut memberi pengaruh yang besar terhadap umat Islam dan Kristian Sepanyol.

Selain matematik al_Khawarizmi juga terkenal dengan ilmu astronomi yang melibatkan tentang kajian kedudukan, pergerakan dan tafsiran tentang bintang.
Karya-karya agong beliau dalam bidang matematik terkenal pada zaman tamadun Islam malah dikenali di Barat sehingga ke hari ini.


Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ingin menjadi tekenal, maka ALlah akan jadikannya terkenal. Dan barang siapa yang ingin riak, maka ALlah akan memberikannya juga”.
[Hadis riwayat Bukhari]

Niat menjadi satu kewajipan dalam melakukan sesuatu ámal. Ikhlas atau sebaliknya adalah bergantung atas apa yang kita mahukan. ALlah SWT menilai sesuatu ámalan kita diatas apa yang kita niatkan. Dewasa ini kebanyakkan kita melakukan sesuatu perkara adalah atas sebab-sebab yang tertentu bukannya ikhlas kerana ALlah taála.

Hendak menderma diwar-warkan di dalam akhbar dengan gambar yang besar-besar dan replika cek yang besar, ikhlas kah itu, terpulanglah atas apa yang diingininya, Hendak solatpun ada yang digembar gemburkan sehingga habis satu nagara mengetahuinya.

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu sahabat dalam salah satu peperangan tentang seorang lelaki yang akan dimasukan kedalam neraka, padahal lelaki terebut turut sama berperang bersama Muslimin yang lain. Para sahabat terkejut dengan khabar tersebut.

Sahabat mendekati lelaki tersebut untu mengetahui perihalnya. Mereka mendapati dia berjuang dan berjihad dengan bersungguh-sungguh, namun dia turut mencederakan dirinya. Seorang sabahat menegurnya dengan berkata: “Celaka kamu! Apakah kamu mencederakan diri sendiri padahal kamu telah berperang bersungguh-sungguh”.

Lelaki tersebut menjawab: “Sesungguhnya aku berperang kerana izzah diri, dan supaya orang lain melihat keberanianku”. Kemudian lelaki tersebut meninggal dunia.

Benarlah sabda Rasulullah SAW , orang itu hanya mengharapkan dipandang mulia oleh manusia, bukan ALlah SWT.


Mutiara Kalam [siri 35].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi

mata
yang gemar melihat
hal-hal yang tidak baik
adalah buta
matahari tidak pernah
melihat malam.


Haji, raih keampunan.
benhussin.blogspot.com

Haji dan ihram haji.
Menzahirkan rasa persamaan antara umat Islam, tidak kira siapa, warna kulit dan pangkat. Seolah-olah berada di padang Mashyar menanti giliran untuk dihasab segala ámalan.

Mendidik manusia akan kepentingan ámalan serta bekalan untuk hari akhirat dan menyatakan mereka hanya mengharap keampunan, rahmat serta kasih sayang Allah.

Haji dan talbiyah [seruan di musim haji].
Aku penuhi panggilan Mu wahai Allah. Tidak ada sekutu bagi Mu, sesungguhnya segala puji segala niqmat dan semua kerajaan adalah milik Mu. Ia merupakan satu seruan untuk disahut oleh setiap Muslimin dan Muslimat yang sedang mengerjakan haji, untuk menyatakan rasa tahut dan mengharap segala ámalan diterima disisi-Nya. Juga untukmenyatakan bahawa tidak ada satu kerajaan pun di dunia ini dapat menandingi kerajaan Allah di akhirat.
Iaitu kerajaan yang mendaulatkan Islam dengan pelaksanaan al-Qurán sebagai hukum hakam yang tertinggi dan mengiqtiraf Allah sebagai Raja segala kerajaan.

Haji dan tawaf.
Tawaf hendaklah dibuat dengan hati dan roh dengan mengharapkan keredhaan dan kasih sayang Allah, merupakan 'amalan Nabi Ibrahim a.s yang di sambung oleh nabi Muhammad SAW.

Para Malaikat mencatat segala ámalan manusia manusia yang sedang mengelilingi Kaabah dengan rasa rendah diri tidak kira siapa mereka ketika itu.

Haji dan saéi.
Satu perbuatan mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang alik dari Bukit Safa dan Bukit Marwah mencari air untuk dirinya dan anaknya Nabi Ismail a.s yang ditinggalkan oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s.

Mengajar manusia erti kesabaran hingga diberikan ALlah niqmat yang tidak terhingga iaitu pancutan air zam-zam yang merupakan makanan dan minuman utama buat Nabi Ismail a.s dan ibunya.

Haji dan wukuf di Arafah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Daripada Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya Nabi bersabda : Bahawa Rasulullah SAW menyuruh seorang penyeru menyerukan “Arafah”. Barangsiapa datang pada malam 10 Zulhijjah, sebelum terbit fajar bererti dia telah mendapatkan “Arafah .” [Riwayat Ahmad dan Ashabus Suanan]

Haji dan lontaran tiga jamrah.
'Amalan Nabi Ibrahim a.s yang mengisyaratkan bahawa lontaran itu simbolik kepada lontaran syaitan dan iblis yang banyak menganggu manusia dalam melaksanakan ámal ibadah.

Manusia perlu belajar daripadanya agar sentiasa melawan syaitan yang berusaha menyesatkan bangsa manusia seluruhnya.

Haji dan penyembelihan.
Pengajaran pengorbana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh ALlah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Dalam urusan agama perlu ada pengorbanan sepertimana yang telah dilakukan oleh para sahabat Nabi SAW dan pengorbanan dari Nabi SAW sendiri dalam menegakkan Islam.


Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Malaikat Jadi Tentera.

Semasa berlakunya perang Badr, Rasulullah SAW melihat bagaimana tentera Islam bertempur dengan tentera Quraisy. Pasukan tentera Islam amat sedikit bilangannya dengan senjata yang terhad, namun mereka tetap berperang dengan gagah dan berani.

Setelah mengemas saf tentera Islam, Rasulullah SAW kembali ketempat khusus untuk bermunajat dan memohon restu kepada Allah: “Ya ALlah kirimkanlah bantuan dan pertolongan Mu. Ya ALlah tunaikanlah janji Mu kepadaku. Ya Allah, jika kelompok ini dihancurkan, maka Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini.”

Apabila peperangan semakin memuncak. Perjuangan menjadi bertambah sengit. Tentera Islam berjuang dengan penuh yakin. Baginda sekali lagi memohon doa' dengan bersungguh-sungguh sehingga terjatuh kain serban diatas bahunya. Abu Bakr terpaksa meletakkannya semula di atas bahunya lalu berkata: “Cukuplah wahain Rasulullah dengan permintaan kau kepada Tuhanmu.”

Ketika itu Allah telah mewahyukan perintah-Nya kepada golongan malaikat dan Allah mewahyukan kepada Rasul-Nya di bumi. Kemudian turunlah bala tentera malaikat yang dipimpin oleh Jibril. Ketibaan para malaikat menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat, bukan sekali gus.

Firman Allah yang bermaksud: “[Ingatlah], ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan – Nya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.” [Surah al-Anfal:9]

Baginda terlelap dan terlena sejenak, kemudian Baginda terjaga lalu berkata kepada Abu Bkr bahawa Jibril telah datang antara debu-debu berterbangan untuk melawan pihak musuh. Kemudian Baginda keluar ke hadapan tempat perteduhan dengan mengenakan baju basi. Seterusnya Baginda mengambil segengam pasir dan menoleh kearah tentera Quraisy. Baginda berkata, “Musnah kalian semua,”sambil melontar pasir itu kearah mereka menyebabkan tidak ada seorangpun yang tidak terkena pasir itu.

Dengan izin Allah, pasir itu terkena telinga, mata, hidung dan mulut mereka sehingga menyebabkan penglihatan mereka menjadi kabur.


Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Khulasa Tafsir.

Dalam ayat ini Allah SWT buktikan risalah yang dibawa oleh Nabi SAW adalah dari Allah SWT dengan membekalkan satu mukjizat yang paling besar sekali iaitu al-Qurán, yang mengandungi tunjuk ajar dari Allah SWT sendiri. Oleh itu jika ada sesiapa yang syak kitab ini adalah rekaan Nabi Muhammad SAW maka buatlah atau datangkanlah satu surah atau satu ayat seperti yang diturunkan itu.

Jika tidak dapat dan pasti tidak dapat kerana al-Qurán adalah Kalamullah maka akuilah akan kebenarannya, dan tunduklah kepada-Nya dan jika kamu masih menentangnya maka kamu dan bahan-bahan pujaan kamu akan menjadi bahan bakar dalam neraka Allah SWT.

Inilah satu bukti akan kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi SAW dan adalah ianya utusan dari Allah SWT.

[bersambung]


Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Dimanakah boleh saya menukar dolar?
Where can I change dollar ?

Min aina istabdilu dularat ?

Mein dolar kaha tabdil karsaktahu ?

2. Di bank.
At the bank.

Fil bank.

Bank mein.

3. Dimana bank ?
Where is the bank ?

Ainal bank ?

Bank kaha hein ?


Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Mengatasi Gejala Sosial Diperingkat Anak-anak.
Abdullah Nasih Ulwan dalam Ensiklopedia Pendidikan Anak – anak dalam Islam menggariskan beberapa perkara bagi mengelakkan suasana anak-anak dipengaruhi gejala sosial dengan :

 Memilihuntuk tinggal dipenempatan orang Islam yang istiqamah mengamalkan Islam seperti dekat dengan masjid, madrasah atau sekolah-sekolah Agama.
 Berusaha untuk menghadirkan ke majlis-majlis ilmu bersama keluarga secara konsisten.
 Sentiasa mengadakan perjumpaan kekeluargaan dengan isteri dan anak-anak seperti mengadakan usrah keluarga demi memantau perkembangan anak-anak dalampanduan dan bimbingan ibu atau ayah.
 Memilih persekitaran yang Islamik seperti kawan-kawan yang terdiri dari keluarga yang soleh, guru-guru yang beriman dan masyarakat yang berakhlaq sebagai seorang Muslim.
 Memberi pendidikan aqidah yang mamtap.
 Masyarakat sekeliling yang ikhlas menjalankan kewajipan dalam mencegah kemungkaran .
 Guru-guru yang ikhlas dan kerana Allah dalam mendidik anak-anak bagi melahirkan generasi yang mengetahui objektif hidup yang sebenar.
 Membimbing anak-anak agar mengisi masa anak-anak dengan program yang berfaedah.
 Memantau dan memeriksa beg dan segala barangan yang dibawa pulang dari sekolah dan memantau penggunaan talifon bimbit serta penggunaan internet.


Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Kadang-kadang berasa was-was samaada terkentut atau tidak semasa solat. Sah atau tidak solat itu.

Jawapan : Menurut Nabi SAW, jangan keluar solat sehingga kita dapati ada bau atau bunyi. Jika kita was-was seperti ada terkentut tetapi tidak ada pula ada bunyi dan tiada bau, maka itu tidak memberikan apa-apa hukum. Satu kaedah “Suatu yang yakin tidak boleh dihilangkan dengan syak”.

Berdasarkan dengan kaedah usul fiqh ini, jika seseorang itu yakin dia telah berwudhu'tetapi merasa ragu-ragu samaada telah kentut atau tidak, ia hendaklah dihukum sebagai tidak kentut.


Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Saidina Ali r.a berkata: “Setiap doa´ tidaklah ditutupi [akan tergantung] sehinggalah selawat dikirimkan untuk Rasulullah SAW dan keluarganya”.

Saidina Umar r.a berkata: “ Sesungguhnya doa'- doa' akan tergantung [terawang-awang] diantara langit dan bumi ianya tidak akan naik dan tidak akan diterima sehinggalah kamu mengirimkan selawat kepada Nabi mu SAW”.


Rahsia Sumber 'Alam.
benhussin.blogspot.com

Kiwi.
Mengandungi 2 kali ganda vitamin C berbanding buah oren serta mempunyai 2 kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbandaing dengan buah yang lain.

Strawberi.
Mempunyai khasiat yang sangat banyak dan menyimpan nutrisi yang luar biasa. Kaya dengan serat rendah kalori dan mempunyai vitamin C, mampu menyusutkan kadar kolestrol di dalam badan.

Epal.
Memakan sebii epal aau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kan dungan kalestrol dalam badan kanak-kanak yang memakan makanan segera. Mengimbang kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukan lemak dalam badan.


Tarbiyyatul Aulad.
Tamarmerbok.blogspot.com

Kita sebagai ibu bapa yang sentiasa inginkan anak-anak membesar dalam ruang pengámalan Islam yang syumul, hendaklah kita sentiasa memberi ingatan setiap masa dan sentiasa memberi nasihat dan pesanan yang diantaranya ialah:

Mengikut perintah Allah.
Memberi ingatan bahawa sebagai seorang muslim hendaklah sentiasa mengikut perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya terutamanya solat 5 waktu dan menutup aurad.
Cinta pada Rasul SAW.
Jadikan Rasul SAW sebagai idola dalam kehidupan. Mengingatinya dengan selalu berselaat keatasnya.

Taat kepada kedua ibu bapa.
Mentaáti ibu bapa dengan mendengar apa yang dikata dan melakukan apa yang disuruh selagi tidak bertentangan dengan hukum Islam.

Banyak berdoa'.
Jadikan doa' sebagai rutin dalam kehidupan, berdoa' dengan meminta kepada Allah dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi anak yang soleh dan selalu mendoa'kan kepada kedua ibu bapa.

Anak-anak diibaratkan seperti kain putih semasa dilahirkan, ibu bapa lah yang akan mencorakkannya bagi menjadikan mereka anak yang soleh atau sebaliknya.


Haji.
tamarmerbok.blogspot.com

Daripada segi bahasa haji bermaksud mengqasadkan sesuatu. Haji dalam istilah syarak ialah mengqasadkan di dalam hati untuk mengunjungi Kaabah bagi pekerjaan nusuk di Baitullah. Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saei dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Wahai manusia, telah difardhukan ke atas kamu haji. Bertanya seorang lelaki adakah setiap tahun ya Rasulullah?. Maka Nabi diam, sehingga lelaki itu bertanya sebanyak 3 kali. Maka Nabi SAW bersabda: Jika aku berkata ya, nescaya akan diwajibkan ke atas kamu [setiap tahun] dan kamu sekali-kali tidak mampu untuk menunaikannya ”. {Riwayat Muslim}

Daripada hadis Nabi SAW ini, kefardhuan haji ini Cuma sekali seumur hidup. Namun kewajipan di dalam mazhab Shafie boleh ditakhirkan kecuali setelah sempurna syarat kemampuannya.

Syarat-syaratnya.

• Islam, orang kafir atau murtad tidak wajib. Hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan mengunjungi Baitullah dan sah untuk menunaikan ibadah haji.
• Baligh, bagi orang dewasa, kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib mengerjakannya. Sekiranya kanak-kanak tersebut menunaikan haji maka ia mendapat pahala haji sunat.
• Ber’akal, orang gila atau rang yang tidak waras ‘akalnya tidak wajib menunaikan haji. Sekiranya ia menunaikan haji, hajinya dikira sebagai haji sunat, dan perlu mengulanginya sekiranya ia sembuh.
• Merdeka, Hamba sahaya tidak wajib menunaikannya.
• Berkemampuan, mampu dan berkuasa untuk menunaikannya. Perlu dilihat dari sudut mampu keewangan dan kesihatan dalam perjalanan pergi dan balik.

Syarat-syarat kemampuan dengan sendiri.

• Cukup perbelanjaan pergi dan balik.
• Cukup bekalan atau nafkah untuk dirinya dan tanggungan yang ditinggalkan.
• Ada kenderaan pergi dan balik.
• Terjamin keselamatan diri dan harta ketika perjalanan pergi dan balik.
• Sihat tubuh badan.
• Ada kesempatan masa.

Syarat tunai haji dengan pertolongan orang lain.

Mereka yang telah memenuhi syarat-syarat dari segi keewangan untuk menunaikan haji, namun tidak dapat menunaikannya sendiri kerana uzur, sakit yang tidak ada harapan sembuh atau telah terlalu tua atau telah putus asa, maka diwajibkan orang lain menggantikannya untuk menunaikan haji secara sukarela atau secara upah yang berpatutan. Hal ini sama hukumnya bagi orang yang semasa hidupnya berkemampuan untuk menunaikan haji tetapi telah meninggal dunia sebelum sempat melakukannya.

Maka para waris dan wasinya berkewajipan menyelesaikan hutang hajinya dengan melaksanakan badal haji secara upah atau sukarela.

Beberapa kaedah mengerjakan haji.

• Sekiranya seserang itu mengerjakan haji dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian mengerjakan umrah di tahun yang sama, maka dinamakan haji ifrad.
• Sekiranya seseorang itu mengerjakan umrah dahulu di dalam bulan haji, kemudian mengerjakan ibadah haji di dalam tahun yang sama dinamakan haji tamattu’.

Lafaz niat haji.

Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana ALlah ta’ala.

Seserang yang telah berniat haji, terikat dengan kewajipan menyempurnakannya selama ia belum menunaikan semua rukun-rukun dan kewajipannya.

Niat haji hanya sah dilakukan pada bulan-bulan haji adalah tempoh di antara 1 Syawal hinggalah terbit fajar 10 Zulhijjah. Sebelum berniat haji, jemaah disunatkan mempersiapkan dirinya dengan beberapa yang dikenali sebagai perkara-perkara sunat sebelum berniat ihram.

Di antaranya ialah:

• Memotong kuku.
• Mengemas janggut, mencukur misai dan menggunting rambut.
• Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya.
• Mandi sunat ihram.
• Ambil wudhu’.
• Memakai kain ihram warna putih.
• Solat sunat ihram.

Setelah berniat ihram, jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiah dan memanjatkan doa’ kepada ALlah. Talbiah yang diucapkan adalah lambang ketulusan hati dan tekad untuk mendapatkan redha ALlah. Semua makhluq ALlah termasuklah batu dan pokok akan menjadi akan menjadi saksi di hari kiamat terhadap talbiah yang diucapkan.


Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]
Oleh: Syaikh Osama.

Hazrat Ali k.w ka irshad hei ¨ ke jis shaks ne muzhko ek haraf vi parha diya mei uska gola ho chahe oh muzhe azad kar de ya bech de”.

Hazrat Ali k.w berkata: “Saya adalah hamba kepada orang yang telah mengajarkan kepada saya walaupun satu huruf. Dia boleh menjual saya atau membebaskan saya”.

English Section
amirussin@yahoo.com

Does Islam have a pope ?

No, it does not. In Islam, the head of Muslims is suppose to be the caliph, i.e., the leader of the Islamic state.

Muslims used to have a caliph from
to A. D. 633, the death year of Prophet Muhammad, to A. D. 1924 the fall of the Ottaman Empire and the end of the Islamic Caliphate. Since then, Muslims have had no caliph, which partly explains the zeal of most Muslims for Islam; they are looking forward to the revival of Islam and the re-birth of the Islamic Caliphate.

In Cristianity, the church is separated from the stste. There are two heads: a religious one like the pope or the cardinal and a secular one like the president or the king in Islam, there is only one head, the caliph, who has both the religious and secular powers in his hand.

The Islamic implication here is this: you cannot separate religion from life. Islam is unique in uniting both in one. Islam is a comprehensive code that deals with all aspects of life, whether religious, economical, political, legal, ethical or social.


Nazam

Pencarian.

Ku mencari dalam diri
dimanakah ku berdiri
dimanakah ku berpaut
dimanakah ku bersandar

setelah kian lama
merentas belantara waktu
mengharung lumpur dunia
ku melihat pada diri
calaran luka nan berbirat
seluruh tubuh berselirat

darah menitis nadi tersekat
mampukah aku untuk merawat
pada takdir yang tersurat

ingin ku berdiri
di atas tanah yang tiada rapuh
ingin ku berpaut
pada tali yang teguh

ingin ku bersandar
pada dinding yang kukuh

pada takdir yang tersurat
redha aku setiap saat
kerna ku tahu
ia tersirat
kasikmu Tuhan kian merawat.

oleh
ahmad muhammad
kulim, kedah.


8 Cara Eratkan Kasih Sayang.
benhussin.blogspot.com

Memberitahu yang kita kasihkannya.
Sabda nabi SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya .”

Berdoa' untuk mereka.
Sabda Nabi SAW: “Tidak seorang hamba Mukmin berdoa' untuk saudaranya dari kajauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu.”

Memberi senyuman ketika bertemu.
Sabda Nabi SAW: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa [yang datang dari saudaramu]. Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan .”

Berjabat tangan apabila berjumpa.
Sabda Nabi SAW: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lau berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampuni dosa sebelum berpisah .”

Mengunjungi[ziarah].
Sabda Nabi SAW: “Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, di mana kedua-keduanya saling berkunjung kerana Aku, dan saling bmemberi kerana Aku.”

Menyampaikan ucapan salam.
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa mengucapkan salam kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahgiaan nescaya Allah mengembirakannya pada hari kiamat.”

Memperhatikan keperluan saudara.
Sabdan Nabi SAW: “Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang Muslim pasti Allah akan menutup [ aibnya] di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudara-Nya.”

Memberi hadiah.
Sabda Nabi SAW: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati.”


Tip Pelajar Cemerlang.
amirussin@yahoo.com

Setelah hampir satu tahun pelajar bertungkus lumus belajar, mengulangikaji dan akhirnya menghadapi peperiksaan kecil dan besar, kini diakhir-akhir tahun semua pelajar bersedia dengan gembira dan ceria untuk mengosongkan minda dari segala bentuk pembelajaran kerana akan bercuti panjang dipertengahan bulan November dan Desember.

Sebenarnya bagi pelajar yang mementingkan masa dan kualiti minda, ia perlulah menyusun semula jadual belajar dalam masa satu bulan setengah ini apabila ia berada di rumah. Hargai masa sesungguhnya masa itu adalah emas.

Jangan membazir masa.
Penuhilah masa dengan sebaiknya. Jangan membazir masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak elok Isikan masa lapang dengan ra yang berfaedah, jangan tinggalkan terus dari membaca buku. Ambil sekurang-kurangnya satu atau dua jam masa untuk membaca dan masa selebuhnya gunakan untuk menolong adik-adik membaca dan mengulangi pelajaran disamping menolong ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah.

Dalam masa yang sama cuba peruntukkan masa lebih sedikit dari hari-hari sebelumnya dengan solat dan membaca al-Qur'an.

Susun aktiviti penting.
Susun aktivi-aktiviti penting dan elakkan menyenaraikan aktiviti yang tidak berfaedah. Ini bagi memastikan masa cuti dimanfaatkan dengan sesuatu yang berguna dan berfaedah agar tidak menyesal dikemudian hari.

Rancang rutin seharian.
Rancang rutin harian setiap hari, supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Dalam masa cuti inilah banyakkan menolong ibu dan ayah seta membantu adik-adik dalam melakukan sesuatu perkara bagi meringankan bebanan tugas harian ibu dan ayah di rumah.

Tetapkan masa.
Tetapkan masa dalam melakukan sebarang aktiviti. Jangan melakukan sesuatu aktiviti terlalu lama, cuba menyiapkan sesuatu aktiviti dalam masa yang ditetapkan dan jangan bertangguh untuk melakukan sesuatu perkara.

Tepati masa.
Seseorang yang berjaya kebanyakkannya mereka menepati masa. Menepati masa tidak kira dalam apa juga perkara yang dilakukan.Menepati masa adalah melambangkan disiplin seseorang tidak kira siapa dan apa pangkatnya. Seseorang yang tidak menepati masa, menampakkan dia tidak ada disiplin diri dan menunjukkan ia seorang yang lalai.

Lakukan dengan berterusan [istiqamah].
Lakukan setiap perkara dengan berterusan samaada perkara itu kecil atau besar. Allah dan Nabi SAW amat suka sekiranya kita melakukan sesuatu perkara dengan istiqamah. Usahakanlah dengan [erlahan-lahan dan seterusnya berazam untuk melakukannya dengan sempurna dan ikhlas kerana ALlah, insyaALlah Allah akan menolong menjayakannya.

Sesungguhnya MASA itu sangat berharga seperti kata Syaidina Ali r.a: “Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia akan memancung kamu”.


Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471. 1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Perjumpaan Alumni Nadwatul ‘Ulama,Lucknow.
Kali ke 5.

Tarikh : 3hb.Desember 2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi.
Tempat : Rumah Saudara Rokiman Ghazali [Batang Kali, Selangor]

Sebarang pertanyaan sila hubungi Ust.Qamar di talian 013 4849471 atau sdr.Amir 013 7338966.

No comments: