benhussin.blogspot.com
Dengan Nama AlLah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
ALhamdulillah,marilah kita bersama-sama memanjatkan ribuan kesyukuran kepada ALlah,kerana dapat lagi bernafas dalam bulan yang penuh barkah ini,iaitu bulan Rabiul Awal.Bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Dewasa ini kita seringkali dapat melihat fesyen bertudung yang berbagai-bagai.Bertudung itu baik,tetapi apakah dengan gaya bertudung yang berfesyen-fesyen itu menepati apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w dan mengikut perintah ALlah?
Kebanyakan pelajar perempuan tidak kira pelajar Institut pengajian tinggi atau pelajar sekolah menengah,kita dapati mereka bertudung,tetapi dengan tudung yang singkat dan memakai batu T dan seluar trek yang sama sendat dengan tubuh badan mereka sehinggakan nampak bentuk tubuh badan.
Marilah kita sama-sama berfikir dan seterusnya meneliti firman ALlah yang bermaksud:
Hai Nabi,katakanlah kepada isteri-isteri kamu,anak-anak perempuan kamu,dan isteri-isteri orang mukmin, “hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka”.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan ALlah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
[surah al-Ahzab:59]
Mutiara Kalam [siri 4]
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Berbahagialah manusia
Yang Rohnya Tidak Kenal Istirehat
Dialah Penunggang Kuda Pacu
Yang Bernama Waktu
Jubah Kehidupan
Dibuat Menurut Ukuran Tubuhnya
Kerana Dialah Yang
Terakhir Diciptakan
Dan
Di Depannya Terbentang Zaman
Demi Zaman .
[sekiranya pembaca tidak dapat memehami maksud yang tersirat didalam mutiara kalam bolehlah menghubungi Ust.Qamaruzzaman ditalian 0138489471]
Tokoh
Oleh:Ust.Amir an-nadwi
Syed Abul Hasan ‘Ali Hasani an-nadwi telah mengarang sebuah buku pada tahun 1364 Hijrah yang berjudul “Maza Khasiral ‘Alam Bi Inhithaathil Muslimin” {Keraguan Dunia Dengan Runtuhnya Umat Islam}.Buku ini dikarang di tengah-tengah kemelut pergolakan dunia Islam.
Buku ini diterbitkan di Mesir pada tahun 1369 Hijrah[1950 Masehi] dan sehingga kini telah diulang cetak berkali-kali.Oleh kerana sambutan yang sangat menggalakan dari semua orang Islam diseluruh dunia,setiap kali diterbitkan selalu mendapat kata-kata sambutan dari penulis-penulis dan cendiakawan-cendiakawan Islam yang terkenal,diantaranya ialah as-Syahid Syed Qutb sendiri.
Syed Abul Hasan terlibat dalam banyak pertubuhan-pertubuhan agama,kesusasteran dan kebudayaan di India dan di luar negara.Pada tahun 1957 beliau dilantik menjadi anggota Lembaga Ilmu Pengetahuan ‘Arab di Kota Damsyik,kemudian sebagai ketua Lembaga Pendidikan Agama di seluruh Wilayah Utara India.
Beliau juga dilantik menganggotai Majlis Tertinggi Universiti Islam Madinah dan menjadi pengasas Rabitah Al-‘Alam Al-Islami,Mekah semenjak tahun 1380 Hijrah/1380 Masehi.
Syed Abul Hasan banyak memegang jawatan yang diamanahkan kepadanya dan semasa hayatnya beliau banyak menghabiskan waktunya dengan mengarang buku-buku ilmiah didalam bahasa Urdu dan Arab.
Pada tahun 1980 beliau telah diberi kehormatan menerima anugerah Al-Malik Faisal [King Faisal Award] sebagai mengenang sumbangannya kepada umat Islam.
[tamat]
Hadis
Oleh:Ustaz Amir an-nadwi
Dari Abu Muhammad{Alhasan} bin Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, saya telah menghafaz dari ajaran Rasulullah s.a.w Rasulullah s.a.w bersabda “Tinggalkan apa yang engkau ragu-ragukan,kepada apa yang tidak engkau ragu-ragukan {lakukan apa yang tidak engkau ragukan}.Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan,dan dusta itu menimbulkan keraguan”.
[Hadis riwayat at-Tirmizi]
Hadis ini merupakan pokok atau sendi dalam mengerjakan sesuatu perkara atau ‘amal ,segala perbuatan ‘amal atau ibadah yang tidak disertai keyakinan yang sungguh-sungguh,maka tidak sah hukumnya,dan sesungguhnya apabila kita banyak berbohong atau dusta,timbullah didalam hati kita sifat ragu-ragu dan tidak yakin.
Kita sebagai seorang muslim hendaklah terlebih dahulu membuang segala sifat-sifat yang tidak baik di dalam hati kita apabila kita hendak melakukan sesuatu ‘amal ibadah.Sifat ragu-ragu adalah salah satu sifat yang membawa keyakinan kita berbolak balik terhadap ’amal perbuatan kita.Maka harus bagi semua pekerjaan kita itu benar-benar menurut perintah ALlah dan Rasul s.a.w.
Tafsir al-Qur’an.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Al-Qur’an adalah Imam kita,al-Qur’an memberi panduan yang sangat penting iaitu dalam apa sahaja perbuatan atau pekerjaan hendaklah dimulakan dengan menyebut,menyedari akan keagongan nama [sifat] ALlah,maka insyaALlah segala pekerjaan kita akan diberkati olehNya.
ب
Dengan
اسم
Nama,menggambarkan sifat-sifat ALlah yang mempunyai 99 nama[al-Asma’ul Husna].Sebahagian ulama berpendapat dengan mengatakan lebih dari itu.Sesiapa yang menghafazkannya pasti masuk syurga.
الله
Nama khas bagi zat Tuhan{ALlah} yang wajib al-wujud.Kalimah ALlah ini dinamakan {Lafzu’l Jalalah} yakni kalimah yang menunjukkan kebesaran ALlah,dan juga Sultanul ‘Asma’ iaitu raja segala nama.
الرحمن
Yang Maha Pemurah.
Dengan membaca sifat ini,insyaALlah sifat pemurah ALlah akan bersama kita.
الرحيم
Yang Maha Mengasihani.
Semoga Maha Mengasihani ALlah sentiasa bersama kita.
Ar-Rahman dan ar-Rahim adalah 2 nama ALlah yang paling banyak disebut di dalam al-Qur’an sesudah ALlah.Kalimah ALlah disebut sebanyak 2696 kali didalam al-Qur’an,sementara ar-Rahman dan ar-Rahim sebanyak 800 kali.Keduanya berasal dari kata Rahima atau Rahmat.Keduanya juga bererti pemberi rahmat kepada seluruh makhluqNya yang ber’akal atau tidak ber’akal,yang beriman atau tidak beriman,yang kafir kepadaNya atau tidak,yang baik atau jahat.Rahmat ini hanya rahmat kecil seperti kesihatan,kekayaan,makan minum,tubuh badan,suami isteri dan segala macam rahmat yang tidak kekal,hanya selama makhluqNya berada di atas muka bumi ini sahaja.
Sedang ar-Rahim bererti ALlah memberikan rahmat-rahmat besar,rahmat yang kekal seperti iman,agama Islam,ilmu yang benar dan diredhaiNya,jalan hidup yang lurus yang berpandukan ajaran al-Qur’an dan as-Sunnah,perasaan cinta terhadap ALlah,Rasul-rasul dan ajarannya.
Akhirnya rahmat yang menjadi induk segala rahmat ialah diselamatkan dari azab siksaan api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.wallahu aqlam.
[bersambung pada bulan hadapan]
Sejarah ringkas al-Qur’an.
Oleh:Ust.Amir an-nadwi
Sesudah ayat-ayat ini [al-Muddatstir 1-6],al-Qur’an sentiasa turun beransur-ansur.Setelah setiap ayat-ayat suci al-Qur’an selesai diwahyukan kepada Nabi s.a.w ,Nabi s.a.w terus membacakannya kepada para sahabat.
Para sahabat mengulang-ngulang membacanya untuk diingati atau ditulis.
Tiap-tiap ayat ditulis oleh para penulis wahyu,diantaranya yang tetap ialah Zaid bin Tsabit.Ayat-ayat al-Qur’an pada mulanya ditulis di atas pelepah tamar,batu tipis,kulit yang telah disamak,tulang-tulang dan sebagainya.Disamping ramai yang menghafaznya.
Begitulah selama Nabi s.a.w masih tinggal di Mekah lebih kurang 12 tahun,ayat-ayat al-Qur’an turun sambung menyambung.Setelah Nabi s.a.w hijrah [pindah] ke Madinah,ayat-ayat al-Qur’an turun terus menerus.
Surah dan ayat-ayat yang turun selama Rasulullah s.a.w tinggal di Mekah [sebelum hijrah],disebut ayat-ayat Makiyah.Ayat-ayat atau surah yang turun setelah Nabi s.a.w berada di Madinah disebut ayat-ayat atau surat Madaniyah.
Setelah sampai tahun ke 10 Hijrah,dimana Nabi dan para sahabat berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji,Haji ini merupakan haji yang terakhir bagi Nabi,kerana beberapa bulan kemudian Nabi s.a.w meninggal dunia,maka haji ini dinamakan haji wada’[terakhir].
Selama Nabi s.a.w berada di Mekah selain menyampaikan khutbah yang mengandungi butir-butir pelajaran yang sangat penting bagi kehidupan dan pergaulan kaum muslimin.Setelah itu turun pula ayat ini yang bermaksud:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu,Aku telah mencukupkan niqmatKu kepada kamu dan Aku telah merasa senang,Islam itu menjadi agamamu”
[al-Maidah:3]
Ayat ini berisi ketegasan ALlah bahwa agama islam telah disempurnakan dan kurniaNya kepada kaum Muslimin telah dicukupkan,maka ahli tarikh berpendapat,inilah ayat yang terakhir turunnya.Tetapi dalam kenyataannya,setelah Nabi s.a.w kembali ke Madinah dan sebelum beliau wafat pada 12 Rabiul Awal 11 H,masih ada beberapa ayat yang turun.
Menerut pendapat lain,ayat yang terakhir turunnyaaialah ayat “Kala-lah”.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dari bara’ r.a katanya,bahawa surat yang terakhir turunnya dan telah cukup ialah surah at-Taubah [Bara-ah] dan ayat yang terakhir sekali turunnya ialah ayat yang berkenaan dengan “Kala-lah”[pembahagian pusaka orang yang meninggal,dengan tiada mempunyai ibu bapa dan keturunanya].
Untuk menjaga supaya ayat-ayat al-Qur’an terpelihara sepenuhnya,maka malaikat Jibril setiap tahunnya menyuruh Nabi s.a.w mengulang membaca al-Qur’an yang telah diturunkan dari awal hingga akhir,sedang ditahun Nabi s.a.w akan meninggal dunia,hal ini dilakukan dua kali,sehingga Nabi s.a.w merasa ajalnya telah dekat.
Dengan ini nyatalah bahwa susunan ayat-ayat dalam satu surat dan susunan surat itu telah ditentukan oleh Nabi s.a.w sebelum beliau meninggal dunia,berdasarkan pepetunjuk dari Jibrail.
Demikianlah ayat-ayat al-Qur’an itu telah ditunkan ALlah secukupnyasebelum Nabi s.a.w wafat dengan cara beransur-ansur dan sambung menyambung dimulai semenjak Nabi s.a.w menerima wahyu yang pertama di Gua Hira’,sampai turunnya ayat yang terakhir dalam masa lebih dari 22 tahun..
[bersambung]
Nama-nama surah al-Qur’an.
Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi
Asy Syu’ara - Penyair-penyair
An Naml - Semut
Al Qashash - Cerita-cerita
Al ‘Ankabut - Labah-labah
Ar Rum - Kerajaan Rumawi
Luqman - Seorang ahli Hikmat
As Sajadah - Sujud
Soal jawab.
Dikelola oleh:Ust.Amir an-nadwi
Soal: Betulkah pendapat orang yang mengatakan orang-orang kafir musyrik itu adalah najas?
Jawapan: Ya,firman ALlah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman,sesungguhnya [kepercayaan]orang-orang kafir musyrik itu adalah najas,maka tidak boleh mereka hampiri Masjidil Haram”.
[At-Taubah:28]
Menurut pendapat ulama bahawa yang dimaksudkan dengan najas itu ialah aqidah,kepercayaan,bukan najis tubuh badan,tetapi apabila orang-orang kafir menerima Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah,maka sucilah aqidahnya.
Soal: Apakah erti munafik dan apakah pandangan Islam terhadap orang-orang munafik?
Jawapan: Orang munafik menurut istilah syarak ialah orang yang menyembunyikan kekafirannya di samping melahirkan keislamannyaatau dalam lain perkataan,orang yang berpura-pura Islam sedangkan pada hakikatnya ia adalah seorang yang kafir.
Menurut pandangan Islam,orang-orang seperti ini adalah orang yang rosak peribadinya,buruk perangainya dan tidak ada pendirian dalam hidupnya.Selain dari mendatangkan keburukan dan bahaya dalam masyarakat,ia juga menanggong risiko dan azab ALlah.ALlah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang munafikakan ditempatkan diperingkat yang terkebawah dari neraka dan engkau tidak dapati bagi mereka sebarang pertolongan”
[an-Nisa’:145]
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Sesungguhnya apa yang paling aku takut menimpa keatas umatku ialah tiap-tiap orang munafik yang petah lidahnya”.
Tanda-tanda orang munafik seperti dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w ada empat:
1. Apabila diberi amanah dia melakukan khianat.
2. Apabiala dia bercakap ia dusta.
3. Apabila dia berjanji ia memunkirinya.
4. Apabila dia berbalah ia melampauinya.
Muhasabah
Susunan Ust.Amir an-nadwi
Berdoalah,nescaya ALlah makbulkan.
Semua manusia yang mengaku dirinya seorang muslim sedar,tahu dan yakin bahawa Tuhan [ALlah] itu Maha Kuasa.Kerana Dia lah yang menciptakan langit dan bumidengan segala isinya.Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Kaya juga bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
ALlah kasih dan sayang terhadap manusia yang sentiasa ingat,taat,patuh dan selalu mengingatiNya pada setiap waktu.Oleh itu Allah amat senang apabila hambaNya sentiasa menadah tangan memohon atau selalu berdoa kepadaNya.Sebaliknya ALlah amat marah terhadap manusia yang tidak pernah meminta [berdoa] kepadaNya.
Berdoa sangat mahal nilainya sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “Doa itu adalah otak ibadah”.
[Hadis Riwayat Imam Bukhari]
Dengan berdoa kepada ALlah,maka terwujudlah bahawa ALlah itu tempat memohon segalanya,dan manusia sebagai makhluq yang hina dan kerdil sentiasa berhajat kepadaNya.Pengabdian atau ibadah yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa,tidak hidup seperti tubuh yang tidak bernyawa.
ALlah sentiasa membuka pintuNya untuk hamba-hambanya meminta,mengadu kepadaNya.Firman ALlah yang bermaksud “Bila hamba Ku bertanya kepada mu mengenai Daku,katakanlah bahawa Aku sangat dekat kepadanya.Aku kabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada Ku.Maka hendaklah mereka memperkenankan seruan Ku”.
[Al-Baqarah:186]
Firman ALlah lagi yang bermaksud “Berdoalah kepada Ku,nescaya Aku perkenankan permohonanmu.Sesungguhnya orang-orang yang angkuh dari menyembah Ku,mereka bakal memasuki neraka jahanam dengan hina dina”.
[al-Mukmin:60]
Nabi s.a.w walaupun telah dijamin oleh ALlah s.w.t sebagai manusia agong dan terpuji,baginda tidak berhenti-henti berdoa dan mengharapkan pertolongan ALlah.Tambahlah kita yang sangat kerdil berbanding dengan Nabi s.a.w.
Sebagai umat Islam kita haruslah sentiasa berdoa pada setiap pekerjaan yang kita kerjakan dan pada setiap kesulitan yang kita alami.Hanya pada ALlah sajalah yang kita harapkan dan memohon segalanya semoga kita sentiasa berada dikalangan orang-orang yang selalu dikasihi dan dirahmati oleh ALlah.
Info sihat.
Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi
Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum solat.Sekiranya tiada terdapat kurma,Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur.Sekiranya tiada anggur,Baginda akan meminum beberapa teguk air”.
[Hadis riwayat Ahmad]
Dari Anas bin Malik,beliau berkata “Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih”.
Dari Adiy bin Hatim,dia berkata “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,hindarilah api neraka walaupun [dengan memberi sedekah] sebelah buah kurma”.
Bagi mereka yang mementingkan kesihatan agar sentiasa dijaga dengan baik,buah kurma adalah amat sesuaidijadikan sebagai salah satu makanan harian,khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang kerja harian.Khasiat kurma juga amat sesuai bagi pertumbuhan tubuh badan dan minda anak-anak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma kita akan terhindar dari sebarang kemungkinan buruk dan dapat meneruskan tugas-tugas harian serta beribadah kepada ALlah s.w.t.
بول حل
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Adakah kamu faham? [lelaki]
هل فهمت hal fahimta
كيا اب kia ap samjhe
Do you under stand?
Apa yang kamu kata? [lelaki]
ماذا قلت maza qulta
اب كيا كها ap ne kia kaha
What did you say.
Saya tidak berkata sesuatu.
لم اقل شيا lam a qul syai an
مي نهين بو لا me nahin bola
I did not speak.
Siapa kamu? [seorang lelaki]
من انت man anta
اب كون ap kaun hain
Who are you?
Tip Nabawi
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Datangkanlah keberkatan dalam makanan harian kita dengan memperuntukan makanan kita untuk orang-orang miskin,atau anak-anak yatim.Caranya ialah setiap kali kita mencedok beras untuk ditanak,sebelum membasuhnya,ambillah segemgam beras dari periuk tadidan kumpulkan dalam satu bekas,setelah dikumpul beberapa lama,maka diberi pada mana-mana dari golongan tadi.
Maka sepertilah mereka menyertai setiap hidangan harian kita.InsyaALlah.
Kiamat,tiada siapa tahu bila akan berlaku.
Disunting oleh: Ust.Amir an-nadwi
Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Demikian halnya dengan dunia ini,ia akan hancur,musnah dan lenyap.Itulah yang dinakan kiamat.
Kiamat ialah hancurnya dunia ini.Alam semesta ini akan lenyap seperti debu-debu yang berterbangan dan akan ditukar dengan yang baru.
Dalam surah al-Baqarah ayat 49 ALlah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Pada hari itu bumi ini ditukar dengan bumi lain,demikian juga langit,dan semuanya nyata bagi ALlah Yang Maha Esa lagi Gagah Perkasa”.
Semua yang hidup akan mati,kecuali ALlah.Yang terakhir sekali akan mati ialah malaikat maut.
Alam ini akan kosong,sesudah itu ALlah akan ciptakan alam baru,berbeza dengan alam yang ada sekarang ini.Setelah itu barulah semua manusia akan dibangkitkan dari kubur masing-masing.
Alam ini mulanya ia lahir,sesudah itu membesar,tua dan akhirnya mati,begitulah kudrat alam.Waktu kiamat itu sudah dekat,kerana umur bumi ini sudah tua.Di dalam satu Mikraj, Nabi s.a.w nampak seorang perempuan yang amat tua.Jibril memberitahu Nabi s.a.w bahawa itulah tamsil umurnya dunia.
Bilakah akan berlaku kiamat adalah terletak dalam bidang kuasa ALlah s.w.t,siapa pun tidak mengetahuainya,malah kepada Nabi dan Rasul pun ALlah tidak memberitahu nya. Dalam al-Qur’an ALlah telah berfirman yang bermaksud “Nanti orang-orang akan bertanya kepada engkau bila akan terjadinya kiamat itu,katakanlah bahawa hal kiamat itu adalah urusan ALlahku”.
[surah al-‘Araf:187]
Pada hakikatnya memang tidak ada seorangpun atau makhluq didunia ini yang tahu bila akan berlakunya kiamat,tetapi yang jelas kiamat akan berlaku dan ia terletak ditangan ALlah.
Nabi s.a.w hanya dapat memberitahu tanda-tanda kiamat sahaja.Diantaranya ialah:
# Terjadinya perang yang dahsyat antara dua puak yang bertentangan.
# Munculnya dajjal.
# Habisnya ilmu.
# Banyak terjadinya gempa bumi.
# Fitnah bermaharajalela dalam masyarakat.
# Banyak terjadi pembunuhan.
# Harta benda banyak bertimbun-timbun.
# Orang akan menyintai mati dari hidup.
# Orang perempuan melebihi orang lelaki.
# Ibu-ibu melahirkan tuan-tuannya.
# Perempuan banyak berpakaian seperti lelaki.
# Terbitnya matahari dari tempat terbenamnya.
Berdasarkan apa yang disebut oleh Nabi s.a.w, tanda-tanda kiamat itu jelas kepada kita,ada diantaranya sudah berlaku.Sebenarnya hari kiamat itu terlalu hampir dengan kita,adakah kita sudah bersedia menghadapinya?
Beberapa perkara yang boleh meningkatkan ketajaman minda.
Susunan Ust.Amir an-nadwi
• Membaca dan menghafaz al-Qur’an.[ternyata seseorang yang menghafaz al-Qur’an tidak pernah direkodkan sebagai pesakit gangguan mental ataupun masalah nyanyuk].
• Banyakkan berzikir dan berselawat.
• Banyakkan istiqfar dan muhasabah diri.
• Ransang pertumbuhan minda ketahap optima.[belajarlah kemahiran-kemahiran baru dan berbeza dari bidang anda].
• Melaungkan idea dengan kuat boleh menukarkan ingatan jangka pendek kepada jangka panjang.
• Gunakan kaedah carta minda,menghafaz hanya yang penting.[bagi penghafaz al-Qur’an,hendaklah menghafaz semuanya].
• Minum cukup air.
• Dapatkan tidur yang cukup.
• Jauhkan diri dari bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan minda.[seperti merokok.minuman keras,dadah dan terlalu kerap menonton tv dan mendengar radio].
[Umat Islam adalah umat yang terbaik kerana: Mengajak orang lain kepada kebaikan dan menahan mereka daripada melakukan kemungkaran serta mengajak beriman kepada ALlah yang Esa]
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1430 H.
Susunan Ust.Amir an-nadwi
Tanggal 12 Rabiul Awal,tahun gajah suasana paginya di sekeliling rumah Siti Aminah dipenuhi kicauan burung-burung.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,kegembiraan dan kecerian jelas terbayang pada setiap warga bumi.
Api penyembahan Majusi di Negara Farsi [Iran] yang selama ini tidak pernah terpadam.
Tiba-tiba pada hari ini terpadam.Hal ini memeranjatkan Salman al – Farisi serta penyembah-penyembah api yang lain.
Peristiwa ini mendorong Salman untuk merantau ke Kota Mekah untuk mencari seorang yang Agong.
Seorang Nabi akhir zaman.
Tika hari itu juga telah runtuh Istana Kisra di Iraq dan di Baghdad,kering tasik di Qaryah Faras.
Aminah,seorang ibu yang melahirkan seorang yang Agong telah melalui beberapa perkara ajaib dan ganjil sebelum dan selepas kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w.
Girang tidak terperi hati seorang datuk [Abdul Mutalib] menyambut cucunya
Setelah dilahirkan,Nabi s.a.w telah disusukan oleh ibunya Siti Aminah.Namun itu hanya untuk beberapa hari sahaja.
Kemudian Nabi s.a.w telah disusui oleh Suwaibah,hamba Abu Jahal yang telah merdeka.
Setelah Nabi s.a.w disusukan oleh Suwaibah,Baginda diserahkan kepada seorang perempuan muda yang miskin bernama Halimah As Saadiah.
Keberkatan Nabi s.a.w sudah jelas terpapar,kaldai tunggangan Halimah yang semasa datang tadi begitu lemah dan perlahan,tapi kini pantas dan
memotong tunggangan-tunggangan sahabat sedaerahnya.
ALlah mengurniakan air susu yang banyak kepada Halimah.
Susunya pula sangat putih dan bersih.Kehidupan Halimah sebelum ini susah,kini sudah nampak kesenangannya.Malah beberapa ekor unta dan kambing peliharaannya semakin gemuk dari sebelumnya.
Kehidupannya kina semakin berkat,murah rezeki dan aman damai.
[bersambung bulan hadapan]
Iklan
Kepada adik-adik yang ingin menghantar karya dan lukisan adik-adik bolehlah menghantarnya ke alamat seperti di bawah:
Karangan pada bulan ini bertajuk Ibu Bapa manakala lukisan pula bertajuk Bunga-bungaan.
Tuan\Puan yang ingin melanggan albayan bolehlah berhubung dengan Ust.Qamaruzzaman dialamat: Madrasah Ashraful Madaris Kulim,No.36 Taman Melawis,Kg.Keladi,09000 Kulim.Tel.0134849471
6 Bulan{RM.12.50} 1 Tahun{RM.25.00}
Harga termasuk kos penghataran.
No comments:
Post a Comment