Jun 2009
Muqaddimah.
benhussin.blogspot.com
Dengan Nama AlLah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Dalam tubuh anak Adam itu ada seketul
Daging, apabila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh badan. Ketahuilah itulah hati”.
Imam as-Shafii telah berpesan:” Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan”.
Nafsu merupakan musuh ketat kepada ‘akal. Mereka seringkali berkelahi untuk mengawal hati.Andai nafsu menguasai hati, hati akan menjadi jahat. Berbeza jika ‘akal menjadi penasihat, hati akan menjadi sebaliknya.
Hati yang kosong akan mati. Qalbun[hati]sentiasa berbolak balik. Adakalanya kata hati betul dan ada waktunya ia akan tersesat. Hanya dengan ilmu juga kita mampu untuk melawan nafsu. Begitulah juga kita seringkali menyebut ALlah dari menyebut makhluq.
Perbanyakkan juga menyebut atau mengingati hari akhirat dari mengingati urusan-urusan dunia. Urusan dunia terlalu sibuk sehinggakan kadangkala kita terlalu sedikit mengingati hari kematian. Ingatlah kesibukan kita akan terhenti apabila nyawa kita berhenti. Kesibukan dunia tidak akan berakhir selagi kita terlalu mengejarnya sehingga tidak ada sedikitpun kita memikirkan hari kematian.
Kematian pasti akan datang sebagaimana firman ALlah yang bermaksud “Setiap yang bernyawa pasti akan mati”.
Tokoh
amirussin@yahoo.com
Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy.
Oleh kerana semangat yang tinggi untuk memajukan agama, beliau mendirikan Maktab di Mewat, tetapi suasana pada masa itu yang menyebabkan masyarakat lebih menyukai anak-anak mereka pergi ke kebun atau ke sawah daripada ke Madrasah atau Maktab untuk belajar agama, membaca atau menulis. Dengan demikian Maulana Ilyas dengan terpaksa meminta orang-orang Mewat untuk menyiapkan anak-anak mereka untuk belajar dengan pembiayaan yang ditanggung oleh Maulana Ilyas sendiri.
Besarnya pengorbanan Maulana Ilyas, untuk memajukan pendidikan agama bagi masyarakat Mewat, tidak mendapat perhatian. Bahkan mereka enggan menuntut ilmu, mereka senang hidup dalam suasana yang sudah mereka jalani sebelum ini.
Beliau melihat bahawa kebodohan, kegelapan dan sekularisme yang melanda negerinya sangat berpengaruh terhadap madrasah-madrasah. Para murid tidak mampu menjunjung nilai-nilai agama sebagaimana mestinya, sehingga gelombang kebodohan semakin melanda bagaikan gelombang gelombang lautan yang melaju deras sampai ratusan batu membawa mereka hanyut.
Masyarakat masih tidak memiliki semangat untuk menuntut ilmu-ilmu agama, mereka juga tidak begitu berminat untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar di madrasah-madrasah. Ini besar kemungkinan mereka tidak mengetahui betapa pentingnya untuk belajar ilmu agama. Mereka juga tidak hormat kepada para pelajar yang sudah tamat pengajian dari madrasah-madrasah dan mereka juga tidak mahu mendengar dan mengikut penerangan dan dakwah yang disampaikan. Kesimpulannya bahawa Madrasah-madrasah tidak mampu untuk mengubah warna dan gaya hidup masyarakat Mewat.
Melihat keadaan masyarakat Mewat yang sangat jahil itu, semakin menambah kerisauan beliau terhadap keadaan itu. Beliau sering pergi menziarahi masyarakat setempat dan mendirikan banyak madrasah-madrasah, tetapi tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Mewat.
Dengan izin ALlah, timbullah keinginan beliau untukl mengirim jama’ah dakwah ke Mewat. Pada Tahun 1351 H/1931 M, beliau pergi menunaikan haji yang ketiga. Kesempatan tersebuit digunakan olehnya untuk menemui tokoh-tokoh ulama India yang berada di Tanah Arab. Beliau juag sempat bertemu dengan Sultan Ibn Sa’ud raja Tanah Arab pada masa itu untuk mengenalkan usaha mulia yang dibawanya.
Selama di Mekkah Jamaahnya bergerak setiap hari mengajak orang supaya taat kepada perintah ALlah. Setelah kembali dari menunaikan haji,beliau mengadakan dua kunjungan ke Mewat, dengan disertai Jama’ah dengan jumlah yang cukup besar. [bersambung]
9 Rahsia Luangkan Rahsia
Oleh: Ust.Shamsuddin an-nadwi
• Luangkan masa untuk bekerja, ia adalah hadiah kejayaan.
• Luangkan masa bercinta bersama isteri, ia hidup yang suci.
• Luangkan masa untuk bermain, ia rahsia awet muda.
• Luangkan masa untuk membaca, ia asas pengetahuan.
• Luangkan masa untuk membantu kawan, ia sumber kegembiraan.
• Luangkan masa untuk impian, ia menghidupkan harapan.
• Luangkan masa untuk ketawa, ia rempah kehidupan.
• Luangkan masa untuk Iman, ia jalan menuju ketaqwaan.
• Luangkan masa untuk solat, ia menghampirkan diri kepada ALlah dan membersihkan debu bumi dari matamu.
Mutiara Kalam [siri 5]
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Manusia
Adalah Pedang
Tuhan
Pemain Pedang Tersebut
Dunia
Adalah Batu
Tempat Mengasah
Pedang Itu.
[sekiranya pembaca tidak dapat memehami maksud yang tersirat didalam mutiara kalam bolehlah menghubungi Ust.Qamaruzzaman]
Hadis
amirussin@yahoo.com
Abu Malik [al Harits] bin Ashim al-Assha’ari r.a berkata:Sabda Nabi s.a.w “Kebersihan [kesucian] itu setengah dari iman, dan ucapan Alhamdulillah, memenuhi timbangan dan Subhanallah serta ALhamdulillah, memenuhi apa yang diantara langit dan bumi, solat sebagai pelita[cahaya], sedeqah sebagai bukti iman, kesabaran itu penerangan dan al-Qur’an sebagai bukti yang membenarkan kamu atau menentang kamu, semua manusia pada waktu pagi menjual dirinya, ada yang membebaskan dan ada yang membinasakan dirinya”.
[Hadis riwayat Muslim]
Dalam hadis ini jelas sekali menunjukkan bahawa iman bukannya hanya kepercayaan yang secara zahir,tetapi melingkupi semua aspek kehidupan termasuklah dari segi kebersihan rohani dan jasmani.
Kebersihan juga sebahagian dari iman, bersih jiwa dan fikiran dari kepercayaan khurafat, juga merupakan setengah dari iman.
Dengan kita mengucap kalimah Alhamdulillah, menyatakan bahawa segala pujian kita kepada ALlah dengan fikiran yang sihat dan sempurna pasti akan menimbulkan rasa syukur dan melahirkan segala pujian kepada ALlah di atas segala niqmat yang kita kecapi.
Dan demikian juga dengan ucapan Subhanallah, Maha Suci ALlah,apabila dua ucapan antara ALhamdulillah dan Subhanallah apabila kita perhatikan ianya memenuhi angkasa yang diantara langit dan bumi, semua yang terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga semuanya adalah datangnya dari kebesaran niqmat-niqmat ALlah yang tidak terkira nilainya. Oleh itu sebagai tanda kesyukuran kita kepada ALlah
Kita hendaklah menunaikan solat yang telah diwajibkan keatas setiap insan muslim.
Solat dan kesabaran sebagai pelita dan penerangan yang menyinari kehidupan manusia.Manakala sedeqah pula membuktikan adanya iman didalam dada serta al-Qur’an sebagai bukti yang membela kepadanya.Sekiranya manusia dapat melakukan segaran kewajipan yang diwajibkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh ALlah,sesungguhnya kita telah membebaskan diri dari pengaruh kesesatan yang nyata.
[Abu Hurairah r.a berkata,Nabi s.a.w bersabda:
“Tempat yang amat disukai oleh ALlah ialah masjid dan tempat yang paling dibenci olehNya ialah pasar-pasar”. [Riwayat Muslim]
Sunatnya Aqiqah.
amirbenhussin@gmail.com
Setiap muslim memperolehi zuriat, disunatkan menyembelih kambing atau lembu sebagai aqiqah:
Sebagai tebusan atau fidyah untuk menebus diri anak daripada segala bala sebagaimana firman ALlah s.w.t menebus Nabi Ismail a.s dengan seekor kibas.
Sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan ALlah s.w.t
Mematuhi perintah ALlah s.w.t
Wasilah untuk mengembangkan syiar Islam
Membantu faqir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik, serta mengeratkan hubungan persaudaraan di kalangan umat Islam.
Rasulullah s.a.w bersanda yang bermaksud “ Beserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya”.
[Hadis riwayat Tirmizi]
Imam Syafii berpendapat melaksanakan aqiqah adalah Sunat Muakkad. Imam Malik menyatakan bahawa hokum melaksanakan aqiqah adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Dalam kitab Sabila al Muhtadin, Imam Ahmad r.a menyebut, anak-anak yang tidak dilaksanakan aqiqah tidak akan pada hari qiamat untuk memohon syafaat bagi kedua ibu bapa nya.
Sejarah ringkas al-Qur’an.
amirussin@yahoo.com
Membukukan al-Qur’an dalam satu kitab.
Pada mulanya penulisan huruf-huruf al-Qur’an tidak diberi tanda titik,namun setelah perkembangan Islam meluas keluar Tanah Arab, maka orang-orang yang bukan berbangsa Arab susah membacanya dan banyak yang mengelirukan. Oleh sebab itulah huruf-hurufnya diberi tanda titik dan baris.
Orang yang pertama membuat baris itu ialah Abu Aswad Dauli di masa pemerintahan Mu’awiah, dan yang mula memberi titik untuk membezakan huruf-huruf yang sama bentuknya ialah Nashar bin ‘Ashim atas suruhan Hujjaj, gabenor Iraq dalam masa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan.
Hikmah turunnya al-Qur’an beransur-ansur.
Tujuan hikmahnya penurunan ayat-ayat al-Qur’an secara beransur-ansur ialah supaya umat Islam keseluruhannya mudah diresapi dan dilaksanakan.
Pada mulanya turunnya lebih banyak ditujukan untuk memperbaiki kepercayaan dan pemujaan. Pada zaman itu umumnya bangsa Arab dan penduduk sekitarnya menganut kepercayaan bahawa banyaknya tuhan, menyembah berhala dan patung yang dibuat oleh mereka sendiri atau mempertuhankan makhluq-makhluq halus dan benda-benda di angkasa.
Dari kepercayaan-kepercayaan yang tersebut itu, al-Qur’an menuntut kea rah mengimani keesaan ALlah s.w.t dan memuja kepada-
Nya semata-mata. Pembaharuan jiwa dari kufur menjadi iman, dari syirik kepada tauhid, memerlukan masa dan usaha.
Itulah sasaran dan tujuan ayat-ayat yang turun di Mekah. Selain dari itu, menanamkan kepercayaan tentang adanya hari akhirat, kehidupan disebalik kematian dan hari pembalasan yang adil. Mempercayai adanya syurga untuk orang yang mengerjakan kebaikan dan neraka untuk orang yang melakun dosa.
Perkara-perkara tersebut perlu ditanam dengan kuat dalam jiwa umat manusia supaya senang untuk mengajak mereka melakukan kebaikan dan meninggalkan segala yang diharamkan oleh ALlah.
Dalam pada itu banyak berlaku kebiasaan-kebiasaan buruk yang telah menjadi budaya hidup dalam masyarakat jahilliah seperti mabuk, berjudi, merompak dan perkelahian yang berakhir dengan pembunuhan hanya kerana perkara-perkara yang kecil. Untuk merubah mental dan akhlaq serta sikap kehidupan seperti itu memerlukan waktu yang berperingkat untuk menyedarkan mereka kembali ke jalan yang benar.
[bersambung]
Nama-nama surah al-Qur’an.
amirussin@yahoo.com
Adz Zariyat angin yang mencerai beraikan
Ath Thur gunung/gua
An Najm bintang
Al Qamar bulan
Ar Rahman Yang Maha Pemurah
Al Waqi’ah peristiwa besar
Al Hadid besi
Soal jawab.
amirbenhussin@gmail.com
Soal: Apakah hukum seorang perempuan yang sedang haid memotong kuku dan rambutnya?
Jawapan: Disebut di dalam syarah al-‘Iqna’ Matan Abi Syuja’ [1/60] menurut Imam al-Gazali di dalam Ihya’ Ulumiddin, bahawa tidak seharusnya seseorang yang berjunub memotong kuku atau mencukur bulu dan rambutnya kerana semua tadi akan dikembalikan di hari akhirat nanti dalam keadaan junub [tidak bersih].
Menurut Sayyid Sabiq yang katanya “ Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi s.a.w bersabda :
“ Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis [tubuhnya] samaada hidup ataupun mati”.
Berdasarkan hadis tersebut ada sesetengah ulama’ berpendapat bahawa ianya adalah hokum makruh.
Soal: Apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang sudah bertunang keluar berjumpa?
Jawapan: Hukumnya adalah haram,ini kerana mereka masih lagi belum di ‘aqad [ijab qabul] sebagai suami isteri yang halal.Ikatan pertunangan bukanlah satu lessen untuk mereka dibolehkan bertemu muka. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “ Tidak dilihat [penyelesaian] bagi dua orang yang cinta menyintai kecuali nikah”.
Perkara-perkara yang perlu dijaga [haram] bagi mereka yang belum berkahwin atau nikah ialah:
Bersentuh, menyentuh satu sama lain.
Berdating tanpa disertai mahram yang thiqah.
Berbicara dengan syahwat [talifon, chatting, sms, secara lansung melalui internet serta e_mail].
Melihat aurad masing-masing.
Muhasabah
amirussin@yahoo.com
Remaja,antara cinta dan hati.
Kerana CINTA apa sahaja sanggup dilakukan. Lautan api sanggup direnangi. Hutan belantara sanggup diredahi. Walaupun sebenarnya mas kawin pun belum tentu dapat dicari, kita menjadi buta. Tidak nampak realiti dan fantasi.
Apabila cinta menjadi matlamat maka ramailah yang akan menjadi mangsa. Ibu bapa, kaum keluarga, sahabat handai, teman dan rakan. Segala nasihat mereka akan menjadi seperti mencurahkan air ke daun keladi. Ada yang bersandarkan kepada hati, Hati yang sentiasa berbolak balik, adakalanya kata hati itu betul dan ada waktunya ia akan tersesat.
Ada sesetengahnya pula terus mengikut nafsu. Nafsu adalah musuh ketat kepada ‘akal. Andai nafsu menguasai hati, hati akan menjadi jahat. Berbeza jika ‘akal menjadi penasihat, hati akan menjadi baik. Hanya dengan ilmu kita mampu melawan nafsu.
Wasiat Imam Syafii, sering menyebut ALlah dari mnyebut makhluq, perbanyakkan mengingati hari akhirat daripada mengingati urusan dunia, ingatlah kematian daripada hal-hal dunia, banyak mengingati mati dari kehidupan dunia, kebaikan diri dan keluarga rahsiakan, keaiban atau keburukan orang lain, hanya kita yang tahu.
‘Akal semata tidak mencukupi untuk mentadbir jika tiada iman. Iman sebagai pemandu agar perbuatan tidak bertentangan dengan Islam sebagai cara hidup. Gabungan ‘akal dan iman akan menjadikan hati begitu bersih dan sedia untuk menerima cinta.
Sekiranya ada ‘akal tapi tiada iman, itulah merupakan penyebab utama ‘akal kalah dengan nafsu, lantas nafsu menguasai hati. Kesannya tiada kewarasan dalam bercinta, maka terjadilah masalah social seperti bersekedudukan, lahirnya anak luar nikah, haruan makan anak dan pelbagai lagi.
Apabila hati ditadbir oleh ‘akal berlandaskan iman, maka akan lahirlah peribadi muslim yang mendahulukan keluarga,taat kepada ibu bapa yang memerlukan perhatian nak-anak di usia emas mereka. Akan lahirlah juga keluarga yang dibina atas dasar baiti jannati dan dipimpin dengan ‘amal islami.
Kita tidak mencari cinta yang buta, tetapi mencari cinta hakiki dan abadi.
18 Rahsia Menjadi Pelajar Cemerlang.
amirbenhussin@gmail.com
Mempunyai matlamat dan bercita-cita
Belajar menurut jadual
Bijak mengurus masa
Belajar secara teratur
Mempunyai keyakinan diri
Mempunyai keseimbangan peribadi
Sentiasa rajin dan berusaha
Sentiasa teransang untuk belajar
Mempunyai minat yang tinggi terhadap pelajaran
Mempunyai prinsip hidup
Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi
Memiliki daya juang yang tinggi
Tersusun dalam mengatur masa belajar
Hormat pada guru
Menta’ati ibu bapa
Ta’at perintah ALLah
Rajin membaca al-Qur’an
Berdo’a setiap kali selepas solat
بول حل bol chal
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Saya gembira bertemu anda
انا مسرور برو يتك ana masru run biru’ yatika
اب كو ذيك بري خوش ap ko dekha bari khusi huwe
I am happy to meet you.
Mengapa anda kesini?
لما ذا جاء حنا؟ limaza ja a huna
آب ك تشريف لأ ap kaise tashrif laiye
What brings you here?
Siapa yang anda ingin jumpa?
من الذ تريذ مقا بلته؟ manil lazi turidu muqabalatahu
اب كس ملنا جا ه ؟ ap kis se milna cahta he?
Tafsir al-Qur’an
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi.
ما لك يو الذين
Yang Menguasai Pemerintahan Hari Pembalasan [Hari Akhirat].
Perkataan م لك menggambarkan ALlah memiliki, menguasai dan berkuasa penuh di atas sesuatu. Oleh itu ALlah mengingatkan kepada manusia bahawa ALlah berkuasa dan berhak melakukan apa sahaja yang ALlah kehendaki ketika itu, iaitu hari pembalasan ataupun disebut hari akhirat.
Kenapa ALlah memberitahu kepada kita hal ini? Kemungkinan ada manusia yang menyangka bahawa apa yang dilakukannya tiada didalam pengetahuan sesiapa,kerana itu apa sahaja yang dilakukannya di atas muka bumi ini,melakukan kejahatan dan sebagainya tidak diketahui oleh sesiapa.
Oleh itu ALlah telah memberi peringatan kepada manusia, bahawa ALlah berkuasa penuh di hari pembalasan. Ini juga bermaksud ALlah s.w.t mempunyai bukti dan Maha Mengetahui setiap kebaikan dan keburukan yang dilakukan oleh manusia.
Segala perbuatan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini akan diadili oleh ALlah di hari kiamat kelak.
Dan ALlah juga memberitahu kepada kita bahawa, dunia ini bukan tempat pembalasan untuk manusia, kerana tuh badan manusia tidak mampu untuk bertahan atas azab atau niqmat hakiki yang ALlah akan berikan.
Oleh itu di akhirat nanti selepas manusia melalui alam qubur dan qiamat, maka akan ALlah bangunkan tubuh yang mana akan dapat menampung segala niqmat atau azab yang akan di beri.
Maka dengan demikian itu, manusia perlu bersedia dengan persediaan yang secukupnya untuk menghadapai hari pembalasan dengan memperbagaikan amalan yang disukai oleh ALlah.
ALlah telah memberi peringatan kepada kita di dalam Al-Qur’an tentang hari pembalasan dengan berbagai gaya untuk menyedarkan manusia akan azab-azab ALlah di hari akhirat kelak.
Wallah hu aqlam.
[bersambung]
Tip Nabawi
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Setiap kali selepas makan hendaklah kepal nasi sebesar ibu jari [nasi putih],sebanyak 3 kepal, selawat 3 kali dan hendaklah menelan terus kepalan tadi satu demi satu.
InsyaALlah, masalah mual minyak, sedu dan lekat tulang akan hilang.
Hadis, Lalat dan Sains.
Sabda Nabi s.a.w “ Pada sebelah sayapnya ada penawar “, menunjukan kepada kita, walaupun lalat adalah agen pembawa kuman serta penyakit, namun tubuh lalat yang sama juga memiliki penawar serta bahan antikuman yang bermanfaat bagi manusia.
Hal ini disahkan oleh para saintis pada abad yang ke 20. Sebagai contoh mereka mendapati ada kuman-kuman virus dalam badan lalat yang berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria.
Penemuan sains pada abad ke 20 juga menyedarkan manusia tentang betapa benarnya sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “ Celuplah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar”.
Pusingan hidup lalat bermula bermula dengan telur. Telur menetas dan mengeluarkan larva, kemudiannya berubah kepada pupa dan kemudian barulah menjadi lalat dewasa. Semua ini adalah proses yang perlu dilalui oleh seekor lalat. Lalat di dalam bentuk larva amat bermanfaat kepada manusia.
Pada tahun 1934 seorang saintis telah berjaya menemui kaedah merawat luka menggunakan larva lalat, ketika dicelupkan ke dalam luka-luka, ia mengeluarkan bahan ammonia dan kalsium karbonat yang menjadikan luka itu alkali. Larva-larva ini berperanan menelan kuman-kuman bekteria dan membunuhnya.
Seorang lagi saintis mendapati lendir yang dileluarkan oleh larva mampu membunuh kuman-kuman bahaya, dan larva juga mengeluarkan bahan protein yang membantu pertumbuhan sel-sel luka.
Sebenarnya, kuasa penawar yang ada pada lalat memang menakjubkan dan jelas terbukti ngan adanya hadis-hadis Nabi s.a.w tentang lalat ini.
Meningkatkan ketajaman minda.
amirbenhussin@gmail.com
^ Banyakkan zikrullah
^ Banyakkan membaca al-Qur’an
^ Banyakkan selawat atas Nabi s.a.w
^ Banyakkan melihat tumbuh-tumbuhan hijau.
^ Elakkan membaca selepas asar
^ Elakkan tidur selepas subuh
^ Elakkan melihat, menonton perempuan yang bukan muhrim yang tidak menutup aurad
^ Elakkan mengumpat dan bercakap benda-benda lagha
^ Elakkan dari memakan makanan yang diragui halalnya
Iklan
Kepada adik-adik yang ingin menghantar karya dan lukisan adik-adik bolehlah menghantarnya ke alamat seperti di bawah.
Karangan pada bulan ini bertajuk “umiku sayang” dan lukisan pula bertajuk “di tepi pantai”.
Tuan/puan yang ingin melanggan albayan bolehlah berhubung terus dengan ustaz Qamaruzzan di alamat Madrasah Ashraful Madaris Kulim,No.36 Taman Melawis,Kg.Keladi 09000 Kulim.Tel: 013 4849471.
[ 6 bulan RM.12.50 / 1 Tahun RM.25.00.Harga termasuk kos penghantaran]
No comments:
Post a Comment