Monday, March 16, 2009

Muqaddimah.

april 2009
benhussin.blogspot.com

Dengan Nama AlLah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
ALhamdulillah,marilah kita bersama-sama memanjatkan ribuan kesyukuran kepada ALlah,kerana memberi kita ribuan keniqmatan yang tidak terhingga nilainya.

Dalam hal yang demikian marilah kita bersama-sama bersyukur dengan niqmat-niqmat yang diberikanNya itu dengan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Sunnah yang diajar kepada kita oleh Nabi besar Muhammad s.a.w supaya kita sentiasa mensyukuri niqmat pemberian ALlah,lantaran itu kita sebagai hambaNya juga disarankan supaya melakukan ‘amal kebaikkan sentiasa dan selalu berzikir padaNya.

Mengingati ALlah hendaklah berterusan dan dimana sahaja kita berada,berzikir tidak semestinya boleh dilakukan di surau atau di masjid sahaja,kita boleh berzikir semasa dalam perjalanan ke tempat kerja samaada di dalam kereta atau di atas motorsikal.

Kita juga boleh berzikir dan berselawat ke atas Nabi s.a.w dimana sahaja kecuali di dalam tandas atau tempat-tempat yang kotor,hakikatnya sekiranya mulut dan lidah kita sentiasa dibasahi dengan zikrullah dan selawat ke atas Nabi s.a.w insyaALlah kehidupan seharian kita akan dilindungi oleh ALlah Azzawajalla.

Dalam kerja buat seharian juga kita disunnatkan untuk sentiasa membaca بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama ALlah kita berharap semoga kehidupan kita sentiasa diredhainya.

Tokoh
amirussin@yahoo.com

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy.

Beliau dilahirkan pada tahun 1303 H[1886] di desa Kandahlah di daerah Muzhafar Nagar.Uttar Padesh,India.

Ayahnya bernama Syaikh Ismail dan ibunya bernama Shafiyah al-hafizhah.Keluarga Maulana Muhammad Ilyas terkenal sebagai gudang ilmu agama dan memiliki sifat wara’.Saudaranya antara yang lain ialah Maulana Muhammad dan Maulana Muhammad Yahya.

Beliau pada awalnya belajar ilmu-ilmu agama dari abangnya Syaikh Muhammad Yahya seorang guru agama di madrasah berhampiran kota kelahirannya.Ayahnya merupakan seorang rohaniawan yang suka menjalani hidup dengan beruz’lah,berkhalwat dan beribadah serta selalu membaca al-Qur’an dan melayani para musafir yang datang dan pergi serta mengajar al-Qur’an dan ilmu-ilmu agama.

Ayah Maulana Muhammad Ilyas semasa hayatnya selalu meng’amalkan doa’-doa’ ma’tsur dan hadis-hadis Nabi s.a.w.Ayahnya seorang yang menyukai kedamaian dan keselamatan juga suka bergaul dengan masyarakat dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.Tidak seorangpun meragui dirinya,bahkan beliau menjadi tumpuan dan kepercayaan para ulama sehingga mampu membimbing berbagai peringkat kaum muslimin yang berselisih pendapat diantara mereka.
Ibunya adalah seorang hafizhah yang selalu menjaga dan mengkhatam al-Qur’an .
Maulana Muhammad Ilyas mula mendapat pendidikan dan mula menghafaz al-Qur’an semenjak di sekolah ibtidaiyah[rendah] lagi.Ini oleh kerana kebiasaan yang ada dalam keluarga Syaikh Muhammad Ismail yang kebanyakan dari mereka adalah hafiz al-Qur’an.

Sejak kecil,telah nampak ruh dan semangat agama dalam diri Maulana Muhammad Ilyas.Beliau seringkali memikirkan terhadap umat,agama dan dakwah.’Allamah Asy-Syaikh Mahmud Hasan yang dikenali sebagai Syaikhul Hind [pengetua ilmu hadis di Madrasah Darul ‘Ulum Deoband] mengatakan,”sesungguhnya apabila aku melihat Maulana Muhammad Ilyas aku teringat akan kisah perjuangan para sahabat”.

Semasa abangnya Maulana Muhammad Yahya pergi belajar dengan seorang ‘alim besar iaitu Syaikh Rasyid Ahmad Al-Gangohi,Saranpur,Uttar Pradesh,Maulana Muhammad Ilyas tertarik untuk belajar bersama dengan abangnya.Semasa beliau belajar bersama dengan abangnya,beliau sering sakit sehingga bertahun-tahun.

Akibat dari sakit yang dialaminya,menyebabkan reputasi pelajarannya menurun.Ramai dikalangan sahabat-sahabatnya menyarankan supaya beliau berhenti belajar buat sementara waktu,tetapi beliau lantas menjawab “apa gunanya aku hidup jika berada didalam kebodohan”.Berkat usaha gigihnya beliau dapat menghabiskan pelajaran ilmu-ilmu hadis seperti Jami’at Tirmizi dan Shahih Bukhari.

Dalam masa empat bulan beliau dapat menghabiskan pengajian ilmu hadis Kutubus Sittah [Shahih Bukhari,Shahih Muslim,Sunan Abu Daud,Sunan Tirmizi,Sunan Nasa’i dan Sunan Ibnu Majah].Dengan tubuhnya yang kurus dan sering diserang penyakit,semakin bersemangat beliau menuntut ilmu,tambahan pula beliau semakin risau memikirkan keadaan umat yang semakin jauh dari Syariat Islam.

Ketika Syaikh Gangohi meninggal dunia pada tahun 1323 H,beliau baru berumur dua puluh lima tahun dan meresa sangat kehilangan guru yang paling dihormati.Dalam keadaan tersebut membuatkan beliau semakin kuat beribadah kepada ALlah.Beliau menjadi pendiam dan hanya melakukan ibadah.zikir dan mengerjakan ‘amal-‘amal infiradi.
[bersambung]


Mutiara Kalam [siri 5]
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Hanya Yang Jatuh Cinta
Kepada Keindahan
Ilahi
Yang Dapat Menjadi
Penghulu Segala
Makhluq.

[sekiranya pembaca tidak dapat memehami maksud yang tersirat didalam mutiara kalam bolehlah menghubungi Ust.Qamaruzzaman ditalian 0138489471]

Hadis
amirussin@yahoo.com

Dari Umar bin al-Khattab r.a berkata: Pada suatu hari ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah s.a.w ,tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian sangat putih,
Rambutnya terlalu hitam,tidak nampak padanya kesan perjalanan jauh dan tiada seorangpun dari kami yang mengetahuinya.Duduk ia hampir dengan Nabi s.a.w sehingga bertemu lututnya dengan lutut Nabi s.a.w,dan diletakkannya kedua tapak tangannya di atas kedua pahanya,lalu ia bertanya Nabi s.a.w: Ya Muhammad khabarkanlah padaku apakah Islam? Rasulullah s.a.w menjawab “Islam itu ialah mengakui bahawa tidak ada tuhan selain ALlah dan Muhammad itu Rasul ALlah, mengerjakan solat, berpuasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji ke Baitullah jika mampu”.
Benar engkau kata orang itu. Maka kami tercengang memperhatikan orang itu, kerana dia yang bertanya lalu dia pula yang membenarkannya. Kemudian lelaki itu berkata lagi: Khabarkan padaku apakah iman? Rasulullah s.a.w menjawab “Iman ialah percaya kepada ALlah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari kiamat dan qada’ dan qadar Allah”.Maka berkata orang itu,benar engkau, maka kata orang itu lagi: Apakah ihsan? Rasulullah s.a.w menjawab “ihsan ialah menyembah kepada ALlah seolah-olah engkau melihat ALlah, dan jika kamu tidak dapat melihat ALlah,maka ALlah tetap melihat kamu. Kemudian bertanya dia lagi: Bilakah hari Kiamat? Jawab Rasullah s.a.w “Orang yang ditanya tidak lebih mengetahuai daripada orang yang bertanya”.
Keudian katanya lagi: Kalau begitu terangkan tanda-tanda kiamat? Jawab Rasulullah s.a.w “ Jika hamba sahaya telah melahirkan majikannya,dan orang-orang yang fakir dan miskin yang tidak memakai kasut,tidak berpakaian,hidupnya hanya memelihara kambing,mereka berlumba-lumba membina bangunan-bangunan besar”.
Kemudian lelaki itu pergi,saya pun termenung sejenak,lalu Nabi s.a.w bertanya “Ya Umar, tahukah kamu siapa orang yang bertanya itu? Jawab Umar ALlah dan Rasulullah yang lebih mengetahui. Jawab Nabi s.a.w “Itu lah malaikat Jibril,datang mengajarkan agama Islam kepadamu”.
[Hadis diriwat oleh Muslim]

Keimanan seseorang muslim bergantung kuat dengan kepercayaan kepada rukun iman dan rukun Islam.Kita sebagai seorang muslim wajib mempercayai rukun iman dan rukun Islam.

Mempercayai rukun iman dan rukun Islam adalah tunjang aqidah seseorang muslim.Jika seseorang itu tidak mempercayai kedua-dua rukun ini,maka ia sudah terkeluar dari agama Islam.

Islam juga menyeru supaya umatnya mengimani dengan sesungguh-sungguhnya bahawa adanya hari kiamat.Telah dinyatakan dalam hadis Nabi s.a.w bahawa tanda-tanda hampirnya hari kimat itu apabila, anak-anak menjadikan kedua ibu bapanya sebagai hamba-hamba mereka dan apabila orang-orang fakir dan miskin telah menjadi kaya dan belumba-lumba membina bangunan yang besar-besar samaada membina rumah-rumah ataupun gedung-gedung perniagaan mereka.

Inilah salah satu tanda-tanda betapa terlalu hampirnya hari kiamat.Sebenarnya tanda-tanda terlalu hampirnya hari kiamat ini sudah nampak diakhir-akhir zaman ini.Kita sebagai hambanya perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapinya.

Tafsir al-Qur’an.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

الحمذ الله رب العلمين
Segala puji tertentu bagi ALlah,Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian ‘alam.

Puji-pujian haqiqatnya hanyalah kepada ALlah s.w.t sahaja yang layak.ALaha bukan sahaja yang mencipta ‘alam dan makhluq ini,tetapi ALlah lah juga yang memelihara dan mentadbir bukan sahaja ‘alam ini tetapi mencangkupi segala isi kandungannya.

Oleh yang demikian itu,kita juga mengetahui bahawa selain ‘alam yang kita diami ini ada lagi ‘alam-‘alam yang lain seperti ‘alam malaikat,’alam jin dan ‘alam nyata yang dapat disaksikan oleh mata kita.

Pujian juga untuk membuktikan kecintaan kita pada ALlah dan kepatuhan kita kepadaNya.Pujian biasanya akan mengandungi perkataan yang menzahirkan sifat yang baik dan sempurna kepada sesiapa yang dipuji,seperti kecantikkannya,keindahannya,kejayaannya,kesempurnaannya,kebesarannya atau keagungannya.

Sesungguhnya semua sifat-sifat ini adalah hanya pada zat ALlah sahaja yang berhak menerima nya.Dan sebagaimana ALlah juga berhak memuji zatnya sendiri,kerana diluar kemampuan manusia untuk menyempurnakan pujian bagi ALlah samaada pujian melalui perkataan, ‘amalan atau aqal.

Ini oleh kerana ‘ilmu manusia tersangat sedikit yang diberi oleh ALlah s.w.t, tetapi itupun meliputi satu pengetahuan yang amat luas,contoh ‘alam nyata adalah segala galaksi planet-plenet ,sistem cakrawala walaupun dapat dilihat oleh mata tetapi masih berapa banyak yang diluar pengetahuan manusia, apatah lagi tentang ‘alam ghaib yang hampir tidak diketahui lansung oleh manusia, kecuali sedikit sangat yang diberitahu oleh ALlah.

Satu riwayat dari Abu Said al-Khudri r.a. mengatakan bahawa ada empat puluh ribu ‘alam.
WaLlahu ‘aqlam.
[bersambung pada bulan hadapan]

Sejarah ringkas al-Qur’an.
amirussin@yahoo.com

Membukukan al-Qur’an dalam satu kitab.

Ketika Nabi s.a.w wafat, ayat-ayat Qur’an keseluruhannya belum terkumpul dalam sebuah buku. Ada yang ditulis pada pelepah kurma, batu nipis, tulang dan sebagainya,di samping banyak pula yang menghafalnya.

Penulis-penulis itu yang menyimpan tulisannya tentu sahaja tidak lengkap,begitu juga yang menghafalnya.Belum ada sesiapapun yang terfikir untuk mengumpulkannya menjadi sebuah buku.
Tetapi didalam al-Qur’an ALlah berjanji akan memelihara nya dengan baik dan mengumpulkannya dan membetulkan bacaannya.

Pada masa pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a, banyak terjadi peperangan besar,di antaranya perang di Yamamah untuk memadamkan pemberontakan kaum murtad yang dipimpin orang yang mendakwa dirinya sebagai Nabi, namanya ialah Musailamatul Kazzab.Dalam peperangan ini banyak tentera-tentera Islam yang syahid, di antaranya ialah beberapa orang yang menghafal al-Qur’an.

Oleh kerana itu,Saidina Umar al Khattab berfikir betapa ruginya apabila mereka yang menghafal al-Qur’an banyak yang syahid di medan peperangan.Maka ia berpendapat sebaiknya al-Qur’an dikumpulkan dan dibukukan.

Pendapatnya yang berharga itu disampaikan kepada Saidina Abu Bakar yang ketika itu menjadi Khalifah kaum muslimin.Pada mulanya Saidina Abu Bakar menolak pendapat itu, kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w semasa hidupnya.

Namun Saidina Umar meyakinkan bahawa usaha itu amat baik dan sangat diperlukan.
Besar kemungkinan sebahagian dari al-Qur’an akan hilang bersama dengan hilangnya orang-orang yang menghafal al-Qur’an. Setelah Saidina Umar r.a berulang-ulang mengemukakan cadangannya,akhirnya Saidina Abu Bakar r.a menyetujuinya.

Saidina Abu Bakar r.a segera memanggil Zaid bin Tsabit,seorang penulis tetap wahyu di masa Rasulullah s.a.w. Lalu diceritakan kepada Zaid gagasan Saidina Umar yang telah beliau terima. Pada mulanya Zaid kurang menyetujui tugas ini keran tidak pernah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Tetapi,setelah difikirkan lebih jauh, akhirnya dia bersetuju dan sependapat dengan Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a. Maka Zaid dan beberapa orang sahabat mula mengumpul al-Qur’an bagi melengkapkannya, sehinggalah terhimpun dalam satu kitab dengan urutan surah dan ayat-ayatnya. Al-Qur’an yang sudah lengkap dikumpul dan dibukukan ini dinamakan Mashhaf Imam dan ia dipegang oleh Saidina Abu Bakar r.a semasa hidupnya.
[bersambung]
Nama-nama surah al-Qur’an.
amirussin@yahoo.com
Saba’ Kota Saba’
Fathir Yang menjadikan
Yasin Hai manusia
Ash Shaffat Yang berbaris teratur
Shad ص
Az Zumar Rombongan-rombongan
Al Mukmin Orang yang beriman
Fusshilat
Asy Syura Mensyuarat/
Perbincangan
Az Zukhruf perhiasan keemasan

Soal jawab.
amirbenhussin@gmail.com

Soal: Apabila imam terlupa di dalam solat dan ia melakukan sujud sahwi di hujung solatnya,adakah makmumnya perlu sujud sahwi bersamanya?Bagaimana jika mereka tidak turut sujud sahwi?

Jawapan: Wajib makmum untuk turut sama sujud sahwi bersama imamnya.Berkata Imam Ibnu al-Munzir,telah ijmak sekelian ulama’ pada menyatakan yang demikian.Ijmak tersebut berdalilkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya Imam itu dilantik untuk diikuti,apabila ia bertakbir,hendaklah kamu turut bertakbir,apabila ia sujud,hendaklah kamu turut sujud….”.
[riwayat Imam al-Bukhari dari Anas r.a]

Menurut Imam an-Nawawi ,jika makmum tidak turut sujud bersama Imam dengan sengaja,batallah solatnya samaada makmum itu mengetahui imamnya telah lupa di dalam solat atau pun tidak mengetahuinya.

Soal: Bagaimana jika ketika mandi wajib,tangan menyentuh kemaluan kerana dikuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

Jawapan: Hadas besar ialah hadas yang meliputi seluruh badan.Apabila seseorang itu berhadas besar,seluruh badannya berada dalam keadaan tidak bersih di sisi ALlah termasuklah bahagian kemaluannya.Kerana itu ia wajib meratakan air keseluruh badannya untuk menghilangkan hadas tersebut sehingga di bahagian alat sulitnya.Menyentuh kemaluan ketika mandi tidaklah membawa seseorang itu berhadas besar kerana ia terapaksa melakukannya untuk menghilangkan hadas dari badannya.


Muhasabah
amirussin@yahoo.com

ALlah melarang membuka keaiban.

Dari Abu Hurairah r.a katanya dari Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya “Siapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya ALlah akan menutupi aibnya di hari kiamat”.

Sebagai seorang muslim,kita hendaklah sentiasa bersikap sentiasa berjaga-jaga dalam setiap percakapan terutamanya melibatkan hal-hal yang bersangkut dengan orang lain.

Ini oleh kerana kita bimbang akan terlanjur menceritakan atau menghebahkan sesuatu cerita yang tidak baik tentang saudara kita ataupun dengan kata lain menceritakan aib seseorang kepada orang lain.

Membuka aib seseorang sepertilah kita membuka maruah seseorang, perlulah diketahui bahawa ALlah dan Rasulullah s.a.w amat melarang kita melakukan sedemikian.

Menutup aib seseorang amatlah disukai oleh ALlah dan RasulNya,kita takut sekiranya berlaku sedemikian ia akan termasuk dalam ‘qhibbah’ yang dilarang oleh ALlah.Oleh itu marilah kita bersama-sama menjaga lidah dan mulut kita dari tersasar kejalan yang tidak diredhai oleh ALlah dan Rasulullah s.a.w.
Info sihat.
amirbenhussin@gmail.com

Rahsia Kismis.

Sekarang ini kita seringkali mendengar dan melihat bermacam-macam jenis kismis yang ada di pasaran, baik yang biasa dan ada juga yang sudah dibaca doa’ dan sebagainya.

Adakah dakwaan kismis boleh menajamkan dan baik untuk minda? Sebab seringkali kita mendengar dan melihat banyak dipasaran sekarang ini yang disebut sebagai kismis minda.

Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab dan anggurr dalam bahasa Urdu.Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Apakah sebenarnya rahsia kehebatan kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dahulu?

Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar.Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, Malaga, monukka, dan Muscat.

Akibat kesan penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil dari bentuk asalnya.
Kismis adalah merupakan salah satu daripada buah yang telah dikeringkan yang paling kaya dengan nutrisi di dunia. Kismis bebas dari kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak.

Kismis juga mempunyai nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium. Walaupun kismis mempunyai kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas dan ia tidak membahayakan kesihatan.
Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain buah prun dan apricot.Oleh itu kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Gula ringkas dalam kismis telah dikenal pasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak, memori dan menguatkan daya ingatan dan menguatkan tulang bagi wanita yang sudah monopaus.

Kismis juga kaya dengan pelbagai khasiat lain seperti sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan.Kepelbagaian manfaat ini sebenarnya bukanlah hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa juga.

بول حل bol chal
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Selamat datang
You are welcome
مر حبا بك marhaban bika
خو ش امذ يذ khus amdid

Sila duduk
Be seated please
شرف بل ا لجلوس sharrif bil julus
تشريف ر tashrif rakhe

Terima kasih
Thank you
شكرا syukran
آب كا شكر ap ka syukriah

Tip Nabawi
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Mulakan pagi, atau kerja buat anda dengan bersedekah setiap hari, caranya mudah, sediakan gula-gula atau yang seumpamanya di rumah anda.

Setiap pagi anda keluar dari rumah ambil satu atau dua gula-gula atau seumpamanya tadi dan beri kepada kanak-kanak yang anda jumpa dalam perjalanan anda.

Maka anda mulakan setiap pagi anda dengan sedekah.Sedekah menarik rahmat ALlah s.w.t..

Bila sangkakala pertama ditiup.
amirbenhussin@gmail.com

Qiamat bermula dengan tiupan Sangkakala yang pertama,yang memusnahkan segala sesuatu.Dengan tiupan Sangkakala itu,setiap yang bernyawa akan mati.Kecuali yang dikehendaki oleh ALlah seperti para malaikat atau mungkin roh para Nabi dan para syuhada.

Hanya ALlah sahaja yang mengetahui bagaimana rupa bentuk Sangkakala itu yang boleh membawa kesan yang begitu dahsyat.Tiupan Sangkakala itu meliputi seluruh roh jin dan malaikat bukan hanya manusia sahaja.

Selepas musnahnya seluruh makhluk,ALlah menurunkan hujan selama empat puluh hari keatas bumi, sehingga tergenanag air di atasnya sehingga dua belas hasta.Kemudian ALlah perintahkan seluruh jasad supaya tumbuh seperti tumbuhnya sayur-sayuran sehingga sempurna seperti sebelumnya.

Makhluq yang pertama atau yang awal sekali dihidupkan oleh ALlah ialah malaikat Israfil. Kemudia ALlah memerintahkan Israfil meniup sangkakala sekali lagi.
Maksud firman ALlah dalam surah az-Zumar ayat 68-69: “ Kemudian ditiup [sangkakala] sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu [keputusan masing-masing] Bumi [padang masyar] menjadi terang benderang dengan cahaya tuhannya, dan berikanlah buku catatan ‘amalan masing-masing, dan didatangkanlah para Nabi dan saksi-saksi dan berikan keputusan [diadili] di antara mereka dengan adil,sedang mereka tidak di zalimi”.

Dengan tiupan Sangkakala yang kedua,maka seluruh manusia dibangkitkan dari dalam kubur mereka dan terus mereka di kumpul-kan di satu tempat yang disebut Padang Mahsyar. ALlah menggambarkan kepada kita suasan di Padang Mahsyar sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “ Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke neraka Jahanam [dengan tertiarap] atas mukanya, merekalah orang-orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya”.
[al-Furqan:34]

3 Golongan di Padang Mahsyar.

# Orang-orang yang beriman menuju Mahsyar dengan berkenderaan bersendirian, mengikut kadar keimanan dan ‘amalan masing-masing.
# Orang-orang yang beriman berjalan kaki, sebahagian bersemangat dan bergembira dan dengan kerinduan ingin menemui ALlah Azza Wajalla, dan sebahagian yang lain berjalan kaki dalam keadaan yang takut untuk menemui ALlah, kerana khuatir ‘amalannya tidak mencapai kepada apa yang diharapkan.
# Orang-orang fasik, zalim, kafir dan jahat,muka mereka hitam muram berjalan atau diseret di atas muka mereka, dalam keadan memikul dosa-dosa mereka di atas punggung mereka.
[dari buku Perjalanan Rabbani Merentasi ‘Alam Dunia,Barzakh dan Akhirat,karangan Dr.Musa Fathullah Harun]

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.

Masa muda sebelum tua
Masa sihat sebelum sakit
Masa kaya sebelum faqir
Masa lapang sebelum sibuk
Dan masa hidup sebelum mati.

10 makanan tebaik yang boleh meningkatkan ketajaman minda.
amirbenhussin@gmail.com

@ Keju, susu, dadih.
Mengandungi kalsium dan protin.

@ Sayuran berdaun hijau gelap.
Mengandungi vitamin C, serabut dan asid folik.

@ Daging ayam.
Mengandungi protein dan ferum.

@ Oren.
Mengandungi vitamin C dan serabut.

@ Ikar sardin segar.
Mengandungi kalsium, protein, karbohidrat, serabut dan asid folik.

@ Ikan berdaging putih.
Mengandungi protein.

@ Roti mil penuh.
Mengandungi protein, karbohidrat, serabut dan asid folik.

@ Pasta bergandum penuh dan beras perang.
Mengandungi serabut.

Maksud Hadis.

[“ Sesiapa yang berselawat ke atasku 1000 kali nescaya ia tidak mati sehinggalah dibwakan gembira syurga untuknya”

“ Sesiapa berselawat ke atasku 1 kali, ALlah selawat untuknya 10 kali.Sesiapa berselawat ke atasku 10 kali,ALlah selawat keatasnya 100 kali.Sesiapa berselawat keatasku 100 kali, ALlah selawat ke atasnya 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh oleh api neraka”

“ Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan & menghilangkan dosa-dosa kamu seperti air menghapuskan api” ]

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1430 H.
amirbenhussin@gmail.com

Rasulullah s.a.w terus membesar di bawah peliharaan Halimah. Dari kecil hingga besar, baginda memiliki keadaan dan sifat-sifat yang elok dan sempurna. Nabi s.a.w diasuh oleh Halimah hingga berumur empat tahun. Kemudian baginda diserahkan semula kepada ibunya Siti Aminah, dengan rasa berat hati kerana sudah menyayangi Nabi Muhammad s.a.w sebagai anaknya sendiri. Namun Nabi s.a.w tetap diserahkan kepada ibu kandungnya kerana ibu kandungnya lebih berhak.

Sekembalinya Nabi s.a.w kepada ibunya, baginda diajak ke Madinah untuk menziarahi makam ayahandanya Abdullah. Di samping itu dapat juga menziarahi saudara maranya yang tinggal di sana.
Kemudian dalam dalam perjalanan balik menuju ke Mekah ibunya jatuh sakit. Tiba di suatu tempat bernama Abwa, ibunya wafat dan terus dimakamkan di situ. Jadilah Nabi s.a.w seorang anak yatim piatu. Namun Nabi s.a.w tetap tabah menghadapi suasana itu.

Setelah itu Nabi s.a.w dibawa kembali ke Mekah oleh pengasuhnya dari bangsa Habsyi yang bernama Ummu Aiman. Seluruh rombongan diselubungi kesedihan atas wafatnya ibunda Nabi s.a.w.

Setibanya di Mekah, Ummu Aiman membawa Nabi s.a.w kepada nindanya Abdul Mutalib. Abdul Mutalib tidak tahan menahan belas kasihannya apabila melihat Nabi s.a.w. Beliau lantas memeluk Nabi s.a.w serta membelai-belainya dengan penuh kasih sayang.

Tinggallah pula Nabi s.a.w di bawah asuhan nindanya itu. Abdul Mutalib sangat kasih kepada cucunya itu serta sangat memuliakannya. Beliau pernah berkata:
“ Sesungguhnya cucuku ini akan membuat suatu pekerjaan yang sangat besar, maka bertuahlah sesiapa yang memuliakannya”.

Rasulullah s.a.w sejak kecilnya tidak mengadu lapar atau dahaga. Inilah keistimewaan yang terdapat pada baginda s.s.w sejak kecil lagi. Kerap kali baginda s.a.w pergi meminum air zam-zam lalu jadilah baginda s.a.w kenyang dan hilang dahaga.

Kira-kira dua tahun Nabi s.a.w dalam peliharaan nendanya,nendanya pula kembali ke rahmatullah dalam usianya lebih kurang 80 tahun. Tinggallah pula Nabi s.a.w dengan bapa saudaranya Abu Talib seperti yang diwaksiatkan oleh Abdul Mutalib. Dan Abu Talib menerimanya sebagai satu amanah dari orang tuanya.

Sebagai memenuhi permintaan dan amanah dari orang tuanya itu, Abu Talib sangat mengambil berat terhadap pemeliharaan Nabi s.a.w. Ia tidak makan kalau tidak bersama Nabi s.a.w. Ia tidak tidur kalau tidak bersama Nabi s.a.w dan ia tidak akan keluar berjalan kalau tidak dengan Nabi s.a.w. Pendeknya Abu Talib tidak boleh berpisah dengan Nabi s.a.w baik pada waktu bekerja di siang hari mahupun waktu-waktu rehat di malam hari. Malah ia amat ingat akan pesan orang tuanya agar mendahulukan semua keperluan untukNabi s.a.w lebih dari urusannya sendiri dan segala urusan keluarganya.

Pengajaran

Ketika dilahirkan Nabi Muhammad s.a.w tidak berkesempatan melihat ayahnya kerana ayahnya telah meninggal dunia semasa baginda dalam kandungan ibunya. Setelah berusia lima tahun di bawah jagaan ibu tercinta, ibunya pula menunggal dunia. Nabi s.a.w diasuh oleh datuknya.

Datuk Nabi s.a.w Abdul Mutalib sangat dihormati di Jazirah Arab. Kedudukannya menjadi teladan kepada masyarakat Arab ketika itu. Nabi Muhammad s.a.w mendapat keistimewaan melebihi anaknya sendiri. Keistemewaan itu adalah anugerah daripada ALlah bukannya arahan sesiapa.

Sepuluh ‘amal yang perlu dilakukan.

~ Banyak bersedeqah
~ Banyak membaca al-Qur’an
~ Duduk bersama orang yang selalu memengingati hari akhirat
~ Menghubungi kaum keluarga
~ Menziarahi orang sakit
~ Kurang bergaul dengan orang kaya yang lupa hari akhirat
~ Banyak berfikir tentang kematian
~ Banyak diam dan sedikit berkata-kata
~ Selalu berpakaian yang sederhana[tawadhuk]
~ Cinta pada orang miskin dan anak-anak yatim dan selalu mengusap kepala mereka.

Larangan wanita menghantar jenazah ke kubur.

Kaum wanita adalah dilarang menghantar jenazah ke perkuburan,namaun tidak sampai ke peringkat haram. Diriwayatkan dari Ummu Athiyyyah,katanya “Bahawa Nabi s.a.w mencegah wanita-wanita keluar menghantar jenazah”.
[hadis riwayat at-Thabarani]
Iklan

Karangan pada bulan hadapan bertajuk ‘solat’ manakala lukisan pula bertajuk ‘buah-buahan’.

Kepada adik-adik yang ingin menghantar karya dan lukisan adik-adik bolehlah menghantarnya ke alamat seperti di bawah:

Tuan\Puan yang ingin melanggan albayan bolehlah berhubung dengan:

Ust.Qamaruzzaman dialamat: Madrasah Ashraful Madaris Kulim,No.36 Taman Melawis,Kg.Keladi,09000 Kulim.Tel.0134849471


6 Bulan{RM.12.50} [ ] Tahun{RM.25.00}[ ]

Harga termasuk kos penghataran.

No comments: