Monday, March 16, 2009

Muqaddimah.

mei 2009
benhussin.blogspot.com

Dengan Nama AlLah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Allah berfirman yang bermaksud “Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang ber’akal lah yang dapat menerima pelajaran” [az-Zumar:9]

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermadsud “ Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina” dan sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud “Menuntut ilmu adalah wajib bagi tiap-tiap Muslim”.

Berdasarkan firman ALlah dan sabda Nabi s.a.w di atas, ketahuilah bahwa kita sebagai umat Muslim adalah menjadi kewajipan untuk menuntut ilmu dan sesungguhnya orang yang berilmu adalah tinggi darjatnya disisi Allah.

Abu Raihan al-Bairuni, seorang pakar sains yang hidup pada abad ke 4 Hijrah dikenali sebagai seorang yang sangat tekun mempelajari pelbagai displin ilmu. Sehingga menjelang ajalnya pun ia masih lagi bertanya dan membahaskan ilmu pengetahuan.

Sayyid Sabiq dalam bukunya ‘Islam Kita’ mengatakan, “Islam mengagungkan ilmu, mencarinya sebagai ibadah, belajarnya sebagai tasbih, menelitinya sebagai ijtihad dan mengajarkannya kepada orang lain sebagai sedekah”.

Justeru itu, marilah kita sama-sama berazam untuk mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu ALlah yang begitu luas sehingga akhir hayat kita. “Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahat”.

Tokoh
amirbenhussin@gmail.com

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy.

Beliau berkenalan dengan Syaikh Khalid Ahmad As-Sharanpuri penulis kitab Bajhul Majhud Fi Hilli Alfazhi Abi Dawud dan akhirnya beliau berguru kepadanya.Semakin bertambah ‘ilmu yang dimiliki membuat beliau semakin tawadhu’.

Dengan sifatnya yang sedemikian sejak dari usia mudanya, menyebabkan beliau dihormati di kalangan para ulama’ dan masyaikh.Abangnya syaikh Yahya,tidak pernah memperlakukan beliau sebagai anak-anak, bahkan sangat menghormatinya.

Abangnya Maulana Muhammad Yahya meninggal pada 9 ogos 1925,beliau mengalami goncangan batin yang cukup kuat, dua tahun selepas itu abangnya yang sulung Maulana Muhammad pula meninggal dunia. Abangnya meninggal di Masjid Nawab Wali, Qassab Pura dan di makamkan di Nizamuddin.

Kematian abangnya mendapat perhatian dari masyarakat sekitarnya. Setelah abangnya dimakamkan, orang ramai meminta beliau menggantikan abangnya di Nizamuddin. Pada waktu itu beliau sedang menjadi tenaga pengajar di Madrasah Mazhahir ‘Ulum.

Pada akhirnya setelah mendapat izin daripada Maulana Khalil Ahmad untuk beliau berhenti mengajar, beliau berangkat ke Nizamuddin, madrasah peninggalan ayahnya dan membuka kembali madrasah tersebut.
[bersambung]
Mutiara Kalam [siri 5]
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Di Dunia Pusparagam ini
Tiap Saat Manusia Mengeluh
Bagai Serunai
Hanya Para Asyiq akan bersyukur
Atas Setiap Ragam

[sekiranya pembaca tidak dapat memehami maksud yang tersirat didalam mutiara kalam bolehlah menghubungi Ust.Qamaruzzaman ditalian 0138489471]

Hadis
amirussin@yahoo.com

‘Abdullah bin ‘Abbas r.a berkata,Pada suatu hari saya berada di belakang Nabi s.a.w lalu katanya “ Hai anak, akan saya ajarkan kepadamu beberapa kalimat:

1.Peliharalah [perintah] ALlah, maka ALlah akan memelihara engkau, dan peliharalah [larangan] ALlah, nescaya kamu dapati ALlah selalu di hadapanmu.

2. Apabila kamu meminta, mintalah kepada ALlah dan apabila kamu meminta pertolongan mintalah pertolongan dari ALlah.

3. Ketahuilah olehmu, sekiranya umat manusia sepakat hendak memberi manfaat kepadamu, nescaya tidak akan sampai sesuatu juapun melainkan apa yang telah ditetapkan ALlah lebih dahulu.

4. Demikianlah juga sekiranya mereka itu sepakat pula hendak membahayakan kamu,tidak akan terjadi bahaya itu melainkan menurut apa yang telah ditetapkan oleh ALlah.
[Hadis diriwayat oleh at-tirmizi]

Kita hendaklah selalu memelihara perintah ALlah dan menjauhi laranganNya mudah-mudahan kita selamat di dunia dan di akhirat.
pada setiap ‘amalan pada ALlah kita hendaklah menyakini bahawa ALlah sentiasa berada di hadapan kita.Kita hendaklah sentiasa mengingati ALlah di masa kita senang dan insya ALlah akan mengingati kita semasa kita berada dalam kesusahan.

Hendaklah kita sentiasa memohon pertolongan dengan ALlah ,bukannya dengan makhluq,kerana ALlah sahaja yang berkuasa terhadap kita dan segala makhluq yang ada di atas muka bumi ini.

Kehidupan kita di atas ‘alam ini adalah tertakluk di dalam kekuasaan ALlah,setiap yang terjadi kepada kita semuanya di atas izinNya samaada perkara yang buruk mahupun perkara yang baik.

Kejayaan atau kemenangan akan dapat kita capai dengan kesabaran, kesenangan akan dapat kita capai dengan kesusahan dan kesedihan itu terletak di antara dua kegembiraan.

Tafsir al-Qur’an.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

الر حمن الرحيم
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Seterusnya selepas memberitahu bahawa segala pujian adalah milik ALlah s.w.t yang mentadbir sekelian ‘alam, maka ALlah s.w.t zhahirkan sifat rahmat ALlah s.w.t dengan memberitahu kepada seluruh ‘alam bahawa ALlah adalah Ar Rahman dan Ar-Rahim.Di sini ALlah memberitahu seluruh ‘alam bahawa walaupun ALlah mempunyai sifat-sifat yang lain,tetapi ALlah mentadbir ‘alam ini dengan sifat Rahman dan RahimNya.

Pentadbiran ALlah meliputi segala-galanya, begitu halus sekali sehingga manusia tidak sedar akan Rahmat ALlah itu. Udara contohnya,tanpa udara manusia sukar untuk hidup, kita bernafas 16-18 kali dalam seminit dan setiap kali bernafas kita memerlukan ½ hingga 2 liter udara,bayangkan berapa banyak Rahmat ALlah yang kita gunakan dalam kehidupan kita,itu baru udara tidak kira dengan keniqmatan-keniqmatan lain yang kita gunakan.

Bagaimana Rahmat pentadbiran ALlah dalam udara sendiri,udara terdiri dari beberapa elemen yang mempunyai peratusnya sendiri untuk manusia bernafas dengan mudah.Jika salah satu elemen tadi lebih jumlahnya maka kesukaran bernafas akan berlaku pada manusia.

Banyak lagi contoh yang lain dapat kita ambil sebagai iqtibar seperti matahari,jika matahari lari dari paksinya dan mendekati bumi, maka ia akan membakar bumi dengan kepanasannya, begitu juga sekiranya matahari menjauhi bumi, maka bumi ini akan habis menjadi beku.

Di sini bukan ALlah yang memerlukan udara,tetapi untuk keperluan manusia manusia hidup di atas muka bumi ini. Sesungguhnya dalam pernafasan kamu ada pentadbiran Rahmat dan Rahim Ku yang begitu halus wahai hambaku,bersyukurlah pada Ku. Itulah maksudnya ALlah jadikan udara untuk manusia bernafas dan lain-lain perkara pun begitulah juga.

Wallahu aqlam.
[bersambung pada bulan hadapan]

Sejarah ringkas al-Qur’an.
amirbenhussin@gmail.com

Membukukan al-Qur’an dalam satu kitab.

Kemudian di tangan Umar r.a, dalam masa pemerintahannya dan setelah Umar r.a wafat,beralih ke tangan Hafsah binti Umar [isteri Nabi s.a.w].

Pada masa pemerintahan Usman bin Affan,oleh kerana pemeluk agama Islam telah terdiri dari bangsa-bangsa dengan bahasa yang berlainan, maka timbullah perbezaan dalam membaca al-Qur’an.Kerana bimbang akan berlaku banyak perbezaan membaca dan menulis ayat-ayat suci al-Qur’an dan akan berlakunya pertentangan di kemudian hari, maka Khalifah Usman bin Affan r.a memerintahkan supaya Mashhaf Imam itu diperbanyakkan.

Saidina Usman r.a segera mengirim utusan kepada Hafsah binti Umar untuk meminjamkan Mashhaf Imam itu kepadanya untuk disalin dan diperbanyakkan. Lalu Khalifah Usman r.a menyuruh Zaid bin Tsbit, Abdullah bin Zubair, Said bin ‘Ash dan Abdurraman bin Harits bin Hisyam untuk mengerjakan nya lansung di bawah pengawasan Saidina Usman sendiri.

Setelah salinan ini dibuat beberapa naskah, sebuah dipegang oleh Khalifah Usman r.a dan yang lainnya dikirim ke kota-kota besar untuk dijadikan pegangan.Sejalan dengan itu dikirim pula orang untuk membacakannya agar semua bacaan dapat diseragamkan.Sementara itu semua catatan ayat-ayat al-Qur’an yang masih ada di tangan 0rang lain diperintahkan agar dibakar.

Demikianlah salinan ini dinamakan Mashhaf Usmani yang menjadi contoh dari al-Qur’an yang beredar sampai sekarang.Urutan surah dan ayat-ayat yang ada di dalam Mashhaf Imam, Mashhaf Usmani dan Mashhaf yang beredar sekarang ini, bukanlah susunan yang dibuat di masa Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Usman r.a, melaikan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w setahun sebelum Baginda wafat, dengan petunjuk Jibril.

Demikianlah al-Qur’an telah dikumpul dalam satu kitab, yang mempunyai 114 surah dengan jumlah ayatnya sebanyaj 6666 ayat.Timbul perbezaan pendapat dikalangan para sahabat mengenai jumlah keseluruhan ayat-ayat al-Qur’an.
[bersambung]

Nama-nama surah al-Qur’an.
amirussin@yahoo.com

Ad Dukhan – Kabut/kemarau
Al Jatsiyah – Bertekuk lutut
Al Ahqaf - Bukit-bukit pasir
Muhammad
Al Fath - Kemenangan
Al Hujurat - Bilik-bilik
Qaf - ق

Soal jawab.
amirussin@yahoo.com

Soal: Kebanyakan tandas awam lelaki di negara kita telah direka untuk pengguna yang kencing berdiri. Amat dikesali apabila adanya rakan sekerja yang berbangsa melayu beragama Islam yang menggunakan tandas tersebut dengan kencing berdiri.Apakah hukumnya kencing sambil berdiri itu?
Jawapan: Hukum kencing sambil berdiri adalah makruh, Kecuali ada keuzuran maka hukumnya harus.Tempat yang paling sesuai untuk untu qadha hajat ialah di tempat yang tertutup bagi menjaga pandangan awam, adab dan akhlaq.

Soal: Apakah hukumnya memakai pendakap gigi?
Jawapan: Islam melarang mengubah ciptaan asal yang sudah sempurna dari ALlah. Tetapi sekiranya dengan untuk memperbaiki kecacatan,akibat kemalangan atau kebakaran atau sekiranya mendatang-
Kan rendah diri,berasa terhina dan sebagainya akibat dari sesuatu yang buruk dari tubuh badan ia diharuskan selagi niatnya bukan untuk tujuan bermegah-megah.

Soal: Wang yang diberi pinjam, wajib dikeluarkan zakat atau tidak?
Jawapan: Tidak wajib dikeluarkan zakat selagi ia berada didalam tangan si peminjam.Tetapi wajib setelah wang tersebut sudah dipulangkan.[fiqh az-Zakah:1/157]

Muhasabah
amirbenhussin@yahoo.com

Kaedah berhias dalam Islam.


Setiap manusia di atas dunia ini sama ada lelaki mahupun wanita sememangnya suka berhias.Islam sebagai agama yang sesuai dengan naluri manusia tentunya tidak menghalang seseorang itu untuk berhias.

Bagi kaum wanita mereka hendaklah berhias mengikut apa yang digariskan dalam Islam bagi menjadikannya satu ‘amalan soleh dan diredhai oleh ALlah.Disini dinyatakan beberapa panduan bagi menjamin berhias itu bertepatan dengan ajaran Islam.
1. Hendaklah cara berhias itu tidak dilarang dalam Islam. Segala bentuk perhiasan yang dilarang oleh ALlah dan Rasul-Nya bererti haram.
2. Tidak mengandungi penyerupaan diri dengan orang kafir,seperti gaya penampilan, berpakaian dan sebagainya.
3. Tidak menyerupai kaum lelaki.
4. Jangan berbentuk kekal sehingga tidak hilang seumur hidup.
5. Jangan mengubah ciptaan ALlah yang terdapat pada diri kita.
6. Jangan mengandungi bahaya terhadap tubuh badan.
7. Jangan sampai menghalagi masuknya air kekulit atau rambut terutama bagi mereka yang tidak berada dalam haid.
8. Jangan mengandungi pemborosan atau pembaziran wang.
9. Tidak timbul sifat takbur, sombong, bangga dia di hadapan orang ramai.
10. Khusus untuk suami.Dibolehkan untuk orang yang halal melihat perhiasannya,seperti firman ALlah dalam surah an-Nur ayat 31.
11. Jangan bertentangan dengan fitrah.
12. Jangan sampai menampakkan aurad.
13. Jangan menampakkan perhiasan dan wangi-wangian sehingga menarik perhatian kaum lelaki.
14. Jangan sampai meninggalkan kewajipan terhadap ALlah dan suami.
Inilah beberapa kaedah penting bagi kaum wanita dalam berhias.Setiap wanita perlulah menyesuaikan diri masing-masing dengan kaedah-kaedah itu ketika berhias.Sekiranya dia tidak boleh mengikuti kaedah-kaedah tersebut,maka ia dilarang untuk berhias.

Info sihat.
amirbenhussin@gmail.com

Rahsia madu penawar semulajadi.

MADU sering menjadi campuran dalam berbagai ubat herba terutamanya makjun dan jamu.Ada juga yang mencampurkan madu bersama telur ayam kampong bagi mendapat kekuatan tenaga yang maksimun.

Ini kerana ia merupakan kombinasi pelbagai manisan daripada bunga termasuk bunga-bunga herba yang dikumpul oleh lebah.

Surah an-Nahl ayat 69 menyatakan: “Kemudian makanlah [lebah-lebah] daripada berbagai jenis buah dan bunga-bungaan menurut ketentuan ALlah yang telah dipermudah. Dan dari perut lebah itu keluar minuman [madu] berbagai warna yang mengandungi penawar buat manusia”.

Madu terbentuk di atas beberapa molekul gula,seperti glukosa dan fruktosa.Ia juga mengandungi mineral,asid amino dan asid folik. Sementara kandungan vitaminnya ialah vitamin B1, B2, B3, B6 dan vitamin C.

Namun komposisi tersebut bergantung kepada jenis-jenis bunga yang diambil oleh lebah.

‘Amalan perubatan dan pengubatan tradisi menyebut madu digunakan untuk menahan pendarahan pada luka-luka kecil, penawar untuk kulit yang terbakar atau terkena air panas bagi mengelak daripada melecur.
Dengan mengamalkan madu setiap hari,
boleh menghindari daripada berbagai penyakit kronik. Antaranya ialah memberi tenaga yang cukup untuk aktiviti harian.

Antara khasiat madu lebah ialah:
% Memulihkan tenaga.
% Membetulkan system pernafasan.
% Melegakan batuk.
% Mengelakkan kekejangan otot.
% Membersihkan darah.
% Mempercepat pertumbuhan sel otak.
% Mempercepat pertunbuhan sel kulit.
% Membasmi virus dalam darah.
% Menghilangkan gatal-gatal pada kulit.

Kandungan dalam madu:
Pelbagai jenis vitamin, mineral, pritein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan minda serta berbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, megnisium, potassium [kalium], kuprum, dan silica untuk memberi tenaga dan kesihatan mental.
Sabda Nabi s.a.w “Siapa ingin menghafal al-Qur’an hendaklah ia minum manisan madu”.


بول حل bol chal
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

اسمك الكريم siapa nama kamu
اب كا اسم كرامي ap ka ismi gerami
What is your name?

Bolehkah saya tahu nama awak?
هل يمكن ان اسأ ل عن اسمك hal yumkin an asaluka an ismuka?
كيا مي اب كا نا م يو سكتا kia me ap ka nam puch sakta hu?
May i know your name?

Nama saya………….
My name is…………
اسمي........ ismi…………
ميرا نا م ........ mere nam………..



Tip Nabawi
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Latihlah iman anak-anak dalam apa jua keadaan, supaya iman mereka kepada ALlah terbentuk.

Contohnya ketika duduk di hadapan hidangan, kita wujudkan suasana dakwah iaitu dengan berbicara dengan anak-anak bahawa yang hilangkan lapar adalah ALlah bukanlah makanan.

Dan yang menghilangkan dahaga juga adalah ALlah bukan minuman itu.Ini adalah sebahagian dari tuntutan akan rezeki yang halal, iaitu makan dengan tidak mensyirikkan makanan itu dengan ALlah.

Rangkaian ibadah di waktu malam.
amirbenhussin@gmail.com

‘Amalan ini merangkumi pelbagai ketaatan seperti solat, beristighfar, zikir, tahlil, tasbih, tahmid, takbir, selawat dan membaca al-Quran. Kita juga boleh menunaikan solat-solat sunat seperti:
Solat sunat taubat
Solat sunat tasbih
Solat sunat tahajjud
Solat sunat witir
Solat hajad
Zikir serta banyakkan beristighfar
Berdoa dengan al-Asma ul-Husna
Selawat ke atas Nabi s.a.w

8 makanan sunnah yang boleh meningkatkan ketajaman minda.
amirussin@yahoo.com

• Buah delima.
Saidina Ali r.a. berkata “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut”.Buah delima juga baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru juga baik untuk mengubat batuk.Ia juga membantu meningkatkan stamina.Berguna mengubat radang usus,mencegah muntah,mengurangkan panas dan mengatasi jantung berdebar.

• Buah kurma.
Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar’ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu” [Hadis riwayat Imam Bukhari]

Kaya dengan zat besi dan kalsium,dapat menguat hati,melancarkan pembuangan air besar, menyembuhkan radang kerongkong, khasiat pembesaran dan membentuk minda kanak-kanak,dengan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.Meransang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung serta memudahkan wanita bersalin serta memberi tenaga tambahan.

• Buah zaitun.
Sabda Nabi s.a.w: “Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati”.

Minyak zaitun juga boleh mengatasi racun,melapangkan perut,mengeluarkan cacing,menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolesterol dalam badan.

• Za’faran.
Saidina Ali r.a berkata “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulin su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.

• Buah tiin.
Allah pernah bersumpah atas nama buah tiin dalam al-Qur’an [surah at-Tiin] kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaannya.Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang,sebagai anti racun,tinggi zatnya,mengatasi sakit kerongkong,dada,mencuci hati dan limpa,membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

• Habbatus sauda’.
Sabda Nabi s.a.w: “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam [mati]”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Madu.
Firman ALlah dalam surah an-Nahl ayat 68-69 bermaksud: “Dengan itu keluarlah minuman [madu] yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia”.

• Kismis.
Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik-baik makanan ialah buah zabib[kismis]ia menghilangkan keletihan,menguatkan urat saraf,meredakan kemarahan,mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”.

Imam az-Zuhdi berkata: “Sesiapa yang ingin menghafal hadis,maka dia hendaklah memakan zabib[kismis]”.

Hadis,lalat dan sains.

Mengikut riwayat Bukhari dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Apabila lalat terjatuh ke dalam minuman salah seorang diantara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan pada sebelah lainnya mempunyai penyakit”.
[Hadis juga riwayat Imam Ahmad,Abu Daud dan Ibn Majah]

Pada tahun 1964, ahli sains mengenal pasti 80.000 spesies lalat di seluruh dunia.Lalat rumah dikenali sebagai Musca domestica.Lalat ini mudah ditemui di mana-mana termasuk di kepulauan Arab.Jenis musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah.Justeru itu apabila Nabi s.a.w bersabda tentang lalat, besar kemungkinan baginda sedang menceritakan tentang lalat jenis ini.

Lalat jenis musca domestica dan drosophila
Menjadi bahan kajian utama para ahli sains
Pada hari ini bertujuan untuk mengenali penyakit-penyakit manusia serta penawar baginya.

Sabda Nabi s.a.w : “Pada sebelah sayapnya mengandungi penyakit”, menunjukan lalat adalah agen pembawa penyakit kepada manusia.Lalat juga mempunyai banyak kuman yang memudaratkan. Sabda Nabi s.a.w ini hanya dapat difahami pada abad-abad terkemudian.Seorang ahli sains barat melontarkan pandangan tentang kemungkinan lalat merupakan serangga pembawa penyakit kepada manusia,tetapi pandangan ini tidak dapat dikukuhkan dengan bukti.
[bersambung pada bulan hadapan]

Iklan
Kepada adik-adik yang ingin menghantar karya dan lukisan adik-adik bolehlah menghantarnya ke alamat seperti di bawah:

Karangan pada bulan ini bertajuk “menziarahi datuk dan nenek di kampong” dan lukisan pula bertajuk “binatang kesayangan]

Tuan\Puan yang ingin melanggan albayan bolehlah berhubung dengan Ust.Qamaruzzaman dialamat: Madrasah Ashraful Madaris Kulim,No.36 Taman Melawis,Kg.Keladi,09000 Kulim.Tel.0134849471

6 Bulan{RM.12.50} [ ] Tahun{RM.25.00}[ ]
Harga termasuk kos penghataran.

No comments: