Thursday, February 12, 2009

Iklan

Kepada adik-adik yang ingin menghantar karangan dan lukisan adik-adik bolehlah menghantarnya ke alamat seperti di bawah.

Karangan pada bulan ini bertajuk Agama Islam manakala lukisan pula bertajuk Suasana di waktu senja.

Tuan\Puan yang ingin melanggan albayan 1 tahun atau 6 bulan bolehlah berhubung dengan Ust.Qamaruzzaman dialamat: Madrasah Ashraful Madaris Kulim,No.36 Taman Melawis,Kg.Keladi,09000 Kulim.Tel.013 4849471

Amalan pemakanan untuk minda anak-anak

• Seminggu sekali minum air rebusan daging.
• Segelas susu pagi dan malam.
• Hindarkan makanan masam dan pedas.
• Sehari 7 biji kismis dan 1 biji kurma.
• Banyakkan membaca al-Qur’an.
Selain itu anak-anak dilarang sama sekali membaca atau mengulangi pelajaran pada waktu selepas asar.Masa yang terbaik mengulangkaji pelajaran adalah pada waktu selepas subuh.

[Bilamana anda melarikan diri dari dunia,dan kematian sedang mendekati,tidak ada masalah penangguhan dalam pertemuan.]

Rasulullah S.A.W beritahu tanda-tanda kiamat

Disunting oleh: Ust.Amir an-nadwi

Di dalam hadis yang mulia ini,penjelasan terhadap apa yang berlaku sebagaimana dapat kita saksikan pada masa ini berlakunya kezaliman yang melampau dan ramainya wanita-wanita yang tidak bermoral.

Rasulullah S.A.W telah mendedahkan mereka,seolah-olah beliau telah melihat dan menyaksikan mereka,membawa cemeti yang kekar,ketebalan dan kekerasannya menyerupai ekor-ekor sapi.

Mereka menimpakan pukulan terhadap kaum Musliminserta menyeksa dan mengusir untuk memuaskan nafsunya yang haus,dengan menumpahkan darah orang yang tidak bersalah.

Baginda Rasulullah S.A.W menggambarkan keadaan para wanita yang jahat,yang melepaskan jilbab dan rasa malunya.Mereka membuka dada dan menampakkan bahu dan betisnya serta membentuk rambut di kepala,sehingga seolah-olah bukit yang menyerupai pundak unta atau tembok raksasa di negeri Cina.

6. Mengaku Nabi
Diantara tanda-tanda kiamat yang diberitakan Nabi S.A.W adalah timbulnya beberapa dajjal [pendusta] yang mengaku nabi dan rasul yang mempengaruhi ‘akal sebahagian orang yang bodoh yang segera percaya kepadanya.Turmuzi dan Abu Daud meriwayatkan dari Thauban [r.a],bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“ Tidak akan terjadi kiamat sehingga beberapa golongan dari umatku bergabung dengan kaum musyrikin,dan beberapa golongan dari umatku menyembah berhala.Sungguh akan ada pada umatku dajjal hampir berjumlah tiga puluh orang,semua mereka mengaku rasul ALlah.Sedang aku adalah penyudah para Nabi,tidak ada Nabi setelah aku”.

Sungguh telah timbul dajjal-dajjal itu pada masa kini, seperti Ghulam Ahmad al-Qadiani yang mengaku bahawa ALlah telah mengutusnya kepada manusia sebagai rasul.Dan dia telah mendapat pendukong dan penolong yang dipanggil Qadiyaniyyin.Juga seperti ajaran Ayah Pin dan ajaran Kahar,semua mengaku bahawa mereka adalah utusan dari ALlah dan mengaku sebagai nabi akhir zaman.

Sejarah silam telah memaparkan kepada kita timbulnya beberapa orang yang mengaku menjadi nabi seperti Musailamatul al-Kazzab dan al-Asswad al-Ansiy serta Sajan.

Lebih aneh dari itu,kita melihat ada orang yang berani mengaku tuhan,sebagaimana terjadi di Syiria sejak lebih dari empat puluh tahun yang lalu,ketika salah seorang dari mereka mengaku tuhan dan mengutus sebahagian para nabinya kepada manusia.

Marilah kita bersama-sama memohon kepada ALlah Azzawajalla semoga memelihara kita dari segala dajjal yang membawa jalan kesesatan,dam memohon perlindungan kepada ALlah dari syaitan jin dan syaitan manusia yang menyeru kepada jalan kemungkaran.
[Cintailah apa yang kamu suka,tetapi jangan lupa bahawa maut sentiasa mengekori di belakangmu.]

Sudut bahasa

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi
Albayan ingin membawa para pembaca melayari bahtera kehidupan dengan mengajak minda dan lidah bermain dengan mempelbagaikan bahasa tanpa melalui proses pembelajaran kaedah-kaedah ataupun tata bahasa, sebaliknya terus kepada ayat-ayat ataupun ungkapan-ungkapan harian.

Albayan mengujudkan sudut bahasa dengan konsep 4 dalam 1 dalam ruang bol cal atau sudut bahasa.Dalam ruangan ini pembaca akan didedahkan di dalam bahasa Arab,Urdu,Inggeris dan bahasa Melayu.

Percambahan bahasa akan berlaku apabila kita bercakap sesuatu perkataan di dalam bahasa Melayu,maka akan terlintas dalam minda kita bahasa Arab,Urdu dan Inggeris.Dengan cara ini lidah kita telah dipelbagaikan dengan berbagai bahasa.

Sudut ini khas untuk ibu-bapa yang kesuntukan masa untuk menghadiri kelas-kelas bahasa dan sesuai bagi para ibu untuk melatih anak-anak secara tidak formal di rumah.


Bahasa Malaysia
Akan menjadi asas atau teras untuk ruangan ini,ia adalah bahasa ibunda rakyat Malaysia.

Bahasa Arab
Bahasa yang paling kaya dengan perkataan-perkataan,bahasa al-Qur’an,bahasa Rasulullah S.A.W,bahasa rasmi warga syurga,bahasa yang tersirat berbagai rahsia,ibu kepada segala bahasa,bahasa yang amat indah,sepatutnya setiap warga muslim mengetahui serba sedikit tentang bahasa Arab.

Bahasa Urdu
Bahasa yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia,melalui pendedahan dari media elektronik mahupun media cetak.Bahasa yang amat merdu dan terdapat banyak kitab-kitab tafsir al-Qur’an ,hadis dan kitab-kitab lain di dalam bahasa Urdu yang boleh diambil manfaat jika kita boleh berinteraksi dalam bahasa urdu.

Bahasa Inggeris
Bahasa yang menjadi pertuturan,menjadi bahasa ke 2 bagi kebanyakkan Negara didunia ini.

1.Apa khabar

Kaifa haluka [untuk lelaki]
Kaifa haluki [untuk perempuan]
Ap ka kia hal he
How are you

Info sihat

Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang bermaksud: ‘Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda:

“ Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma Ajwah[Ajwa] seperti yang tersebut di dalam hadis itu merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh ALlah S.W.T ,sesuai dengan kemuliaannya sebagai sejenis kurma yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma yang dialami sendiri oleh Saidatina Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa a.s seperti yang dinyatakan oleh ALlah di dalam surah Maryam ayat 25 yang bermaksud”

“ Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak”.

Ayat itu menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas,apabila ALlah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsure zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan kaedah Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Nabi S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dkeadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman,tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Malah,ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsure yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.Ia juga berperanan dalam pertumbuhan minda kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.

Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
[bersambung pada bulan hadapan]

Muhasabah

Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi

Menjauhkan diri dari dosa.

Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari perbuatan dosa.Kerana dosalah kita akan dimasukan ke dalam api neraka ALlah di yaumul masyar kelak.

Sombong diri atau bangga diri adalah salah satu sebab diri kita boleh terjebak ke dalam perbuatan dosa.Sombong diri juga adalah jalan yang paling mudah untuk kita menuju dosa.

Untuk menghilangkan perasaan sombong diri,kita disarankan untuk memperbanyakkan solat dan lakukanlah solat itu dengan kusyuk dan ikhlas kerana ALlah.

Solat lima waktu adalah untuk menghilangkan sifat sombong dan angkuh dan menjauhkan diri dari perbuatan mungkar dan keji.

Selain melakukan solat lima waktu,kita juga disarankan supaya memperbanyakkan solat dimalam hari.Dengan melakukan solat-solat tersebut disamping setiap kali selepas solat kita berdoa dan bermunajat kepada ALlah semoga semua rasa angkuh dan sombong diri tidak mencengkam didalam hati dan jiwa kita.

Makhluk pertama yang mempunyai sifat sombong diri dan melakukan dosa kepada ALlah iblis.Ini oleh kerana iblis menganggap dirinya lebih mulia dari ciptaan ALlah yang lain kerana ia dicipta dari api.

Firman ALlah yang bermaksud:”Engkau ciptakan saya dari api,sedang dia[Adam] Engkau ciptakan dari tanah”. [al-A’araf:12]

Iblis tidak menyesal diatas segala perbuatan maksiat yang dilakukannya.Bahkan berani menerima kutukan dan murka ALlah.Bukan setakat itu saja,iblis juga berani meminta izin dari ALlah untuk menggoda manusia serta menghalang manusia dari memasuki syurga ALlah.

ALlah S.W.T berfirman yang maksudnya:

“Dan apabila dikatakan kepadanya :“Bertaqwalah kepada ALlah.Bangkitlah kesombongannya yang menyebabkan berbuat dosa.Maka cukuplah [balasannya]neraka jahanam”.
[al-Baqarah:206]

Kerana sombong,manusia tidak akan menyesal atas perbuatan dosanya,kerana sombongnya pula,manusia tidak merasa perlu kepada ALlah atau juga kepada sesamanya.Dan kerana kesombongan manusia juga melupai untuk apa kita dihidupkan diatas muka bumi ALlah ini.