Thursday, February 12, 2009

Muhasabah

Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi

Menjauhkan diri dari dosa.

Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari perbuatan dosa.Kerana dosalah kita akan dimasukan ke dalam api neraka ALlah di yaumul masyar kelak.

Sombong diri atau bangga diri adalah salah satu sebab diri kita boleh terjebak ke dalam perbuatan dosa.Sombong diri juga adalah jalan yang paling mudah untuk kita menuju dosa.

Untuk menghilangkan perasaan sombong diri,kita disarankan untuk memperbanyakkan solat dan lakukanlah solat itu dengan kusyuk dan ikhlas kerana ALlah.

Solat lima waktu adalah untuk menghilangkan sifat sombong dan angkuh dan menjauhkan diri dari perbuatan mungkar dan keji.

Selain melakukan solat lima waktu,kita juga disarankan supaya memperbanyakkan solat dimalam hari.Dengan melakukan solat-solat tersebut disamping setiap kali selepas solat kita berdoa dan bermunajat kepada ALlah semoga semua rasa angkuh dan sombong diri tidak mencengkam didalam hati dan jiwa kita.

Makhluk pertama yang mempunyai sifat sombong diri dan melakukan dosa kepada ALlah iblis.Ini oleh kerana iblis menganggap dirinya lebih mulia dari ciptaan ALlah yang lain kerana ia dicipta dari api.

Firman ALlah yang bermaksud:”Engkau ciptakan saya dari api,sedang dia[Adam] Engkau ciptakan dari tanah”. [al-A’araf:12]

Iblis tidak menyesal diatas segala perbuatan maksiat yang dilakukannya.Bahkan berani menerima kutukan dan murka ALlah.Bukan setakat itu saja,iblis juga berani meminta izin dari ALlah untuk menggoda manusia serta menghalang manusia dari memasuki syurga ALlah.

ALlah S.W.T berfirman yang maksudnya:

“Dan apabila dikatakan kepadanya :“Bertaqwalah kepada ALlah.Bangkitlah kesombongannya yang menyebabkan berbuat dosa.Maka cukuplah [balasannya]neraka jahanam”.
[al-Baqarah:206]

Kerana sombong,manusia tidak akan menyesal atas perbuatan dosanya,kerana sombongnya pula,manusia tidak merasa perlu kepada ALlah atau juga kepada sesamanya.Dan kerana kesombongan manusia juga melupai untuk apa kita dihidupkan diatas muka bumi ALlah ini.

No comments: