Thursday, February 12, 2009

Info sihat

Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang khasiat sejenis kurma yang bermaksud: ‘Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda:

“ Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma Ajwah[Ajwa] seperti yang tersebut di dalam hadis itu merupakan satu kelebihan yang dikurniakan oleh ALlah S.W.T ,sesuai dengan kemuliaannya sebagai sejenis kurma yang ditanam sendiri oleh Rasulullah S.A.W.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma yang dialami sendiri oleh Saidatina Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa a.s seperti yang dinyatakan oleh ALlah di dalam surah Maryam ayat 25 yang bermaksud”

“ Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak”.

Ayat itu menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas,apabila ALlah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsure zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan kaedah Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Nabi S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dkeadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman,tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

Malah,ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsure yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.Ia juga berperanan dalam pertumbuhan minda kanak-kanak dan pembentukan darah serta sumsum tulang.

Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
[bersambung pada bulan hadapan]

No comments: