Monday, December 1, 2008

Hadis

Oleh:Ust.Amir an-nadwi

Dari Umar bin al-Khattab r.a berkata ,aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda "Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu 'amal tergantung pada niat".
[Bukhuri dan Muslim]

Para ulama telah bersepakat bahawa niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadah.Untuk membezakan antara ibadah dengan adat hanya dengan niat.Sesuatu adat lalu diniatkan mengikut tuntutan ALlah dan Rasulullah s.a.w, maka ia berubah menjadi ibadah yang diberi pahala oleh ALlah.


Tafsir al-Qur'an.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Surah al-Fatihah bermakna pembukaan yang diturunkan di Mekah dengan mengandungi tujuh ayat.Dinamakan juga Ummul Kitab yang beerti Ibu Kitab,ini oleh kerana isi kandungan keseluruhan al-Qur'an yang begitu luas.

Dinamakan juga sab'an minal matsani yang bermakna tujuh yang diulang-ulang membacanya setiap rakaat didalam solat.Surah ini membuka kepada seluruh rahsia perhambaan manusia kepada Rabnya.Ia juga satu permintaan kepada ALlahuntuk kedihupan yang direhoiNya.Maka seluruh isi al-Qur'an adalah jawapan dari ALlah untuk sirotul mustaqim yang diminta oleh hambanya.

Al-Fatihah juga adalah surah yang lengkap [sempurna]yang pertama diturunkan dari ayat-ayat sebelumnya yang bermula dari surah al-Alaq,al-Muzammil dan al-Muddathir.Al-Fatihah juga dikenali sebagai surah Syifa' kerana ia dapat menyembuh berbagai penyakit.Nabi s.a.w bersabda "Surah ini melebihi apa yang didalam Taurat,Injil,Zabur dan surah lainnya didalam al-Qur'an sendiri, dan Syifa' untuk berbagai penyakit".

Surah ini juga memaklumkan kepada kita bahawa ALlah s.w.t mengajar manusia untuk meminta dariNya[pencipta] dan apa yang paling utama kita meminta kepadaNya.

No comments: