Disunting oleh: Ust.Amir an-nadwi.
Kita hendaklah meningkatkan amalan kita dalam kehidupan seharian untuk mendapatkan syurga ALlah.Segala amalan yang kita lakukan hendaklah ikhlas kerana ALlah semata-mata dan sentiasa mengharapkan keredhaan dari ALlah.
Melakukan apa yang diperintahkan oleh ALlah dan Rasul adalah kewajipan sebagai individu Muslim.Oleh itu kita sama sekali dilarang oleh ALlah dan Rasul untuk terlalu mencintai dunia sehingga lupa bahawa pada satu masa nanti kita akan mati.
Perhiasan dunia banyak membawa kita kepada kelalaian untuk meningkatkan iman dan amal kita kepada ALlah.
Soal jawab.
Dikelola oleh:Ust.Amir an-nadwi
Soal: Apakah hukum seorang lelaki melihat rambut perempuan bukan Islam ?
Jawapan: Menjaga mata dari melihat aurad wanita ajnabi adalah wajib.Rambut adalah termasuk dalam aurad wanita.Hukum melihat rambut seseorang bukan Islam adalah haram.
Dari Jarir bin Abdillah r.a menceritakan “ aku bertanya Rasulullah s.a.w berkenaan pandangan yang tiba-tiba”.Lalu Baginda menjawab “ Palingkanlah pandangan kamu itu.” [Hadis riwayat Imam Muslim]
Soal: Wajibkah saya mengqada’ puasa yang sudah lama saya tinggalkan?
Jawapan: Wajib mengqada puasa yang sudah lama ditinggalkan selagi seseorang itu mampu berpuasa.Wajib juga menghitung jumlah hari yang tertinggal itu.
No comments:
Post a Comment