Wednesday, December 3, 2008

Sejarah ringkas al-Qur'an

Oleh Ust.Amir an-nadwi

Al-Qur’an diturunkan oleh ALlah kepada Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dibulan ramadhan.Semasa Nabi beruzlah[berkhalwat] didalam Gua Hira’ maka datanglah malaikat Jibril a.s lalu berkata kepada Nabi s.a.w “Iqra’ ,[bacalah],kerana Nabi s.a.w seorang yang ummi [tidak tahu membaca dan menulis].

Lalu Nabi s.a.w menjawab “ma ana biqari”[aku tidak tahu membaca].Lantas Jibril memeluk Nabi s.a.w dengan kuat sehingga Nabi s.a.w merasa sesak nafasnya.Jibril melepas pelukannya dan menyuruh Nabi s.a.w membaca sekali lagi,Nabi tetap menjawab aku tidak tahu membaca,lalu Jibril memeluk Nabi s.a.w sekali lagi dengan kuat sehingga sekali lagi Nabi s.a.w merasa sesak nafasnya.

Jibril melepaskan pelukannya dan membaca surah al-Alaq yang bererti “ Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan ,Dia mencipta manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmu itu maha pemurah.Yang mengajar dengan pena.Mengajar kepada manusia,apa yang belum diketahuinya”. [bersambung]

No comments: