Wednesday, December 3, 2008

Tokoh

Oleh:Ust.Amir an-nadwi.

Syed Abul Hasan ‘Ali Hasani an-nadwi dilahirkan di India daerah Rai Braily,pada bulan Muharram tahun 1332 Hijrah[1941 Masehi].Beliau adalah putera kepada seorang ulama terkemuka Maulana Hakim Allamah Abdul Hayyi yang mempunyai darah keturunan Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib.Bapanya juga adalah seorang pengarang yang banyak mengarang kitab-kitab.Bapanya meninggal pada tahun 1341 H semasa beliau berumur 9 tahun.

Syed Abul Hasan dilahirkan dari keluarga yang amat kuat beribadat,menjaga tauhid dan aqidah Islam,dan amat tegas memerangi bid’ah.

Syed Abul Hasan mempelajari al-Quran,bahasa Urdu dan Parsi dari ibunya sendiri.Semasa berumur 12 tahun beliau mula mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Selepas itu,Syed Abul Hasan mula belajar secara formal di Nadwatul Ulama,Lucknow,

India. [bersambung pada bulan hadapan]

No comments: