Monday, December 1, 2008

Tib Nabawi.

Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Untuk perlindungan dari segala makhluk,maka tutup dan kuncilah tingkap dan pintu kediaman atau harta anda dengan membaca 'Bismillahirramanirrahim'.InsyaALlah harta benda anda tidak akan diganggu oleh makhluk yang dapat dilihat maupun yang tidak dapat dilihat.


Sejarah ringkas al-Qur'an.
Oleh:Ust.Amir an-nadwi

Al-Qur'an diturunkan oleh ALlah kepada Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dibulan Ramadhan.Semasa Nabi beruzlah [berkhalwat] didalam gua Hira',maka datanglah malaikat Jibril a.s lalu berkata kepada Nabi s.a.w "Iqra' [bacalah],kerana Nabi s.a.w seorang yang ummi [tidak tahu membaca dan menulis].

Lalu Nabi s.a.w menjawab "ma ana biqari"[aku tidak tahu membaca].Lantas Jibril a.s memeluk Nabi s.a.w dengan kuat sehingga Nabi s.a.w merasa sesak nafasnya.Jibril a.s melapas pelukkanya dan menyuruh Nabi s.a.w membaca sekali lagi.Nabi s.a.w tetap menjawab aku tidak tahu membaca,lalu Jibril a.s sekali lagi memeluk Nabi s.a.w dengan kuat sehingga sekali lagi Nabi s.a.w merasa sesak nafas.

Jibril a.s melepaskan pelukannya dan membaca surah al-Alaq yang beerti "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,Dia mencipta manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmu itu maha pemurah.Yang mengajar manusia apa yang belum diketahuinya".
[bersambung]

No comments: