Tuesday, September 27, 2011

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i. Syawal baru sahaja melabuhkan tirainya, harapan kita semoga intipati dan segala keberkatannya dapat diserap dan dihayati dengan menguatkan keazaman untuk terus menjiwai ruhnya sehingga bertemu dengan syawal yang akan datang dan hendaknya syawal ini telah mengembalikan fitrahnya yang sebenar kepada kita selaku hamba pada-Nya.

ii.Ramadhan dan Syawal mentarbiah kita menjadi hamba yang benar-benar ingin kembali ikhlas dalam melakukan ‘amal samaada yang wajib maupun yang sunat. Mewajibkan yang wajib dan memperbanyakkan yang sunat, melazimi melakukan ‘ibadah solat sunat dhuha dan tahajjud yang seringkali dialpakan.

iii.Setelah hampir dua bulan kita meninggalkan pencarian ilmu, maka hendaknya selepas ini marilah kita bersama-sama mencari dan mengimarahkan majlis-majlis ilmu yang diadakan disekitar kita. Sesungguhnya pencarian ilmu tidak akan tamat selagimana kita masih ada khudrat yang diberilan oleh ALlah, ingatlah mencari ilmu itu adalah wajib selagimana kita hidup. Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Imam Malik r.a.

Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Dilahirkan di Madinah pada tahun 92 H/ 712 M dan wafat pada tahun 179 H/ 796 M ketika berumur 84 tahun dan dikebumikan di perkuburab Baqi’.

Keturunannya berasal dari Yaman. Moyangnya berpindah ke Madinah dan menganut Islam pada zaman Rasulullah SAW. Beliau adalah pengasas mazhab Maliki. Ibunya seorang wanita yang solehah bernama Aisyah binti Syarik al-Azdiyah, berasal dari Yaman. Pendapat yang lain mengatakan ibunya bernama Siti Aliyah binti Syuraik bin Abdul Rahman bin Syuraik al-Azdiyah.

Imam Malik dikandung ibunya selama dua tahun. Malah ada yang mengatakan selama tiga tahun. Beliau tidak sempat berjumpa dengan Rasulullah SAW dan ketika hayatnya beliau merasai zaman sembilan orang khalifah bani Umaiyah dan lima orang khalifah bani Abbasiyah.

Beliau seorang yang berakhlak mulia, bersopan santun, suka memakai pakaian yang bersih dan bagus serta bau-bauan yang harum. Beliau seorang yang hartawan yang dermawan dan menggunakan hartanya membantu mereka yang susah.

Imam Malik sangat menghormati hadis Rasulullah SAW. Sebelum membacakan hadis, beliau mandi dan berpakaian bersih serta memakai haruman terlebih dahulu. Beliau amat sabar dalam menghadapi ujian yang menimpanya. Beliau pernah disebat dengan rotan sehingga patah tulang rusuknya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah. Namun beliau juga satu-satunya ulama yang mahu berdamping dengan khalifah dengan tujuan untuk memberi nasihat kepada pemerintah.

Imam Malik menghafaz al-Qur’an dan hadis sejak kecil. Suatu hari beliau mendengar gurunya membaca 30 hadis terus menerus dan beliau dapat menghafal 29 hadis. Beliau pernah belajar dari 900 guru. Rasa cintanya kepada ilmu menjadikan hidupnya diabdikan menuntut ilmu. Beliau hanya mula mengajar apabila diakui oleh 70 orang ulama yang alim.

Beliau menghabiskan umurnya 40 tahun bagi menghimpunkan dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada gurunya. Beliau menghafal sebanyak 100 ribu buah hadis. Selepas ditapis dan disiasat hanya 5 ribu buah hadis yang benar-benar diterima sebagai hadis Rasulullah SAW. Daripada 5 ribu hadis-hadis itu disaring dan akhirnya Cuma 1,720 buah sahaja yang muatkan dan disusun dalam sebuah kitab yang diberi nama al-Muwatta’.

Selesai menyusun kitab al-Muwatta’, Imam Malik menunjukkan kepada 70 ulama terkenal bagi disemak dan kesemua mereka menyetujui kandungannya. Setelah itu Imam Malik runsing memikirkan apakah nama untuk kitabnya itu. Pada suatu malam beliau bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang menyuruhnya menyebarkan kitab itu kepada manusia lalu dinamakan al-Muwatta’ bererti yang disepakati atau tunjang atau panduan.

Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Dari Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “ Sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi dan petang, ALlah akan menyediakan kepadanya tempat singgah di syurga setiap kali dia pergi di waktu pagi dan petang itu ”.
[Hadis riwayat Bukhari, no.622]

Jika diperhatikan apa yang terkandung dalam hadis Nabi SAW ini, ganjarannya amatlah besar dan mahal harganya. Apa yang akan diberikan oleh ALlah kepada sesiapa yang hatinya sentiasa tergantung atau terikat dengan masjid adalah satu ganjaran yang amat besar.

Solat bejamaah di masjid amatlah digalakan dan sesiapa yang mengimarahkan masjid dengan solat jamaah nilainya amat besar disisi ALlah. Apabila hati dan perasaan kita sentiasa terikat dengan masjid, maka sudah tentu apa yang kita lakukan didalamnya akan mendapat berbagai ganjaran yang telah dijanjikan oleh ALlah. Bayangkan kita masuk dan berniat didalamnya dengan niat beriqtikaf tanpa melakukan apa-apa sudah diberi pahala oleh ALlah.

Apatah lagi sekiranya kita pergi ke masjid dengan niat untuk solat berjamaah dan dengan niat untuk melakukan berbagai ‘amal ‘ibadah sudah tentulah ALlah SWT akan memberikan ganjaran yang hebat tiada tandingnya.

Oleh itu bermula dari saat ini marilah kita berazam bersungguh-sungguh supaya hati kita diibaratkan seperti terikat atau tergantung dengan masjid, walau dimana kita berada sentiasa ingat untuk ke masjid.

ALlah SWT menawarkan pahala yang tinggi kepada sesiapa yang menjadikan solat lima waktunya berjamaah di masjid disamping melakukan ‘amalan-‘amalan lain. Jadilah masjid sebagai rumah kedua kita.

Mutiara Kalam [siri 34 ].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Celakalah
Kaum yang telah dibutakan
Oleh kerakusan
Akan harta.

Berselawat:
Tempat dan waktu dianjurkan berselawat.

benhussin.blogspot.com

Sebagai umat Muhammad SAW amatlah digalakan untuk berselawat keatasnya. ALlah dan para malaikat juga berselawat atas Nabi SAW. Sebagai tanda kecintaan kita padanya, maka selayaknya juga kita turut berselawat keatas Nabi SAW terutamanya pada malam Jumaat dan siang harinya. Juga kita dianjurkan berselawat di tempat dan waktu yang lain diantaranya:

• Sesudah laungan azan.
• Ketika hendak masuk dan keluar dari masjid.
• Dalam solat jenazah.
• Dalam takbir hari raya.
• Sewaktu membaca tahiyat[tasyahud] akhir dalam solat.
• Pada awal dan akhir bacaan doa’.
• Pada malam dan siang hari jumaat.
• Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut.
• Ketika mendengar orang menyebut nama Rasulullah SAW.
• Tiap pagi dan petang, ketika sakit dan susah dan lain-lainnya.

Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Mencari keampunan Ilahi.

Seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang telah membunuh 99 orang telah menyesal diatas segala kesalahan yang dilakukannya. Beliau terdetik ingin bertaubat dan mendekatkan hatinya kepada ALlah.

Lalu dia keluar dari kampungnya untuk mencari orang alim untuk membimbingnya bertaubat dan beribadah. Setelah lama mencari akhirnya dia berjumpa dengan seorang ahli ‘ibadah. Dia menceritakan keadaan dirinya lalu bertanya “Adakah pintu taubat masih terbuka untukku?”. Ahli ‘ibadah itu menjawab “Tidak”. Lelaki tersebut berasa amat marah dan membunuh ahli’ibadah yang berada dihadapannya.

Maka genaplah 100 orang telah dibunuhnya. Terkejut dengan perbuatannya, dia meneruskan perjalanannya bagi mencari orang ‘alim yang dapat membantunya. Akhirnya dia dipertemukan dengan seorang ‘alim di satu kawasan.

Setelah berjumpa dengan orang ‘alim tersebut, beliau terus menceritakan keadaan dirinya yang telah membunuh 100 orang dan terus bertanya “Adakah pintu taubat masih terbuka untukku?”. Lantas orang ‘alim itu menjawab “Ya, apakah yang menghalang diantara engkau dan taubat”. Orang ‘alim itu meneruskan kata “Datanglah ke perkampungan itu [sambil menerangkan kedudukannya], di sana tinggal manusia yang beribadah kepada ALlah SWT. Tinggallah bersama mereka dan jangan kamu kembali ke kampong lamamu kerana disitulah tempat yang tidak baik bagimu”.

Lelaki itu sangat gembira dan meneruskan perjalanan menuju ke kampong itu. Dengan takdir ALlah dia mati dipertengahan jalan. Setelah itu turunlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab untuk mengadili kedudukan lelaki itu. Dengan kedudukan lelaki tersebut mereka keliru, Malaikat Rahmat berkata “Dia datang kesini dengan niat yang baik kerana ALlah SWT”. Malaikat Azab menjawab “Tetapi dia tidak pernah melakukan kebaikan sedikitpun”.

ALlah SWT menghantar seorang malaikat lain yang menyerupai manusia lalu berkata “Ukurlah jarak antara tempatnya dengan tempat yang ingin ditujunya, yang mana paling dekat antara keduanya, maka itulah habuan baginya”. Maka merekapun mengukur jarak keduanya seperti diarahkan.

Mereka dapati jarak antara tempat lelaki itu mati dengan kampong yang ingin ditujunya ternyata lebih dekat. Akhirnya lelaki yang telah membunuh 100 orang itu tanpa sempat bertaubat telah mendapat keampunan dari ALlah SWT.
Lakulah ‘amalan dengan niat yang ikhlas keran ALlah ta’ala bukan kerana sesiapa. Dengan niat yang ikhlas segala ‘amalan kita akan bernilai disisi ALlah, tapi kalau sebaliknya segala ‘amalan kita tiada nilainya disisi ALlah.

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

     •               
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan [al-Qur’an] kepada hamba kami [Muhammad] maka cubalah buat dan datangkan satu surah yang sebanding dengan al-Qur’an itu dan pangillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari ALlah jika betul kamu orang-orang yang benar.

     • •   ••     
Maka kalau tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka perliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu-batu [berhala] [iaitu neraka] yang disediakan untuk orang-orang kafir.

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Adakah sesiapa datang mencari saya.
Did anyone come for me.

هل جاء احد لزيا رتى ؟
Hal ja a ahadun liziarati.
كيا مري فاس كوي ايا تها ؟
Kia mere pas koi aya tha.

2. Tiada sesiapa datang.
No one come.

كلا ما جاء احد .
Kalla, ma ja a ahadun.

كوي نهين ايا.
Kue nahin aya.

3. Ada seseorang datang melawat tuan.
There is someone to see you.

قد جاء احد لزيا رتك ؟
Qad ja a ahadun li ziaratika.

كوي اب سي ملني ايا تها.
Kue ap se mulue aya tha.

Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Jauhkan Hati dari Sifat Mazmumah.

Imam al-Gazali r.a menggariskan sifat mazmumah [tercela] kepada beberapa bahagian, antaranya ialah :

• Gemar makan dan minun. Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ‘ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.
• Banyak berkata-kata [yang sia-sia]. Lidah membawa kepada mengumpat, menghina, berdusta, dan bertengkar.
• Marah. Kurang sabar dan berpunca dari syaitan.
• Hasad dengki dan iri hati. Lahir daripada kurang senang dengan niqmat yang ada pada orang lain.
• Kasih pada harta.Tamak, bakhil dan membazir bukan ‘amalan dari Islam.
• Takbur. Sebabnya kerana keturunan, kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat ber’ibadah [dengan menunjuk-nunjuk].
• Riya’. Melakukan sesuatu perbuatan baik untuk dilihat dan dipuji serta mendapat pangkat.
• Ujub. Bangga diri dengan keistimewaan yang ada.
• Kasih dunia. Menyebabkan takut mati.

Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Sahkah solat jumaat seseorang yang tidak mendengar khutbah jumaat ?.

Jawapan : Sah solat jumaat bagi seseorang yang tidak mendengar khutbah jumaat. Namun ganjarannya berbeza bagi seseorang yang mendengar khutbah.

Soalan : Sahkah solat dengan memakai pakaian yang terkena pewarna kuku ?.

Jawapan : Perlu dipastikan pewarna itu tidak termasuk daripada bahan-bahan yang najis, samaada yang telah dinyatakan oleh pembuatnya atau sememangnya telah dikenal pasti ada najis di dalamnya.

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan sehingga habis lansung [licin] makanannya.

Makan bersama barulah bersurai kerana keberkatan itu ada didalam kumpulan [jamaah].

Kurang makan, kurang dihisab dan kurang dosa.

Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Kurma

Setiapa kali masuknya waktu dhuha, Nabi SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Nabi SAW mengibaratkan orang yang di rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Khasiat Kurma.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Sabda Nabi SAW lagi: : “Berilah makan kurma kepada wanita yang hamil sebelum sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa [bersih hatinya]”.

Abu Abdillah as berkata: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Imam Ja’afar ash-Shadiq as berkata: “Sesiapa memakan tujuh biji buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Saidina Ali ra meriwayatkan: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Tarbiyyatul Aulad.
tamarmerbok.blogspot.com

Hak anak terhadap ibu bapa.

Seorang ayah datang kepada Syaidina Umar al Khattab r.a, mengadu tentang kederhakaan anak lelakinya. Beliau memanggil si anak lalu menasihatinya dan mengingatkan bahawa anak wajib taat kepada orang tuanya.

Anak itu lantas bertanya kepada Amirul Mukminin : “Bukankah seorang anak mempunyai hak terhadap orang tuanya?”. Ya, jawab Amirul Mukminin, antaranya ialah :

• Bapanya harus memilih ibu yang baik baginya.
• Memberi nama yang baik.
• Mengajarkan al-Qur’an .
Antara lain seorang bapa haruslah :
• Tidak mengabaikan .
• Tidak menyakitinya.
• Lemah lembut.
• Sabar.
• Penyayang.
• Bersikap sederhana dan seimbang.
• Mengenal pasti masalah dan cara penyelesaian.

Seorang bapa juga boleh lakukan beberapa perkara sejak dari awal tumbesaran anak-anak bagi membentuk akhlaq anak, antaranya ialah:
• Sering mengucup .
• Bermain dan bergurau.
• Memberi hadiah dan kata-kata pujian.
• Membelai kepala.
• Sering berkomunikasi.

Apapun harapan kita semoga apa yang kita lakukan akan mendapat redha dari ALlah dalam membentuk anak-anak dizaman yang serba mencabar ini.

Tip Pelajar Cemerlang.
amirussin@yahoo.com

Mengatasi masalah lupa.

Boleh dikatakan kebayakkan orang mengalami sindrom lupa. Sehinggakan ada orang terlupa untuk makan, minum dan mandi. Tambahan pula bagi mereka yang mabuk bercinta. Lupa dalam sessi pembelajaran hendaklah kita berikhtiar antaranya :

• Banyakkan berdoa’ selepas solat.
• Banyakkan solat sunat terutamanya solat tahajjud dan solat duha.
• Banyakkan berzikir dan berselawat.
• Ikhlaskan niat.
• Beri tumpuan semasa membaca/ulangkaji [fokos].
• Berhenti sebentar setelah membaca dua atau tiga helai muka surat [bagi pelajar yang menghafal al-Qur’an juga].
• Ulang semula ke muka surat pertama.
• Gariskan atau highlightkan isi-isi penting.
• Buat nota ringkas atau peta minda.

Bagi mengingati perkara-perkara penting dalam sesuatu perkara dalam seharian boleh juga kita masukkan ke dalam talifon bimbit atau selainnya.

Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]
Oleh:Syaikh Osama

Rasulullah SAW Irshad hei jin se ilmu hasil karo un ki tawazzu se pesau.

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya “Bertawaduklah kepada guru kamu”.

English Section
amirussin@yahoo.com

What is the meaning of Islam ?

Islam literally means submission, derived from the Arabic verb “aslama” which mean “submitted”. Terminologically, in religion, Islam means submission to God[ALlah].

Anyone any time who submits to God is Muslim. Islam is an open religion, open to everyone any where any time. Anyone, even before Prophet Muhammad, who completely submitted to God was a Muslim.

This means that all prophets and their then true followers were Muslim. For example, Jesus was a Muslim, and so were his followers then. Judaisme is a closed religion: not anyone is allowed into this religion.

The Jews do not call others to be Jewish. In contrast, Muslim call athers to embrace Islam, which is open to all humans. As for meaning, Judaisme was lebelled as such after Juda, one of Jacob’s twelve sons.

Cristianity is named after Crist, and Buddhism is named after Buddha. Islam is not named after anyone, because it is God’s label. God in the Holy Qur’an called it Islam. In contras, neither Christianity nor Judaism was called as such by God; the Bible never calls these two religions what they are called now.

Nazam

Kejadian manusia.

Dari tanah asalnya
Setelah itu dari air mani
Hina sungguh manusia ini
Dari tanah yang dipijak-pijak.

Air mani pula keluar dari saluran najis
Manusia menjadi istimewa
Setelah diberi ALlah nyawa.

Diberi ‘akal untuk berfikir
Antara baik dan buruk.

Diberi nafsu untuk berfungsi
Samaada yang baik atau yang jahat.

Diberi roh untuk hidupnya menurut kehendak yang baik
Dan kerap menolak yang tidak baik.

Diberi jasad sentiasa mengikut apa yang diperintah
Oleh ‘akal, nafsu dan roh.

Unsur-unsur inilah manusia befungsi
Wajib menyembah ALlah
Wajib melakukan apa yang diperintah.

Unsur-unsur ini tidak ada pada haiwan
Tetapi ada pada makhluq yang lain
Bagi mengimbangi antara haq dan bathil.

‘Akal perlu diasah
Nafsu perlu didik
Dan jasad tetap taat.

Atas kejadian manusia dijadikan iqtibar
Agar manusia tahu untung ruginya
Masa hidup sebelum menemui ajalnya.

benhussin.
Teras jernang. 14 Ramadhan 2010

Fikir dan zikir.
amirussin@yahoo.com

Sewaktu zaman pertengahan Eropah yang dikenali dengan zaman Englightenment [pertengahan abad ke-17], masyarakat berzikir sentiasa bermusuhan dengan masyarakat bberfikir. Pertembungan antara dua golongan ini antara ahli gereja dan ahli sains mencipta ruang yang sangat besar. Kemuncaknya apabila Gilileo [seorang ahli sains] dihukum sebagai pembuat bidaah dan berbahaya oleh pihak gereja.

Oleh kerana pertembungan dan pertelingkahan inilah maka muncul golongan sskularisme yang mengansingkan antara urusan keagamaan dan ketuhanan tidak boleh bercampur dengan urusan keduniaan [siasah, tijarah, muamalat, pendidikan dan sebagainya].

Islam melihat pemisahan ini sebagai satu racun dan kemudaratan terhadap sistem kehidupan. Islam tidak membenarkan pemisahan antara golongan fikir dan zikir. Ini oleh kerana fikir dan zikir adalah bertaut rapat dan saling diperlukan oleh setiap manusia yang mengaku beriman kepada ALlah SWT.

ALlah berfirman yang mahfumnya : “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.

Sebahagian umat Islam sudah mulai cenderung mengambil sikap memisahkan antara zikir dan fikir sejak kejatuhan Khilafah Turki Utsmaniah pada tahun 1924. Ini terbukti apabila Kamal Attartuk memisahkan rakyat Turki daripada agama dengan kehidupan dan melarang sama sekali azan dalam bahasa Arab, menutup aurad bagi muslimah, memakai serban dan menyimpan janggut bagi muslimin dan lain-lain lagi ‘amalan sunnah yang dilarang.

Islam meletakkan ‘amalan zikir dan fikir disatu tempat yang dinilai tinggi oleh ALlah SWT dan sama sekali tidak memisahkan antara keduanya, kerana kedua-duanya sangat diperlukan dalam membina sistem kehidupan yang sejahtera dan bertamadun.

ALlah SWT berfirman dalam surah al-Imran ayat 191 yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALlah [zikir] semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan [fikir] mengenai kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته
Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i.
Syawal kembali lagi, dalam keseronokkan menyambut Syawal, ada dikalangan kita amat sedih dan pilu rasanya pabila Ramadhan meninggalkannya. Kesedihan terasa kerana kemungkinan sempatkah atau tidak akan bertemu lagi pada Ramadhan yang mendatang.

ii.
Ramadhan yang mendidik kita dengan berbagai erti hendaknya diteruskan pada bulan-bulan berikutnya, agar diri kita akan terus berada dekat dengan ALlah dan Rasul-Nya. Janganlah kemenangan kita dengan merayakan Syawal terlanggar dengan berbagai gejala mungkar yang menyalahi hukum ALlah.

iii.
Kegembiraan menyambut Syawal, jangan terlalu leka kerana ada saudara-saudara kita yang tidak sempat menjamah makanan atau mungkin tidak sempat menyambut Syawal kerana perlu berjuang melawan kuffar di Chehnya, Palestin, Iraq, Afghanistan dan banyak lagi negara-negara yang menindas dan menzalimi umat Islam.

Semoga ruh Syawal akan lebih menginsafkan kita dan membawa kita kepada lebih bersyukur kepada ALlah dengan keniqmatan yang kita kecapi kini.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Asma’ binti Abu Bakr al-Siddiq .

‘Dengan setia, ia mengikuti suami, bersama-sama dalam perjuangan dan dakwah Islam. Tetapi kesibukannya tidaklah membuat dirinya lupa terhadap putranya sebagai amanah dari ALlah, Ia begitu tekun memelihara dan mendidik putranya, Abdullah bin Zubair, dengan penuh keikhlasan dan cinta’.

Asma’ adalah seorang putri sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar as-siddiq. Kelahirannya ditengah-tengah masyarakat jahilliah tidak menjadikannya seorang yang engkar pada ALlah. Asuhan dari kedua ibu bapanya yang masih berpegang kuat dengan nilai-nilah fitrah, menyelamatkannya dari terpengaruh dengan ‘amalan masyarakat jahilliah pada masa itu.

Nur Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dipelajarinya dengan penuh tekun tanpa rasa ragu-ragu. Maka pegangannya terhadap Islam semakin hari semakin mantap dan mampu membentuk peribadi yang berpaksikan keimanan pada ALlah dan Rasul-Nya.

Kematangan dirinya jelas terserlah apabila beliau bersusah payah membantu perjalanan Rasulullah SAW dan ayahnya dari Mekah
ke Madinah. Dalam usia yang masih muda Asma’ binti Abu Bakr sudah tahu betapa pentingnya erti hijrah Rasulullah SAW sehingga beliau sentiasa menutup mulut ketika Abu Jahal mengancamnya supaya memberitahu di mana tempat persembunyian Rasulullah SAW dan ayahnya.
Asma’ banyak terlibat dalam perkembangan dakwah Islam dan memainkan peranan penting dalam berbagai peristiwa semenjak kerasulan Nabi SAW sehinggalah beliau wafat. Beliau juga melalui masa remajanya dengan menjaga dirinya daripada sebarang kotoran tradisi jahilliah.

Asma’ berkahwin dengan Zubair bin Awwam dan dikurniakan seorang putera bernama Abdullah bin Zubair. Keta’atannya kepada suaminya tidak berbelah bahagi, beliau sentiasa bersama dalam memperjuangkan perjuangan dan dakwah Islam serta tekun dalam mendidik puteranya.

Dalam usianya yang ke 100 dan matanya tidak mampu lagi melihat, beliau terus memberi semangat kepada puteranya agar terus pergi berjuang fi sabilillah. Katanya kepada puteranya :

‘ Kalau kau yakin, kau diatas kebenaran, kemudian kau saksikan penderitaan dan kesulitan orang-orang yang menempuh jalan itu, apakah engkau akan menjadi lemah ? Demi ALlah ini bukan lah sikap ornag-orang yang merdeka, dan bukan sikap mukmin yang sejati. Berapa lama engkau akan tinggal di atas dunia ini? Syahid adalah jauh lebih mulia…’
Asma’ meninggal pada usia yang ke 100, Tahun 73 setelah hijrah.

Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Seeorang wanita [biasanya] dinikahi kerana empat perkara; kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya. Maka dapatkanlah perempuan yang memiliki agama [yang baik], berdebulah tanganmu ”.
[Riwayat Bukhari dam Muslim]
Dalam kontek hadis ini, Nabi SAW menekankan untuk seorang lelaki yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin dengan seorang wanita atau perempuan yang mempunyai nilai akhlaq yang beragama, iaitu yang mempunyai pegangan agama [Islam].

Ini kerana kebanyakkan masyarakat kini tidak meletakkan pilihan seorang perempuan yang beragama dihadapan berbanding mereka lebih suka memilih seorang perempuan yang pertamanya cantik dan yang keduanya berharta. Oleh yang demikian itu, kita dapati kebanyakkan masyarakat memiliki nilai-nilai kepincangan dalam menjalani kehidupan rumahtangga.

Dan kesan daripada kepincangan itulah juga akan melahirkan anak-anak yang pincang dalam sistem kehidupan mereka. Isteri yang beragama adalah tunggak kebahagian rumahtangga dan dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, ini kerana kehidupan awal anak-anak terdidik daripada tunjuk ajar seorang ibu yang solehah yang mementingkan kehidupan yang berlandaskan pegangan agama.

Sekiranya seorang isteri yang akan bergelar seorang ibu, tidak mempunyai asas-asas agama yang cukup bagaimana ia akan mendidik dan mengasuh anak-anak bagi melahirkan anak-anak yang berakhlaq dan berpaksikan kehidupan sebagai seorang muslim yang menta’ati kedua ibu bapa, Nabi SAW dan ALlah SWT.

Sekiranya kedua ibu bapa dapat menjalani kehidupan sebagai hamba ALlah yang sempurna dengan meletakkan Islam sebagai tunggak segalanya, maka kita akan dapati natijah dapadanya akan lahirlah anak-anak yang cintakan ALlah dan Rasul-Nya.

Demi untuk melahirkan usrah Muslim yang diredhai oleh ALlah maka sama-samalah kita berpegang dan ber’amal dengan al-Qur’an, hadis dan sunnah Nabi SAW, mudah-mudahan kita semua berada dijalan yang diredhai-Nya.

Mutiara Kalam [siri 33].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi

Kekuasaan
Tanpa kerana ALlah SWT
dan berkatnya
Adalah kekafiran.

Sepuluh kriteria Muslim bertaqwa.
benhussin.blogspot.com

Taqwa menurut Saidina Ali r.a. itu ialah:

• Ikhlas dalam ber’amal.
• Menjadikan Rasulullah SAW sebagai Imam, Pemimpin dan Suri Teladan.
• Mencintai dan membenci semata-mata kerana ALlah.
• Tidak menyimpan perasaan dengki, benci, dendam dan hasad kepada sesiapa sahaja dari hamba ALlah SWT.
• Menyempurnakan ibadat fardhu [wajib] dan membekali diri dengan ibadat-ibadat sunnat.
• Beraqidah denga aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
• Menyeru kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran serta tidak kedekut dalam menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat.
• Sentiasa ingin mencintai dan bersatu dengan umat Islam serta benci kepada perpecahan di kalangan ummah.
• Merujuk kepada al-Qur’an dan hadis Nabi SAW dalam menyelesaikan perselisihan dan perpecahan.
• Berkata benar dalam apa jua keadaan dan menjauhi perkataan yang bhatil.

Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Nabi Idris Dengan Malaikat Maut.

Nabi Idris AS di lahirkan di Misr. Pada waktu kecil ia belajar daripada Nabi Syis anak kepada Nabi Adam AS. Setelah dewasa ALlah menurunkan kenabian padanya. Kemudia ia mula menjalankan tugas kenabiannya melarang anak cucu Nabi Adam daripada berbuat dosa.

Beliau mendapat tentangan yang hebat daripada mereka. Hanya segelintir sahaja orang yang mahu mengikutinya. Oleh kerana mendapat tentangan yang hebat Nabi Idris dan pengikutnya terpaksa meninggalkan Misr.

Satu hari, sedang beliau dalam perjalanan ke tempat ibadahnya, ada seorang lelaki sedang mengikutinya. Lalu Nabi Idris bertanya, siapa engkau dan kenapa engkau mengikutiku? Lantas pemuda itu memperkenalkan dirinya iaitu malaikat maut yang ingin bersahabat dengannya.

Dengan senang hati, Nabi Idris menerimanya dan membawanya ke tempat ibadahnya. Nabi Idris meminta untuk merasai bagaimana nyawa dicabut, seterusnya melihat neraka dan merasai serpihan azabnya serta melihat syurga dan merasai niqmatnya.

Setelah itu ALlah menempatkannya di langit yang ke empat sehinggalah berlakunya qiamat.

Nabi Idris AS merupakan rasul pertama yang diutuskan kepada keturunan Qabil, anak Nabi Adam AS. Beliau mengingatkan mereka supaya bertaubat dan berkelakuan baik sebagaimana yang dikehendaki syariat, tetapi ditentang hebat oleh kaumnya sehinggalah terpaksa meninggalkan Misr.

ALlah memberi kelebihan padanya dapat bersahabat dengan malaikat maut dan seterusnya dapat merasai serpihan azab neraka dan niqmat syurga.

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Khulasoh Tafsir ayat 21-23.
Manusia hendaklah menyembah ALlah SWT yang mencipta mereka dan orang-orang sebelum mereka. Disini ALlah terangkan juga niqmat yang ALlah anugerah ke atas hamba-hamba-Nya.

ALlah jadikan bumi sebagai Firash iaitu hamparan dan langit dibentangkan dibinanya dan ALlah turunkan rahmatnya dalam bentuk hujan yang kemudian ALlah keluarkan dari bumi dengan bermacam tumbuhan yang akan menjadi rezeki buat manusia.

Maka ALlah ingatkan supaya manusia jangan lupa atau lalai bahawa ALlah yang mentadbir segala sesuatu, janganlah manusia mengadakan sekutu bagi ALlah dengan keyakinan ‘amalan atau perbuatan yang syirik atau kearah itu.

Ayat ini juga berkaitan dengan bukti tauhid bahawa segalanya adalah ciptaan ALlah SWT.
[bersambung]

بول جا ل
Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1. Untuk siapa ini ?
Who is that for ?

Liman haza ?
لمن هذا ؟

Yeh kis ke leye he ?
يه كيس كي لي هي ؟

2. Siapa di sana ?
Who is there?

Man hunaka ?
من هنا ك ؟

Waha kaun he ?
وها كون هي ؟

3. Tunggu sekejap .
Wait a minute .

Intazir berhatan.
انتظر برهة .

Intizar ki jiye .
انتظر كيجيي .

Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Khusyu’ di dalam solat.

Untuk khusyu’ di dalam solat amatlah susah, semasa solat hati dan fikiran sentiasa merawang memikirkan sesuatu, tetapi walau bagaimanapun kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan solat yang khusyu’.

Antara ikhtiar dan usaha kita untuk mendapatkan solat yang khusyu’ antaranya ialah:

# Mengetahui makna-makna dalam solat dan menghafalnya.
# Menjaga waktu solat.
# Membaca istighfar sebelum solat.
# Berselawat.
# Bertafakur dan bermuhasabah diri.
# Mengambil wudhu dengan rohnya [hendaklah membersihkan hati juga].
# Memahami kedudukan-kedudukan dalam solat.
# Hadirkan hati dan fikiran semasa solat.
# Tenang dan jangan tergopah gapah semasa mengangkat takbir.

Firman ALlah yang bermaksud: “Minta tolonglah kamu [kepada Tuhan] dengan kesabaran dan mengerjakan sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang tunduk khusyu’ [kepada ALlah], iaitu orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepada-Nya”
[al-Baqarah 2:45-46]

Sepuluh Perangkap Syaitan.

Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu adalah neraka jahanan dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya”
[An-Nisa’:120-121]

Syaitan boleh menguasai diri anak Adam dengan memerangkap melalui sepuluh pintu:

• Sifat sombong dan angkuh.
• Sifat bakhil dan kedekut.
• Sifat takbur dan bongkak.
• Sifat khianat.
• Tidak suka menerima ilmu dan nasihat.
• Sifat hasad dengki.
• Suka meremehkan orang lain [ego].
• Sifat ujub atau bangga diri.
• Suka berangan-angan.
• Buruk sangka.

Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Apakah hukumnya mencabut uban ?

Jawapan : Uban merupakan peringatan ALlah pada hambanya bahawa ia sudah dekat dengan kematian. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu mencabut uban kerana tidaklah seorang Muslim yang beruban dengan satu uban kerana menegakkan Islam, melainkan akan menjadi cahaya baginya kelak pada hari kiamat”
[Abu Daud,Tarmizi dan al-Nasa’i]

Sepakat para ulama’ mengatakan hukum mencabut uban adalah makruh dan lebih afdhal tidak mencabutnya.

Tarbiyyatul Aulad.
amirussin@yahoo.com

Untuk mendidik anak, pasangan perlulah mempersiapkan diri masing-masing dengan menjaga adab dan akhlaq diri bermula dari memilih pasangan sehinggalah bergelar suami isteri. Persediaan awal adalah seperti berikut:

Persediaan sebelum kelahiran anak.

• Jauhi diri dari sebarang perkara munkar sejak dari remaja.
• Pilihlah pasangan yang beragama [berakhlaq mulia].
• Membaca doa’ semasa ‘bersama’.
• Tinggal di kawasan yang menghayati ajaran Islam, ataupun berdekatan dengan surau atau masjid.
• Semasa isteri hamil, berilah perhatian sepenuh hati.
• Banyakkan ‘amalan sunnat antara ibu dan bapa.

Selepas kelahiran.

• Azan di telinga bayi lelaki dan iqamat di telinga bayi perempuan yang baru lahir.
• Menyusukan bayi dengan susu ibu.
• Tahnik.
• Mengadakan aqiqah.
• Mencukur rambut dan menyedekahkan sebanyak berat rambut.
• Memberi nama yang baik.
• Mendoa’kan untuknya.
• Biasakan diri dengan sifat yang baik dan jauhkan dari sifat yang tidak baik.
• Memberi makanan yang sihat dan halal.
• Menjaga kebersihan diri, rumah dan sekitarnya.
• Banyakkan membaca al-Qur’an dan zikir serta solat.
• Banyakkan bercerita kisah-kisah para Nabi dan para sahabat Nabi SAW.
• Mengajar anak solat setelah mumayyiz.
[Bersambung]

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Bersihkan gigi dengan miswak [kayu sugi] selepas makan dan kemudian berkumur-kumur kerana kedua-dua amalan ini adalah penjaga gigi.

Gunakan miswak kerana ‘amalan ini datang dari kebersihan dan kebersihan datang dari Iman dan Iman membawa orang itu ke syurga.

Kenapa Wanita Islam Wajib Menutup Aurad ?
tamarmerbok.blogspot.com

Kerana telah termaktub di dalam al-Qur’an. Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka, supaya mereka lebih dikenali orang kerana itu mereka tidak diganggu”. [Al-Ahzab:59]

Ciri-ciri pakaian yang dituntut oleh Islam:

• Tudung labuh menutup dada dan tidak jarang [Sebaiknya memakai purdah].
• Lengan panjang sehingga ke pergelangan tangan.
• Baju hendaklah labuh dan longgar dengan warna yang tidak menarik perhatian orang lelaki dan tanpa memakai wangian ketika keluar dari rumah.
• Kain/seluar mestilah longgar dan melepasi buku lali [Seeloknya memakai jubah].
• Memakai sarung kaki [Tapak kaki adalah aurad].
• Memakai kasut yang tidak berbunyi atau yang tidak menarik perhatian orang.

Bahagian manakah yang boleh diperhatikan.

Muka dan tapak tangan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan”. [Riwayat Abu Daud]

Bahagian yang perlu ditutup.

• Leher
• Dada
• Tapak kaki

Dilarang memakai.

• Wangi-wangian [Ketika di luar rumah atau ketika berada bersama orang yang bukan mahram]
• Gelang kaki yang mengeluarkan bunyi [Yang boleh menarik perhatian orang].

Kepada siapa aurad boleh ditunjukkan ?

• Bapa.
• Bapa mertua.
• Anak lelaki.
• Anak lelaki suami [Anak tiri].
• Saudara lelaki.
• Anak saudara perempuan.
• Wanita.
• Hamba sahaya.
• Orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka [Yang tiada syahwat].
• Perempuan atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya.
[Rujuk surah an-Nur:31]

Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Khasiat Yogurt.

Yogurt mempunyai khasiat dan kebaikkannya tersendiri. Ia adalah hasil daripada bacteria yang menukar susu dalam bentuk separa pejal dan masam dalam proses penapaian.

Yogurt boleh dihasilkan dengan susu kambing, biri-biri, lembu dan kerbau. Bakteria LLB yang digunakan untuk membuat yogurt, persoalan tentang siapa yang pertama menemui dan siapa yang memperkenalkan kepada siapa semasa pemerintahan Uthmaniyyah terus menjadi topik perbahasan.

Banyak Negara-negara empat musim menjadikan yogurt sebagai makanan atau minuman kesihatan tubuh. Diantara khasiatnya ialah:

• Apabila kultur aktif dalam yogurt memasuki sistem pencernaan maka tubuh akan dilindungi daripada ancaman penyakit.
• Kultur-kultur khas seperti asidofilus dan bifida akan menyinkirkan bakteria merbahaya.
• Yogurt rendah lemak dan bebas lemak memudahkan proses proses pencernaan khususnya bagi mereka yang menghadapi masalah menerima laktosa atau menghadam produk tenusu.
• Membekalkan sumber kalsium, protein, riboflavin [sejenis vitamin B], vitamin B-12 dan vitamin A yang baik.
• Menawarkan mieral penting seperti selenium, potassium dan magnesium.

Kata-kata hikmat [Hiqmat Ki Bati]
Oleh:Syaikh Osama

Rasulullah SAW irshad hei jin se ilm hasil karo un ki sat tawazzu se pesh au .

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya bertawadhuklah kepada guru kamu.

English Section
amirussin@yahoo.com

What is the only religion by God ?

The only religion accepted by God is Islam. Jesus himself in the New Testament told his followers that a prophet would come to tell the whole truth and that this prophet would speak what God would convey to him [John:13-14].

The Old Testament prophesied Muhammad ‘s coming in many texts too, e.g. , [Deut:8-18].

However, if message of Islam does not reach a person, he cannot be held responsible before God, thanks to God’s justice and mercy.

Dear brother, you cannot just close your eyes, ears, mind and heart and simply fool yourself into “ I don’t know ” or “ I don’t care ”.

Now, you know and you have to care, brother. Do something now, not later. Choice, Islam for your way of life.

5 Sifat Terpuji.
benhussin.blogspot.com

Pada suatu hari, Syaidina Ali kwh telah dimaki hamun oleh seseorang. Setelah orang itu selesai memaki hamunnya, Syaidina Ali menghadiahkan sehelai pakaian dan wang sebanyak seribu dirham kepadanya.

Beberapa orang yang mendengar kisah itu membuat rumusan: ‘Telah berkumpul pada beliau lima sifat yang terpuji”.

• Penyantun
• Menghilangkan sakit hati
• Menyelamatkan orang itu dari kemurkaan ALlah
• Menyebabkannya merasa kesal terhadap perlakuannya lalu bertaubat
• Mengubah sikapnya dari suka mencela kepada sikap memuji

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sudah marah. Dan sejahat-jahat manusia ialah yang lekas marahnya dan lambat pula reda marahnya itu”.

Tip Pelajar Cemerlang.
amirussin@yahoo.com

Kepada semua pelajar pengajian akemik, seusai menyambut ‘aid mubarak maka akan menghadapi imtihan [peperiksaan] samaada UPSR, PMR maupun SPM. Pastikan sebelum menghadapi imtihan tersebut anda lakukan beberapa perkara, antaranya ialah:

• Meminta kepada semua guru yang mengajar redhai semua ilmu yang diajar.
• Meminta maaf atas apa sahaja kesalahan yang dilakukan.
• Meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan meredhai apa yang diajar dan diberi.
• Meminta ibu bapa mendoa’ kan untuk kejayaan.
• Elakkan dari melukai hati kedua ibu bapa dan guru.
• Elakkan daripada menghadapi tekanan perasaan.
• Elakkan mengambil munuman berkafein dan makanan pedas.
• Buat ulangkaji akhir secara tenang tanpa tekanan.
• Lakukan solat tahajjud dan hajat.
• Lazimkan membaca al-Qur’an.
• Banyakkan berdoa’.

Kita berusaha, ALlah yang akan memberi.

Nazam

Isteriku

Dia
Telah ku letakkan di singahsana
Bersemanyam di atas tahta
Keberi penghormatan dan sanjungan
Jua kepercayaan dan ketaatan
Kerna itulah yang diperintahkan
Kepada seorang yang bernama isteri.

Namun
Dengan bumi yang berputar
Hari yang beredar
Denyut nadi yang bergetar
Dek bencana di sekitar.

Akhirnya
Rebah jua menyembah bumi
Bersama tersungkurnya aku
Setelah tiada lagi aku berdaya
Pabila datangya perintah
Untukku meninggalkan dia
Demi menggapai redha Tuhan.

Lalu
Dengan kakiku yang tiada bermaya
Ku atur langkah ini
Jauh darinya
Biarpun dengan banjir di pipi
Tsunami di hati.

Oh Tuhan
Kau beriku hamba Mu
Untuk ku letak di singgahsana
Telah ku patuhi perintah Mu
Dan bila Kau mahukan aku
Meninggalkannya demi untuk Mu
Jua ku patuhi perintah Mu

Namun aku insan yang tiada berdaya
Walau dia tiada di sisi
Inilah dosa ku inilah khilaf ku
Wahai Tuhan ampunilah aku
Kan ku cuba melupakannya
InsyaALlah.
Nukilan: Ahmad Muhammad
Kulim, Kedah.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471. 1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan karim, sebagai umat Islam kita amat berasa bertuah dan perlu bersyukur pada ALlah kerana dapat lagi kita menunaikan ‘ibadah Ramadhan yang penuh dengan ‘izzah dan keberkatannya pada tahun ini.
Nabi S.A.W sering mengingatkan kita untuk pertingkatkan ‘amalan dengan banyakkan qiammullail bagi merebut Lailatul Qadr.

ii.
Sesungguhnya ayat al-Qur’an yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr tidak dijelaskan secara tepat, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, oleh itu ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam dan pada malam 10 terakhir Ramadhan.

iii.
Harapan kita semoga ruh tarbiyyah madrasah Ramadhan ini dapat mengekalkan kita dalam ‘amalan yang berterusan sehingga kita bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan datang.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “ Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya ”.

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslimi]

Selamat menunaikan ‘ibadah puasa.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Ummu Mukminin Saudah binti Zamaah r.a. Isteri ke 2 Rasulullah SAW.

Sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW Saudah adalah seorang isteri kepada sepupunya As-Sakran bin Amru. Pada suatu malam beliau bemimpi seolah-olah Rasulullah SAW datang kepadanya lalu memijak-mijak lehernya.

Beliau menceritakan mimpinya kepada suaminya. Suaminya seorang sahabat yang tahu serba sedikit mentafsirkan mimpi lantas berkata: “Demi bapamu wahai Saudah! Andainya benar mimpimu itu, bermakna aku akan mati tidak lama lagi, dan kau akan dikahwini oleh Baginda Rasulullah SAW.

Nama penuhnya ialah Saudah binti Zamaah bin Qis bin Abdul Syams bin Abdud bin Nadr bin Malik bin Hasal bin Amir in Luay. Ibunya berasal dari Madinah al-Munawwarah dan bapanya berasal dari Makkah al-Mukarramah.

Setelah Nabi Muhammad SAW diutuskan menjadi Rasul, ‘Sakran dan Saudah turut memeluk agama Islam.

Apabila tekanan dan penyeksaan kaum Musyrikin Quraisy keatas orang-orang Islam makin bertambah kuat di Mekah, orang-orang Islam diarah berhijrah ke Habsyah [Ethopia]. Saudah dan suaminya juga turut bersama berhijrah bersama. Setelah mereka kembali semula ke Mekah apabila mengetahui orang-orang kuat seperti Hamzah bin Abdul Muttalib dan Umar bin al-Khattab memeluk Islam, suaminya meninggal dunia.

Hatinya begitu berduka diatas pemergiaan suaminya, tetapi beliau adalah seorang yang beriman dan sentiasa beribadah kepada ALlah SWT. Segala rintangan yang berat dan pahit maung dapat diatasinya dengan hati yang tabah dan sabar.

Nabi SAW setelah kewafatan Siti Khadijah, sentiasa berada dalam keaadaan sedih dan derita. Sentiasa teringat-ingat kepada Khadijah terutamanya apabila orang-orang Quraisy meningkatkan tekanan ke atas Baginda. Di dalam keadaan Baginda yang sedemikian rupa, Baginda didatangi oleh Khaulah binti Hakim, isteri kepada Usman bin Matz’un r.a.

Khaulah berbincang dengan Nabi SAW betapa perlunya Baginda mempunyai seorang permaisuri bagi membantu pengurusan hidup Baginda, dan akhirnya bersetuju menjadikan Saudah sebagai permaisurinya.

Saudah tinggal bersama Nabi SAW menyambung perjuangan yang besar dan mulia, menjaga segala pertaruhan dan kewajipan dalam rumah yang mulia ini sebagai seorang isteri yang setia. Kehidupannya bersama Nabi SAW amat zuhud sehingga wafatnya Nabi SAW.

Peristiwa ini berlaku dalam tahun kesepuluh nabwah, sebelum berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. Pada akhir tahun kelima puluh empat hijrah, beliau menghembuskan nafas yang terakhir menyahut panggilan Ilahi di dalam bulan Syawal dan dikebumikan di perkuburan Baqi’.Ia berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan.

Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com
Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan ALlah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukan sebelum itu ”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Apakah kita telah benar-benar berpuasa dengan iman dan taqwa atau sekadar puasa yang biasa? Apakah kita benar-benar mengerti dan menghayati erti sebenar berpuasa yang sebagaimana dituntut oleh ALlah dan Nabi-Nya?

Sedar atau tidak, ada sesetengah dari kita yang berpuasa tapi masih lagi meng’amalkan perkara-perkara yang dibenci dan dilarang oleh ALlah dan Rasulnya. Kita berpuasa, tapi masih meng’amalkan ‘amalan jahilliah, masih merokok, mencukur janggut dan menyimpan misai, berseluar pendek, berkaroke di malam hari, tidak solat, berborak hingga dinihari, tidak menutup aurad, berpoya-poya di malam hari tidak menunaikan solat tarawikh dan bermacam-macam lagi ‘amalan yang lagha yang masih kita lakukan di dalam bulan yang penuh dengan barkah ini.

Lihat saja betapa gembiranya umat Islam yang duduk beriqtikaf sepanjang bulan Ramadhan dan sepuluh hari terakhir Ramadhan dengan wajah yang puas kerana telah berusaha dan berjaya mengharungi Ramadhan dengan jayanya.

Cuba kita bandingkan dengan diri kita, lihat pula pada masyarakat sekeliling apakah puasa itu menepati tuntutan agama ataupun memenuhi tuntutan hawa nafsu?
Marilah kita hayati maksud dalam perkataan ‘puasa ‘ ianya yang membawa makna menahan diri dari lapar dan dahaga serta seluruh anggota badan dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh ALlah.

Soalnya, adakah kita benar-benar melakukan ‘amalan puasa itu yang sebagaimana yang dikehendaki oleh ALlah atau kita hanya berjaya kembali kepada Ramadhan yang lalai dan leka.

Kita barangkali gembira tatkala berbuka dengan limpahan berbagai-bagai juadah, tetapi apakah nanti kita pasti gembira dengan puasa kita ketika kita berada di akhirat sana untuk bersemuka dengan pengadilan Rabbul Jalil yang Maha Agong dan Maha Perkasa atau sebaliknya? Marilah kita sama-sama renungkan dan fikirkan.

Mutiara Kalam [siri 32].
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Ilmu
Apabila tercemar dan kotor
Adalah tirai paling tebal
Tetapi
Apabila ia mengandungi
Tujuan buat
Bertafakur
Maka ilmu itu
Jalan menuju ALlah
Sekaligus
Penunjuk jalan.

Ramadhan dan 10 hari yang terakhir.
benhussin.blogspot.com

Umat Islam kini sedang memasuki fasa pertama dalam menjalani ibadah puasa. Nabi SAW seringkali memberi peringatan kepada kita untuk tingkatkan ‘amalan pada hari-hari sepuluh yang terakhir, digalakkan meningkatkan ‘amalan disamping ‘amalan biasa yang pada siangnya kita menahan lapar dan dahaga serta menjaga segala adab dan akhlaq yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa kita, juga pada malamnya kita bertarawikh dan bertadarus serta melakukan qiammullail.

Tidak kira tua dan muda, lelaki dan perempuan serta kanak-kanak turut sama mengimarahkan masjid dan surau pada sebelah malamnya dalam usaha menyahut ‘amalan Nabi SAW dan mencari ganjaran yang dijanjikan oleh ALlah..

Ramadhan adalah bulan yang mulia lagi diberkati oleh ALlah. ALlah S.W.T membuka pintu rahmat-Nya seluas-luasnya. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “ Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelengu semua iblis dan syaitan ”. [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Justeru itu bagi setiap individu Muslim seharusnya merebut ganjaran pahala yang ditawarkan oleh ALlah S.W.T berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sebanyak mungkin ganjaran dari Nya.

Harapan kita semua semoga pada bulan Ramadhan kali ini, kita bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah untuk mengaut sebanyak-banyaknya pahala yang ditawarkan oleh ALlah S.W.T secara istiqamah bagi menyediakan diri untuk melaksanakan ibadah yang dijalani pada bulan Ramadhan berterusan pada bulan-bulan seterusnya.

Pada sepuluh hari terakhir Ramadhan, marilah kita bersama masyarakat Muslim seluruh dunia memenuhi ruang masjid dari memenuhi pasaraya-pasaraya, bazaar dan seumpamanya. Kelebihan dan keutamaan bulan Ramadhan kita utamakan dari segalanya pada tahun ini bagi mencapai ganjaran yang dijanjikan ALlah.

Seterusnya kita menyambut 1 Syawal dengan kemenangan setelah berjaya menundukkan nafsu pada bulan Ramadhan, kemenangan yang berpanjangan bukannya disambut dengan segala macam yang bercambur baur antara halal dan haram, dan bukannya kegembiraan 1 Syawal itu disambut selama sebulan.

Adakah sambutan 1 Syawal secara adat itu layak untuk disambut sebagai satu kemenangan sedangkan nafsu masih lagi dibelengu dengan hawa nafsu.

Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Disebalik Bilangan Solat Tarawikh.

Solat tarawikh merupakan ibadah sunat yang dilakukan pada malam hari sebagai pelengkap ibadah puasa pada siang hari. Ada sesetengah masyarakat Muslim melakukan ibadah solat tarawikh sebanyak dua puluh rakaat dan ada juga yang melakukan sebanyak lapan rakaat sahaja. Sebagai ibadah sunat, biarlah berapa banyak rakaat yang dilakukan sukarang-kurangnya kita telah melakukannya berbanding bagi mereka-mereka yang tidak melakukannya.

Hikmah dalam menggalakkan melakukan solat tarawikh supaya melatih roh seseorang dengan banyak mendengar ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca imam dalam solat tarawikh setelah melatih roh di siang hari dengan berpuasa bagi mendekatkan diri kepada ALlah dengan banyak ruku’ dan sujud.
Pada peringkat permulaan solat tarawikh dilakukan oleh Nabi S.A.W di rumahnya, kemudian Nabi S.A.W keluar satu malam untuk solat di masjid. Ada dikalangan sahabat yang melihatnya lalu mengikut dibelakang Nabi S.A.W. Di malam kedua ramai para sahabat berkumpul di dalam masjid untuk mengikut Nabi S.A.W solat bersama, tetapi Nabi S.A.W tidak keluar melakukannya.

Apabila baginda ditanya mengapa, baginda menjawab aku takut ia [solat tarawikh] akan menjadi wajib keatas kamu. Memandangkan hukumnya tidak wajib, maka ramai kalangan sahabat melakukannya dalam beberapa kumpulan jamaah, sehingga pada pemerintahan Saidini Umar al-Khattab, beliau menghimpunkan para sahabatnya untuk berimamkan kepada seorang imam dan ia diikuti oleh Ubay bin Ka’ab.

Pendapat Syeikh as-Sarkhosi daripada mazhab Imam Hanafi, boleh dilakukan dua puluh rakaat, sementara Imam Ibn Qudamah, Imam at-Thauri, Imam Hanafi dan Imam Shafie juga berpendapat sedemikian, manakala Imam Maliki berpendapat ia boleh dilakukan sebanyak tiga puluh sembilan rakaat termasuk solat witir. Ia boleh dilakukan secara berjamaah atau berseorangan di rumah.

Mereka memberi beberapa sebab mengapa boleh ditambah lebih daripada lapan rakaat.

Mereka melihat hadis Riwayat Aisyah tidak menunjukkan sebarang bilangan rakaat.

Ia pernah ditambah oleh golongan salaf.

Nabi S.A.W melakukan lapan rakaat dengan bacaan ayat yang panjang yang mungkin tidak mampu diikuti oleh umatnya, sementara solat hingga 20 rakaat tetap memelihara bacaan yang sama dengan Rasulullah S.A.W tetapi dalam rakaat yang banyak, kesemua itu mencontohi apa yang terbit dari baginda Rasulullah S.A.W.

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

يا يها النا س اعبد وا ربكم الذي خلقكم والذين من قبلكم لعلكم تتقون .
Wahai sekelian manusia beribadahlah kepada tuhan kamu yang telah mencipta kamu dan orang-orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu [menjadi orang yang] bertaqwa.

الذي جعل لكم الارض فراشا والسماء بناء وانزل من السماء ماء فاخرج به من الثمرت رزقا اكم فلا تجعلوا الله اندادا وانتمتعلمون .
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit [serta segala isinya] sebagai bangunan [yang dibina dengan kukuhnya] dan diturunkannya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan bagi ALlah sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui [bahawa ALlah ialah Tuhan Yang Maha Esa].

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1.Buka tingkap.
Open the window.

افتح النا فذة
Iftah annafizah.

كهيركي كهل دو .
Khirki khul do.

2.Tutup pintu.
Close the door.

اغلق البا ب .
Aqliqi albab.

د روا ز بند كرد و .
Darwaza band kardo.

3.Boleh saya masuk?
May I come in?

هل يمكن ان ا د خل ؟
Hal yumkin an adkhilu?

كيا مي اند ر سكتا هو ؟
Kia me andar ca sakta hu?

Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Ciri Pakaian Wanita Muslim.

Firman ALlah yang bermaksud: “Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai kedadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurad dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir”.
[An-Nur:31]

Hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, [menggoda, nipis, ketat, seksi yang cenderong kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat], rambut mereka laksana goh-goh unta [didedah dan dibanggakan]. Sesungguhnya mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”.
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Didikan dan asuhan dari awal dalam membiaskan diri seseorang wanita Muslim berpakaian menutup aurad amatlah perlu. Persekitaran sekeliling dan pergaulan kawan rakan juga memainkan peranan penting bagi memastikan seorang wanita Muslim itu menutup aurad dengan menepati ciri-ciri menutup aurad yang selari dengan tuntuan Islam.

Dari awal lagi sepatutnya ibu bapa harus menekankan soal cara berpakain anak-anak bagi memastikan apabila sampai masa dewasanya ia sudah biasa menutup aurad. Wanita sekarang mengalami berbagai jenis dan berbagai macam tribulasi untuk menutup aurad kerena persekitaran dewasa ini tidak menjurus mereka bagi mengamalkan pakaian yang menutup aurad.

Fesyen rangi yang mendedahkan tubuh badan diutamakan oleh wanita Muslim sekarang manakala para remajanya lebih suka berseluar trek dan berbaju T. Mereka sudah tidak rasa berdosa mendedahkan rambut dan sebahagian tubuh untuk dipertontonkan dikhalayak umum. Pakaian sendat berlengan pendek, jeans ketat menjadi ikutan dan menjadi pakaian harian.

Antara pakaian yang digariskan untuk wanita Muslim ialah:

• Tidak jarang/nipis dan tidak terlalu ketat, hendaklah longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh dan bukan pakaian yang menggoda.
• Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
• Bukan pakaian ‘syuhrah’ [bertujuan mencari popularati].
• Tidak menyerupai pakaian lelaki.
• Tidak dengan warna yang menarik perhatian orang ramai.

Juga kita hendaklah mengambil kira tentang anak-anak perempuan atau isteri-isteri yang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian, ini oleh kerana para wanita Muslim dilarang sama sekali apabila keluar dari rumah dengan memakai bau-bauan.

Hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Wanita yang berwangi-wangian dan kemuadian keluar melintas lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium harumnya adalah umpama perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina”.
[Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim]

Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Kenapa orang lelaki memakai songkok atau kopiah semasa solat ?

Jawapan : Memakai songkok atau kopiah bagi orang lelaki semasa solat adalah adab yang disunatkan syarak. Nabi SAW sentiasa menutup kepala dengan memakai kopiah, jadi sunnah memakai kopiah.

Soalan: Dalam solat sunat ‘aidil fitri, imam tidak bertakbir sebanyak 7 kali pada rakaat pertama [mungkin lupa], imam terus saja membaca al-Fatihah. Sahkah solat tersebut?

Jawapan: Solat itu sah kerana takbir dalam rakaat pertama dan kedua adalah sunat yang disebut sebagai hai’at solat, dan tidak perlu sujud sahwi.

Tarbiyyatul Aulad.
amirbenhussin@gmail.com

Ibu bapa hendaklah prihatin cara untuk mendidik anak lelaki dan anak perempuan. Ibu bapa tidak boleh mendidik perempuan sama seperti anak lelaki. Perbezaan ini bukannya perbezaan kasih sayang.

Faktor utama yang perlu ditekankan adalah untuk meransang anak-anak menjadi insane yang positif dan mendapat mardhatillah.

Mendidik anak lelaki.
• Latih sifat pemimpin dalalm diri.
• Dekatkan diri dengan solat dan masjid.
• Latih dengan kerja-kerja lasak.
• Latih menjadi imam solat.
• Elakkan membeli mainan bagi anak perempuan.
• Galakkan menghadiri kerja-kerja amal dalam masyarakat.

Mendidik anak perempuan.
• Didik mereka menutup aurad semenjak kecil. Jangan memakai pakaian lelaki.
• Galakkan membuat kerja-kerja di dalam rumah.
• Elakkan membeli mainan kanak-kanak lelaki.
• Latih bersopan santun dan berlemah lembut.
• Berilah penerangan berkaitan hal-hal seorang wanita.

Anak dilahirkan fitrah suci bersih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya samaada untuk menjadikannya Muslim, Majusi atau Nasrani.

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Apabila makan, tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat.

Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan, oleh itu mulakan makan dengan makanan yang ditepi pinggan dahulu, bukan makan dari tengah .Maksud hadis ini ialah hendaklah jangan tamak atau mementingkan diri, tetapi biarlah sesuatu keberkatan itu dikongsi bersama [ramai orang].

Ada keberkatan dalam 3 perkara: Sarapan pagi, dalam roti dan dalam sup [kuah].

Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Setiap pelajar harus ada sifat ingin tahu terutamanya berkaitan pelajaran. Ia adalah satu sifat yang amat positif dalam kehidupan seorang pelajar. Sifat itu jelas terzahir dikalangan pelajar yang berfikiran kritikal dan gemar melahirkan pelbagai persoalan tentang pelbagai perkara.

Sifat ini juga menunjukkan kematangan berfikir bagi seseorang pelajar dan antara lain sifat-sifat ingin tahu itu termasuk:

• Sentiasa ketagih dan dahagakan maklumat tambahan Sesuatu perkara.
• Kerap mengajukan soalan kepada gurunya supaya lebih jelas untuk memehaminya.
• Sentiasa teransang untuk mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.
• Sikap berani dan yakin, kreatif, rajin, tidak malu untuk bertanya, tidak angkuh serta penuh komitmen.
• Tidak hirau dengan ejekan rakan dalam mengajukan soalan yang tidak difahami.
• Dapat menguasai sesuatu perkara dengan cepat.
• Sentiasa berada dihadapan, tidak suka berada dibelakang.

Dengan memiliki perasaan ingin tahu, pelajar akan cepat mendapat apa yang ia kehendaki bagaikan pepatah Melayu mengatakan ‘hendak seribu daya, mahu seribu cara’.

Mencari Berkat Di Bulan Ramadhan.
tamarmerbok.blogspot.com

Moga Ramadhan kali ini dapat mentarbiyyah dan mentahzib kita dan seluruh anggota badan supaya benar-benar berpuasa. Apabila berpuasa, kebanyakkan diantara kita tidak menyedari atau secara sedar melakukan beberapa perkara yang melanggar adab dan tatasusila puasa.

Banyak juadah untuk berbuka.
Sedar atau tidak, bagi sesetengah dari kita yang sering membeli juadah untuk berbuka seringkali melakukan pembaziran dengan membeli bermacam-macam juadah sehingga apabila sampai waktu berbuka, makan sehingga terlalu kenyang sehingga susah untuk menunaikan solat margin dan seringkali sebahagian makanan tidak dijamah dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah.

Nabi SAW apabila tibanya waktu berbuka seringkali mengambil sebiji dua buah tamar dan segelas minuman lalu beredar menyegerakan solat magrib.

Tertinggal solat atau mentakkhirkannya.
Bagi kita yang rajin menyediakan juadah berbuka untuk keluarga terlalu asyik dan leka dalam penyediaan juadah untuk berbuka seringkali tertinggal atau sering mentakkhirkan solat asar dan kebanyakkannya setelah kekenyangan berbuka juga sering tertinggal atau terlewat dalam menunaikan solat magrib.

Bersahur.
Kita seringkali malas bangun untuk bersahur. Bagi memenuhi tuntutan bersahur kita selalunya makan sebagai sahur pada jam 12 atau 1 malam setelah itu kita masuk untuk tidur. Sebenarnya apa yang sering kita lakukan itu adalah bertentangan dengan sunahnya sahur dan sama sekali kita tidak akan mendapat pahala darinya, bahkan takut pula akan mendapat penyakit kerana sesudah kita makan terus masuk tidur.

Disunatkan kita bangun diakhir malam dan diawal pagi untuk bersahur, sekiranya sempat dapat juga kita menunaikan solat tahajjud beberapa rakaat dan setelah itu kita dapat terus menunaikan solat subuh, dengan itu makanan yang kita makan diwaktu sahur tadi dapat dihadam dengan baik kerana kita tidak tidur selepas makan.

Ada juga sesetengah dari kita bangun untuk bersahur dengan menghisap rokok, dan ada juga bersahur sehingga terlalu kenyang, setelah itu tidur atau tertidur sehingga tidak menunaikan solat subuh.

Tidak melakukan solat.
Sebahagian dari kita tibanya bulan Ramadhan berpuasa penuh cukup sebulan, tetapi malangnya tidak pernah melakukan solat lima waktu dan solat Jumaat. Dan seringkalinya hanya berpuasa sekadar dari makan dan minum sahaja, bukannya berpuasa dengan sebenar-benar puasa.

Tidak menutup aurad.
Ada juga diantara kita berpuasa penuh, tetapi malangnya yang lelaki sering memakai seluar pendek dan yang perempuannya tidak menutup kepalanya, dan ada juga yang hanya menutup kepala tetapi memakai pakaian yang menjolok mata memandang. Diibaratkan seperti berpakaian tetapi bertelanjang.

Jarang bersedekah.
Ingatlah apabila datangnya bulan Ramadhan, kita disunatkan banyak bersedekah, tidak kiralah dimana dan kepada siapa. Kita boleh bersedekah di masjid atau di surau juga kepada faqir miskin atau anak-anak yatim yang memerlukannya.

Kita juga kadangkala terlupa atau terlepas pandang untuk memperbanyakkan menjemput sanak saudara atau rakan taulan untuk berbuka bersama, anjurkan majlis berbuka bersama-sama waluapun hanya dengan tamar dan teh kosong. Kerana inilah yang digalakkan oleh Nabi SAW.

Membaca al-Qur’an dan qiammullail.
Kita selalunya Alhamdulillah dapat berpuasa dengan sempurna, tetapi ada sedikit cacatnya, kerana dalam sebulan bulan Ramadhan sekalipun tidak pernah membuka al-Qur’an dan tidak pernah sekalipun bangun malam untuk melakukan solat tahajjud dan sebagainya bagi menghidupkan malam yang didalamnya penuh dengan ganjaran dari ALlah untuk hambanya yang menghidupkan malam dengan ber’ibadah kepada-Nya.

Semua Hendak Dimakan
Semasa berbuka makanlah dengan seadanya janganlah kita makan seolah-olah melepas geram dan makan apa saja yang dihidangkan. Makanlah sekadar yang tidak melampaui atau tinggalkan sebelum kenyang.

Lakukan Yang Terbaik
InsyaALlah kita perbanyakkan bermunajat dan berdoa’ pada ALlah semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dan berkualiti buat kita, kerana mungkin kita tidak sempat lagi mengecapinya pada Ramadhan yang akan datang.

Tip Kesihatan.
amirussin@yahoo.com

Kurangkan pengambilan garam.

Garam adalah mineral yang terdapat dalam makanan secara semulajadi atau ditambah semasa pemprosesan atau memasak. Garam boleh didapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau tersembunyi seperti yang terdapat dalam sos, kicap, taucu, mayonis, keju, ikan masin, serta serbuk dan kiub perisa .
Garam biasa yang digunakan dalam masakan mengandungi 99.9% natrium klorida [sodium chloride]. Kesan garam ke atas kesihatan ialah meningkatkan risiko darah tinggi atau hipertensi.

Kurangkan pengambilan garam :

• Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah ratus.
• Kurangkan penggunaan garam, perisa tiruan, kicap dan taucu dalam masakan.
• Kurangkan mengambil makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, sosej, burger, dan makanan segera.
• Kurangkan penggunaan mayonis dan keju dalam penyediaan makanan.
• Kurangkan atau elakkan makanan ringan yang masin seperti keropok dan kacang bergaram.
• Kurangkan makanan yang diawet seperti ikang masin, telur masin, belacan, cencaluk, budu serta jeruk buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Elakkan membeli makanan yang kaya dengan natrium klorida dan monosodium glutamate [MSG].
• Hadkan pengambilan garam kepada 1 sudu teh [6 g] garam atau 24000 mg natrium.

Dengan ‘amalan pemakanan sihat, insyaALlah tubuh kita sihat dan bersempena dengan bulan ‘ibadah ini semoga kita dapat ber’ibadah dengan kesihatan yang baik.

Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]
Oleh: Syaikh Osama

Ageya akheri zamana
Musykil hei iman bachana
Talash karlo apna asal thikana
Khabar lo sahe Madinah.

Akhir zaman telahpun tiba
Sungguh susah untuk memelihara iman
Carilah asal usul mu
Ambillah khabar dari Madinah.
[petikan dari kata-kata hikmat Syaikh Sadi r.a]

Rahsia Sumber ‘Alam
benhussin.blogspot.com

Khasiat teh hitam .

Apabila kita menghirup teh ‘o’ panas, tentunya kita berasa segar dan puas yang tidak dapat digambarkan.

Kandungan zat alami yang terkandung didalam teh hitam memberi manfaat untuk tubuh dan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Antioksidan yang dikenali sebagai flavanoids membantu tubuh mengatasi radikal bebas yang merosakan pada sel-sel tubuh.Ia juga berkesan untuk merehatkan minda dan fizikal.Disamping itu teh hitam juga mempunyai vitamin E juga astrigen atau bahan yang boleh mengecutkan tisu dan saluran darah bagi pengawalan darah.

Antara khasiat teh hitam yang lain ialah:
*Melembabkan bibir.
*Mengatasi bau mulut [jadikan sebagai bahan kumur].
*Mengatasi luka bakar ringan.
*Mengatasi uban.
*Meredakan gusi berdarah.

English Section
amirussin@yahoo.com

How does Islam prevent crime ?

Crime now has become a horrible ghost threatening the lives of all citizens in non-Islamic countries. Islamic countries, thanks to Islamic values, enjoy a very calm and quiet life, with the minimum rate of crimes.

Islam makes faith very much alive in the heart of a Muslim. Islam plans things in a way that makes the Muslim remember ALlah all through. He always feels that ALlah sees whatever he does and hears whatever he says.
He also strongly believes that ALlah will reward or punish him fairly depending on his deeds and behavior in this life. He believes that he is accountable for whatever he does or says.

The best prevention to crime is the Islamic patternof faith, the Islamic way of life, Islamic values, and Islamic ideals. Other non-Islamic option do not work as efficiently, or they simply do not work at all.

Nazam

Tunaikan kewajipan kita.

Wahai kawan
Mari kita tunaikan solat
Sehari lima waktu
Semoga kita menjadi taat
Hidup biar menentu.

Wahai kawan
Mari kita tunaikan puasa
Menahan lapar, dahaga dan segalanya
Semoga ALlah ampun dosa
Hidup kembali kepada-Nya.

Wahai kawan
Mari kita laksana zakat
Kalau ada rezeki yang lebih
Biar hidup penuh berkat
Hati sentiasa berzikir dan bertasbih.
Wahai kawan
Mari kita menyahut seruan-Nya
Menunaikan Haji ke Baitullah
Tanda syukur buang segalanya
Agar hidup diampunkan ALlah.

benhussin.
Teras jernang. 5 Julai 201

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM
25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i.
Budaya berhutang semakin menjadi lumrah dalam kehidupan masyarakat hari ini. Ada diantara kita bekerja untuk membayar hutang. Apabila berhutang kita sudah terperangkap dengan ‘amalan riba’. ‘Amalan berhutang seringkali menjadikan hidup kita tidak keruan, apatah lagi sekiranya kita berhutang dengan ceti ataupun ah long. Sebagai umat Islam sedaya mungkin cuba untuk menghindari dari ‘amalan berhutang, hadis Nabi SAW bersabda yang juga merupakan doa’ baginda bermaksud: “Ya ALlah ya Tuhanku, aku berlindung diri kepada Mu dari berhutang dan dalam kekuasaan orang lain”.

ii.
Sebagai seorang Muslim, terfikirkah kita sehingga hari ini berapa ramaikah orang yang non-Muslim sudah kita sebarkan dakwah Islam kepada mereka. Selama mereka bersama kita dinegara ini, pernah atau tidak kita memberi penerangan dan penjelasan tentang kebaikan dan kelebihan agama Islam. Berapa ramai diantara kita yang sedaya mungkin berusaha untuk menyampaikan risalah tauhid ini kepada mereka, ingatlah kita semua dihari akhirat kelak akan ditanya samaada kita telah atau berusaha untuk menyampaikan dakwah Islam kepada non-Muslim.

amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Abu Bakr as-Siddiq.

Hartawan yang sanggup derita bersama Nabi SAW.

Pada TM 572, selepas berlakunya Perang Gajah, keluarga Usman bin Amir dan isterinya Salmah binti Sakhar telah
dikurniai seorang putera bernama Abdul Kaabah. Apabila meningkat dewasa Abdul Kaabah diberi gelaran al-Atiq bererti ‘cekap’ dan as-Siddiq kerana kejujurannya semasa mengendalikan urusan diat.

Setelah memeluk agama Islam, Rasulullah SAW member nama Abu Bak ar-Siddiq. Gelaran as-Siddiq diberi oleh Rasulullah SAW keran beliau mengakui peristiwa Isra’ dan mikraj Nabi SAW, manakala al-Atiq dikekalkan kerana Rasulullah SAW memberitahu bahawa Abu Bakr akan bebas daripada api neraka. Sejak sebelum Islam lagi, beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara keji yang diharamkan oleh ALlah.

Bicaranya lemah lembut, tidak bercakap daripada menyakitkan hati orang lain dan segera beredar sekiranya perbualan berkisar kepada percakapan buruk, mengumpat dan berbohong. Abu Bakr seorang bangsawan dan hartawan Quraisy yang terkenal. Kedudukan dan kekayaannya tidak menghalang beliau daripada berbuat baik.

Beliau banyak mengunakan hartanya untuk membantu perkembangan Islam termasuk menebus golongan hamba yang didera serta diseksa oleh tuan mereka, antaranya ialah Bilal bin Rabah dan Amir bin Fuhairah. Beliau adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang setia, ketika umat Islam berhijrah ke Habsyah, beliau rela menemani Rasulullah SAW di Mekah dan melindungi Baginda daripada ancaman musuh Islam.
Ketika mnemani Rasulullah SAW ke Yathrib, mereka terpaksa berlindung dan bermalam di Gua Thur untuk menyelamatkan diri daripada diburu oleh musuh. Beliau telah mengoyak bajunya untuk alas tidur Rasulullah SAW manakala kepala baginda dipangkunya.

Abu Bakr telah dipilih menjadi Khalifah Islam yang pertama setelah Rasulullah SAW wafat. Meskipun beliau menjadi Khalifah, beliau masih mengamalkan kehidupan sehariannya seperti biasa. Dalam tempoh pemerintahannya yang singkat iaitu 2 tahun 3 bulan,beliau selalu mengadakan perbincangan dengan sahabat-sahabatbya yang diyakini berilmu dan berperibadi mulia yang dipanggil ‘Majlis Syura’.

Sepanjang pemerintahannya, beliau lebih menumpukan usahanya untuk mengukuhkan keimanan orang Islam dan memerangi gejala murtad atau riddah. Beliau amat mementingkan akhlaq dan semangat yang tinggi dalam angkatan tentera dan tidak mahu tentera-tenteranya membelakangkan undang-undang apabila berperang.

Walaupun beliau berkuasa, tetapi dalam pemilihan pegawai-pegawainya diambil dengan adil dan tidak pernah melantik anak atau saudara maranya sendiri bagi menjawat jawatan yang ada, dan sering menasihati pegawai-pegawainya supya berlaku jujur dalam segala hal.

Semasa beliau diserang demam panas yang amat sangat dan semakin tenat, beliau masih memikirkan urusan pentadbirannya dan bimbang umat Islam akan berpecah semasa ketiadaannya nanti. Akhirnya beliau mengusul supaya Umar al-Khattab dipilih menjadi Khalifah. Cadangannya diterima oleh beberapa orang sahabat yang berada disisi beliau.

Pada 7 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah, Khalifah Abu Bakr menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 63 tahun. Beliau sempat berpesan supaya beliau dikafankan denga kain lama yang bersih dan berpesan kepada anaknya Aisyah supaya menjual semua tanahnya dan wangnya digunakan untuk membayar semula gaji yang diterimanya dari Baitulmal.

Saidina Abu Bakr dimakamkan bersebelahan dengan makam Nabi SAW.

Dars Bukhari
amirussin.yahoo.com

Dari Ibn Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan sesekali kamu bersendirian dengan wanita asing, melainkan ada mahram bersamanya”.
[Hadis riwayat Bukhari]

Islam melarang sesuatu kerana sebab yang jelas. Ada hikmah yang tersembunyi samaada atas sesuatu pengharaman atau sesuatu yang dibolehkan. Apa yang dilarang dalam Islam adalah untuk menutup jalan-jalan yang boleh menyampaikan manusia kepada sesuatu perkara yang diharamkan oleh ALlah SWT.

Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada isteri-isteri Nabi, maka mintalah kepada mereka dari balik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”.
[al-Ahzab 33:53]

Imam al-Qurtubi berkata, apa yang dimaksudkan adalah segala macam lintasan hati yang selalunya menghantui perasaan lelaki kepada wanita, begitu juga sebaliknya. Ini jelas menunjukkan tidak mungkin seorang lelaki itu boleh meyakinkan diri untuk duduk bersama-sama dengan wanita-wanita yang tidak halal baginya.

Dengan sebab itu Nabi SAW melarang kita sebagai manusia yang tidak mempunyai ketahanan nafsu agar jangan sesekali mendekati seorang perempuan atau wanita dalam keadaan tanpa mahram kerana apabila seorang lelaki dan perempuan duduk bersama, maka yang ketiganya adalah syaitan.

Bertepatanlah juga dengan perintah ALlah SWT supaya lelaki dan perempuan yang bukan mahram bercakap dari belakang tabir, ini kerana ia lebih baik kerana boleh mengelak daripada timbul sebarang keraguan dan fitnah. Oleh yang demikian itu, meninggalkan perbuatan tersebut lebih baik demi menjaga maruah diri dan sebagainya.

Hukum haram berdua-duan lelaki dan wanita yang bukan mahram bagi mengelak dari berlaku hubungan kelamin luar nikah [zina], kerana apabila berlakunya perzinaan akan merosakkan keturunan keluarga, pembuangan janin dan anak, menjatuhkan nama baik kaum kerabat, memecahbelahkan hubungan silaturahim, tersebarnya penyakit-penyakit yang kronik, nafsu bermaharajalela dan merendahkan moral seseorang.

Sesuatu perkara yang membangkitkan nafsu dan membuka jalan kepada perbuatan zina perlu dicegah. Oleh sebab itu samaada mendekatinya atau mempermudah jalan melakukan zina, semua itu adalah dilarang oleh Islam dan diharamkannya. Oleh itu jagalah jagalah mata. Dari pandangan mata akan berlaku diluar kawalan.

Mutiara Kalam [siri 25].
Oleh: Qamaruzzaman an-nadwi

Jauh lebih berharga pelajaran
yang engkau perolehi
dari pengalaman
darpada diajarkan ratusan buku
karya para ahli.

Iqtibar.
tamarmerbok.blogspot.com

Pura-pura ber’ibadah.

Apabila Daulat Bani Umaiyah membina sebuah masjid besar dan canti di Kota Damsyik, Malik bin Dinar ingin diangkat menjadi pengerusinya. Dia pun pergi ke masjid dan solat di situ sepanjang hari agar dianggap sebagai ahli ‘ibadah oleh orang ramai. Dengan cara ini dia berharap akan dilantik sebagai pengerudi masjid. Dia pura-pura kyusuk dalam ‘ibadahnya. Lepas solat berzikir sambil membilang-bilang tasbih, namun tidak seorangpun yang memperhatikannya, apalagi mengangkatnya sebagai pengerusi.

Dia berasa kecewa. “Alangkah hipokritnya aku ini, ber’ibadah bukan kerana ALlah, tapi kerana manusia”, Kata Malik. Pada waktu malam, Malik keluar dari masjid dan pergi ke tempat hiburan sambil bermain muzik bersama-sama teman-temannya. Hampir sau tahun, Malik berbuat seperti itu. Satu malam, dia sedang berada di majlis hiburan sambil memukul-mukul kecapi sehingga jauh malam dan teman-temannya telah tertidur.

Tiba-tiba kecapi yang dipukulnya bersuara: “Hai Malik ! Mengapa engkau belum bertaubat juga ?” “Eh…” kata Malik terkejut. Dibolak balik kecapinya tapi tidak ada yang tidak kena. Dia gementar dan merasa takut, lalu dicampakkannya kecapi dan terus berlari ke masjid. “Hampir satu taun aku ber’ibadah dalam keadaan berpura-pura. Apakah tidak lebh baik jika aku ber’ibadah kepada ALlah dengan ikhlas?” Kata Malik pada dirinya sendiri. Maka pada malam itu, dia pertama kali menyembah ALlah dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana-Nya. Esok harinya orang ramai sibuk-sibuk ingin melantik seorang pengerusi masjid.

“Tidak perlu susah-susah, lantik saja orang yang sentiasa solat di msjid ini”. Kata salah seorang diantara mereka. “Cadangan yang baik, aku juga setuju”, kata yang lain. Mereka pun menjumpai Malik untuk meyampaikan berita perlantikan.

“Kami datang untuk melantik tuan sebagai pengerusi masjid, kami harap tuan menerimanya”. Kata Malik: “Ya ALlah, selama satu tahun aku menyembah-Mu secara berpura-pura, tapi tidak seorangpun yang memerhatikan diriku. Sekarang setelah aku menyembah-Mu dengan betul-betul, ikhlas kerana-Mu, mereka kan melantikku menjadi pengerusi, aku tidak mahu jawatan itu lagi”.

Ketika itu juga dia lari meninggalkan masjid dan terus ber’ibadah kepada ALlah sepanjang masa.

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Adalah sangat penting ayat واذ ا قيل لهم امنو كما امن الناس ini difahami. Dakwaan beriman juga dibuat oleh orang munafik tetapi itu tidak menjadikan mereka orang beriman malah orang munafik mengaku bahawa bukan sahaja beriman tetapi mereka juga musleh, tetapi semuanya diingkar oleh ALlah SWT.

Begitulah juga ALlah telah buka satu ukuran atas setiap yang mendakwa beriman sampai hari Qiamat bahawa satu ukuran atau tahap iman seperti iman para sahabat. Jumhur mufasir sependapat bahawa ayat ini merujuk kepada para sahabat.

Oleh itu dakwaan munafik tertolak kerana dakwaan mereka tidak ada kihidupan sahabat, maka renungkanlah diri kita ditahap manakah dakwaan Iman kita.
[bersambung]

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1.Disini banyak nyamuk.
There are mosquitoes.

ههنا يعوض كثيرة .
Hahuna yauzun kasiratun.

يها مجهر بهت هي .
Yaha macchar bahut hein.

2.Tolong sembur ubat nyamuk.
Please spray.

بعنا يتك رش فيه .
Biinayatika rhass fihi.

بجكاري لكا د جيى .
Fichkari lagadi jiye.

3.Saya memerlukan kelambu.
Let me have mosquitoe net.

احتاج ناموسية .
Ihtaju namusiyatan.

مجهي ايك مجهردانى جايى .
Mujhe ik macchardani chahiye.

Cara Berdoa’ Yang Betul.
amirbenhussin@gmail.com

Doa’ merupakan senjata orang Mukmin.Doa’ dan zikr adalah termasuk dalam ‘ibadah khusus dalam kehidupan seharian. Untuk menjadikan doa’ kita diterima oleh ALlah SWT maka kita hendaknya mengetaui cara berdoa’ yang betul sebagaimana yang diajar oleh Nabi SAW. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Doa’ adalah ‘ibadah”. [Abu Dawud dan Tirmizi]

1.Angkat tangan paras dada.
Sabda Nabi SAW Yang bermaksud: “Apabila kamu meminta [berdoa’] kepada ALlah, maka mintalah kepada-Nya dengan telapak tangan kamu, dan janganlah kamu meminta kepada-Nya dengan belakang tapak tangan”. [Riwayat Abu Dawud]

2.Rapatkan kedua-dua belah tangan.
Kita akan lihat urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan membentuk huruf ‘ba’. Titik ‘ba’ letak dihati kita . Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf di dalam al-Qur’an ada penjaganya, maka malaikat yang menjaga huruf ‘ba’ ialah Har Hayaail. Malaikat akan menganggkat doa’ kita terus mengadap ALlah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh berdoa’lah dengan penuh pengharapan.

3.Cara berdoa’.
Duduk dalam keadaan iftirasy dan duduk tahiyyat akhir.

4.Berzikir dengan nama ALlah.
Banyakkan menyebut nama ALlah dan memuji kebesaran-Nya semasa berdoa’.

5.Ikhlas dalam berdoa’.
Menghadirkan diri kepada ALlah dengan penuh khusyu’ dan ikhlas kepada ALlah.

6.Tidak berdoa’ untuk tujuan keburukkan.
Tidak boleh berdoa’ dengan tujuan untuk melakukan dosa, khianat mendapatkan sesuatu dari jalan yang tidak diredhai oleh ALlah dan untuk memutuskan hubungan.

7.Tidak terburu-buru.
Berdoa’lah dalam keadaan yang tenang dan dalam nada yang rendah dengan penuh harapan.

Doa yang makbul.
*Orang yang terdesak.
*Orang yang teraniaya atau dizalimi.
*Anak berbuat baik terhadap ibu bapa.
*Seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.

ALlah SWT berfirman yang bermaksud: “Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa’ apabila ia berdoa’ kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku [dengan mematuhi perintah-Ku], dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul”. [al-Baqarah:186]

Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Jangan Takbur Sesama Manusia.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya ALlah telah mewahyukan kepadaku bahawa hendaklah kamu berwudhu’ sehingga kamu tidak berbangga-bangga ke atas orang lain dan tidak menganiaya orang”. [Sahih Muslim]

Al-Imam Ibn Qoiyim menerangkan bahawa: “Keindahan tawadhu’ akan dirasai seseorang itu meredhai Muslim yang lain sebagai saudaranya dan di waktu yang sama ALlah juga meredhainya sebagai hamba. Menunaikan hak walaupun kepada musuh, bersedia memaafkan kesilapan orang lain. Tidak meredhai seseorang itu sebagai sahabat tergolong dalam ertikata takbur”.

Katanya lagi: “Sesiapa yang membuat kesilapan kepadamu kemudian dia datang untuk meminta maaf, maka konsep tawadhu’ menuntut agar kamu member kemaafan kepadanya, samaada permintaannya benar atau sebaliknya. Kamu tidak berhak menaruh sebarang prasangka terhadapnya, berserahlah kepada ALlah berkaitan apa yang tersembunyi di dalam hatinya. Rasulullah SAW pernah membebaskan tiga orang mubafiq yang lari dari peperangan dan menyerahkan kepada ALlah menentukan apa yang sebenarnya yang tersembunyi di hati mereka”. [Tahzib Madarij al-Salikin]

Dr.Said Muhammad Nuh menyatakan dalam kitabnya ‘Afat ‘Ala Thoriq diantara sifat takbur ialah:

1. Berjalan dengan gaya yang berlagak sombong, tidak mempepedulikan orang lain dan sentiasa ingin melarikan diri dari manusia.
2. Mencari peluang untuk melakukan kerosakan di atas muka bumi, tidak menghiraukan nasihat orang lain dan bersikap angkuh atas perkara yang benar.
3. Percakapan yang melulu dan tajam.
4. Memakai pakaian tertentu dengan niat bermegah-megah dan menunujuk-nunjuk dihadapan orang.
5. Gemar untuk mendapatkan penghargaan manusia. Rasa kecewa dan susah hati jika orang tidak menghormatinya.
6. Merasa bangga apabila ia mengdahului orang lain, samaada semasa berada dalam majlis, perbualan atau seumpamanya.

Kita sebagai seorang yang mencari keredhaan ALlah hendaklah sentiasa memohon pada ALlah agar tidak termasuk dalam golongan ini.

Tarbiyyatul Aulad
amirbenhussin@gmail.com

Untuk menjadikan anak kita seorang yang soleh/solehah, para ibu bapa hendaklah sentiasa member didikan dan dorongan untuk melakukan solat lima waktu sejak dari kecil. Antara cara-cara yang boleh dicuba untu menggalakkan anak-anak solat antaranya ialah.

• Sentiasa ingatkan kepada anak bahawa mereka perlu solat apabila usia mencecah tujuh tahun.
• Setelah genap tujuh tahun ajaklah anak-anak solat bersama.
• Berikan kata pujian setelah mereka menunaikan solat dan selalu member peransang untuk mereka menunaikan solat.
• Ceritakan kelebihan menunaikan solat dan kaitkan dengan kisah-kisah para sahabat Nabi SAW.
• Jadikan masjid sebagai tempat permulaan anak-anak memulakan solat terutamanya anak-anak lelaki.

Disamping kita meransang anak-anak untuk mengerjakan solat, kita perlulah sentiasa berdoa’ semoga kita sentiasa mendapat pertolongan dari ALlah dalam apa perkara dalam mengharungi kehidupan kita juga dalam mendidik dan mentarbiah anak-anak.
Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan: Apakah hukumnya membuang tahi lalat diwajah.

Jawapan: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ALlah tidak menjadikan kesembuhan anda kepada sesuatu yang diharamkan keatas anda”. [Sahih al-Bukhari]

Hukumnya haram membuang tahi lalat atau bintik-bintik hitam pada wajah dan anggota badan sehingga mendatangkan kemudharatan dan mengubah ciptaan ALlah begitu juga seperti mencukur bulu betis dan bulu mata bagi wanita. Tetapi harus membuangnya sekiranya mendatang aib yang teramat sangat.

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Nabi SAW bersabda, minuman yang paling baik dalam dunia dan akhirat ialah air. Air itu lembab dan agak sejuk.
Air menghilangkan dahaga dan memelihara kelembapan semula jadi pada badan. Air membantu penghadaman makanan dan menyerap zat-zat makanan dalam badan.

Nabi SAW bersabda, apabila anda dahaga, sisiplah air perlahan-lahan, sedikit demi sedikit jangan diteguk tergesa-gesa kerana dengan demikian menimbulkan sakit dalam hati.

Tip Pelajar Cemerlang.
tamarmerbok.blogspot.com

Bagi seorang pelajar muslim, kita hendaklah mempunyai beberapa perkara dan mengetahui beberapa langkah yang perlu bagi menghadapi imtihan [peperiksaan].Dengan persediaan yang secukupnya insyaALlah kita akan diberikan kejayaan. Diantaranya ialah:
• Mempunyai disiplin yang tinggi.
• Berfikiran positif.
• Kenali kelemahan dan kelebihan diri.
• Mempunyai jadual pembelajaran yang teratur.
• Mengetahui teknik-teknik menjawab soalan.
• Mempunyai nota yang lengkap.
• Belajar dalam kumpulan.
• Pemakanan yang berkhasiat.
• Penjagaan kesihatan diri.
• Dekat dengan ALlah.

Selain dari itu kita juga hendaklah sentiasa mengimbangi peranan ‘aqal atau minda kita dalam penggunaan otak yang diberikan kelebihannya oleh ALlah kepada kita, dalam kontek pengaruh otak kiri dan otak kanan, diantaranya ialah:

Otak kiri.
• Rasional.
• Lisan.
• Analisa.
• Lurus.
• Pasti.
• Terancang.
• Bukan gerakan.
• Pengiraan/penulisan.
• Mengawal perasaan.

Otak kanan.

• Penglihatan.
• Interaktif.
• Bersesuaian & spontan.
• Lukisan.
• Bebas dengan perasaan.
• Sintesis.
• Gerakkan.
• Bulatan.

Seterusnya kita juga perlu persediaan berikut demi untuk lebih meyakinkan diri, diantaranya ialah:

• Solat lima waktu.
• Berzikir dan berselawat atas Nabi SAW.
• Membaca al-Qur’an.
• Muhasabah diri.
• Mengulangkaji/membaca buku secara berteruan.
• Memahami apa yang dibaca dan yang diajar oleh guru.
• Latih tubi.

InsyaALlah, kita hanya dapat berusaha, tetapi ALlah juga yang akan menentukannya. Kejayaan milik kita sekiranya kita berusaha, berdoa’ dan bertawakkal.

Berwaspada dalam permainan komputer.
amirbenhussin@gmail.cm

Ancaman terhadap kanak-kanak maupun golongan dewasa terhadap permainan computer dan telefon bimbit yang ganas dan lucah amat membimbangkan.

Banyak kajian yang mendapati permainan online samaada melalui ruang maya dikomputer maupun di telefon bimbit yang ganas dan lucah dengan sikap individu terutama sekali kanak-kanak amat mudah dipengaruhi. Adalah sesuatu yang logic dan munasabah iaitu sesiapa sahaja terutama kanak-kanak mudah terpengaruh dengan melihat apa sahaja perkara negatif yang memenuhi masa dan minda mereka mempunyai kesan yang akan memberikan kesan merosakkan ke atas diri mereka.

Jenayah remaja di negara barat yang dicetuskan oleh permainan komputer yang ganas dan ada juga kes rogol dan gangguan seksual, bujuh diri dan sebagainya.

Dalam masyarakat kita hari ini juga terdapat banyak tindak balas yang keterlaluan seperti ingin menjadi adiwira seperti di dalam permainan komputer, maka muncullah pembuli jalan, merompak dan membunuh, merogol dan gangguan seksual, pesta seks, membakar rumah ibu bapa juga amuk. Kemungkinan besar kejadian seumpama ini adalah kesan daripada tindak balas apa yang terdapat di dalam permainan komputer.

Terdapat juga beberapa kes dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah ponteng sekolah kerana ketagihan permainan komputer dengan memenuhi kedai-kedai cyber café. Gejala ini sekiranya dibiarkan tanpa kawalan akan menjadi barah dikalangan kanak-kanak maupun golongan dewasa yang akhirnya akan menuju masa depan yang gelap.

Permainan ganas dan lucah ini amat senang dimuat turun melalui komputer dan gajet sedia ada seperti iPhon. iPad, tablet dan pelbagai telefon pintar lain.

Ibu bapa haruslah mengambil langkah berjaga-jaga supaya gejala ini tidak menular dikalangan anak-anak kita. Pemantauan berterusan hendaklah dilakukan terhadap anak-anak demi melahirkan anak-anak permata agama.

Kata-kata Hikmat [Hiqmat Ki Bati]
Oleh: Syaikh Osama

Tom ALlah SWT ki pas madad o mafi mago jo srep koie masala ho, kiu ki ALlah ta’ala sab se bara himmat walla o sab se bara badsha sahensa.

Kamu meminta tolong dan maaf dari ALlah SWT sahaja, dalam apa-apa masalah jua, kerana ALlah SWT Maha Berkuasa dan Maha Kaya.

Rahsia Sumber ‘Alam
amirussin@yahoo.com

Avokado kaya nutrisi.

Avokado merupakan antara buah yang terbaik yang tersenarai antara beberapa jenis buah-buahan yang lemaknya terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitu dan kacang tanah. Ia sanngat sesuai dimasukkan dalam pelbagai jenis hidangan masakan.

Buah avakado mempunyai banyak lemak tidak tepu yang membantu mengekalkan berat badan serta mempunyai kadar gula dan garam yang rendah.Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B termasuk B6, niasin dan riboflavin, C dan E. Malah ia juga mempunyai mineral seperti zat besi, magnesium dan kalium selain diperkaya dengan fiber dan folat dan bebas sodium dan kolesterol.

Avokado juga boleh membantu mengurangkan kadar kolesterol dan baik untuk hati manakala kandungan vitamin E nya bagus untuk kulit dan bagus juga untuk makanan awal bayi.

Nazam

Keangkuhan.

Manusia semakin angkuh
Ego sombong dan bongkok
Tidak sedar diri hanyut dan alpa
Semakin hari hilang mengenal diri.

Manusia semakin angkuh
Tanpa rasa salah dan dosa
Lakukan nista tanpa batasan
Tanpa rasa takut pada Ilahi.

Manusia semakin angkuh
Tidak kira masa siang dan malam
Haram dan halal dilanggar tanpa rasa
Semakin tua hilang harga diri.

Manusia semakin angkuh
Mana ‘amal mana iman
Mana zikir mana fikir

Hanyut terus tanpa sempadan
Hilang segalanya tanpa nilai
Islamkah atau sebaliknya.

benhussin
mei 2011,Teras jernang.

Untuk langganan albayan hubungi Ust.Qamaruzzaman: 013 4849471.1 Tahun RM 25.00 . 6 Bulan RM 12.50 [Harga termasuk bayaran pos]. Untuk mendapatkan barangan kesihatan sila lawati www.tamarmerbok.blogspot.com.

Monday, September 26, 2011

Muqaddimah

الســــلا م عليــــكــم ورحمة الله وبركاته, Dengan Nama ALlah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

i.
Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Penderhakaan terhadap ALlah tidak terkira banyaknya telah kita lakukan semenjak usia mencapai baligh. ALlah SWT berfirman yang bermaksud: “Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah”. [al-Nisa’: 28] Oleh itu semestinya kita perlu sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada ALlah SWT setiap waktu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap anak Adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. [Riwayat Ibn Majah]

ii.
Saban hari apabila kita menatap media arus perdana, antara laporannya mengenai kerosakkan akhlaq dan moral remaja yang tidak lari dari kes pesta liar dan pembuangan anak. Hari ini kita dilaporkan anak luar nikah mencecah 257,411 orang. Jumlah ini tidak termasuk yang dibuang di dalam tandas, longkang dan tong sampah. Gejala ini semakin merebak bagaikan virus. Dimana perginya pendidikan moral dan akhlaq yang selama ini diajar di sekolah-sekolah.

iii.
Menjana minda dan peribadi Muslim amat perlu kepada anak-anak. Demi menjadikan anak-anak sebagai permata Islam yang dapat menyirna sinarnya kepada semua masyarakat. Tuntutan rohani hendaklah sentiasa dibajai dan disirami keatas diri anak-anak bagi menjamin masa mendatang mereka sentiasa berada di dalam ruang lingkup sunnah Nabi SAW serta sentiasa dijalan yang diperintahkan ALlah. Oleh itu jadikan pusat tarbiah dan tahzib yang pertama di rumah bukan di sekolah. Anak-anak adalah amanah ALlah, oleh itu tanggungjawab kita menjadikan mereka Muslim yang ber’aqidah.
amirbenhussin@gmail.com

Tokoh.
amirussin@yahoo.com

Sayidatina Fatimah Az-Zahra.

‘Di kala kafir Quraisy menempelak dan menzalimi bapanya, Fatimah bangkit membela dan membersihkan tubuh bapanya yang dilempar kotoran oleh kaum musyrikin Makkah’.

Penduduk Makkah hanya mempercayai hanya seorang pemuda untuk menyelesaikan masalah perletakan Hajarul Aswad selepas pembinaan semula Kaabah akibat banjir. Pemuda tersebut adalah ayah kepada Zainab, Rukayyah dan Ummi Kalsum. Di kalangan penduduk Makkah hanya pemuda yang bernama Muhammad bin Abdullah sahaja yang boleh dipercayai dan paling bijaksana di antara mereka.

Muhammad SAW membentangkan kain serbannya dan meletakan Hajarul Aswad di tengahnya. Kemudian, baginda menyuruh setiap ketua kabilah memegang bucu kain serban tersebut dan mengangkatnya ke kaabah. Nabi SAW memegang dan meletakan Hajarul Aswad di tempatnya yang sebenar.
Dengan cara itu, semua kabilah yang berbalah telah berlapang dada dan kagum dengan kebijaksanaan Muhammad SAW menyelesaikan pertikaian mereka. Sesudah itu baginda pulang dengan hati lapang.

Setibanya di rumah, baginda terdengar teriakan seorang bayi perempuan yang baru lahir ke dunia. Alangkah gembiranya Nabi SAW dengan kelahiran puteri keempatnya yang dinamakan Fatimah Az-Zahra.

Fatimah membesar tidak seperti kanak-kanak lain. Dia lebih matang dan halus peribadinya kerana asuhan ibu bapa yang mentaati ALlah SWT. Fatimah menyaksikan ketabahan bapanya menyebarkan dakwah Islam di Kota Makkah setelah menerima wahyu yang pertama di Gua Hira’. Walaupun umurnya masih terlalu muda untuk memahami makna perjuangan.

Fatimah menjadi pendokong kuat bapanya. Dia juga berkongsi kesedihan dengan bapanya sewaktu bondanya Khadijah dijemput Ilahi. Susah senang baginda SAW adalah susah senangnya. Waktu yang paling sukar bagi Fatimah apabila berpisah buat sementara waktu dengan bapanya apabila berhijrah ke Kota Madinah.

Hatinya bimbang mengenangkan bapanya menjadi buruan tentera Musyrikin Makkah. Namun setelah baginda SAW tiba di Madinah bersama Abu Bakar r.a, Fatimah berkongsi kegembiraannya dengan Muhajirin dan Ansar.

Fatimah juga mengorbankan dirinya untuk perjuangan Islam. Dalam peperangan menentang golongan kafir, Fatimah menyediakan makanan untuk tentera Islam, mengubati dan menguruskan mereka yang syahid di medan jihad. Kemuliaan Farimah telah digandingkan dengan suaminya Sayidina Ali r.a.

Daripada keturunan mereka ini, lahirlah generasi warisan Rasulullah SAW yang mulia.

Dars Bukhari
www.tamarmerbok.blogspot.com

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati ”.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslimi]

Hati sebagai raja dalam diri manusia. Seringkali bidalan orang tua-tua mengatakan menurut kata hati mati. Ini menunjukkan hati memainkan peranan penting dalam melahirkan insan kamil. Berlakunya berbagai macam perbuatan munkar dan keji adalah dari peranan hati seseorang.

Jenayah berat maupun jenayah ringan, tidak kiralah siapa melakukannya samaada pemimpin ataupun orang biasa. Pemimpin yang tidak terdidik hatinya dengan nilai-nilai Islam akan melakukan apa saja untuk kepentingan dirinya seperti melakukan kemungkaran, maksiat, kezaliman, rasuah dan lain-lain kejahatan yang akan menghancurkan sebuah negara.

Begitulah juga sekiranya hati yang tidak terdidik dengan kemurnian Islam akan melakukan segala kejahatan tanpa batasan. Sekiranya hati manusia dititiskan dengan ruh Islam insyaALlah akan terbinalah dalam dirinya kemurnian akhlaq yang sentiasa menta’ati ALlah dan Rasulnya.

Hati yang baik sentiasa inginkan kasih sayang sesama insan, keadilan, kesenangan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna dalam hidup. Sentiasa memenuhi ruang dalam dirinya dengan mendekatkan diri dengan ALlah SWT dan selalu mengingati Nabi SAW dan akan hari kematian.

Untuk melakukan segalanya yang baik atau sebaliknya, semuanya terletak atas hati, oleh itu tanyalah hati sebelum melakukannya.

Mutiara Kalam [siri 24].
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Ilmu pengetahuan yang sudah terkerat
Dari hangatnya cahaya Iman
Adalah bala
Yang cahayanya, kegelapan bagi dunia.

Iqtibar.
benhussin.blogspot.com

Bilal manusia pertama masuk syurga .

Diriwayatkan dalam kisah peristiwa israk dan mikraj Nabi SAW dan dalam riwayat yang lain menyatakan bahawa ALlah SWT, adalah orang yang paling dekat kepada ketaatan dan paling jauh daripada kemaksiatan.

Suatu ketika, sahabat r.a berdiri di depan pintu Amirul Mukminin Umar Ibn Khattab, memohon izin masuk pada hari pertemuan ketika muktamar diadakan setiap tahun. Saidina Umar Ibn Khattab mendahulukan orang-orang yang paling dekat kepada ALlah.

Mereka yang didahulukan untuk masuk menemuinya ialah 10 sahabat yang dijamin masuk syurga iaitu ahli Badr, seterusnya Bilal dijemput masuk. Saidina Umar menilai segala sesuatu berdasarkan al-Qur’an dan sunnah. Ia juga menilai martabat manusia hanya berdasarkan ukuran ketaqwaan kepada ALlah.

Dalam pemerintahan, Saidina Umar r.a masih belum puas kecuali bila Bilal mendahului mereka semuanya kerana sesungguhnya Bilal r.a adalah orang terlebih dahulu memasuki Islam.
Apakah kaum Muslimin sudah lupa kalimah ‘Ahad,Ahad’, sedangkan tubuh Bilal r.a dijemur di atas padang pasir yang terik panasnya membakar, dipukul, diseret dengan kuda dan didera dengan pelbagai seksaan.

Nabi SAW memanggil Bilal r.a lalu bersabda yang bermaksud: “ Wahai Bilal, mengapa engkau mendahuluiku masuk syurga? Sesungguhnya ketika aku masuk syurga malam tadi [malam israk], aku mendengar suara terompahmu dihadapanku”.

Bilal menjawab: “Wahai Rasulullah, tidaklah sekali-kali aku menyerukan azan, melainkan terlebih dahulu aku melakukan solat dua rakaat dan tidak sekali-kali aku mengalami hadas, melainkan aku berwudhu’ selepasnya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat sebagai kewajipanku kepada ALlah”.

Asal Usul Solat Lima Waktu.
benhussin.blogspot.com

Perlu diketahui bahawa segala macam ‘ibadah yang difardhukan keatas kita sebagai umat Islam ada sebabnya.

Solat subuh dua rakaat.
Peristiwa Nabi Adam as diturunkan ALlah SWT dari syurga ke dunia ini pada waktu malam. Nabi Adam as dan Siti Hawa tidak diturunkan disatu tempat yang sama. Siti Hawa ra diturunkan di Jeddah, Nabi Adam as diturunkan di bukit Ruhun di Pulau Sailan atau kini Sailandra.

Kemudian apabila terbit fajar, Nabi Adam as sujud syukur dua kali sujud kepada ALlah SWT. Kerana itulah sebabnya solat subuh dua rakaat kerana mengingati akan Nabi Adam as sebagai orang yang pertama di muka bumi. Sujud pertama kerana syukur apabila telah hilang takut kegelapan malam, sujud yang ke dua kerana datangnya waktu siang.

Solat zohor empat rakaat.
Ada hubungannya dengan peristiwa korban zaman Nabi Ibrahim as, setelah ALlah memerintahkannya mengorbankan kambing dan seterusnya mengorbankan anaknya Nabi Ismail as. Dikala itu datangnya iblis sambil berteriak-teriak untuk menggagalkan korban tersebut. Tetapi Nabi Ibrahim as tetap melakukannya demi perintah dari ALlah.

Setelah selesai Nabi Ibrahim as melakukan korban maka tergelincir matahari, Nabi Ibrahin as pun sujud empat kali menyatakan kesyukurannya pada ALlah kerana beliau dan puteranya telah dapat melakukan tugas yang amat berat.

Serta bersyukur tidak terpedaya dengan hasutan syaitan, mempunyai putera yang sabar serta terselamat daripada pisau yang tajam dan korban itu diganti oleh ALlah dengan seekor kibas.

Solat asar empat rakaat.
Ada hubungkaitnya dengan peristiwa Nabi Yunus as yang berada di dalam perut ikan. Pada saat itu turunlah Malaikat Jibril ra mengajarkan beliau mengucapkan zikrullah yang bermaksud: “ Tiada Tuhan kecuali Engkau, Maha sucu Engkau, sesungguhnya aku daripada orang yang zalim”.

Lama kelamaan perut ikan itu menjadi panas lalu memuntahkan segala isi perutnya. Terkeluarlah Nabi Yunus as dari perut ikan tersebut, lalu dibawa oleh ombak sehingga terdampar di pantai. Nabi Yunus as benar-benar lemah kerana sudah beberapa hari tidak makan.

Dengan kuasa ALlah, digerakkan seekor kambing betina yang masih menyusukan anak datang ke tempat Nabi Yunus as yang sedang terbaring, lalu diletakkan puting susunya kemulut Nabi Yunus as yang sedang terbaring itu setiap hari.

Setelah pulih Nabis Yunus ditemui oleh salah seorang dari kaumnya, seorang pengembala kambing. Sebelum beliau meninggalkan tempat itu untuk pulang ke kampungnya, Nabi Yunus sujud syukur sebanyak empat kali untuk menyatakan kesyukurannya pada ALlah setelah menerima musibah.

Solat magrib tiga rakaat.
Ada hubungkaitnya dengan Nabi Isa as. Diriwayatkan seorang raja Bani Israil namanya Horodes yang tidak merasa senang dengan kahadiran Nabi Isa as, dan menuduh Siti Maryam berbuat zina sehingga melahirkan seorang anak lelaki dan menganggap Nabi Isa as sebagai nabi palsu.

Raja Horodes memerintahkan orang suruhannya agar Nabi Isa as ditangkap. Seorang murid Nabi Isa as yang bernama Yahuza mengkhianatinya dan membawa askar ke tempat Nabi Isa as. Saat Yahuza datang bersama askar pada waktu magrib. Malaikat Jibril turun mengangkat Nabi Isa as supaya selamat dari pembunuhan.

Setelah Jibril memberitahu tujuan kedatangannya, maka Nabi Isa as sujud tiga kali kerana bersyukur dari menyelamatkan ibunya dari tuduhan tidak benar dan di atas mukjizat yang dikurniakan, kerana ALlah swt menyelamatkan ibunya daripada penganiayaan orang Yahudi, dirinya terselamat dari pengkhianatan muridnya.

Solat isya’ empat rakaat.
Ada hubungannya dengan Nabi Musa as. Lebih kurang sepuluh tahun lamanya Nabi Musa as menetap di Madyan, ketika perjalanan pulang ke Mesir bersama isteri dan anaknya, beliau kemalangan sehingga tidak tahu jalan mana yang hendak dilalui.
Kerana hampir masuk waktu isya’, tiba-tiba beliau ternampak cahaya bersinar di bukit Thursina. Beliau berpesan kepada keluarganya menunggunya disitu dan beliau pergi kebukit itu untuk meminta api.

Namun apabila sampai ke lembah tersebut, keadaan sekeliling tempat itu menjadi terang benderang laksana hari siang. Tiba-tiba Nabi Musa as mendengar firman ALlah dan sekaligus beliau diangkat menjadi Rasul untuk Bani Israil.
Kemudian beliau memohon kepada ALlah swt agar sepupunya Harun diangkat pula menjadi Nabi.Permohonannya dimakbulkan ALlah dan diberikan beberapa mukjizat sebagai tanda bukti kenabiannya.

Setelah selesai menerima wahyu terus dari ALlah tanpa perantaraan Jibril, beliau sujud syukur empat kali kepada ALlah swt kerana menyelamatkannya dari buruan Firaun, menolongnya selama di perantauan, memilihnya dan sepupunya menjadi Nabi dan menyelamatkan Bani Israil dari penindasan.

Demikianlah solat lima waktu yang mempunyai hubungan dengan peristiwa sejarah lima orang Nabi.

Tafsir al-Qur’an [Ruhul Ma’ani]
Oleh: Ust.Qamaruzzam an-nadwi

Orang-orang munafik ini akan melakukan fasad di atas muka bumi ini supaya kehidupan agama tidak akan terbentuk. Bila diberi nasihat jangan melakukan kerosakkan maka mereka menjawab bahawa mereka sedang melakukan kebaikkan begitu dan begini.

Dan kumpulan mereka akan mencemuh dan memperlekehkan kehidupan Islam yang sempurna, oleh itulah al-Qur’an telah menetapkan tahap iman yang perlu dicapai oleh orang yang mengakui beriman itu iaitu iman para sahabat. Mereka mempersendakan Islam bila dikalangan mereka dan mengakui bahawa mereka tidak beriman. Sebenarnya ALlah SWT memberi sedikit masa supaya seksaan dunia ini mereka hadapi sebelum mereka kembali kepada ALlah untuk hadapi seksaan akhirat.

Dan ALlah mengingatkan mereka bahawa ALlah Maha Berkuasa atas segalanya bahkan atas hati-hati mereka juga.

بول جا ل Bol chal.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

1.Dimana bilik mandi?
Where is the bathroom?

Ainal hamman?
اين الحمام ؟

Gusuk khana kaha he?
غسل خا نه كها هي ؟

2.Dimana talifon?
Where is the telephone?

Aina talefon?
اين تليفون ؟

Talefon kaha he?
تليفون كها هي ؟

3.Dimana ruang makan?
Where is the dinning room?

Ainal hujratu atta’am?
اين الحجرة الطعام ؟

Khane ka kamrah kaha he?
كهانى كا كمره كها هى ؟

Cara Makan Rasulullah SAW.
amirbenhussin@gmail.com

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengikut sunahku, bererti dia cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku”.

Kebaikan dan kelebihan kita meng’amalkan suanah Nabi SAW kerana pada setiap ‘amalan sunah itu ada keberkatan. Siapa yang meng’amalkan sunah dia akan mendapat dua keuntungan iaitu pahala yang berlipat kali ganda dan keberkatan.

Cara makan yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita ialah:

1. Mencuci tangan.
2. Duduk tegak dilarang bersandar.[disarankan duduk tahiyat awal].
3. Membaca basmallah dan membaca doa’ makan.
4. Guna tangan kanan dan mengambil makanan yang paling hampir.
5. Mengunyah sebanyak 40 kali.
6. Mendahulukan memakan buah-buahan sebelum memakan daging.
7. Menggunakan 3 jari.
8. Jauhi sikap berlebihan dan gelojoh.
9. Makan dengan menggunakan talam [makan secara berjamaah].
10. Tutup makanan samaada sebelum atau sesudah makan.
11. Berkumur sebelum dan sesudah makan.
12. Menjilat jari.
13. Tidak tidur selepas makan.
14. Membaca doa’ sesudah makan.

Jadikanlah panduan ini sebagai satu ‘amalan untuk di’amalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Secara tidak lansung kita menghidupkan sunah Nabi SAW.

Muhasabah.
benhussin.blogspot.com

Gejala murtad perlu ditangani.

ALlah SWT mengutuskan kepada kita dua perkara kepada manusia supaya tidak terus berada dalam kesesatan, yang pertamanya ialah utusan ALlah yakni Rasulullah SAW dan al-Qur’an yang mengajar manusia mengenai perkara benar sebagai panduan utama manusia berjaya di dunia dan di akhirat.

Namun apa yang kita lihat sekarang banyak berlaku kesesatan di kalangan umat Islam dan kemurtadan. Firman ALlah yang bermaksud: “…dan sesiapa diantara kamu yang murtad [berpaling tadah] daripada agamanya [Islam], lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah ‘amal usahanya [yang baik] di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya [selama-lamanya]”.
[Al.Baqarah:164]

Apabila seseorang Muslim itu telah murtad dan dia mati maka kafirlah ia dan apabila mati dalam keadaan yang sebegitu segala ‘amal ibadahnya yang terdahulu rosak binasa dan sekaligus menjadi penghuni neraka buat selamanya. Umat Islam perlu menghindari gejala murtad dengan:

• Mempelajari
• Mengetahui
• Memahami
• Menghayati
• Ber’amal

Untuk menapatkan lima perkara tersebut ialah dengan berpandukan semuanya yang terkandung di dalam al-Qur’an dan sunnah Nabi SAW dan mengikut apa yang di’amalkan oleh para sahabat r.a serta para ulama yang muktabar.

Membendung gejala ini sejak dari awal dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak dengan mendidik dan mengajar mengikut ajaran al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW. Firman ALlah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Qur’an memberi petunjuk ke jalan yang amat betul [agama Islam] dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan ‘amal-‘amal soleh, bahawa mereka peroleh pahala besar”. [Al-Israa:9]
Islam memberikan petunjuk dan panduan hidup yang terbaik kepada umatnya dalam segala bidang, mudah-mudahan dengan mengembalikan sistem pendidikan Islam yang sebenar kepada anak-anak insyaALlah generasi Muslim yang akan datang akan terhindar dari gejala murtad ini dan akan terselamat di dunia dan di akhirat.

Awasi guna gajet mobil dan lindungi
data anda.
amirussin@yahoo.com
Kesedara pengguna [kita] amat penting dalam memastikan segala data maklumat peribadi penting dapat kita lindungi semasa menggunakan internet. Pengguna gajet dan komputer, baik di rumah, pejabat atau dimana saja hendaklah sentiasa berwaspada dengan jenayah siber yang semakin berleluasa sekarang ini. Pastikan gajet mobil seperti droit, tablet dan telefon pintar tidak terlalu mendedahkan maklumat peribadi.

Penjenayah siber hanya perlu memperdayakan mangsa bagi membolehkan mereka mendapat maklumat peribadi yang tidak sepatutnya diberikan pada orang lain. Maklumat tersebut akan digunakan bagi mendapatkan akses tertentu yang mereka perlukan.

Apabila satu akses telah diperolehi, maka langkah-langkah seterusnya menjadi semakin mudah untuk mereka mendapatkan akses yang lain. Menggunakan gajet digital juga boleh mengakibatkan kebocoran maklumat sekiranya langkah keselamatan untuk memeliharanya tidak diambil kira.

Ini kerana segala maklumat atau data yang tersimpan dikomputer, turut diguna dan disimpan pada gajet digital bagi memboleh ia diakses dari mana-mana. Pengguna komputer riba, droit, tablet dan telefon pintar perlu memastikan gajet mereka sentiasa bersama dan tidak dibiarkan ditempat-tempat yang senang dicuri orang seperti di kuanter pendaftaran hotel, lapangan terbang, stesyen keretapi atau di stesyen bas.

Jangan sesekali meletakkan gajet anda di loker awam atau di dalam kereta, kerana ia memudahkan penjenayah mengambilnya. Lindungilah data maklumat anda di dalam gajet, gunakan aplikasi sekuriti yang mampu melakukan enkripsi terhadap data yang disimpan pada komputer riba, tablet, iPad, iPhone, mahupun smart phone [telefon pintar].

Ia juga merangkumi data yang disimpan pada storan luaran seperti pemacu USB dan cekera keras luaran, kerana sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini data yang dimiliki masih terpelihara serta tidak akan jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Rahsia sumber ‘alam.
amirussin@yahoo.com

Khasiat kacang soya.

Kacang soya semakin terkenal di kalangan pengamal makanan sihat. Ia lebih murah dari daging, susu, atau telur. Ia mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gram kacang soya, dua kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

Kadar lemaknya sangat rendah dan ia kaya dengan pelbagai bahan mineral dan juga vitamin A, B, C dan D. Protein soya mampu mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung. Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

Antara produk makanan berasaskan kacang soya ialah tauhu, tempe, fucuk serta dibuat sebagai minuman.

Soal jawab
amirussin@yahoo.com

Soalan : Berdosakah sekiranya kita banyak ketawa ?

Jawapan : Banyak ketawa tidak berdosa, cuma boleh mematikan hati sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya. Akhlaq seorang muslim ialah dengan banyak berzikir dan menangis mengingati dosa yang telah kita lakukan dan saat-saat kita menghadapi kematian. Tidak mungkin sesiapa yang sentiasa mengingati azab di hari akhirat dan azab neraka mampu untuk banyak ketawa.

Sesungguhnya Nabi SAW menyukai orang yang banyak menangis.

Soalan: Bolehkan kita membaca akhbar atau buku dalam tandas ?
Jawapan: Tidak digalakkan kita membaca, bercakap-cakap, menyanyi dan seumpamanya didalam tandas. Tandas itu tempat tinggal syaitan dan iblis dan kita juga tidak digalakkan untuk mengambil masa yang lama di dalamnya. Sesetengah ulama’ mengatakan hukumnya makruh.

Tip Nabawi.
Oleh:Ust.Qamaruzzaman an-nadwi

Garam sifatnya panas dan kering. Bila dimakan sederhana banyaknya mencantikkan kulit. Garam boleh menyebabkan muntah jika dimakan untuk membersihkan perut.

Menambah selera pada makanan, terlalu banyak memakannya menyebabkan kulit gatal. Nabi SAW pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan. Baginda bersabda sesiapa yang memulakan makan dengan secubit garam, ALlah SWT akan menghindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila, kusta, sakit perut, sakit gigi yang bakinya diketahui leh ALlah SWT sahaja.

Tip Pelajar Cemerlang.
amirussin@yahoo.com

Perkara-perkara penting yang perlu di’amalkan oleh para pelajar dalam usaha untuk menjadi pelajar yang benar-benar berilmu, beradab, bertaqwa kepada ALlah dan mencapai kecemerlangan. Antaranya ialah:

• Sentiasa bersabar terhadap teguran guru dan hendaklah menerimanya secara positif.
• Cari masa yang sesuai untuk berjumpa guru untuk bertanya soalan-soalan yang tidak difahami. Jaga adab semasa hendak bertanya dengan meminta izin terlebih dahulu.
• Bercakap dengan beradab semasa dihadapan guru dengan menggunakan bahasa yang baik dan nada suara yang tidak kuat.
• Tahu hak guru dan beri keutamaan kepada guru serta tidak melupakan jasa guru.
• Sentiasa berdoa’ dan mengharapkan pertolongan dari ALlah.
• Sering membaca al-Qur’an.
• Jaga solat dan sentiasa menghormati kedua ibu bapa.
• Berbuat baik sesama rakan dan jiran.
• Berusaha dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa menjaga pemakanan yang baik bersih dan halal.

Berusaha tangga kejayaan, setelah kita berusaha dan berdoa’, maka selebihnya kita hendaklah meletakkan pengharapan sepenuhnya pada ALlah dan hendaklah ikhlas dalam melakukan segalanya.

English Section
amirussin@yahoo.com

Was Islam spread by sword ?

The answer is no, it wasn’t. The proof to this is simple and clear. Look at these countries nowadays: Indonesia [200 million inhabitants], Turkey [60 million] and Nigeria [150 million].
The percentage of Muslim in these countries ranges between 80% and 90%. No Islamic armies entered those countries, not a single soldier; most people there come into Islam voluntarily through trade cobtacts.

Look at at all Islamic countries below the African Desert, including Sudan, Uganda, Tanzania, Ghana, Somalia and many others, which have a majority of Muslim. No Muslim armies accuppied or invaded these countries.

Such countries came into Islam by their mere free will through trade contacts. Look at Islamic countries previously part of the ex-USSR, i.e., the ex-Soviet Union, such as Tajakestan, Kazachestan and Chechnia. These countries were not invaded by Islamic armies.

Islamic government have never forced anyone to embrace Islam, never. The Spaniards in A.D. 1492 forced the Muslim in Spain to become Christians or leave the country or be slaughtered. So did the Bulgarian government when it forced Muslim natives to change their religion and their Islamic names in the 1930’s.

Non-Islamic minorities inside all Islamic countries have always enjoyed maximal protection given to them by Islamic govermaent. The Islamic record is absolutely clean with respect, thanks to the clear instruction of the Holy Qur’an and sayings of Prophet Muhammad, there is no compulsion in religion, this ia a basic unquestionable principle in Islam.

Hiqmat Ki Bati [Kata-kata hikmat]
Oleh:Syaikh Osama.

Jab tom gunah karne chaho, us time tom talash/dhundo aisa jaga, jidar ALlah SWT karo. Tomko nehi dekhega/dekhna nehi payega.

Apabila kamu mahu melakukan dosa, kamu mencari tempat yang ALlah SWT tidak dapat melihat.

Nazam

Perjalanan yang berliku.

Akhi
Perjalanan hidupmu masih panjang dan berliku
Masih banyak lagi yang belum engkau tempuhi
Beribu lorong yang berliku yang belum engkau susuri
Namun teruskanlah melangkah.

Akhi
Jangan cepat mengalah bila melangkah
Walau ranjau sepanjang jalan
Walau terhiris kaca dan cerca
Namun ada natijahnya yang menanti di sana.

Akhi
Genggamlah bila ada yang memimpin
Jangan biar engkau terleka walau seketika
Jangan biarkan dirimu sering terjatuh
Kerna ia akan membuat engkau menangis dan kecewa.

Akhi
Tabahkan hatimu setulus mungkin
Hati yang belum mengenal erti kehidupan
Tabahkan hari ini untuk kemenangan hari esok.

Akhi
Walau terkesan dengan ratusan parut
Namun engkau tersenyum
Kerananya engkau
Kini mengerti erti kehidupan
Yang penuh berliku.

benhussin.
terasjernang,april 11.