Assalamualaikum kepada sidang pembaca yang dirahmati oleh ALlah.Sidang editor albayan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca kerana sudi menatap albayan edisi Jan 2009.
ALhamdulillah Albayan mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan selamat tahun baru 2009 kepada semua sidang pembaca dengan memanjatkan ribuan kesyukuran yang tidak terhingga kepada pencipta kita iaitu ALlah yang maha besar.
Bermula pada bulan Januari 2009,albayan akan dijual dengan harga RM2,sebagai kos penyelenggaraan dan selebihnya akan dimasukan kedalam tabung Madrasah Tahfiz Ashraful Madaris,Kulim dan Pusat Hafazan Al-Qur’an An-Nadwi,Sungai Petani.
Sidang aditor albayan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para pembaca yang memberi sokongan bagi menjayakan pengeluaran risalah ini.Semoga mendapat balasan yang setimpal dari ALlah.
Albayan kini boleh dilawati di albayan2.blogspot.com.
Salam hormat dari editor.
benhussin.blogspot.
Mutiara Kalam.
Oleh:Ust.Qamarruzzama an-nadwi.
Kaulah
Cahaya Yang Abadi
Dan Kami Para Bunga Api
Hanyalah
Wujud Barang Sesaat
Dan Itupun
Saat Yang Kau Pinjamkan.
Tokoh
Oleh:Ust.Amir an-nadwi.
Syed Abul Hasan ‘Ali Hasani an-nadwi
mula mempelajari bahasa ‘Arab dari Syaikh Khalil bin Muhammad Al-Yamani.Kemudian beliau belajar kesusasteraan ‘Arab dari Dr.SyaikhTaqiyyudin Al-Hilaaly dari Magribi.Kemudian selama dua tahun beliau belajar tentang ilmu Hadis,paling banyak beliau mendapatkan ilmu Hadis dari Syaikh Hydar Hasan,seorang ahli Hadis yang terkenal.
Syed Abul Hasan ‘Ali Hasani menyambung pelajarannya di
Setelah tamat pengajiannya,beliau kembali ke Lucnow dan menjadi seorang pendidik di Darul Ulum di bawah organisasi Nadwatul Ulama.Di samping mengajar beliau juga menjadi pengarang tetap majalah Ad Dliyaa berbahasa ‘Arab yang diterbitkan oleh Nadwatul Ulama.
Dalam pada itu beliau berkesempatan mengarang buku-buku dalam bahasa ‘Arab dan Urdu. Buku beliau yang pertama kali diterbitkan berjudul ‘siratus Sayyid Ahmad Asy-Syahid’ ditulis dan diterbitkan oleh Sayyid Rasyid Riza pada tahun 1931,ketika itu beliau berumur 16 tahun.
Kemudian Syed ‘Abul Hasan berhijrah ke
[bersambung pada bulan hadapan]
Hadis.
Oleh:Ust.Amir an-nadwi.
Dari Abu Hurairah r.a berkata,saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ‘Demi ALlah,sesungguhnya saya membaca Istighfar [meminta ampun] dan bertaubat kepada ALlah setiap hari lebih dari tujuh puluh kali’.
[Hadis riwayat al-Bukhari]
Demikianlah tuntutan Rasulullah s.a.w kepada kita umat Islam yang percaya kepada ajaran dan tuntutanNya,sebab istighfar itu bagi manusia merupakan satu alat yang terbaik untuk taqarrub mendekatkan diri kepada ALlah.
Sebab disitu ada pengertian pengakuan kita sebagai hamba yang lemah,disamping pengakuan kita terhadap kebesaran ALlah dan kekuasaanNya yang mutlak dan tidak terbatas.
Firman ALlah s.w.t yang bermaksud ‘Mintalah ampun kepada Tuhanmu dengan membaca istighfar,dan kembali bertaubat kepadaNya’.
[S.Hud:ayat 3]
Tafsir al-Qur’an.
Oleh: Ust.Qamaruzzaman an-nadwi.
Surah al-Fatihah.
Keistimewaan Surah Fatihah.
Dari Hz..Abu Said al-Maali r.a,Nabi s.a.w bersabda kepada beliau sebesar-besar surah ialah al-Fatihah.
Nabi s.a.w bersabda kepada Hz.Ubay bin Kaab r.a ‘Tiada ada samanya al-Fatihah dalam Taurat,Injil,Zabur dan al-Qur’an sendiri
Dari Ibnu Abbas r.a ,Nabi s.a.w bersabda ‘Aku dianugerahkan dua cahaya yang mana tidak dianugerahkan kepada mana-mana Nabi iaitu Fatihatul Kitab dan beberapa ayat diakhir surah al-Baqarah’.
Dari Abu Hurairah r.a,sesiapa yang membaca surah al-Fatihah,setiap ayat yang dibaca itu lansung dijawab oleh ALlah s.w.t.
Dari Hz.Anas r.a sabda Nabi ‘Bila engkau membaca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas,maka amanlah engkau dari segala sesuatu kecuali maut’.
Dari Hz.Ma’qal bin Yaasar r.a nabi s.a.w bersabda ‘Diberikan kepadaku surah al-Fatihah lansung dari ‘arasy Nya’..Dari Abu Said al-Khuari r.a ,Nabi s.a.w ditanya mengenai surah al-Fatihah dan baginda menjawab surah al-Fatihah adalah ubat.
Ulama-ulama telah bersepakat bahawa al-Qur’an adalah ubat.Ada yang berpendapat hanyalah ubat untuk rohani,tetapi sebahagian besar berpendapat juga ubat untuk jasmani.
[bersambung pada bulan hadapan]
Nama surah-surah al-Qur’an.
Al-Baqarah Lembu betina
Ali ‘Imran Keluarga ‘Imran
An-Nisa’ Perempuan-perempuan
Al-Maidah Hidangan
Al-An’am Binatang ternak
Al-A’raf Tempat yang tinggi
Al-Anfal Rampasan perang
Sejarah ringkas al-Qur’an.
Oleh Ust.Amir an-nadwi
Selesai berucap,Jibril pun segera menghilang.Bagi Nabi s.a.w peristiwa ini merupakan sesuatu yang pertama kali dialaminya dan tidak menduga akan terjadi keatas dirinya.Tentu saja perasaan cemas dan bingung timbul didalam hati baginda.Tidak dapat dibayangkan oleh Nabi s.a.w apakah perkara yang akan terjadi pada dirinya selepas ini.
Apakah akan beroleh rahmat dan kebahagiaan atau bahaya dan kebinasaan.Debngan perasan harap dan cemas,Nabi s.a.w segera meninggalkan gua Hira’,pulang dengan membawa pertanyaan –pertanyaan yang tidak terjawab dengan peristiwa yang baru berlaku itu.
Sampai sahaja dirumah Nabi s.a.w berkata kepada isterinya iaitu Siti Khadijah r.a ‘Zammiluni,zammiluni [selimuti aku,selimuti aku]’,lalu Nabi s.a.w segera diselimuti oleh isterinya.Isteri yang arif dan bijaksana merasakan sesuatu telah terjadi keatas suaminya.Setelah tenang barulah Nabi s.a.w menceritakan peristiwa yang berlaku itu kepada isterinya.
[bersambung]
Soal jawab
Dikelola oleh. :Ust.Amir an-nadwi
Soal: Apakah hukum mengganti imam yang batal dipertengahan solatnya?
Jawapan: Imam yang batal dalam solat berjamaah,para fuqaha’ berselisih pendapat mengenai hukumnya.Imam as-Syafie
berpendapat wajib mengganti imam yang batal solatnya itu.Manakala Imam Maliki berpendapat hukumnya adalah sunat .
manakala Imam Hanafi pula berpendapat adalah afdhal[lebih baik].Imam Hambali pula berpendapat hukumnya adalah harus.
Soal: Apakah syarat yang perlu bagi menjadi imam?
Jawapan: Perkataan imam didalam bahasa Arab bermaksud ikutan,atau ketua.yang memimpin orang rama,maka Islam telah meletakkan beberapa syarat.
1.Hendaklah alim didalam ilmu feqah.
2.Membersihkan diri dan hati dari sifat mazmumah.
3.Memelihara dan membersihkan diri dengan melakukan kerja-kerja taat dan meninggalkan perbuatan munkar.
4.Bersikap kasih saying dan menghormati orang ramai.
5.Mempunyai kesabaran yang kuat.
6.Bersikap adil dan sederhana.
7.Sentiasa menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat.
8.Menyampaikan dakwah dan nasihat.
9.Tegas mempertahankan kebenaran.
[sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada sidang editor ruangan soal jawab]
Muhasabah.
Disunting oleh: Ust.Amir an-nadwi.
Hukum orang yang meninggalkan solat.
Dari Ubaidah bin Samit,Rasulullah s.a.w telah bersabda ‘ Jangan menyekutukan ALlah dengan sesuatu apa pun,walaupun anda akan dibunuh atau dibakar hidup-hidup atau disalib.Jangan tinggalkan solat dengan sengaja sampai anda terkeluar dari agama Islam.Jangan mengingkari ALlah sampai anda dimurkaiNya.Jangan meminum arak,kerana itulah ibu segala maksiat’.
[Hadis riwayat at-thabrani]
Kufur orang yang menolak dan meninggalkan solat.`Setiap umat Islam yang baligh lagi berakal,apabila meninggalkan satu solat yang
Dalam hal ini Syaikh Abdul Qader al-Jailani telah sependapat dengan Imam al-Ghazali.
Dari Jabir bin abdillah,Rasulullah s.a.w telah bersabda dengan maksudnya’Sesungguhnya diantara seorang lelaki,syirik dan kufur ialah meninggalkan solat’.
[Hadis riwayat Muslim dan Ahmad]
Info sihat.
Khasiat kurma.
Kurma adalah sejenis tumbuhan [
Dikalangan penduduk di Negara-negara Arab,kurma adalah makanan utama mereka.Malah di kalangan orang kita juga,kurma menjadi bahan makanan yang digemari.Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak,kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah s.a.w.
Dari Abdullah bin Jaafar katanya,aku melihat Rasulullah s.a.w memakan buah-buahan dengan kurma masak.
[bersambung bulan hadapan]
Tip Nabawi
Oleh Ustaz Qamaruzzaman an-nadwi
Rahsia ibu para wali dahulu membesarkan anak-anak mereka adalah satu darinya ketika hendak menyusukan anak-anak ,mereka akan mengambil wudhu’ terlebih dahulu dan sepanjang masabayi meminum susu bayi meminum susu dengan menumpukan seluruh perhatian dan ingatannya hanya pada ALlah.
Rasulullah s.a.w Beritahu Tanda-Tanda Kiamat Kecil.
Disunting oleh:Ust.Amir an-nadwi
- Nampak fitnah dan banyak pembunuhan.
“ Sesungguhnya dari belakang kalian ada beberapa fitnah seperti segumpal malam yang gelap,seorang pada pagi hari Mukmin maka pada petang hari Kafir,dan pada petang hari Mukmin sedang pada pagi harinya Kafir,dia menjual agamanya dengan harta benda dunia”. [Hadis riwayat Muslim]
“ Demi diriku yang ditanganNya,tidak hilang dunia itu sehingga datang kepada manusia satu masa,pembunuh tidak tahu mengapa dia membunuh,dan yang terbunuh tidak tahu mengapa dia terbunuh.Lalu ditanya,”Hai Rasulullah,mengapa terjadi hal itu?”Jawabnya “Kacau bilau,iaitu pembunuhan,si pembunuh dan yang terbunuh masuk kedalam neraka’.
[Hadis riwayat Muslim]
2. Tesebarnya keburukan,kekejian dan kemungkaran.
“ Sesungguhnya sebahagian tanda-tanda kiamat itu adalah jika ilmu itu terangkat,kebodohan menjadi jelas,perzinaan tersebar,minuman keras diminum,wanita bertambah banyak sedang lelaki berkurangan,sehingga
3. Bertebaran juru dakwah yang menyesatkan dan pemimpin yang menyimpang dari hokum ALlah.
Sungguh Rasulullah bersabda bahawa pada akhir zaman juru dakwah yang menyesatkan bertambah banyak,para imam yang jahat lagi buruk mengundang masyarakat kepada bid’ah dan kekejian.Mereka menghiasi untuknya sikap jalan orang yang mengikuti hawa nafsu dan syahwat.
“ Hanya saja Aku khuatir kepada umatku para imam yang menyesatkan,dan apabila diletakkan pedang pada umatku tidak diangkat daripadanya sampai hari kiamat”.
[Hadis riwayat at-Tirmizi]
4. Kebaikan dan hujan semakin sedikit,dan sering timbul gempa serta banjir.
Dari Aisyah katanya Rasulullah s.a.w bersabda “ Akan terjadi pada akhir umat ini gerhana,serapan bumi dan lemparan bumi.Aku bertanya “Hai Rasulullah,apakah kita akan binasa,sedang ada pada kita orang-orang yang soleh?”Rasulullah menjawab,”Ya,jika nampak keburukkan dengan nyata”.
[Hadis riwat at-Tirmizi]
5. Kebebasan wanita dan terlepasnya mereka
Dari tata susila yang utama dengan berpakaian hampir telanjang.
“ Dua golongan bakal jadi penduduk neraka.Aku belum melihat kedua-duanya.Satu golongan bersama mereka cemeti seperti ekor-ekor sapi,mereka memukuli manusia dengannya.Dan kaum wanita berpakaian telanjang,berjalan dengan gaya menawan,kepala mereka seperti pundak unta.Mereka tidak memasuku syurga,dan tidak mendapatkan baunya sedangkan baunya dapat dicium dari jarak lima ratus tahun”.
[Hadis riwayat Muslim] [bersambung]
Iklan.
Untuk mendapatkan naskah albayan keluara
akan datang,atau ingin berlanggan selama setahun dengan harga RM:25.00 [termasuk kos penghantaran] tuan/puan bolehlah berhubung terus dengan Ust.Qamaruzzaman dialamat Madrasah Ashraful Madaris Kulim,No:36
[layari:albayan2.blogspot.com]
Kelas Hafazan al-Qur’an di Sungai Petani.
Sila hubungi Ust.Amir ditalian 0137338966.
Pendaftaran dibuka sekarang.